• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan Antara Pengetahuan Kefahaman da

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan Antara Pengetahuan Kefahaman da"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK

Tahap Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan Kaunselor-Kaunselor Pelatih Terhadap

Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998

Latifah binti Ibrahim yang terbabit dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sentiasa peka dari pelbagai aspek terutama dari sudut kebajikan dan keselamatan. Mempunyai ilmu, memahami dan mengamalkan semua perkara yang terdapat dalam Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Kesannya, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan, kefahaman dan amalan kaunselor pelatih di Universiti Sains Malaysia terhadap Kod Etika Kaunseling dan Akta kaunselor 1998. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan antara faktor semester pengajian kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Borang soal selidik telah diedarkan kepada kaunselor pelatih di Universiti Sains Malaysia. Seramai 60 orang bagi kaunselor pelatih yang telah mengikuti Kursus Etika dan Perundangan Dalam Kaunseling dipilih menjadi sampel bagi kajian samada di peringkat ijazah mahupun sarjana. Borang soal selidik tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A: Latar belakang responden, dan B: Etika kaunseling. Kaedah statistik yang digunakan iaitu statistik deskriptif, statistik inferensi (Ujian Oneway ANOVA). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kefahaman kaunselor pelatih terhadap etika kaunseling di Universiti Sains Malaysia adalah tinggi. Namun, tahap amalan bagi Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berada pada tahap sederhana. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara faktor semester pengajian dengan tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998.

(2)

PENGENALAN

Perkhidmatan kaunseling bukanlah satu perkara baru di Malaysia. Perkhidmatan kaunseling telah mula bertapak di Malaysia seawal tahun 40an lagi dengan terbitnya buku bertajuk ‘A Guide to Careers in Malaya for Parents, Teachers, And Pupils” pada tahun 1939 (Sapora Sipon dan Hapshah Yusof, 2010). Menurut Abdul Halim Othman (2009) perkhidmatan kaunseling telah mendapat tempat dalam masyarakat dan institusi di Malaysia dan sesuai dengan perkembangannya, maka lebih banyak kajian dan penulisan berkaitan bidang kaunseling terhasil. Antara perkara yang muncul hasil dari perkembangan bidang kaunseling di Malaysia ini adalah Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 diwujudkan bagi memberi garis panduan kepada semua kaunselor dalam menjalankan tugas masing-masing berdasarkan kepada peraturan. Keadaan ini turut disokong dengan pendapat Sapora Sipon dan Hapshah Yusof (2009) yang menyatakan bahawa hubungan kaunseling yang diwujudkan merupakan interaksi mendalam yang berbentuk dua hala (interaksi kaunselor dan klien). Dalam melaksanakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mempunyai prinsip-prinsip yang akan digunakan sepanjang sesi berlangsung bagi mengelakkan berlaku kecederaan kepada klien.

(3)

Nurul Hasyimah Mat Rani (2006) turut menjalankan kajian kepada kaunselor pelatih berkaitan tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor. Hasil kajian yang diperolehi pengkaji mendapati tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor adalah tinggi dan tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi etnik dengan tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap etika kerahsiaan, etika persetujuan pemberitahuan dan etika hubungan dua hala. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara faktor demografi tahun pengajian dengan etika kerahsiaan dan etika persetujuan pemberitahuan tetapi terdapat perbezaan antara faktor demografi tahun pengajian dengan tahap pengetahuan etika hubungan dua hala.

Kajian berkaitan hubungan antara kefahaman, kesedaran, dan amalan etika kerahsiaan dalam kalangan kaunselor di Malaysia yang dijalankan oleh Mohd Bokhari, Syed Najmuddin, dan Rosli Saadan (2012) pula menunjukkan bahawa kaunselor mempunyai kesedaran dan amalan terhadap etika kerahsiaan, namun kefahaman legal dan kefahaman etika mereka adalah di peringkat sederhana. Kesedaran dan amalan etika kerahsiaan kaunselor yang dikaji menunjukkan bahawa mereka memahami komponen kesedaran dan amalan etika kerahsiaan bukan secara mendalam iaitu hanya di peringkat permukaan (surface) sahaja. Kesedaran dan amalan etika kerahsiaan hanya akan berfungsi dalam sesi kaunseling kerana iannya menjadi keperluan asas hubungan terapeutik antara klien dengan kaunselor.

METOD KAJIAN

Peserta kajian

(4)

Prosidur kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Inventori Kod Etika Kaunselor yang dihasilkan oleh Nurul Hasyimah Mat Rani dan Wan Marzuki Wan Jaafar serta telah mendapat kebenaran menggunakan instrumen daripada pihak yang berkenaan. Instrumen ini juga telah mendapat pengesahan pakar (psikologi, kaunseling) bagi memperoleh kesahan kandungan. Proses pengumpulan data dilaksanakan setelah semua prosedur bagi menggunakan instumen ini diperolehi dan telah diedarkan kepada kaunselor pelatih yang sedang dan telah mengikuti kursus Etika Kaunselor tanpa mengira semester. Pengumpulan data kuantitatif dalam kajian ini adalah menggunakan soal selidik sepenuhnya.

Alat ujian kajian

Instrumen digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Kod Etika Kaunselor bagi mengukur tahap kefahaman, pengetahuan, dan amalan dalam kalangan kaunselor terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi hasil dari dapatan kajian sebelumnya.

Analisis kajian

Analisis yang digunakan bagi kajian ini adalah analisis deskriptif untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Analisis secara Oneway ANOVA digunakan dalam mendapatkan keputusan perbezaan tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih berdasarkan kepada semester pengajian. Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 19.0 digunakan bagi mendapatkan keputusan data hasil borang yang diedarkan sebelumnya. Data yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk jadual dan rajah seterusnya dijelaskan dengan pernyataan bagi setiap jadual dan rajah yang diberikan.

KEPUTUSAN KAJIAN

(5)

Jadual 1: Interpretasi skor min

________________________________________________________

Skor min Tahap

________________________________________________________

1.00-30.00 Rendah

31.00-60.00 Sederhana

61.00-100.00 Tinggi

________________________________________________________

i. Tahap Pengetahuan, Kefahaman, dan Amalan kaunselor Pelatih Terhadap Kod

Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998.

Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa secara keseluruhannya tahap pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah berada pada tahap tinggi dengan skor min 53.56. Manakala, tahap kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 mempunyai nilai purata skor min sebanyak 53.37. Hasil analisis dari SPSS menunjukkan tahap skor min bagi aspek amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah sederhana di mana hasil skor min adalah sebanyak 47.95.

Jadual 2: Skor min, dan sisihan piawai tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998

Min Sisihan Piawai Tahap Pengetahuan Kaunselor Pelatih 53.55 .79 Tinggi

Kefahaman Kaunselor Pelatih 53.37 .78 Tinggi

Amalan Kaunselor Pelatih 47.95 .70 Tinggi

ii. Tahap perbezaan Pengetahuan Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor

dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

(6)

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 3.

Jadual 3 : Analisis Ujian One way ANOVA dijalankan bagi menguji perbezaan antara skor min pengetahuan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor

(7)

Multiple Comparisons

Mean Difference (I-J) Std. Error Sig. 95% Confidence Interval Lower Bound Upper Bound

(8)

(9)

iii. Tahap perbezaan Kefahaman Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika Kaunselor

dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 4.

(10)

Multiple Comparisons

(11)

Daripada Jadual 4, didapati nilai bagi Levene’s Test, p = .053, di mana menunjukkan nilai p adalah lebih besar dari tahap signifikan 0.000 (p>0.05). Oleh kerana tahap signifikan lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis nul gagal ditolak. Hal ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min kefahaman kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan semester pengajian.

(12)

iv. Tahap Perbezaan Amalan Kaunselor Pelatih Terhadap Kod Etika

Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan kepada semester

Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor min amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 berdasarkan tahap semester.

Hasil analisis untuk menguji hipotesis adalah seperti dalam Jadual 5.

(13)

Multiple Comparisons

(14)

(15)

PERBINCANGAN

Hasil kajian mendapati kaunselor mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang tinggi terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Namun, mempunyai tahap amalan yang sederhana terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Perbezaan yang ketara ditunjukkan dari hasil dapatan kajian yang menunjukkan semakin tinggi tahap pendidikan, semakin tinggi pengamalan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 998. Perkara ini membuktikan tahap amalan kaunselor terhadap Kod Etika Kaunselor akan semakin baik apabila kaunselor mulai faham berkaitan tugas dan tanggungjawab sebenar (Nor Junainah binti Mohd Isa, 2009)

Ujian Oneway ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara semester dan tahap pengetahuan dan kefahaman terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 dan tidakbagi aspek amalan juga adalah tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara semester dengan tahap amalan kaunselor pelatih terhadap Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Dapatan ini adalah selaras dengan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Nurul Hasyimah Mat Rani (2009) yang telah menguji tahap pengetahuan, kefahaman, dan amalan bagi Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 dan perbezaan berdasarkan tahun pengajian dan etnik.

Implikasi kajian

Kajian ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan kaunselor terhadap kepentingan mengaplikasikan dan mengamalkan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998. Hal ini kerana fungsi Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 adalah sebagai penghadang kepada kaunselor dan klien dari melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada mana- mana pihak.

(16)

Limitasi kajian

Kajian ini hanya berfokus kepada kaunselor pelatih yang masih bergelar pelajar di Universiti Sains Malaysia. Sebahagian dari item instrumen berfungsi kepada kaunselor yang telah berdaftar. Maka, keadaan ini secara tidak langsung turut mengganggu hasil dapatan kajian ini terhadap aspek amalan. Sampel kajian juga masih kurang melaksanakan sesi di mana sebahagian akta yang diperuntukkan dalam Kod Etika Kaunselor memberi fokus kepada pelaksanaan sesi kaunseling seperti akta berkaitan etika kerahsiaan, persetujuan termaklum dan sebagainya.

Memandangkan isu Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor ini adalah berfungsi di dalam negara Malaysia, maka lebih banyak kajian lepas dalam negara diperolehi. Kajian dari luar negara adalah berkaitan kod etika negara tersebut dan adalah tidak mempunyai persamaan dengan Kod Etika Kaunselor dan Akta Kaunselor 1998 yang digubal berdasarkan keperluan masyarakat dan kaunselor di Malaysia. Oleh itu, penyelidik banyak merujuk kepada kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari dalam negara.

KESIMPULAN

(17)

RUJUKAN

Abdul Halim Othman (2009). Kaunseling Untuk Kesejahteraan Satu Kajian Kes Keperluan Perkhidmatan Kaunseling Di Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar Bil. 12 Jun 2009 (1-17)

Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, Mohammad Nasir Bistaman, Ahmad Jazimin Jusoh, Syed Salim, Md. Noor Saper (2009). Kemahiran Bimbingan dan Kaunseling. PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Mohamad Bokhari, Syed Najmuddin Syed Hassan, dan Rosli Saadan (2012). Hubungan Antara Kefahaman, Kesedaran, Dan Amalan Etika Kerahsiaan Dalam Kalangan Kaunselor Malaysia. Jurnal of Human Capital Development. ISSN: 1985-7012 Vol. 5 No. 1 January-June 2012

Othman Mohamed (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Nor Junainad binti Mohd Isa (2009). Self Compassion Dalam Kalangan Kaunselor Pelatih UPSI. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbit. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nurul Hasyimah binti Mat Rani (2006). Tahap Pengetahuan Kaunselor Pelatih Terhadap Etika Kaunseling. Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbit. Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Nurul Hasyimah Mat Rani dan Wan Marzuki Wan Jaafar (2013). Amalan Etika Dalam Kalangan Kaunselor Di Malaysia. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (GRUDEC 2013). Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Sipon dan Hapshah Yusof. (2010). Pengenalan kepada Profesion Kaunseling. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.

(18)

Referensi

Dokumen terkait

Kesimpulan da ri penelitian ini adalah Ada hubungan positif yang sangat signifikan antara konsep diri akademik dengan strategi koping dalam menghadapi ujian semester. Semakin

Berdasarkan hasil analisis ujian-t, didapati hipotesis bagi persoalan kajian empat dan lima adalah diterima, di mana tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap minat dan

Seterusnya, kajian ujian ANOVA Satu-Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan gaya kepimpinan guru dimana terdapat kecerdasan emosl

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap minat pelajar terhadap matematik dan faktor penguasaan kefahaman konsep di kalangan pelajar Fakulti

Secara khususnya, subhipotesis nol Ho3yang diuji adalah seperti berikut: Ho3a: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca terhadap min skor pengetahuan

Hasil analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan PECS dalam kalangan responden adalah sederhana dan analisis ANOVA sehala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan

Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap minat kerjaya pelajar universiti awam, mengenalpasti tahap efikasi kendiri pelajar universiti awam, mengukur perbezaan minat kerjaya dan

Analisis kajian adalah menggunakan kaedah ANOVA dua hala ujian berulangan dan hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan utama kelompok rawatan