• Tidak ada hasil yang ditemukan

23 Tips Jimat Belanja Kahwin Dan Murah Rezeki Yang Anda Perlu Amalkan!

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "23 Tips Jimat Belanja Kahwin Dan Murah Rezeki Yang Anda Perlu Amalkan!"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

“23 Tips Jimat Belanja

Kahwin Dan Murah

Rezeki Yang Anda Perlu

Amalkan !”

JANGAN BIARKAN Impian Anda & Pasangan Nak

Hidup Bersama Terbengkalai Atau Tertangguh

Kerana Kos Dan Belanja Kahwin Yang

SEMAKIN MAHAL

Bertindaklah lebih bijak tanpa pening-pening, stress atau

berhutang . . .

(2)

HAKCIPTA DAN PENAFIAN

Hak produk ini adalah terpelihara. Anda tidak mempunyai hak untuk menjual, menyebar, menyalin, berkongsi kandungan produk ini dengan sesiapa pun tanpa kebenaran dari penulis.

SYARAT & TERMA

Dengan memiliki produk ini, pengguna telah bersetuju dan mengakui untuk mematuhi syarat dan terma penggunaan produk ini. Produk ini diterbitkan oleh Mohd Affendy Mohd Amin (AFA Online Sdn Bhd 1166179U) dan dilindungi dibawah Akta Hak Cipta 1987. Pengguna tidak dibenar untuk menyebar produk ini dengan apa jua cara sekalipun. Produk ini hanyalah untuk kegunaan peribadi pengguna sahaja.

Pengguna juga tidak dibenarkan untuk menyalin ulang mana – mana bahagian dalam produk ini tanpa kebenaran daripada pihak penerbit. Sebarang perlakuan atau perbuatan menyebar produk ini tanpa kebenaran sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja akan menyebabkan hak pengguna akan terbatal serta merta.

Sesetengah nama produk, syarikat atau perkhidmatan yang dinyatakan di dalam produk ini adalah dilindungi oleh hak cipta © atau trademark tersendiri. Pengguna haruslah mematuhi segala syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.

(3)

PENAFIAN

Pihak penerbit dan pengedar telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan

informasi dan material yang dibekalkan adalah tepat serta lengkap sewaktu produk ini dicipta namun tiada jaminan bahawa segala kandungan yang telah disediakan akan dapat digunapakai selamanya kerana dunia informasi sentiasa berubah mengikut perubahan masa.

Pihak penerbit dan pengedar tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang maklumat yang disalahgunakan, risiko kerugian, kehilangan liabiliti sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang penggunaan material serta informinformasi di dalam produk ini.

Tiada jaminan bahawa produk ini mampu mengubah kehidupan pengguna sama ada dari segi pendapatan, kepakaran, kebolehan dan sebagainya kerana ia adalah bergantung kepada usaha yang diletakkan oleh pengguna. Pengguna adalah

bertanggungjawab sepenuhnya diatas tindakan sendiri yang dilakukan berdasarkan kandungan di dalam produk ini.

Pengguna memahami bahawa pihak penerbit dan pengedar tidak terlibat dalam kegiatan khidmat nasihat secara professional. Pengguna adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak yang bertauliah dan professional jika diperlukan. Tujuan utama material yang diberikan adalah untuk perkongsian informasi dan pengalaman semata - mata.

(4)

Selamat sejahtera dan terima kasih

Saya dan Team Kursus Kahwin Danau Kota mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda telah sudi download ebook percuma ini.

Untuk turut membantu rakan-rakan anda yang juga mungkin sedang merancang untuk hidup bersama atau sedang merancang untuk mendirikan rumahtangga, anda BOLEH

menyebarkan atau share ebook ini kepada rakan-rakan anda atau kepada sesiapa

sahaja yang berminat.

Bagaimanapun anda dilarang mengubah isi kandungan di dalam ebook ini atau menjual ebook ini kepada sesiapa sahaja.

„Selamat membaca dan selamat mengamalkannya. In Sha Allah, jika kita berniat baik untuk mendirikan rumahtangga, pasti Allah akan bukakan jalan rezeki‟

(5)

23 TIPS JIMAT BELANJA KAHWIN DAN MURAH REZEKI YANG

ANDA PERLU AMALKAN

1. Buat senarai semua barangan, khidmat atau perkara yang anda perlukan untuk melangsungkan majlis perkahwinan anda dan pasangan anda.

2. Pecahkan dan susun senarai barangan, khidmat atau perkara yang anda perlukan tadi kepada 3 bahagian:

a. Senarai yang - amat penting dan tidak boleh tidak ada atau diganti.

b. Senarai yang - penting tetapi mungkin boleh diganti dengan barangan, khidmat atau perkara yang lebih murah.

c. Senarai yang - ada boleh, tidak ada pun boleh.

3. Bandingkan kedua-dua senarai yang anda ada dengan pasangan anda. Jika ada barangan, perkhidmatan atau perkara yang bertindan, anda boleh keluarkan atau potong dari senarai tersebut.

4. Bentangkan senarai tersebut kepada ibu-bapa atau keluarga anda. Mungkin ada barangan, khidmat atau perkara yang telah keluarga anda telah ada yang mana anda tidak perlu keluarkan belanja untuk mendapatkannya.

5. Beritahu setiap ahli keluarga terdekat yang anda nak kahwin seperti adik- beradik, ibu dan bapa saudara, sepupu dan lain-lain yg terdekat.

Walaupun anda tidak mintak secara direct, In Sha Allah akan ada yg menawarkan untuk sponsor beberapa barangan hantaran untuk anda. Apatah lagi jika anda minta tolong dari mereka. Pasti ada yang akan membantu.

(6)

6. Cuba anda ingat atau fikirkan kalau-kalau ada saudara-mara, rakan-rakan sepejabat, rakan-rakan yg sama-sama belajar dulu atau mana-mana rakan anda yang masih belum membayar hutangnya pada anda.

Katakan kepada mereka yang anda nak kahwin dalam waktu terdekat ini dan sedang mengumpul wang untuk mencapai niat yg baik ini.

Dan minta tolong mereka melangsaikan hutang mereka agar anda boleh melangsungkan majlis perkahwinan anda tanpa anda rasa stress dan tertekan kerana masalah kewangan.

In Sha Allah, akan ada yang membantu anda..

7. Biasanya ramai orang yg mempunyai sedikit baki wang di bermacam-macam akaun bank, duit syiling yg disimpan di rumah, duit syiling yg di simpan di pejabat atau lain-lain tempat.

Cuba anda ingat dan fikirkan di mana baki-baki wang anda berada dan kumpulkan

hanya ke satu akaun sahaja. Kadang-kadang anda akan surprise yang jumlahnya boleh tahan juga byknya.

8. Upah saudara mara terdekat seperti ibu-ibu saudara, sepupu mahupun anak- anak saudara yang nak tunjuk bakat dalam membuat gubahan hantaran, membuat kek hantaran, gubahan di meja pengantin atau apa-apa yg berkaitan dengan gubahan-gubahan yang bukan major untuk majlis perkahwinan anda.

Ianya lebih menjimatkan dan duit anda boleh dijimatkan untuk kegunaan harian anda selepas majlis perkahwinan anda.

9. Jangan malu untuk menyatakan kepada sanak saudara terdekat dan juga rakan-rakan terdekat yang; 'jika mereka ingin menghadiahkan sesuatu di majlis perkahwinan anda, elakkan hadiah yg berupa tuala, pinggan mangkuk atau barangan yg seumpamanya. Bagi wang lebih bagus.’

(7)

Ini kerana dari pengalaman saya dan rakan-rakan yang telah pun melangsungkan perkahwinan, hadiah-hadiah jenis beginilah yang paling banyak dihadiahkan di majlis perkahwinan.

Hingga kini, setelah saya dan juga rakan-rakan saya mempunyai beberapa orang anak, barang-barang yang dihadiahkan itu masih terperuk di bawah katil. Bukankah itu merugikan?

Jangan malu untuk menyatakannya yang anda dan pasangan lebih suka menerima hadiah wang tunai!

10. Anda bakal mengeluarkan lebih banyak belanja untuk menyelesaikan hal ehwal melengkapkan kesemua dokumen untuk memohon kelulusan perkahwinan anda jika anda melakukannya 'last minute'.

Apa yg anda perlu lakukan adalah:

a. Semak betul-betul senarai dokumen-dolumen yang anda perlu ada dan lengkapkan.

b. Telefon atau hubungi kesemua pihak yg berkaitan terlebih dahulu untuk buat appointment terlebih dahulu sebelum anda ke tempat mereka seperti Jabatan Agama Negeri, klinik kesihatan untuk ujian HIV, penganjur Kursus Kahwin, Pendaftar Nikah, saksi anda dan lain-lain yang berkaitan.

c. Berdasarkan tarikh dan masa yg telah anda dapat dari semua pihak tersebut, senaraikan semua aktiviti yg anda perlu lakukan.

d. Susun semua aktiviti ini mengikut tututan kepentingannya - yang lebih penting lebih terdahulu.

(8)

11. Anda perlu bijak jimatkan wang anda semasa membuat jemputan ke majlis perkahwinan anda. Ini kerana ianya mempunyai kos yang tersembunyi seperti kos membuat kad kahwin dan kos perjalanan untuk membuat jemputan.

Jadi, untuk itu, anda perlu:

Bahagikan senarai jemputan anda kepada beberapa kategori. Contohnya:

Kategori 1:

Sanak-saudara terdekat seperti bapa dan ibu saudara, mereka yang memang dihormati dalam keluarga atau rakan-rakan paling rapat yang mana anda mesti hadir ke rumah mereka untuk membuat jemputan.

Tidak berapa elok sangat jika anda membuat jemputan menggunakan FB atau email sahaja. Jadi, anda perlu sediakan kad kahwin untuk mereka.

Rancang perjalanan anda supaya anda tidak habiskan banyak wang untuk kos perjalanan. Tambahan pula dengan kenaikan harga minyak sekarang.

Kategori 2:

Sanak-saudara atau rakan-rakan anda yang memang sudah biasa dengan anda. Jadi, anda boleh gunakan jemputan melalui FB, email, sms atau telefon sahaja. Oleh itu, anda perlu invite mereka melalui FB atau design kad kahwin virtual menggunakan software percuma sahaja yg banyak di Internet. Jadi, tak perlulah anda sediakan kad kahwin untuk mereka.

Kategori 3:

Rakan-rakan yang kenal anda tetapi tidaklah berapa rapat sangat. Jemputan boleh dibuat melalui FB, email atau SMS.

(9)

Kategori 4:

Lain-lain yang anda rasakan tidak tergolong dalam 3 kategori ini yang mana jemputannya juga cuma melalui FB, email atau SMS sahaja.

12. Buat dua senarai bajet selepas nikah.

Ramai bakal pengantin yang hanya mengira bajet untuk melaksanakan majlis perkahwinan tanpa melihat apakah yang akan terjadi selepas majlis perkahwinan mereka.

Secara kasarnya, majoriti bakal pengantin akan memerlukan backup kewangan untuk memulakan hidup berumahtangga.

Contoh keperluan selepas majlis perkahwinan:

a. Untuk mereka yang masih belum memiliki rumah, mereka terpaksa menyediakan duit sewa rumah iaitu deposit sewa 2 + 1.

b. Keperluan barang2 dapur - dapur, tong gas, pinggan mangkuk dan lain-lain. c. Keperluan perabut asas - meja makan, almari baju dan lain-lain.

d. Dan lain-lain keperluan mengikut senarai keperluan anda.

Oleh itu, bandingkan kedua-dua senarai bajet ini, adjust kedua-duanya mengikut kemampuan, bincangkan bersama pasangan anda dan cari ttitik persetujuan bersama.

Jika anda tidak melakukan langkah ini lebih awal, anda dan pasangan akan pasti stress dan kelam-kabut untuk memulakan hidup baru anda.

13. Untuk menyediakan barangan hantaran, adalah lebih bijak jika anda berbincang dengan pasangan dan memilih barangan yang anda dan pasangan akan pakai

hari-hari berbanding dengan barangan hantaran yang bakal anda pakai atau

(10)

Contohnya, jika anda membeli baju, seluar, blouse, kasut atau bag yang anda bakal pakai atau gunakan untuk ke tempat kerja sebagai barangan hantaran, anda tidak lagi perlu menambah perbelanjaan dengan membeli pakaian ke tempat kerja anda nanti.

Contoh barang-barang sebegini yang anda dan pasangan boleh sediakan adalah seperti al-Quran, telekung, sejadah, makeup, vitamin atau makanan kesihatan yang anda makan hari-hari atau buku.

14. Memang agak sukar bagi bakal pengantin untuk berjimat cermat mengumpulkan wang belanja majlis perlahwinan atau wang hantaran dengan tanpa berbelanja barangan atau perkhidmatan yang anda biasa buat setiap hari.

Jika anda terus cut-off perbelanjaan yang anda sudah biasa lakukan ini, ianya mungkin tidak akan bertahan lama. Ianya mungkin cuma bertahan untuk beberapa hari sahaja.

Untuk berjimat cermat dengan cara yang lebih bijak dan berpanjangan, anda perlu melakukan penjimatan belanja harian anda dengan memulakan dua langkah ini: a. Kurangkan jumlah hari anda berbelanja.

b. Selang-selikan hari belanja anda.

Contohnya, jika anda biasa makan minum di kedai mamak, anda boleh kurangkan belanja makan minum anda dengan mengurangkan jumlah hari anda ke kedai mamak. Iaitu, jika anda ke kedai mamak 7 kali seminggu, anda boleh kurangkan jumlah hari anda ke sana hingga 3 kali sahaja.

Pengurangan ini hendaklah dilakukan secara berselang-seli harinya supaya anda sendiri tidak terasa perubahan yang anda ingin lakukan. Jadi, ianya akan bertahan lebih lama.

(11)

15. Jika bajet anda terhad, anda boleh berbulan madu di dalam negara ini sahaja. Negara ini tidak kurangnya dengan tempat-tempat berbulan madu yang amat sesuai bagi pengantin baru, romantis dan lebih murah seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas atau Pulau Tioman.

16. Jangan lupa untuk ikuti kursus kahwin dan lengkapkan semua dokumen untuk memohon kelulusan perkahwinan anda awal-awal.

Dalam modul prosedur perkahwinan sewaktu anda ikuti kursus kahwin, prosedur memohon kelulusan perkahwinan dari Jabatan Agama akan diterangkan dengan jelas.

Di kursus kahwin ini juga anda boleh tanya habis-habis tenaga pengajar atau penceramah tentang hal-hal memohon kelulusan perkahwinan ini.

Jangan sekali-sekali berlengah-lengah untuk tahu hal-hal prosedur perkahwinan dan lengkapkan semua ‘dokumen wajib’ kerana ramai bakal pengantin telah berbelanja lebih kerana ke hulu ke hilir untuk siapkan semua ‘dokumen wajib’ mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama.

Dapatkan sijil kursus kahwin lebih awal walaupun anda masih belum ada tarikh nikah ataupun masih bujang.

Ini kerana, sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh JAWI ini TIADA TARIKH

LUPUT. Jadi, bila dah ada sijil kursus kahwin di tangan, anda boleh

gunakannya bila-bila masa yang anda perlukan. Tak payah nak pening-pening lagi.

17. Jangan lupa juga belanja kehidupan anda berdua selepas perkahwinan yang mana perkara yang amat penting adalah pemilihan tempat tinggal untuk anda berdua.

Ramai pasangan yang inginkan privacy dan memilih lokasi yang langsung tidak kena dan bakal meningkatkan kos hidup anda dan pasangan.

(12)

Anda sepatutnya memilih lokasi:

a. Berdekatan dengan saudara mara terdekat. Ini amat membantu jika ada sakit demam anda dan pasangan. Contohnya, jika pihak isteri mengandung dan mengalami alahan, jika anda perlu seseorang untuk menjaga anak anda, anda ada kenduri dan lain-lain.

b. Berdekatan dengan sekolah. Ini kerana apabila anda telah mempunyai anak nanti, ianya lebih mudah dan menjimatkan belanja anda untuk menghantar atau mengambil anak anda dari sekolah. Di tambah pula jika anak anda

mempunyai aktiviti kokorikulum sekolah. Termasuk kelas agama dan al-Quran. c. Jalan yang mempunyai banyak laluan untuk keluar masuk. Jika anda memilih

lokasi yang mempunyai hanya satu laluan keluar masuk, anda mungkin akan terperangkap dalam kesesakan jalan raya setiap hari untuk keluar dan pulang ke rumah anda.

18. Jangan mudah membuat hutang atau terperangkap dengan hutang. Untuk menyediakan perkahwinan anda dan kelengkapan hidup berkeluarga, elakkan berhutang kecuali anda dan pasangan benar-benar terpaksa.

Menurut kajian terkini, majoriti pasangan yang telah bercerai di negara ini kini adalah disebabkan masalah kewangan.

19. Amalkan solat sunat di dua pertiga malam atau sebelum subuh. Mengadu dan mintalah rezeki, dipermudahkan segala urusan untuk hidup bersama serta

keberkatan hidup anda berdua dari Allah.

Waktu itu adalah waktu yang mustajab jika anda mengadu atau berdoa’ memohon pertolongan dari Allah.

20. Amalkan solat Dhuha sebanyak dua atau empat rakaat setiap hari. Menurut pakar ibadah, waktu afdalnya adalah dari jam 8.30 pagi hingga 10 pagi walaupun waktu Dhuha ini adalah sehingga waktu Zuhur.

(13)

Saya sendiri telah mengalami beberapa kali keajaiban solat Dhuha ini di mana peluang rezeki dibuka oleh Allah tanpa disangka-sangka dan cepat pula sampainya rezeki yang dihajati. Memang ajaib !

Di bawah adalah maksud doa’ yang dibaca selepas solat Dhuha. Berdoa’ dalam Bahasa Melayu pun boleh. Amalkanlah, berusaha dan bertawakkal. In Sha allah.

Ya Allah! Sesungguhnya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu.

Kemegahan itu adalah kemegahan-Mu, keindahan itu adalah keindahan-Mu,

kekuatan itu adalah kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu, penjagaan itu adalah penjagaan-Mu.

Ya Allah! Jika rezekiku masih berada di langit, maka Engkau turunkanlah.

Jika berada di bumi, maka Engkau keluarkanlah.

Jika sukar, maka Engkau permudahkanlah.

Jika haram, maka Engkau bersihkanlah.

Jika jauh, maka Engkau dekatkanlah dengan berkat waktu Dhuha-Mu, kemegahan-Mu, keindahan-kemegahan-Mu, kekuatan-kemegahan-Mu, kekuasaan-Mu.

Engkau limpahkanlah kepada ku seperti yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.

(14)

21. Rajin mengamalkan bersedeqah kerana bersedeqah mempunyai kesan yang ajaib dikurniakan oleh Allah.

Sedeqah boleh dibuat walaupun dengan jumlah wang yang kecil tetapi ianya dilakukan secara berterusan dan diniatkan bersedeqah ikhlas kerana Allah.

In Sha Allah, pintu rezeki akan dibuka oleh Allah dan dipermudahkan tercapainya hajat, Kadang-kadang rezeki juga datang dengan pertolongan dari ahli keluarga, rakan-rakan atau dari orang-orang yang kita tidak kenali.

Biar saya share satu cara bersedeqah yang diajarkan oleh Ustaz Muhadir Haji Joll (melalui Radio IKIM).

Katanya, selepas subuh atau selepas solat subuh, kita jadikan amalan bersedeqah ke dalam satu tabung yang kita khaskan untuk sedeqah di rumah.

Bersedeqahlah sedikit atau banyak setiap hari pada waktu itu dan masukkan duit sedeqah itu ke dalam tabung sedeqah tersebut.

Bila duit sedeqah sudah terkumpul dalam beberapa hari barulah kita

sedeqahkannya kepada mana-mana pihak yang memerlukan seperti masjid, rumah anak yatim, sekolah tahfiz, orang-orang miskin dan pihak-pihak seumpamanya.

Menurut Ustaz Muhadir Haji Joll lagi, pada waktu tersebut, akan berlaku pertukaran tugas para malaikat di mana ada malaikat yang akan naik ke langit dan ada malaikat yang akan turun ke bumi.

Dan pada waktu itu, para malaikat akan turut mendoa’kan kebaikan kepada kita.

Jadi, selain kita berdoa’ memohon pertolongan dari Allah setiap hari, ambillah kesempatan untuk turut mendapatkan doa’ kebaikan dari para malaikat untuk kita.

22. Memberitahu dan memohon ibu-bapa kita juga turut mendoa’kan kita agar dimurahkan rezeki dan agar Allah permudahkan segala urusan serta mudahkan kita mencapai apa yang dihajati.

(15)

usaha, tenaga dan masa.

Buat pengetahuan anda terdapat banyak cara untuk mencari dan mendapatkan duit tambahan TANPA kita perlu keluarkan modal.

Ini kerana setiap orang dikurniakan oleh Allah kemahiran, bakat dan minat yang unik dan tersendiri.

Kemahiran, bakat dan minat ini boleh digunakan untuk membantu orang lain untuk mendapat upah atau imbuhan untuk membantu anda mengumpulkan duit belanja perkahwinan anda.

Di sini saya berikan contoh-contoh usaha yang anda boleh gunakan untuk mencapai matlamat anda:

a. Menjual pakaian dan barangan terpakai di Facebook, Instagram, Mudah, Lelong atau eBay

Saya sendiri telah melakukan perkara ini dengan menjual pakaian, kasut, handbag terpakai di Mudah, Lelong atau eBay. Ianya di waktu Facebook masih belum

dikenali atau diketahui oleh orang ramai di Negara ini.

Apa yang saya lakukan adalah dengan memberikan khidmat untuk menjual

barangan terpakai ini kepada saudara-mara terdekat dan rakan-rakan sepejabat.

Saya tidak membeli barangan terpakai ini dari mereka tetapi saya membantu untuk menjual barangan ini untuk mereka dan saya menikmati komisyen dari jualan yang diperolehi.

Tahukah anda yang di dalam setiap buah rumah dan keluarga, terdapat banyak barangan terpakai yang masih elok, baru, branded tetapi sudah tidak digunakan?

Dan tahukah anda yang mereka ini pun tak tahu apa yang perlu mereka buat dengan barangan mereka ini selain menyimpannya di dalam stor atau almari mereka?

(16)

clearkan ruang stor atau almari mereka!

Kini, cara nak menjual semakin mudah dengan adanya Facebook dan Instagram.

Di Negara seperti US dan Eropah, menjaul dan memasarkan barangan terpakai sebegini adalah merupakan perniagaan yang bernilai billion USD !

b. Membantu tuan punya laman web, blog atau Facebook fanpage dengan penulisan anda

Saya memang tidak pernah sangka yang duit boleh diperolehi dengan mudah melalui penulisan.

Ini kerana, sebelum ini, saya sangka hanya penulis buku atau penulis artikel di akhbar sahaja yang mendapat bayaran.

Tetapi, tahukan anda yang ramai tuan punya laman web, blog atau Facebook fanpage yang memerlukan idea, isu dan penulisan setiap hari yang boleh membantu menggerakkan perniagaan mereka?

Jadi, jika anda berminat atau mempunyai kemahiran menulis, anda boleh menawarkan khidmat penulisan anda kepada mereka.

Contohnya, anda boleh melihat keperluan penulisan ini di forum yang terkenal seperti WangCyber.com.

Di situ, anda boleh melihat tawaran dari tuan punya laman web, blog atau Facebook fanpage yang boleh membayar sesiapa yang berminat dan memenuhi syarat sebanyak RM7 hingga RM15 untuk satu artikel. Lebih bagus penulisan, lebih tinggi upahnya.

c. Personal shopper

Di zaman yang serba sibuk ini, anda pasti tidak sangka yang terdapat begitu ramai orang yang sudi mengupah anda untuk anda membelikan barangan kesukaan atau

(17)

masa untuk ke IKEA.

Jika anda melihat rancangan Majalah 3 baru-baru ini, anda pasti kagum kerana ada seorang hamba Allah yang rajin berusaha dengan membantu ramai suri rumah membelikan barangan dapur atau barangan basah untuk mereka setiap hari.

Anda boleh memulakan usaha anda dengan membantu saudara-mara terdekat atau rakan-rakan sepejabat anda terlebih dahulu.

d. Tawaran lain-lain khidmat yang tidak menggunakan modal yang tinggi seperti memasak, menjahit atau lipat pakaian yang anda tidak sangka yang khidmat ini memang mendapat permintaan yang tinggi setiap masa.

Kesimpulannya

Sebenarnya terdapat banyak idea-idea dan cara-cara yang anda boleh amalkan untuk melakukan penjimatan belanja perkahwinan anda serta amalan murah rezeki.

Anda boleh tambah idea-idea ini melalui pembacaan dan sering bertanya kepada mereka yang berpengalaman yang sudah melalui keadaan ini.

Pilih idea-idea atau cara-cara yang sesuai dengan keadaan dan keperluan anda.

Yang penting, anda perlu lakukannya secara berterusan setiap hari walaupun secara perlahan-lahan. Lakukan DUIT: D – Doa’ U – Usaha I – Istiqamah T – Tawakkal

(18)

“Sudahkah Anda Terfikir-Fikir Untuk

Mempunyai

Sijil Kursus Kahwin

Awal-Awal Seperti Muda-Mudi Yang lain?”

Ramai muda-mudi yang sudah ambil kesempatan ikuti

kursus kahwin di sini sewaktu ujian masih belum

diwajibkan.

Mereka sudah. Anda bila lagi? Whatsapp Kami

(19)

Follow juga kami di:

Facebook: www.Facebook.com/KursusKahwin.net

Instagram: www.Instagram.com/KursusKahwinnet

Referensi

Dokumen terkait

Personil ICS mempunyai tugas menyusun dokumen yang diperlukan untuk memenuhi persyaratan sertifikasi dengan pola ICS seperti data petani, status lahan, status

Peranan Gaya Kepemimpinan Terhadap Kinerja Karyawan (Studi Kasus Pada PT. Asuransi Jiwasraya Madiun Branch Office). Skripsi Program Sarjana, Jurusan Manajemen, Universitas

Guru pamong Teknik Elektronika, Dra. Mardiyah mempunyai kemampuan yang baik dalam melakukan pembelajaran di kelas. Karena pengalaman dalam mengajar yang cukup lama

Tingkat ketepatan pengiriman data terjadi lagi penurunan dari hasil evaluasi triwulan sebelumnya, mengingat pada evaluasi kinerja kali ini tidak ada satupan provinsi secara

Model numeris yang dikembangkan dengan persamaan momentum tersebut dapat mensimulasikan wave set down pada perairan dalam, wave setup pada perairan dangkal, dispersi dan

Begitu pula dengan hasil observasi siswa menunjukkan adanya peningkatan pada tanggung jawab, kerjasama dan kedisiplinan saat pembelajaran dengan memperoleh nilai

H300 - Berbahaya jika tertelan, H315 - Menyebabkan iritasi kulit, H334 - Bisa menyebabkan gejala alergi atau asma atau kesulitan bernapas jika terhirup, H335 - Bisa menyebabkan

Permasalahan penentuan awal bulan qomariyah seperti penentuan jatuhnya tanggal untuk bulan syawal, ramadhan atau bulan-bulan qomariyah yang lain, menjadi sebuah problematika