• Tidak ada hasil yang ditemukan

30 Panduan Saham

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "30 Panduan Saham"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

VANNESS YONG KAI XIANG

http://sahaminvestment.com

(2)

2 | P a g e

NOTIS

Penerbit telah berusaha sebesar mungkin untuk menjadi penulisan e-book ini tepat dan lengkap. Walaupun segala percubaan telah dibuat untuk mengesahkan maklumat yang disediakan dalam penerbitan ini adalah tepat dan lengkap, tetapi penerbit tidak bertanggungjawab ke atas kesilapan, peninggalan, atau tafsiran yang bertentangan dengan perkara subjek di sini.

Dalam buku-buku nasihat praktikal, tiada jaminan pendapatan/ keputusan yang dibuat. Semua pembaca diperingatkan bahawa anda harus sentiasa bergantung kepada pertimbangan sendiri dalam keadaan masing-masing dan ambil tindakan yang sewajarnya. Tujuan e-book ini adalah perkongsian maklumat sahaja tetapi tidak boleh digunakan sebagai sumber undang-undang, perniagaan, perakaunan, atau nasihat kewangan. Semua pembaca dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat profesional dalam bidang undang-undang, perniagaan, perakaunan dan kewangan.

Tujuan eBook ini adalah memberi panduan teknikal kepada pelabur dalam

jual beli saham. Saya berusaha dalam pelbagai saluran supaya pengetahuan

pelaburan yang saya kuasai boleh disampaikan kepada semua orang. Demi

mencapai tujuan ini, anda berhak memberikan ebook yang istimewa ini

kepada sesiapa yang sesuai, selagi anda TIDAK mengubah kandungan

ebook ini dalam apa jua cara.

(3)

3 | P a g e

Penghargaan

Bersyukur kepada peluang yang diberikan dalam perkongsian kajian saya dengan semua pembaca. Tidak dapat dinafikan bahawa proses kajian dan pembelajaran adalah perjalanan yang panjang dan memerlukan usaha yang gigih. Semua usaha ini adalah berbaloi sekiranya kajian saya boleh membantu pelabur dan menjadi panduan pelaburan mereka.

Tujuan saya adalah menyampaikan ilmu pelaburan kepada masyarakat kita, tujuan ini tidak akan tercapai tanpa kesudian pembaca melanggan kepada Newsletter, laman web dan muat turun e-Book saya. Dengan ini saya merakamkan terima kasih kepada pembaca e-book ini, pencapaian anda dalam pelaburan adalah balasan yang terbaik kepada usaha saya. Di sampingan itu, saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga saya, terutama ibu dan girlfriend saya atas sokongan yang diberikan sepanjang perjalanan pelaburan saya. Persefahaman dan kesayangan mereka telah memberi banyak masa dan sokongan kepada saya supaya menjayakan penulisan e-book ini.

Di sini, saya juga menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru pelaburan yang berikut.

 Leon Hu (胡立阳)

 Jessie Livermore

 George Soros

 Cao Ren Chao (曹仁超)

Perkongsian mereka dalam ilmu pelaburan telah memanfaatkan saya. Belajar ilmu guru pelaburan dibagaikan seperti pendirian di atas bahu gergasi, saya dapat mencari cara unik sendiri dengan bantuan penemuan mereka.

Akhir sekali, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada perisian carta, ChartNexus. Perisian yang percuma telah dibekalkan oleh pihak ChartNexus. Semua carta saham yang saya lampirkan dalam e-book ini adalah datang daripada perisian ChartNexus. Fungsinya yang mudah dan cekap telah mempercepatkan proses penulisan saya.

Semoga usaha kajian seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa dan hasil kajian boleh dimanfaatkan oleh semua pelabur ke arah merealisasikan hasrat kebebasan kewangan.

(4)

4 | P a g e

Pengenalan

Sebelum berkongsi kajian pelaburan saham saya, saya ingin memperkenalkan diri dulu. Nama saya ialah Yong Kai Xiang, datang dari Melaka. Saya seorang graduan degree kejuruteraan pembuatan, Universiti Sains Malaysia. Walaupun major pelajaran saya ialah kejuruteraan tetapi saya tidak berminat dalam bidang ini. Saya berasa bosan terhadap pelajaran kejuruteraan. Tetapi, bersyukurnya saya mendapati dunia pelaburan yang menaik telah mencetus minat saya yang kuat terhadapnya. Saya mula melabur saham semasa belajar di universiti. Kerugian yang dialami telah memperkukuhkan niat saya untuk berjaya dalam bidang ini, manakala keuntungan yang dijanakan adalah balasan kepada usaha gigih saya.

Minat pelaburan saya tidak berhenti pada diri sendiri sahaja, tetapi saya ingin menyampaikan ilmu pelaburan yang betul kepada masyarakat. Saya percaya kebebasan kewangan lebih mudah tercapai melalui bidang pelaburan dan perniagaan. Tetapi, bukan semua orang mempunyai sikap dan fikiran yang sesuai menjadi peniaga, manakala kejayaan pelaburan boleh dicapaikan melalui konsep dan teknik yang betul. Oleh itu, saya telah pilih jalan ini dan bersumpah mesti mencapai kejayaan dalam bidang ini.

Hari ini, motivasi yang dorang saya tubuhkan Saham Investment bermula apabila saya mendapati sumber yang sedia ada untuk masyarakat tempatan dalam bidang pelaburan adalah amat terhad. Jadi, saya berimpian dan berusaha untuk meningkatkan kesedaran dan kejayaan masyarakat tempatan dalam bidang pelaburan.

Sebelum kita melaburkan wang dalam sebarang pelaburan, kita mesti tahu dan faham tentang risiko yang wujud. Sebenarnya, risiko pelaburan saham datang dari saham bermasalah, ia dibagaikan seperti perangkap yang akan menarik perhatian pelabur supaya melabur wang dalamnya. Oleh itu, saya ingin berkongsi kajian saya, 10 jenis saham bermasalah supaya anda boleh menghindari diri daripada risiko yang terbenam di dalam

(5)

5 | P a g e

pasaran. Risiko anda mesti berkurang selepas tahu 10 jenis saham bermasalah yang dibincang kemudian.

Saya merupakan seorang peminat analisa teknikal. Sebelum saya berkenal dengan analisa teknikal, saya memegang prinsip analisa fundamental yang kukuh dalam pelaburan saham. Dalam aplikasi analisa fundamental, saya telah melabur dalam syarikat yang berprestasi cemerlang dan berstatus kewangan yang baik. Apa yang menghairankan saya adalah saham saya tidak naik tetapi yang naik adalah saham syarikat lain yang berstatus kurang baik. Persoalan ini telah lama mengganggukan saya. Akhirnya, persoalan ini dapat dijawab dengan pengetahuan analisa teknikal.

Dari segi analisa teknikal, harga dibagaikan sebagai kapal, manakala volume dibagaikan air laut. Hanya saham yang terdapat volume akan naik. Kedudukan kapal akan semakin rendah jika air laut surut; sebaliknya kedudukan kapal semakin tinggi semasa air laut pasang. Konsep yang saya memperkenalkan di sini adalah prinsip utama dalam analisa teknikal. Selepas faham konsep ini, anda akan lebih mudah memahami panduan yang saya bincangkan kemudian.

Kerugian yang saya alami telah menyakitkan hati saya, tetapi ia juga merangsang niat saya belajar dan mengkaji pelaburan saham. Saya telah merumuskan panduan pembelian dan penjualan saham daripada kajian dan pratikal saya. Harapkan panduan yang saya berikan dalam eBook ini boleh mengurangkan kerugian yang anda alami dan mempercepatkan proses pembelajaran anda. Semoga anda suka dan dapat manfaat daripada panduan yang saya berikan.

Happy learning. Happy investing.

(6)

6 | P a g e

10 Jenis Saham Bermasalah

1. Syarikat asyik menerbitkan berita/pengumuman yang baik, volume saham telah dirangsangkan dan meningkat. Sementara itu, harganya tidak naik tetapi turun.

(Kemungkinan besar terdapat pihak tertentu ingin melepaskan saham dalam tangannya, jadi mereka ambil kesempatan dalam penerbitan berita baik untuk menarik perhatian orang ramai membeli saham syarikat.)

2. Syarikat yang tidak mengakui desas-desus yang buruk, tetapi sahamnya telah bereaksi kepada berita tersebut. Tambahan lagi, kejatuhan sahamnya telah berlaku selama 1 bulan.

(Hanya pihak syarikat boleh membezakan berita yang disebarkan itu benar atau palsu. Kejatuhan saham yang lama telah menggambarkan pihak tertentu sedang jual sahamnya, kemungkinan besar pihak syarikat yang lepaskan sahamnya secara diam-diam.)

3. Syarikat yang kreditnya berkembang pesat untuk labur dalam bidang yang tidak berkenaan dengan perniagaannya, seperti pembinaan bangunan yang mewah.

(Kredit yang berkembang pesat akan membebankan kewangan syarikat, penggunaan kredit yang salah akan merosotkan masa depan syarikat.)

4. Tren sektor telah menuju ke bawah, kebanyakan saham sektor itu telah turun banyak, tetapi antaranya terdapat saham yang bereaksi berlainan, naik secara drastik.

(Kenaikan saham dalam sektor yang lemah selalu merupakan perbuatan sengaja pihak tertentu, mereka telah alami kerugian dalam trend turun, jadi mereka ingin menaikan prestasi saham supaya menarik orang ramai beli sahamnya supaya mereka boleh ambil kesempatan ini lepaskan sahamnya.)

5. Saham yang asyik dijual oleh badan perusahaan dan institusi kewangan, yang lebih-lebih lagi ialah kejatuhan saham tersebut tidak berhenti.

(Saham yang dijual oleh institusi kewangan/pelaburan, sudah tentulah saham tersebut bermasalah. Kadang-kala masalah tersebut masih tidak diketahui oleh orang ramai, tetapi institusi pelaburan boleh menguasai informasi yang terbaru, mereka akan ambil langkah cepat untuk lepaskan saham dulu.)

6. Banyak judul telah dianugerahkan kepada CEO syarikat sehingga beliao terlalu antusias kepada kegiatan awam, dan tidak fokus dalam perniagaan syarikat.

(Pemimpin syarikat yang sibuk dengan perkara lain tetapi tidak fokus dalam perniagaannya. Sudah tentulah prestasi syarikatnya akan terjejas.)

(7)

7 | P a g e

7. Syarikat yang selalu mengisukan obligasi konversi dan right issue untuk meminta wang daripada pelabur. Ekuiti syarikat cepat berkembang, tetapi pendapatan syarikat tidak bertambah.

(Penerbitan obligasi dan right issue bertujuan untuk mengumpul wang pelabur untuk mengembangkan perniagaan supaya pulangan pelabur ditingkatkan. Pihak syarikat patut mendatangkan lagi banyak pulangan supaya tidak mengecewakan pelabur. Sekiranya pendapatan syarikat tidak meningkat, maka pulangan pelabur akan berkurang.)

8. Tema/topik yang sama diulangi untuk spekulasi saham.

(Pihak utama ingin guna tema/topic yang sama untuk ambil kesempatan dalam spekulasi saham.)

9. Saham yang perniagaannya kurang baik, tambahan pula, volume selalu berada pada paras rendah.

(Saham yang lemah susah menarik perhatian pelabur. Volume yang kurang, tiada wang mengalir ke dalam kaunter itu, maka prestasinya tidak mungkin akan menjadi baik. Modal pelabur selalu terperangkap dalam saham yang lemah.)

10. Pemegang saham utama (pengasas, bank, institusi kewangan) asyik menjual saham syarikatnya. Mereka pandai mencari alasan untuk menjelaskan sebab penjualannya supaya melegakan hati pelabur.

(Tindakan pemegang saham utama akan menggambarkan keyakinan mereka terhadap masa depan syarikat.)

(8)

8 | P a g e

10 Signal Pembelian

1. Dalam suasana pasaran yang kurang baik, berita buruk yang berkenaan dengan saham diterbitkan.

 Harga saham bukan sahaja tidak turun tetapi naik.

 Volume meningkat secara ketara.

(Saham sudah kebas terhadap berita buruk, pihak penjualan sudah habis jual sahamnya, tekanan penjualan hanya tinggal sikit.)

2. Perhatian kepada saham yang terbesar dan kedua terbesar dalam sektor tertentu.

Kedua-dua saham tersebut telah naik secara drastik.

Kedua-dua saham tersebut naik 3 hari berturut-turut.

Kedua-dua saham tersebut naik 4 hari daripada 5 hari perdagangan.

(Hal ini menunjukkan tren kenaikan sektor ini telah mula, saham lain dalam sektor ini juga akan menyertai tren kenaikan ini.)

3. Saham yang dalam tren turun memberikan isyarat berikut:

 Volume mingguan berkurang secara drastik (hanya tinggal 30% daripada volume mingguan sebelumnya).

 Saham telah berhenti jatuh.

 Saham mula naik secara perlahan.

(Dalam tren turun, saham yang berhenti jatuh dan volume berkurang secara drastik menunjukkan pemegang saham tidak ingin jual sahamnya, hanya sikit tekanan penjualan yang wujud. Peluang beruntung telah wujud jika saham ini mula naik secara perlahan.)

(9)

9 | P a g e

4. Ketiga-tiga garisan Simple Moving Average 5, 10 dan 15 hari bergerak ke atas dengan serentak.

(Ketiga-tiga garisan SMA bergerak serentak menunjukkan momentum yang kuat.)

5. Saham bergerak dalam segi tiga yang semakin sempit, saham mengatasi garisan atasan bersama dengan volume yang besar.

(10)

10 | P a g e

6. Selepas kejatuhan drastik selama beberapa hari, kemungkinan besar kejatuhannya telah berakhir sekiranya candlestick yang terbentuk berciri:

 Buka pada paras yang lebih rendah.

 Ekor bawah yang panjang.

 Volume yang tinggi wujud.

7. Saham yang telah naik banyak dan alami correction, tetapi saham berjaya mengatasi titik ketinggian yang baru-baru ini.

(11)

11 | P a g e

8. Saham yang dalam keadaan tidur, tetapi carta mingguan telah menunjukkan

 Kenaikan selama 2 minggu berturut-turut

 Volume mingguan yang lebih tinggi

9. Saham berjaya mengatasi paras penting, iaitu tahap atas dalam gerakan kotak, bersama dengan volume yang tinggi. Sebagai tambahan, saham berjaya berdiri di atas kotak untuk tiga hari yang berikutnya.

(12)

12 | P a g e

10. Volume selalu berada pada tahap yang rendah, tetapi ciri-ciri yang berikut telah muncul:

 Volume yang terbentuk lebih 3 kali ganda tinggi daripada volume purata 5 hari yang lalu.

(13)

13 | P a g e

10 Signal Penjualan

1. Selepas volume yang sangat besar muncul, tiada volume yang lagi besar muncul dalam 10 hari perdagangan yang berikutnya.

(Volume sedang surut, harga akan mengikutnya.)

2. Candlestick hitam yang “buka tinggi, tutup rendah” muncul untuk 2 hari berturut-turut.

(Keadaan “buka tinggi” merupakan signal bullish yang disebabkan keinginan beli yang kuat. Malangnya, situasi yang bullish ini bertutup dengan kejatuhan, hal ini jelas menunjukkan saham itu telah alami tekanan penjualan yang besar.)

3. Kejatuhan saham telah melebihi 15% dari titik tertinggi.

(Kejatuhan saham yang kurang daripada 15% adalah normal correction, sebaliknya, lebih 15% adalah signal yang bahaya.)

4. Selepas saham naik sebanyak 30%, simple moving average 10 hari tidak bertenaga untuk naik lagi dan arahnya tuju ke bawah dengan jelas sekali.

(Kenaikan 30% merupakan titik jualan ideal dalam jangka pendek. Kebanyakan pelabur jangka pendek akan jual sahamnya selepas beruntung 30%.)

5. Dalam carta mingguan, candlestick putih yang panjang diikutkan oleh satu candlestick hitam, terutamanya candlestick putih yang terbentuk bersama dengan volume besar.

(14)

14 | P a g e

6. Candlestick hitam yang berekor atas panjang terbentuk bersama dengan volume yang tinggi.

7. Saham telah bergerak dalam kotak selama suatu tempoh, ia jatuh ke bawah kotak dan gagal melantun balik ke kotak untuk 3 hari yang berikutnya.

(15)

15 | P a g e

8. Dalam carta mingguan, candlestick hitam yang terbentuk telah cover candlestick putih sebelumnya.

9. Pembentukan corak carta “M” yang puncak kanannya lebih rendah, seterusnya saham jatuh ke bawah neckline.

(16)

16 | P a g e

10. Saham jatuh ke bawah paras terendah doji.

(17)

17 | P a g e

Epilog

Dalam e-book ini, saya telah merumuskan sebanyak 30 panduan saham yang boleh mengurangkan risiko dan meningkatkan pulangan pelaburan anda. Panduan ini bukan 100% betul pada setiap masa. Formula yang 100% betul tidak wujud di dunia ini.

Panduan ini merupakan kajian statisitk yang bernilai rujukan tinggi. Jika anda mematuhi panduan di atas, anda akan mendapat manfaat dalam masa jangka panjang. Isyarat pembelian yang dibekalkan boleh membantu anda mengenalpasti peluang beruntung telah wujud, manakala signal penjualan boleh membantu anda elakkan diri daripada tren turun dan melindung keuntungan anda. 10 jenis saham bermasalah yang tersenarai pula boleh mengelakkan anda terperangkap dalam penipuan pihak tertentu.

Selain itu, perdagangan saham sebenarnya adalah perniagaan, kadang-kala pelabur akan mengalami kerugian. Kerugian adalah kejadian semula jadi dalam perniagaan. Tiada perniagaan yang boleh sentiasa beruntung. Oleh itu, pelabur harus menerima hakikat ini dan berfikiran terbuka terhadap kerugian. Sentiasa mengkaji kesilapan sendiri dan berusaha untuk mengubahsuainya serta jangan ulangi kesilapan dulu.

Akhir sekali, saya yakin anda merupakan orang yang percaya ilmu yang membawa kepada kekayaan. Takdir dipegang dalam tangan kita. Golongan kaya ambil tindakan untuk lengkapkan dirinya dengan ilmu dan mentaliti yang betul untuk mengejar impiannya; manakala, golongan miskin hanya mengejar impiannya dalam mimpi tetapi tidak bertindak. Sekarang, anda telah menggunakan masa untuk habis baca e-book ini. Tindakan anda yang mengejar ilmu akan mendatangkan pulangan yang lumayan. Anda telah bertindak untuk menuju ke arah kejayaan.

p/s: Tunggu! Frasa-frasa guru pelaburan yang saya gemari telah dikumpulkan dan terkandung dalam bahagian terakhir e-book ini. Semua ini hadiah kepada anda. Harap anda suka!

(18)

18 | P a g e

Frasa Warren Buffett

Rule No.1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1

Peraturan 1: Jangan rugi wang. Peraturan 2: Jangan lupa peraturan 1.

Price is what you pay. Value is what you get.

Harga adalah apa yang anda bayar. Nilai adalah apa yang anda dapat.

I never attempt to make money on the stock market. I buy on the assumption that they could close the market the next day and not reopen it for five years.

Saya tidak cuba untuk beruntung dalam pasaran saham. Saya beli saham atasandaian bahawa pasaran saham akan tutup pada hari berikutnya dan tidak berniaga selama lima tahun.

Risk comes from not knowing what you are doing.

Risiko berpunca daripada ketidaktahuan anda tentang apa yang sedang lakukan.

We simply attempt to be fearful when others are greedy and to be greedy only when others are fearful.

Kami hanya cuba menjadi takut ketika orang lain tamak dan hanya menjadi tamak ketika orang lain takut.

Look at market fluctuations as your friend rather than your enemy.

Anggap naik turun pasaran sebagai rakan anda tetapi bukan musuh anda.

I try to buy stock in businesses that are so wonderful that an idiot can run them.Because sooner or later, one will.

Saya akan cuba membeli saham yang perniagaannya cukup mudah supaya bodoh juga boleh jalankannya. Hal ini kerana lambat laun seseorang yang bodoh akan mengoperasikan syarikat itu.

If a business does well, the stock eventually follows.

Jika perniagaan syarikat berprestasi baik, maka prestasi saham juga akan mengikutnya.

Investors should remember that excitement and expenses are their enemies.

Pelabur harus beringat bahawa keseronokan dan perbelanjaan adalah musuh mereka.

(19)

19 | P a g e

Frasa George Soros

If investing is entertaining, if you're having fun, you're probably not making any money. Good investing is boring.

Jika pelaburan boleh menghiburkan anda, maka pelaburan anda mungkin tidak mendatang sebarang untung. Pelaburan yang baik adalah bosan.

It's not whether you're right or wrong, but how much money you make when you're right and how much you lose when you're wrong.

Keputusan pelaburan yang betul atau salah tidak memainkan peranan yang penting,yang penting ialah berapa besar jumlah untung anda ketika betul dan berapa keciljumlah rugi anda ketika salah.

Markets are constantly in a state of uncertainty and flux and money is made by discounting the obvious and betting on the unexpected.

Pasaran sentiasa berada dalam keadaan yang ketidakpastian dan keuntungan dapat dicarikan dengan abaikan perkara yang jelas tetapi bertaruh pada perkara yang di luarjangkaan.

Once we realize that imperfect understanding is the human condition there is no shame in being wrong, only in failing to correct our mistakes.

Sekali kita sedar bahawa manusia adalah tidak sempurna, maka kita tidak perlu bermalu terhadap perbuatan kita yang salah, hanya bermalu jika kita tidak membetulkan kesalahan yang dilakukan.

Every bubble consists of a trend that can be observed in the real world and a misconception relating to that trend. The two elements interact with each other in a reflexive manner.

Setiap gelembung terdiri daripada satu trend yang dapat dilihat dalam dunia sebenar dan salah faham yang berkaitan dengan trend itu. Dua unsure tersebut berinteraksi antara satu sama lain.

Stock market bubbles don't grow out of thin air. They have a solid basis in reality, but reality as distorted by a misconception.

Bubbles pasaran saham tidak terbentuk dari udara tetapi terbentuk dari dasar yang nyatadalam realiti yang diputarbelitkan oleh salah faham masyarakat.

(20)

20 | P a g e

Frasa John Templeton

Focus on value because most investors focus on outlooks and trends.

Fokus dalam nilai kerana kebanyakan pelabur fokus dalam pandangan dan trend.

Invest at the point of maximum pessimism.

Labur pada masa yang pesimisme maksimum.

Bull market is born on pessimism, grown on skepticism, matures on optimism and dies on euphoria. The time of maximum pessimism is the best time to buy, and the time of maximum optimism is the best time to sell.

Bull market lahir pada pesimisme, kembang dalam keraguan, matang pada keyakinan dan mati pada keghairahan. Masa yang pesimisme maksimum adalah masa yang terbaik untuk beli, dan masa yang keyakinan maksimum adalah masa terbaik untuk lepas.

For those properly prepared in advance, a bear market in stocks is not a calamity but an opportunity.

Bagi pelabur yang telah bersedia awal, bear market yang berlaku dalam saham bukan musibah tetapi peluang.

Sell when you find a much better bargain to replace what you are selling.

Jual apabila anda dapat cari tawaran yang lebih baik untuk ganti apa yang anda lepaskan.

An investor who has all the answers doesn't even understand all the questions.

Seorang pelabur yang mempunyai semua jawapan, sebenarnya, mereka tidak faham semua soalan.

There's no free lunch.

Tiada makanan yang percuma.

Do not be fearful or negative too often.

Jangan terlalu kerap berasa takut dan negatif.

Don't panic

Jangan panik.

Learn from your mistakes.

(21)

21 | P a g e

Frasa Peter Lynch

Investing in stocks is an art, not a science.

Pelaburan saham adalah kesenian, bukan sains.

Although it's easy to forget sometimes, a share is not a lottery ticket. it's partownership of a business.

Kadang-kala kebenaran ini mudah dilupakan, setiap saham bukan tiket loteri. Tetapi,ia adalah sebahagian pemilikan perniagaan syarikat.

If you spend more than 13 minutes analyzing economic and market forecasts, you've wasted 10 minutes.

Jika anda gunakan 13 minit dalam analisis ekonomi dan ramalan pasaran, anda telah bazir 10 minit.

Owning stocks is like having children - don't get involved with more than you can handle.

Pemilikan saham adalah seperti anak-anak - jangan terlibat dalam lebihan yang anda tidak dapat kendalinya.

When even the analysts are bored, it's time to start buying.

Masa mula beli saham telah tiba apabila penganalisis sudah berasa bosan terhadap pasaran

When insiders are buying, it's a good sign.

Saham dibelikan oleh kakitangan syarikat sendiri adalah satu isyarat yang baik.

You get recessions, you have stock market declines. If you don't understand that's going to happen, then you're not ready, you won't do well in the markets.

Anda mengalami kemelesetan, menemui penurunan pasaran saham. Sekiranya anda tidak faham bahawa semua perkara ini akan berlaku pada masa depan, hal ini bermakna anda belum bersedia, dan tidak akan berjaya dalam pasaran.

The best stock to buy may be the one you already own.

Saham yang terbaik untuk beli mungkin adalah saham yang anda milik.

If you don't study any companies, you have the same success buying stocks as you do in a poker game if you bet without looking at your cards.

Sekiranya anda tidak kaji sebarang syarikat, kejayaan anda dalam pelaburan saham boleh dibagaikan seperti kemenangan dalam permainan poker tanpa lihat pada kad anda.

(22)

22 | P a g e

Frasa Jessie Livermore

The stock market is never obvious. It is designed to fool most of the people, most of the time.

Pasaran saham adalah tidak jelas. Pasaran ini merupakan ciptaan yang memperbodohkan orang ramai pada kebanyakan masa.

Markets are never wrong, but opinions often are.

Pasaran tidak pernah salah, tetapi pendapat pelabur selalu salah.

The only way you get a real education in the market is to invest cash, track your trade,and study your mistakes.

Pendidikan pasaran yang betul hanya boleh didapatkan melalui laburkan tunai anda,jejakkan perdagangan anda dan belajar dari kesilapan sendiri.

I never try to predict or anticipate. I only try to react to what the market is telling me by its behavior.

Saya tidak pernah ramal atau jangka gerakan pasaran. Saya hanya bertindak berdasarkan gerakan pasaran.

No person can play the market all the time and win. There are times when you should be completely out of the market, for emotional as well as economic reasons.

Tiada orang dapat menang pasaran sepanjang masanya. Kadang-kala, anda perlu betul-betul tarik diri daripada pasaran ini atas sebab emosi atau ekonomi.

Always sell what shows you a loss and keep what shows you a profit.

Sentiasa jual apa yang menunjuk kerugian dan pegang apa yang menunjuk untung.

Successful trading is always an emotional battle for the speculator, not an intelligent battle.

Kejayaan perdagangan seorang spekulator selalu bergantung kepada permainan emosi tetapi bukan permainan kecerdasan.

A speculator must not be a student. He must be both a student and a speculator.

Spekulator bukan seorang pelajar sahaja. Dia mesti memainkan peranan sebagai pelajar dan spekulator pada masa yang sama.

(23)

23 | P a g e

Sila tinggalkan pandangan di Saham Investment jika e-Book ini memanfaatkan anda. Sebarang pertanyaan, komen atau cadangan adalah dialu-alukan.

TERIMA

KASIH

Referensi

Dokumen terkait

pertanyaan awal kepada siswa secara lisan yang diarahkan pada anak tema: Healthy Foods dengan gambar; Guru menyampaikan tujuan pembelajaran; Guru menyajikan

Sikap Ibu hamil tentang IUD postplasenta pada kelompok eksperimen pada saat pretest atau sebelum diberi konseling dan leaflet dalam kategori cukup sebanyak 12 orang(75%). Sikap

Tujuan penelitian ini adalah memetakan lokasi dan kapasitas dari informasi inventarisasi mata air di Kecamatan Cidahu, mengkaji variasi dari data deret waktu mata air yang

Gambaran mengenai kondisi transportasi khususnya berjalan kaki di kawasan Pendidikan Yogyakarta sebagaimana yang telah dijelaskan di atas menjadi dasar perlunya dilakukan

Hasil penelitian untuk mengatasi besarnya waktu tunggu di dalam Sistem Layanan pada instalasi farmasi RSUD Dr.Adhyatama, MPH Kota Semarang tersebut yaitu dengan

4.  Pedoman  PKB  dan  Angka  Kreditnya,  Buku  4,  Ditjend  Peningkatan  Mutu  Pendidik  dan  Tenaga  Kependidikan,  Kemendiknas, Tahun 2010 

Dihadapan saodara tersajikan sirup buah kersen, kesediaan sodara diminta untuk memberikan penilaan terhadap kekentalan sirup buah kersen, sesuwai dengan

1) Mengujikan soal pilihan ganda berdasarkan hasil uji coba yang telah diperbaiki kesalahan-kesalahan yang terdapat di dalamnya kepada siswa kelas VII C untuk