• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENDIDIKAN ISLAM MENURUT AL QURAN and AS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENDIDIKAN ISLAM MENURUT AL QURAN and AS"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PENUTUP

4.1 PENDAHULUAN

Iklim kemahuan untuk mewujudkan suatu corak budaya ilmu dinegara kita sudah

boleh dirasakan bahangnya kebelakangan ini. Banyak pihak terutamanya Menteri

Pendidikan dalam perasmian kongres Cendekiawan Melayu di Universiti

Kebangsaan Malaysia pada 14 haribulan April 1988, yang menyarankan pandangan

supaya kegemilangan bangsa mestilah bersendikan intelektualisme dan

rasionalisme.1

Budaya ilmu boleh difahamkan sebagai kewujudan suatu keadaan di mana

setiap lapisan masyarakat melibatkan diri sama ada secara langsung ataupun tidak

langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan di setiap kesempatan yang ada. Bangsa

kita tidak mungkin dapat muncul sebagai bangsa yang gagah dari segi bilangan dan

tenaga manusia, konklusinya adalah usaha pemupukan dan pembentukkan

masyarakat yang berilmu dan mengikuti tradisi budaya dan gaya hidup yang

berteraskan al-Quran dan as-Sunnah adalah amat munasabah dan wajar sekali

dilakukan. Manusia tidak akan dipandang tinggi hanya kerana bilangan, akan tetapi

boleh menjadi mulia dan digeruni apabila mereka mempunyai kualiti diri dalaman

dan ilmu yang baik lagi mantap sekalipun bilangan sedikit. Sebagaimana dalam

firman Allah:

(2)



...











   

Maksudnya:

" ...Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah... “

( Surah al-Baqarah : 249 )

Untuk membangunkan suatu pola hidup yang segalanya berteraskan ilmu di

dalam masyarakat bukanlah suatu kerja yang mudah dan boleh dilaksanakan dalam

tempoh yang singkat. Apabila ianya mula ditanam dalam generasi yang akan datang

dan aset yang paling baik dalam perkara ini tentunya para cendekiawan dan juga

bakal cendekiawan yang ada pada hari ini. Merekalah yang akan diharapkan untuk

menjadi contoh teladan dan penggerak utama dalam segenap bidang di

tengah-tengah masyarakat. Satu laporan yang disiarkan oleh salah satu “news letter” badan

mahasiswa ialah tentang “penyalahgunaan perpustakaan”. Kegiatan negatif yang

berupa anti-akademik dan jenayah akademik di kalangan mahasiswa telah berlaku

dengan menjadikan perpustakaan sebagai tempat untuk ber’dating’ dan bersuka-ria

bukannya untuk mengulangkaji nota kuliah atau mencari rujukan. Walaupun

kegiatan seumpama ini tidak dilakukan oleh kesemua mahasiswa, namun kewujudan

fenomena ini sekurang-kurangnya menggambarkan kemerosotan akhlak dan sikap

serius para mahasiswa terhadap ilmu pengetahuan.2

2 Zakaria Stapa. 1999. Islam dan Cabaran Ke Arah Kecemerlangan Ummah.

(3)

4.2 KESIMPULAN itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya, Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.”

Ilmu agama adalah asas kecemerlangan. Hadis riwayat Ibnu Majah,

Rasulullah SAW berpesan bahawa menuntut ilmu adalah fardhu bagi setiap Muslim.

Selain itu menambah ilmu adalah keutamaan bagi umat Islam. Ia seperti

diperintahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW yang bermaksud:

























      

Maksudnya:

(4)

janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

(Surah Thaahaa: 114)

Ibnu Hajar Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari (187/1) menyatakan ayat

tersebut adalah dalil tegas terhadap keutamaan ilmu kerana Allah SWT tidak pernah

memerintahkan Rasulullah SAW untuk meminta tambahan terhadap sesuatu kecuali

ilmu. Dengan mendalami ilmu agama, Muslim dapat memanfaatkannya untuk

beramal soleh. Ini membantu membezakan antara halal dan haram; dan mana yang

disyariatkan dengan yang diada-adakan (bida’ah). Mendalami ilmu agama amat

penting untuk berkongsi ilmu dengan orang lain.

Pada peringkat awal kenabian Rasulullah SAW tidak terus diajar oleh Allah

SWT melalui Jibril mengenali Rukun Islam dan bagaimana cara menjalankannya,

seperti mengerjakan solat, puasa atau haji. Baginda juga tidak terus diajar prinsip

kehidupan duniawi seperti ekonomi, kemasyarakatan atau politik. Sebaliknya, pada

tempoh tersebut, baginda diajar ilmu Fardhu Ain iaitu ilmu Aqidah yang bertujuan

untuk mengenal Allah SWT. Bayangkanlah apabila seandainya seorang ulamak

menyatakan Rasulullah SAW bersabda bahawa wanita yang tidak menutup aurat

adalah derhaka. Kita ketahui bahawa menutup aurat itu wajib bagi wanita dengan

dalil sepertimana Rasulullah SAW memberitahu pada Asma’ binti Abu Bakar iaitu

apabila seorang wanita telah datang haid, maka wajib bagi mereka untuk menutup

tubuh kecuali tapak tangan dan wajah. Jadi mereka tidak mengerjakan perintah wajib

seperti ini hukumnya berdosa besar. Jelas ternyata bahawa tidak terdapat hadis yang

menyatakan seperti kenyataan wanita yang tidak menutup aurat adalah derhaka

(5)

tidak boleh disandarkan pada Rasulullah SAW kerana baginda sendiri tidak pernah

menyebutnya. Jika pendapat dikeluarkan secara semberono seperti dalam contoh ini,

maka terbitlah hadis yang tiada asal (la ashlah) atau dikenali juga sebagai hadis

palsu.

Kecelaruan sedemikian rupa ini dapat dielakkan jika ulamak sentiasa

berusaha meningkatkan mutu ilmu. Ia dilakukan dengan menambah ilmu yang ada

dengan ilmu bermanfaat yang relevan agar pendapat atau fatwa yang disampaikan

mendapat kebenaran. Setiap golongan seperti ulama, imam, guru ugama, ketua parti

politik, ketua masyarakat, ibu bapa dan orang awam wajib mendalami ilmu agama

menurut bidang, keperluan dan tahap kemampuan masing-masing. Rasulullah SAW

sendiri dalam doanya meminta untuk ditambahkan ilmu. Maka, kita sebagai

umatNya juga harus meminta dari Allah SWT supaya ditambahkan ilmu.

Reaksi Imam Malik bin Anas RA apabila diajukan soalan yang jawapannya

beliau tidak tahu dengan menjawab, “ Saya tidak tahu.” Langkah terouji imam

mujtahid mutlak ini patut menjadi contoh kepada ulama selepas zaman beliau.

Menjawab soalan berdasarkan alasan dan prasangka tidaklah dipanggil ilmu, tapi ia

adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan membawa kerosakkan.3

4.3 SARANAN

Pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan satu modal utama

untuk umat Islam melabur bagi meraih jumlah keuntungan yang dapat dituai untuk

menjadi bekalan dalam menempuh alam kehidupan di akhirat kelak. Dengan adanya

ilmu Pendidikan Islam, tiada istilah terlambat untuk mendalami ilmu dalam

(6)

kehidupan seseorang umat Islam dalam merentasi mehnah kehidupan yang penuh

berliku didunia ini. Walaupun Pendidikan Islam menjadi keutamaan, namun tidak

semestinya pendidikan selain dari Islam seperti pendidikan Sains, Matematik,

Kejuruteraan dan lain-lain diketepikan. Sebaliknya, ilmu-ilmu berikut boleh dituntut

selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak.

Oleh yang demikian, pengkaji telah mengemukakan beberapa saranan yang boleh

diambil kira untuk menjadi manfaat dan panduan bersama. Antara saranannya ialah;

4.3.1 PERANAN MEDIA MASSA

Pada zaman ini, media massa merupakan salah satu sumber utama bagi masyarakat

dalam mendapatkan maklumat semasa samada melalui media cetak, media

elektronik dan media baru. Dengan itu, program dan rancangan yang disiarkan

hendaklah banyak melibatkan tentang pembelajaran dan pengajaran mengenai

pendidikan Islam khususnya. Dalam usaha memperkembangkan disiplin komunikasi

dalam media tradisional, media warisan dan media baru adalah menjadi

tanggungjawab kepada umat Islam bagi mempraktikkan fahaman dan gagasan

komunikasi mengikut kaca mata Islam. Disiplin komunikasi Islam boleh dijadikan

panduan kepada setiap negara Islam dan teori komunikasi Islam pula wajar diajar

dan dihayati khususnya oleh setiap umat Islam, pengamal media dan negara yang

ingin melahirkan sebuah negara aman, makmur dan bersatu padu. Bagi mencapai

matlamat ini, gagasan komunikasi Islam yang berdasarkan perintah dan larangan

Allah s.w.t. menjadi panduan utama dalam pelbagai sistem media di dunia.

(7)

Selain daripada media massa, masyarakat khususnya masyarakat Islam itu sendiri

hendaklah menitikberatkan pendidikan dan pengajian lebih-lebih lagi berkenaan

pendidikan Islam. Ini kerana pendidikan Islam merupakan tunjang kepada asas

kehidupan dalam menggapai redha Allah SWT. Masyarakat Islam perlu lebih sedar

akan kepentingan pendidikan Islam walaupun hanya sekadar asas supaya tidak

hanyut dalam meniti kehidupan dunia. Masyarakat Islam juga perlu lebih sensitif

dalam isu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam itu sendiri. Dengan itu,

masyarakat Islam akan lebih dihormati dan disegani oleh masyarakat bukan Islam

diluar sana. Oleh itu, kesedaran dalam diri setiap individu perlu diambil kira bagi

memastikan pendidikan Islam sekaligus diiktiraf dimata dunia.

4.3.3 PERANAN INDIVIDU

Antara individu yang berperanan penting dalam menerapkan pendidikan selaras

dengan Pendidikan Islam menurut Al-Quran dan Al-Sunnah ialah ibu bapa dan guru.

Ibu bapa berperanan penting dalam mendidik anak-anak supaya menjadi lebih baik

dan berakhlak mulia. Ibu bapa juga berkewajipan dan bertanggungjawab dalam

mendidik anak-anak berbanding guru-guru di sekolah. Matlamat pendidikan Islam

bukan sekadar untuk meraih kejayaan akademik dan kebendaan sahaja malahan dari

aspek rohani juga perlu diambil kira. Pendidikan Islam adalah satu proses pendidikan

yang berterusan seumur hidup dan ianya sesuai dengan ajaran agama Islam yang

syumul. Ibu bapa yang baik ialah mereka yang mengharapkan anaknya memperolehi

(8)

mampu mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Ibu bapa hendaklah lebih peka

dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang terbaik untuk anak-anaknya.

Guru juga merupakan individu penting dalam menyambung tanggungjawab

ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka dengan membekalkan ilmu-ilmu yang

berguna dan tidak didapati dari rumah. Ini bermakna, guru juga bertanggungjawab

untuk menyalurkan maklumat dan pendidikan yang benar dan bermanfaat selari

dengan tuntutan syariat Islam. Status dan kualiti Guru Pendidikan Islam masa kini

perlu dipertingkatkan daripada masa ke semasa. Penyeimbangan konsep ibadah

dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dititikberatkan. Dalam hal ini, guru

mempunyai peranan yang besar untuk melahirkan pelajar yang kuat imannya dan

cemerlang akademiknya. Justeru itu, guru mesti melengkapkan dirinya dengan ilmu

pengetahuan dan ilmu keagamaan yang lebih mantap. Apabila guru mempunyai

hubungan yang kuat antara iman dan takwa terhadap Allah SWT, maka akan lahirlah

akhlak mahmudah seperti berkasih sayang sesama saudara, adil, berani, ikhlas, sabar,

amanah dan lain lain sifat mulia yang akan menjana ke arah perwatakan akhlak yang

Referensi

Dokumen terkait

(LISNA, 2007) memberikan kewenangan kepada pemerintah daerah untuk melakukan suatu program kerja yang mendasarkan pada smart city, dengan menerapkan enam parameter yang

oleh Djoko   Luknanto Sunda y,   Fe bruary   14,   2021 h ttp://luk.s ta ff .ugm.ac.id/b

Dengan demikian dapat terlihat bahwa pada setiap siklus tanam, parameter kualitas perair- an yang memberikan pengaruh paling domi- nan terhadap kemampuan rumput laut dalam

Dalam penelitian ini alat ukur yang dipergunakan adalah validitas isi, dimana angket yang berisikan beberapa pertanyaan yang akan diukur dapat mewakili semua

Pengaruh Pemberian Tepung Daun Pepaya ( Carica papaya ) terhadap Kadar Protein dan Lemak pada Telur Puyuh.. Effect of Papaya ( Carica papaya ) Leave Meal Supplementation on

For reference we show the precision and completeness of the ob- tained mesh (with 30k faces), of a Poisson surface reconstruction (Kazhdan and Hoppe, 2013) (6.3M faces), of

>idak tertutup kemungkinan peningkatan 'umlah kasus dan angka kematian yang epat disebabkan oleh virus dengue 'enis baru karena dengue adalah virus 5N3 (virus

Faktor tragakan dan gliserin memberikan efek yang signifikan terhadap respon sag , sedangkan interaksi keduanya tidak memberikan efek yang signifikan terhadap respon sag