• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tel : Faks : TH CATAT PENDAPATAN RM1.52 BILION SETENGAH TAHUN PERTAMA 2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Tel : Faks : TH CATAT PENDAPATAN RM1.52 BILION SETENGAH TAHUN PERTAMA 2021"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SIARAN AKHBAR

TH CATAT PENDAPATAN RM1.52 BILION SETENGAH TAHUN PERTAMA 2021

Kedudukan kewangan kekal kukuh dengan Aset mengatasi Liabiliti

➢ Jumlah pendapatan turun hanya satu peratus kepada RM1.52 bilion, tanda ketahanan TH menangani ekonomi dan perniagaan yang mencabar.

➢ Pendapatan dipacu pulangan pelaburan pendapatan tetap yang merangkumi 62 peratus dan saham (14 peratus) dari pendapatan kasar.

Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM85.92 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM83.73 bilion pada 30 Jun 2021.

Keteguhan pencapaian kewangan TH mencerminkan pendekatan pelaburan yang strategik dan oportunistik dengan pengurusan kecairan yang mantap

KUALA LUMPUR, 8 September 2021 - Lembaga Tabung Haji (TH) mencatat jumlah pendapatan sebanyak RM1.52 bilion dalam setengah tahun pertama yang berakhir pada 30 Jun 2021 berbanding dengan RM1.55 bilion untuk tempoh yang sama pada tahun 2020. Walaupun menurun satu peratus, pencapaian ini mencerminkan ketahanan TH menangani kelembapan ekonomi dan perniagaan yang sukar pada masa kini.

Sebahagian besar pendapatannya diperoleh daripada pelaburan pendapatan tetap yang telah menyumbang sebanyak RM942.6 juta dalam tempoh setengah tahun pertama yang merangkumi 62 peratus daripada jumlah pendapatan kasarnya.

Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji

Lantai 16, Menara TH Tun Razak 201, Jalan Tun Razak

50732 Kuala Lumpur

Tel : 03 2054 2132 Faks : 03 2164 0432

(2)

Pelaburan saham turut menyumbang RM219.9 juta untuk tempoh semakan, mencatatkan peningkatan berbanding RM184.2 juta pada tempoh yang sama pada tahun lalu. Pelaburan ekuiti menyumbang 14 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan, manakala pelaburan harta tanah memperoleh pendapatan sebanyak RM174.7 juta, diikuti pelaburan pasaran wang dengan pendapatan RM161.8 juta.

Lembaga Tabung Haji Jun 2021 Jun 2020

6 Bulan Kewangan Berakhir RM'000 RM'000 %

Pendapatan 1,524.3

1,545.5 -1.4

Kos 246.3 244.9 +0.6

Keuntungan selepas zakat 1,221.4 1,248.7 -2.2

Jun 2021 Dis 2020

Jumlah Deposit (RM) 81,142.8 75,919.8 +6.9

Jumlah Pendeposit 8.3 juta 8.9 juta -6.7

Setelah mengambil kira perbelanjaan serta peruntukan zakat, TH mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.22 bilion dalam tempoh enam bulan pertama sehingga 30 Jun 2021, penurunan dua peratus berbanding RM1.25 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2020. Antara faktor yang menyebabkan penurunan keuntungan adalah dari pelaburan harta tanah berikutan keadaan pasaran mencabar kerana pandemik di seluruh dunia.

Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM85.92 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM83.73 bilion pada 30 Jun 2021. Jumlah kos operasi juga hampir sama dengan kos pada tahun lepas, hasil langkah pengurusan berhemah walaupun di dalam keadaan ekonomi yang mencabar. TH sentiasa mengambil langkah untuk mengoptimumkan perbelanjaan bagi memastikan pengurusan kos yang cekap.

Pada 30 Jun 2021, jumlah deposit di TH berjumlah RM81.14 bilion, iaitu paras tertinggi sejak penubuhannya, 58 tahun lalu. TH mempunyai 8.3 juta pendeposit pada 30 Jun 2021.

(3)

Ketidaktentuan dan cabaran ekonomi masa kini

Melihat kepada perkembangan dalam tempoh setengah tahun pertama ini, ekonomi negara terus berdepan dengan cabaran khususnya peningkatan kes Covid-19 dan juga pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara yang sering diperbaharui. Namun begitu, program vaksinasi rakyat terus dipertingkatkan dan ditambah baik di seluruh negara.

Keteguhan pencapaian kewangan TH mencerminkan pendekatan pelaburan yang strategik dan oportunistik dengan pengurusan kecairan yang mantap, berpandukan kepada Alokasi Aset Strategik (SAA) yang bertujuan meminimumkan kesan turun naik jangka masa pendek di pasaran.

Mandat TH berdasarkan SAA ini adalah untuk menguruskan simpanan para pendeposit untuk jangka masa panjang bagi tujuan menunaikan ibadat haji.

Lebih daripada separuh atau 58 peratus aset TH telah diperuntukkan bagi pelaburan dalam instrumen pendapatan tetap seperti sukuk yang memberikan pulangan stabil dan selamat dalam jangka masa panjang.

Pulangan pelaburan ekuiti TH juga mengatasi penanda aras Indeks Syariah Hijrah Bursa Malaysia yang turun 7.45 peratus dalam tempoh setengah tahun pertama. TH memfokuskan kepada pelaburan saham dengan asas yang baik, berkualiti dari aspek ketahanan dan rekod prestasi dividen yang baik.

"Pendekatan berstruktur terhadap pelaburan ini mencerminkan komitmen TH untuk melindungi kepentingan para pendeposit dengan memelihara dan meningkatkan simpanan mereka untuk memenuhi kewajiban agama. Kami amat sedih kerana tidak dapat menguruskan ibadah haji pada tahun ini, namun kami tetap mengatur kesemua langkah-langkah yang diperlukan bagi menambah baik aspek persiapan haji mengikut peraturan dan syarat keselamatan yang baru.”

"TH sentiasa mengambil langkah berhati-hati pada setengah tahun kedua tahun 2021 dengan mengambil kira penularan varian Covid-19 baru muncul.

Namun, dengan proses vaksinasi yang telah ditingkatkan, pastinya ia akan menjadi pemangkin kepada petumbuhan semula ekonomi negara," kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato’ Sri Amrin Awaluddin.

(4)

Kedudukan kewangan yang kukuh

Dato’ Sri Amrin berkata, TH sentiasa menghargai sokongan para pihak berkepentingan, terutamanya pendeposit. TH sentiasa dan akan terus meningkatkan dan memperkukuhkan aspek tadbir urus dan operasi demi membina ketahanannya sehingga ke masa hadapan.

Melangkah ke hadapan, TH akan meneruskan usaha meningkatkan pendapatan melalui pelaburan dan menguruskan kos operasi dengan lebih cekap untuk memastikan agihan keuntungan yang mampan dan stabil untuk para pendeposit.

TH juga akan terus fokus terhadap tahap tadbir urus, pematuhan dan integriti yang tinggi demi kebaikan TH dan pendepositnya. Operasi TH dan urusan harian pendeposit tidak akan terganggu oleh keputusan Kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dan kawalselia Bank Negara Malaysia sementara dapatan siasatan RCI dibentangkan kelak.

-Tamat-

(5)

LEMBAGA TABUNG HAJI

Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963 dan ditadbir berdasarkan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). TH menyediakan kemudahan bagi umat Islam di negara ini merancang simpanan bagi menunaikan ibadat haji.

Sebagai sebuah institusi haji terunggul negara dan mempunyai lebih 58 tahun pengalaman, TH sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang komprehensif dan sistematik demi menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia (tidak termasuk urusan umrah). Selain diberi tanggungjawab dan amanah untuk menguruskan simpanan pendeposit serta urusan haji yang efisyen, TH turut menjalankan aktiviti pelaburan dalam dan luar negara yang berlandaskan syariah bagi memberi nilai tambah kepada simpanan para pendeposit.

Pencapaian TH yang konsisten ini telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji inovatif dan mempunyai hampir sembilan juta pendeposit serta 123 cawangan dengan lebih 10,000 'touch-points' di seluruh negara. TH turut mempunyai sebuah pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah Konsulat Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di talian 03-6207 1919. Keterangan lanjut mengenai siaran akhbar ini, sila hubungi:

Affan Aimaduddin Azami Penolong Pengurus

Bahagian Komunikasi Korporat Lantai 16, Menara TH Tun Razak 201 Jalan Tun Razak

Kuala Lumpur

Tel: 03 2054 2238 Tel. Bimbit: 019 984 7138 Faks: 03 2164 0436

Emel: affan.aimaduddin@lth.gov.my

Mohamad Naser Jaffar Pengurus Kanan

Bahagian Komunikasi Korporat Lantai 16, Menara TH Tun Razak 201 Jalan Tun Razak

Kuala Lumpur

Tel: 03 2054 2451 Tel. Bimbit: 019 200 8438 Faks: 03 2164 0436 Emel: naser@lth.gov.my

(6)

SOROTAN PRESTASI

BAGI TEMPOH JANUARI – JUN 2021

PERTENGAHAN TAHUN 2021

. . . .

... ... ... ...

Pendapatan dijana daripada

Pelaburan aset

pendapatan tetap Pelaburan

harta tanah Pelaburan

ekuiti Instrumen pasaran wang Islam

2021

PENDAPATAN 1.52 BILION 1.55 BILION KEUNTUNGAN 1.22 BILION 1.25 BILION

2020

BILION

2.20

LEBIHAN ASET

BERBANDING LIABILITI

Kedudukan kewangan TH kekal kukuh

dengan Aset mengatasi Liabiliti

(7)

SOROTAN PRESTASI

BAGI TEMPOH JANUARI – JUN 2021

PERTENGAHAN TAHUN 2021

JUMLAH DEPOSIT

SEHINGGA 30 JUN 2021

JUMLAH PENDEPOSIT

RM81.14 Bilion 2021

8.3 Juta 2021

RM75.92 Bilion 2020

8.9 Juta 2020

Referensi

Dokumen terkait

Pedoman Peralatan SMK Th.

DAN UNTUK PERIODE SEMBILAN BULAN YANG BERAKHIR PADA TANGGAL 30 SEPTEMBER 2021 DAN 2020/. 30 SEPTEMBER 2021 AND 31 DECEMBER 2020 AND FOR THE NINE-MONTH PERIODS ENDED 30 SEPTEMBER

Jaya Trishindo (HELI) membukukan pendapatan sebesar Rp52,43 miliar hingga 30 September 2021, turun dari pendapatan sebesar Rp72,66 miliar pada periode yang sama tahun

Ujian proposal tesis berupa seminar bersifat terbuka untuk menentukan kelayakan proposal penelitian tesis yang dihadiri oleh semua Dosen Pembimbing, Dosen Penguji dan mahasiswa.

Tetapi, kerajaan PN telah mengembalikan dana khas yang cukup besar kepada Perdana Menteri dalam Belanjawan 2021 berjumlah RM 2.19 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM

Sama halnya dengan di beberapa KUA yang telah dikunjunginya, Kakanwil Syafrudin Baderung di KUA Tapa juga menyampaikan, perlu ada peningkatan layanan publik diseluruh Kantor

Gorontalo, (kemenag.go.id) – Kantor Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Provinsi Gorontalo, melalui Sub Bagian Ortala dan KUB (Kerukunan Umat Beragama) melakukan

Untuk Periode-periode Sembilan Bulan yang Berakhir 30 September 2021 dan 2020 For the Nine-Month Periods Ended September 30, 2021 and 2020.. (Angka-angka Disajikan dalam Rupiah,