• Tidak ada hasil yang ditemukan

Langkah formulasi strategi anal (3)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Langkah formulasi strategi anal (3)"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Langkah-Langkah Mengatasi Gejala Sosial Dalam Kalangan Remaja

Pada era globalisasi ini, gejala sosial dalam kalangan remaja begitu membimbangkan dan berleluasa. Secara umumnya, gejala sosial ini dikaitkan dengan perlakuan negatif yang dilakukan oleh remaja marcapada in. Malah, gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan tetapi juga membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Hal ini berlaku kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama lagi bijaksana. Oleh itu, langkah-langkah segera perlu diambil oleh pihak berkenaan untuk mengekang kemelut ini daripada terus menular.

Pada hemat saya, peranan diri sendiri merupakan peranan utama bagi mengatasi gejala sosial ini. Hal ini demikian kerana apa-apa yang dilakukan adalah berdasarkan kehendak dan kemahuan diri sendiri. Sekiranya diri sendiri tidak mahu melakukan itu, maka kita tidak akan melakukannya. Sudah terang lagi bersuluh, sesetengah kajian menyatakan apa-apa yang berlaku atas kemahuan diri sendiri. Oleh itu, kita perlulah muhasabah diri sebelum menunding jari kepada sesiapa. Dengan ini, kebejatan moral dalam kalangan remaja boleh dikurangkan seterusnya dapat membuka jendela kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Selain itu, peranan ibu bapa juga penting dalam mengekang masalah gejala sosial ini. Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja adalah sedikit. Sebaliknya, ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi ‘rakan anak-anak’. Sebagai contoh, kemahiran mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Di samping itu, ibu bapa juga harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Sebagai contoh, mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan intelektual. Dengan ini perubahan tersebut mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mampu membina jati diri sendiri. Sehubungan dengan itu, institusi kelurga penting. Paling penting perlu dititik beratkan ialah soal agama. Ibu bapa perlulah mendidik dan mengajar mereka dengan didikan agama yang kamil kepada anak-anak sejak kecil lagi. Hal ini bersesuaian dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

(2)

dipamerkan di media massa untuk diikut oleh mereka. Tuntasnya, media massa memang berperanan untuk mengurangkan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja hingga ke peringkat akar umbinya.

Selain peranan ibu bapa dan media massa, masyarakat sekitar juga tidak boleh lepas tangan bagi menyelesaikan masalah keruntuhan moral dalam kalangan remaja ini. Janganlah mengambil jalan mudah dengan bersikap menutup sebelah mata apabila terserempak dengan remaja yang terlibat dengan kemelut kebejatan moral. Sebaliknya, masyarakat seharusnya menegur tindakan golongan remaja ini. Jika sekiranya teguran ini tidak dapat diterima, laporkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang selanjutnya. Tanggapan bahawa usaha untuk memerangi masalah moral ini hanyalah terletak kepada pihak kerajaan semata-mata tidk sewajarnya berlaku. Setiap anggota masyarakat perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing. Sikap mementingkan diri bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing perlulah dikikis dalam diri. Dengan ini, usah membanteras kemelut kebejatan akhlak ini berjaya.

(3)

GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA (MUHAMMAD SAMIL MISRAN 2 Februari 2016).

GEJALA sosial merupakan satu amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan remaja pada masa kini. Gejala atau masalah yang ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat kita pada hari ini adalah seperti masalah atau gejala samseng atau gangsterisme, seks bebas, pembuangan bayi, merempit atau lumba haram, penyalahgunaan dadah, minum arak dan ponteng sekolah.

Gejala-gejala seperti ini dapat mendorong seseorang remaja terjebak ke lembah yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Seringkali kita dengar berbagai-bagai berita buruk yang sering disiarkan dikaca-kaca televisyen, di corong-corong radio mengenai masalah ini terutamanya kes pembuangan bayi, kes gangster (buli), dadah, ponteng sekolah dan lain-lain lagi.

Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu. Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai benda dalam kehidupan mereka.

Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk melakukan pelbagai perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Oleh sebab itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke lembah gejala sosial yang tidak sihat ini.

Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial. Antara punca-punca berlakunya

masalah ini adalah kurangnya didikan agama dalam keluarga, ibu bapa terlalu sibuk dengan urusan harian mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu bapa terhadap anak-anak.

Selain itu, berpunca daripada pergaulan bebas, kurangnya kasih sayang ibu bapa dan sebagainya. Hal ini, menyebabkan remaja sekarang terlalu bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu sama ada perkara yang dilakukan itu baik ataupun buruk.

Oleh itu, masalah ini haruslah dibendung daripada sekarang agar tidak menyesal dikemudian hari terutamanya ibu bapa. Ibu bapa perlulah meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak di rumah, memberikan perhatian yang penuh kepada anak-anak agar mereka lebih berasa disayangi.

Selain itu, pendidikan agama juga haruslah ditekankan dalam hidup anak-anak supaya mereka berakhlak mulia dan tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Oleh itu, masalah ini perlu dikawal sejak dari rumah dan perlu

diterapkan sejak kecil lagi agar dapat melahirkan generasi yang elok perangai dan akhlaknya pada masa hadapan bak mengikut peribahasa Melayu iaitu “sediakan payung sebelum hujan”.

Kurangnya Nilai atau Pendididikan Agama

(4)

seseorang itu akan goyah terutamanya insan yang baru hendak mengenal selok-belok kehidupan di dunia ini yang penuh dengan segala cabaran dan dugaan hidup.

Ajaran agama perlulah diterapkan sejak dari rumah lagi. Ibu bapa bertanggungjawab dalam memberikan ajaran agama yang sempurna untuk membentuk akhlak anak-anak supaya lebih baik dan dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial yang serba mencabar ini. Pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri remaja sejak kecil lagi.

Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis sebenarnya sudah cukup menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup dalam menerangi kegelapan. Islam sudah menerangkan secara jelas tentang bahana atau hukuman setiap gejala sosial jika dilakukan oleh orang Islam.

Jika panduan agama ini dijadikan satu pegangan yang kukuh dalam diri maka, secara tidak langsung gejala sosial tidak akan wujud dalam negara dan ia dapat dibendung dengan baik sekali.

Hal ini tidak hanya berfokuskan kepada penganut agama Islam sahaja, agama-agama lain juga seperti agama-agama hindu, buddha, kristian dan lain-lain mencegah sekeras-kerasnya penganut mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang boleh menimbulkan kerumitan dalam hidup.

Sekiranya ajaran atau didikan agama yang sempurna maka, hidup manusia dalam keluarga, masyarakat dan negara akan aman dan bebas daripada segala gejala sosial yang timbul seperti lumba haram, dadah, bergaduh dan sebagainya.

Ibu Bapa Yang Terlalu Sibuk

Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan tugas masing-masing merupakan salah satu punca berlakunya gejala sosial ini. Majoriti pada zaman sekarang ibu bapa boleh dikatakan 80% bekerja kedua-duanya sehinggakan kualiti masa untuk bersama dengan anak-anak di rumah tiada, menyebabkan kehidupan seharian anak-anak terabai dan secara tidak langsung nilai kasih sayang juga berkurangan.

Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu peranan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk

berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.

Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Tetapi dunia hari ini, disebabkan kesibukkan itu ibu bapa semakin

(5)

Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan yang paling terdekat dengan anak-anak atau remaja. Ibu bapa haruslah meluangkan lebih banyak masa dengan anak remaja mereka di rumah. Menerapkan nilai-nilai kasih sayang yang mencukupi serta ajaran atau didikan agama yang sempuran untuk membentuk keperibadian yang sempurna dan mulia.

Selain itu juga, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah menjadi rakan kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.

Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

Selain itu, ibu bapa juga perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan.

Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibu bapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak dan juga ia membawa keberkatan dalam hidup seharian.

Peranan Sekolah

Peranan pihak sekolah terutamanya guru-guru merupakan satu langkah yang perlu diambil serius. Guru-guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama menyelesaikan masalahnya.

Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai pemerintah dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses pembelajaran. Oleh itu, guru perlulah pandai mengambil hati murid-murid mereka juga agar suasana yang sihat dapat diwujudkan.

Kesan Ke atas Individu

Kesan ke atas individu itu sendiri iaitu remaja yang terlibat. Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ia terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya.

Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling.

(6)

seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyakan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan negara.

Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu sehingga boleh membawa kepada kerosakkan diri sendiri akibat daripada tindakan bodoh yang dilakukan itu.

Kesan Kepada Keluarga

Seterusnya, kesan kepada keluarga. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu.

Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kita semua haruslah bertindak dengan lebih pantas dan tuntas dalam menangani masalah gejala sosial ini agar tidak terus merebak menjadi lebih parah lagi. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

Dengan kata lain, walauapapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi. Seseorang individu (remaja) mestilah memikirkan terlebih dahulu apa yang hendak dilakukan dan kesan yang bakal mereka hadapi agar tidak menyesal dikemudian hari.

Masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara pada masa yang akan datang. Justeru, semua pihak mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala social tersebut.

Sekirannya negara bebas daripada segala gejala sosial ini maka, negara dapat melahirkan generasi yang bersih daripada segala masalah dan generasi yang dilahirkan ini dapat menerajui negara kita ke arah Wawasan 2020 serta dapat membentuk sebuah negara yang aman, damai dan harmoni.

(7)

Penulis ialah Pelajar Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Korporat) Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

Monday, March 2, 2015

Isi dan huraian langkah-langkah masyarakat menangani

masalah gejala sosial remaja

Tapak jawapan ini untuk menjawab soalan menggunakan kata kunci

peranan/fungsi/tanggungjawab/tugas/usaha/langkah/cara/tindakan/pendekatan/kaedah

ISU-ISUNYA :

Peranan/fungsi/tanggungjawab/tugas/usaha/langkah/cara/tindakan/pendekatan/kaedah

(8)

Seterusnya, peranan kerajaan menguatkuasakan undang-undang(isi ) . Kerajaan merupakan badan yang mempunyai kuasa membuat, menggubal dan melaksanakan undang-undang. Tindakan penguatkuasaan pula diperturunkan kepada jabatan-jabatan di bawahnya seperti Pihak Berkuasa Tempatan perlu dilakukan sepanjang masa tanpa mengira tempat (huraian 1). Dalam hal ini, cadangan supaya ketetapan mewajibkan remaja di bawah umur 21 tahun perlu berada di dalam rumah bersama keluarga selepas jam 12.00 malam adalah satu kewajipan dan mandatori. Disamping itu, pegawai keselamatan perlu membuat rondaan secara berkala. Hal ini disebabkan kebanyakan remaja yang berkumpul tanpa membuat aktiviti berfaedah menjurus ke arah aktiviti tidak bermoral seperti merempit. Justeru itu, jika remaja merempit tertangkap, remaja berkenaan perlu diberi hukuman yang setimpal seperti duduk dalam penjara selama dua hari tiga malam dan membuat kerja-kerja khidmat masyarakat selama sebulan. Impak dari tindakan pihak berkuasa yang membuat pemantauan secara berkala pasti mengurangkan aktiviti remaja merempit. Selain itu, dapat

melahirkan rasa gerun kepada semua remaja yang terlibat. Jelaslah bahawa jika kerajaan dapat menguatkuasakan undang-undang secara berterusan, saya yakin masalah sosial dalam negara ini dapat dikurangkan bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.-178 (10 ayat)

Sejurusnya, kerajaan juga boleh menganjurkan dan melaksanakan program kesedaran berkaitan masalah sosial di dalam kalangan remaja. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa cuti hujung minggu atau pada musim cuti persekolahan yang panjang. Tarikan kehadiran ialah dalam kalangan kanak-kanak sekolah bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Program kesedaran boleh diadakan dimana-mana lokasi seperti penganjuran bersama dengan karnival beli-belah 'Sure Heboh TV3', karnival kerjaya dan di gedung-gedung pusat membeli-belah. Tamsilnya, pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada remaja seperti merempit (pameran kemalangan jalan raya) dan kesan penagihan dadah (pameran kesan penagihan dadah, jenis-jenis dadah). Aktiviti sampingan lain termasuklah mengadakan ceramah, edaran pamplet dan program sukarelawan memupuk kasih sayang kepada masyarakat komuniti tempat tinggal. Kesan kempen secara berterusan pasti dapat mendidik pengunjung menjauhi diri dari perkara yang menjurus melahirkan masalah sosial remaja. Seterusnya negara dapat membangun dengan pesat yang diolah oleh pemimpin pelapis yang ada. Jelaslah, jika program kesedaran dan pendidikan masalah sosial dilaksanakan secara berkala, saya pasti masalah sosial yang berat akan dapat dikurangkan.-166 (9 ayat)

(9)

Keselamatan Kampung dan KRT perlu membuat perjumpaan sekali setiap bulan untuk

menyampaikan permasalah komuniti masing-masing. Program memperkasakan keindahan dan keharmonian komuniti diadakan seperti gotong-royong, pemimpin turun padang dan aktiviti rukun tetangga diperkasakan. Selain itu, gerakan membasmi masalah sosial seperti melepak dan

menghisap dadah dalam rumah kosong dan perbuatan vandalisme dapat dibenteras dari awal bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Jelaslah bahawa hubungan yang akrab antara kerajaan dan komuniti membawa sinergi ke arah kawasan sifar daripada masalah sosial. -178(10 ayat)

-Jika ada soalan menggunakan kata kunci peranan masyarakat salah satu isi boleh digunakan dan disesuai dengan kata tugas (soalan)

Peranan/fungsi/tanggungjawab/tugas/usaha/langkah/cara/tindakan/pendekatan/kaedah

2. Peranan Sekolah

Sekolah adalah sebuah institusi yang disediakan oleh kerajaan sebagai tempat untuk mendidik, membina tingkahlaku positif remaja dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Remaja ke sekolah bukan sahaja untuk mengejar ilmu demi kejayaan masa depan tetapi juga untuk membentuk sahsiah positif dari segi kepimpinan, ketrampilan dan keberadaban mereka terutama dalam

mendepani dunia luar yang lebih mencabar. Dalam aktiviti kurikulum, nilai-nilai murni telah merentasi intipati semua mata pelajaran yang disediakan. Manakala aktiviti kokurikulum pula, semua murid perlu mempelajari semua aspek insiniah.

Disamping itu sekolah menyediakan sesi kaunseling untuk pelajar bermasalah. Sekolah seboleh-bolehnya mahu mengelakkan remaja menerima angin salah. Oleh itu, setiap sekolah telah

(10)

kaunselor, biasanya pelajar yang mendapat sesi kaunseling akan meninggalkan tabiat negatif secara perlahan-lahan. Jelaslah sesi kaunseling membantu mengurangkan masalah sosial dalam kalan remaja dari dalam sekolah.

Sejurusnya, sekolah mengadakan tindakan koperatif bersama PIBG menangani masalah sosial remaja dari dalam dan luar sekolah. Sekolah telah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mempunyai tugasan menyokong apa sahaja aktiviti yang mampu membugarkan sahsiah pelajar selain membugarkan remaja untuk menerima ilmu secara maksima. Program Sarana Ibu Bapa telah diwujudkan untuk membantu sekolah jika sekolah mengalami masalah kewangan dan masalah hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah, Dalam hal ini, PIBG menjadi penyatunya. PIBG harus bersama-sama dengan pihak sekolah ambil langkah menangani masalah sosial remaja setiap masa. Sekolah kena menyediakan bilik 'One Stop Centre' agar kefungsian PIBG dapat dilaksanakan secara maksima. Oleh kerana sekolah menaungi anak-anak mereka dan jika masalah sosial remaja melibat anak-anak mereka, ibu bapa perlulahbermusahabah diri, bersangka baik dan usah bersikap bagai murai dicabut ekor. Pihak sekolah juga kena berkata benar walaupun pahit. Jika mendapati masalah disiplin di sekolah meruncing seperti ponteng sekolah, remaja melepak. remaja menghisap rokok dan dadah, bantuan PIBG sangat ditagih oleh pihak sekolah. Tindakannya ialah semua AJK PIBG dilantik memainkan peranan kerap mengunjungi rumah pelajar ponteng yang disenaraikan oleh pihak sekolah. Jika peranan PIBG dapat digunakan oleh pihak sekolah, saya yakin masalah ponteng sifar dapat dicapai sehingga ke akar umbinya.

Selanjutnya penerimaan sekolah akan kemasukan pegawai polis setempat dengan gelaran Pegawai Perhubungan Sekolah(PSS) dapat membantu masalah sosial remasa secara tidak langsung. Sekolah yang menerima Pegawai Perhubungan Sekolah(PPS) biasanya mempunyai darjah masalah disiplin yang tinggi dari kes ponteng sekolah, menghisap rokok sehinggalah kes pergaduhan. Guru disiplin perlu rasa bersyukur dan berbesar hati atas perkhidmatan yang disediakan dari luar sekolah. Ini disebabkan bukan calang-calang pegawai polis diletakkan. Makin tinggi pangkat polis yang diterima oleh sekolah semakin mudah masalah disiplin yang kronik dapat diatasi. Mereka menjadi pakar rujuk utama jika ada kes-kes berat melibat remaja sekolah. Dalam hal ini, oleh kerana kesibukan PPS dengan tanggungjawab hakikinya, pihak sekolah kena sentiasa berhubung dengan pegawai berkenaan secara kerap. Pertemuan boleh diadakan di sekolah atau di pejabat pegawai PPS dilantik. Keberkesan penyediaan PPS di sekolah ialah dapat menyampaikan info berfakta berkenaan hukuman yang dikenakan jika melakukan masalah disiplin. Sebagai contoh jika pelajar bergaduh menggunakan senjata tumpul seperti kayu hoki, sudah pasti hukuman masuk dan tidur dalam lokap beberapa hari akan dikenakan.Selain itu, kehadiran PPS juga pasti menggusarkan kumpulan luar yang menaungi pelajar sekolah. Jika pegawai PPS tidak hadir setiap hari, kereta polis membuat rondaan secara berkala sudah menggusarkan mereka. Hasil pewujudan jawatan PPS di sekolah, masalah sosial remaja dari dalam sekolah dapat dikurangkan. Jelaslah pegawai PPS penting di sekolah.

Peranan/fungsi/tanggungjawab/tugas/usaha/langkah/cara/tindakan/pendekatan/kaedah

3. Peranan Remaja

(11)

sebati dalam diri dan jiwa mereka. Jelaslah, remaja yang mendapat didikan agama yang kuat akan dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara yang merosakkan diri. - 214pp

Dalam mendepani kehidupan, semua remaja perlu pandai memilih rakan sebaya. Resmi seorang remaja jika tidak berkawan hidup tidak seindah mana. Rakan sebaya boleh terdiri daripada rakan sekelas, rakan sepermainan dan rakan bersosial yang mempunyai persamaan umur. Rakan sentiasa diperlukan oleh remaja setiap masa semasa aktiviti di dalam atau di luar kelas dalam menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru. Rakan sebaya yang baik akan menjadi rakan kongsi untuk mendengar, memberi pendapat dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Walau bagaimanapun dalam

hubungannya dengan rakan sosial, hubungannya perlu diketahui oleh ibu bapa masing-masing seperti berkawan dengan siapa, anak siapa dan lokasi tempat tinggalnya dimana bak kata bidalan sediakan payung sebelum hujan. Rakan sosial yang terdiri dari pelbagai latar belakang yang tidak diketahui asal-usulnya kebanyakannya umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang. Sebagai contoh, berdasarkan pemerhatian dan perbualan berkenaan gejala rempit dan bohsia dengan beberapa remaja, antara jawapan yang diberikan terhadap persoalan ini ialah pengaruh rakan sebaya. Jika mahu diterima dalam kalangan rakan sebaya, mereka mestilah mengikut apa-apa perbuatan yang dilakukan oleh rakan mereka. Jika tidak, tiada rakan yang akan menerima mereka. Ada juga dalam kalangan remaja yang menganggap perbuatan rakan mereka yang merempit dan menjadi bohsia sebagai hebat, jadi mereka terpengaruh untuk mencuba. Jelaslah, pemilihan rakan sebaya yang tepat dapat mengelakkan remaja terjebak dengan masalah sosial. -212pp

Peranan/fungsi/tanggungjawab/tugas/usaha/langkah/cara/tindakan/pendekatan/kaedah

4. Peranan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan pemimpin kepada anak-anak dalam sesebuah keluarga. Ajaran agama yang syumul perlu dipraktikkan setiap masa. Dalam konteks ini, kebanyakan institusi keluarga yang musnah disebabkan kerapuhan pegangan agama dalam kalangan ahli keluarga dapat dielakkan. Sebagai contoh, keluarga yang gersang dari segi amalan agama, yakni tidak mementingkan ajaran agama biasanya akan berhadapan dengan masalah. Oleh itu, amalan cara hidup seperti ditetapkan ajaran agama, masalah sosial seperti anak derhaka, anak lari dari rumah dan sumbang mahram tidak akan timbul kerana semua ahli keluarga mempunyai jati diri yang teguh. Mencontohi akhlak Nabi Muhammad SAW meliputi cara hidup muslim dan muslimah yang amat bernilai untuk kita ikuti. Langkah ibu bapa mendidik anak-anak dengan menyemai sikap amar makruf nahi mungkar iaitu melakukan perkara-perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dalam diri diyakini dapat membentuk remaja daripada sebarang noda yang boleh merosakkan jiwa remaja. Hal ini demikian kerana remaja memahami tanggungjawab dan nilai-nilai menghormati dan ketaatan kepada keluarga. Menyedari nilai-nilai positif dalam keluarga, ibu bapa perlu mendidik anak sejak kecil lagi

kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. -171pp

Disediakan: En Yat

SMK Taman Megah Ria 3/3/2015

5 punca berlaku gejala social di kalangan remaja

(12)

teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja mudah terjebak dalam kancah gejala sosial.

# Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri Remaja

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.

# Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa

Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.

# Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Oleh itu, remajabegitu mudah terikut-ikut dengan sikap rakan sebaya mereka. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.

(13)

Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahumenjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja.

# Pengaruh Negatif Media Massa

Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.

GEJALA SOSIAL - LANGKAH MENGATASI

1. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

(14)

3. Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

4. Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk kepada pihak berkuasa bagi menatasi masalah ini.

(15)

Punca-punca gejala sosial dan langkah-langkah mengatasi. Pengenalan

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

Pengertian masalah sosial remaja

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.

Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan 1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah.Walaupun setiap akta ini tidak menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada mereka masih dalam alam persekolahan.

Statistik Gejala Sosial Remaja

Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.

Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalanagan remaja di negara ini adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman (Berita Harian, 22 September 1993) antara tahun 1990 dan 1992 sahaja, seramai 37602 individu ditahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan. Daripada jumlah ini, seramai 3450 atau 9.17% adalah remaja dan dalam kalangan remaja yang diberkas pula, kesalahan yang dilakukan boleh dibahagikan kepada jenayah kekerasan dan harta benda.

Perangkaan polis menunjukkan, antara kes jenayah yang selalu dilakukan oleh remaja adalah pecah rumah, rusuhan, pergaduhan sesama mereka, salah guna dadah, mencuri basikal atau motosikal (Utusan Malaysia, Januari 1992).

(16)

Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja Cina dan 47 adalah remaja kaum India.

Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992. Pada tahun 1990, sebanyak 657 kes dicatatkan, diikuti 830 kes pada tahun 1991 dan 1487 kes pada tahun 1992.

Satu lagi kesalahan yang melibatkan remaja adalah lari atau hilang dari rumah. Pada tahun 1990, terdapat 1578 kes, 1991 (1981 kes), 1992 (2221 kes) dan 1993 (1485 kes).

Dari segi jenayah melibatkan bahan berbahaya seperti dadah psikoaktif, antara tahun 1990 dan 1992, daripada jumlah 22912 penagih dadah yang ditahan, 2856 orang (12.46%) adalah remaja.

Statistik seterusnya adalah bersabit kesalahan akhlak yang amat serius dari kaca mata masyarakat Malaysia, iaitu perbuatan maksiat di kalangan remaja. Menurut Menteri Perpaduan Negara dan Pembanguan Masyarakat, Datuk Napsiah Omar (Berita Harian, 3 Februari 1992), bilangan remaja yang rosak ahklak masih tinggi. Pada tahun 1988, sebanyak 3978 kes dicatatkan, 4111 kes pada tahun 1989, 3763 kes pada tahun 1990 dan sebanyak 2658 kes sehingga bulan Oktober 1991.

Satu lagi tabiat remaja yang menampakkan potensi untuk menjadi gejala yang sukar dibendung adalah kegemaran mereka membazir masa. Istilah yang popular digunakan kini adalah “budaya lepak”. Satu kajian di dua buah rumah pangsa di Kuala Lumpur mendapati sebanyak 90% remaja kaum Cina terus pulang ke rumah selepas sekolah, sebanyak 72% remaja kaum India berbuat demikian dan hanya 5.8% remaja kaum Melayu pulang ke rumah selepas sekolah (Utusan Malaysia, 11 Mac 1993).

Punca Keruntuhan Akhlak

Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

Salah satu faktor yang dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan dalam jenayah. Remaja yang terlibat dalam jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang miskin tetapi juga keluarga berada, malah segelintir daripada mereka berasal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang yang baik.

(17)

Cara hidup keluarga yang terlalu mewah juga boleh menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan wang saku yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang rosak akhlak bakal memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kelakukan dan pergaulan anak remaja mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan salah satu faktor keruntuhan akhlak.

Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.

Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti, mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta mengawal selia anak sepanjang masa.

Pengaruh persekitaran, luaran dan media massa juga sentiasa membentuk perilaku para remaja yang masih mentah dalam menghadapi cabaran hidup. Pelbagai dorongan yang kurang sihat dipaparkan melalui persekitaran ini yang seterusnya menyebabkan mereka terikut-ikut dengan pengaruh ini. Lantaran itu untuk memenuhi keinginan ini, mereka merayau-rayau di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video dan secara tidak langsung terlibat dalam pergaulan bebas.

Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.

Cara Mengatasi Masalah

Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:

(18)

mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.

Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.

Langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama “KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

Kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Dalam setiap iklan politik televisi Partai Demokrat yang penulis teliti, selalu diakhiri dengan adegan bahwa Partai Demokrat mendukung kebijakan- kebijakan

Kemampuan koneksi matematis siswa kelas VIII-A MTs Assyafi’iyah Gondang Tulungagung subjek dengan prestasi belajar matematika yang tinggi dalam menyelesaikan soal

Disarankan kepada seluruh masyarakat setelah menegetahui apa yang dimaksud dengan bakteri terutama jenis bakteri gram positif dan gram negatif dapat mengerti bahwa

Hasil penerapan uji diagnostik pada contoh mengenai pengaruh dan pengalaman seseorang terhadap status penggunaan mammography (Hosmer and Lemeshow, 1989) didapatkan bahwa

Untuk lensa negatif, semua benda yang ada didepannya selalu membentuk bayangan semu (virtual) yang berada didepannya juga, sehingga bayangan tersebut tidak

Dari penelitian ini didapatkan hasil antara nyeri dengan kecepatan berjalan terdapat hubungan yang bermakna (p <0,05), serta antara fleksibilitas sendi dengan

Pada penulisan ini masalah yang akan dibahas adalah, “Apakah dengan menggunakan media kartu bertanda positif dan negatif dapat meningkatkan pemahaman konsep bilangan bulat pada

Data yang dikumpulkan yaitu berupa data hasil observasi yaitu melalui cacatan selama melakukan penelitian, hasil tes kemampuan koneksi matematis berupa