• Tidak ada hasil yang ditemukan

teori pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "teori pembelajaran"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1.0) JENIS – JENIS TEORI PEMBELAJARAN

Manusia belajar melalui pelbagai cara. Dalam kehidupan kita, cara pembelajaran telah dibahagikan mengikut mazhab tertentu dan setiap mazhab tersebut mempunyai kelebihan serta kekurangannya yang tersendiri. Dibawah adalah carta jenis-jenis teori pembelajaran yang digunakan dalam bidang pendidikan.

Teori behaviouris – menganggap proses pembelajaran sebagai satu perubahan dalam tingkah laku

Teori humanis – menekankan perbezaan individu dan kehendak sikap dalam pembelajaran

Teori sosial – menggangap proses pembelajaran meliputi aspek yang lebih dari tingkah laku yang nyata

Teori kognitif – menggangap pembelajaran sebagai suatu proses dalam yang tidak boleh dilihat dan tidak diperhatikan secara langsung

TEORI

PEMBELAJAR

AN

TEORI

BEHAVIOURIS

TEORI

SOSIAL

TEORI

KOGNITIF

TEORI

HUMANIS

(2)

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL

Teori pembelajaran sosial telah diperkenalkan oleh Albert Bandura. Kemudiannya teori pembelajaran sosial ini dinamakan dengan teori pembelajaran sosial kognitif oleh Bandura sendiri.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity).

Eksperimen yang dilakukan oleh Bandura pembentukan sesebuah tingkah laku boleh berlaku melalui beberapa cara, iaitu:

1. Meniru secara langsung

Ia adalah prihal model secara sendiri atau secara tidak lansung iaitu dengan menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar. Contohnya, kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan dan sebagainya.

Bagaimana ia diterapkan sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di sekolah ?. Guru sebagai “Role Model” ini merupakan satu frasa yang sangat sinonim dengan personaliti seseorang guru. Jika pepatah Melayu ada menyebut “ibarat ketam mengajar anaknya berjalan tegak”, sesuatu perlakuan guru merupakan satu bentuk model yang mana ia amat dekat dengan murid.

Bayangkan seseorang guru yang berpakaian tidak kemas dan tidak terurus diri menasihati pelajar untuk berpakaian kemas. Adakah kita sebagai insan waras akan menerima nasihat itu. Sudah tentu tidak.

(3)

Oleh itu, sebagai seorang guru PSK yang berketerampilan dan berkarisma tinggi, setiap perlakuan guru itu merupakan contoh kepada murid-murid. Lebih -lebih lagi dalam aspek pemakaian dan perlakuan sehari-harian.

2. Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan

Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku. Murid-murid juga meniru melalui taksekatlakuan. Ini bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu situasi.

Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak tidak sesuai dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak dihukum, murid-murid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan. Inilah merupakan peniruan melalui taksekatlakuan.

3. Peniruan melalui elisitasi

Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila melihat seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan keinganan Hassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerak balas seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.

Proses peniruan elisitasi mempunyai 4 langkah tertentu iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran serta motivasi.

Pemerhatian – apabila seseorang ingin meniru perlakuan model, mula-mula dai akan memerhatikan model tersebut dan akan cuba mengingati langkah-langkah yang dilakukan oleh model itu.

Penyimpanan – langkah-langkah perlakuan model akan disimpan dalam ingatan pelajar

(4)

Pengeluaran – peniruan dilakukan dalam situasi yang sesuai

Motivasi – sekiranya peniruan itu menerima peneguhan daripada orang lain, maka perlakuan itu akan diulangi.

PEMBELAJARAN MELALUI RANGSANGAN

Pembelajaran melalui rangsangan dapat kita lihat di dalam mazhab behaviouris. Contohnya seperti pelaziman klasik yang diasaskan Ivan Pavlov. Prinsip teori behaviouris menyatakan bahawa proses pembelajaran merupakan suatu perubahan frekuensi tingkah laku. Pembelajaran ini memerlukan penyusunan stimuli (rangsangan) dalam persekitaran supaya pelajar dapat memberikan respon terhadap rangsangan yang diberikan.

TEORI PELAZIMAN PAVLOV

Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang timbul gerak balas. Hasil daripada kajian Pavlov, beliau berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ialah pelaziman klasik. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip kelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov.

Konsep tersebut ialah : (a) generalisasi

(b) diskriminasi dan (c) penghapusan

(5)

a) Generalisasi

Generalisasi bermakna rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Sebagai contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi, kerisauan dalam sesuatu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain (biologi).

b) Diskriminasi

Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi lain daripada loceng.

c) Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tidak terlazim (makanan). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan membawa rangsangan kepada anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

(6)

Sebaliknya, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak memberikan ransangan dan peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

ANALISIS TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV MENGIKUT TEKNIK SWOT

1. KEKUATAN (STRENGTH)

Kekuatan yang terdapat dalam Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov ialah teori ini menggunakan kaedah pelaziman dalam sesuatu perkara. Berdasarkan eksperiment yang telah dilakukan oleh Pavlov iaitu eksperimen terhadap seekor anjing, beliau telah memberikan makanan kepada anjing sebagai ransangan tidak terlazim dan loceng sebagai rangsangan neutral. Seterusnya, apabila Pavlov membunyikan loceng, dan walaupun tiada terdapat sebarang makanan, anjing tetap akan mengeluarkan air liur.

Di samping itu, kekuatan yang terdapat dalam teori pelaziman klasik ini ialah terdapat 3 konsep penting iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Dalam generalisasi, rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Sebagai contohnya, Awi tidak minat dalam mata pelajaran mathematik. Setiap kali ujian, Awi berasa amat gementar dan tertekan terhadap ujian mathematik. Tindak balas Awi ini turut wujud dalam mata pelajaran Matematik Tambahan. Oleh itu, dalam situasi di atas, Awi telah mengalami generalisasi kepada mata pelajaran yang lain.

(7)

Kekuatan ketiga pula pada diskriminasi. Diskriminasi hanya akan berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain. Sebagai contohnya, dalam kes Awi tadi, Awi tidak akan memberikan sebarang rangsangan terhadap mata pelajaran selain daripada mathematik. Hal ini disebabkan mata pelajaran lain tiada terdapat sebarang kaitan dengan mathematik.

Tambahan pula, terdapat konsep penghapusan dalam teori ini. Penghapusan hanya akan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Sebagai contohnya, bunyi loceng sering kali dibunyikan tetapi makanan tidak disediakan. Dalam hal ini, lama kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang untuk mengeluarkan air liur lagi. Semasa guru implikasikan teori pelaziman ini dalam kelas, jikalau guru tidak memberikan sebarang peneguhan terhadap rangsangan yang telah diberikan tersebut, lama kelamaan akan wujud penghapusan.

2. KELEMAHAN (WEAKNESS)

Melalui teori pelaziman yang telah diperkenalkan oleh Pavlov ini, antara kekurangan yang terdapat dalam teori ini ialah murid-murid hanya akan memberikan tindak balas apabila terdapatnye rangsangan. Sebagai contohnya, guru A sering kali memberikan rangsangan kepada murid untuk mendapatkan tindak balas murid yang positif. Murid-murid semua telah mengalami proses pelaziman dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan guru A. Untuk guru B pula, dia tidak mengamalkan teori pelaziman ini sebagai amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, murid amat jarang untuk mematuhi serta memberikan gerak balas yang baik semasa dalam kelas. Hal ini disebabkan tiada pelaziman dan rangsangan yang dikaitkan antara guru dengan murid.

Selain itu, kelemahan yang terdapat dalam teori pelaziman ini ialah pelaziman memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan yang banyak kali. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman.

(8)

3. PELUANG (OPPORTUNITY)

Antara peluang yang terdapat dalam teori pelaziman ini ialah guru boleh menggunakan pelaziman ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa dalam kelas. Dengan rangsangan dan gerak balas yang positif, maka sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sempurna. Dari segi pengawalan kelas pula, guru dapat mengawal murid-murid dengan memberikan rangsangan dan murid-murid akan memberikan tindak balas yang sepatutnya. Dengan kaedah ini, guru dapat mengawal tindak balas serta tingkahlaku murid dengan mudah. Murid-murid turut akan berkerjasama dengan guru semasa sesi pembelajaran.

Selain itu, dengan kaedah pelaziman ini guru turut dapat lebih memahami tingkahlaku seseorang murid. Teguran yang berunsur positif harus diberikan kepada murid apabila mereka melakukan tindakan yang negatif. Sebaliknya, rangsangan yang positif serta gerak balas yang positif pula harus diterapkan dalam diri murid-murid. Sebagai contohnya, dalam kes Awi yang telah disebut di atas tadi, guru telah memahami situasi bahawa Awi tidak suka pada mata pelajaran mathematik. Oleh itu, guru boleh mengimplikasikan konsep penghapusan serta membantu murid tersebut untuk mengatasi masalah itu.

Disamping itu, antara peluang yang boleh guru implikasikan sebelum mulanya sesi pengajaran dan pembelajaran ialah pelaziman yang memerlukan murid senyap sebagai gerak balas terlazim. Kesediaan murid sebelum mulanya sesi pembelajaran adalah adalah begitu penting. Perkara ini merupakan perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Dengan gerak balas yang positif dihasilkan, maka objektif dan tujuan sesi pengajaran adalah tercapai.

Tambahan pula, guru juga perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas bagi seseorang murid. Disebabkan oleh teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Pembelajaran yang lebih berkesan akan dapat diwujudkan dengan penglibatan murid yang aktif.

(9)

4. ANCAMAN (THREAT)

Walau bagaimanapun, teori ini masih terdapat kekurangan dan kelemahannya. Antara kelemahannya ialah pelaziman haruslah melalui proses latihan serta pembelajaran dalam tempoh masa tertentu sebelum berlakunya proses pembelajaran. Kaedah ini memerlukan tempoh masa yang tertentu dan latihan supaya proses pembelajaran berlaku dan wujudnya gerak balas pelaziman.

Di samping itu, apabila murid berhadapan dengan pengalaman atau pelaziman yang menyakitkan, maka mereka akan bersifat ingkar ataupun berlari dari situasi tersebut. Jikalau rangsangan yang negatif diberikan kepada murid, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif juga. Sebagai contohnya jika guru memberikan hukuman apabila murid tidak menyiapkan kerja sekolah, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif seperti menangis ataupun tidak ingin masuk ke kelas guru tersebut.

Oleh hal yang demikian, guru haruslah sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada murid supaya murid dapat menghasilkan gerak balas yang positif. Tambahan pula, masih terdapat 3 konsep yang boleh mengurangkan serta membantu dalam mengatasi masalah-masalah yang telah wujud.

(10)

PROSES PEMBELAJARAN SUBJEK PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

Dalam proses pembelajaran di sekolah, guru-guru menggunakan pelbagai pendekatan serta teori pembelajaran bersesuaian dengan subjek dan juga dengan tahap murid. Penggunaan teori serta kaedah pembelajaran yang betul dapat memastikan seorang guru dapat memastikan proses pembelajaran berlaku dalam keadaan optimum di mana interaksi di antara guru dan murid dapat difahami dengan jelas serta murid-murid pula seronok dan dapat mengikuti proses pembelajaran yang sedang berlaku.

Berbincang tentang matapelajaran sivik dan kewarganegaraan sekolah rendah, teori pembelajaran sosial adalah sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam subjek tersebut. Mengikut teori sosial yang dihasilkan oleh Albert Bandura, kanak-kanak lebih cenderung untuk meniru segala perbuatan disekelilingnya dalam membentuk perilaku yang baharu. Ini kerana Bandura sendiri telah memberi penekanan terhadap pembelajaran melalui proses peniruan persekitaran melalui pemerhatian, cara memandang dan cara berfikir serta peneguhan dalam peniruan oleh orang lain.

Berdasarkan objektif-objektif matapelajaran sivik dan kewarganegaraan,kesemua perkara yang ditekankan adalah sangat penting bagi membentuk murid yang berpengetahuan, berkemahiran serta mempunyai nilai-nilai sivik dalam diri masing-masing. Selari dengan proses peniruan yang dinyatakan oleh Bandura, pendidikan sivik dan kewarganegaraan memerlukan murid untuk meniru ataupun mencontohi teladan yang baik samaada seri segi dalam dan luaran untuk menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab serta mampu menyumbang terhadap kemajuan negara.

Dalam sukatan pelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan sekolah rendah, terdapat enam tema yang diselarikan dengan objektif pembelajaran supaya murid dapat menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab.

Saya ambil contoh salah satu tema pendidikan sivik dari tahun 5 iaitu tema “hidup bersama di sekolah dan masyarakat”. Dalam tema tersebut terselit hasil-hasil pembelajaran yang menekankan adab hidup bermasyarakat. Seperti yang mereka

(11)

sedai maklum, Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, India serta Cina yang merupakan tiga kaum utama di negara ini. Oleh itu kesepaduan dalam hidup bermasyarakat amatlah penting untuk menjamin keharmonian hidup. Antara contoh aktivit yang dapat mengeratkan hubungan sesam kaum adalah melalui program gotong royong. Selain itu murid juga diajar tentang car-cara menghormati jiran serta rakan-rakan sekelas dan memahami car-cara hidup jiran yang berlainan agama.

Menurut Bandura peniruan berlaku melalui tiga cara. Dalam tema ini, murid-murid mungkin meniru secara langsung apa yang mereka perhatikan. Contohnya mereka melihat ibu bapa mereka sering menegur dan bersikap peramah terhadap jiran mereka. Murid yang melihat perkara ini bukan sahaja memerhati malah mereka juga mengingati serta akan meniru perilaku ibu bapa mereka. Peniruan ini dinamakn peniruan secara langsung. Selain itu, proses peniruan ini juga mungkin diperhatikan dari video, televisyen ataupun gambar. Di sekolah pula, guru akan mengajar subjek pendidikan sivik dan akan menerapkan nilai-nilai sivik dengan mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan topik yang diajar seperti gotong royong. Dengan itu, semangat kerjasama dapat dipupuk antara pelajar dan warga sekolah. Secara tidak sedar juga, murid-murid juga akan meniru perlakuan guru. Oleh itu sebagai role model di sekolah, seorang guru hendaklah sentiasa memaparkan tingkah laku yang baik serta berakhlak untuk melahirkan murid yang mempunyai perilaku yang baik seperti guru juga.

Dalam tema kenali budaya Malaysia, guru akan mengajar murid untuk mengenali budaya-budaya yang terdapat di Malaysia. Budaya-budaya yang diperkenalkan kepada murid-murid meliputi dari segi aspek seni tari dan muzik, dialek dan bahasa serta adab berpakaian. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru adalah seperti melakonkan adab sosial pelbagai kaum dan memainkan muzik dengan menggunakan alat muzik pelbagai kaum. Dalam proses pembelajaran pula guru boleh menunjukkan tayangan video tarian serta perayaan pelbagai kaum. Melalui tayangan video tersebut murid akan memerhati dan berfikir. Di sini proses pemgumpulan maklumat berlaku untuk langkah yang seterusnya berlaku iaitu proses peniruan. Murid mungkin akan menghafal dialek serta bahasa yang digunakan dalam tarian dan nyanyian. Kemudiannya mereka melakukan perbuatan tersebut ke dalam situasi yang sesuai iaitu semasa aktiviti di dalam kelas. Selain itu murid-murid juga

(12)

perlu diajar tentang adab berpakaiansetiap kaum. Guru pula boleh meminta pelajar untuk bertukar pakaian antara kaum yang berbeza dan dipakai ketika menyambut perayaan di sekolah.

Di rumah pula, murid yang mempunyai jiran yang berbeza kaum semestinya sudah biasa dengan adab dan budaya mereka seperti adab berpakaian serta perayaan mereka. Namun begitu mereka tetap meniru adab dan amalan mereka dengan memakai pakaian kaum mereka serta makan makanan kaum mereka. Hal ini dinamakan peniruan elisitasi di mana murid tetap meniru tingkah laku orang lain walaupun sudah mempunyai pengetahuan sedia ada terhadap jiran mereka.

Dalam pembelajaran melalui ransangan, Pavlov berpendapat pembelajaran boleh berlaku melalui kaitan rangsangan dan gerakbalas. Kebiasaanya rangsangan juga disertakan dengan peneguhan. Contohnya dalam tema sayangi keluarga, murid diberi pendedahan tentang amalan yang perlu dilakukan dalam hidup berkeluarga. Melalui proses pembelajaran tersebut, murid-murid dapat mempraktikkannya di rumah.

Ketika di sekolah pula guru bertanya apakah yang murid-murid lakukan ketika mengisi masa lapang di rumah. Ahmad bangun dan bercerita dia selalu menolong ahli keluarganya bergotong royong dan Ahmad berasa seronok membantu keluarganya melakukan kerja. Mendengar cerita Ahmad, guru tersebut memuji sikap rajin Ahmad. Pujian yang diberikan oleh guru adalah berbentuk peneguhan positif di mana kemungkinan Ahmad untuk mengulanginya lagi adalah tinggi. Disamping itu juga, rakan sekelas Ahmad yang mendengar pujian dari guru pula akan berasa teruja dan ingin menjadi seperti Ahmad.

Hal di atas menunjukkan proses pembelajaran melalui ransangan sesuai digunakan dalam matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganegaraan di sekolah rendah.

Walaubagaimanapun proses penghapusan boleh berlaku sekiranya murid kurang mendapat rangsangan (pujian) dari guru. Sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh di atas, Ahmad mungkin sekali kurang bersemangat untuk bercerita dan menolong ahli keluarganya. Begitu juga dengan rakan sekelasnya, mereka tidak akan tertarik untuk mencontohi Ahmad.

(13)

Begitu juga dalam tema sayangi diri, murid-murid diajar cara mendisiplinkan diri dengan menguruskan masa dan mengurus kekemasan diri. Apabila guru melihat seorang murid berpakaian tidak kemas, guru tersebut perlu menegurnya. Rangsangan dari guru boleh menyebabkan tindakbalas yang positif berlaku iaitu dari segi perubahan sikap murid tersebut. Sekiranya guru tidak menegur, murid tersebut akan terus berpakaian dengan tidak kemas dan tidak ada perubahan akan berlaku pada murid tersebut. Dalam tema sayangi diri, murid diharapkan supaya dapat menguruskan diri dengan baik bagi memaparkan imej seorang murid yang baik.

Selain itu bagi murid yang pandai menguruskan masanya pula perlulah diberikan ganjaran berbentuk puijian ataupun hadiah. Sekiranya kemahiran mengurus masanya dapat membawa kecemerlangan pada akademik, maka wajarlah sekiranya guru memberi hadiah sebagai tanda penghargaan dan peneguhan.

Rangsangan yang diberikan mampu untuk membantu murid mengekalkan gerakbalas yang positif dan menarik minat murid lain.

Referensi

Dokumen terkait

Perencanaan selanjutnya dalam pertemuan kedua untuk memperbaiki pertemuan pertama yaitu dengan layanan terhadap siswa yang mengalami kesulitan belajar secara

Dari hasil penelitian tindakan kelas diperoleh hasil bahwa penerapan metode diskusi dapat meningkatkan tanggung jawab siswa pada mata pelajaran IPS materi peristiwa

1) Perubahan iklim sebagai fenomena global membutuhkan kesepahaman antara beragam pemangku kepentingan. Pemahaman bersama menjadi pintu masuk dalam isu lingkungan hidup yang

Penelitian ini bertujuan untuk meningkatkan aktivitas dan hasil belajar siswa kelas IV SDN Kubang Kutu 2, menggunakan Penelitian Tindakan Kelas (PTK) dengan jumlah 20

Menunjukan sikap positif terhadap penggunaan hak mengemukakan pendapat secara bebas dan bertanggung

membahas satu sub pokok bahasan yang diakhiri dengan tes formatif di akhir masing-masing putaran. Dibuat dalam tiga putaran dimaksudkan untuk memperbaiki

Sebagian besar warga masyarakat Dusun Tumut, Desa Jrakah, Kecamatan Selo, Kabupaten Boyolali merupakan kalangan remaja dan anak- anak yang berstatus sebagai pelajar

Berdasarkan kuesioner yang telah dilakukan, terdapat perubahan yang terjadi pada pendapatan masyarakat yang dipengaruhi oleh wisata Goa Pindul dilihat dari grafik di