• Tidak ada hasil yang ditemukan

ini merupakan bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "ini merupakan bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-dan-pengayaan-asgmnt 1/10

Pemulihan Dalam Kelas Biasa

Guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran. Aktiviti pemulihan ini diadakan sebagai satu usaha untuk menolong murid-murid yang lemah mencapai objektif yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. Murid-murid ini memerlukan pemulihan agar dapat didedahkan kepada banyak pengalaman konkrit dan situasi sebenar untuk membolehkannya membina gambaran mental yang jelas dan seterusnya memahami konsep yang betul.

Pendidikan dalam kelas biasa ini dapat membantu murid-murid yang lemah dan mereka akan merasa diri mereka mendapat perhatian khas daripada guru. Kesedaran ini merupakan bentuk terapi yang berkesan bagi mereka yang menghadapi kesulitan pembelajaran.

Memahami masalah murid-murid pemulihan ini, guru akan merasa empati terhadap individu yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza ini, atau dapat menjalinkan hubungan mesra antara individu serta dapat menghayati emosi dan keperluan orang lain.

Proses Pengajaran Pemulihan

Pengajaran Pemulihan dalam kelas merupakan satu proses yang berperingkat- peringkat yang disusun mengikut urutannya. Peringkat-peringkat ini pula saling berhubung antara satu sama lain. Menurut Jamilah Ahmad (1999), program pemulihan boleh dikendalikan menggunakan kaedah JARLIN. Kaedah JARLIN ini ialah akronim bagi JA ialah jejak, R ialah rancang, LI ialah laksana dan N ialah nilai.

a. Jejak

Ini merupakan peringkat pertama dalam prosedur pemulihan. Guru dikehendaki mengenal pasti masalah murid dan punca masalah tersebut.

(2)

b. Rancang

Guru hendaklah merancang pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid sasaran dari segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai.

c. Laksana

Menggunakan teknik dan strategi yang sesuai dengan keupayaan murid dan menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran tersebut. Rancangan pengajaran hendaklah disusun dengan rapi supaya langkah-langkah pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan sesuai dengan peruntukan waktu yang ada.

Selepas sesuatu pengajaran dijalankan dan objektif tercapai, aktiviti pengukuhan perlu dilaksanakan agar pembelajaran tidak terjejas dalam jangka masa yang singkat

d. Nilai

Guru haruslah menilai aktiviti yang telah dilaksanakan dan dalam masa yang sama menilai pencapaian murid serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru.

Hasil penilaian harus dianalisis supaya tindakan susulan dapat dilakukan.

(3)

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-dan-pengayaan-asgmnt 3/10

Pelaksanaan Pengajaran Pemulihan Di Dalam Kelas Biasa

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, pemulihan dalam kelas biasa adalah aktiviti tambahan yang lebih kompleks, menarik dan mencabar bertujuan untuk kemahiran yang telah dipelajari. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid- murid bagi menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran dan pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari-hari biasa.

Murid-murid yang cerdas, sederhana dan lemah disatukan, di dalam sebuah kelas. Pengajaran guru berpusat kepada kaedah kelas. Pemulihan hanya dijalankan pada waktu-waktu tertentu iaitu 20-30 minit sebelum pengajaran selesai. Ini bermakna murid-murid yang menerima pelajaran pemulihan belajar semasa murid-murid lain membuat latihan mereka.

Ada masa-masanya dalam pengajaran pemulihan, boleh dijalankan dengan cepat apabila satu-satu masalah itu telah dikenalpasti. Guru boleh menggunakan pengelolaan secara perseorangan atau berpasangan dan juga boleh menggunakan bantuan murid-murid cerdik untuk mengendalikan aktiviti pengukuhan.

Langkah-Langkah Aktiviti Pemulihan dalam Kelas Biasa

a. Program pemulihan ini dijalankan untuk murid-murid yang bermasalah sahaja selepas pembelajaran berlangsung.

b. Murid-murid ini diberi bimbingan individu setelah masalahnya dapat dikesan.

c. Masa khas tidak ditentukan. Bimbingan diberi semasa murid-murid lain membuat aktiviti normal mereka.

d. Guru mewujudkan pengajaran berkumpulan.

e. Murid-murid yang berkebolehan digalakkan menolong rakannya yang bermasalah dengan membimbing rakan mereka membuat aktiviti pengukuhan.

f. Murid yang lemah tidak terkecuali melakukan aktiviti pengayaan apabila dia memerlukannya.

(4)

Kelebihan Pemulihan dalam Kelas 

Terdapat empat kelebihan pemulihan dalam kelas. Kelebihan pertama ialah menjimatkan masa. Hal ini kerana, penumpuan guru tertumpu pada seluruh murid di dalam kelas itu sahaja dan kaedah pengajaran mudah digunakan. Tumpuan guru berpusat kepada kelas dan kekangan masa tidak wujud.

Kelebihan kedua ialah dari segi naluri kanak-kanak. Sikap murid-murid yang suka bergaul secara kumpulan adalah satu cara pengajaran yang berkesan. Melalui pergaulan ini, penambahan kebolehan murid akan meningkat. Semakin banyak pergaulan semakin berkembang pengetahuan mereka.

Seterusnya ialah dari segi semangat kerjasama. Melalui aktiviti, murid-murid dapat mengadakan perbincangan dan melahirkan pendapat dan idea. Murid-murid dapat melahirkan semangat kerjasama untuk saling membantu dalam sesuatu aktiviti yang diberikan.

Kelebihan yang terakhir ialah dari segi kesempatan bertanding. Murid-murid suka bertanding antara satu sama lain. Apabila seorang murid mendapat pujian daripada guru mereka, maka murid yang lain akan berusaha untuk mendapatkannya. Ini akan membawa kepada perkembangan kemahiran murid-murid.

(5)

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-dan-pengayaan-asgmnt 5/10

Pemulihan dalam Kelas Pemulihan Khas

Dalam pendidikan pemulihan khas, kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.

Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik darjah yang disediakan khas pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian, dalam menentukan kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri keperluan berikut perlu diambil kira.

a. Tujuan

Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik- baiknya untuk mencapai objektif pengajaran.

Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

b. Cara Untuk Mengadakan Kelas Pemulihan Terdapat tiga cara

Sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi sesuatu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya tiga atau empat orang sahaja. Murid-murid pemulihan untuk setiap sesi hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid- murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas lain tetapi  jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi enam orang.

(6)

c. Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas

Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut:

Masa mengajar ialah 90 minit

Masa untuk persediaan dan panduan ialah 120 minit dan ini dimasukkan ke dalam Jaduak Waktu.

Masa luang atau free period adalah sama seperti guru-guru lain.

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas

Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik 

Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI) 

Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 

Menentukan kumpulan murid 

Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar 

Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai 

Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) 

Menyediakan bahan Pemulihan Khas 

Menyediakan aktiviti 

(7)

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-dan-pengayaan-asgmnt 7/10

Banding Beza Pemulihan Biasa dengan Pemulihan Khas

Pemulihan Biasa Pemulihan Khas

Guru ada asas latihan keguruan ada asas perguruan dan kursus khas Dijalankan semasa proses p&p kelas

biasa Dijalankan pada waktu tertentu

Perlu pada setiap mata pelajaran yang diajar

Hanya melibatkan mata-mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik Murid kekal di dalam kelas semasa sesi

pemulihan

Murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan

Ujian bulanan atau penggal Ujian pencapaian bagi setiap kemahiran Tidak perlu ujian saringan atau diagnostik Perlu ujian saringan dan diagnostik

Tidak memerlukan rekod yang terperinci Penyimpanan segala rekod berkenaan murid amat penting

Kekal dalam kelas Murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya mengusai kemahiran Pemulihan dilakukan secara umum Pemulihan dilakukan secara khusus Murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai

kemahiran

Keutamaan murid tahap1 yang dicalonkan oleh guru kelas

Pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan oleh guru

Perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah

Bilangan murid tidak dihadkan Bilangan murid maksimum 15 orang Jadual berdasarkan mata pelajaran yang

diajar

Jadual ditentukan sendiri oleh guru pemulihan

Terlibat dengan setiap panitia mata

pelajaran yang diajar Perlu merujuk kepada AJK perancangan kurikulum sekolah

(8)

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan pada keseluruhannya boleh dikelolakan berdasarkan perkara- perkara berikut:

a. Objektif

Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua murid dalam kelas, tidak kira sama ada mereka daripada kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat.

Bagaimanapun, oleh kerana setiap murid atau setiap kumpulan mempunyai peringkat kebolehan serta taraf pencapaian yang berlainan, maka objektif aktiviti pengayaan bagi setiap kumpulan haruslah berlainan.

Objektif-objektif kumpulan hendaklah dianggap sebagai objektif lanjutan daripada objektif kelas. Aktiviti-aktiviti pengayaan yang diuruskan bagi ketiga-tiga kumpulan hendaklah berdasarkan kepada kemahiran-kemahiran yang sama. Selain itu, peringkat kesukaran untuk objektif kumpulan hendaklah berbeza dan bersesuaian dengan kebolehan dan taraf pencapaian kumpulan masing-masing.

b. Bidang

Oleh kerana murid-murid dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat mempunyai peringkat kebolehan dan taraf pencapaian yang berlainan, maka isi dan bentuk aktiviti pengayaan haruslah berlainan. Secara umumnya, murid-murid dalam kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang lebih kompleks dan mencabar, manakala murid-murid dalam kumpulan lambat diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah tetapi menarik.

c. Masa

Selepas murid-murid telah menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran. Biasanya murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana boleh menguasai satu atau beberapa kemahiran dalam jangka masa lebih awal daripada masa yang diberikan.

Dalam hubungan ini, murid-murid dalam kedua-dua kumpulan tersebut akan

(9)

http://slidepdf.com/reader/full/pemulihan-dan-pengayaan-asgmnt 9/10

diberikan aktiviti pengayaan. Bagi murid-murid dalam kumpulan lambat yang biasanya belum menguasai kemahiran itu diberikan aktiviti pemulihan.

Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran. Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada kumpulan murid yang telah menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran, manakala aktiviti pemulihan pula diberikan serentak bagi kumpulan murid yang masih belum mencapai taraf pencapaian yang diharapkan. Terdahalu dari itu, guru harus menjalankan aktiviti penilaian untuk menentukan taraf pencapaian murid secara menyeluruh. Melalui aktiviti penilaian ini, guru akan boleh mengasingkan kumpulan- kumpulan murid yang perlu diberikan aktiviti pengayaan atau pemulihan.

d. Aktiviti

Pengurusan aktiviti harusalah dijalankan secara tidak formal. Tugas guru hanya merancangkan aktiviti pengayaan dan memberi arahan yang jelas sahaja. Segala aktiviti pengayaan haruslah dijalankan oleh murid secara bersendirian atau secara kumpulan.

Semasa murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, guru juga boleh memberi sedikit tunjuk ajar kepada murid-murid dalam kumpulan lambat sekiranya dianggap perlu. Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan murid-murid mengenai hasil aktiviti mereka serta memberi penghargaannya sebagai galakan.

e. Bahan

Bahan-bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan terdiri daripada kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat bantu mengajar.

Oleh kerana aktiviti pengayaan merupakan aktiviti bercorak belajar sendiri atau kumpulan, bahan-bahan ini haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang  jelas supaya murid boleh menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru.

Selain itu, isi dan corak aktiviti haruslah menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid-murid daripada kumpulan masing-masing.

(10)

Kemahiran-kemahiran yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pengayaan ini haruslah berkait rapat dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid- murid.

Sebelum aktiviti pengayaan dimulakan, guru harus memberi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid-murid boleh menjalankannya tanoa banyak keraguan. Bahan-bahan aktiviti pengayaan boleh dibahagikan kepada murid-murid oleh ketua kumpulan masing-masing. Semasa murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, guru bolehlan beredar dari satu kumpulan ke kumpulan lain untuk memberi sedikit tunjuk ajar jika perlu. Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, bahan-bahan aktiviti pengayaan harus dikutip balik dan disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

f. Ruang/Tempat

Penyusunan meja dan kerusi adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan.

Sesebuah kelas boleh dibahagikan kepada tiga jenis kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Biasanya, bilangan murid dalam setiap kumpulan adalah berbeza. Secara am, bilangan murid dalam kumpulan cerdas dan kumpulan murid dalam kumpulan sederhana biasanya mengandungi kira-kira separuh, atau sedikit lebih daripada separuh bilangan murid daripada seluruh kelas.

Strategi Pelaksanaan Aktivti Pengayaan

Aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara:

i. Aktiviti pengayaan melalui kumpulan mengikut kebolehan

ii. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan bersama kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan.

iii. Aktiviti pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Referensi

Dokumen terkait

Salah satu cara yang paling sesuai untuk mengklasifikasikan dekubitus adalah dengan menggunakan sistem nilai atau tahapan:.. 1) Derajat I: Eritema tidak pucat pada

3.4 Memahami berpikir kronologi, perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan bangsa Indonesia pada aspek politik, sosial, budaya, geografis, dan pendidikan sejak masa

mewujudkannya, sebagai konsekuensi dari pelaksanaan otonomi daerah, Pemerintah Daerah dituntut untuk meningkatkan kinerjanya. Saat ini, pemerintah dihadapkan pada

kawasan peruntukan lain yang berdasarkan ketentuan peraturan perundang-undangan di bidang kehutanan masih ditunjuk sebagai hutan produksi tetap yang selanjutnya

Sementara itu dari hasil penelitian di IPB dan Puslitbangbun diketahui bahwa di Indonesia sudah ada provenan ja- rak pagar dengan kadar minyak biji lebih dari 37% sedangkan sampai

Penelitian yang berjudul “Pandangan Hukum Islam Terhadap Inkonsistesi Hukuman Adat Pada Tindak Pidana Ringan (Studi Kasus di Gampong Tanjong Kecamatan Ingin Jaya

kemungkinan yang dapat terjadi dalam melakukan impregnasi logam titanium ke dalam permukaan zeolit alam, yaitu pada konsentrasi larutan prekursor yang relatif tinggi

Penelitian berjudul “Upaya Peningkatan Hasil Belajar IPA Melalui Model Contextual Teaching and Learning (CTL) pada Siswa Kelas V Semester II SD Negeri Duren 01 Tengaran,