SHAH PEKAN |Pendidikan Islam SPM 1 Maksud istilah dalam pendidikan islam spm
Tingkatan 4
Bil. Istilah Maksud
1 Murtad Orang yang keluar daripada agama Islam seperti orang yang
menolak hukum al-Quran
2 Munafik Orang yang menzahirkan keislaman tetapi hakikatnya kufur
3 Musyrikin Mereka yang menyekutukan Allah pada perbuatan, perkataan dan
iktikad
4 Ahli Maksiat Orang Islam yang melanggar perintah agama, tetapi tidak
mengingkarinya
5 Hidayah Petunjuk / anugerah Allah kepada seseorang ke jalan yang
diredhai Allah
6 Khusyuk dalam
solat
Menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah S.W.T. ketika solat serta tunduk dan merasa rendah diri
7 Perkara yang lagha Perkara yang tiada nilai dan tidak berfaedah seperti bergurau
senda dan percakapan kosong
8 Jual beli atas
jualan orang lain
Membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri
9 Iman Bahasa: Percaya
Ahli Sunnah wal jamaah:
Membenarkan di hati, ikrar dengan lidah, dan beramal dengan anggota
10 Syirik Menyekutukan Allah S.W.T. dengan yang lain pada zat, sifat dan
af’al-Nya (perbuatan)
11 Syirik Jali Menyekutukan Allah dengan makhluk secara terang-terangan
12 Syirik Khafi Menyekutukan Allah dengan secara tersembunyi atau tidak
meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat
13 Kufur Tidak percaya kepada Allah S.W.T. dan menolak ajaran yang
dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
14 Kufur aqidah Tidak mempercayai satu daripada rukun iman atau tidak
mempercayai al-Quran dan hadis sebagai sumber ajaran Islam
SHAH PEKAN |Pendidikan Islam SPM 2
16 Kufur akhlak Mengamalkan larangan yang berhubung dengan akhlak
17 Kufur hakikat Ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak ajaran yang
dibawa oleh Rasulullah S.A.W.
18 Kufur nikmat Mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan
makhluk ciptaan-Nya.
19 Riddah Berpaling atau keluar daripada agama Islam
20 Khurafat Kepercayaan dan perbuatan karut yang bertentangan dengan
konsep akidah dan syariat Islam. Ia hanya dianggap berhubung kait dengan Islam
21 Sihir Satu ilmu atau perbuatan secara halus dengan pertolongan
makhluk ghaib untuk mengeliru dan memudaratkan orang lain
22 Nifaq Berpura-pura beriman sedangkan di hati kufur kepada Allah
S.W.T. Orang yang bersifat seperti ini digelar munafiq
23 Dosa Balasan buruk kerana tidak patuh kepada perintah Allah S.W.T.
24 Golongan Asi’ Orang yang berakal dan baligh yang melanggar hukum Allah
S.W.T.
25 Dosa besar Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan diberi
amaran oleh Allah dengan azab yang keras di akhirat
26 Dosa kecil Kesalahan yang tidak diberikan amaran azab yang keras di akhirat
dan tidak diperuntukkan hukuman tertentu di dunia
27 Menipu Melakukan sesuatu untuk mendapatkan faedah dengan merugikan
orang lain
28 Berbohong Tidak bercakap benar atau memalsukan maklumat dan fakta yang
menyusahkan orang lain
29 Mencuri Mengambil hak orang lain secara sembunyi tanpa izin
30 Merompak Mengambil hak orang lain secara kekerasan
31 Riba’ Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang
piutang atau pertukaran antara emas, perak, mata wang dan makanan yang sejenis
32 Riba’ al-Fadli Pertambahan yang diperoleh melalui pertukaran barang yang sama
sepertinya atau melalui pinjaman
33 Riba’ an-Nasiah Pertambahan yang diperoleh kerana menangguhkan tempoh
bayaran
34 Anak yatim Anak yang kematian bapa dan belum mencapai umur baligh
35 Harta anak yatim Harta yang diperoleh anak yatim melalui pusaka, wasiat dan
hadiah
36 Peperangan jihad Peperangan antara orang Islam dan orang kafir untuk
mempertahankan kesucian agam Islam
37 Mengumpat Menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta
boleh menimbulkan kemarahan dan melukai hati apabila dilakukan di hadapannya
38 Memfitnah Melemparkan tuduhan kepada individu tanpa bukti
SHAH PEKAN |Pendidikan Islam SPM 3 perahan buah-buahan dan diperam
40 Dadah Sejenis bahan yang boleh menghilangkan daya fikiran dan
mengkhayalkan
41 Zina Persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dan
perempuan
42 Qazaf (Menuduh
zina)
Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil
43 Liwat Hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki
44 Musahaqah Hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan
45 Membunuh diri Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad
sendiri
46 Bertaubat Berhenti daripada melakukan maksiat, menyesal atas kesilapan
yang telah dilakukan dan berazam tidak mengulangi lagi serta terus mendekatkan diri kepada Allah
ATAU
Kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau larangan-Nya
47 Haji Bahasa: Mengunjungi tempat yang mulia
Syarak : Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu
48 Umrah Bahasa: Ziarah
Syarak : Menziarahi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa denga syarat-syaratnya
49 Upah haji Menunaikan ibadat haji bagi pihak orang lain
50 Rukun haji dan
umrah
Amalan yang mesti dikerjakan dalam ibadat haji dan umrah. Jika tertinggal salah satu daripadanya, haji dan umrah tidak sah
51 Tawaf Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat
tertentu untuk beribadat kepada Allah S.W.T.
52 Saie Berjalan berulang-alik dari Bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali
dan dilakukan selepas tawaf
53 Bercukur Bercukur atau bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai dan
dilakukan selepas saie bagi menamatkan haji
54 Wajib haji dan
umrah
Amalan yang wajib dilaksanakan, kalau tertinggal salah satu daripadanya, haji masih sah tetapi wajib dibayar dam
55 Miqat Sempadan masa dan tempat yang ditentukan untuk berniat ihram
haji dan umrah 56
Bermalam di Muzdalifah
Berada di Muzdalifah selepas separuh malam kesepuluh Zulhijjah dan ia terletak antara Arafah dan Mina
57 Melontar Jamratul
Aqabah
Melontar 7 biji anak batu di Jamratul Aqabah mulai selepas tengah malam pada 10 Zulhijjah dan berlanjutan sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah
58 Bermalam di Mina Berada di bumi Mina pada malam-malam 11,12, dan 13 Zulhijjah
59 Melontar
ketiga-tiga jamrah
Melontar di Jamratul Ula, Jamratul Wusta, dan Jamratul Aqabah dengan menggunakan 7 anak batu pada tiap-tiap jamrah
60 Tahallul Keluar daripada ihram haji atau umrah setelah melakukan
beberapa perkara tertentu
SHAH PEKAN |Pendidikan Islam SPM 4 melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah dan bercukur
62 Tahallul Thani Apabila selesai melakukan ketiga-tiga perkara berikut iaitu Tawaf
Ifadah, melontar Jamratul Aqabah pada 10 Zulhijjah dan bercukur
63 Nafar Keluar dari Mina kembali ke Mekah dengan niat tidak akan
kembali lagi ke Mina
64 Nafar Awal Meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah selepas gelincir matahari
dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi
65 Nafar Thani Meninggalkan Mina setelah melontar Jamrah pada 13 Zulhijjah
66 Haji Ifrad Mengerjakan haji dan umrah secara berasingan, sama ada
melakukan umrah sebelum masuk bulan haji atau mengerjakan haji dahulu diikuti mengerjakan umrah
67 Haji Tamattuk Mengerjakan umrah terlebih dahulu pada bulan haji, kemudian
diikuti dengan mengerjakan haji pada tahun itu
68 Haji Qiran Mengerjakan ibadat haji dan umrah secara serentak
69 Dam Bahasa: Darah
Istilah: Denda yang dikenakan ke atas jemaah haji dan umrah yang melakukan kesalahan kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji dan umrah atau melakukan perkara yang dilarang semasa dalam ihram
70 Dam Tertib Dam yang dibayar mengikut susunan
71 Dam Ta’dil Bayar dam mengikut nilaian harga dam
72 Dam Takdir Dam yang dibayar mengikut kadar yang ditentukan mengikut
kemampuan
73 Dam Takhyir Dibolehkan membayar mengikut pilihan mana-mana jenis dam
yang ditetapkan oleh syarak
74 Sembelihan Suatu cara menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan
dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merih dengan alat yang tajam dengan niat kerana Allah
75 Qurban Menyembelih binatang ternakan pada hari raya Aidil Adha pada
hari-hari Tasyrik iaitu 11,12, dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat kepada Allah
76 Aqiqah Penyembelihan binatang ternakan yang sah dijadikan qurban
sempena mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.
77 Jual beli Menukar sesuatu barang oleh penjual kepada pembeli dengan
barang mengikut cara yang tertentu
78 Sewa Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah daripada harta
atau barang tertentu dengan bayaran tertentu berdasarkan persetujuan kedua-dua pihak
79 Ar- Rahn
(Gadaian)
Bahasa: Menahan sesuatu
Syarak : Sesuatu harta yang bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman
80 Syarikat Bahasa: Berkongsi
Syarak: Akad perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua orang atau lebih
81 Hutang Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang
dan perlu dikembalikan semula dengan syarat jumlah yang sama
82 Insurans Suatu kontrak berbentuk derma atau sumbangan daripada Badan
SHAH PEKAN |Pendidikan Islam SPM 5 dasar saling membantu mengurangkan bebanan musibah yang ditanggung pencarum
83 Saham Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat untuk dijadikan
sebagai alat pemilikan
84 Khalifah Orang yang memegang jawatan ketua negara Islam
85 Khulafa’
ar-Rasyidin
Gelaran kepada empat orang sahabat yang memegang jawatan dalam negara Islam selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
86 Kharaj Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik sama ada Islam atau
bukan Islam
87 Jizyah Cukai yang dikenakan kepada orang kafir Zimmi yang tinggal di
negara Islam atau negara bukan Islam yang meminta pertolongan dengan negara Islam
88 Zakat Kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan
syarat-syarat tertentu
89 Usyur Cukai sebanyak 10% yang dikenakan daripada hasil pertanian
yang diperoleh daripada tuan tanah
90 Fai’ Harta rampasan daripada orang kafir harbi tanpa peperangan yang
telah ditinggalkan
91 Ghanimah Harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam melalui
peperangan
92 Amar Makruf Mengajak, menyuruh atau menyeru supaya melakukan kebaikan
93 Nahi Mungkar mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara
yang ditegah oleh syarak
94 Mauziah Hasanah Kata-kata nasihat dan peringatan tentang pembalasan Allah iaitu
ganjaran pahala dan balasan azab
95 Rekreasi Kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali
kesihatan badan dan melapangkan fikiran
96 Kemudahan awam Kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan
orang ramai
SHAH PEKAN |Pendidikan Islam SPM 6 Maksud istilah dalam pendidikan islam spm
Tingkatan 5
Bil. Istilah Maksud
1 Tawakkal Berserah kepada Allah S.W.T. setelah berusaha dan berikhtiar untuk
mendapatkan sesuatu yang diingini
2 Menjaga
pandangan
Memelihara mata daripada melihat perkara yang diharamkan
3 Nur Iman atau suatu jalan yang membawa kepada kesejahteraan,
kebaikan dan kesucian
4 Ilmu Fardhu Ain Ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam bagi menyempurnakan
kehidupan dunia dan akhirat
5 Ilmu Fardhu
Kifayah
Ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam. Kewajipan akan gugur apabila sebahagian umat Islam melaksanakannya
6 Wali Allah
S.W.T.
Manusia biasa yang beriman, bertaqwa, istiqamah melakukan perintah Allah S.W.T. dan menjauhi larangan Allah S.W.T. zahir dan batin
7 Iman Bahasa: Mengakui, mengiktiraf dan membenarkan sesuatu tanpa
mendustakannya
Istilah: Membenarkan dengan hati, mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota
8 Ahli Sunnah Wal
Jamaah
Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, sunnah Rasulullah S.A.W. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bida’ah
9 As-salafussoleh Para ulama’ solihin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu
para sahabat, tabien, dan pengikut tabien
10 Syiah Golongan yang bercita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai
khalifah Rasulullah S.A.W.
11 Syiah Imamiah Golongan yang berpendapat bahawa pemimpin umat Islam hanya
layak disandang oleh Ahli Bait
12 Syiah Zaidiah Mengambil nama sempena pengasasnya Zaid bin Ali Zainal Abidin,
cicit kepada Saidina Ali bin Abi Talib
13 Syiah al-Batiniah Pandangan mereka yang menganggap al-Quran mempunyai makna
zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka
14 Khawarij Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang
Muawiyah r.a tetapi tidak menerima majlis Tahkim
15 Kafir Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang
telah dijelaskan dalam al-Quran dan hadis ATAU
Orang yang ingkar kepada apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya beriman kepada-Nya
16 Musyrik Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain atau
menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat, sifat dan perbuatan
17 Munafik Orang yang pada zahirnya beriman tetapi di dalam hatinya kufur
18 Fasik Orang yang derhaka kepada Allah dan rasul-Nya dengan melakukan
dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil
19 Murtad Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada melalui
SHAH PEKAN |Pendidikan Islam SPM 7
20 Mulhid Orang yang tidak beragama(atheis)
21 Ajaran sesat Ajaran yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah walaupun
didakwa sebagai ajaran Islam
22 Perkahwinan Bahasa: Himpun atau cantum
Syarak: Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain yang memberi erti nikah yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
23 Merisik Langkah pertama dalam proses memilih calon isteri yang sesuai
serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang
24 Meminang Lamaran daripada seseorang lelaki kepada seseorang perempuan
untuk dijadikan isteri
25 Wali Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan
26 Wali mujbir Bapa dan datuk
27 Wali nasab Wali keturunan iaitu wali mujbir dan wali bukan mujbir
28 Wali hakim Orang yang diberi kuasa oleh sultan atau pemerintah untuk
mengahwinkan seseorang perempuan ketika ketiadaan wali
29 Wali bukan
mujbir
Mereka yang selain daripada bapa dan datuk
30 Ijab Lafaz yang diucapkan oleh wali
31 Qabul Jawapan penerimaan oleh bakal suami
32 Mahar Sesuatu yang berfaedah sama ada berbentuk barang seperti wang
atau sesuatu yang bernilai yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri setelah akad nikah
33 Mahar musamma Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua
belah pihak
34 Mahar misli Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar
saudara-saudara perempuan pihak isteri
35 Walimatul urus Kenduri dan jamuan sempena perkahwinan
36 Talak Bahasa: Cerai dan melepaskan ikatan
Istilah: Penceraian dan merungkaikan ikatan perkahwinan antara suami dengan isteri dengan lafaz talak dan cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya
37 Lafaz sorih Ucapan lafaz yang jelas menyebut “Talak” atau “Cerai”. Tidak
perlu niat
38 Lafaz kinayah
(kiasan)
Ucapan yang boleh menunjukkan makna cerai dan makna lain. Perlu kepada niat sama ada niat cerai atau tidak
39 Rujuk Bahasa: Kembali
Istilah: Suami mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya
40 Iddah Bahasa: Tempoh pengiraan
Istilah: Tempoh masa larangan berkahwin bagi isteri yang telah diceraikan oleh suami atau kematian suami. Tempoh ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T. yang mesti dipatuhi
41 Fasakh Pembatalan ikatan perkahwinan oleh kadi disebabkan syarat-syarat
yang tidak dipenuhi pada masa akad nikah atau ada masalah yang berlaku dalam rumah tangga
42 Menuntut fasakh Menuntut pembatalan perkahwinan di mahkamah syariah
disebabkan syarat-syarat tidak dipenuhi semasa akad atau disebabkan masalah yang berlaku dalam rumah tangga
SHAH PEKAN |Pendidikan Islam SPM 8
43 Khuluk Bahasa: Mencabut atau menanggalkan
Istilah: Penceraian dan perpisahan antara suami isteri dengan lafaz
talak atau khuluk (tebus talak) yang dikaitkan dengan bayaran tertentu
44 Nusyuz Bahasa: Derhaka atau ingkar
Istilah: Keingkaran isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak
45 Zihar Bahasa: Bererti belakang
Istilah: Suami meyerupakan dan menyamakan isterinya atau mana-mana anggota tubuh badannya dengan ibunya atau mana-mana-mana-mana perempuan mahram baginya
46 Lian Bahasa: Laknat
Istilah: Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman qazaf kerana tuduhan zina terhadap isteri atau untuk menafikan nasab
47 Poligami Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih empat
orang isteri pada satu masa
48 Kemahiran
keibubapaan
Ibu bapa mempunyai kemahiran, kemampuan dalam menjaga, mendidik dan menunaikan segala hak anak-anak seperti yang dituntut oleh Islam
49 Undang-undang
keluarga Islam
Undang-undang yang memperuntukkan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, penceraian dan perkara-perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya di kalangan orang Islam
50 Mahkamah
syariah
Institusi kehakiman yang membicarakan perkara Mal dan jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-negeri
51 Anak angkat Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungannya
52 Hadhanah Hak penjagaan kanak-kanak yang masih belum mumaiyiz dan tidak
mampu menguruskan diri sendiri
53 Pemimpin Orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan
manusia atau sesebuah organisasi
54 Jihad Usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan menggunakan
seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapat keredhaan Allah
55 Sedekah Pemberian yang dilakukan dengan ikhlas untuk mendekatkan diri
kepada Allah
56 Hadiah Pemberian dari seseorang sebagai satu penghargaan, tanda kasih
sayang atau pujian