• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Kerelevanan Konsep Negara Bangsa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tahap Kerelevanan Konsep Negara Bangsa"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Pada era globalisasi ini, persoalan negara bangsa sering menjadi perbualan dan topik utama sarjana serta pengkaji untuk mengetahui tahap kerelevenan konsep ini. Secara amnya, negara bangsa ialah satu konsep atau bentuk kenegaraan yang memperoleh pengesahan politiknya dengan menjadi sebuah entiti berdaulat bagi satu-satu bangsa membentuk sebuah wilayah yang berdaulat.

(2)

Definisi Negara

Negara atau state berasal dari perkataan Latin iaitu natio yang bermaksud warga atau bangsa. Negara secara umumnya adalah sekelompok manusia yang tinggal di sesuatu wilayah dan mempunyai persamaan seperti bahasa, budaya, adat dan lain-lain. Menurut K. Ramanathan (1992) dalam bukunya Konsep Asas Sains Politik, negara didefinisikan sebagai sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar. Pada masa yang sama, menurut Djokosoetono iaitu seorang sarjana Indonesia, negara adalah suatu organisasi manusia atau kumpulan manusia yang berada dalam pemerintahan yang sama (Aim Abdul Karim, 2006). Secara amnya, negara dibentuk oleh sekelompok manusia yang mempunyai identiti etnik yang sama dan bersetuju untuk diperintah oleh sebuah organisasi atau unit politik yang sah dan berdaulat. Negara bertanggungjawab untuk menjalankan pemerintahnya demi menjaga kebajikan rakyat termasuklah dari aspek politik, ekonomi, sosial dan keselamatan.

(3)

Definisi Bangsa

Bangsa atau nation membawa erti satu identiti nasional dan budaya yang dikongsi bersama oleh sekumpulan manusia di sesuatu wilayah. Menurut Otto Bauer (2000), bangsa didefinisikan sebagai suatu menyatuan karakter atau tingkah laku yang timbul daripada nasib yang sama. Nasib yang sama ini biasanya dikongsi oleh masyarakat sesebuah negara yang pernah dijajah dan ditindas dan mereka bersatu membentuk sebuah bangsa untuk melawan penjajahan seperti yang berlaku di Indonesia. Pada masa yang sama, menurut Ernest Renan (2010) dalam karyanya What Is Nation?, beliau mengatakan bangsa adalah sekelompok manusia yang memiliki kehendak untuk bersatu sehingga merasa dirinya adalah satu. Selain itu, tokoh nasionalis Indonesia iaitu Sukarno menjelaskan bahawa bangsa adalah sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri tertentu dan juga mempunyai rasa cintakan negara. Secara amnya, bangsa adalah sekumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang dan seterusnya membentuk sebuah bangsa yang berkongsi satu identiti dan matlamat yang sama untuk menjadikan negara sebuah institusi politik yang lebih hebat dan sejahtera.

(4)

Negara Bangsa

Istilah negara bangsa sering digunakan oleh golongan saintis sosial untuk memberi erti perpaduan yang wujud dalam sesebuah negara yang mempunyai bangsa yang berkongsi identiti dan matlamat yang sama. Negara bangsa ini wujud apabila rakyat negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama bersatu padu membentuk sebuah bangsa yang berkongsi identiti dan matlamat yang sama. Di negara yang pernah dijajah seperti Indonesia, konsep negara bangsa menjadi fokus utama fahaman nasionalisme untuk memperoleh sokongan rakyat dan pada masa yang sama memperjuangkan kemerdekaan. Dapat nyatakan bahawa negara bangsa merujuk kepada anggota semua kaum yang mempunyai perasaan sebangsa dengan nama kolektif yang sama serta berkongsi wilayah, ekonomi, budaya dan nasib masa depan yang sama. (Abdul Rahman, 2006). Konsep negara bangsa telah menjadikan negara yang merupakan sebuah unit politik dan bangsa yang merujuk warganya telah menjadi sama membentuk sebuah identiti nasional.

(5)

sebagai bahasa rasmi, namun anggota masyarakat haruslah menguasai bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global untuk memastikan negara bangsa sentiasa terpelihara walaupun dilanda arus globalisasi. Seterusnya langkah dalam pembinaan negara bangsa ialah idea “one nation” atau satu bangsa harus subur dalam imaginasi warga tanpa mengira kaum yang mewujudkan sifat toleransi dan saling menghormati dalam kalangan anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama. Hal ini demikian kerana apabila idea “one nation” ini subur dalam imaginasi setiap warga, mereka akan merasa bahawa mereka adalah satu bangsa yang berkongsi satu tanah air, identiti dan matlamat yang sama walaupun terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Selain itu, konsep “civic nation” iaitu idealogi membentuk sebuah nasion yang tidak berasaskan mana-mana kaum merupakan langkah terakhir dalam proses pembinaan negara bangsa. Konsep “civic nation” ini amat penting untuk memastikan setiap anggota masyarakat mempunyai hak sama rata dan untuk mengelakkan berlakunya diskriminasi kaum. Namun, langkah-langkah pembinaan negara bangsa ini merupakan antara cabaran yang dihadapi institusi politik untuk membentuk sebuah negara bangsa kerana masih wujud negara yang mengamalkan diskriminasi perlindungan untuk melindungi hak istimewa etnik majoriti.

(6)

bendera negara, Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan, Garuda sebagai lambang, “Bhinneka Tunggal Ika” yang bermaksud berbeza tetap menjadi satu sebagai semboyan kebangsaan, Pancasila sebagai dasar negara, UDD 1945 sebagai perlembagaan, Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI) yang mendaulatkan rakyat, konsepsi wawasan Nusantara dan kebudayaan nasional. Terbentuknya sebuah negara bangsa seperti di Indonesia merupakan salah satu kekuatan kerajaan kerana mempunyai warga yang bersatu padu dan sentiasa menyokong dasar kerajaan untuk mencapai matlamat mereka.

Definisi Globalisasi

Menurut Malcolm Waters (1995), globalisasi adalah satu sistem antarabangsa yg berteraskan pasaran yg mempengaruhi ekonomi dan sosial penduduk dunia. Hal ini telah menyebabkan berlakunya hubungan merentasi sempadan dan menandakan satu pertumbuhan pertukaran serta saling bergantungan dalam kalangan negara. Selain itu, Abdul Rahman Embong (2015) mendefinisikan globalisasi sebagai suatu proses saling hubungan, keterkaitan dan kebergantungan yang berlaku secara berterusan dan dalam jangka yang panjang iaitu antara sesama manusia daripada pelbagai bangsa di dunia yang merentasi sempadan negara masing-masing untuk menjangkau ke wilayah lain yang lebih jauh. Kebolehan untuk merentasi sempadan negara yang dikenali sebagai “borderless world” atau dunia tanpa sempadan ini dilakukan melalui kemajuan teknologi yang semakin meningkat dari saban hari. Dengan adanya jaringan internet, maklumat dapat dikongsi kepada seluruh penduduk dunia hanya melalui hujung jari dan hal ini telah memudahkan urusan pertukaran maklumat di peringkat global. Pada masa yang sama, kebanyakan orang mengaitkan istilah globalisasi dengan perubahan sosial kontemporer, pengunduran negara, penghapusan budaya-budaya traditional dan ketibaan zaman pasca-modern (Scholte, 2000).

(7)

pengeluaran. Kelahiran persyarikatan multinasional ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan kerana globalisasi berperanan sebagai satu sistem antarabangsa yang berteraskan pasaran yang mempengaruhi ekonomi dan sosial penduduk dunia. Sistem antarabangsa ini juga dikenali sebagai liberalisasi ekonomi yang menekankan konsep “free trade” atau perdagangan bebas di mana persyarikatan multinasional ini digalakkan untuk melabur di negara asing terutamanya di benua Asia kerana mempunyai sumber bahan mentah yang banyak dan kos pengeluaran yang rendah. Konsep “free trade” ini dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang membolehkan barangan negara anggota ASEAN untuk menembusi pasaran negara anggota tanpa sekatan, tariff dan cukai.

(8)

Pendapat Tahap Kerelevanan Konsep Negara Bangsa Dalam Proses Globalisasi Pada hari ini, proses globalisasi yang berlaku di seluruh dunia telah membangkitkan persoalan tentang tahap kerelevenan negara bangsa dalam kalangan sarjana dan juga pengkaji sains sosial. Malcom Waters (1995) menjelaskan bahawa globalisasi menjadi suatu ancaman bagi negara kerana memperlemahkan dominasinya. Hal ini demikian kerana globalisasi telah melahirkan aktor baru iaitu aktor bukan kerajaan seperti persyarikatan multinasional (MNC) sepeti Royal Dutch Shell dan Apple, international governmental organization (IGO) seperti World Bank dan, United Nation, manakala non-governmental organization (NGO) seperti Greenpeace dan World Wildlife Fund (WWF). Aktor-aktor bukan negara ini mempunyai pengaruh yang lebih besar dalam memperkembangkan dan mempromosikan isu-isu dalam agenda antarabangsa dalam era globalisasi ini. Pada masa yang sama, aktor bukan negara ini juga memainkan peranan dalam proses pembuatan dasar sesuatu negara kerana kelompok ini telah menjadi sebuah organisasi politik yang besar berbanding negara.

(9)

atau tindakan yang berlawanan dengan organisasi antara kerajaan ini. Selain itu, aktor seperti non governmental organization (NGO) seperti Greepeace menjalankan hubungan secara transnasional dimana organisasi ini mempunyai partisipan dari pelbagai masyarakat yang merentasi sempadan dimana golongan ini sering mendesak negara melaksanakan dasar mengikut kepentingan mereka.

Referensi

Dokumen terkait

b) Mendefinisikan masalah dan Melakukan tukar pikiran berdasarkan pengetahuan yang mereka miliki. c) Menetapkan hal-hal yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah d) Menetapkan

Kadar karbon arang sabut kelapa pada berbagai suhu ini lebih besar dibandingkan dengan karbon aktif komersial merk India dan juga karbon aktif dari empulur batang

Tujuan penelitian ini adalah : 1) Untuk mengetahui bagaimana pelaksanaan perlindungan hukun terhadap perempuan sebagai korban kekerasan dalam rumah tangga di

Deskriptor diambil berdasar- kan jumlah panelis yang menyatakan bahwa suatu soal diperkirakan mampu dijawab benar oleh siswa minimal lebih dari separoh (1/2) dari

Rancang bangun alat penetas telur tanaga surya kapasitas telur 10-20 butir telur ini dibuat dengan cara di memodifikasi penetas telur yang sudah ada dengan menambahkan bagian

Berdasarkan data-data yang diperoleh dari tes kemampuan awal (pretest), tes kemampuan akhir (posttest) , angket dan jurnal siswa yang dilaksanakan saat penelitian,

Keyakinan dalam persepsi awal terhadap masalah yang terjadi bersifat negatif dengan menunjukkan penolakan dan pemberontakan terhadap Tuhan karena permasalahan hidup

Model yang digunakan tersusun atas 2 faktor perlakuan, faktor A terdiri atas 3 taraf dan faktor B terdiri atas 3 taraf dengan ulangan sebanyak 3 kali sehingga disebut