• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM5. Modul 1B. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM5. Modul 1B. Nama :"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah

Edubest

Tahap SM5

Modul 1B

(2)
(3)

Kertas 2

1. Rumusan

(4)

Latihan:

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah penggunaan plastik mesra alam dan kekangan untuk menggunakan plastik mesra alam. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masalah pencemaran alam sekitar akibat penggunaan plastik sukar terurai yang meluas bakal diatasi menerusi penghasilan plastik yang dapat larut di dalam air pada kadar segera. Plastik mesra alam ini tercipta hasil kajian sekumpulan penyelidik daripada Universiti Teknologi Petronas (UTP) bagi mengurangkan kesan pencemaran plastik yang dibuat daripada bahan petroleum yang dikatakan mengambil masa hampir 100 tahun untuk terurai.

Produk yang dikenali sebagai Greenphylic itu dihasilkan menggunakan bahan

polimer sintetik yang diperbuat daripada Polyvinyl Alcohol (PVA) berciri larut air.

Tiga ujian kejuruteraan dijalankan dalam penghasilan produk berkenaan mempunyai tahap larut air dan ketegangan serta ujian kelarutan air. Berdasarkan ujian itu, didapati produk berkenaan mempunyai tahap larut air yang tinggi. Selain itu, produk ini mempunyai tahap ketegangan dan ketahanan haba yang tinggi, iaitu sehingga 200 darjah Celsius.

Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik UTP berkata, plastik yang diperbuat daripada bahan PVA 225 keluaran syarikat Kuaray Inc. Jepun itu bukan sahaja mesra alam malahan menjimatkan kos kerana penggunaan sumber tenaga untuk pelupusan sampah juga dapat dikurangkan. Setakat ini, plastik mesra alam Greenphylic ini digunakan dalam menghasilkan pek ubat, beg pelupusan barangan perubatan, beg sampah, dan beg pembungkusan. Plastik digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk tujuan seperti pembungkusan, menyimpan makanan, bekas minuman, dan beg sampah.

Selain itu, penggunaan plastik mesra alam ini juga dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah dan pencemaran alam yang semakin meningkat akhir-akhir ini. Tambahan pula, plastik mesra alam ini mampu menggantikan plastik yang dibuat daripada bahan petroleum kerana ketahanannya dan kemampuannya mengambil fungsi plastik yang sedia ada pada masa ini.

Laporan menunjukkan bahawa penggunaan plastik di dunia meningkat daripada lima juta tan metrik kepada 100 juta tan metrik sekarang. Purata bagi satu helai beg plastik bersamaan dengan 20 000 botol minuman dua liter atau 120 000 helai beg plastik. Menurut perangkaan, individu di negara ini menggunakan hampir lapan helai beg plastik dalam seminggu. Perangkaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula menunjukkan bahawa plastik ialah bahan yang terbanyak, iaitu 14 peratus dalam komposisi sampah yang dibuang pada setiap hari selepas sisa organik dan kertas. Kita tidak perlu berfikir untuk mencari tempat melupuskan sampah plastik sekiranya plastik mesra alam ini digunakan.

Pembakaran plastik sebagai kaedah pelupusan akan membebaskan bahan toksik dan gas yang berbahaya ke atmosfera, seterusnya mengundang seperti asma dan

Program Bahasa Malaysia Edubest

(5)

barah paru-paru. Kaedah menanam plastik juga bukan penyelesaian masalah kerana kesan pencemarannya lebih besar berbanding dengan dibakar berikutan pereputan beg plastik tidak berupaya untuk menghapuskan bahan kimia yang tetap wujud dalam bentuk habuk stabil. Dengan menggunakan plastik mesra alam ini, kaedah pelupusannya begitu mudah. Masalah kesihatan, iaitu penyakit-penyakit berbahaya seperti barah yang diakibatkan oleh plastik tidak akan wujud dan Negara juga bebas daripada masalah pencemaran.

2a. Pemahaman Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan di atas , jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengundang pelbagai ancaman. .

[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kesan pelupusan plastik melalui kaedah pembakaran. Nyatakan kesan-kesan tersebut.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pemuliharaan alam sekitar amat penting dalam

kehidupan manusia? [4 markah]

(6)

2b. Pemahaman Puisi [9 markah]

Pantun Enam Kerat

Maksud: Kekecewaan yang dialami dalam percintaan tidak dipedulikan lantaran adanya kekuatan diri dan ketahanan dalaman walaupun kelukaan dan kekecewaan tersebut sangat memedihkan.

Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda jadi kemirau,

Sudah kemirau menjadi kotai; Hati luka pura tiada,

Rasa pedih buat tak hirau,

Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong, Maksud : Semua perkara atau kejadian yang berlaku itu sudah ditakdirkan oleh Allah, dan bukan disebabkan salah ibu yang mengandungkannya.

Galah pendek buluh sumpitan, Buluh bersisip tali jerami; Bukan salah ibu mengandung,

Sudah takdir sudah suratan, Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cencaru, Maksud: Kekecewaan seseorang

terhadap kekasihnya yang sudah menemui pengganti sehingga kekasih yang lama itu sudah tidak disayangi atau dihiraukan lagi.

Gelama tidak berumpan lagi,

Kali tersangkut di tepi batang; Sudah dapat orang yang baru,

Yang lama tidak berkenan lagi, Ibarat melukut di tepi gantang.

Tema

"Pantun Enam Kerat" bertemakan kekecewaan dalam percintaan.

Persoalan

1. Kekuatan dan ketahanan diri ketika berdepan dengan kekecewaan dalam bercinta. 2. Reda dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

3. Untung nasib seseorang merupakan permainan hidup.

4. Kesetiaan seseorang terhadap pasangannya dalam percintaan.

Nilai

1. Nilai ketahanan diri. Contohnya, memiliki ketahanan diri yang kuat dalam menghadapi masalah percintaan.

(7)

2. Nilai percaya pada qadak dan qadar. Contohnya, semua perkara yang berlaku adalah sudah ketentuan Tuhan dan manusia harus menerimanya dengan reda.

3. Nilai kesetiaan. Contohnya, kesetiaan seseorang yang tidak berbelah bahagi terhadap pasangannya.

4. Nilai ketabahan. Contohnya, tetap tabah ketika menghadapi kekecewaan dalam percintaan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mempunyai kekuatan diri untuk melawan segala kekecewaan yang berlaku dalam hidup kita.

2. Kita mestilah percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang

tersembunyi.

3. Kita hendaklah tabah menghadapi permasalahan cinta beralih arah yang berlaku antara pasangan kekasih.

4. Janganlah kita mudah lupa akan kasih sayang orang lain terhadap kita Latihan:

(i) Terangkan maksud rangkap pertama pantun di atas. [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang harus dilakukan oleh seseorang sekiranya berhadapan dengan masalah? Berikan tiga cara. [3 markah]

(iii) Jelaskan tiga pengajaran yang diperoleh daripada pantun tersebut. [4 markah]

(8)

2c. Pemahaman Prosa Klasik [8 markah]

Hikayat Langlang Buana

Sinopsis

Pada suatu malam, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi duduk dilingkungi oleh segala dayang dan inang pengasuhnya sambil bercerita tentang mimpi mereka. Tuan puteri memberitahu dayang dan inang pengasuhnya tentang mimpinya tidur berselimutkan bunga yang dikarang. Salah seorang inangnya bergurau kepada tuan puteri bahawa baginda mungkin akan bersuami. Setelah hari siang, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi bersama dengan dayang-dayang telah pergi ke taman istana. Penunggu tasik meminta Raja lndera Bumaya bersembunyi setelah menyedari kehadiran tuan puteri bersama dengan dayang-dayangnya. Ketika mereka sedang mandi, Raja lndera Bumaya telah turun berjalan ke tepi kolam tanpa disedari sesiapa. Baginda telah menukarkan dirinya sebagai burung bayan yang cantik dan bersuara merdu.

Burung bayan itu hinggap pada tangan tuan puteri. Tuan puteri terlalu gembira dan dibawanya bayan pulang ke rumah peri. Bayan itu pun terbang ke riba tuan puteri sambil berpantun. Bayan memberitahu tuan puteri tentang Raja lndera Bumaya, iaitu tuannya yang dalam perjalanan ke negeri tuan puteri. Tuan puteri kembali ke mahligainya dengan membawa bayan itu. Bayan itu telah dimasukkan ke dalam sangkar. Setelah hari malam, burung bayan itu dikeluarkan dari sangkar. Tuan puteri meminta burung bayan memperlihatkan wajah Raja lndera Bumaya. Selepas itu, burung bayan menukarkan dirinya menjadi burung nuri, kemudian menjadi kalungan bunga, dan menjelmakan dirinya semula.

Kehadiran lnderaputera ke mahligai tuan puteri telah didengari oleh menteri dan hulubalang yang berkawal di mahligai tuan puteri itu. Mereka mengkhabarkan kejadian itu kepada ayahanda tuan puteri, iaitu Raja Bahrurn Dewa. Raja Bahrum Dewa amat marah lalu mengarahkan hulubalang dan rakyat mengepung mahligai tuan puteri untuk menangkap Raja lndera Bumaya. Sambil menangis sebagai akibat ketakutan, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah memberitahu Raja lndera Bumaya hal tersebut. Raja lndera Bumaya mencita geliga daripada Raja Johan Syahperi dengan menyeru empat jin untuk menewaskan rakyat dan hulubalang Raja Bahrum Dewa itu. Selepas mengetahui hulubalang dan rakyatnya tewas, Raja Bahrum Dewa menghantar lebih banyak bala tentera untuk menangkap Raja lndera Bumaya. Sekali lagi, Raja lndera Bumaya menyeru empat ribu jin untuk berlawan dengan segala raja, menteri, hulubalang, dan rakyat Raja Bahrum Dewa itu. Peperangan yang tercetus antara kedua-dua belah pihak telah menyebabkan banyak rakyat yang terbunuh.

(9)

Tema

Tema cerita ini ialah kebijaksanaan dan kehebatan anak raja yang mempunyai kuasa luar biasa dalam usahanya menakluki puteri idamannya.

Persoalan

1. Kesungguhan dalam mendapatkan sesuatu yang diidamkan.

2. Kebijaksanaan menggunakan akal untuk memperoleh sesuatu perkara yang diingini.

3. Sikap manusia yang berbuat sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. 4. Taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi terhadap pemerintah.

Watak & Perwatakan Raja Indera Bumaya

1. Anak raja kepada pemerintah Negeri Lela Gambar.

2. Ayahandanya bernama Raja Johan Syahperi dan bondanya ialah Puteri Candera Lela Nurlela.

3. Memiliki wajah yang tampan dan susuk badan yang menarik. 4. Berbudi bahasa dan bijaksana.

5. Mempunyai kesaktian untuk menukarkan dirinya menjadi burung bayan, burung nuri, dan kalungan bunga.

6. Tertarik oleh kecantikan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. 7. Tidak gentar berdepan dengan bala tentera Raja Bahrum Dewa. 8. Bersikap tenang ketika menghadapi masalah.

Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi

1. Anakanda kepada Raja Bahrum Dewa. 2. Memiliki rupa paras yang amat cantik.

3. Sangat suka akan haiwan apabila menempatkan burung bayan di dalam sangkar emas sepuluh mutu dan bertatahkan ratna mutu manikam berumai-umbaikan mutiara.

4. Kasih akan Raja Indera Bumaya apabila baginda tidak sanggup berpisah dengan Raja Indera Bumaya.

5. Tinggal di istana khas yang berasingan daripada istana ayahanda dan bondanya. 6. Bersifat penakut apabila menangis semahu-mahunya setelah mengetahui

ayahandanya murka akan perbuatannya yang membenarkan seorang lelaki berada dalam istananya.

Raja Bahrurn Dewa

1. Ayahanda kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

2. Bapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan anakandanya, iaitu

(10)

Dewi.

3. Bersikap terburu-buru apabila mengarahkan bala tentera mengepung istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan menangkap lelaki yang bersama-sama dengan anakandanya tanpa usul periksa.

Latar

Latar Tempat

1. Di istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Contohnya, Tuan puteri tinggal bersaina dengan dayang dan inang pengasuhnya.

2. Di taman dan di tasik. Contohnya, Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya sebagai burung bayan dan duduk di pohon kemunting sambil memerhatikan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mandi-manda.

3. Di Negeri Lela Gambar. Contohnya, tempat asal Raja Indera Bumaya.

4. Di istana Raja Bahrum Dewa. Contohnya, empat orang menteri berternu dengan biduanda untuk mengkhabarkan kejadian yang berlaku di istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

Latar Masa

1. Pada waktu pagi. Contohnya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mandi di tasik bersama dengan dayang dan inang pengasuhnya.

2. Pada waktu malam. Contohnya, bayan menceritakan kehebatan tuannya, iaitu Raja Indera Bumaya kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

3. Pada zaman pemerintahan Raja Bahrum Dewa. Contohnya, Raja Bahrum Dewa memerintahkan hulubalang dan rakyatnya mengepung istana tuan puteri dan

menangkap Raja Indera Bumaya.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri-menteri, hulubalang, dayang, dan inang pengasuh. Contohnya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi sentiasa ditemani dayang dan inang pengasuh.

2. Masyarakat yang memiliki kesaktian. Contohnya, Raja Indera Bumaya telah menukarkan dirinya sebagai burung bayan, burung nuri, dan kalungan bunga. 3. Masyarakat yang sedang dilamun percintaan. Contohnya, Raja Indera Bumaya dan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi saling mencintai antara satu dengan yang lain. 4. Masyarakat yang mengambil berat akan keselamatan ahli kelurga. Contohnya, Raja

Bahrum Dewa mengambil berat akan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan memastikan keselamatan anakandanya itu terjamin.

5. Masyarakat yang bertindak secara terburu-buru. Contohnya, Raja Bahrum Dewa mengarahkan bala tentera menangkap lelaki yang berada bersama dengan tuan puteri tanpa soal selidik.

(11)

hulubalang menurut perintah Raja Bahrum Dewa supaya rnengepung istana Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

7. Masyarakat jin yang dicipta oleh raja. Contohnya, jin-jin ciptaan Raja Indera Bumaya diseru untuk berperang dengan bala tentera Raja Bahrum Dewa.

Nilai

1. Nilai kegigihan. Contohnya, Raja Indera Bumaya menukarkan dirinya kepada burung bayan, burung nuri, dan bunga untuk memikat hati Tuan Putesi Mandu Ratna Dewi.

2. Nilai kasih sayang. Contohnya, Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan Raja Indera Bumaya kasih-mengasihi antara satu dengan yang lain.

3. Nilai keberanian. Contohnya, Raja Indera Bumaya tidak menampakkan kegentaran apabila dimaklumkan kejadian kepungan rakyat dan hulubalang di sekeliling mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

4. Nilai tanggungjawab. Contohnya, menteri melaporkan peristiwa mereka

mendengar suara lelaki di dalam mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi kepada Raja Bahrum Dewa kerana bimbang akan keselamatan tuan puteri tersebut.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bijak menggunakan kelebihan diri demi kesejahteraan hidup. Contohnya, Raja Indera Bumaya telah menggunakan kelebihan dirinya yang boleh membuat penyamaran untuk memikat hati Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

2. Kita hendaklah mempunyai sikap taat dan setia terhadap pemerintah.

Contohnya, hulubalang dan rakyat menumpahkan kesetiaan kepada Raja Bahrum Dewa apabila patuh pada perintah Raja Bahrum Dewa supaya mengepung mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi untuk menangkap Raja Indera Bumaya.

3. Kita mestilah berani apabila melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Raja Indera Bumaya berani melakukan pelbagai taktik penyamaran untuk mendampingi Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi.

4. Kita mestilah menghargai nyawa orang lain. Contohnya, Raja Indera Bumaya mengarahkan jin-jin ciptaannya supaya hanya menyerang tentera Raja Bahrum Dewa tanpa membunuh mereka.

Latihan:

Setelah sudah berkata-kata itu maka tuan puteri itu pun Kembali Ke mahligainya membawa bayan itu. Maka disuruh oleh tuan puteri itu perbuatkan sangkarnya daripada emas sepuluh mutu dan bertatahkan ratna mutu manikam berumbai-umbaikan mutiara. Setelah sudah sangkar itu maka bayan itu pun dimasukkan Ke dalam sangkarnya itu. Setelah hari malam maka bayan itu pun dikeluarkan dari dalam sangkarnya itu. Maka ia pun datang Ke hadapan tuan puteri. Maka Dang Siti Mengerna pun berdatang sembah Kepada tuan puteri, "Ya tuanku tuan puteri, lihatlah

Program Bahasa Malaysia Edubest

(12)

bayan ini jinak kepada tuan puteri." Maka sahut bayan itu, "Hai Dang Siti Mengerna, di manakah tiada jinak Kerana beta beroleh tuan yang baik parasnya." Maka dayang-dayang pun sekalian ramai-ramai tertawa mendengar Kata bayan itu. Maka Kata bayan, "Ya tuanku puteri, hampirlah tuan beta itu akan datang menghadap tuan." Maka Kata tuan puteri, "Manakah Kala tuanmu itu akan datang ke mari?" Maka sahut bayan itu, "Pada bulan ini dan Ketika ini juga tuan patik akan datang Ke mari." Setelah tuan puteri mendengar Kata bayan itu maka terlalu sukacita hendak melihat Raja lndera Bumaya itu. Setelah seketika itu maka bayan itu pun menjadi nuri datang Ke atas ribaan tuan puteri itu seraya berpantun.

(i) Nyatakan dua kelebihan yang ada pada burung bayan. [2 markah]

(ii) Kemukakan dua sebab bayan itu jinak kepada tuan puteri. [4 markah]

(iii) Pada pendapat anda, wajarkah tuan puteri mempercayai kata-kata bayan bahawa Raja Indera Bumaya akan menemui tuan puteri tidak lama lagi? Berikan dua alasan anda.

[3 markah]

(13)

2d. Pemahaman Cerpen [9 markah]

Cerpen “Pahlawan Buntung”

Sinopsis

Khalid bertemu dengan Pak Husain, bekas pejuang negara ketika sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota. Dalam pertemuan tersebut, masing-masing melahirkan rasa gembira setelah terpisah selama 30 tahun. Khalid sangatrnenghormati Pak Hussain dan menggelarkannya sebagai"pahlawan" kerana Pak Husain banyak berjasa kepada tanah air, terutamanya kepada penduduk kampungnya semasa pendudukan askar Jepun ke Kelantan. Dia sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan penduduk kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa serangan Jepun.

Pertemuan tersebut juga menyebabkan Khalid teringat kembali akan peristiwa yang berlaku pada pagi 8 Disember 1941. Pada pagi itu, Pak Husain telah mengarahkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat termasuklah keluarga Khalid rneninggalkan rumah masing-masing menuju ke pangkalan untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan Jepun. Mereka diarahkan berpindah ke Kampung Dal pada waktu subuh. Keadaan menjadi cemas apabila penduduk kampung yang sudah berada di dalam perahu yang sedang bergerak, tersedar bahawa Pak Husain yang mengetuai perpindahan mereka ke Kampung Dal telah tertinggal. Mak Bidah yang merupakan isteri kepada Pak Husain meraung apabila menyedari suaminya tidak ikut serta dalam misi perpindahan itu. Serangan Jepun terhadap Tanah Melayu di Kelantan pada masa itu menyebabkan suasana menjadi gegak-gempita dan huru-hara. Banyak kawasan dan kubu pihak lnggeris yang dikawal ketat oleh askar Punjabi di Kelantan telah ditawan oleh askar Jepun seperti di Dasar, Sabak, dan Pengkalan Cepa.

Dalam keadaan yang huru-hara ketika perang baru sahaja meletus, Pak Husain telah muncul di Kampung Dal dengan cerita perangnya sehingga diberi gelaran "pahlawan" oleh penduduk setempat. Menurut Pak Husain, dia telah ditahan dan dipaksa oleh tentera Jepun untuk menguburkan mayat-mayat askar Punjabi dan orang mati di Kampung Pulau Pak Amat. Pak Husain berjaya melarikan diri daripada tahanan askar Jepun selepas dia membuat helah dengan meminta izin untuk membuang air besar. Jasa dan kepahlawanan Pak Husain bukan hanya ketika perang Jepun sahaja, bahkan selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, sekali lagi Pak Husain telah berjaya mematahkan cubaan merompak oleh segerombolan perompak yang mencuba merompak rumah Pak Ngah Isa di kampung mereka. Berbekalkan senapang milik seorang askar Punjabi yang diambilnya ketika perang Jepun dahulu, Pak Husain telah membedil kawanan perompak yang masih berada di dalam perahu. Hasilnya, kampung tersebut bebas daripada ancaman rompakan selepas itu. Pak Husain digelar Pahlawan Buntung kerana kakinya kudung sebagai akibat terkena pecahan bom tinggalan Jepun semasa berjalan di tepi pantai setahun selepas Jepun

Program Bahasa Malaysia Edubest

(14)

menyerah kalah kepada askar British. Pada akhir cerita, Khalid mengiktiraf Pak Husain sebagai pahlawan negara kerana keberaniannya.

Tema

Cerpen "Pahlawan Buntung" bertemakan keberanian seorang pejuang tanah air yang sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan bangsa dan negara daripada serangan penjajah dan anasir yang mengancam

keselamatan penduduk setempat.

Persoalan

1. Semangat patriotisme yang tinggi dalam diri seorang pejuang.

2. Ketabahan penduduk kampung dalam mengharungi pelbagai kesulitan dan keperitan pada zaman perang.

3. Kasih sayang yang menebal dalam sesebuah keluarga.

4. Kerjasama yang erat dalam sebuah komuniti mampu mengeratkan perpaduan dan keselamatan penduduk.

5. Kekacauan dan pergolakan yang berlaku semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

6. Kezaliman dan kekejaman pihak penjajah terhadap penduduk setempat yang berlaku pada zaman perang.

Watak dan Perwatakan Pak Husain

1. Berusia 60 tahun.

2. Anak jati Kampung Pulau Pak Amat.

3. Berbadan tegap sasa dan digilai oleh banyak gadis di kampungnya sewaktu muda. 4. Pernah bekerja sebagai nelayan sebelum kakinya terpaksa dipotong sebagai akibat terpijak pecahan bom.

5. Bermisai nipis seperti kapas dan berjanggut jarang-jarang.

6. Bertongkat kayu kerana kaki kirinya terpaksa dipotong sebagai akibat terpijak pecahan bom.

7. Pejuang yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

8. Rijak mengatur strategi apabila mengarahkan penduduk kampung berpindah dari Kampung Pulau Pak Amat ke Kampung Dal sebelum hari cerah.

9. Bijak membuat helah, iaitu berjaya melepaskan diri daripada tawanan askar Jepun dengan memberikan alasan mahu membuang air besar.

10. Berani membedil sekumpulan perompak yang mencuba merompak rumah Pak Ngah Tsa dengan menggunakan senapang yang diperoleh daripada askar Punjabi. 11. Sanggup berkorban dan bergadai nyawa demi mempertahankan kampungnya daripada ancaman askar Jepun dan kawanan perompak.

(15)

Khalid

1. Berumur 46 tahun.

2. Anak jati Kampung Pulau Pak Amat. 3. Menetap di Jalan Bayam.

4. Ayahnya bernama Hassan,

5. Mempunyai dua orang adik-beradik, iaitu Salim dan Fatimah.

6. Menghargai jasa Pak Husain yang telah menyelamatkan penduduk kampungnya daripada menjadi mangsa askar Jepun dan ancaman perompak.

7. Mengagumi keberanian Pak Husain sehingga dia dan penduduk kampung memberikan gelaran "pahlawan" ltepada Pak Husain.

Mak Bidah

1. Isteri kepada Pak Husain. 2. Sayang akan suaminya.

3. Bertanggungjawab apabila segera memandikan Pak Husain dan membersihkan darah yang melekat pada badan Pak Husain sebaik sahaja suaminya itu muncul di Kampung Dal.

Latar

Latar Tempat

1. Di rumah Khalid. Contohnya, Khalid dan keluarganya dikejutkan dengan bunyi bedilan dan ledakan bom yang kuat sebagai akibat serangan askar Jepun.

2. Di Kampung Pulau Pak Amat. Contohnya, penduduk kampung terpaksa

berpindah ke Kampung Dal untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa serangan Jepun.

3. Di Kampung Dal. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat berteduh dan menumpang tinggal di rumah saudara-mara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan askar Jepun.

4. Di Kampung Tuk Lukup, Sungai Gali, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang,

Pengkalan Cepa, Ketereh, Dasar, dan Sabak. Contohnya, kawasan kampung dan

kubu yang telah diserang dan ditawan oleh askar Jepun.

5. Di kota. Contohnya, Khalid dan Pak Husain telah bertemu secara tidak sengaja ketika menghadiri temasya kota (menyambut ulang tahun kemerdekaan negara). 6. Di dalam perahu. Contohnya, penduduk kampung tersedar bahawa Pak Husain yang mengetuai perpindahan mereka ke Kampung Dal tidak ikut serta.

Latar Masa

1. Pada tahun 1973. Contohnya, ketika Khalid berumur 44 tahun.

2. Pada tahun 1941. Contohnya, zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (sewaktu Khalid berumur 14 tahun).

3. Pada tahun 1946. Contohnya, Pak Husain telah terpijak pecahan bom yang ditanam oleh askar Jepun menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong.

Program Bahasa Malaysia Edubest

(16)

4. Waktu malam. Contohnya, Khalid dan keluarganya terdengar bunyi bedilan dan ledakan bom yang kuat akibat serangan askar Jepun.

5. Awal pagi / subuh. Contohnya, Pak Husain telah pergi ke rumah Khalid dan mengarahkan ayah Khalid, Hassan membawa keluarganya bergerak ke pangkalan untuk berpindah ke Kampung Dal.

6. Waktu siang. Contohnya, askar Jepun memaksa dan memerintahkan Pak Husain menguburkan mayat-mayat askar Punjabi dan orang mati dalam satu kubur besar di Pulau Pak Amat.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat Melayu yang tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut dan

tepi sungai. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat dan Pulau Panjang

tinggal di kawasan perkampungan di tepi laut dan di tepi sungai.

2. Masyarakat yang menjadi mangsa peperangan dan terpaksa menyelamatkan

diri daripada menjadi mangsa bedilan dan ledakan bom. Contohnya, penduduk

Kampung Pulau Pak Amat terpaksa meninggalkan rumah dan kampung mereka untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa bedilan bom.

3. Masyarakat Melayu yang saling bekerjasama dalam menghadapi susah

senang semasa zaman perang. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat

saling bekerjasama menghadapi susah senang semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

4. Masyarakat penjajah/askar asing yang bertindak kejam terhadap penduduk

kampung. Contohnya, Jepun telah menawan Pak Husain dan mengarahkannya

menggali kubur untuk menanam mayat askar Punjabi dan orang mati.

5. Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Contohnya, Pak Husain sanggup pergi ke kota dengan bertongkat kayu semata-mata kerana ingin merayakan temasya sambutan hari kemerdekaan negara.

6. Masyarakat yang bekerja sebagai nelayan. Contohnya, kebanyakan penduduk di Kampung Pulau Pak Amat bekerja sebagai nelayan.

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, selaku ketua keluarga, Hassan amat menyayangi isteri dan anak-anaknya, iaitu Salim, Khalid, dan Fatimah.

2. Nilai patriotisme/cinta akan negara. Contohnya, Pak Husain sanggup menggunakan tongkat kayu untuk pergi menghadiri temasya sambutan hari kemerdekaan negara di sebuah kota kerana cinta akan negara.

3. Nilai tabah/cekal. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi saat-saat kesulitan dan keperitan sewaktu zaman perang.

4. Nilai berani. Contohnya, Pak Husain berani membedil sekumpulan perompak yang masih bearda di dalam perahu ketika mereka baru sahaja mendarat di Kampung Pulau Pak Amat.

(17)

5. Nilai kerjasama. Contohnya, Penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun.

6. Nilai bertanggungjawab. Contohnya, Pak Husain mengarahkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat agar segera berpindah setelah askar Jepun mendarat di pantai kampung mereka.

7. Nilai simpati. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat berkongsi kesedihan apabila mengetahui kejadian malang yang menimpa Pak Husain yang terpijak pecahan bom di benteng Kuala Pak Amat sehingga menyebabkan kaki kirinya terpaksa dipotong.

8. Nilai mengenang jasa. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengiktiraf jasa Pak Husain dengan memanggilnya sebagai "pahlawan".

9. Nilai sanggup berkorban. Contohnya, Pak Husain sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa serangan askar Jepun dan ancaman perompak.

Pengajaran

1. Kita hendaklah tabah menghadapi kesulitan dan keperitan hidup lebih-lebih lagi pada zaman perang. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi kesulitan dan keperitan sewaktu pendudukan Jepun di Tanah Melayu. 2. Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sebarang pekerjaan.

Contohnya, Penduduk Kampung Pulau Pak Amat bekerjasama ketika menyelamatkan diri daripada serangan askar Jepun.

3. Kita mestilah berani bertindak untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Contohnya, Pak Husain telah membedil sekumpulan perompak yang masih berada di dalam perahu ketika mereka baru sahaja mendarat di Kampung Pulau Pak Amat untuk menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa daripada dirompak.

4. Kita hendaklah mengenang jasa atau bakti seseorang yang banyak berbudi kepada bangsa dan tanah air. Contohnya, penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengenang jasa Pak Husain dan memanggilnya sebagai "pahlawan" .

5. Kita mestilah sanggup berkorban demi bangsa dan tanah air tercinta.

Contohnya, Pak Husain sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada menjadi mangsa serangan askar Jepun dan ancaman perompak.

Latihan:

Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain. Dia mesti dijaga. Dia yang bertanggungjawab dalam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami?

Alangkah besar jasanya. Alangkah!

Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke

Program Bahasa Malaysia Edubest

(18)

kampung-kampung yang lain. Berkembang di Tebing Tinggi, di Dasar, di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk Kitang. Cerita itu tidak dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Palz Amat.

Pak Husain telah menyelamatkan kami!

Kisah Pak Husain tidak berakhir di situ sahaja. Ketika Jepun menyerah pada tahun empat puluh lima, waktu itu rompakan menjadi-jadi. Rompakan berlaku di Tuk Lukup. Berlaku di Sabak. Berlaku di Pengkalan Datu. Awan ketakutan berkembang hitam di tiap-tiap buah kampung yang terpencil. Ketika pendaratan perompak telah membedil kawanan perompak yang masih di dalam perahu. Senapangnya yang diambil daripada seorang askar Punjabi yang telah mati (waktu dia menguburkan mayat-mayat mereka pada permulaan perang), telah dipergunakan buat pertama kali. Bedilannya itu telah menyelamatkan rumah Pak Ngah Isa. Menyelamatkan semua orang kampung. (Akhirnya Pak Husain menyerahkan senapang itu kepada kerajaan apabila semuanya normal).

(i)Nyatakan tiga jasa Pak Husain kepada penduduk Kampung Pak Amat. [3 markah]

(ii) Jika anda anak jati Kampung Pak Amat, bagaimanakan cara anda mengenang jasa Pak Husain? Kemukakan tiga cadangan anda. [3 markah]

(iii) Huraikan dua perwatakan Pak Husain yang terdapat dalam petikan dan satu

perwatakannya yang lain dalam keseluruhan cerpen tersebut. [3 markah]

(19)

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dun penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) menanak (ii) merebus (iii) menggoreng (iv) menjerang (v) mengukus (vi) memanggang [6 markah] (b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian sambungkan ayat-ayat tersebut menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.

Piala Thomas ialah piala yang paling berprestij. Piala ini paling berprestij dalam sukan badminton. Piala Thomas disumbangkan oleh Sir George Alan Thomas. Piala ini disumbangkan pada tahun 1939. Pertandingan Piala Thomas mula diadakan pada 1 1948. Malaysia menjadi juara pertama kejohanan Piala Thomas pada tahun itu. Malaysia menjuarainya sebanyak lima kali. Malaysia menjuarainya kali terakhir pada tahun 1992. Sukan badminton di Malaysia mengalami masalah dalaman. Masalah dalaman membelenggu para pemain. Masalah dalaman membelenggu jurulatih. Masalah dalaman membelenggu pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kereta Proton Wira otomatik keluaran tempatan itu dipunyai abang.

(ii) Banyak orang yang datang ke majlis peresmian itu ialah golongan korporat yang terlibat dalam sektor hartanah.

(iii) Talivisyen jenama terkenal yang dibeli oleh ayah daripada kedai elektrik itu mempunyai tempoh terjamin selama setahun.

[6 markah]

(20)

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Puan Aminah mendapat sokongan daripada suaminya untuk menjalankan program ternakan daging ayam di kampung.

(ii) Ketika hujan turun dengan derasnya beberapa buah rumah-rumah di kawasan itu ditenggelami air.

(iii) Para petani meletakkan orang di tengah-tengah sawah demi untuk menakutkan burung-burung.

[6 markah] (e) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan petikan tersebut.

Perselisihan dan pertengkaran sesama sendiri merupakan nilai-nilai negatif yang perlu dihindari oleh setiap orang. Hal ini demikian kerana perbuatan bergaduh sesama sendiri tidak akan mendatangkan keuntungan kepada mana-mana pihak. Kita tidak patut bertindak melulu, sebaliknya mencari jalan penyelesaian yang baik apabila berlaku sesuatu perselisihan faham kerana setiap manusia akan melakukan kesilapan, sama ada disengajakan ataupun tidak.

[6 markah]

(21)

Soalan 4 : Konserto Terakhir

Sinopsis Keseluruhan Novel Konserto Terakhir

Konserto Terakhir mengisahkan tentang seorang anak kampung bernama Hilmi yang telah datang ke rumah bapa saudaranya, Datuk Johari di Bandar untuk mencari pekerjaan. Kedatangannya tidak disenangi oleh Datuk Johari sekeluarga terutamanya Datin Salmah. Oleh sebab Hilmi hanya berkelulusan darjah empat sekolah Melayu. Datuk Johari tidak berjaya mendapatkan sebarang pekerjaan untuknya dan akhirnya Hilmi diambil bekerja sebagai tukang kebun di rumahnya. Walau bagaimanapun, Hilmi tetap tidak mendapat layanan yang baik daripada keluarga Datuk Johari.

Hilmi tetap seronok walaupun tidak mendapat layanan yang baik. Dia dapat merasakan bahawa dirinya dan bunga-bunga serta kebun sayurnya itu seperti mempunyai dunia sendiri. Datuk Johari mempunyai seorang anak gadis yang bernama Hayati yang mempunyai tunang bernama Mohsin. Hilmi dalam diam-diam menaruh hati kepada adik sepupunya itu sehinggakan dia cemburu dengan hubungan antara Hayati dan Mohsin. Di samping itu, Hilmi juga terpikat dengan alunan piano yang dimainkan oleh Hayati. Hilmi secara tidak sengaja telah merosakkan piano tersebut dan telah menyebabkan dia dimarahi Datin Salmah dan dipotong gajinya.

Sepeninggalan Datuk Johari dan keluarganya ke luar negeri, Hilmi ditugaskan untuk menjaga rumah. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi telah berkawan dengan Mamat iaitu drebar Dr. Nathan jiran Datuk Johari. Mamat telah pulang ke kampung dan telah berkahwin dengan Esah. Mamat juga telah membantu Hilmi berkenalan dengan seorang ahli muzik terkenal yang bernama Encik Bakar. Melihatkan bakat yang dimiliki oleh Hilmi, Encik Bakar amat berminat untuk melatih Hilmi menjadi ahli muzik yang terkenal tanpa sebarang bayaran.

Kepulangan Datuk Johari sekeluarga telah menimbulkan konflik antara Hilmi dengan Datin Salmah kerana setibanya mereka di pekarangan rumah, mereka telah mendengar bunyi piano dimainkan. Lebih-lebih lagi apabila Hayati memberi oleh-oleh kepada Hilmi. Datin Salmah telah menuduh Hilmi menggunakan ubat guna-guna untuk memikat Hayati. Akhirnya Hilmi terpaksa meninggalkan rumah Datuk Johari dengan alasan untuk balik ke kampung.

Hilmi tidak jadi balik ke kampung tetapi telah bekerja di sebuah stesen minyak di Jalan Setapak. Hilmi kemudian meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang pemuzik dan terus belajar muzik dengan Encik Bakar. Akhirnya Hilmi sudah pandai bermain pelbagai jenis alat muzik terutamanya trompet, seksofon, klarinet, dan biola. Hilmi juga telah berjaya menggubah lagu pertama yang berjudul “Sebuah Intermeso”.

(22)

Kekecewaan Hilmi semakin parah apabila dia mendapat berita perkahwinan Hayati dengan Mohsin. Untuk meneruskan cita-citanya Hilmi berhenti dari kios minyak petrol itu dan Encik Bakar membawanya bermain di dalam quartet yang dipimpinnya. Akhirnya Hilmi telah muncul sebagai “Pemain Biola Hikmat Malaysia”. Hayati pula telah mendapat biasiswa daripada British Council untuk belajar muzik di Conservatory of Music selama dua tahun dan akan berangkat ke London. Dengan pertolongan Mamat, Hilmi sempat berjumpa dengan Hayati. Hilmi telah menggubah sebuah lagu berjudul “Detik-detik Perpisahan” sempena perpisahannya itu. Sesuai dengan perkembangan muzik ketika itu Hilmi dan Azizah iaitu anak Encik Bakar telah menubuhkan sebuah kugiran, yang diberi nama Kugiran Dahlia. “Kugiran Dahlia” dengan cepat mendapat popularitinya. Akhirnya Hilmi dan Azizah diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Rumah tangga yang dibina bersama Azizah tidak bahagia. Keretakan yang terjadi dalam rumah tangganya itu telah tidak dapat diselamatkan. Perasaan Hilmi bertambah sedih apabila mendapat berita Encik Bakar telah meninggal dunia. Kejayaan Hilmi sampai ke puncaknya. Tiga tahun berturut-turut Orkestra Hilmi telah muncul sebagai pemenang dalam pesta muzik tahunan yang dianjurkan oleh RTM (Radio Televisyen Malaysia). Hilmi juga telah diminta untuk membuat satu arrangement ( penyusunan) semua lagu yang telah digubahnya dalam satu pertunjukan Orkestra Perdana setaraf dengan Royal Performance ( persembahan di-Raja ) yang akan dihadiri oleh pembesar-pembesar negara. Dia memberi nama arrangement itu “Hilmi Potpouri”.

Hilmi telah bekerja siang dan malam selama dua bulan tanpa menghiraukan makan dan minum. Tidurnya amat sedikit sehinggakan kesihatannya terganggu. Di saat-saat pertunjukan Orkestra Perdana akan berlangsung, Hilmi telah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Hayati telah muncul sebagai penyelamat keadaan dengan memimpin pertunjukan Orkestra Perdana itu.

Keadaan Hilmi kritikal. Ketika di hospital, Datuk Johari telah bertemu dengan abang sepupunya Karim. Karim akhirnya membongkar rahsia bahawa Hilmi bukanlah anaknya tetapi anak Datuk Johari. Perkhabaran itu menyebabkan Datuk Johari dan Datin Salmah menyesal kerana menganiayai Hilmi. Setelah diberitahu oleh doktor keadaan Hilmi semakin pulih, Datuk Johari dan keluarganya balik ke rumah. Setiba sahaja di pekarangan rumah, Datuk Johari menerima panggilan telefon menyatakan Hilmi telah meninggal dunia.

(23)
(24)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

Dalam tulisan ini akan dikaji perumuman dari Lemma Snake dan Lemma Lima yang memanfaatkan sifat-sifat dari barisan

Berdasarkan temuan hasil refleksi/evaluasi dalam siklus III ini secara keseluruan pembelajaran dengan menggunakan alat peraga pias-pias pada pokok bahasan penjumlahan dan

Berdasarkan penjelasan motivasi manajemen laba tersebut, dapat disimpulkan bahwa ketika pada suatu kondisi yang mana pihak manajemen tidak berhasil mencapai target laba

Berdasarkan hasil pengamatan sifat kualitatif terhadap enam aksesi kacang panjang, aksesi FB-KP 277 memiliki tipe pertumbuhan melilit, warna batang ungu kehijauan,

Agar dalam suatu persaingan terjadi keseimbangan, dimana tidak ada pe- main yang bisa memperoleh keuntungan dengan mengubah strateginya, sedangkan pemain lain menjaga strategi

Pondok Pesantren Al-Ishlah yang terletak di Desa Jatireja RT 01 / RW 02 Kecamatan Compreng Kabupaten Subang, adalah salah satu lembaga pendidikan keagamaan

Menimbang, bahwa atas pertimbangan hukum majelis hakim Pengadilan Agama Sengkang sebagaimana tersebut di atas maka Pengadilan Tinggi Agama Makassar menyatakan tidak

a. Pendekatan keruangan, merupakan pendekatan dalam geografi yang digunakan untuk mengetahui persebaran penggunaan ruang atau lokasi mengenai sifat-sifat lokasi yang