• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MAS"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU DALAM NEGARA MASA KINI

Bahasa merupakan salah satu alat komunikasi yang digunakan oleh manusia. Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantaraan. Bahasa menurut Kamus Dewan ialah sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan atau fikiran ( Kamus Dewan 1998 : 37 ). Melayu pula didefinisikan sebagai nama asal bangsa yang mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya ataupun nama suku bangsa terutama sekali di Semenanjung Tanah Melayu ( Kamus Dewan 1998 : 440 ).Bahasa digunakan sebagai alat perhubungan untuk berkomunikasi sesama manusia sama ada dalam bentuk lisan mahu pun tulisan. Bahasa Melayu ialah bahasa yang dituturkan sebagai alat komunikasi masyarakat atau asal bangsa yang menduduki Kepulauan Melayu.

Menurut Ismail Hussien (1948:5), bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang digunakan dalam 200 bahasa yang terdapat dalam Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu ini juga menjadi bahasa kebangsaan kepada negara Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Selepas kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957, bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan Malaysia. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan bahasa Melayu dipilih untuk dijadikan bahasa kebangsaan. Faktor yang pertama ialah peratusan penutur bahasa Melayu di semenanjung Malaysia pada masa itu. Peratusan sebanyak 49.78 bagi masyarakat Melayu menjadikan masyarakat melayu merupakan penutur bahasa yang paling banyak di Malaysia berbanding dengan masyrakat Cina 37.1 dan masyarakat India 11.0.

(2)

sejak di Zaman Melayu Melaka lagi. Semasa ini bahasa Melayu menjadi Lingua Franca yang menjadi bahasa perdagangan di antara Kerajaan Melayu Melaka dan kerajaan negara luar.

Bahasa Melayu mempunyai pelbagai peranan dan fungsi kepada diri dan masyarakat Malaysia. Pelbagai fungsi yang dapat kita lihat dalam penggunaan bahasa Melayu. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan. Setiap negara perlulah mempunyai bahasa negara itu sendiri bagi menunjukkan identiti negara tersebut. Bahasa Melayu telah dipilih menjadi bahasa kebangsaan yang menunjukkan identiti Malaysia sendiri kepada seluruh dunia. Peratusan penutur bahasa Melayu yang banyak menyebabkan bahasa ini dpilih sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah digunakan oleh semua masayarakat dan menunjukkan keseragaman rakyat Malaysia.

Bahasa melayu juga menjadi asas pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat. Asas pembinaan negara berlandaskan perlembagaan negara Malaysia dalam perkara 152 yang mengatakan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Satu bahasa yang difahami oleh semua lapisan masyarakat dapat diselaras dan diseragamkan dan menjadi asas pembangunan sesuatu masyarakat. Dengan termaktubnya Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai asas yang kukuh dalam pembinaan negara dan kebudayaan masyarakat di masa akan datang.

(3)

Selain itu, bahasa melayu juga menjadi bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sistem pendidikan di Malaysia telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan di institusi-institusi pendidikan. Bahasa Melayu telah digunakan sejak 90-an lagi sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu digunakan oelh guru-guru di sekolah semasa menyampaikan ilmu. Bahsa Melayu digunakan adalah bagi menyelaraskan penggunaan bahasa yang digunakan sekolah dan mudah difahami oleh semua kaum. Bahasa Melayu ini juga memudahkan guru untuk berkomunikasi dengan murid dan dapat mencapai objektif pengajaran dengan baik.

Bahasa Melayu juga merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan Negara, urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya. Oleh sebab itu, bahasa Melayu telah dipilih untuk menjadi bahasa rasmi kepada Malaysia. Bahasa rasmi ini bukanlah ingin menunjukkan mengenai semangat negara, tetapi fungsi bahasa rasmi itu sendiri untuk mempermudahkan sesuatu urusan untuk dijalankan dalam pelbagai situasi.

Kedudukan dan taraf bahasa Melayu ini telah termaktub dalam perlembagaan Malaysia dalam Perkara 152, Akta Bahasa kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961. Perkara 152 (1) telah termaktub mengatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh parlimen. Terdapat syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara 152 ini bahawa tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan ( bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rasmi), atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain. Walaupun dalam memartabatkan bahasa Melayu itu sendiri, perlembagaan juga ingin menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan memberi keistimewaan kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi tidak menghalang penggunaan bahasa kaum lain.

(4)

dengan negara luar. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar awal di sekolah bermula di sekolah rendah, diikuti 1958 di sekolah menengah dan 1983 di universiti-universiti yang menjadikan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan.

Akta Pendidikan 1961 juga mengatakan bahawa bahasa kebangsaan digunakan di semua sekolah iaitu bahasa Melayu. Keputusan ini dibuat laksanakan atas pelaksanaan bahasa Kebangsaan yang mengatakan bahawa peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar dilaksanakan secara berkesan, termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sistem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama.

Referensi

Dokumen terkait

Setelah didapatkan hasil dari kuesioner konstruk, maka dilakukan penyusunan kuesioner matriks perbandingan berpasangan yang mengacu pada Metode Analytical

Karakteristik dan posisi masing- masing stasiun penelitian sebagai berikut: Stasiun I dan I merupakan stasiun yang berada di depan dermaga PELNI Manokwari dan

Jadi tujuan pembelajaran harus menunjukkan tingkah laku akhir atau hasil belajar yang dituntut dapat dilakukan siswa sebagai bukti usaha belajarnya telah berhasil.. KD

(15) Tarif pelayanan penunjang medik patologi klinik, patologi anatomi dan radiologi sebagaimana dimaksud dalam pasal 13 huruf o, pelayanan rawat inap menyesuaikan kelas perawatan

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui perbedaan kemampuan menulis puisi antara sebelum menerapkan teknik pembelajaran rangsang gambar dan sumbang kata dengan

Kliring merupakan jasa penyelesaian utang piutang antar bank dengan cara saling menyerahkan warkat-warkat yang akan dikliringkan dilembaga kliring (Penagihan warkat seperti cek atau

Produk utama yang ditawarkan oleh JNE adalah jasa pengiriman barang, tetapi saat ini JNE sudah memiliki beberapa produk lain di bidang logistic, antara lain adalah PESONA

Segala puji penulis senantiasa panjatkan atas kehadirat Allah Robbul ‘Izzati yang tiada hentinya mencurahkan rahmat dan hidayah-Nya sehingga dengan segala karunia