• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMBASAN PELAJARAN SEBELUM INI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "IMBASAN PELAJARAN SEBELUM INI"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

IMBASAN PELAJARAN SEBELUM INI

Proses-proses yang kita lalui dalam tarbiyyah kerohanian ini

Rezeki kita dalam ilmu keTuhanan ini umumnya berbeza-beza.

Umumnya terdapat tiga proses besar dalam perjalanan kerohanian ini.

Proses Pertama : Permulaan

i. Ada yang agak mudah nak dapatkan ilmu ini (seumpama menggunakan kad Touch n Go untuk masuk ke lebuhraya). ii. Ada yang susah (seumpama ambil dan bayar tiket untuk masuk

ke lebuhraya).

iii. Ada pula yang lebih senang (seumpama guna Smart Tag).

iv. Dan ada juga yang sangat senang (seumpama dibuka pintu tol khas untuk mereka).

(2)

2

v. Ada yang tidak dapat masuk pun.

vi. Ada yang memang tidak mahu masuk.

vii. Ada yang cuba masuk dengan memandu berseorangan (maksudnya kali pertama).

viii. Ada yang masuk dengan mengikut kereta guru (kali pertama). ix. Ada yang berkonvoi sendiri-sendiri (kali pertama).

x. Ada yang berkonvoi tapi dengan mengikut kereta guru (kali pertama).

Proses Kedua : Perjalanan

i. Ada yang perjalanannya lancar (cuaca baik, kereta kurang, tiada masalah-masalah luar jangka).

ii. Ada yang perjalanannya tidak lancar (cuaca buruk, kereta banyak, ada masalah-masalah luar jangka).

iii. Ada yang memandu dengan selesa selesa. iv. Ada yang memandu dengan tidak selesa.

Proses Ketiga : Peringkat Kesudahan

i. Ada yang keluar di pertengahan jalan secara sukarela (keluar ke susur keluar sebelum sampai ke tempat tujuan).

ii. Ada yang perjalanannya setakat tempat tertentu sahaja secara paksarela (kemalangan, kematian, kecederaan).

iii. Ada yang tersalah jalan. Maka ada yang sesat selama-lamanya, ada yang berjaya masuk balik ke lebuhraya, dan ada juga yang dalam usaha mencari jalan masuk semula.

iv. Ada yang pemandunya terlalu laju sehingga terlibat dengan masalah (kemalangan, kerosakan, ditahan polis dsb)

v. Ada yang pemandunya terlalu lambat hinggakan tak sampai2. vi. Ada yang pemandunya bagus lalu sampai ke tempat tujuan

dengan baik (selamat, selesa, tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu lambat)

(3)

3

Para pengkaji boleh menemui Tuhan hasil pemikiran mereka, tetapi setakat mana?

1. Tak percaya adanya Tuhan. Semua yang berlaku di alam ini adalah secara semulajadi, secara tabi’i.

2. Percaya ada satu kuasa yang mendasari dan berperanan mengatur seluruh alam ini, tetapi tidak yakin itu ialah Tuhan. Maka tidak perlu menyembah kuasa itu dan tidak perlu menganut mana-mana agama.

3. Percaya ada sesuatu yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, tetapi tidak tahu sama ada itu Tuhan ataupun tidak.

4. Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tetapi tidak perlu untuk menyembah Tuhan itu, dan tidak perlu juga untuk menganut mana-mana agama.

5. Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tuhan itu mesti disembah tetapi mengikut cara

sendiri-sendiri. Setiap orang ada jalan sendiri. Tidak perlu

menganut dan mengikut syariat mana-mana agama. *******

6. Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tuhan mesti disembah, boleh mengikut semua

agama kerana semua agama pun sama.

7. Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan

mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tuhan itu mesti disembah dan kita mesti mengikut

salah satu agama.

8. Percaya ada satu kuasa yang sangat bijaksana yang mendasari dan mengatur seluruh alam ini, dan yakin itulah yang dikatakan orang sebagai Tuhan. Tuhan mesti disembah dan mesti mengaut dan

(4)

4

Pandang Yang Satu pada yang banyak.

 Ada orang yang sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, tetapi dia langsung tidak ‘terpandang’ akan Allah Yang Satu.

 Ada orang yang sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, kadang-kadang dia ‘ter/memandang’ akan Allah yang Satu.

 Ada orang yang sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, separuh daripada pandangannya tembus sehingga dapat

‘memandang’ Allah Yang Satu.

 Ada orang yang sentiasa memandang makhluk yang banyak ini, dan sebahagian besarnya dia ‘memandang’ Allah Yang Satu.

 Ada pula orang yang sentiasa ‘memandang’ makhluk yang banyak ini, dan dia sentiasa memandang Allah Yang Satu.

Yang Satu itu Allah, yang banyak itu makhluk.

Ringkasnya, apabila seseorang ahli tasawuf itu melihat, mendengar, menghidu, merasa, menyentuh atau memikir akan makhluk,

sepatutnya dia akan : 1. Teringat akan Allah.

2. Nampak/memandang/melihat af’al Allah.

3. Nampak/memandang/melihat sifat-sifat Allah. 4. Nampak/memandang/melihat asma’ Allah.

Semua ini diringkaskan dalam bahasa sufinya sebagai = ‘nampak’ Allah. Oleh itu, ke mana sahaja dia memandang, apa sahaja yang dia lihat, dia akan ‘nampak’ Allah (Wajah Allah).

Dia memandang makhluk yang banyak, lalu dia ‘ter/memandang’ Allah Yang Satu. Itulah maksudnya memandang Yang Satu pada yang banyak.

Antara fitnah yang halus-halus dalam ilmu yang halus-halus :

 Individu dan kumpulan ahlud dakwa, bukannya ahlullah. Asyik dan hanyut dalam mendakwa yang baik2, yang mulia2, yang hebat2,

(5)

5

yang dahsyat2, yang tinggio2, yang rahsia2 pada diri atau kumpulan sendiri.

 Tidak zuhud. Hatinya terlalu gemar akan kemewahan-kemewahan dunia.

 Menafikan syariat. Tidak solat, tidak puasa, tidak berzakat dsb.

 Gagal menepis fitnah alam ghaib khususnya alam jin.

 Bermatlamatkan karamah.

*Bahagian imbasan ini hanyalah RINGKASAN kepada kuliah-kuliah sebelum ini. Untuk mendapatkan huraian sepenuhnya, mestilah dengan mengikuti

/menonton/mendengar kuliah-kuliah sebelumnya. Orang yang pertama kali membaca/menonton/mendengar, jangan berpada dengan imbasan ini sahaja.

TAMBAHAN ILMU UNTUK MALAM INI

Imam Al-Ghazali menulis dalam kitabnya Ihya’ ‘Ulumuddin (ms

472-473) : Dan tinggalkanlah dari engkau akan semuanya itu. Maka yang terkecil dari apa yang kita ketahui dari haiwan-haiwan itu ialah

nyamuk, tawon dan yang seperti itu. Maka perhatikanlah pada

nyamuk, atas kadar kecil kadarnya dan telitilah dengan akal yang ada dan fikiran yang bersih.

Maka perhatikanlah bagaimana ia diciptakan oleh Allah Ta’ala di atas bentuk gajah, yang mana gajah itu haiwan yang terbesar (*di daratan). Kerana Allah Taala menciptakan baginya belalai seperti belalainya

gajah. DiciptakanNya bagi nyamuk itu di atas bentuknya yang kecil

akan anggota tubuhnya yang lain, sebagaimana diciptakanNya bagi gajah, dengan tambahan dua sayap.

Perhatikanlah bagaimana Allah Taala membahagi-bahagikan anggota badannya yang zahiriyyah. Maka ditumbuhkanNya sayapnya,

(6)

6

dan penglihatannya. DiaturkanNya pada batiniyyahnya dari anggota2

badan untuk makan dan alat-alatnya akan apa yang diaturkanNya

pada haiwan-haiwan yang lain. DisusunkanNya padanya dari kekuatan2 yang memberikan makanan, yang menarikkan, yang menolakkan, yang menahankan dan yang menghancurkan makanan, akan apa yang

disusunkanNya pada haiwan2 lain. Ini mengenai bentuk dan sifat-sifatnya.

Kemudian perhatikanlah kepada petunjukNya. Bagaimana Allah memberikan petunjuk kepada nyamuk itu kepada makanannya.

Diperkenalkannya kepada nyamuk itu bahawa makanannya ialah darah manusia.

Kemudian perhatikanlah bagaimana Allah menumbuhkan bagi nyamuk itu alat terbang kepada manusia. Bagaimana Ia menciptakan bagi

nyamuk itu belalai panjang. Dan belalai itu yang membatasi kepala. Bagaimana Ia memberi petunjuk kepadanya, kepada lubang2 pori dari kulit manusia. Sehingga nyamuk itu meletakkan belalainya pada salah satu dari lubang2 pori itu.

Kemudian Ia menguatkan nyamuk itu sehingga dapat mencucukkan belalainya kepada manusia. Dan bagaimana diajarkanNya nyamuk itu menghisap dan meminum darah. Bagaimana Ia menciptakan belalai nyamuk itu serta halusnya berlubang. Sehingga mengalirlah padanya darah yang halus dan berkesudahan ke dalam batiniyyahnya

(*dalaman badannya). Dan berhamburan pada bahagian2 tubuhnya yang lain dan menjadi makanan baginya.

Kemudian bagaimana Allah memberitahukan kepada nyamuk itu, bahawa manusia bermaksud kepada nyamuk itu dengan tangannya. Lalu Allah mengajarkannya daya lari dan kesediaan perkakasnya.

(7)

7

Allah menciptakan bagi nyamuk itu pendengaran, yang dengan

pendengaran itu, ia mendengar ringannya gerakan tangan. Dan tangan

itu, kemudian jauh daripadanya. Lalu nyamuk itu tidak lagi menghisap darah dan ia lari. Kemudian apabila tangan manusia itu sudah tenang, maka nyamuk itu kembali lagi.

Kemudian perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan bagi nyamuk itu dua biji mata. Sehingga ia melihat tempat makanannya. Lalu ia bermaksud kepadanya, serta kecil ukuran mukanya. Perhatikanlah kepada biji mata setiap binatang yang kecil, manakala biji matanya tidak membawa pelupuk kerana kecilnya. Dan adalah pelupuk mata itu yang mengkilapkan kaca dari biji mata, dari tahi mata dan debu.

(ms 473) Ia menciptakan bagi nyamuk dan lalat dua tangan. Maka anda perhatikan kepada lalat, kalau anda melihatnya selalu menyapu dua biji matanya dengan dua tangannya itu.

Ada pun manusia dan binatang yang besar, maka diciptakan oleh Allah bagi kedua biji matanya itu pelupuk mata. Sehingga terkatup yang satu di atas yang lain. Dan tepi dua biji mata itu tajam. Lalu terkumpullah debu yang mengenai biji mata dan dilemparkannya ke tepi bulu mata. Diciptakannya bulu mata itu hitam, supaya ia mengumpulkan cahaya bagi mata dan menolong kepada melihat. Dan baguslah bentuk mata dan berjerejaknya ketika berterbangan debu. Lalu ia melihat dari

belakang jerejaknya bulu mata. Berjerejaklah bulu mata itu mencegah masuknya debu dan tidak mencegah penglihatan.

Ada pun nyamuk, maka diciptakan baginya dua biji mata yang

mengkilap, tanpa pelupuk mata. Dan diajarkanNya cara mengkilapkan dengan dua tangan. Dan kerana lemah penglihatannya, anda melihat ia terbang kepada lampu. Kerana penglihatannya lemah, maka ia mencari cahaya siang. Apabila nyamuk yang hina (*lemah) itu melihat cahaya

(8)

8

lampu di malam hari, maka ia menyangka bahawa dia dalam rumah yang gelap. Dan lampu itu adalah lubang dinding dari rumah yang gelap ke tempat yang terang.

Maka sentiasalah ia mencari terang dan melemparkan dirinya kepada terang. Apabila ia telah melewati terang dan melihat gelap, nescaya ia menyangka bahawa ia tidak mengena lubang dinding dan tidak

bermaksud kepadanya di atas yang sebenarnya. Maka ia kembali kepada cahaya itu sekali lagi sampai ia terbakar.

Semoga anda menyangka bahawa ini kerana kekurangan dan

kebodohan nyamuk itu. Maka ketahuilah, bahawa kebodohan manusia itu lebih besar daripada kebodohan nyamuk.

PEMBERITAHUAN

*Nota-nota kuliah untuk hadirin ini, walau sebanyak mana pun ilmu-ilmu agama di dalam dada, jangan dibaca dan cuba difaham begitu sahaja tanpa

mengikuti/mendengar/menonton syarahannya, lebih-lebih lagi pada kalam-kalam Imam Al-Ghazali sendiri. Jika tidak, kebarangkalian untuk tidak faham

atau salah faham memang tinggi. Berhati-hati dan selamat mengambil manfaat.

*Sekiranya anda mahu print nota-nota kuliah Kitab Cinta dari internet, paparan terbaik adalah dalam bentuk booklet. Pergi ke Printer Properties - Page Setup -

Page Layout - dan pilih Booklet - Ok - Print.

*Semua 163 kali kuliah kitab Ihya’ ‘Ulumuddin di Surau An-Nur ini boleh diulang-ulang dengar/tonton rakamannya di Youtube. Tuliskan “syarah ihya” atau “kitab cinta ihya” pada carian Youtube. Selamat mengambil manfaat.

Referensi

Dokumen terkait

[r]

Saat ini kerap terjadi pelanggaran privasi di media sosial berbasis ojek online, timbulnya pelanggaran privasi pada ojek online ini karena aplikasi

Dalam penetapan biaya pendidikan yang dibebankan ke mahasiswa, Politeknik Indonusa Surakarta belum dapat menetapkan Uang Kuliah Tunggal (UKT), sehingga mahasiswa

Dari sisi SEO, penggunaan variasi dan bahasa yang natural dalam konten lebih baik daripada mengulang-ulang kata kunci yang sama berkali-kali..?. Panduan SEO: Meningkatkan

SCA yang tidak secara fisik menangani produk UTZ: SCA ini harus mematuhi persyaratan yang berlaku dari Standar Rantai pengawasan (ChoC), walaupun bukan sebagai

Tabel 4.11 Rekapitulasi Tanggapan Tamu Terhadap Repurchase Intention Tamu Di Saffron Restoran ... 114 Tabel 4.13 Output Pengaruh Service Guarantee Terhadap

from the reaction rate determination. Figure 1, showed that the activities of AchE still in increased by substrate concentration increasing. The temperature increasing during

Berdasarkan uraian diatas dapat dianalisis bahwa beberapa hal yang terkait upaya non penal terhadap penyimpangan seksual sesama jenis oleh warga binaan pemasyarakatan di