• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN MEDIA MASSA DALAM MEMPERKASAKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN MEDIA MASSA DALAM MEMPERKASAKAN"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN MEDIA MASSA DALAM MEMPERKASAKAN BAHASA DAN BUDAYA

MELAYU DALAM KONTEKS NEGARA BANGSA-Haris Fadilah Ahmad[diselenggarakan

oleh Rozali Rajab]

Abstrak

Peranan media massa dalam membangunkan negara dan jati diri bangsa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ia boleh dilihat sejak era sebelum kemerdekaan lagi di mana semangat nasionalisme ditiup oleh media massa khasnya akhbar berbahasa Melayu untuk membangkitkan semangat menentang penjajah. Bermula dari era tersebut media massa memainkan peranannya yang terbaik dalam membantu kerajaan untuk membangunkan negara ini di atas fungsinya sebagai pemerhati, penghubung, pentafsir dan penghibur. Sehubungan itu, kertas kerja ini adalah untuk menjelaskan peranan media massa di negara ini dalam usaha memartabatkan budaya dan bahasa Melayu. Di samping itu, kertas kerja ini juga akan membincangkan masalah penggunaan bahasa termasuk kesalahan tatabahasa dalam kalangan pengamal media yang membantutkan usaha kerajaan memantapkan penggunaan bahasa Melayu menerusi saluran berkenaan. Dalam usaha merealisasikan impian agar bahasa Melayu mencapai taraf sebagai bahasa maju dan mantap pada persada antarabangsa serta cabaran era globalisasi, maka pihak pengamal media seharusnya bertanggungjawab dalam kerangka memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa dunia setanding dengan bahasa Inggeris. Selain daripada itu, kita juga seharusnya memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu bagi pembentukan jati diri orang Melayu sehingga boleh bertahan sepanjang zaman..

PENGENALAN

Penubuhan akhbar Utusan Melayu (UM) oleh pemimpin-pemimpin Melayu pada era sebelum kemerdekaan khas untuk menjadi penghubung, pentafsir dan pemerhati di antara golongan nasionalis dengan rakyat. Ketika rakyat menghadapi saat-saat genting itu, UM ini juga memaparkan cerita ringan seperti ulasan filem dan pelakon sebagai hiburan untuk menenangkan rakyat. Setelah mencapai kemerdekaan, zaman mula berubah dan penekanan kerajaan di bawah Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, iaitu untuk membangunkan negara ini. Di sini peranan media massa seperti UM sekali lagi diperlukan. Agenda-agenda pembangunan disalurkan melalui media massa bagi memastikan rakyat mendapat maklumat yang jelas. Media digerakkan sepenuhnya umpamanya Radio Televisyen Malaysia (RTM) menubuhkan Bahagian Pembangunan dan Pertanian pada tahun 1948, khususnya untuk mewujudkan kesedaran kepada rakyat tentang pembangunan. Ketika negara sedang rancak membangun, secara tiba-tiba ia terhenti seketika apabila tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 yang membabitkan rusuhan kaum. Senario itu menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan yang tegang dan memerlukan kerajaan bertindak dengan segera. Peranan media sekali lagi diperlukan untuk memberikan tafsiran dasar kerajaan kepada rakyat selepas Perdana Menteri ketika Tun Abdul Razak Hussein memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengurangkan jurang antara kaum bagi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah berulang semula. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan Perikatan yang kemudiannya menjadi kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan Dasar Bahasa Kebangsaan (DBK) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Ketegasan ini telah mendorongkan pihak swasta mematuhi DBK dan DPK. Pada tahun 1971 kerajaan telah mengadakan Kongres Kebudayaan Kebangsaan. Salah satu konsep kebudayaan kebangsaan ialah:

``Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah berasaskan kebudayaan asli rakyat rantau ini’’

Kebudayaan asli rakyat rantau ini semestinya meliputi bahasa Melayu. Selain daripada soal bahasa, pendidikan dan kebudayaan. Kebanyakan rakyat Malaysia juga telah menerima Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan harapan ia akan menyumbang ke arah perpaduan kebangsaan. Pada tahun 1970-an telah terbayang kemungkinan munculnya bangsa Malaysia. Bahasa Melayu sebagai asas pembinaan negara telah memainkan peranannya. Dalam pada itu juga sejajar dengan Dasar Pendidikan Negara, peranan media massa juga dituntut membantu kerajaan untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Hal ini kerana bahan bacaan, iaitu akhbar dan majalah menjadi penting sebagai bahan rujukan pengetahuan dalam kalangan pelajar. Apatah lagi, peranan media massa juga amat penting menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini. Sejak daripada itu peranan media menjadi semakin penting dalam pembangunan negara bagi menyampaikan maklumat dan menyedarkan rakyat supaya bekerjasama dengan kerajaan. Oleh yang demikian, hubungan di antara media dan kerajaan di negara ini amat rapat maka tidak hairan jika kita melihat akhbar terkenal di negara ini seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star di sebaliknya dikuasai oleh parti pemerintah. Biarpun dimiliki oleh parti seperti UMNO dan MCA, media cetak masih bebas untuk menjalankan fungsinya sebagai pemerhati dalam setiap agenda pembangunan yang dilakukan. Misalnya, pada tahun 2009, Utusan Malaysia antara media yang menyuntik sikap kesedaran pembaca agar mendesak kerajaan supaya menghapuskan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik. Dengan kata lain, peranan akhbar perdana itu untuk mengangkatkan kembali martabat bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah. Utusan Melayu (UM) terus melaporkan tindakan pemikir Melayu dan golongan penulis agar kerajaan menamatkan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik berasaskan bahasa Inggeris (PPSMI). Laporan berbentuk desakan dan cadangan pemikir berkenaan berhasil menyedarkan kuasa politik untuk menamatkan PPSMI pada tahun 2012. Justeru itu, dalam kehidupan masyarakat yang sentiasa mengejar arus pembangunan, media massa memainkan peranan yang cukup penting untuk merealisasikan impian masyarakat ke arah kehidupan yang lebih moden dan sejajar dengan Wawasan 2020. Media massa dikatakan mampu mendidik rakyat serta mampu menentukan arah kehidupan masyarakat Malaysia. Sebagaimana yang telah diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya ‘Teknologi Maklumat dan Komunikasi’’ (ICT). Internet digunakan dengan meluas kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum lagi dipastikan kesahihannya. Selain itu, maklumat juga dapat diperoleh menerusi cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan sebagainya. Bertitik tolak dari situlah, media massa mampu meningkatkan taraf sosial seseorang individu melalui penerimaan maklumat terkini dan penggunaan peralatan moden dan terkini. Justeru itu, media massa dapat menentukan arah kehidupan masyarakat ke tahap yang lebih tinggi dan pemodenan negara dapat dilaksanakan. Justeru, kajian ini akan membincangkan peranan dan fungsi media melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sebagai memenuhi hasrat kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai lingua franca di negara ini dalam konteks negara bangsa dalam cabaran era globalisasi. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan kesalahan penggunaan bahasa dalam kalangan pengamal media perdana di negara ini yang menyebabkan adanya wujud perbezaan penggunaan perkataan dan ayat-ayat sehingga menimbulkan kecelaruan pembaca. Hal ini menimbulkan kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pembaca khususnya pelajar. Perbincangan ini juga akan melihat kesan-kesan kepada khalayak pembaca yang menggunakan bahasa Melayu dalam pertuturan harian dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini juga akan memusatkan saranan kepada pengamal media untuk mengembalikan penggunaan bahasa Melayu di landasan yang betul menerusi pelbagai genre penulisan agar boleh dimanfaatkan oleh pembaca. Akhir sekali, kajian ini juga akan menjuruskan kepada peranan kuasa politik dan dasar kerajaan termasuk swasta kembali menguatkuasakan peraturan dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan untuk mengukuhkan jati diri bangsa Melayu. Dalam kajian ini, beberapa pembatasan dibuat iaitu kelemahan penggunaan tatabahasa dalam kalangan pengamal media massa di negara ini dan kesannya terhadap orang ramai serta implikasi terhadap pembentukan negara bangsa. Fokus utama kajian ini ialah menjelaskan fungsi media massa dan konsep negara bangsa. Di samping itu, kajian ini turut menjelaskan langkah atau cadangan bagaimana bahasa Melayu boleh dimantapkan oleh pengamal media dalam kerangka merealisasikan pembentukan negara bangsa Malaysia.

Definisi Komunikasi Massa

(2)

Fungsi Media Massa

Media massa mempunyai fungsinya yang tersendiri biar apa pun pentafsiran yang diberikan terhadap sesuatu media. Lazimnya setiap media tersebut mempunyai sasaran khalayaknya yang tersendiri dan oleh itu fungsi yang dimainkannya agak berbeza malah kadang kala ada yang melihatnya dari perspektif yang negatif. Sebagai contoh, majalah hiburan seperti URTV dan Hai, ia memaparkan kehidupan seharian artis dan ada di antara gambar yang disiarkannya agak keterlaluan. Bagi mereka yang gemarkan media berkenaan akan menganggapnya sebagai hiburan biasa tetapi bagi golongan tertentu mereka melihatnya dari perspektif yang berbeza dan menganggapnya sebagai keterlaluan serta lari dari budaya dan hukum agama sendiri. Secara amnya, para sarjana komunikasi bersetuju bahawa media massa mempunyai empat peranan utama iaitu pemerhati, pentafsir, penghubung dan penghibur. Keempat-empat peranan ini boleh dilihat dengan jelas berdasarkan sasaran setiap media terbabit dan pengisiannya, adakah ia memberikan manfaat kepada khalayak. Pun begitu setiap fungsi terbabit mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Khalayak sewajarnya dapat menilai di antara baik dan buruk suatu media bagi memastikan mereka memperoleh maklumat yang sebenarnya. Seperti apa yang dikatakan oleh John R Wenburg dan William Wilmot, ‘komunikasi adalah suatu usaha untuk memperoleh makna’. Ia juga sejajar dengan Donald Byker dan Loren J. Anderson yang mentafsirkan komunikasi adalah satu proses perkongsian maklumat antara dua individu atau lebih.

Konsep Budaya dan Bahasa

Para pengkaji bahasa dan budaya bersependapat dalam menyatakan bahasa dan budaya itu tidak boleh dipisahkan. Bahasa itu merupakan lambang-lambang dalam budaya, dan pembinaan bahasa itu sangat dipengaruhi budaya. Dengan perkataan lain boleh dikatakan bahasa itu menyatakan budaya bagi sesuatu masyarakat. Dan seterusnya bahasa itu juga yang menjadi lambang jati diri bagi sesuatu masyarakat atau bangsa itu. Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa dalam konteks budaya memperlihatkan hubungan penggunaan bahasa dan tingkah laku terhadap bahasa dalam rangkaian sosiobudaya. Pengkaji kemanusiaan melihat peranan bahasa dalam proses kreativiti kesusasteraan sebagai medium melahirkan dan membentuk diri. Menurut Theodorson dan Theodorson (1983) menyatakan budaya merupakan cara hidup sesuatu kelompok atau kumpulan sosial, iaitu seluruh persekitaran yang dibina oleh manusia termasuk hasil kehidupan kumpulan atau kelompok yang dibahagikan kepada budaya kebendaan. Manakala, Edward B. Taylor (1983) menjelaskan kebudayaan juga dikatakan keseluruhan kompleks yang mengandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat resam, dan kebolehan lain serta perlakuan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Bahasa sebagai unsur budaya diperkuatkan menerusi hipotesis Sapir-Whorf yang menyatakan struktur bahasa yang dituturkan memberikan kesan kepada bagaimana kita membuat tanggapan tentang dunia di sekeliling kita. Jelaslah tanggapan atau fikiran serta tindakan seseorang bergantung kepada struktur kosa kata bahasanya, iaitu alat yang digunakannya untuk berfikir dan menanggapi sesuatu. Menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2005), bahasa ialah cermin budaya, penghubung dengan masa silam, dan penjelmaan keseluruhannya yang dikatakan manusia insani. Hal ini melahirkan motivasi untuk menganalisis bahasa. Bahasa merupakan ciri utama bagi medium pertukaran budaya yang mencerminkan dan mempengaruhi kewujudan sosial. Oleh itu, usaha mempelajari bahasa dan konteks sosialnya akan memberikan pemahaman yang lebih tentang masyarakat itu sendiri. Yang dimaksudkan dengan masyarakat bahasa ialah masyarakat yang didasarkan kepada penggunaan bahasa tertentu. Jadi yang menjadi ukuran untuk menunjukkan kepada masyarakat ialah bahasa yang digunakan oleh anggota masyarakat dalam kehidupan mereka (Khaidir Anwar, 1984). Struktur dan bentuk masyarakat akan mempengaruhi penggunaan bahasa sama ada masyarakat yang berdwibahasa, multibahasa dan mono bahasa. Bahasa mempunyai banyak fungsi dalam perkembangan budaya berdasarkan keperluan semasa. Hartmann dan Stork (1976) mengatakan bahawa bahasa digunakan untuk menggambarkan sesuatu (fungsi representasi), untuk menyampaikan maklumat antara anggota masyarakat (komunikatif), untuk menjadi pendengar penyambut (fungsi apelatif), untuk menyatakan dan mengujarkan perasaan (fungsi ekspresif) atau memberikan penaakulan intelektual (fungsi kognitif). Seorang tokoh bahasa, P.W.J Nababan (1984) yang menyenaraikan empat fungsi bahasa, iaitu fungsi kebudayaan, fungsi kemasyarakatan, fungsi perseorangan, dan fungsi pendidikan. Dari segi fungsi kebudayaan, bahasa merupakan sarana untuk mengembangkan sesuatu kebudayaan atau ciri (trait) sesuatu budaya bangsa yang dapat dikembangkan, disebarluaskan dan dibiakkan. Bahasa merupakan alat untuk melestarikan budaya dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Selain itu, bahasa juga merupakan penginventori ciri budaya. Bahasa itu bukan sahaja sebagai alat komunikasi yang penting dalam kehidupan manusia, malahan bahasa itu juga yang menjadi alat bagi manusia berfikir. Pemikiran manusia dibatasi penguasaan bahasanya. Begitu juga seseorang itu membina impian berasaskan kemampuannya dalam pengalaman berbahasa. Oleh itu, fungsi pendidikan pula dilihat dari segi budayanya ialah penggunaan bahasa untuk mengenali dan menghargai sesuatu sistem nilai dan cara hidup atau budaya sesebuah masyarakat. Aziz Deraman (2004), menyatakan budaya sebagai hasil kreativiti akal atau mental manusia tidak mungkin dapat dikembangkan, baik pada peringkat konsep apabila munculnya sesuatu idea ataupun pada peringkat penyebarannya kepada masyarakat. Hal ini adalah kerana sesuatu konsep yang berkaitan dengan budaya dirumuskan oleh akal dengan menggunakan bahasa. Penguasaan bahasa itu dapat dilakukan dengan amat berkesan apabila kita dapat memahami budaya bagi bahasa itu. Dalam memahami konsep budaya, pembinaan konsep itu adalah ditentukan oleh masyarakat dan dapat dinyatakan melalui bahasa. Asas pembinaan budaya itu ialah sistem nilai dan world-view. Dan nilai-nilai sosial dan world-view yang dibina itu turut mempengaruhi pemikiran anggota masyarakat. Pemikiran itu dinyatakan dalam konteks bahasa, sebagai alat komunikasi dan alat membina lambang-lambang budaya. Bahasa dan budaya mempunyai kaitan yang amat rapat kerana penggunaan bahasa yang indah dan menarik melambangkan budaya yang sedemikian juga, dan sebaliknya penggunaan bahasa rojak akan menggambarkan betapa cacamarbanya budaya sesuatu bangsa tersebut.

Konsep dan Fungsi Bahasa

Bahasa adalah sesuatu yang dituturkan atau satu sistem bunyi dan simbol yang dicantumkan dan bunyi tersebut keluar melalui alat pertuturan manusia secara automatik dalam sesebuah masyarakat dan bersifat arbitrari. Edward Sapir (1915) mengatakan bahawa bahasa ialah suatu sistem lambang pertuturan yang digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Sementara itu, Ferdinad de Saussure (1915), menyatakan bahawa bahasa terdiri daripada dua unsur, iaitu pertuturan (parole) dan penulisan (langue). Kedua-duanya mempunyai sistem dan norma-norma yang tersendiri. Bloomfield (1935) dalam bukunya Language menyatakan bahawa apa-apa yang dipertuturkan itu ialah bahasa. Bloomfield lebih menekankan pertuturan atau lisan. Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa bahasa merupakan suatu sistem lambang yang terdiri daripada deretan bunyi-bunyi yang diucapkan oleh alat-alat artikulasi manusia. Dari segi makna, bahasa dipersetujui oleh sekumpulan penutur dan digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi. Dengan adanya bahasa orang dapat bergaul dalam kelompok atau masyarakatnya. Inilah fungsi bahasa yang terpenting (Tan Ta Seng 1966: 256). Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa bahasa adalah alat perhubungan fikiran. Selain itu bahasa berfungsi sebagai alat untuk menyatakan suruhan atau larangan. Semasa berkomunikasi manusia memerlukan bantuan orang lain. Bantuan bukan sahaja berbentuk pertolongan fizikal tetapi mungkin juga buah fikiran dan bahasa dapat digunakan untuk menyuruh, meminta atau melarang. Sehubungan itu, M.A.K Halliday (1973) menyenaraikan tujuh fungsi bahasa, iaitu instrumental, penentu, interaksi, peribadi, heuristik, imaginatif dan perlambangan. Fungsi instrumental adalah sifat yang dimiliki bahasa, iaitu untuk menghasilkan sesuatu seperti yang telah dibincangkan. Fungsi alat merupakan fungsi bahasa yang asasi. Bahasa menentukan gerak-geri atau tindak-tanduk orang yang dilawan bercakap juga. Fungsi ini samalah seperti fungsi suruhan dan larangan. Bagi Halliday, fungsi berkenaan diistilahkan sebagai fungsi penentu. Bahasa ada kaitannya juga dengan sifat-sifat keindividuan seseorang. Hal ini demikian kerana bahasa yang digunakan berhubung erat dengan peribadi penggunanya. Fungsi ini disebut sebagai fungsi peribadi. Fungsi heuristik pula memberikan penekanan kepada proses manusia mempelajari dan memahami alam sekelilingnya. Dengan kata lain, melalui bahasa seseorang itu meluaskan pandangan hidupnya dan pemahamannya terhadap alam sekitar. Apabila fungsi bahasa diluaskan kepada soal-soal yang tidak melingkari diri fizikal individu, fungsi demikian disebut sebagai fungsi imaginatif. Melalui fungsi ini, segala potensi bahasa dieksploitasi untuk menimbulkan kesan emosi melalui perkataan, ayat, bunyi, rentak dan irama. Halliday juga menjelaskan fungsi bahasa adalah dari segi perlambangan. Melalui bahasa, seseorang dapat mengungkapkan mesej yang mempunyai hubungan khusus dengan ``processes, person, objects, abstractions, qualities, states and realtions of the real world around him.’’. Berasaskan fungsi demikian, makna bahasa haruslah mencapai kepersisan, iaitu memerlukan taraf ketepatan dan kejelasan yang tinggi. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa bahasa mempunyai peranan yang besar dalam masyarakat. Tanpa bahasa manusia tidak dapat membina tamadun yang tinggi.

Konsep “Melayu’’

(3)

Haji Omar (1985: 39-42) menyatakan bahawa Melayu sebagai satu istilah ynag digunakan dalam pengertian yang luas dan juga dalam pengertian yang sempit. Maksud luas ialah “Melayu’’ merujuk kepada bangsa-bangsa atau penutur-penutur bahasa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau Melayu, yang kini pulau-pulau meliputi Negara Indonesia. UNESCO dalam tahun 1972 menggunakan istilah “Melayu’’ untuk merujuk kepada suku bangsa di Semenanjung termasuk orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina, Malaysia dan Madagascar. Asmah selanjutnya menyatakan bahawa dalam konteks Linguistik Bandingan, konsep ``Melayu’’ oleh UNESCO itu sama dengan konsep “Indonesia’’ dalam pengelompokan bahasa-bahasa Austronesia. Omar Amir Hussin (1962) menjelaskan bahawa istilah “Melayu’’ berasal daripada perkataan Farsi iaitu “Mulaye’’. Istilah ini merujuk kepada golongan sarjana orang Farsi. Menurut Omar, perjalanan sejarah orang Farsi di Sumatera menyebabkan bahasa tempatan yang disebut sebagai bahasa Kavi bertukar nama menjadi “Mulaye’’ yang kemudiannya ditukarkan oleh penduduk menjadi “bahasa Melayu’’ Sarjana bahasa, Winstedt (1969) dalam esei mengenai Singapura Lama yakin bahawa istilah “Melayu’’ berasal daripada dua perkataan Tamil yang bermaksud ``pekan-bukit’’. Selain Jambi, menurut Winstedt, Singapura Lama atau Temasik juga dikenali sebagai “Melayu’’. Keyakinan tokoh berkenaan berasaskan tidak aneh beberapa tempat yang berlainan mempunyai nama yang serupa. Penggunaan istilah “Melayu’’ yang lebih am adalah bagi merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu, dan mereka ini mendiami Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lain berdekatan. Di Malaysia, perkataan “Melayu’’ dibataskan dan mempunyai implikasi agama Islam. Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu antara lain ditakrifkan sebagai orang yang bertutur dalam bahasa Melayu, menganut agama Islam dan mengamalkan cara-cara hidup Melayu.

Konsep Negara Bangsa

Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Terdapat banyak takrif mengenai negara bangsa. Bermula daripada revolusi Perancis hingga ke alaf kini, takrif berkenaan telah melalui peringkat

perkembangan mengikut keadaan setempat dan dipengaruhi oleh keadaan global. Secara amnya, takrif tersebut berdasarkan perkembangan politik, budaya, komposisi etnik sesebuah negara (Delbruck J, 1997). Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (1991) menyatakan aspirasi untuk membentuk sebuah Negara Bangsa dalam konteks Malaysia boleh dihuraikan seperti berikut:

“...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.” (Tun Dr. Mahathir Mohamad Melangkah Ke Hadapan, 1991)

Manakala Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menjelaskan dalam sebuah negara bangsa, rakyatnya berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa tersebut.

“ Warga glokal yang kita hasratkan ialah warga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di samping kita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa. Akar kita berpaksi di kota dan desa, namun akal kita menerjah ke serata dunia. Warga glokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci. Dimensi baru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saing bangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia. Kita semakin bersinar dalam dunia yang serba mencabar. Kita inginkan Malaysia sebagai contoh, menjadi jenama

antarabangsa. Kejayaan inilah menjadi asas untuk menjana warga glokal seterusnya.” (Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul RazakPerhimpunan Agung UMNO, 2005)

(4)

memaparkan perkara yang sama dalam tempoh 20 atau 30 tahun yang akan datang. Saranan Memantapkan Penggunaan Bahasa Melayu di Media Massa Bagi memenuhi aspirasi kerajaan mengembangkan bahasa Melayu membabitkan peranan media massa, mereka yang berada dalam dunia penerbitan sewajarnya bersikap lebih rasional untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu agar berada di landasan yang betul. Sewajarnya, pengamal media berkenaan mempunyai kepakaran bahasa Melayu termasuk aspek tatabahasa dan linguistik untuk membantu pelaksanaan bahasa Melayu yang lebih mantap dan diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat. Begitu juga, pengamal media massa di negara ini termasuk bidang pengiklanan sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan DBP sebagai agensi yang bertanggungjawab menyusun korpus bahasa dan istilah tertentu bertujuan membantu menyelesaikan masalah berhubung kesalahan tatabahasa dalam medium masing-masing. Sehubungan itu pengamal media berkenaan menerusi persatuan dan syarikat masing-masing perlu mengadakan latihan, perbincangan dan berbengkel dari masa ke semasa dalam usaha untuk mengesan kelemahan dan menilai penggunaan bahasa Malaysia yang betul.

Media Elektronik

Pengamal media elektronik khususnya dalam kalangan swasta perlu lebih yakin dan bersedia membantu memantapkan penggunaan bahasa Melayu. Elakkan sikap suka mengaut keuntungan menerusi siaran tertentu dan mengabaikan penggunaan bahasa Melayu, sebaliknya kembali semula menjadi saluran penting mendidik penonton menggunakan bahasa yang betul. Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan stesen swasta lain disarankan supaya menambahkan jumlah rancangan terbitan berbahasa Melayu untuk tujuan mendidik penonton menggunakan bahasa ibunda dengan betul dan menjadi asas pembangunan negara bangsa. Begitu juga, siaran radio tempatan sewajarnya beridentitikan bahasa Melayu. Dalam hal ini, radio Klasik Nasional sepatutnya diubah menjadi Nasional Klasik, manakala Hot FM, Suria FM, Muzik FM perlu menjadi entiti yang mencerminkan Melayu dan konteks negara bangsa. Para penyiar radio dan televisyen juga seharusnya memainkan peranan dalam penyebaran bahasa Melayu yang betul. Mereka bukan sahaja menjadi contoh kepada para pelajar tetapi juga kepada pendengar asing yang mengikuti rancangan radio dengan harapan mereka dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik. Oleh itu, pihak media sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kerana mereka boleh berperanan sebagai “duta bahasa” kepada warga asing yang menjadikan akhbar dan radio sebagai sumber rujukan mereka.

Media Cetak

Memandangkan bahawa media cetak seperti akhbar dan majalah mendapat tempat dalam kalangan pembaca di negara ini yang ingin mengetahui isu tertentu, sewajarnyalah media berkenaan menjadi saluran penting untuk mendidik pembaca menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Menerusi pembacaan bukan sahaja dapat mengetahui isi-isi berbentuk pengetahuan tertentu tetapi semua akhbar dan majalah boleh memantapkan kemahiran penggunaan bahasa Melayu. Dalam hubungan ini, semua tenaga produksi penerbitan berkenaan mempunyai pengetahuan dan cekap menggunakan tatabahasa dalam penulisan masing-masing. Hindarkan daripada menggunakan bahasa rojak dan menyimpang daripada tatabahasa sehingga boleh merosakkan bahasa Melayu sendiri. Di samping itu, perlu ada keseragaman penggunaan perkataan, istilah dan frasa dalam semua penerbitan berbahasa Melayu agar pembaca tidak menjadi keliru. Misalnya, penggunaan perkataan “di kalangan’’ dan “dalam kalangan’’. Penyeragaman ejaan, perkataan, istilah dan korpus bahasa perlulah perlu diselaraskan oleh pengamal media cetak di negara ini dengan merujuk kepada DBP jika berlaku kekeliruan.

Kuasa Politik

Kuasa politik memainkan peranan penting dalam menentukan dasar bahasa negara. Orang Melayu mempunyai kuasa politik tetapi tidak mempunyai tenaga (kudrat) untuk mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pengantarabangsaan ilmu bukanlah semata-mata didominasi bahasa Inggeris. Malah, negara Korea, China dan Jepun yang maju tetapi berjaya mempertahankan jati diri bahasa mereka. Hal ini boleh menjadi tauladan bagi semua pihak di negara ini. Kuasa politik kini dalam tangan bangsa Melayu dan bangsa Melayulah yang perlu memeriksa diri mereka sama ada ciri yang dikatakan jati diri Melayu itu semakin pupus atau masih kuat berdiri mendepani arus globalisasi hari ini. Puteri Roslina Abdul Wahid, (2005), menjelaskan yang menjadi kekeliruan golongan tertentu yang mempunyai kuasa ini ialah penggunaan bahasa Inggeris begitu meluas dalam sektor swasta menyebabkan kita harus mengubah Dasar Pendidikan Negara agar tidak ketinggalan menimba ilmu. Namun hakikatnya, penerokaan ilmu boleh dilaksanakan dalam bahasa apa-apa pun tetapi penyampaian ilmu itu perlulah dilakukan dalam bahasa ibunda kerana pembudayaan ilmu dalam bahasa Melayu lebih telus dan mudah difahami. Begitu jugalah kuasa politik boleh menentukan dasar peranan media massa di negara ini lebih berkesan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Kuasa politik dan kerajaan yang memerintah hari ini boleh mewajarkan satu bentuk Media Baru iaitu mewajibkan semua penerbitan memaparkan maklumat dalam bahasa Melayu menerusi penerbitan masing-masing selain menggunakan bahasa ibunda. Kita masih tidak terlambat untuk membentuk negara bangsa menerusi bahasa Melayu.

KESIMPULAN

Dalam mencapai hasrat serta merealisasikan pembentukan sebuah negara bangsa peranan media massa amat penting untuk mendidik masyarakat memahami pengetahuan menggunakan bahasa Melayu. Walaupun diberi kebebasan menyuarakan perspektif mendukung akhbar masing-masing mahupun parti politik di negara ini, media massa memainkan peranan besar untuk memantapkan bahasa Melayu dalam era globalisasi. Dalam hal ini, medialah berfungsi mendidik masyarakat di negara ini menggunakan bahasa Melayu yang betul. Sejarah telah membuktikan bagaimana media massa khususnya akhbar berbahasa Melayu meniupkan semangat patriotisme dalam kalangan orang Melayu sendiri sehingga berupaya menghalau penjajah dari negara ini. Begitu juga, media massa sebelum dan pasca merdeka menjadi asas pembangunan serta kekuatan bahasa dan sastera Melayu sehingga dikenali di rantau Asia Tenggara, Afrika Selatan dan menganjur hingga ke Madagaskar. Dalam pada itu, kerajaan menerusi kuasa politik wajar memantapkan dasar penguatkuasaan dan penggunaan bahasa Melayu di semua sektor termasuk pendidikan di mana media massa menjadi pengantara yang dapat membina intelektual dan budaya bangsa.

BIBLIOGRAFI

Abdul Jumain Abu Samah. (1993). “Melayu’’ Sebagai Istilah Yang Merujuk Kepada nama Bahasa dan Bangsa’’. Dlm Jurnal Dewan Bahasa, Februari 1993: 100-107.

Ajid Che Kob. (1980). “Bahasa dan Kebudayaan: satu Tinjauan Hubungannya’’ dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 24: 12 Disember hlm. 34-41. Asmah Haji Omar. (1985). Perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloomfield, L. (1967). Language: George Allen & Unwin Ltd: London.

Griffin, EM. (2003). A First Look at Communication Theory, 5th Edition. USA: McGraw-Hill

Haris Md Jadi, (1991). “Bahasa Kebangsaan dan proses Pembinaan Negara’’. Dlm. Jurnal Dewan Bahasa, Mei 1991. Hartmann, R.R.K.,Stork, F.C. (1976). Dictionary of Language and Linguistics. London: Applied Science Publisher.

Ismail Dahaman (2001). “Permasalahan Dalam Pembangunan Bahasa Melayu sebagai Asas Pembangunan Negara Bangsa Malaysia, Dlm. Jurnal Dewan Bahasa, Julai 2001.

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini dapat disebabkan karena ketika bahan baku diproses pada suhu yang tinggi (200°C) maka volatile matter dan kadar air akan berkurang, sehingga dengan semakin

Persoalan tentang masalah pemungutan biaya transport yang tidak diatur secara tegas dalam Perda Kota Kupang Nomor 05 Tahun 2005 tentang Perubahan atas Perda Nomor 06 Tahun

Data yang diperoleh dalam penelitian ini berupa unsur intrinsik dan nilai budaya pada Legenda Sang Kuriang Kesiangan , serta wawancara dengan instruktur

Berdasarkan beberapa hal yang melatar belakangi usulan penelitian ini, tujuan utama yang dapat dicapai adalah Mengetahui dan membandingkan Efisiensi Kapasitas Desain

Reaksi dekomposi katalitik metana dengan katalis Fe/Mo/MgO menghasilkan diameter luar nanotube karbon yang ingin dicapai pada tujuan penelitian, yaitu nanotube karbon yang

Berdasarkan permasalahan yang diangkat, maka tujuan penelitian ini adalah mengetahui strategi pembelajaran PAI pada anak yang berkebutuhan khusus (autis) di

a. Berdasarkan pada pengukuran variabel atau skala ukuran seperti panjang, lebar, tinggi dan berat atau berdasarkan ukuran dari benda seperti kekentalan pada

Dalam proyek pembangunan Kondotel Pekanbaru Park diperlukan biaya modal sebesar Rp. Pendapatan Kondotel Pekanbaru Park diasumsikan bahwa tingkat hunian hotel sebesar