• Tidak ada hasil yang ditemukan

古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "古晉市神的召會. Gereja tuhan di kuching"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

BAB SEPULUH

KEHIDUPAN MAZBAH DAN KHEMAH Bacaan Bible: Kej. 12:7-8; 13:3, 4, 18

Kehidupan orang Kristian ialah kehidupan mazbah dan khemah. Mazbah adalah terhadap Tuhan manakala khemah adalah terhadap dunia. Tuntutan Tuhan terhadap anak-anak-Nya ialah mereka harus mempunyai mazbah di hadapan-Nya dan mempunyai khemah di bumi. Apabila adanya mazbah, pastinya ada permastautinan sementara di dalam khemah; setelah adanya khemah, pasti akan ada perkembalian ke mazbah. Tidak mungkin ada mazbah tanpa khemah, dan tidak mungkin ada khemah tanpa kembali ke mazbah. Mazbah dan khemah saling berkait rapat; kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.

KEHIDUPAN MAZBAH

Kejadian 12:7 berkata, “Dan Yehova menampakkan diri kepada Abram dan bersabda, Kepada benihmu, Aku akan memberikan tanah ini. Dan di situ, dia membina sebuah mazbah untuk Yehova yang telah menampakkan diri kepadanya.” (Ibr.) Dalam ayat ini, kita melihat bahawa mazbah wujud berdasarkan Tuhan menampakkan diri-Nya kepada kita. Jika Tuhan tidak menampakkan diri, tidak mungkin ada mazbah. Tidak ada seorang yang dapat mempersembahkan diri kepada Tuhan tanpa bertemu dengan Tuhan terlebih dahulu. Tidak ada seorang yang dapat mempersembahkan segala- galanya di atas mazbah jika Tuhan tidak menampakkan diri kepadanya. Persembahan bukan didorong oleh nasihat atau gesaan orang tetapi didorong oleh Tuhan yang menampakkan diri. Jika Tuhan tidak menampakkan diri-Nya kepada manusia, maka tidak ada seorang pun yang rela mempersembahkan segala-galanya di atas mazbah, dan tidak ada seorang pun yang rela mempersembahkan dirinya kepada Tuhan secara automatik. Sungguhpun seseorang ingin mempersembahkan dirinya kepada Tuhan, dia mendapati bahawa dia tidak ada apa-apa yang dapat dipersembahkan. Sesetengah orang berkata, “Saya mahu mempersembahkan hati saya kepada Tuan, namun hati saya tidak rela.”

Manusia tidak dapat memihak kepada Tuhan. Akan tetapi, jika pada suatu hari kita bertemu dengan Tuhan, maka secara spontan terhasillah persembahan. Sekali kamu bertemu dengan Tuhan dan sekali kamu menyentuh Tuhan, kamu bukan milik dirimu lagi. Tuhan tidak boleh disentuh sewenang- wenangnya! Sekali manusia bertemu dengan Tuhan, dia tidak dapat hidup untuk dirinya lagi.

Kita harus tahu bahawa kuasa untuk mempersembahkan diri kita kepada Tuhan berasal daripada penampakan diri-Nya dan pewahian-Nya. Orang yang berbicara tentang persembahan tidak semestinya orang yang mempersembahkan diri; orang yang mengajar tentang persembahan tidak semestinya orang yang mempersembahkan diri; orang yang memahami doktrin persembahan juga tidak semestinya orang yang mempersembahkan diri. Hanya orang yang melihat Tuhan ialah orang yang benar-benar mempersembahkan diri kepada Tuhan. Tuhan menampakkan diri-Nya kepada Abraham, dan Abraham pun membina sebuah mazbah untuk Tuhan. Semasa dalam perjalanan ke Damsyik, Paulus bertemu dengan Tuan Yesus ketika Dia menampakkan diri kepadanya, dan dengan serta-merta Paulus bertanya, “Tuan, apa yang harus aku lakukan?” (Kis. 22:10). Justeru, titik peralihan dalam hayat rohani kita bukan disebabkan penetapan kita; titik peralihan ini juga bukan disebabkan keazaman kita untuk melakukan ini atau itu untuk Tuhan. Titik peralihan ini berlaku apabila kita melihat Tuhan. Apabila kita bertemu dengan Tuhan, satu perubahan yang radikal akan berlaku dalam hayat kita. Kita tidak dapat meneruskan jalan sebelum ini lagi. Apabila Tuhan menampakkan diri-Nya kepada kita, kita beroleh kekuatan untuk menolak diri kita. Apabila Tuhan menampakkan diri-Nya kepada kita, kita tidak ada pilihan lain melainkan menolak diri kita.

Penampakan Tuhan menyebabkan kamu tidak dapat terus hidup dengan sendiri; penampakan Tuhan menyebabkan kamu tidak dapat hidup untuk diri sendiri. Penampakan Tuhan membawa kekuatan

Gereja tuhan di kuching

06/02/2022

1 1

Alamat : Lot 10833, Jalan Chong Kiun Kong, Kenyalang Park, 93300, Kuching, Sarawak, Malaysia.

Emel : [email protected] Laman Web : https://ms.thechurchinkuching.org

Tel. : 6082-482258/335484 Faks : 6082-335445 UNTUK KEGUNAAN GEREJA SAHAJA Buletin Gereja isu no. 214

Pengejaran Buku Rohani

MENGASIHI TUHAN

(2)

yang tidak dapat habis dipakai. Penampakan sedemikian mengubah seluruh perjalanan hidup seseorang. Bagi seorang Kristian, kekuatan untuk hidup demi Tuhan datang daripada melihat Tuhan!

Oh! Bukan keputusan kita untuk melayan Tuhan yang membolehkan kita melayan Tuhan; bukan tekad kita hendak membina mazbah yang membolehkan kita membina mazbah. Kita memerlukan penampakan Tuhan.

Syukur kepada Tuhan, Dia tidak perlu mengatakan apa-apa ketika Dia menampakkan diri, namun banyak kali ketika menampakkan diri, Dia masih juga mengatakan sesuatu. Dia bersabda kepada Abraham, “Kepada benihmu Aku akan memberikan tanah ini” (Kej. 15:18, Ibr.). Penampakan Tuhan memberi kita harta milik yang baru. Penampakan Tuhan menunjukkan bahawa Roh Kudus yang telah diberikan kepada kita sebagai jaminan akan menjadi harta milik kita pada masa akan datang.

Bahagian yang kita terima dalam Roh Kudus hari ini akan kita peroleh sepenuhnya pada masa akan datang. Apabila rancangan Tuhan digenapi, kita akan memperoleh harta milik yang penuh.

Tuhan menampakkan diri kepada Abraham, dan Abraham pun membina sebuah mazbah. Mazbah di sini bukanlah untuk persembahan korban penebus dosa tetapi untuk persembahan korban bakaran.

Korban penebus dosa adalah untuk menebus dosa kita, manakala korban bakaran adalah untuk mempersembahkan diri kita kepada Tuhan. Mazbah di sini bukan merujuk kepada kematian gantian Tuan Yesus untuk kita tetapi merujuk kepada persembahan diri kita kepada Tuhan. Inilah jenis mazbah yang disebut dalam Roma 12:1: “Oleh itu, aku menasihati kamu, dikbang-dikbang, menerusi belas kasihan Tuhan supaya mempersembahkan tubuhmu sebagai satu korban hidup…; inilah pelayananmu yang munasabah.” Atas belas kasihan Tuhan, Tuan Yesus mati untuk kita. Atas belas kasihan Tuhan, salib disediakan supaya kita mati bersama dengan Kristus dan supaya iblis ditanggulangi. Atas belas kasihan Tuhan, hayat-Nya hidup dalam kita. Atas belas kasihan Tuhan, kita akan dibawa ke dalam kemuliaan. Atas segala belas kasihan-Nya, Tuhan menggesa kita agar mempersembahkan diri kita sebagai korban hidup kepada-Nya.

Berkenaan persembahan korban bakaran, terdapat satu hal yang sangat bermakna. Orang yang berkemampuan boleh mempersembahkan seekor lembu; orang yang kurang berkemampuan boleh mempersembahkan seekor domba; orang yang tidak berkemampuan untuk mempersembahkan domba pula boleh mempersembahkan burung tekukur atau burung merpati (Im. 1:3, 10, 14). Akan tetapi, baik mempersembahkan lembu, domba, mahupun burung tekukur atau burung merpati, seseorang harus mempersembahkan keseluruhannya. Kamu tidak boleh mempersembahkan setengah ekor lembu atau setengah ekor domba. Tuhan mahu keseluruhannya; Dia tidak mahu persembahan yang separuh. Dia tidak menerima persembahan yang tidak sempurna.

Untuk tujuan apakah korban bakaran diletakkan di atas mazbah? Tujuannya ialah dibakar keseluruhannya. Kebanyakan orang berfikir bahawa mempersembahkan diri kepada Tuhan bererti melakukan ini atau itu untuk-Nya, namun apa yang dituntut Tuhan ialah pembakaran. Tuhan tidak memerlukan seekor lembu untuk membajak sawah bagi-Nya; Dia mahu lembu itu dibakar di atas mazbah. Tuhan tidak mahu kerja kita; Dia mahu diri kita. Dia mahu seluruh diri kita dipersembahkan kepada-Nya dan dibakar untuk-Nya. Mazbah bukan bererti melakukan sesuatu untuk Tuhan tetapi bererti hidup untuk Tuhan. Mazbah bukan bererti sibuk dengan aktiviti tetapi bererti hidup untuk Tuhan. Tidak ada aktiviti yang boleh menggantikan mazbah. Tidak ada kerja yang boleh menggantikan mazbah. Kehidupan mazbah ialah kehidupan yang demi Tuhan sepenuhnya. Korban dalam Wasiat Baru, seperti yang dinyatakan dalam Roma 12, merupakan persembahan tubuh kita sebagai korban hidup, tidak seperti korban dalam Wasiat Lama yang habis dibakar sekali gus. Setiap hari kita dibakar di atas mazbah, namun setiap hari kita tetap hidup. Kita kekal hidup namun kekal dibakar. Inilah korban dalam Wasiat Baru.

Setelah Tuhan menampakkan diri kepada Abraham, Abraham pun mempersembahkan dirinya kepada Tuhan. Setelah kamu melihat Tuhan, kamu akan mempersembahkan seluruh diri kamu kepada-Nya.

Tidak mungkin seseorang itu akan bersikap acuh tak acuh setelah melihat Tuhan. Melihat Tuhan akan diikuti dengan mazbah. Mengecap kurnia Tuhan akan diikuti dengan persembahan. Setelah kamu melihat rahmat Tuhan, kamu akan menjadi korban hidup. Setelah dicahayai Tuan, kamu akan berkata, “Tuan, apa yang harus aku lakukan?”

Abraham tidak pernah mendengar doktrin persembahan dan dia juga tidak pernah digesa orang lain agar mempersembahkan dirinya. Namun Abraham telah melihat Tuhan. Setelah dia melihat Tuhan, dia serta-merta membina sebuah mazbah untuk Tuhan. O, dikbang dan dikkak, persembahan merupakan perkara yang spontan. Seseorang yang mengalami penampakan Tuhan pasti akan hidup untuk Dia. Sebaik sahaja Tuhan menampakkan diri kepadanya, dia akan hidup sepenuhnya untuk

2 2

(3)

Tuhan. Abraham adalah sedemikian, begitu juga dengan setiap orang yang bertemu dengan Tuhan dalam sejarah gereja sepanjang dua ribu tahun yang lalu.

KEHIDUPAN KHEMAH

Akhirnya, mazbah akan menujukan seseorang ke khemah. Kejadian 12:8 berkata, “Dan dari situ, dia berpindah seterusnya ke gunung di sebelah timur Betel dan memasang khemahnya.” Sejak hari itu, Abraham tinggal di dalam rumah Tuhan — Betel. Sejak hari itu, dia mula memasang khemah.

Sebenarnya, sebelum ini dia sudah tinggal di dalam khemah tetapi Tuhan tidak menyebut tentang khemah. Hanya selepas dia membina mazbah, barulah Sabda Tuhan memperlihatkan khemah kepada kita.

Apakah itu khemah? Khemah ialah sesuatu yang boleh dipindah-pindahkan dan tidak berakar di mana-mana. Menerusi mazbah, Tuhan menanggulangi diri kita; menerusi khemah pula, Tuhan menanggulangi harta milik kita. Di atas mazbah, Abraham mempersembahkan segala-galanya kepada Tuhan. Adakah ini bermaksud bahawa Abraham dilucutkan daripada segala-galanya bahkan pakaiannya juga? Tidak. Abraham masih ada lembu, domba, dan banyak benda yang lain. Namun demikian, Abraham seorang yang huni di dalam khemah. Dalam erti kata lain, apa-apa yang tidak dibakar di atas mazbah hanya boleh disimpan di dalam khemah. Di sini kita melihat satu prinsip.

Segala yang kita miliki harus diletakkan di atas mazbah. Namun begitu, masih ada benda-benda yang tinggal untuk kegunaan kita. Walau bagaimanapun, benda-benda ini bukan kepunyaan kita; benda- benda ini harus diletakkan di dalam khemah. Kita harus ingat bahawa apa sahaja yang tidak melewati mazbah pastinya tidak boleh diletakkan di dalam khemah, namun bukan semua yang melewati mazbah akan habis dibakar. Banyak benda yang diletakkan di atas mazbah akan dibakar sampai habis. Banyak benda yang dipersembahkan kepada Tuhan akan diambil-Nya dan tidak akan ditinggalkan untuk kamu. Namun Tuhan masih meninggalkan benda-benda tertentu yang dipersembahkan di atas mazbah untuk kegunaan kamu. Benda-benda yang telah melewati mazbah dan untuk kegunaan kita ini hanya boleh disimpan di dalam khemah.

Kehidupan Abraham ialah kehidupan mazbah. Pada suatu hari, bahkan anak tunggalnya juga diletakkan di atas mazbah. Apakah yang dilakukan Tuhan terhadap Ishak? Dia tidak mengambilnya pergi. Memang benar bahawa apa yang kamu letakkan di atas mazbah akan diterima Tuhan. Tuhan tidak membenarkan kamu hidup untuk diri sendiri; Dia tidak mengizinkan kamu hidup mengikut kesukaan sendiri atau hidup melalui kekuatan sendiri. Mazbah akan mengambil balik segala kepunyaan kamu, namun bukan semua yang diletakkan di atas mazbah akan dibakar. Banyak benda yang diletakkan di atas mazbah sama seperti Ishak; Tuhan mengembalikannya kepada kamu. Namun benda-benda yang ada di tangan kamu ini tidak boleh dianggap sebagai kepunyaan kamu lagi; benda- benda ini hanya boleh diletakkan di dalam khemah.

Ada orang yang bertanya, “Jika saya memberikan segala milik saya kepada Tuhan, adakah ini bererti bahawa saya perlu menjual semua harta benda saya dan membuang semua wang saya? Jika saya mempersembahkan diri kepada Tuhan, berapa buah kerusi dan meja yang boleh saya ada di dalam rumah? Berapa helai pakaian yang boleh saya simpan?” Sesetengah orang benar-benar bingung dengan soalan-soalan ini. Walau bagaimanapun, kita harus ingat bahawa kita mempunyai dua jenis kehidupan. Kita mempunyai kehidupan di hadapan Tuhan dan juga kehidupan di dunia. Di hadapan Tuhan, apa sahaja yang kita ada haruslah benar-benar di atas mazbah, tetapi untuk kehidupan di dunia, kita masih memerlukan banyak benda material. Sewaktu kita hidup di dunia ini, kita masih memerlukan pakaian, makanan, dan tempat tinggal. Kita harus mempersembahkan segala-galanya kepada Tuhan dan hidup untuk Dia semata-mata. Namun, jika Tuhan mengatakan bahawa kita boleh menyimpan sesuatu benda, maka kita boleh menyimpannya. Kita harus menerapkan prinsip khemah pada semua benda material yang diizinkan Tuhan untuk keperluan kita. Jika kita tidak memerlukannya, kita harus membuangnya. Kita boleh menggunakan benda ini tetapi kita tidak harus dikuasai oleh benda ini. Kita boleh memilikinya atau melepaskannya; benda ini boleh diberikan kepada kita dan juga boleh diambil daripada kita. Inilah kehidupan khemah.

Semoga kita mempelajari iktibar ini. Kita tidak boleh menggunakan apa-apa yang belum diletakkan di atas mazbah, dan kita juga tidak boleh mengambil balik apa-apa yang telah diletakkan di atas mazbah; apa sahaja yang ditinggalkan oleh Tuhan di atas mazbah perlu disimpan menurut prinsip khemah.

3 3

(4)

MAZBAH KEDUA

Kejadian 12:8 berkata, “Dan dari situ, dia berpindah seterusnya ke gunung di sebelah timur Betel dan memasang khemahnya, dengan Betel di sebelah barat dan Ai di sebelah timur; di situ dia membina sebuah mazbah untuk Yehova” (Ibr.). Ini merupakan mazbah Abraham yang kedua. Mazbah membawa kita ke khemah, dan khemah membawa kita kembali ke mazbah. Dengan adanya mazbah, segala benda bukan milik kita lagi. Apa-apa yang tinggal setelah melewati mazbah semuanya diletakkan di dalam khemah. Tidak ada apa-apa yang boleh menguasai kita; zimah kita damai di hadapan Tuhan dan kita boleh berkata dengan berani kepada-Nya, “Aku tidak menyimpan satu benda pun daripada Engkau.” Dengan cara ini, khemah membawa kita kembali ke mazbah. Jika harta benda kita telah berakar dan kita tidak dapat memindahkannya atau melepaskannya, maka kita terikat oleh benda-benda ini dan tidak dapat mempunyai mazbah yang kedua.

Apabila kita mempersembahkan diri di atas mazbah dan mempersembahkan segala-galanya kepada Tuhan, Dia akan meninggalkan sesetengah benda untuk kegunaan kita. Akan tetapi, kita tidak ada pilihan atas apa yang boleh kita simpan di dalam khemah dan apa yang boleh kita ambil balik dari mazbah. Segala milik kita harus diletakkan di atas mazbah terlebih dahulu. Kemudian benda yang ditinggalkan oleh Tuhan bolehlah kita letakkan di dalam khemah. Kita perlu bertanya kepada Tuhan berkenaan setiap benda di dalam khemah. Kita hanya boleh menyimpan apa yang dibenarkan oleh Tuhan. Tidak ada satu benda yang boleh kita simpan atas keputusan sendiri. Segala-galanya harus melewati mazbah terlebih dahulu; kita harus bertanya kepada Tuhan terlebih dahulu berkenaan setiap satu daripadanya, barulah kita boleh meletakkan benda-benda ini ke dalam khemah. Benda yang telah diletakkan di dalam khemah boleh dikembalikan ke mazbah pada bila-bila masa. Bila-bila sahaja Tuhan mengatakan bahawa benda tertentu tidak perlu disimpan lagi, maka kita harus melepaskannya dengan serta-merta. Jika kita masih berpegang pada benda itu dan berkata, “Ini milik saya,” maka dalam hati kita, kita telah meninggalkan mazbah dan kita bukan lagi orang yang mempersembahkan diri. Jika begitu, kita tidak dapat kembali ke mazbah yang kedua dan berkata, “Tuhan, aku hidup untuk-Mu.”

Tuhan mahu kita meletakkan segala-galanya di atas mazbah, kemudian meletakkan benda yang ditinggalkan-Nya untuk kita di dalam khemah. Hanya setelah meletakkan segala benda itu di dalam khemah, barulah kita mempunyai mazbah yang kedua. Pengalaman yang paling berharga ialah pengalaman di mazbah yang kedua. Kita mudah mempersembahkan diri setelah sekali didorong dan timbul rasa kesungguhan hati. Namun selepas tiga atau lima tahun, kita mengumpul semula banyak benda di dunia, maka tidak dapatlah kita kembali ke mazbah. Betapa mestikanya jika kita dapat terus huni di dalam khemah dan membina mazbah yang kedua! Masalahnya bukan harta milik; masalahnya ialah bagaimana dengan persembahan kita.

PEMULIHAN MAZBAH DAN KHEMAH

Abraham juga ada kegagalan. Dia pernah meninggalkan mazbah dan khemah lalu turun ke Mesir.

Akan tetapi, dia dipulihkan. Bagaimanakah dia dipulihkan? Kejadian 13:3-4 berkata, “Dia melanjutkan perjalanannya dari Negeb hingga sejauh Betel, ke tempat dia mula-mula mendirikan khemahnya, iaitu di antara Betel dan Ai, ke tempat dia pernah mendirikan mazbah, dan di situ Abram menyeru nama Yehova” (Ibr.). Pemulihan merupakan perkembalian ke mazbah dan khemah. Hari ini adakah sesiapa yang telah gagal? Adakah sesiapa yang telah jatuh? Adakah sesiapa yang telah berpaling haluan? Adakah sesiapa yang telah turun ke Mesir dan mempunyai permintaan sendiri, harapan sendiri, keinginan sendiri, dan pengejaran sendiri? Jika ada sesiapa yang ingin mengambil jalan pemulihan, maka dia harus kembali ke mazbah dan khemah. Sabda Tuhan menunjukkan kepada kita bahawa pemulihan Abraham ialah perkembaliannya “ke tempat dia mula-mula mendirikan khemahnya…, ke tempat dia pernah mendirikan mazbah”. Pemulihan bererti kembali ke khemah dan ke mazbah.

Apakah yang berlaku kepada Abraham selepas dia kembali? Kejadian 13:18 berkata, “Dan Abram memindahkan khemahnya lalu sampai dan tinggal di tepi pohon-pohon oak di Mamre yang berada di Hebron, dan di situ dia membina sebuah mazbah untuk Yehova” (Ibr.). Hebron merupakan tempat bersekutu dengan Tuhan; di situlah tempat untuk persekutuan yang kekal dan berterusan. Abraham tinggal di Hebron dan di situ dia membina sebuah lagi mazbah untuk Tuhan. Jika kita ingin bersekutu dengan Tuhan, jangan sekali-kali meninggalkan mazbah. Semoga Tuhan menaruh kurnia pada kita agar kita melihat kepentingan mempersembahkan diri supaya kita dapat menjalani kehidupan mazbah dan khemah.

(Mesej diambil daripada Koleksi Watchman Nee, set 2, jil. 17)

4 4

(5)

1. Perhimpunan Pelayanan Seluruh Gereja:

Tarikh/Masa : 07/02/2022 (Isnin) 7:30 mlm;

ID ZOOM : 833 6103 2392; Kata Laluan: 1111;

Catatan : Pekudus digalakkan menyertai dan bekerjasama dengan Tuhan, agar terlaksanalah kehendak-Nya di bumi, dan tujuan abadi-Nya dapat digenapi.

2. Persidangan dan Penyempurnaan Remaja:

Tarikh : 26/02 (Sabtu) hingga 28/02/2022 (Isnin); Masa: Setiap hari 8:00 pg. hingga 5:00 ptg.;

Tempat : B200; Yuran: RM20 seorang; Tarikh tutup: 07/02/2022 (Isnin);

Catatan : 1. Borang pendaftaran boleh diperoleh di pejabat atau boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

https://thechurchinkuching.org/yp-conf-reg-form.

2. Yuran boleh didepositkan ke dalam akaun gereja dan nyatakan pada resit bayaran “YPC” serta distrik anda (cth., H1D1). Sila hantar resit bayaran ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).

3. Pembauran Luar Bilik Pelajar Kampus:

Tarikh : 26/02 (Sabtu) hingga 27/02/2022 (Hari Tuan); Tempat: Sematan Dynawood Beach Stay;

Sasaran : Semua pelajar kolej serta pelayan kolej;

Yuran : RM100 seorang (Bayar kepada dikbang Christofer Ling); Tarikh tutup: 19/02/2022 (Sabtu);

Agenda : Mesej, berkidung, mendaki gunung (Jungle Tracking), aktiviti di pantai,…

Catatan : Pautan borang pendaftaran: https://forms.gle/FiJ7mmcqmHBQmyzj6 4. Persidangan Berbahasa Inggeris di Malaysia 2022:

Tarikh: 18-20/03/2022; Platform: ZOOM; Yuran: RM30 seorang; Tarikh tutup: 21/02/2022 (Isnin);

Catatan : Sila kumpul senarai nama dan yuran mengikut distrik (Nama, jantina, bahasa, tarikh lahir, nombor telefon, e-mel). Yuran boleh didepositkan ke dalam akaun gereja dan nyatakan pada resit bayaran “ESC” serta distrik anda (cth., H1D1). Senarai nama pendaftaran yang lengkap berserta resit bayaran harus dihantar ke WhatsApp Gereja Tuhan di Kuching (+6082-482258).

5. Notis Pendaftaran bagi Latihan Penyempurnaan dalam Injil, Kebenaran, Hayat, dan Pelayanan di Malaysia Timur (Latihan Penyempurnaan selama Dua Bulan Secara Fizikal):

Tarikh : 06/04-29/05/2022; Yuran: RM1000 seorang; Tarikh tutup: 21/02/2022 (Isnin);

Sasaran : Dikbang dan dikkak yang tamat tingkatan 5, tingkatan 6, dan UEC;

Catatan : Bagi butiran lanjut berkenaan pendaftaran, sila datang ke pejabat untuk mendapatkan borang pendaftaran.

Pelayan : Dikbang Wong Ha Chung (016-8744786).

5 5

A. Pembacaan “Wasiat Baru Versi Pemulihan berserta nota kaki” bagi minggu ini ialah Minggu 8 mengikut jadual pembacaan Bible.

B. Pembacaan “Kajian-hayat Wasiat Baru” bagi minggu ini ialah: Life-Study of Revelation, mesej 8 dan 9.

C. Pengejaran SKPP untuk minggu ini ialah “Memenuhi Keperluan Tuhan dan Keperluan Masa Sekarang dalam Pemulihan Tuan”, Minggu 2. Para remaja mengejar “Journey Through the Bible”, Jilid 7, Pelajaran 3 dan

“Mengasihi Tuhan”, Bab 10. Pengejaran buku rohani pelajar kolej: “Orang yang Berhati Murni”, Bab 4 dan 5.

PENGEJARAN KORPORAT

Hari Tuan Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Mat. 18:1-14 18:15-22 18:23-35 19:1-15 19:16-30 20:1-16 20:17-34

“Iktibar daripada Pandemik”

Tarikh: 12/02/2022 (Sabtu); Masa: 7:30 mlm.; ID ZOOM : 841 3668 2657; Kata laluan: 3927.

FORUM INJIL BERBAHASA INGGERIS

PENGUMUMAN

(6)

6. Pengumuman daripada Kumpulan Kewangan:

Masa para dikbang yang melayan kewangan di bilik bendahari (A106) dewan perhimpunan pada setiap Selasa akan diubah ke jam 1:30-2:00 ptg. Pekudus yang melayan di setiap distrik perlu menyerahkan persembahan yang diterima ke bilik bendahari pada masa yang ditetapkan.

7. Pelayanan Meronda Dewan Perhimpunan pada Waktu Pagi Hari Tuan:

8. Pelayanan Pembersihan:

Perhimpunan fizikal gereja di dewan perhimpunan telah dipulihkan. Oleh itu, setiap distrik perlu bertanggungjawab membersihkan bilik perhimpunan yang digunakan masing-masing.

9. Gereja di Bau dan Lundu telah memulihkan perhimpunan pemecahan roti secara fizikal. Para pekudus boleh pergi menyokong serta berbaur dengan pekudus tempatan di sana. Masa perhimpunan adalah seperti berikut:

Gereja di Bau : 2:30-3:30 ptg.

Gereja di Lundu: 10:00 pg.-12:00 tgh.

6 6

PENGUMUMAN

13/02/2022 Dewan 4 20/02/2022 Dewan 6

11—4 Blok A Tingkat 3: Tandas, koridor lif, dan laluan tepi dewan perhimpunan 6—4 Blok A Tingkat 2: Tandas, koridor lif, dan laluan tepi dewan perhimpunan

4—1, 5—4, 9—4 Blok A Tingkat 1: Tandas, koridor, tangga depan Blok A, serta tangga di antara Blok A dan Blok B 3—3, 9—2 Blok B Tingkat Bawah: Tandas tingkat bawah, koridor, serta tangga menuju ke basement Blok A.

KEHENTARAN (1)

Dalam Bible, terdapat satu ministri yang digelar ministri kehentaran. Ministri ini terdiri daripada sekumpulan orang yang diasingkan sepenuhnya daripada dunia secara khusus untuk melayani Tuhan.

Mereka tidak ada kerja atau tugas lain selain melayani Tuhan. Golongan sedemikian digelar sebagai hentar dalam Bible.

I. SEJARAH KEHENTARAN DALAM BIBLE

Bermula daripada buku Kejadian, Tuhan sudah mempunyai hentar-Nya. Melkizedek merupakan hentar Tuhan yang pertama. Pada zaman Abraham, Melkizedek mengasingkan dirinya dan mempersembahkan dirinya untuk melayani Tuhan secara khusus.

A. Bermula dari Kejadian hingga Waktu selepas Kenaikan Tuan ke Syurga

Bermula dari Kejadian hingga selepas penubuhan negara Israel, kehentaran sentiasa ada. Sejak Tuan Yesus datang ke bumi hingga selepas pemergian-Nya, kehentaran tidak pernah berhenti. Kehentaran sudah berada di bumi untuk jangka masa yang begitu panjang. Bible turut menunjukkan kepada kita bahawa selepas kenaikan ke syurga, Tuan Yesus masih menjadi hentar di hadapan Tuhan. Dengan kata lain, Dia sekarang berada di sana, diasingkan sepenuhnya untuk pelayanan Tuhan.

B. Dalam Zaman Gereja

Pada zaman gereja, kehentaran masih berterusan dan tidak pernah berhenti.

C. Dalam Kingdom Milenium

Pada permulaan kingdom milenium, mereka yang berbahagian dalam kebangkitan pertama akan menjadi hentar Tuhan dan Kristus, serta meraja bersama-Nya selama seribu tahun (Wahi 20:6). Dengan kata lain,

SABDA UNTUK PERCAYAWAN BARU

(7)

anak-anak Tuhan akan terus menjadi hentar Tuhan dan hentar Kristus selama seribu tahun. Mereka akan menjadi raja dunia dan hentar Tuhan. Kehentaran tidak akan berubah; mereka adalah untuk pelayanan Tuhan.

D. Di Langit Baru dan Bumi Baru

Di langit baru dan bumi baru, gelaran hentar tidak akan wujud lagi. Pada masa itu, semua anak Tuhan yang merupakan abdi-Nya tidak akan melakukan apa-apa selain melayani-Nya. Dalam Yerusalem Baru “abdi- abdi-Nya akan melayani-Nya.” Dengan kata lain, anak-anak Tuhan akan terus melayani-Nya.

Di sini, kamu dapat melihat perkara yang sungguh ajaib. Kehentaran bermula dengan Melkizedek, seorang yang tanpa susur galur, tidak ada permulaan hari atau kesudahan masa, dan tidak ada sejarah, dan kehentaran ini akan berterusan sehingga milenium. Dari segi makna sebenar, kehentaran ini akan berlanjutan sehingga keabadian.

II. KINGDOM HENTAR MENJADI RUMAH HENTAR

Menurut wahi Kitab, tujuan Tuhan bukan hanya memperoleh seorang untuk menjadi hentar tetapi seluruh umat-Nya menjadi hentar.

A. Tuhan Memilih Bangsa Israel untuk Menjadi Kingdom Hentar

Selepas bangsa Israel keluar dari Mesir, mereka tiba di Gunung Sinai. Tuhan mengarahkan Musa berbicara kepada umat Israel dengan berkata, “Kamu akan menjadi kingdom hentar, dan bangsa yang kudus bagi- Ku” (Kel. 19:6). Tuhan memberitahu umat Israel bahawa mereka ialah kingdom hentar. Ungkapan ini agak sukar difahami. Mengapakah Tuhan berkata bahawa mereka ialah kingdom hentar? Maksudnya seluruh kingdom ialah hentar. Tidak ada seorang pun dalam kingdom itu merupakan orang biasa; seluruh kingdom ialah hentar. Saya memberitahu kamu, inilah tujuan Tuhan.

Apabila Tuhan memilih bangsa Israel menjadi umat-Nya, Dia menetapkan hanya tujuan ini di hadapan mereka. Kingdom ini berbeza daripada kingdom lain di dunia. Kingdom ini kingdom hentar. Semua orang dalam kingdom ini akan menjadi hentar. Ini bermaksud bahawa setiap orang dalam kingdom ini akan mempunyai satu pekerjaan sahaja, yakni melayani Tuhan. Tuhan berkenan memilih manusia di bumi untuk melayani-Nya. Dia berkenan melihat sekumpulan manusia hidup untuk hal berkenaan-Nya secara khusus di bumi. Tuhan menginginkan semua anak-Nya menjadi hentar dan melayani-Nya.

Setibanya umat Israel di Gunung Sinai, Tuhan memberitahu mereka bahawa Dia akan mendirikan mereka sebagai kingdom hentar. Perkara ini merupakan sesuatu yang amat menarik. Kita memanggil England

“kingdom tentera laut,” Amerika Syarikat, “kingdom emas,” China, “kingdom kesopanan dan etika,” dan India “kingdom falsafah.” Tetapi di sini ada satu kingdom yang dipanggil “kingdom hentar.” Ini perkara yang menarik. Setiap orang dalam kingdom ini adalah hentar. Lelaki, perempuan, orang dewasa, dan kanak -kanak, semua merupakan hentar. Setiap orang dalam kingdom ini tidak melakukan kerja lain melainkan melayani Tuhan. Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak hanya mempunyai satu perkara sebagai pekerjaan mereka—mempersembahkan korban dan melayani Tuhan. Ini perkara yang ajaib.

Selepas Tuhan berjanji untuk mendirikan Israel sebagai kingdom hentar, dalam bab yang berikutnya, Dia menyuruh Musa naik ke atas gunung untuk menerima Sepuluh Perintah yang terpahat pada dua keping loh batu. Musa berada di atas gunung selama empat puluh hari sementara Tuhan sendiri menulis Sepuluh Perintah pada loh batu. Perintah yang pertama berkata, “Janganlah engkau mempunyai Tuhan yang lain di hadapan-Ku.” Yang kedua berkata, “Jangan engkau membuat untuk dirimu berhala...” Kelihatannya Tuhan sedang menulis perintah itu satu per satu.

B. Orang Israel Melayani Berhala

Ketika Musa berada di atas gunung, umat yang berada di kaki gunung itu tertanya-tanya tentang penangguhannya. Disebabkan tidak mengetahui apa yang telah terjadi kepadanya, mereka berkata kepada Harun, “Marilah, buatkan tuhan untuk kami, yang berjalan mendahului kami” (32:1). Harun menurut kata mereka lalu mengumpulkan emas dan membuat satu anak lembu emas. Kemudian, umat itu pun menyembah anak lembu emas itu dan berkata, “Inilah tuhanmu, O orang Israel, yang membawa kamu keluar dari tanah Mesir.”

Mereka mula menyembah berhala. Mereka duduk lalu makan dan minum dan bangun lalu bermain. Mereka mengumbar dalam nafsu dengan berpesta kerana mereka kini mempunyai tuhan yang ditempa daripada

7 7

(8)

emas terletak di mata mereka. Tuhan yang dikenali oleh mereka di bawah pimpinan Musa tidak begitu mudah ditemui; tidak ada orang yang mengetahui tempat tinggal-Nya dan sukar untuk mencari-Nya.

Bahkan Musa, orang yang menyembah Tuhan pun tidak kelihatan. Sekarang terdapat satu anak lembu emas yang dapat dilihat untuk disembah mereka. Dengan kata lain, walaupun Tuhan melantik mereka menjadi hentar, namun sebelum mereka dapat menjadi hentar-Nya, mereka telah menjadi hentar kepada anak lembu emas. Hasrat Tuhan ialah mereka menjadi kingdom hentar. Akan tetapi, sebelum menjadi kingdom hentar, mereka sudah berpaling kepada penyembahan berhala dan melayani anak lembu emas. Mereka mempunyai tuhan lain dan penyembahan lain selain daripada Tuhan. Ini konsep manusia terhadap Tuhan. Manusia sentiasa cuba mencipta tuhannya sendiri dan menyembah menurut cara sendiri. Manusia suka menyembah tuhan yang dicipta oleh tangannya sendiri. Dia enggan menerima kedaulatan Tuhan dalam penciptaan-Nya.

Dia enggan mengakui kedudukan Tuhan sebagai Pencipta.

C. Tuhan Memberikan Kehentaran kepada Suku Lewi

Semasa Musa masih berada di atas gunung, Tuhan menyuruhnya turun. Maka Musa berpaling dan turun dengan membawa dua keping loh batu, iaitu Sepuluh Perintah, dalam tangannya. Ketika menghampiri perkhemahan orang Israel, dia melihat keadaan umat. Maka kemarahannya meluap-luap lalu dia pun mencampakkan dua keping loh batu itu dan menghancurkannya. Sambil berdiri di pintu perkhemahan, dia berkata, “Barang siapa untuk Yehova, datanglah kepadaku.” Maka semua anak Lewi berhimpun kepadanya. Dia berkata kepada mereka, “Hendaklah setiap orang meletakkan pedangnya di atas pahanya dan pergi berulang-alik dari pintu ke pintu di seluruh perkhemahan, dan setiap orang membunuh saudaranya, dan setiap orang temannya, dan setiap orang jirannya.” Tidak kira sesiapa pun yang kamu temui, kamu harus membunuh kesemuanya kerana mereka telah menyembah berhala, iaitu anak lembu emas. Tidak kira apa hubungan mereka dengan kamu secara peribadi, kamu perlu menghunus pedang dan membunuh mereka.

Banyak orang mungkin menganggap bahawa perintah ini terlalu berat. Siapakah yang sampai hati membunuh saudara sendiri? Siapakah yang sampai hati membunuh teman sendiri? Sebelas daripada kedua- dua belas suku itu enggan bergerak. Mereka berasa bahawa harga itu terlalu tinggi. Akhirnya, hanya suku Lewi sahaja yang menghunus pedang mereka dan pergi berulang-alik dari pintu ke pintu di seluruh perkhemahan dan membunuh kira-kira tiga ribu orang pada hari itu. Mereka yang dibunuh adalah saudara, kerabat, dan teman-teman orang Lewi.

Sila beri perhatian di sini: selepas kejadian anak lembu emas, dengan serta-merta Tuhan memberitahu Musa bahawa mulai waktu itu, kingdom Israel tidak boleh menjadi kingdom hentar lagi. Walaupun hal ini tidak disebut secara terang-terang, namun sejak hari itu, Tuhan telah memberi kehentaran itu kepada suku Lewi sahaja. Pada asalnya, kehentaran adalah untuk seluruh kingdom Israel. Kini, kehentaran hanya diberi kepada rumah Harun dalam suku Lewi sahaja.

D. Sejak itu Umat Tuhan dan Hentar Tuhan Menjadi Dua Kumpulan yang Berasingan

Sejak waktu itu, terdapat dua kumpulan orang di kalangan bangsa Israel. Satu kumpulan ialah umat Tuhan manakala yang satu lagi ialah hentar Tuhan. Hasrat asal Tuhan ialah semua umat-Nya menjadi hentar.

Tuhan memang tidak berhasrat untuk mengasingkan umat-Nya daripada hentar-Nya. Dia mahu seluruh kingdom menjadi satu kingdom hentar. Umat Tuhan dan hentar Tuhan seharusnya satu. Sesiapa sahaja yang merupakan umat Tuhan seharusnya menjadi hentar-Nya juga. Selagi kamu umat Tuhan, kamu haruslah menjadi hentar Tuhan. Menjadi umat bermaksud menjadi hentar. Semua umat-Nya sepatutnya menjadi hentar-Nya. Namun demikian, banyak orang masih mengasihi dunia dan mengenang kasih sayang manusia lalu meninggalkan kesetiaan untuk menyembah berhala. Akibatnya, umat Tuhan dan hentar-Nya menjadi dua kumpulan yang berasingan. Jika seseorang tidak mengasihi Tuan lebih daripada bapa, ibu, isteri, anak, saudara lelaki, saudara perempuan, dan segala-galanya, dia tidak layak menjadi disipal Tuan.

Banyak orang tidak dapat memenuhi tuntutan ini dan membayar harga ini. Justeru, mulai hari itu, kingdom Israel terbahagi kepada dua kumpulan—umat Tuhan dan hentar Tuhan.

E. Kehentaran Menjadi Hal Satu Keluarga

Mulai hari itu, kingdom hentar menjadi suku hentar. Mulai hari itu, kingdom hentar menjadi keluarga hentar. Kehentaran menjadi hal satu keluarga dan bukan lagi hal satu kingdom. Di kalangan suku Lewi, umat Tuhan dan hentar Tuhan adalah satu, umat Tuhan ialah hentar Tuhan. Namun, bagi sebelas suku yang lain, umat Tuhan hanyalah umat Tuhan, mereka tidak boleh menjadi hentar Tuhan lagi. Hal ini sangat serius. Adalah suatu perkara yang sangat serius untuk seseorang yang percaya kepada Tuhan, yakni umat Tuhan, tetapi bukan seorang hentar.

8 8

(9)

III CIRI-CIRI KEHENTARAN—SEBAGAI GOLONGAN PERANTARA

Dari Keluaran hingga masa Tuan Yesus berada di bumi, tidak ada suku lain yang dapat berfungsi sebagai hentar kecuali suku Lewi. Suku-suku lain tidak boleh mempersembahkan korban kepada Tuhan;

persembahan mereka perlu dilakukan menerusi hentar. Mereka tidak boleh datang kepada Tuhan untuk mengaku dosa mereka; mereka perlu mengaku dosa menerusi hentar. Bahkan mereka tidak dapat mengasingkan diri daripada dunia kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk menyentuh minyak urapan; hanya hentar sahaja yang dapat mengurapi mereka agar mereka diasingkan untuk menjadi kudus.

Semua perkara rohani tidak boleh dilakukan mereka, melainkan dilakukan oleh hentar bagi pihak mereka.

Oleh yang demikian, satu ciri yang jelas tentang bangsa Israel dalam Wasiat Lama ialah Tuhan jauh daripada mereka. Bukan semua orang yang dapat menghubungi-Nya. Dalam Wasiat Lama, kita mendapati kemunculan satu sistem kehentaran yang saya panggil sebagai golongan perantara. Manusia tidak boleh datang kepada Tuhan secara langsung. Untuk menghadap Tuhan, umat Tuhan perlu pergi kepada hentar.

Mereka tidak boleh berhubung dengan Tuhan secara langsung. Tuhan datang kepada manusia menerusi hentar, dan manusia juga pergi kepada Tuhan menerusi hentar. Antara Tuhan dan manusia, terdapat golongan perantara. Manusia tidak boleh datang kepada Tuhan secara langsung, dan Tuhan juga tidak boleh datang kepada manusia secara langsung. Antara Tuhan dan manusia, terdapat golongan perantara.

Golongan ini tidak wujud dalam hasrat asal Tuhan. Hasrat asal Tuhan ialah menghampiri umat-Nya secara langsung dan mereka juga boleh datang kepada-Nya secara langsung. Namun, sekarang terdapat tiga kumpulan orang—umat Tuhan perlu datang kepada Tuhan menerusi hentar, dan Tuhan perlu menghampiri umat-Nya menerusi hentar. Tuhan dan manusia tidak lagi berhubung dengan satu sama lain secara langsung. Semua perhubungan mereka berubah menjadi tidak langsung.

IV. PERUBAHAN DALAM SISTEM KEHENTARAN

Selama lebih kurang seribu lima ratus tahun, iaitu dari waktu Musa hingga waktu kedatangan Tuan Yesus, umat Tuhan tidak boleh datang secara langsung kepada Tuhan. Hanya satu keluarga yang layak menjadi hentar. Seseorang itu perlu melalui ahli keluarga ini untuk datang kepada Tuhan. Jika dia menghampiri Tuhan secara langsung, dia akan mati. Pada waktu itu, ministri kehentaran merupakan ministri yang sangat agung. Manusia tidak dapat datang kepada Tuhan secara langsung; dia perlu melalui hentar. Betapa unggulnya ministri kehentaran ini! Betapa agungnya ministri kehentaran ini! Tanpa hentar, manusia tidak boleh datang kepada Tuhan. Akan tetapi, setibanya zaman Wasiat Baru, manusia diselamatkan, manusia juga ditebuskan. Sekarang kita mendengar kata yang berbunyi: “Kamu sendiri juga, sebagai batu-batu hidup, sedang dibina menjadi rumah rohani (atau bait, kerana kata asalnya daripada perkataan yang sama), menjadi kehentaran kudus untuk mempersembahkan korban-korban rohani yang diperkenan Tuhan menerusi Yesus Kristus” (1 Ptr. 2:5).

A. Setiap Orang yang Ditebus adalah Hentar dalam Kala Zaman Wasiat Baru

Petrus memberitahu kita bahawa asas gereja ialah Kristus. Dia batu yang ditolak oleh pembina dan kini telah menjadi batu pertama di penjuru. Kamu juga menjadi batu-batu hidup dan digabung serta dibina bersama untuk menjadi rumah rohani. Bagaimana dengan kamu? Kamu ialah hentar kudus Tuhan. Di sini, secara tiba-tiba ada suara lantang dari syurga yang memberitahu kita, “Semua orang yang diselamatkan kini ialah hentar Tuhan. Semua batu hidup, yakni mereka yang merupakan sebahagian daripada bait rohani, ialah hentar Tuhan.”

B. Gereja Memulihkan Semula Kehentaran secara Umum

Di sini, kamu dapat melihat bahawa janji yang telah diketepikan Tuhan selama seribu lima ratus tahun itu kini sudah digenapi-Nya. Yang hilang di kalangan orang Israel telah dipulihkan oleh gereja. Bagi orang Israel, kehentaran secara umum telah hilang. Kini dalam zaman Wasiat Baru, tiba-tiba ada suara dari syurga yang melaung dengan janji bahawa kehentaran secara umum ada pada kita sekali lagi. Semua orang yang diselamatkan itu dipanggil untuk menjadi hentar.

C. Gereja adalah Kingdom Hentar

Perkataan yang sama boleh didapati dalam Wahi 1. Ayat 6 berkata, “Dan menjadikan kita kingdom, hentar kepada Tuhan dan Bapa-Nya.” Pada mulanya, seluruh kingdom Israel ialah hentar. Selepas itu, perkara ini berubah. Namun, bagaimana pula dengan hari ini? Hari ini gereja ialah kingdom hentar. Yang dihilangkan orang Israel akibat anak lembu emas itu kini dipulihkan semula oleh gereja menerusi Tuan Yesus. Hari ini, seluruh gereja menjadi hentar. Kingdom hentar yang ditetapkan Tuhan kini telah dipulihkan sepenuhnya.

9 9

(10)

D. Pekerjaan Unik Orang Kristian—Melayani Tuhan

Perkara yang tidak diperoleh Tuhan di kalangan orang Israel, kini perlu diperoleh menerusi gereja. Gereja hari ini adalah kingdom hentar. Seluruh gereja adalah hentar. Apakah maknanya? Ini bermakna bahawa setiap orang yang telah mengecap kurnia Tuhan mempunyai satu pekerjaan sahaja, yakni melayani Tuhan.

Saya pernah mengatakan hal ini kepada pemuda-pemudi: jika seseorang itu doktor sebelum diselamatkan, kerjanya mengamalkan perubatan; jika dia seorang jururawat, kerjanya merawat; jika dia seorang guru, kerjanya mengajar; jika dia seorang petani, kerjanya bercucuk tanam; jika dia seorang usahawan, kerjanya berniaga. Namun, pada saat dia menjadi seorang Kristian, pekerjaannya berubah sama sekali. Setiap orang Kristian mempunyai satu pekerjaan sahaja—melayani Tuhan. Mulai sekarang, saya menjadi hentar Tuhan.

Mulai sekarang, saya harus melayani Tuhan dalam hadirat-Nya. Inilah matlamat rohani sepanjang hayat saya.

Oleh itu, setiap orang Kristian mempunyai satu pekerjaan sahaja, iaitu melayani Tuhan. Dia yang asalnya seorang doktor tidak boleh lagi berharap dapat mencipta nama sebagai doktor yang terkenal untuk dirinya;

pekerjaannya sebagai doktor hanyalah untuk mengekalkan kehidupannya. Pekerjaannya yang sebenar ialah hentar Tuhan. Seorang professor atau guru tidak boleh lagi berharap dapat menjadi terkenal atau menjadi ahli akademik yang sangat menyerlah. Sebaliknya, kini dia harus berusaha dengan sedaya upaya menjadi seorang hentar yang baik di hadapan Tuhan. Mengajar hanyalah kerja sambilannya sahaja; pekerjaan utamanya ialah melayani Tuhan. Semua orang yang bertukang, berniaga, bercucuk tanam, atau melakukan kerja apa pun, tidak lagi hidup untuk pekerjaan mereka sendiri. Sesungguhnya, hanya terdapat satu pekerjaan bagi setiap orang, yakni melayani Tuhan.

E. Hanya Mempunyai Satu Matlamat untuk Diperkenan Tuan

Semua dikbang dan dikkak seharusnya menghancurkan pekerjaan asal mereka pada hari mereka diselamatkan. Ketika kamu menjadi seorang Kristian, saya berharap dalam diri kamu tidak ada lagi matlamat atau keazaman. Kamu tidak boleh berkata, “Saya berharap mulai hari ini, saya akan menjadi orang yang menyerlah. Saya berharap untuk menjadi orang yang menyerlah dalam bidang atau lingkungan tertentu.” Selepas kita menjadi orang Kristian, kita harus menjadi seperti Paulus, mempunyai satu matlamat sahaja, iaitu diperkenan Tuan. Kita tidak mempunyai matlamat lain selain daripada ini. Pekerjaan kita di dunia telah dihancurkan. Saya tidak berharap untuk menjadi orang yang terkenal, saya cuma ingin bersiap sedia menjadi seorang yang melayani Tuan.

bersambung...

10 10

Referensi

Dokumen terkait

Namun, bagi sebelas suku yang lain, umat Tuhan hanyalah umat Tuhan, mereka tidak boleh menjadi hentar Tuhan lagi.. Hal ini sangat

Model numeris yang dikembangkan dengan persamaan momentum tersebut dapat mensimulasikan wave set down pada perairan dalam, wave setup pada perairan dangkal, dispersi dan

Dengan mencermati suatu teks nonfiksi yang disajikan dalam video pembelajaran interaktif melalui Whatsapp Group dan Google Classroom, siswa mampu menyebutkan

Berdasarkan penelitiaan ini diperoleh bahwa penggunaan nilai kehancuran agregat (AIV) terendah memberikan nilai kadar aspal optimum yang kecil, nilai stabilitas

Penciptaan fotografi kuliner ini menggunakan metode eksplorasi dan improvisasi, dengan mengambil data berbagai jenis makanan khas yang tersebar di 5 kabupaten

1) “Yesus mengambil roti…kemudian Dia memecahkan roti itu dan memberikannya kepada disipal-disipal dan berkata, Ambil dan makanlah” (Mat. 26:26); “Inilah tubuh-Ku yang

Diagram Gantt (sering disebut diagram batang) memungkinkan peserta proyek dan pihak yang berkepentingan (stakeholder) untuk melihat saat awal dan akhir dari tugas- tugas dan

Dikbang dan dikkak yang baru diselamatkan harus berdoa setiap hari agar Tuan memberi peluang kepada kamu untuk berbicara dengan orang lain.. Sesetengah orang telah