• Tidak ada hasil yang ditemukan

TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH: USAHA MEMODENKAN DISIPLIN PENGAJIAN ISLAM

Solahuddin Bin Ismail solahuddin@uum.edu.my

PENDAHULUAN

Pendidikan merupakan tonggak penting dalam ajaran Islam. Ia sebagai wadah utama dalam membangunkan kehidupan manusia. Golongan berpendidikan sesungguhnya akan mendapat kedudukan (darjat) tinggi di sisi Allah SWT. Pencapaian yang tinggi dalam pendidikan seharusnya perlu melalui proses yang sempurna dan tersusun. Islam menganjurkan proses mencari gali ilmu mesti berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Ini kerana sumber Islam tersebut sarat dengan pengetahuan yang amat berguna untuk manusia. Ilmu yang sempurna jika dapat dihayati dan diamalkan secara bertanggungjawab akan menjadi pedoman untuk manusia menyusun dan merecanakan hidup dengan cemerlang.

Usaha mendidik dan memahamkan masyarakat tentang Islam di Nusantara bermula dengan tersebarnya dakwah Islamiah. Islam diterima sebagai anutan untuk semua golongan sama ada di peringkat istana sehinggalah ke rakyat marhain. Di Kedah khususnya, kemasukkan Islam telah berlaku pada kurun ke 11M. Agama suci ini telah disebarkan oleh Sheikh Abdullah al-Yamani. Usaha dakwah beliau mencapai kejayaan apabila Raja Kedah (Maharaja Derbar) telah memeluk Islam dan telah menukar nama Sultan Muzaffar Syah I (Buyong Adil, 1980). Nama Kedah juga telah diubah menjadi Kedah Darul Aman.

PengIslaman pemerintah Kedah menandakan kejayaan dan keberkesanan gerakan dakwah Islam. Ia juga meletakkan Kedah sebagai negeri Melayu pertama menerima ajaran Islam. Gabungan tenaga ulama dan umara telah mempercepatkan lagi proses penyebaran dakwah Islam sehingga rakyat Kedah ketika itu dikatakan semuanya telah memeluk Islam. Sheikh Abdullah al-Yamani dilantik sebagai penasihat dan guru agama kepada sultan (Wan Saghir Abdullah, 1999). Begitu tinggi ukuran kehidupan yang diperolehi oleh pendakwah merangkap murabbi yang tulus ikhlas dalam mengembangkan dakwah Islam. Asas kepada dakwah Islam itu adalah ilmu pengetahuan yang disampaikan melalui pendidikan.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH

Apabila Islam telah direima sebagai anutan oleh sultan dan bangsawan Kedah, maka proses pendidikan Islam juga sudah tentu berkisar di kawasan istana dan rumah pembesar Kedah. Ia kemudiannya dikembangkan di rumah tuan guru dan juga di masjid. Menurut Fauziah Syafie (2001) pendidikan Islam bermula secara berperingkat-peringkat dengan pengajian di istana, rumah tuan guru (maulana, syeikh), masjid dan surau.

(2)

Institusi Pondok

Sistem pondok merupakan sistem pengajian yang diamalkan sejak berkurun lamanya. Menurut Ramli Awang (2006), pengajian pondok di Kedah telah bermula sejak kedatangan Islam lagi. Peringkat permulaan, pedagang Arab telah mendirikan rumah-rumah persinggahan mereka di persisir pantai. Rumah persinggahan ini bukan sahaja menjadi tempat penginapan sementara tetapi juga menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk mempelajari dan mendalami ajaran Islam. Ini kerana ulama yang yang datang berdakwah ketika itu juga merupakan pedagang. Kemudian rumah sementara tersebut berkembang menjadi organ pendidikan Islam berpusat apabila terdapat permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat.

Menjelang tahun 1806M, institusi pondok pertama telah ditubuhkan oleh Haji Wan Ishak bin Wan Muhammad Hashim bin Wan Abdul Baqi. Ia terletak di Kampung Malau. Beliau telah mengasaskan pondok ini setelah pulang dari menuntut ilmu selama 20 tahun di Mekah. Ia dikatakan sebagai pondok yang tertua di Kedah. Namun pondok ini terpaksa ditutup kerana ketiadaan guru mengajar apabila Haji Wan Ishak telah dilantik menjadi mufti negeri Kubang Pasu. Walaupun telah menjawat jawatan Mufti Kubang Pasu, hasrat untuk mengembangkan ilmu masih mendalam dalam diri beliau dan pada tahun 1845M Haji Wan Ishak telah membuka pula sebuah lagi pondok bertempat di Pulau Pisang (Ismail Salleh, t.t.).

Institusi pondok terus berkembang pesat di Kedah pada penghujung abad ke 19M. Sekitar tahun 1870an, Kedah telah mempunyai sekurang-kurangnya lapan buah institusi pondok (Abdullah Ishak,1995, Fauziah Shaffie, 2001, Ramli Awang, 2006). Muhammad Abu Bakar (1995) menganggarkan pada tahun 1870an terdapat lebih kurang sepuluh buah pondok telah wujud di Kedah seperti di Yan, Pulau Pisang dan Titi Gajah. Ini menggambarkan, sistem pondok merupakan satu sistem pendidikan agama yang mendapat pengiktirafan dan permintaan tinggi oleh masyarakat Kedah. Ilmu agama yang menjadi teras pengajian pondok dilihat berupaya menjaga survival demi kelangsungan hidup mereka.

Semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854M-1879M), banyak sekali pondok dibuka dan diterokai oleh ulama-ulama di Kedah. Ia berkembang di setiap daerah dalam negeri Kedah. Corak pengajiannya bukan sekadar menuntut ilmu agama semata-mata tetapi ilmu-ilmu sampingan lain sebagai bekalan pelajar. Mereka didedahkan dengan pelbagai aktiviti kehidupan orang-orang Melayu Kedah. Dengan itu, sekolah pondok telah dilihat sebagai nadi kehidupan masyarakat setempat. Maju atau mundur sesebuah pondok akan memberi implikasi terhadap kemajuan atau kemunduran sesebuah daerah.

(3)

Sistem pondok di Kedah menerima ramai pelajar yang datang dari serata tempat. Ia dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu pelajar dari Kedah, pelajar dari luar Kedah dan pelajar luar negara. Kebanyakkan pelajar Kedah datang dari seluruh daerah dalam negeri Kedah. Pelajar luar Kedah pula datang dari negeri seperti Perlis, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan lain-lain. Manakala pelajar luar negara datang dari negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan Brunei. Menurut Awang Had Salleh (1977) antara prinsip pelajar pondok ialah mesti belajar jauh dari kampung halaman dan keluarga. Di Kedah terdapat murid dari Kelantan, Terengganu, Johor, Perak dan Perlis. Pelajar tempatan juga perlu menginap di pondok-pondok kecil dan tidak di rumah mereka sendiri.

Sistem pondok terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Penyertaan tidak mengira peringkat umur, muda atau tua. Mereka boleh memilih subjek yang diminati serta memilih sendiri peringkat ilmu yang sesuai dengan keupayaan dan kemampuan masing-masing. Kebanyakkan kitab adalah dalam bahasa Arab dan pengajarannya dilakukan sama ada dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Namun ada juga pengajaran yang menggunakan kitab Jawi. Yuran pengajian adalah percuma kerana guru yang mengajar adalah kerana Allah SWT semata-mata.

Pelajar pondok mempunyai peluang belajar yang sangat luas dan tidak terbatas. Mereka berpeluang untuk mendalami ilmu-ilmu Islam selama yang mereka kehendaki. Tujuannya adalah untuk memberi kebebasan kepada pelajar memahirkan diri dalam menguasai ilmu yang mereka pelajari kerana corak pengajian pondok tidak berkonsepkan gred dalam menilai prestasi pelajar. Kebolehan dan keupayaan adalah berdasarkan kemahiran mereka menguasai ilmu secara mendalam tanpa mengira had masa mereka belajar. Justeru tidak hairanlah jika seseorang pelajar bermastautin di sesebuah pondok sehingga puluhan tahun untuk menguasai dan mendalami ilmu yang mereka minati.

Menjelang abad ke 20M, institusi pondok di Kedah menjadi sangat terkenal. Permintaan yang tinggi dari pelajar dan ibubapa menyebabkan banyak sekali pondok dibina dan diasaskan. Ada sesetengah pondok telah mempunyai bilangan pelajar antara 600 orang hingga 1200 orang, Pondok Bohor misalnya mempunyai pondok lebih dari 300 buah (Fauziah Shaffie, 2001). Ramli Awang (2006) menyatakan, antara institusi pondok yang terkenal abad ke 20M adalah seperti:

1. Pondok Kubang Bongor (Tuan Guru Haji Saad bin Ali)

2. Pondok Kubang Kubuk Kawah (Tuan Guru Haji Idris di Air Hitam) 3. Pondok Tuan Guru Haji Ismail Che Dol di Gajah Mati Pendang 4. Pondok Tuan Guru Haji Ahmad Rabat di Chegar Pendang 5. Pondok Tuan Guru Haji Ahmad Tampong di Merbok 6. Pondok Tuan Guru Haji Che Mat al-Fatani di Bukit Besar 7. Pondok Tuan Guru Haji Suhar di Padang Lumat dll.

(4)

Sistem sekolah agama adalah opsyen bagi masyarakat Melayu Islam untuk mendapat pendidikan. Ia secara tidak langsung telah menyemarakkan lagi perkembangan pendidikan Islam di Tanah Melayu. Menurut Azmah Abdul Manaf (2001), sistem sekolah agama mempunyai jalinan erat dengan sebilangan masyarakat Melayu yang pernah belajar atau melawat Tanah Arab atau Mesir pada akhir abad ke 19M dan awal abad ke 20M. Sebahagian besar daripada mereka telah terpengaruh dengan gerakan Reformis Islam (Gerakan Islah) dari Timur Tengah. Mereka cuba untuk menerapkan pembaharuan dalam sistem pendidikan Islam melalui sistem persekolahan. Hasilnya, lahirlah sistem sekolah agama sama seperti sistem persekolahan yang telah dijalankan oleh golongan reformis Islam di sana.

SISTEM SEKOLAH AGAMA MODEN

Sistem pendidikan Islam berkonsepkan sekolah agama merupakan satu sistem pendidikan moden yang mendapat kerjasama sepenuhnya dari rakyat. Asas pembangunan sekolah tersebut bersumberkan bantuan dan sumbangan rakyat. Dengan itu ia lebih dikenali sebagai sekolah agama rakyat (SAR). Pertumbuhan sekolaha agama rakyat bermula setelah tahun 1900M (Mazlan Yusuf, 1984/85 dan Nabir Abdullah, 1976). Menurut Kho Kay Kim (1980), sekolah agama juga disebut sebagai sekolah arab atau madrasah dan pertumbuhannya menjadi lebih rancak selepas Perang Dunia ke 2. Ia merupakan satu sistem yang mendapat pengiktirafan memberangsangkan oleh masyarakat Melayu seawal abad ke 20M. Tujuannya adalah untuk memberikan pendidikan Islam yang lebih tersusun, moden dan bersistematik kepada orang-orang Melayu (A. Hari Chandran, 1998/99).

Penubuhan sekolah agama seawalnya dipelopori oleh Reformis Islam yang pernah menuntut dan melawat Tanah Arab (Mesir) pada penghujung abad ke 19M. Mereka kembali dengan membawa idea pembaharuan. Golongan ini berpandangan, masyarakat Melayu perlu mengubah kehidupan mereka dengan menguasai ilmu secara sistematik. Idea ini telah melahirkan sistem persekolahan formal yang teras ilmunya adalah ilmu agama. Pemikiran pembaharuan mereka telah dipengaruhi oleh gerakan reformasi Timur Tengah pimpinan Muhammad Abduh, Rasyid Redha dan Jamaludin al-Afghani.

Idea pembaharuan telah dilaksanakan oleh Reformis Islam Melayu dengan membangunkan satu sistem pendidikan moden berkonsepkan sekolah. Ia sebagai pilihan kepada masyarakat Melayu yang inginkan pendidikan moden tetapi tidak mahu ke sekolah Melayu atau sekolah Inggeris. Pelopornya adalah Tuan Haji Salleh Masri yang menubuhkan Madrasah al-Masriyyah (1906) Bukit Mertajam Pulau Pinang dan Syed Syeikh al-Hadi yang mendirikan Madrasah al-Iqbal (1907), Madrasah al-Hadi (1916M) di Melaka dan Madrasah al-Masyhoor (1919M) di Pulau Pinang (Othman Bakar 1980 dan Rahim Othman, 1980).

(5)

Keinginan untuk membangunkan pendidikan Islam anak bangsa Melayu telah direalisasikan oleh Wan Sulaiman dengan menubuhkan sebuah sekolah agama moden dikenali sebagai al-Madrasah al-Hamidiah di Limbong Kapal Kedah pada tahun 1906M (Shamsul Amri Baharuddin, 2006). Sekolah ini sama konsep pengajiannya dengan sekolah yang telah ditubuhkan oleh glongan Reformis Islam yang bersifat dwi aliran iaitu aliran agama dan aliran sekular.

Abdul Manaff Saad (1976) menjelaskan, Madrasah al-Hamidiah boleh dibandingkan dengan sekolah sekular lain di Kedah dari sudut organisasi dan pentadbirannya. Ia merupakan sekolah agama yang pertama dan yang terawal mengikuti sistem persekolahan moden yang mempunyai bangunan sekolah, jadual waktu, buku teks, loceng dan guru-guru yang mengkhususkan kepada mata pelajaran tertentu. Tingkat pengajian diberikan setakat darjah lima. Kenaikan darjah adalah melalui sistem peperiksaan dan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka akan dianugerahkan sijil untuk menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi.

Pada tahun 1936M, usaha mengembangkan pendidikan Islam moden diteruskan oleh Tengku Mahmud dengan membina sebuah sekolah agama di Simpang Kuala. Sekolah ini diberi nama Maktab Mahmud (Maahad Mahmud). Ia meneruskan tradisi sistem pendidikan Islam moden yang dibawa oleh Madrasah al-Hamidiah berasaskan dwi aliran. Semua pelajarnya adalah lelaki. Pada tahun 1972M, Maktab Mahmud telah digabungkan dengan Sekolah Agama Tarbiah Islamiah Jalan Pegawai dan mula menerima kemasukkan pelajar perempuan. Pada tahun 2002M, kebanyakkan sekolah agama di Kedah mengalami kemerosotan kewangan apabila Kerajaan Persekutuan telah menarik balik bantuan kepada sekolah agama rakyat. Namun inisiatif telah dilakukan oleh Kerajaan Kedah dengan menawarkan penggabungan sekolah agama rakyat tersebut dengan Maktab Mahmud. Natijahnya, 10 buah sekolah agama rakyat telah menyertai gabungan ini. Maktab Mahmud kini mempunyai 11 cawangan yang berada di seluruh daerah dalam Negeri Kedah. Maktab Alor Star, Maktab Mahmud Yan dan Maktab Mahmud Langkawi merupakan sekolah agama negeri sejak awal penubuhan. Manakala Maktab Mahmud lain merupakan Sekolah Agama Rakyat asalnya. Kini seluruh pentadbiran Maktab Mahmud dikelola oleh Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) dan sekolah ini diketegorikan sebagai Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN).

Asas kurikulum sekolah agama moden dibentuk dengan menggabungkan dua disiplin ilmu dalam satu sistem persekolahan. Ilmu-ilmu Islam seperti Tauhid, Fekah, Akhlak, Al-Quran, Tafsir, Tajwid, Tasawuf dan Bahasa Arab menjadi tunjang pengajian manakala ilmu-ilmu sekular seperti Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Tawarikh, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga turut diperkenalkan kepada pelajar (Othman Bakar, 1980). Kurikulumnya nampak lebih formal dan lebih teratur. Menurut Sabri Hj.Said (1983), sebagai sebuah sekolah agama moden, sekolah agama mula memperkenalkan sukatan pelajaran, sistem peperiksaan, cara pengajaran yang moden, bilik darjah yang dilengkapi kerusi dan meja, alat bantuan mengajar seperti kapur dan papan hitam sistem jadual waktu, sijil tamat pengajian, guru dibayar gaji dan pentadbiran yang lebih sistematik serta tersusun di bahwah kendalian seorang mudir (pengetua) dan jawatankuasa sekolah (Sabri Hj Said, 1983). Antara aspek yang membezakan sistem sekolah agama dengan sistem pondok (Aziza Halim, 1986/87) ialah:

1. Wujud sistem bilik darjah

(6)

3. Penggunaan buku laporan murid 4. Cara pengajaran yang lebih saintifik 5. Penggunaan jadual waktu

6. Pengkhususan bidang pelajaran bagi seseorang guru. 7. Guru-guru dibayar gaji atau saguhati

8. Penggunaan buku catitan dan buku teks dengan lebih teratur

Khoo Kay Kim (2001) menjelaskan, sekolah agama pada awal penubuhannya telah mempunyai ciri-ciri sekolah seperti pengetua, guru-guru yang berpengkhususan dalam matapelajaran tertentu, wujud bilik darjah, kurikulum, adanya sistem peperiksaan untuk kenaikkan ke kelas yang lebih tinggi dan para palajar yang berjaya menamatkan persekolahan dengan jayanya akan dikurniakan dengan sijil-sijil tertentu sebagai balasan usaha mereka dalam pelajaran. Keadaan ini memperlihatkan wujud persamaan antara sekolah agama dengan sekolah Inggeris atau sekolah Melayu yang terdapat pada zaman tersebut.

MODENISASI SEKOLAH AGAMA/MADRASAH

Pada 20 Oktober 1921M, State Council Kedah telah meluluskan undang-undang untuk memantau setiap kegiatan pondok dan meminta semua guru agama di daftarkan. Guru yang mengajar perlu mendapatkan surat kebenaran (watikah) mengajar dan setiap pondok harus berdaftar dengan pihak berwajib. Ia merupakan sebahagian dari usaha untuk memperkemaskan pendidikan Islam di Kedah.pada tahun 1930an, sebahagian besar pondok telah didaftarkan dengan kerajaan Kedah dan mereka menggunakan nama madrasah (Ahmad Jelani Halimi, 1989).

Pondok Pulau Pisang telah didaftarkan pada 16/6/1350H dengan nama Madrasah Ishakiah dan Pondok Gajah Mati telah didaftarkan pada 6/7/1350H dengan nama Madrasah Ahmadiah. Perubahan dari pondok kepada madrasah hanya berlaku pada nama sahaja kerana institusi ini masih lagi mengekalkan sistem pengajian Islam secara tradisional dalam bentuk halaqah dan menadah kitab.

Hasil dari penguatkuasaan pendaftaran sistem pondok oleh Kerajaan Kedah, Pondok Haji Lah Kechik telah diubah menjadi Madrasah Makarumul Akhlak pada Tahun 1954M. Pada tahun 1946M, Pondok Haji Hussain Langgar telah mangasaskan Madrasah al-Hamidiah, namun apabila sekolah ini telah dipindahkan ke tapak lain, ia dinamakan sebagai Sekolah Menengah Agama Raudhatul Ulum Langgar (Shahrom Yusoff, 200). Beliau juga telah menubuhkan Madrasah al-Khairiah Padang Lumat pada tahun 1933M (Mazlan Yusuff, 1984/85). Demikian banyak lagi pondok-pondok pengajian telah didaftarkan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) supaya sistem pengajian dapat berjalan dengan lancar tanpa gangguan daripada pihak yang berwajib.

(7)

sukatan pelajaran akademik bermula tahun 1967M kepada pelajarnya. Ini menunjukkan bahawa sekolah agama yang dahulunya berkonsepkan pengajian pondok telah berusaha untuk memajukan sekolah senada dengan perkembangan pelajaran kebangsaan. Walau bagaimanapun, subjek agama masih dikekalkan dan menjadi tunjang pendidikan sekolah-sekolah tersebut.

Pada masa kini, terdapat sebanyak 42 buah sekolah agama peringkat menengah yang masih lagi beroperasi di setiap daerah dalam negeri Kedah. 14 buah merupakan Sekolah Agama Rakyat (SAR), 14 adalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 12 merupakan Sekolah Agama Negeri (SMAN) yang lebih dikenali sebagai Maktab Mahmud berserta cawangannya, 5 buah sekolah menengah agama kebangsaan (SMKA) dan sebuah sekolah menengah berasrama penuh (SBP).

Perbelanjaan sekolah agama banyak bergantung hasil sumbangan zakat, derma orang awam dan juga sumbangan per kepala/pelajar dari Kerajaan Persekutuan. Namun pada tahun 2002M, Kerajaan Persekutuan telah mnghentikan bantuan kepada seluruh sekolah agama rakyat (SAR). Ini menyebabkan urustadbir kewangan SAR mengalami kemerosotan. Mereka diberi tiga pilihan; pertama bernanung di bawah Kerajaan Persekutuan sebagai SABK, kedua menjadi cawangan kepada SMAN dan ketiga kekal sebagai SAR.

PEMBAHARUAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Tranformasi dalam sistem pendidikan Islam di Kedah telah berlaku apabila pelajar mula datang ke rumah tuan guru untuk menimba ilmu. Di sinilah merupakan titik tolak kepada proses transformasi dalam pendidikan Islam dan ia berlaku sejak awal abad ke 19M lagi. Dalam kertas ini penulis hanya akan membincangkan tiga bentuk transformasi dan pembaharuan yang berlaku dalam sistem pendidikan Islam di Kedah. Pertama, pembaharuan terhadap sistem pengajian. Kedua, perubahan ke atas struktur fizikal sekolah dan ketiga, perubahan terhadap kurikulum pengajian.

Proses pembaharuan pendidikan Islam di Kedah telah berjalan sejak sekian lama. Peringkat permulaan, corak pendidikan Islam bersifat tidak formal. Masyarakat Islam ketika itu hanya di ajar perkara-perkara asas seperti fardu ain dan kelas al-Quran. Lokasi pengajian hanya tertumpu di istana, rumah pembesar negeri, surau dan juga masjid. Perubahan berlaku apabila rumah tuan guru mula dijadikan tempat menadah ilmu-ilmu Islam. Atas inisiatif tuan guru maka pondok-pondok kecil telah dibina sebagai tempat kediaman terutama bagi pelajar yang datang dari jauh. Dengan demikian, corak pengajian dan pengajaran juga turut berubah. Corak pendidikan yang sebelum ini bersifat tidak formal telah diperbahrui dengan satu sistem yang lebih formal apabila wujud kelas-kelas pengajian bagi sunjek-subjek tertentu dan juga kegiatan ko kurikulum (Ismail Salleh, t.t.). Awang Had Salleh (1991) menegaskan bahawa sistem pondok juga mempunyai jadual waktu dan jadual cuti penggalnya yang tersendiri. Jadual harian pelajar bermula sesudah waktu subuh dan berakhir hingga larut malam. Manakala jadual cuti pula adalah selama sebulan pada bulan puasa dan apabila bermulanya musim menuai padi.

(8)

Ia berbeza dengan sistem sekolah yang berpkasikan kepada sistem nizami. Para pelajar lebih terurus dengan pembahagian kelas mengiku tahap umur tertentu. Sekolah agama pertama di Kedah menggunakan sistem ini ialah Madrasah Hamidiah Limbong Kapal. . Tingkat pengajian diberikan setakat darjah lima. Kenaikan darjah adalah melalui sistem peperiksaan dan pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka akan dianugerahkan sijil (Abdul Manaff Saad, 1976).

Pendidikan Islam terus berkembang maju dan pesat. Kini sekolah agama telah berubah wajah dengan proses asimilasi pendidikan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan dengan adanya sistem pembelajaran mengikut kelas dan umur. Ia sebagai satu kaedah untuk menilai tahap keupayaan pelajar untuk berhadapan cabaran semasa. Sekolah agama kini tiada bezanya dengan sekolah harian dari sudut sistem pelaksanaannya. Cuma sedikt perbezaan dari aspek penawaran sujek pembelajaran di mana sekolah agama lebih menawarkan subjek-subjek agama Islam serta bahasa Arab untuk dipelajari. Walaupun ada sebahagian daripada sekolah agama bergerak secara persendirian namun pelaksanaan sistem pendidikannya masih tertakluk di bawah pengawasan Kepenterian Pelajaran Malaysia (KPM).

Sistem pendidikan Islam juga telah mengalami prubahan yang ketara berdasarkan struktur fizikalnya. Kalau dahulu, sistem pondok, hanya rumah-rumah kecil dilihat bertaburan di sekitar kawasan rumah tuan guru tetapi pada masa kini suasana tersebut telah berubah sama sekali. Rumah tuan guru yang juga telah dijadikan dewan pengajian serta musolla telah digantikan dengan struktur batu. Pondok-pondok kecil juga telah dirobohkan dan diganti dengan bangunan baru yang lengkap dengan kemudahan elektrik. Di dalamnya terdapat blok-blok kelas untuk diisi oleh para pelajar. Pada masa kini kebanyakkan sekolah agama telah membina bangunan bertingkat sebagai satu cara untuk menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Struktur fizikal ini telah dibina dengan bantuan dari KPM, pejabat zakat, kerajaan negeri dan juga infak masyarakat.

Pihak sekolah juga telah menyediakan kemudahan infrastruktur lain seperti asrama, kantin, perpustakaan, pejabat pentadbiran sekolah bilik guru, pusat sumber, dewan serbaguna serta lain-lain kemudahan bagi memberikan suasana yang kondusif dan keselesaan kepada pelajar. Pemodenan struktur fizikal sekolah agama telah berjaya menarik minat ramai dari kalangan ibubapa untuk mensekolahkan anak-naka mereka dalam bidang agama.

(9)

Namun demikian para pelajar tidak hanya belajar ilmu yang dikuasai oleh tuan guru semata-mata. Terdapat juga ilmu-ilmu lain seperti Fekah, Tafsir, Hadis dan sebagainya juga akan dipelajari oleh pelajar. Kesinambungan ilmu tidak hanya merujuk kepada ilmu-ilmu agama tetapi juga ilmu elektif yang bersifat kemahiran juga dapat diterokai oleh golongan yang berpendidikan pondok. Ia sebagai langkah untuk menyeimbangkan survival kehidupan mereka apabila tamat pengajian kelak. Maka ia dilihat lebih baik berbanding dengan corak pengajian sebelum yang lebih kepada memahamkan masyarakat tentang ilmu-ilmu asas di dalam Islam.

Suasana ini agak berbeza dengan sistem sekolah agama moden. Kurikulum mereka telah digubal sepenuhnya oleh pihak berwajib agar dapat diselaraskan. Tujuannya adalah untuk memudahkan pelajar mengikuti pengajian berdasarka tahap umur dan tahap keupayaan pelajar tersebut. Ini kerana, sistem sekolah agama moden lebih menekankan penilaian tahap keupayaan pelajar melalui sistem peperiksaan. Justeru peperiksaan telah menjadi kayu ukur untuk pelajar menilai kemampuan mereka menguasai sesuatu ilmu. Jika berjaya di dalam peperiksaan, pelajar akan dinaikkan ke kelas berikutnya sehinggalah mereka tamat pengajian. Sistem sekolah agama moden yang berorientasikan peperiksaan dan menjadikan sijil sebagai sandaran bila tamat pengajian telah membuka peluang pekerjaan sama seperti sekolah harian lain. Ia sebagai satu proses untuk memberi nilai tambah kepada pelajar agama agar tidak dilihat sebagai pelajar kelas kedua dalam arus permodenan.

PENUTUP

Proses transformasi pendidikan Islam telah bergerak dalam ruang yang begitu luas. Ia hasil kerja-kerja dakwah yang telah dilakukan oleh para murabbi terdahulu. Bemula Islam di Kedah dengan golongan bangsawan dan pada hari ini kita sama-sama melihat bahawa sistem pendidikan Islam telah diangkat martabat sama seperti sekolah elit yang lain. Kalau dahulu, pelajar pondok hanya berkelana sewaktu musim menuai tetapi kini pelajar pondok serta sekolah agama telah berjaya menjawat jawatan besar di pelbagai sektor kerajaan mahupun swasta. Ini adalah hasil usaha serta penggembelingan tenaga umala dan ulama untuk memartabatkan serta memantapkan sistem pendidikan Islam terutamanya di Kedah.

(10)

RUJUKAN

A.Hari Chandran, (1998/99), Madrasah Ittihad alWataniah Bukit Apeng Kedah Darulaman: Satu kajian Sistem Pendidikan Islam 1934-1974, Latihan Ilmiah, Universiti Sains Malaysia. Abdul Manaff Saad, Suatu Kajian Ringkas Mengenai Haji Wan Sulaiman Bin Wan Sidik (1874M-1935M) Dalam Kedah Dari Segi Sejarah (Julai 1976), jil. 7, Persatuan Sejarah Malaysia Caw. Kedah.

Abdullah Ishak (1995), Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Jelani Halimi (1989), Sistem Pendidikan Melayu Islam Tradisional Merujuk Kepada Sistem Penidikan Pondok di Kedah; Asal Usul dan Perkembangannya Hingga 1957M, Disertasi Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Awang Had Salleh (1977), Institusi Pondok di Malaysia dalam Zainal Kling, Masyarakat Melayu: Antara Tradisi dan Perubahan, KL: Utusan Publications & Distributors.

________________ (1991), Sekolah Melayu, Sekolah Rakyat dan Pondok di Kedah dalam Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman, Lembaga Muzium Negeri Kedah,Alor Setar.

Aziza Halim (1986/87), Madrasah an Nahdzah Bukit Besar Kedah 1947-1982, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azmah Abdul Manaf (2001), Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, KL: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Buyong Adil (1980), Sejarah Kedah, KL: Dewan bahasa dan Pustaka

Fauziah Shaffie (2001), Institusi Pondok di Malaysia; satu sorotan dari perspektif sejarah dalam Jurnal Sekolah Pembangunan Sosial, jil. 2, Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Ismail Haji Saleh (t.t.), Pomdok di Kedah, manuskrip, Koleksi Kedah, Alor Setar: Perpustakaan Awam Negeri Kedah.

Khoo Kay Kim (1980), Perkembangan Pelajaran Agama Islam dalam Awang Had Salleh (ed.), Pendidikan Ke Arah Perpaduan, Sebuah Perspektif Sejarah, Penerbit Fajar Bakti.

(11)

Muhammad Abu Bakar (1995) Dari Pusat ke Pinggiran: Institusi Pondok di Malaysia dalam Ismail Hussein (peny.), Tamadun Melayu, jil. 3, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nabir Abdullah (1976), Maahad Il-Ihya al-Syarif, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Othman Bakar (1980), Haji Salleh Masri; Pengasas al-Masriyyah Bukit Mertajam dalam Khoo Kay Kim at all; Islam di Malaysia, KL; Persatuan sejarah Malaysia.

Rahim Othman (1980), Madrasah Masyhur al-Islamiyyah Pulau Pinang dalam Koo Kay kim , at all; Islam di Malaysia, 1980, KL; Persatuan Sejarah Malaysia.

Ramli Awang (2006), Perkembangan Institusi Pondok di Nusantara; Pengaruhnya di Negeri Kedah, siri monograf, Skudai;Penerbit Univeriti Teknologi Malaysia.

Sabri Hj.Said (1983), Madrasah al-Ulum al-Syariah Perak; 1937-1977M: Satu Kajian Pendidikan Islam, KL: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahrom Yusoff (2003), Sistem Pengajian Pondok di Kedah, Latihan Ilmiah, UKM: Jabatan Syariah.

Shamsul Amri Baharuddin & Azmi Aziz (2006), Colonial Knowledge and the Reshaping of Islam, the Muslim and Islamic Education in Malaysia, Past & Present, workshop on “Voices of Islam in Europe and Southeast Asia, Wailalak University, 20-22 Januari.

Wan Saghir Abdullah (1999), Penyebaran Islam dan Silsilah Umala Sejagat Dunia Melayu, KL: Khazanah Fathaniyah.

Referensi

Dokumen terkait

Bagian ini merupakan bagian utama artikel hasil penelitian dan biasanya merupakan bagian terpanjang dari suatu artikel. Hasil penelitian yang disajikan dalam bagian

Pemberian ransum dengan ekstrak daun murbei yang difermentasi dengan cairan rumen (0,06% dan 0,12%) mampu mengurangi pengaruh negatif senyawa DNJ dalam menghambat

Gambar 14 Tampilan Hasil kompresi Mp3 Keterangan: Setelah proses dekompresi selesai, maka akan muncul pesan konfirmasi bahwa proses kompresi telah selesai dengan

Metode pengujian sample menggunakan alat Digital Formaldehyde Meter didapatkan dari sumber referansi khususnya perlakuan pada sensor yang sesuai dengan data sheet (Figaro,

• Seperangkat komponen yang saling terkait yang merupakan kumpulan, manipulasi, penyebaran data dan informasi, dan penyediaan umpan balik untuk mencapai tujuan.. • Contoh : ATM,

(2003) menyebutkan bahwa sikap telah lama diidentifikasi sebagai penyebab dari niat, merujuk pada fenomena melambatnya inovasi dalam telepon pintar, mempelajari

e. Pemberian label; semua bejana seperti botol, flask, test tube dan lain-lain harus diberi label yang jelas. Jika tidak jelas, test-lah dengan hati-hati secara terpisah isi

Pada gambar 4 merupakan activity diagram usulan pemesanan dengan proses pelanggan masuk ke website toko kurnia collection, lalu pilih menu produk maka sistem