• Tidak ada hasil yang ditemukan

pengurusan strategik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "pengurusan strategik"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 DEFINISI PENGURUSAN STRATEGIK

Pengurusan dapat didefinasikan sebagai satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam sesebuah organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan. Istilah pengurusan telah merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagi meninggikan dan mengarahkan kerja-kerja dan tugasan yang telah ditentukan (Ahmad Atory 1996). Oleh yang demikian setiap insan merupakan pengurus sama ada secara langsung atau tidak langsung dan akan terlibat dengan pengurusan walaupun ia hanya menguruskan hal peribadinya sahaja.

Pengurusan boleh juga boleh diertikan sebagai cara dan teknik-teknik yang digunapakai dalam mengendalikan sesebuah organisasi agar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ianya merupakan gabungan beberapa bahagian organisasi kerja yang mana setiap bahagian akan memainkan peranan yang sangat penting dalam organisasi.

Oleh yang demikan, proses pengurusan merupakan gabungan beberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan seterusnya ia membentuk set lengkap yang akan di gunakan oleh pengurus bagi memastikan setiap misi dan visi sesebuah organisasi akan berjaya.

(2)

Istilah strategik pula berasal dari bahasa Greek Strategos yang boleh diertikan sebagai ‘Fungsi Seorang Jeneral’(Zainal Abidin 2008). Dalam istilah ketenteraan ia memberi erti ‘ kepakaran Seorang Jeneral’ menggunakan pelbagai cara dan teknik yang sesuai dalam menangani ancaman musuh.

Dari sudut perancangan pula strategik membawa pengertian, seseorang pengurus menggunakan beberapa strategi yang berkesan dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik yang sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa perkara penting dalam sesebuah organisasi termasuk misi sesebuah organisasi, objektif perancangan, program strategi, dan kaedah yang digunakan bagi mancapai matlamat tersebut. Strategi yang berkesan dan sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi. Sekiranya percaturan strategi yang digunakan tidak sesuai dan tidak menepati kesesuainyya maka ia akan menyebabkan berlaku kerugian, pembaziran kemunduran sesebuah organisasi.

Perancangan Strategik pula merupakan satu proses perancangan jangkamasa panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk mencapai misi yang ditetapkan(Muhamad Ali Embi 2003). Ia juga dilihat sebagai suatu penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan kekuatan sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan analisis

(3)

peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi risiko kepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu dimensi baru kepada seseorang pengurus untuk membuat analisis kritikal tentang kekuatan sesebuah organisasi dan peluang-peluang yang wujud dalam membuat keputusan.

Pengurusan strategik wujud hasil daripada cetusan perancangan strategik yang dijalankan dan ianya mempuyai dua komponen utama. Komponen yang pertama ialah ‘Pengurusan Isu Strategik’ itu sendiri yang mana ia merupakan lanjutan daripada Perancangan Strategik. Komponen yang kedua ialah melengkapkan seseorang eksekutif dengan sifat yang sentiasa berwaspada dan bersedia dalam menghadapi apa-apa kejadian luar jangka dalam sesebuah organisasi. Komponen ini turut dikenali dengan Pengurusan Tak Disangka( Surprise Management). Dengan adanya kedua-dua komponen ini maka seseorang pengurus akan dapat menangani segala permasalahan yang timbul dan mampu mengurus sesebuah organisasi dengan lebih berdaya saing dan maju.

2.0 KEPENTINGAN PERANCANGAN STRATEGIK

Perancangan strategik merupakan aset utama dan ianya memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan strategik. Ia merupakan gambaran atau rangka kerja bagi seseorang pengurus untuk membuat menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesebuah organisasi(Mumtaz Began, Norasiken, Norhayati, 2002). Perancangan ini

(4)

juga membantu seseorang pengurus untuk membuat penilaian serta keputusan yang berkaitan dengan halatuju sesebuah organisasi.

Terdapat beberapa kepentingan perancangan strategik di dalam organisasi yang dapat dikemukakan disini antaranya ialah:

2.1 Pengurusan Yang Lebih Baik

Dengan adanya perancangan strategik, pengurus akan dapat membentuk suatu konsep yang jelas dan lengkap bagi sesebuah organisasi. Proses ini akan membantu para pengurus untuk menilai kekuatan dalaman serta kekuatan luaran organisasinya dalam menangani cabaran. Dengan perancangan ini, matlamat serta objektif sesebuah organisasi akan lebih jelas dan memudahkan pengurus untuk membuat keputusan bagi mencapai matlamat tersebut.

Sekiranya perancangan strategik tidak dilaksanakan di dalam sesebuah organisasi, maka kesannya ialah pengurus akan menghadapi masalah dalam penentuan objektif serta penetapan matlamat yang harus dicapai oleh organisasi tersebut. Apabila sesebuah organisasi tidak mempunyai halatuju dan matlamat yang harus dicapai maka operasi yang wujud di dalam organisasi tersebut tidak mengikut landasan yang diharapkan. Ia akan menyebabkan kegagalan dalam menguruskan sesebuah organisasi.

(5)

Kegagalan ini akan menyebabkan berlaku kemerosotan produktiviti sesebuah organisasi dan menyebabkan organisasi tersebut gagal berdiri sama tinggi dengan organisasi-organisasi lain.

2.2 Bertindak Balas Kepada Perubahan Persekitan

Dengan adanya perancangan strategik pengurus akan dapat menangani masalah yang tidak dijangka sekiranya persekitaran berubah. Ini kerana perancangan strategik telah membantu para pengurus dalam membuat persiapan awal bagi menangani permasalahan tersebut. Pengurus akan membuat keputusan berdasarkan situasi terkini untuk keperluan di masa hadapan. Contohnya, sekiranya situasi organisasi dalam keadaan yang agak perlahan maka pengurus boleh menetapkan matlamat organisasinya berdasarkan pengalaman masa lalu yang berkaitan. Walaubagaimanapun, pada masa ini arus perubahan situasi tidak dapat dijangka dengan tepat kerana ianya berlaku terlalu pantas mengikut perkembangan zaman teknologi yang canggih.

Oleh yang demikian para pengurus perlu lebih kreatif dalam mencatur strategi bagi mengatasi masalah tersebut. Dengan mengandaikan permasalahan yang mungkin akan

(6)

timbul akibat perubahan persekitaran, pengurus dapat menyediakan beberapa langkah menangani masalah sebagai persiapan awal dan dapat mencongak peluang-peluang yang mungkin wujud dari perubahan persekitarn tersebut.

3.0 ELEMEN-ELEMEN DALM PERANCANGAN STRATEGIK

Perancangan strategik mempunyai beberapa elemen penting bagi memastikan perncangan yang dibuat bertepatan dengan kehendak dan objektif sesebuah organisasi. Kepincangan salah satu elemen dalam perancangan strategik akan menganggu perjalanan perancangan ini (Zainal Abidin 1998). Sekiranya perancangan strategik tidak dapat dilaksanakan maka risiko yang bakal dihadapi oleh seseorang pengurus akan menjadi bertambah besar. Bahkan ia mungkin menyebabkan berlaku kemerosotan dalam sesebuah organisasi. Antara elemen-elemen yang wujud dalam perancangan strategik ini ialah:

3.1 Misi

Setiap organisasi mempunyai misi tersendiri, penetapan misi sesebuah organisasi akan membantu memandu halatuju sesebuah organisasi. Pencapaian misi yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi menunjukkan

(7)

bahawa organisasi tersebut telah berjaya dan berada di landasan yang diharapkan.

3.1.1 Prinsip Dalam Pernyataan Misi

Terdapat beberapa prinsip yang harus diteliti dalam membuat peryataan misi. Antaranya prinsip tersebut ialah mengenal pasti Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang (KLAP) dalam sesebuah organisasi. Pengurus perlu menilai beberapa faktor yang berkaitan dengan KLAP agar pernyataan misi sesebuah organisasi bertepatan dengan objektif organisasi tersebut.

Selain itu, pernyataan tersebut mestilah mudah difahami oleh semua orang dan tidak terlau umum dan tidak terlalu spesifik. Sekiranya pengurus menggunakan bahasa yang sukar difahami dikhuatiri objektif organisasi tersebut tidak akan tercapai kerana misi yang dinyatakan tidak jelas dan mengelirukan. Megikut kajian ahli-ahli pengurusan, 25 patah perkataan merupakan bilangan perkataan yang ideal dan mudah diingat oleh para pekerja dalam menyatakan misi sesebuah organisasi. Oleh yang

(8)

demikian, pernyataan misi haruslah ringkas, padat dan mudah diingati.

Selain itu juga, pernyataan misi ini mestilah melibatkan Pengurus besar sesebuah organisasi. Ini kerana, penglibatan Pengurus Besar dalam pernyataan misi akan membantu melicinkan proses membuat keputusan dan akan memudahkan sokongan terhadap perancangan yang dilakukan dalam sesebuah organisasi.

3.1.2 Kepentingan Misi

Misi mempunyai peranan yang tersendiri dalam sesebuah organisasi. Antaranya ialah, misi sebagai agen yang mengawal perjalanan sesebuah organisasi di mana halatuju sesebuah organisasi akan mengikut kehendak misi yang telah ditetapkan.

Selain itu, peranan misi ialah sebagai rujukan untuk menentukan sumber yang diperlukan bagi menggerakkan jentera sesebuah organisasi dan pengagihan sumber manusia boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan misi sesebuah organisasi. Dengan cara ini pengagihan sumber manusia akan

(9)

memenuhi keperluan sesebuah unit dan dapat mengelakkan pembaziran sumber manusia.

Misi yang dinyatakan juga akan mempengaruhi cara seseorang pengurus mengeksploitasi peluang-peuang yang wujud di persekitarannya. Kecekapan pengurus menggunakan kelebihan ini, akan memberikan kelebihan berbanding pengurus lain yang kurang berkemampuan dalam bidang ini. Kelebihan ini bukan sahaja menjamin suatu pengurusan yang baik bahkan akan membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

3.2 Nilai Strategi

Nilai strategi merupakan salah satu elemen yang penting dalam perancangan strategik. Ianya dilaksanakan oleh ahli strategi di dalam sesebuah organisasi. Setiap strategi yang dirancang akan mengandungi nilai-nilai yang berbeza berdasarkan beberapa kriteria berikut:

a) Minat b) Pendidikan c) Pergaulan d) Kematangan

(10)

e) kemasyarakan

Pada kelazimannya, tidak semua ahli dalam organisasi terlibat dalam penentuan strategi sesebuah organisasi. Ahli strategi yang terlibat dalam perbincangan menentukan halatuju organisasi ialah seperti yang disenaraikan di bawah:

a) Pengurus Besar CEO b) Ahli Lembaga Pengarah c) Usahawan

d) Perancang Korporat e) Pengurus Unit Strategi f) Pengurus

g) Perunding

3.3 Kelulusan Dan Kebenaran

Sebelum sesuatu perancangan dapat diaplikasikan dalam sesebuah organisasi, persetujuan untuk mengunakan strategi tersebut mestilah diperolehi daripada Pengurus Besar. Ini kerana perlaksanaan strategi tersebut akan melibatkan semua ahli yang terdapat di dalam sesebuah organisasi samada dari ahli bawahan sehingga ke pentadbiran.

(11)

Sekiranya strategi yang dirancang dipersetujui, maka pengurus akan menggunakan pendekatan yang terbaik untuk menyediakan satu pasukan kerja yang memiliki matlamat bagi mencapai segala objektif yang di gariskan. Pengurus akan membuat pengarahan kepada penggunaan strategi tertentu seterusnya membuat pengawalan kepada ahlinya agar sentiasa mematuhi peraturan dan kehendak organisasi bagi memastikan segala objektif sesebuah organisasi dapat dicapai dengan jayanya(Abd Aziz 2003).

4.0 PROSES PERANCANGAN STRATEGIK

Proses perancangan strategik merupakan satu susunan tindakan yang akan menghasilkan beberapa keputusan strategik dan diikuti dengan tindakan perlaksanaan, pengawalan dan mendapatkan maklum balas mengenai strategi yang telah digunakan. Mengikut Zainal Abidin Mohamad (1994), proses perancangan strategik boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat sperti yang dinyatakan di bawah:

4.1 Analisis Persekitaran Am

Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti keadaan sekeliling yang bakal dihadapi oleh sesebuah organisasi dari segi ancaman dan peluang yang

(12)

wujud. Ia termasuk analisis sosiobudaya setempat yang mempengaruhi persekitaran. Selain itu, senario politik juga dianalisis bagi mengetahui tahap kestabilan negara serta penguatkuasaan undang-undang negara yang meliputi hak-hak pekerja, keselamatan tempat kerja, kuota sesuatu barangan, pemilihan lokasi pembinaan dan sebagainya.

Teknologi masa kini juga turut menjadi agenda utama yang dianalisis kerana perkembangan teknologi pada hari ini terlalu pantas dan terlalu banyak perubahan serta peningkatan tahap kecekapan sesebuah organisasi dengan bantuan alat yang berteknologi tinggi. Produktiviti telah meningkat berkali ganda dan pengurangan pekerja juga wujud disebabkan kebayakan kilang menggunakan mesin dan jentera dengan pengeluaran berskala besar sedangkan ia hanya memerlukan beberapa orang sahaja untuk menjalankan operasi tersebut.

Selain itu, analisis kedudukan ekonomi negara juga penting dalam proses perancangan strategik. Contohnya, ia berkaitan dengan Keluaran Negara Kasar, kadar cukai, kadar pinjaman, pendapatan dan perbelanjaan pengguna, inflasi serta deflasi, lebihan

(13)

dan kurangan perdagangan antarabangsa serta devaluasi mata wang dan banyak lagi.

Penekanan terhadap analisis kesan ekologi dan faktor iklim semasa memungkinkan sesebuah organisasi yang mengeluarkan barangan bermusim untuk mencari penyelesaian kepada situasi tersebut. Ancaman ini akan menjadikan sesebuah organisasi mengalami kerugian sekiranya tidak ada penyelesaian alternatif kepada masalah tersebut. Pengaruh daripada persekitaran akan memberikan peluang kepada pengurus atau sebaliknya menjadi ancaman kepada pengurus tersebut dalam mengendalikan sesebuah organisasi.

4.2Perancangan Senario

Perancangan senaria merupakan peramalan serta pengandaian kepada sesuatu senario yang mungkin dihadapi oleh sesebuah organisasi dengan menggunakan beberapa kaedah antaranya ialah:

4.2.1 Kaedah Rip Van Wingkle

Membuat ramalan terhadap keadaan persekitaran untuk tempoh masa tiga hingga lima tahun akan datang dan mengandaikan pengurus sedang tidur dan akan bangun

(14)

semula selepas waktu tersebut. Senario ini mengandaikan apakah yang akan terjadi dalam tempoh masa tertentu dan berusaha membuat perancangan yang sesuai untuk menanganinya kelak.

4.2.2 Perancangan Senario Terpimpin

Beberapa individu yang berpengalaman bersidang dan membentangkan gambaran tentang persekitaran semasa yang diketahui umum. Mereka akan mencadangkan beberapa senario yang lebih baik untuk dibincangkan bersama.

4.2.3 Perancangan Senario Terarah

Dalam senario ini, didapati ketua sesebuah organisasi itu sendiri yang akan memaklumkan perancangan strategik yang diambil berdasarkan senario yang wujud. Hanya ketua pengurus yang berpengalaman, mempunyai hubungan yang meluas dengan semua staf serta berwibawa mampu memberikan ramalannya terhadap senario yang diandaikannya. Pada kebiasaanya ketua pengurus akan berbincang dengan penolong

(15)

pengurus sebelum mengumkan perancangan strategiknya kepada ahli dalam organisasi.

4.3 Analisis Persekitaran Industri

Analisis persekitaran industri ini dilakukan untuk meninjau beberapa komponen yang dilihat dapat mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang beroperasi dalam pasaran terbuka antaranya ialah: a) Pembeli b) Pembekal c) Pesaing d) Barang pengganti e) Kumpulan sasaran f) Bakal pesaing g) Buruh 4.4 Analisis Dalaman

Analisis dalaman merupakan analisis terhadap maklumat yang diperolehi daripada sesebuah organisasi itu sendiri. Ia melibatkan kemampuan serta kekuatan dalaman sesebuah organisasi degan mengambil kira segala kos operasi, kos tetap, pengurusan , perbelanjaan latihan, penyelidikan, kedudukan organisai dan sebaginya. Analisis ini

(16)

digunakan untuk mencatur strategi yang lebih sesuai berdasarkan kemampuan sesebuah organisasi. Antara beberapa bahagian yang terlibat secara langsung dalam membuat analisis dalaman ialah:

a) Bahagian Kewanagan b) Bahagian Pengeluaran c) Bahagian Sumber Manusia d) Bahagian Pemasaran

4.5 Penyenaraian Strategi Alternatif

Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelnagai latar belakang pendidikan, pengalaman serta kemahiran yang dimiliki oleh para pengurus dan pengurus kanan, oleh yang demikian, berkemungkinan strategi yang dikemukakan akan menjadi lebih dari satu strategi. Semua strategi yang dirasakan sesuai disenaraikan dan di bawa dalam suatu perbincangan bersama pihak atasan dan akan memilih stategi yang terbaik dan yang paling sesuai dengan kemampuan sesebuah organisasi.

4.6 Analisis Dan Pemilihan Strategi

Pemilihan sesuatu strategi merupakan sesuatu proses yang penting dalam menentukan strategi yang paling sesuai dengan kemampuan organisasi. Analisis

(17)

dalam pemilihan membolehkan pengurus membuat keputusan dengan lebih yakin dan tepat. Terdapat beberapa teknik dalam menganalisis strategi sesebuah organisasi antaranya :

a) Gambaran senario masa depan b) Sinergi dan sumber

c) Jangka hayat produk d) Kleuk Pengalaman

e) Analisis pulangan modal

f) Matriks KLAP (Kekuatan, Kelemahan, Anacaman, Peluang)

g) Matriks NDTS ( Penilaian Kedudukan dan Tindakan Strategi)

h) Matriks pemasaran 4.7 Perlaksanaan Strategi

Dalam melaksanakan sesuatu strategi, pengurus mestilah sentiasa memantau perjalanan dan keberkesanan sesuatu strategi. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh pengurus dalam melaksanakan strategi antarnya ialah:

a) Analisis perubahan b) Matlamat Tahunan

(18)

c) Pengurangan halangan terhadap perubahan

d) Analisi struktur organisai e) Analisis budaya organisasi

f) Analisis pengurus dengan strategi g) Analisis penggubalan dasar

h) Pembahagian sumber

i) Membina kepakaran sumber manusia j) Mengubahsuai operasi

k) Menyemak insentif dan ganjaran 4.8 Pengawalan

Pengawalan merupakan satu tindakan yang dilakukan oleh pengurus bagi mencapai matlamat organisaisi. Pengurus mestilah faham dan mengetahui objektif organisasi dengan jelas bagi memastikan ahlinya mematuhi segala kehendak dan arahan organisasi. Dalam melaksanakan kawalan terdapat beberapa langkah yang boelh digunakan iaitu:

a) Mengenal pasti prestasi yang perlu diukur b) Mengenal pasti piawaian prestasi

c) Mengenal pasti prestasi sebenar

d) Membandingkan dengan prestasi sebenar e) Melakukan tindakan pembetulan

(19)

4.9 Maklum Balas dan Penilaian.

Dengan adanya penilaian dan maklum balas mengenai strategi yang dilaksanakan akan membolehkan para pengurus membuat pembetulan dan pembaikan kepada pengurusan sesebuah organisasi. Pengurus berpeluang untuk membuat perubahan strategi secara drastik sekiranya strategi yang telah digunakan tidak bersesuaian dan tidak mendatangkan keuntungan kepada organisasi.

5.0 PERLAKSANAAN STRATEGI

Perlaksanan strategi merupakan kesinambungan daripada perbincangan sebelum ini iaitu perancangan serta pemilihan strategi yang sesuai dengan sesebuah organisasi. Walaubagaimanapun, kejayaan sesebuah organisasi bergantung dengan perlaksanaan strategi yang telah dipilih. Sekiranya pengurus telah menetapkan sesuatu strategi untuk dugunakan namun tidak ada perlaksanaan terhadap strategi tersebut ia turut menyebabkan kegagalan kepada sesebuah organisasi.

Sesebuah organisasi yang ingin mencapai objektif yang telah ditetapkan mestilah menjalankan satu proses formulasi sebelum melaksanakan strategi yang dipilih. Perkaitan antara formulasi

(20)

dan perlaksanaan amat ketara kerana kedua-duanya akan menghasilkan kesan kepada organisasi. Gabungan formulasi dan perlaksanaan telah mengahsilkan empat keadaan iaitu:

a) Berjaya

Keadaan di mana sesebuah organisai yang mempunyai gabungan formulasi dan perlaksanaan yang baik. Keadaan ini membantu kepada produktiviti dan mengurangkan risiko kerugian dalam sesebuah organisasi.

b) Berpusing ( roulette)

Keadaan ini wujud apabila formulasi yang digunakan agak lemah, tetapi perlaksanaan yang dilakukan adalah baik. Oleh yang demikian ia akan menyebabkan dua keadaan iaitu perlaksanaan yang baik akan mengatasi kelemahan formulasi dan akan memberi gambaran kepada pengurus bahawa strategi yang digunakan kurang sesuai dan mencari strategi yang lebih baik lagi. Keadaan kedua pula ialah, apabila strategi yang digunakan tidak berkesan maka formulasi baru akan dibuat walaupun pada perlaksanaannya baik. Ini berkemungkinan, produktiviti yang dihasilkan tidak begitu memuaskan.

(21)

Keadaan ini akan berterusan berpusing-pusing sehingga produktiviti yang dikehendaki tercapai.

c) Sulit

Situasi ini wujud apabila sesuatu formulasi dilakukan dengan sangat baik walaubagaimanapun pada perlaksanaanya sangat lemah. Ini disebabkan pengurus hanya menumpukan kepada pembuatan formulasi tetapi mengabaikan perlaksanaan strategi. Keadaan ini akan memberikan kesan yang negatif kepasa sesebuah organisasi.

d) Gagal

Keadaan ini wujud akibat kelemahan dari segi formulasi dan kelemahan dari segi perlaksanaan. Pengurus akan mengahadapi kesukaran membawa halatuju sesebuah organisasi. Situasi ini akan menyumbang kepada kegagalan sesebuah organisasi. Sepatutnya pengurus mesti memberi keseimbangan kepada kedua-dua bahagian ini iaitu formulasi dan perlaksanaan agar segala objektif yang telah ditetapkan akan tercapai sepenuhnya.

(22)

Dalam perlaksanaan strategi terdapat beberapa kemahiran yang perlu diketahui iaitu:

5.1.1 Kemahiran Inetraksi

Pengurus harus bijak menggunakan kemahiran ini bagi berinteraksi semasa menjalankan aktiviti pengurusan. Ia bukan sahaja kemahiran mempengaruhi para pekerja untuk melaksanakan tugas pengarahan serta pengawalan bahkan ia melibatkan interaksi dalaman seperti keupayaan memahami situasi dan perasaan pekerja dan mampu mengadakan muzakarah sesama ahli demi kebaikan organisasi.

5.1.2 Kemahiran Pengagihan

Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan seseorag pengurus untuk membuat jadual tugas dan pembahagian masa, wang, dan sumber lain dengan cekap. Dengan kemahiran ini pengurus dapat mengelakkan pembaziran tenaga yang berlebeihan di unit lain dan dapat menyalurkan lebihan tersebut ke unit yang lain.

5.1.3 Kemahiran Pengendalian

Kemahiran ini membolehkan pengurus menangani permasalahn yang tidak dijangka dengan

(23)

cepat serta efektif. Pengurus dapat mengeksploitasi keadaan yang mendesak dengan lebih tenang dan menyelamatkan kedudukan organisasi.

5.1.4 Kemahiran Mengorganisasi

Kemahiran ini memberikan kelebihan kepada pengurus untuk mengatur ahli dalaman dalam organisasi. Pengorganisasian yang cekap akan mengelakkan kecelaruan dalam menjalankan tugas dan memberikan panduan serta diskripsi tugas yang jelas kepada para pekerja. Pengurus yang memeliki kempat-empat kemahiran ini akan mampu mengendalikan sesebuah organisasi dengan cemerlang dan mampu mengatasi segal masalah yang dihadapi.

6.0 PERANCANGAN STRATEGIK DI MALAYSIA

Perancangan strategik di Malaysia boleh dilihat daripada beberapa dokumen-dokumen tertentu. Dokumen tersebut ialah Rancangan Pembangunan Malaysia keempat (80) dan kelima (85-89)yang mana ianya dilengkapi dengan terminologi seperti ‚objektif jangka panjang’ dan strategi melaksanaklannya.

Selain itu, Institut Tadbiran Awam merupakan salah satu badan yang terawal menguruskan kursus berkaitan dengan

(24)

perancangan strategik ini kepada pegawai-pegawai sekitar tahun 80an. Pada ketika itu amalan perancangan strategik hanya berbentuk teori dan kursus sahaja dan perlaksanaannya hanya di peringkat percubaan dan penyelidikan sahaja.

Walaubagaimanapun, perancangan strategik ini sememangnya sudah berlaku dalam sektor awam dan swasta tetapi secara tidak langsung dan tidak pernah dibentangkan bagaimana cara-cara perlaksanaanya secara khusus.

Beberapa penyelidikan mengenai perancangan ini mula dilalukan selepas tahun 80an antaranya ialah Han(85) telah menerbitkan penyelidikan keatas gunaan teknik, operasi penyelidikan dalam bank. Siti Maimon juga telah membuat penyelidikan khusus kepada perancangan strategik di malaysia dan beliau berkemungkinanan orang pertama menjalankan penyelidikan tersebut. Beliau telah mendapai bahawa amalan perncangan strategik telah berlaku dalam beberapa syarikat pada waktu itu dan beliau menjadikan syarikat tersebut sebagai responden kepada kajiannya.

Pada tahun 1985, Pelan Induk Perindustrian telah dikeluarkan bagi menjelaskan dan menerangkan kepada pegawai mengenai strategi dan objektif jangka masa panjang kerajaan Malaysia.

(25)

Secara kesimpulannya, perancangan strategik di negara kita, diamalkan secara rasmi dalam organisasi sekitar tahun 80an. Walaubagaimanapun perancangan strategik ini telah pun digunapakai oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta pada awal 60an secara tidak langsung dan tidak dinamakan dengan perangan strategik pada waktu itu. Perancangan strategik ini amat penting bagi negara kita sehingga dapat mengekalkan kestabilan ekonomi negara dan keharmonian rakyat sehingga ke hari ini.

7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, perancangan strategik didefinasikan sebagai suatu proses yang di ambil dalam setiap organisasi serta sistem yang didirikan di dalamnya. Perancangan ini sangat berguna kepada pera pengurus untuk menentukan halatuju organisasi berdasarkan objektif yang telah ditetapkan oleh organisai untuk jangka masa yang panjang.

Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai satu sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu juga perancangan strategik yang dilakukan dalam setiap organisasi menjadikan organisasi tersebut lebih teguh dan mempunyai kredebeliti yang sangat tinggi samada dari segi produktiviti, cara bakerja, cara menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.

(26)

Seharusnya setiap organisasi mengetahui dan mendalamai sistem perancangan strategik kearah pengurusan organisasi yang lebih strategik dan lebih berkesan. Walaupun pengunaan perancangan strategik di negara kita sudah meluas kerana telah dibuktikan dengan peningkatan produktiviti sesebuah organisasi, namun masih terdapat organisasi yang masih belum mencapai tahap yang cemerlang dari sudut pengurusannya.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorag pengurus untuk memastikan memiliki kriteria lengkap untuk menjadi seorang pengurus yang hebat dengan mendalami ilmu pengurusan terutamanya ilmu pengurusan strategik agar produktiviti sesebuah organisasi sentiasa di tahap yang membanggakan.

(27)

BIBLIOGRAFI

Zainal Abidin Mohamed (1998). Pengurusan Strategik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dr. Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam Dan Swasta. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Lukman Z. Mohamad dan Azmi abdul manaf (2003).Globalisasi di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Muhamad Ali Embi,(2003). Konsep Asas Pengurusan Sumber

Manusia. (Penggunaan konsep). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mumtaz Began Hj Abd Kadir, Norasiken Bakar, Norhayati Ismail, (2002). Kualiti Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noraini Ahmad (2004). Budaya Kerja Cemerlang. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

(28)

Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Pearson Malaysia Sdn. Bhd. http://pkukmweb.ukm.my/~ppa/04kakitgnpencetuskualiti.htm www. fppsm.utm.my /jurnal/JK7DO6/JK7_Sharifahbaharum.pdf www.suekainah.blogspot.com/2006/12/pengurusan-sumber-kualiti-yang-lazim.html

Referensi

Dokumen terkait

UAV merupakan sistem tanpa awak (Unmanned System), yaitu sistem berbasis elektro-mekanik yang dapat melakukan misi-misi terprogram, dengan karakteristik: (i) tanpa awak

Hasil jumlah iterasi dalam satu kali konvergen terhadap jumlah varian data training pada metode improved semi supervised k-means dengan k-means Pada pengujian ketiga

Aturan-aturan telah menjadi landasan bagi KJRI Davao City dalam mengeluarkan kebijakan dan upaya-upaya untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat keturunan Indonesia di

pemikiran di atas dapat disimpulkan bahwa peran Agama dalam Antropologi sebagai panduan untuk membimbing manusia untuk memiliki moral dan perilaku sesuai dengan

Bank memberikan kepada eksportir seluruh dana yang dibutuhkan dalam proses produksi barang ekspor yang dipesan oleh importir.. Bank melakukan pengurusan

Penelitian sekarang dilakukan oleh Wisnu Aditya Nurkamal untuk menguji ulang pengaruh dimensi gaya hidup terhadap keputusan pembelian dengan menggunakan objek yang berbeda dengan

 Retribusi daerah adalah pungutan daerah sebagai pembayaran atas jasa atau pemberian izin tertentu yang khusus diberikan atau disediakan oleh pemerintah daerah

mengkaji perubahan sosial ekonomi petani jeruk di desa