• Tidak ada hasil yang ditemukan

Globalisasi Dalam Islam dan (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Globalisasi Dalam Islam dan (2)"

Copied!
41
0
0

Teks penuh

(1)

OBJEKTIF

 Memahami konsep dan pengertian globalisasi

 Mengetahui strategi dan cabaran menghadapi globalisasi.

 Mengetahui sistem globalisasi dari segi politik, budaya dan ekonomi.  Mempelajari lebih mendalam lagi tentang globalisasi.

 Mengetahui pengubahsuaian dan respon dunia Islam terhadap globalisasi.

PENGENALAN

(2)
(3)

GLOBALISASI

DAN

AGAMA ISLAM

1.0 : Maksud Globalisasi

(4)

untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Hal ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Globalisasi atau Globalization dalam bahasa arab disebut dengan al-Kaulamah iaitu masdar daripada al-Kalam berdasarkan timbangan atau wazan faucalah yang memiliki erti alam atau dunia yang dalam bahasa arab disebut dengan al-Kalamiah.

Pendapat lain mengatakan bahawa globalisasi ialah suatu proses membuka keadaan, yang pada umumnya dapat dipahami sebagai proses di mana sempadan negara-negara semakin runtuh dan seluruh buana ini semakin berubah menjadi satu unit.

(5)

Maksudnya: Dan Tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.[4]

Maksudnya: Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar Dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.[5]

Akan tetapi sebenarnya ada perbezaan yang besar antara keduanya. Erti yang dipahami oleh Islam mengenai globalisasi atau al-cālamiah adalah sesuatu yang berasaskan nilai-nilai penghormatan dan persamaan kepada seluruh manusia (al-Isrā:70). Bahawa setiap manusia memiliki hak dan tanggung jawab yang sama dihadapan Allah swt. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw ketika melaksanakan haji terakhir beliau :

“Wahai Manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kalian adalah satu dan nenek moyang kalian adalah satu. Ketahuilah, tiada kelebihan seorang arab kepada orang ajam juga sebaliknya. Dan tiada kelebihan orang yang berkulit merah atas yang berkulit hitam juga sebaliknya, kecuali hanyalah ketakwaan…” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya 5/411).

Berbeza dengan pemahaman Barat mengenai globalisasi (al-Kaulamah) sekarang ini, yang mengertikannya sebagai keharusan untuk menguasai politik, ekonomi, kebudayaan, sosial masyarakat ala Amerika di dunia. lebih lagi terhadap dunia timur atau dunia ketiga atau yang lebih khas lagi adalah dunia Islam.

(6)

lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

2.0 : Globalisasi dan Sosial Masyarakat Islam

2.1 : Punca Gejala Sosial

Punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (cityculture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk melakukan agenda globalisasi. Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan trend, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti mewarnakan rambut, memakai anting-anting atau tattoo bahkan sampai kepada hal-hal yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius.

(7)

dan tidak lagi menganggap saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional seperti memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.

Firman Allah SWT :

” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.” Surah Al Hujuraat : Ayat 13

Semua orang mukmin adalah bersaudara, dan oleh yang demikian, ishlah (atau perhubungan baik) perlukan diwujudkan. Sekiranya terjadi ketidaksefahaman antara dua kelompok orang Islam, maka al-Quran telah memberikan contoh penyebab yang menyebabkan keretakan hubungan, sekaligus melarang setiap Muslim dari melakukannya.

(8)

Membawa Kepada Gejala Sosial Dalam Masyarakat

3.1 : Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yang cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidaksemua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat disekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

3.2 : Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang sihat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke arah pemikiran negatif.

3.3 : Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

(9)

anak-anak mereka, ini akan menjadi satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

3.4 : Cara Berpakaian

Kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.

Firman Allah s.w.t:

"Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman,supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar),cara itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik),dengan itu mereka tidak diganggu, dan ingatlah Allah amat pengampun lagi amat mengasihani". Al-Ahzab : Ayat 59

(10)

Istilah ‘kebudayaan’ itu sendiri, Kamus Dewan memberikan definisi “cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi)” iaitu merujuk kepada keseluruhan cara hidup manusa dalam semua bidang yang melibatkan akal budi dan daya usaha mereka. Mungkin boleh menyatakan bahawa dalam zaman klasik, istilah kebudayaan itu tidak digunakan, dan ditempatnya digunakan istilah ‘adat’, sebagaimana yang disyaratkan oleh Dr Zainal Kling.

Dalam bahasa Inggeris disebut culture, yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, lahir batin, termasuk institusi-institusi yang diwujudkan dan juga nilai-nilai, serta pengetahuan yang dihasilkan, termasuk alat-alat yang direkakan. Sudah tentu alam tabii sebagai sesuatu yang bukan buatan manusia tidak boleh dikatakan kebudayaan.

Dalam Islam, apabila dibicarakan masalah kebudayaan, nampaknya perlulah terlebih dahulu dilibatkan ‘semantic content’ ataupun kandungan maksud-maksud yang ada dalam istilah-istilah yang digunakan dalam sejarah Islam bagi menyebut hidup kolektif Muslimin, antaranya ialah millah, ummah, thaqafah, tamaddun, hadarah dan akhirnya adab.

Kalimat millah, jamaknya milal digunakan dalam al-Quran dlam hubungan dengan Nabi Ibrahim a.s., seperti dalam Surah al-Baqarah, 130, 135; ali ‘Imran, 95; an-Nisa’, 124, an’ Am, 162; an-Nahl, 123; al-Haji, 78; dan dalam hubungan dengan ahlil-Kitab, al-Baqarah, 120.

Perkataan ini berasal daripada malla, yamullu, mallan dengan pengertian menjahit (pakaian); kalau imtalla, dengan pengertian meletak (seperti roti dan daging) dalam bara untuk dimasak; malladiperbetulkan (seperti busur panah) dalam api; amalla’ala merencanakan sesuatu (pengajaran) kepada seseorang; tamallala dan intalla bermakna memeluk sesuatu agama; millah pl. Milal bermakna agama, syariat, hukum, cara beribadat.

(11)

ertinya manusia disebut serentak dengan organisasi serta hukum dan tujuan keagaman dengan ibadatnya. Dalam struktur yang suci demikian manusia diikat dengan teguhnya; hayat mereka diperbetulkan mengikut norma-norma tradisi; mereka dimatangkan; pengajaran diturunkan untuk mereka melalui tanzil atau melalui rasul yang diutuskan yang mengajar mereka dan menyucikan diri mereka dan hayat mereka. Millahsebagaimana yang disebutkan dalan al-Quran untuk umat seperti umat Islam memaksudkan umat atau golongan manusia yang suci, yang berpegang kepada agama serta mengamalkan sistem syariat serta mereka menjalankan tugas rohaniah mereka dalam hidup dan peradaban mereka. Di sinilah kelihatan timbulnya kebudayaan yang bersifat tradisional dan keagamaan dalam erti yang setepatnya.

Sebagai tambahan boleh diingatkan huraian Raghib al-Isfahani (rh) dalam Mufradat al-Faz al-Quran (edisi Nadim Mar’asyili. 491-492) yang menyebutkan bahawa millah adalah seperti din, agama, iaitu yang disyariatkan oleh Allah ke atas para hamba-Nya melalui lidah para rasul-Nya supaya dengan itu mereka mencapai kehidupan menghampirkan diri mereka dengan-Nya. Perbezaannya dengan din ialah bahawa millah tidak dihubungkan dengan yang lain selain daripada nabi atau rasul; kerana itu, didapati dalam al Quran ayat yang bermaksud: “Ikutlah millah Ibrahim “ dan ayat yang bermaksud “Aku mengikuti millah datuk nenekku”. Ianya tidak dihubungkan dengan Allah, dan tidak pula dengan seseorang daripada umat Nabi Muhammad s.a.w. Ada juga dikatakan bahawamillah itu ialah dengan mengambil kira maksudnya sebagai sistem yang disyariatkan oleh Allah, dan din itu adalah dengan mengambil kira pihak yang mendirikannya, kerana maknanya ialah ketaatan.

(12)

yang bermaksud: mengarahkan perjalanan seseorang ke arah sesuatu arah yang tertentu;atau merancangkan sesuatu. Adapun amma, ya’ummu, imamatan bermakna: berjalan di hadapan; berada di hadapan sekali (tentera); kalau i’tamma bi bermakna meniru atau mengikut contoh seseorang; i’tamma bidan ista’amma bermakna: mengikut seseorang menjadikannya sebagai pemimpin; adapun kalimat iman dengan pluralnya a’immah bermakna imam, pemimpin, ketua; jalan besar; imamah: kedudukan sebagai imam dan pimpinan, sebagai imam; ummah pl. umam: bangsa manusia, syariat, agama; keadaan hidup yang makmur dan baik;keadaan pimpinan sebagai imam; ataupun seseorang yang menghimpunkan ke dalam dirinya kebaikan; atau imam; atau golongan manusia yang dihantar kepada mereka rasul a.s.s., baik mereka itu beriman kepadanya, atau kufur terhadapnya (na’udhubillahi min dhalik).

Umat Islam dipanggil umat yang terbaik dalam alQuran (ali’Imran: 110); pengertian di dalamnya ialah bahawa umat Islam itu ialah golongan manusia yang suci, mukaddas, bukan yang secular, atau profane, tanpa tujuan-tujuan atau sifat-sifat sebagai pelaksana ajaran dan syariat dari Tuhan.

(13)

rangka konsep umat inilah perlunya difahamkan kedudukan kebudayaan Islam serta peranannya dan ciri-cirinya dalam hidup manusia, sebagaimana yang dibentuk oleh Islam

Kebudayaan dalam bahasa Arab disebut antaranya dengan menggunakan kalimat ath-tahaqafah; dan ath-thaqafah al-Islamiyah itu bermaksud keseluruhan cara hidup dan berfikir serta nilai-nilai dan sikap, termasuk institusi-institusi serta artifak-artifak yang membantu manusia dalam hidup, yang semuanya itu timbul dan berkembang serta disuburkan dalam acuan syariat Islamiah dan sunnah Nabi s.a.w.

(14)

Kalimat al-hadarah digunakan bagi menyebut kehidupan secara kolektif dan peradaban yang tinggi (civilization). Dengan itu digunakan kalimat al-hadarah al-Islamiah, terutama zaman moden ini. Kalimat itu datang daripada kata dasar: hadara, yahduru, hadaratan, yang bermaksud: pergi menetap dalam kawasan negeri tempat ramai manusia yang menetap padanya, berbeza daripada kawasan yang dipanggil badiyah. Dengan ini maka kalimat hadar dan hadarah dalam bahasa Arab klasik bermaksud: kawasan negeri yang didiami oleh manusia dan dibangunkan kehidupan kekotaan atau kehidupan yang agak maju berbanding dengan kehidupan mereka di kalangan orang-orang Badwi. Kalimat hadir bermaksud: datang; suku yang besar; datang ke sebuah kota; tempat kediaman yang berhampiran dengan kawasan air; wilayah yang dibinakan kehidupan kekotaan di dalamnya; atau kawasan pendiaman.

Berdasarkan kalimat-kalimat tersebut, maka apabila membicarakan kebudayaan Islam dibicarakan juga aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berkenaan berdasarkan kepada ajaran Islam yang timbul dan diamalkan di kalangan mereka bila dibentuk kehidupan bernegara dengan kota pertahanannya serta kehidupan kolektifnya yang tersusun.

(15)

dan huraian tentang kehidupan beradap itu didapati dalam karangan terbesar Iman al-Ghazali rahimahullahu Taala, iaitu Ihya’ ‘Ulumi’d-Dinnya

Inilah antaranya istilah-istilah yang digunakan bagi menyebutkan identiti kolektif umat Islam, dan yang kandungan semantiknya boleh membantu kita dalam memahami beberapa ciri, baik dari segiideational, institutional, dan juga axiological dalam kebudayaan Islam itu sendiri.

Tentang istilah-istilah yang berkenaan ini kita akhiri pebincangan kita dengan membicarakan semantic content atau kandungan maknanya bagi istilah din, iaitu istilah yang digunakan dalam al Quran bagi menyebut Islam itu sebagai agama, antaranya dalam ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah ialah al-Islam”. (ali-‘Imran 19). Kalimat al-din itu sendiri terdapat lebih dari empat puluh kai digunakan dalam al-Quran. (Cf. Fathu’r-Rahman, 157).

Peradaban Islam dan kebudayaannya, sebagimana keadaannya dengan kebudayaan dan peradaban tradisional yang lain adalah berdasarkan kepada pandangan tertentu, atau point of view yang tertentu; iaitu wahyu yang ditanzilkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah ‘murni’ dan sederhana yang merupakan agama Nabi Adam a.s. dan Nabi Ibrahim a.s.; dan Islam yang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. adalah merupakan pengembalikan kembali kepada agama fitrah yang asal yang paling pokok.

Kalimat ‘Islam’ itu sendiri bermakna ‘tunduk menyerah’ dan ‘kesejahteraan’, ataupun ‘menjadi sama dengan Kehendak Tuhan’. Kalimat syahadat dalam Islam itu yang berbunyi la ilaha illa’Llah Muhammadu’r-Rasulu’Llah memberi maksud yang paling ringkas dan padat terhadap sikap dan roh Islam itu sendiri.

4.0 GLOBALISASI DAN POLITIK ISLAM

4.1

(16)

Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'. Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam.

Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.

la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang-undang.

Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya:

"Dan katakanlah: Ya Tuhan ku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu kekuasaan yang menolong." (AL ISRA’: 80 )

Diatas landasan ini para ‘ulama’ menyatakan bahawa : "Allah menghapuskan sesuatu perkara melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan nya melalui Al-quran.

4.2

Asas asas Sistem Politik Islam

Asas asas sistem politik Islam ialah:

4.2.1 Hakimiyyah Ilahiyyah

Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.

(17)

Firman Allah yang mafhumnya: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya." (Al Furqan: 2)

"Bagi Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan (hukum) dan kepada Nya kamu dikembalikan." (A1 Qasas: 70)

"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah." (A1 An'am: 57)

4.2.2 Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:

-Bahawasanya Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa

-Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya dan ber'ibadat kepada Nya

-Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum sebab Dialah satu satu Nya Pencipta

-Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan peraturan peraturan, sebab Dialah satu satu Nya Pemilik

-Bahawasanya hukum Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu, dan di tangan Nyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.

Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.

4.3 Risalah

(18)

Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan daripada Allah untuk diri mereka dan juga untuk umat umat mereka.

Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at-Nya kepada manusia.

5.0 GLOBALISASI DAN CABARAN KE ATAS UMAT ISLAM

Berdasarkan sejarah manusia, kita telah menyaksikan kebangkitan dan

kejatuhan pelbagai bangsa dan tamadunnya Kita telah menyaksikan kegemilangan dan kejatuhan tamadun Mesir, Mesopotamia, Parsi, Yunani, Rom, Byzantin dan Islam.

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 3:140 yang bermaksud :

“Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran)”.

Kemunculan Islam dengan kelahiran Ar-Rasul s.a.w. pada abad ke-6 Masihi berkembang dengan meluas ke seluruh dunia dengan obornya dijulang oleh pemimpin demi pemimpin sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah Turki pada tahun 1924. Sepanjang abad ke-6 hinggalah abad ke-15, dunia berpaksikan umat Islam yang menjadi pemimpin terhadap halatuju sosio-ekonomi-politik dunia. Kemudian, akibat peperangan sesama sendiri, kerana perebutan wilayah, kerana peribadi kepimpinan maka muncul pula Tamadun Barat Kristian yang mendominasi dunia dan menjadi paksi pada perkembangan manusia.

(19)

5.1 Tamadun Zionis-Yahudi

Abad 21 menderitai krisis kemanusiaan yang parah akibat daripada hegemoni Zionis-Yahudi yang menunggangi Amerika Syarikat untuk meneruskan agenda Zionis mencengkam dunia. Sebagaimana kaum Aus dan Khazraj diadu domba oleh masyarakat Yahudi di Madinah sebelum kedatangan Islam, begitulah yang sedang berlaku pada masa kini. Mereka kini mengadu domba umat Islam dan Kristian Barat dengan pelbagai cara melalui kekuatan yang ada. Dengan penguasaan media cetak dan elektronik, mereka memastikan agenda pemusuhan diteruskan di samping melemahkan generasi muda dengan budaya hedonistik dan satanik.

Allah berfirman :

“Sesungguhnya engkau dapati yang paling keras memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan”. (Al-Maidah 5:82)

“Dan telah Kami buat keputusan untuk Bani Israel di dalam kitab: Sesungguhnya kamu akan membuat bencana di muka bumi dua kali, dan kamu menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”

(Al-Isra’ 17:4)

5.2 STRATEGI MENGHADAPI CABARAN

Persoalan yang selalu dibincangkan di kalangan aktivis Islam ialah bagaimana untuk menghadapi ancaman Zionis-Yahudi yang sedang mencengkam dunia Islam. Lazimnya, dari siri perbincangan yang dibuat di dalam dan di luar negara, terdapat dua jenis reaksi yang berbeza.

(20)

perang kerana tidak diberi pilihan untuk hidup bermaruah, terhormat, bebas dan merdeka.

Kedua, dari kalangan yang bermastautin di Barat dan di negara yang tidak terlibat dalam peperangan, majoriti memilih jalan dakwah dan memperhebat gerakan penerangan mengenai Islam dengan menggunakan teknologi media yang terkini. Mereka seboleh-bolehnya mengelakkan sebarang konfrontasi dengan mana-mana pihak, apatah lagi dengan pihak pemerintah. Memang sukar untuk menentukan jalan mana yang terbaik untuk umat ketika ini kerana setiap tindakan bergantung pada situasi dan kondisi. Namun, pada masa yang sama, tamadun Barat sedang menghadapi krisis moral dan sosial yang amat tenat. Kadar kelahiran anak luar nikah di AS dan UK adalah yang tertinggi di kalangan negara maju. Setiap seorang dari tiga orang kulit hitam di Amerika Syarikat kemungkinan akan dipenjarakan kerana kesalahan jenayah. Setiap minggu, purata 88 orang kanak-kanak dibuang sekolah di Amerika Syarikat kerana membawa senjata. Setiap tahun rakyat Amerika Syarikat membelanjakan AS$10 billion untuk bahan pornografi manakala pada tahun 2003, negara itu membelanjakan AS$396 bilion untuk melengkapkan pasukan tenteranya. (Lihat 50 facts that should change the world, Jessica Williams (2004).

Allah Ta`ala berfirman: tangan manusia; Allah menghendaki agar mereka merasakan sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka; agar mereka kembali (ke jalan yang benar) (Ar Rum 30:41)

تل قراذرفر

“Sehingga mereka merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya, dan akibat perbuatan mereka itu adalah kerugian yang besar”(At Talaq 65:9)

5.2.1 Menggunakan Peluang

(21)

direbut dan digunakan untuk memartabatkan dirinya. Misalnya, kesedaran beragama di kalangan semua penganut agama di dunia semakin meningkat akibat dasar pembangunan yang berasaskan faham sekularisme dan materialisme yang semakin global. Kesedaran agama ini adalah ruang terbaik untuk Islam berkembang.

Umat Islam sendiri semakin ramai yang cuba dan berusaha untuk menghayati Islam secara menyeluruh akibat kegagalan sistem pemerintahan warisan penjajah yang dipaksakan ke atas mereka. Perang ke atas pengganas telah mengakibatkan masyarakat Barat yang berbudaya ‘ingin tahu’ semakin mendalami ajaran Islam sehinggakan semakin ramai yang menganut Islam. Teknologi media yang semakin canggih memungkinkan ajaran Islam dapat dicapai melalui internet dengan berkesan, cepat dan global.

5.2.2 Mengelakkan Konfrontasi

Umat Islam mestilah mengelakkan diri daripada terus berkonfrontasi dengan Barat. Pada masa yang sama kita mesti memperhebat usaha-usaha dakwah bil hal dan dialog antara agama. Islam terbukti berkembang dengan positif selepas Perjanjian Hudaibiyyah berbanding ketika perang sedang memuncak dan ini merupakan bukti bahawa suasana aman adalah prasyarat terhadap perkembangan dakwah yang pesat. Hanya setelah dua tahun Perjanjian Hudaibiyyah ditandatangani, puluhan ribu umat Islam baik yang telah lama menganut mahupun yang baru telah berbondong-bondong memasuki Makkah dengan aman setelah bandar suci itu diserahkan kepada Ar-Rasul s.a.w. tanpa perang.

5.2.3 Memperhebat Dialog Antara Agama

(22)

5.2.4 Memperkasa Martabat Ulama dan Sarjana

Umat Islam mesti memperkasa martabat ulama dan sarjana dengan memberi kebebasan dan hak membuat kajian, menulis dan menyampaikan ilmu dengan bebas dan bertanggung jawab. Sebagaimana pihak pemerintah mempunyai pelbagai keistimewaan dan kemudahan untuk memerintah, begitu juga status ulama dan intelektual harus menyamainya kerana ilmu adalah panduan hidup dan panduan beragama.

Namun demikian, nasib ulama dan intelektual di dunia Islam amatlah memilukan sehinggakan ramai yang menjadi buruan pemerintah kerana lantang memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Akibatnya maka ramailah ulama dan intelektual yang bisu, pekak dan tuli dalam pengertian tidak lagi berani menegur pemerintah kerana serba ketakutan atau ditakut-takutkan.

Dr Abdul Hamid Abu Sulayman, Mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia menggambarkan nasib para intelektual di dunia Islam seperti berikut: The Muslim scholar is either caught between the ignorant Mullahs threatening him with Jahannam or the corrupt rulers threatening with jail. (lihat Islam under siege, hal. 91-92)

5.2.5 Mengeratkan Hubungan Ulama-Umarak-Ummah

Sejarah perkembangan Islam telah membuktikan bahawa apabila hubungan kesalingan antara ulama dan umarak menjadi erat dan kental, maka kerajaan akan bertambah kuat, ummah akan terbela, negara menjadi menjadi aman dan damai.

(23)

5.2.6 Menyemarakkan Semangat Kekitaan

Ibn Khaldun (1332-1406) dalam kitab agungnya Mukadimah menekankan kepentingan semangat kekitaan sebagai prasyarat untuk bangun sebagai suatu bangsa yang kuat dan berpengaruh. Katanya: “ Kuasa raja dan kekuasaan sesebuah dinasti secara meluas hanya boleh ditegakkan melalui usaha sesuatu kumpulan dan perasaan kekitaan (Mukadimah, hal. 138).

Akibat badai globalisasi yang melanda dunia pada hari ini, dunia Islam menderitai perpecahan yang parah. Semangat kekitaan yang berdasarkan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah) semakin lumpuh. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) yang antara tujuannya untuk menyatukan umat, telah merosot peranannya sekadar tempat meluahkan perasaan, melepaskan geram dan marah tanpa berkemampuan untuk bertindak membela nasib umat yang menderita.

Akhbar S. Ahmad menyatakan 10 sebab mengapa semangat kekitaan hampir lumpuh di batang tubuh umat Islam:

1. Proses urbanisasi atau perbandaran yang terlalu cepat dan tidak terancang 2. Perubahan demografi yang dramatik akibat ledakan pertambahan penduduk.

3. Pemerintah yang lemah, zalim dan autokratik. 4. Kadar penghijrahan yang besar ke dunia Barat. 5. Jurang miskin-kaya semakin melebar

6. Jenayah rasuah tak terbendung

7. Budaya materialisme menggantikan agama dan adat resam 8. Kualiti pendidikan semakin merosot.

9. Krisis identiti yang parah antara elit dan massa

(24)

Sebagai langkah awal untuk menggembalikan semula semangat kekitaan ini, kita menyeru semua pemimpin dunia Islam yang berpegang kepada apa yang diseru oleh baginda Ar-Rasul s.a.w. dalam Khutbah Wada’ yang merupakan formula illahi untuk umatnya meneruskan peranan kekhalifahannya; “Maka perhatikanlah perkataanku itu, wahai manusia, sesungguhnya telah aku sampaikan. Aku tinggalkan sesuatu kepada kamu, yang jika kamu pegang teguh, kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.” (Sirah Nabawiyyah, al-Buti, ms 435).

6.0 PENGUBAHSUAIAN DAN RESPON ISLAM

Dalam menghadapi arus globalisasi ini menjadikan kita harus bersikap positif dan penuh hati-hati. Menurut Qodri Azizy masyarakat Islam dalam menilai globalisasi tersebut terbahagi kepada tiga kelompok besar:

Sikap dari golongan kaum Muslimin yang anti barat dan anti modernisme.

 Kelompok yang terpengaruh oleh modenisasi dan sekulerisasi, kelompok tersebut menjadikan pemisahan antara agama dan politik atau masalah keduniaan lainnya. Kelompok ini menjadikan barat sebagai kiblat dan role mode masa depan atau bahkan menjadikan barat menjadi way of life.

 Kelompok yang bersikap positif dan secara automatik tidak bersikap anti terhadap barat dan modenisasi. Kelompok tersebut menerima dari barat dengan menggunakan penyaranan dan melakukan pembunuhan apabila tidak sesuai dengan prinsip mereka.

 Kelompok ketiga ini melakukan kerjasama dengan barat dan menunjukan identitasnya. (Qodri Azizy: 2003).

(25)

 Paradigma tradisionalisme tentang kapitalisme global.

Pemikiran tradisionalisme ini tentang kapitalisme global yang menyebabkan kemiskinan adalah merupakan hakikat dan rencana Tuhan. Manusia tidak mengetahui senario besar dari Tuhan dari perjalanan umat manusia. Masalah kemiskinan dan marginalisasi tidak ada kaitannya dengan globalisasi dan neolibralisme.

 Paradigma modenisme terhadap kapaitalisme libral.

Paradigma kaum modernis menilai tentang kemiskinan berakar pada persoalan karena ada sikap mental atau budaya ataupun teologi mereka. Kemiskinan tidak ada sangkut pautnya dengan globalisasi dan kapitalisme. Jika kita perlu maka kita perlu menyiapkan umat Islam untuk bersaing dalam globalisasi.

 Paradigma revivalis terhadap kapitalisme global.

Mereka melihat kenapa umat Islam mundur merupakan akibat dari kebanyakan umat Islam memakai ideologi lain sebagai pijakan dasar dari pada al Quran. Sedangkan dalam al Quran sebagai petunjuk yang benar sebagai fungsi bermasyarakat dan Negara. Globalisasi dan kapitalisme bagi mereka salah satu agenda barat dan konsep non Islami yang di paksakan untuk masyarat muslim.

 Paradigma Tranformatif terhadap Kapitalisme global.

(26)

Sebagaimana dalam ajaran Islam lebih menekankan keseimbangan antara dunia dan akhirat. Dari ajaran tersebut menjadikan kita mampu mendialogkan antara kepentingan dunia dan akherat. Nilai Islam menjadikan landasan, dasar motifasi dan inspirasi kebaikan dan kemajuan dunia. (Qodri Azizy: 2003).

RUMUSAN

(27)

semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi.

 Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin.

 Kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.

LAMPIRAN

Peranan Wanita Islam dalam Menghadapi Cabaran Globalisasi

(28)
(29)
(30)
(31)
(32)
(33)
(34)
(35)
(36)
(37)
(38)
(39)

sunnahtullah dan kemudian memikirkan cara perintah Allah itu boleh diterjemahkan ke daiam amalan dengan mengingati perubahan keadaan yang dibawa oleh kemajuan sains dan ’{el<n0l0gi moden. Kitalah penjaga norma sosiobudaya kita sendiri. Oleh itu kita perlu menyemak semula secara berterusan amalan norma kita sama ada ia selari dengan perubahan yang berlaku secara global ataupun tidak.

Kita perlu ingat bahawa niatlah yang menentukan hala tuju tindakan kita dan selagi

matlamat akhir kita Allah s.w.t., maka kemungkinan besar laluan yang kita lalui adalah jalan

lurus sebenar. Kita mesti juga yakin yang Allah akan memberi kita taufik dan hidayah agar kesusahan dan halangan yang clatang dianggap sebagai cabaran dan kita berupaya untuk

menanganinya.

Selagi membabitkan wanita, kita mempunyai banyak peranan untuk dimainkan dan se­

jauhmana kita mainkan peranan kita akan tentu sekali bergantung kepada latar belakang

pendidikan kita, tanggungjawab yang kita pikui dan jenis sokongan yang disediakan kepada kita. Olen itu terdapat batas tentang sumbangan kaum wanita secara individu.

lni bererti kita memerlukan program, perancangan clan perlaksanaan yang tersusun yang

seterusnya bergantung pada dasar, infrastruktur dana clan agensi kebangsaan untuk menjalankan

program ini. Malaysia kini lebih bersedia untuk kaedah pertubuhan dan perlaksanaan program yang lebih tersusun. jabatan Hal Ehwal Agama Malaysia boleh memainkan peranan penting untuk membantu wanita melaksanakan peranan mereka yang disemak semula untuk

menghadapi cabaran globalisasi. Namun, jabatan Agama memerlukan kepakaran darlpada

15

MULTAQA ULAMA SEDUNIA

pelbagai bidang untuk membantu mencorak peian tindakan dan menentukan strategi sesuai untuk peiaksanaan. Mereka yang mempunyai latihan agama boleh menyediakan input lsiam manakala pakar boleh menyediakan maklumat teknikal yang diperlukan untuk mencorak dan mengimplementasi program itu. Pelaksanaan program ini mesti diperiuaskan ke peringkat akar umbi memandangkan inilah penduduk yang menjadi kelompok besar penduduk Musiim dan keadaan mereka menentukan keseluru han keadaan sosial ummah. TV dan akhbar akan menjadi saluran komunikasi penting seperti yang kami tunjukkan bahawa kedua­dua media ini

digunakan secara meluas oleh rakyat Maiaysia.“ Kita juga sudah meneroka kerjasama dengan pelbagai kumpulan wanita termasuk pihak masjid dan surau. _

Untuk memastikan pelaksanaan program dengan berl­<eSan, wanita pada keseluruhannya

(40)

RUJUKAN

1. Forum Dasar Global, Pernyataan Globalisasi. lawatankuasa PBB mengenai Hak Ekonomi, Sosial

dan Budaya, 11 Mei, 1998.

2. Chambers Encyciopaedic English Dictionary, 1994.

3. (http://www.un.org/popin/reginaI/asiapac/malaysiz/focus-fa.htm).

4. Khalijah Mohd Salleh, Othman Omar, Faridah Shahadan, Abu Hassan Shaari Mohd Nor & Rahimah Abdul Aziz, 2003. Laporan mengenai Kesedaran Umum me-ngenai Sains dan Teknologi 2002.Laporan diserahkan kepada Kementerian Sains dan Teknologi. r16

5. Azizy, Qodri, Melawan Globalisasi: Reinterpretasi Ajaran Islam Persiapan SDM dan Terciptanya Masyarakat Madani, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, 2003.

Fakih, Mansour, Runtuhnya Teori Pembangunan dan Globalisasi, Yogyakarta: Insist Press berkerjasama dengan Pustaka Pelajar, 2001.

6.Islam Sebagai Alternatuif, kata pengantar dalam “Islam Kiri: Melawan Kapitalisme Global dari Wacana Menuju Gerakan”, Eko Prasetyo, Yogyakarta: Insist Press berkerjasama dengan Pustaka Pelajar, 2002.

Friedman, Thomas L, MemahamiGlobalisasi: Lexus dan Pohon Zaitun, Bandung: ITB, 2002.

Giddens, Anthoni, Runaway World: Bagaimana Globalisasi Merombak Kehidupan Kita,Jakarta: Gramedia, 2001

Marcus, Peter, Memahami Bahasa Globalisasi, dalam “Globalisasi Perfektif Sosialis”, Ali Sugihardjanto dkk, Jakarta: Cubuc, 2001

(41)

Referensi

Dokumen terkait

Capaian indikator kinerja pada kegiatan rapat-rapat koordinasi dan konsultasi ke luar daerah ini mencapai target 99.96 % dengan realisasi sebesar Rp 280.991.420, dari

[r]

Nilai r hitung lebih kecil daripada r tabel (r hitung &lt; r tabel) yaitu 0,126 &lt; 0.254, maka hipotesa alternatif (Ha) ditolak, hipotesa nihil (Ho) diterima yang berarti

0 ppm (kontrol); B Dari tabel 1 diketahui bahw yang diberi ZPT sintetik 4 ppm ppm IAA memiliki pertumbuha propagul paling banyak dan tumbuh lebih tinggi

APLIKASI MEDIA SOSIAL SEBAGAI SALURAN

Pada hakikatnya pembelajaran yang efektif dan bermakna merupakan proses belajar mengajar yang bukan saja terfokus kepada hasil yang dicapai peserta didik,

Dari berbagai proyek-proyek pembangunan prasarana dan sarana AMPL (Air Minum dan Penyehatan Lingkungan Berbasis Lembaga) yang selama ini dilakukan oleh Pemerintah, baik

tentang Penrbahan Ketiga Atas Peraturan Daerah Kabupaten Tapin Nomor 05 Tahun 2008 tentang Pembentukan Organisasi dan Tata Kerja Perangkat Daerah Kabupaten Tapin