• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendidikan Abad Ke 21 Peranan Bina Insan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pendidikan Abad Ke 21 Peranan Bina Insan"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

Pendidikan Abad Ke 21: Peranan Bina Insan Guru (BIG) dalam menyediakan Guru beraras tinggi.

Wan Fazah Wan Ahmad & Main Rindam

Abstrak

Abad ke 21 adalah abad penguasaan Information and Communication Technology (ICT). Konsepnya ia merupakan abad yang menjumudkan sempadan geografi dan politik serta budaya untuk membuka konsep perhubungan tanpa sempadan atau langit terbuka dalam apa juga bidang kehidupan. Dalam bidang pendidikan, pembelajaran abad ke 21 menuntut pelbagai pembaharuan supaya modal insan yang dibentuk dapat bersaing diperingkat global. Bina Insan Guru (BIG) dicetuskan bagi mencetuskan guru yang digraduatkan nanti memiliki kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi kompleks untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Sehubungan itu satu kajian telah dijalankan ke atas 30 responden pelajar guru Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun 2015 menggunakan kaedah lukisan projektif House-Tree-Person (HTP). Objektif kajian ini ialah untuk menghasilkan idea baru dalam penilaian kemampuan pelajar guru bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan

persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya. Kedua, menilai kemamapuan pelajar guru menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan menerusi program BIG, dan ketiga, menganalisis kemampuan merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan pelajar guru. Kajian ini mendapati kaedah lukisan projektif HTP mampu menjadi garis asas bagi pelajar guru yang mengikuti program BIG IPG Malaysia. Dapatan daripada HTP menunjukkan terdapat keupayaan untuk mereka mempamirkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial yang diperlukan dalam kerjaya guru. Ini memberikan gambaran sihat tentang kemampuan mereka untuk menjadi guru abad ke 21 yang beraras tinggi.

Kata Kunci: Pembelajaran, Pendidikan, Guru, Bina Insan Guru, Global, Aras tinggi.

Pengenalan

(2)

generasi yang mempunyai daya saing beraras tinggi dan mampu bersaing diperingkat global. Untuk menghasilkan modal insan beraras tinggi ia berkait secara langsung dengan keberhasilan murid. Tentunya di belakang kemenjadian murid adalah guru yang unggul (Barber & Mourshed, 2007). Oleh kerana individu guru memainkan peranan yang penting dalam penghasilan modal insan, aspek komitmen dan kompetensi sangat dititikberatkan bagi mendepani cabaran pembelajaran abad ke-21.

Institut Pendidikan Guru adalah salah satu institusi awam yang dipertanggungjawabkan dalam melahirkan guru yang memiliki komitmen dan kompetensi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Bina Insan Guru (BIG) merupakan salah satu program yang dirangka bagi menghasilkan guru yang berkomitmen dan berkompetensi ketika bertugas menerusi pengisian yang diatur. Isu gagal mengendalikan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan aktiviti kokurikulum secara berkesan merupakan isu kurang keberhasilan dalam melahirkan guru beraras tinggi, yakni yang berkaitan secara khusus dengan akauntabiliti serta aspek tanggungjawab, integriti dan juga kompetensi. Sehubungan itu sebelum satu kajian luar boleh dilakukan, satu kajian awal akauntabiliti ke atas sekumpulan pelajar guru IPG telah dijalankan bagi menganalisis pola auntabiliti mereka dengan menggunakan lukisan projektif HTP. Akauntabiliti banyak dipengaruhi oleh personaliti yang turut dipengaruhi oleh perilaku atau behaviour seseorang. Meskipun perilaku turut dipengaruhi oleh banyak faktor, penggunaan THP berkeupayaan untuk mengdiagnoksis hubungan kepelbagaian faktor ini dengan perilaku bawah sedar seseorang. Terjemahan dari hasil diagnoksis ini akan digunakan sebagai kayu ukur bagi menyediakan program susulan pemerkasaan sumber manusia lepasan IPG. Pendekatan ini diharapkan dapat mengisi lompong ilmu dalam pembangunan potensi setiap graduan yang mempunyai minat serta bakat untuk menjadi seorang pendidik tulin.

Objektif kajian ini ialah untuk menghasilkan idea baru dalam penilaian kemampuan pelajar guru bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya (Intrapersonal). Kedua, menilai kemampuan pelajar guru menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan menerusi program BIG (interpersonal), dan ketiga, menganalisis kemampuan merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan pelajar guru (jaringan persekitaran).

Latarbelakang/literatur

(3)

naluri sendiri bagi merangsang sesuatu yang dikenalpasti dan samar-samar. Andaiannya ialah subjek akan mampu menghasikan projeksi potrait sendiri yang boleh digunakan bagi menilai dinamika personaliti. Interpretasi ketiga-tiga objek adalah simbol kepada dunia subjek, rumah pula mencerminkan kehidupan rumah subjek dan hubungan intrakeluarga mereka sementara imej pokok memberi gambaran tentang pengalaman hubungan dalam lingkungan persekitaran mereka dan orang adalah bayangan hubungan interpersonal mereka.

Kajian literatur

menunjukkan banyak kajian telah dihasilkan menggunakan kaedah HTP.

Kajian menunjukkan pelbagai latar responden telah dikaji bagi mendapatkan

gambaran personaliti mereka. Bahkan sempadan kajian HTP turut

merentasi sempadan budaya dan juga sempadan fizikal responden. Ia

bertujuan menilai personaliti dari sudut kognitif, emosi, intra dan interpersonal.

Buck, J. (1948; 1981) menulis tentang teknik HTP dimana ia adalah

modifikasi daripada Goodenough, F. (1926) bertujuan mengkaji tahap

keintelektualan seseorang. Baik dalam kalangan kanak-kanak (Machover, K.

1949) mahupun golongan remaja dan dewasa.

Rajah 1. Sampel lukisan HTP pelajar guru yang mempunyai tiga objek utama

iaitu rumah, pokok dan orang. Sumber: Koleksi penulis.

(4)

digunakan sebagai alat bantu diagnostik bagi mengenalpasti penderaan

kanak-kanak (Palmer

et al

., 2000). Meriane, 2014 mengkaji keberkesanan

HTP ke atas kanak-kanak

atypical

dan

typical

di mana beliau turut

membina metod skoring untuk tujuan penilaian lukisan kanak-kanak tersebut.

Pembinaan metod skoring juga dilakukan oleh Chih, Tsyr & Ay (2011) bagi

menilai tahap keintelektualan di kalangan pesakit di Taiwan. Kajian HTP masih

belum meluas penerokaannya di Malaysia terutamanya dalam aspek

penghasilan sumber manusia beraras tinggi, oleh itu penulisan ini bertujuan

mengisi ruang kosong bidang ini.

Metodologi

Sejumlah 37 pelajar guru telah dipilih sebagai responden dan mereka sedang mengikuti program Bina Insan Guru (BIG). Mereka telah dibekalkan kertas kosong bersaiz A4 dan pensil untuk menghasilkan lukisan House-Tree-Person (HTP). Selepas selesai melukis HTP, tiada Post-Drawing Interrogation dilakukan seperti disarankan oleh Buck (1981). Lukisan projektif HTP dirasakan memadai untuk dijadikan media bagi memahami asas personaliti pelajar guru dan kesiagaan mereka untuk menjadi guru alaf abad ke 21. Aktiviti lukisan HTP ulangan dengan kryon atau pencil warna juga dijumudkan begitu juga 60 soalan PDI. Masa yang diberikan untuk menyiapkan lukisan ialah 30 minit bagaimanapun dalam kes yang ekstrem ada responden yang boleh menyiapkan lukisan mereka dalam tempoh kurang dari lima minit. Diagnostik dilakukan berdasarkan garis panduan manual yang dirujuk dari kajian literatur secara langsung. Ciri-ciri lakaran HTP yang dihasilkan pelajar guru dibanding dan dikategorikan mengikut gambaran yang dinyatakan dalam manual. Analisis kuantitatif digunakan bagi melihat gambaran keseluruhan perilaku kehidupan, hubungan dalam lingkungan (intrapersonal) dan juga hubungan interpersonal mereka. Gambaran yang dominan akan menjadi perbincangan utama dalam kajian ini.

Hasil dan Perbincangan

(5)

Pendidikan bertaraf dunia merujuk kepada satu pencapaian tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Ia menekankan perkembangan, kemajuan pesat dan dinamika khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentaliti (credential) dan diterima diperingkat antarabangsa. Asasnya ia bertujuan mencapai cabaran ke-6 Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat saintifik dan prograsif, mempunyai daya perubahan yang tinggi dan memandang ke depan yang bukan sahaja pengguna teknologi tinggi tetapi juga yang menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan. Sehubungan itu dalam usaha melahirkan warganegara global yang selaras dengan perkembangan jaringan informasi dalam era globalisasi, maka pelajar yang dikeluarkan oleh IPG mesti mempunyai ciri global seperti mempunyai budaya pembelajaran sepanjang hayat, berkebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa, menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan harian serta bersedia dari segi kognetif untuk tugasan yang kompleks dan mencabar, menyelesaikan masalah serta menjana ilmu atau pengetahuan baru agar mampu menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi sosial, budaya dan politik. Justeru itu IPG menerusi BIG dengan memberikan penekanan P&P berbudaya fikir (kreatif & kritis), pemusatan kepada pelajar, penggunaan ICT secara bijak, strategi P&P yang sesuai serta pengurusan BIG yang efektif.

Lukisan projektif House-Tree-Person (HTP)

Fokus utama penulisan ini ialah diagnosis lukisan rumah, pokok dan orang atau HTP. Berdasarkan Jadual 1, elemen yang terdapat dalam setiap objek telah dipermudahkan bagi menghasilkan manual penerangan yang mudah. Secara keseluruhan tiga objek yang terkandung dalam lukisan telah diterima pakai sebagai satu simbolik kepada dunia kehidupan responden yang mengambil bahagian dalam lukisan ini. Pengkelasan elemen bagi setiap objek membantu mempercepatkan proses diagnostik dan penghasilan laporan bagi setiap kes lukisan THP yang dihasilkan. Penghuraian ini telah diterima pakai oleh pengkaji awal lukisan HTP seperti Buck (1948;1981), Kellogg (1969) yang mengkaji HTP di kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 7 tahun, McAllen (2004) yang mengaitkan warna dengan emosi atau semangat pelukisnya.

(6)

maklumat tentang persekitaran perkembangan diri seseorang. Perinciannya manual asas penghuraian setiap elemen HTP dapat dirujuk kepada Jadual 1.

(7)
(8)

kekosongan dan tidak titik menunjukkan agresif, absessive attention. keseronokan diri). Berlilit

atau berpintal

(9)

Sekiranya sesuatu lukisan itu mempunyai kekurangan banyak perincian, lubang-lubang yang tidak lengkap atau siap dan penggunaan banyak garisan lemah, tidak jelas atau terputus-putus (faint) maka ia dipersetujui bahawa ia menunjukkan kemurungan. Garisan datar yang condong kebawah dan keluar dari lakaran keseluruhannya baik di kedua bahagian boleh menunjukkan perasaan terasing, terdedahan dan tidak berdaya (helplessness) akibat tekanan persekitarannya.

Lukisan dikaitkan dengan pelbagai aspek pembangunan kognetif yang berkaitan pemikiran, ingatan dan keupayaan (Mariane, 2014). Sama seperti fokus kajian ini dihasilkan iaitu membina keupayaan untuk meramal ‘features’ yang dihasilkan dalam lukisan HTP responden dapat menunjukkan masa depan kerjaya mereka. Lukisan sebagai alat bantu penilaian turut digunakan dalam bidang professional iaitu dalam pelbagai konteks (Reynolds & Kamphaus, 2003; Walker, 2012) selain keupayaannya bertindak sebagai terapi seni (art therapy) seperti dalam pengendalian kes penderaan seksual kanak-kanak mahupun orang dewasa (Lev-Weisel, 1999).

Imej Pokok dan Penyediaan Pelajar Guru Beraras Tinggi.

Pokok merupakan imej alam sekitar yang penting dalam kehidupan manusia. Dekatnya pokok dengan manusia telah disebut dalam bentuk perumpamaan oleh Allah s.w.t dalam firmannya menerusi ayat Al-Quran (ayat 24-25) yang bermaksud: “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit. Pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya, Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu semua untuk manusia supaya mereka selalu ingat” (Ibrahim:24-25)

Terdapat empat bahagian pokok yang sering diberikan perhatian oleh pelukis untuk melambangkan persekitaran sosial mereka iaitu (1) bahagian silera bersama daun, (2) dahan bersama ranting atau cabang, (3) batang dan (4) bahagian perdu, banir dan akar pokok. Berdasarkan pengalaman penulis, perincian sering juga dilakukan oleh pelukis terhadap empat bahagian ini. Kajian ini mendapati pelbagai bentuk imej pokok telah dilukiskan oleh responden dan terdapat 13 orang (35.1%) responden ada melukiskan dahan pokok sementara bakinya tidak berbuat demikian. Ini bererti majoroti responden telah mengabaikan bahagian dahan dan ranting dalam lukisan mereka yang membawa maksud mereka tidak atau kurang bersedia untuk mengadakan hubungan dengan orang lain. Sehubungan itu pengisian BIG perlu mengaktifkan keinginan untuk berhubung atau berkomunikasi antara peserta di peringkat awal.

(10)

garisan gelap atau terang bagi menunjukkan keadaan defensif atau melukis lubang pada batang pokok. Parut pada batang pokok menceritakan pengalaman traumatik yang pernah dialami oleh seseorang dan umur ketika mana traumatik itu berlaku. Umur boleh dianggarkan berdasarkan umur pelukis. Batang pokok yang terlalu kurus menunjukkan penyesuaian yang tidak menentu. Jika kulit pokok dilukis dengan jelas ia menunjukkan wujud unsur enxiety. Kulit pokok kalau dilukis dengan teliti bermaksud rigid atau pegun atau personaliti kompulsif (desakan keinginan atau nafsu yang kuat).

Akar pokok merujuk kepada asas persekitaran sosial seseorang dan ikatan seseorang pada realiti dan juga hubungannya kepada isu atau masa silamnya. Jika seseorang mengalami masalah dengan perjalanan hidupnya, akar pokok mungkin kecil, halus serta tidak efektif. Akar yang mati menunjukkan kekosongan dan enxiety yang konsisten dengan dorongan yang keterlaluan atau keinginan yang terlampau terutama jika ia turut diperincikan dengan aspek atau bahagian lain pokok.

Pelajar guru yang mempunyai ciri beraras tinggi umumnya perlu melukiskan pokok dengan akar yang jelas dan terang. Kajian ini mendapati terdapat 10 orang (27%) responden melukiskan akar pokok dengan pelbagai gaya tetapi tidak seorangpun yang melukiskannya secara keterlaluan. Berdasarkan jumlah itu separuh dari mereka melukis saiz akar yang besar sementara separuh lagi melukis saiz akar yang kecil dan halus. Jika akar dikaitkan dengan ikatan terhadap realiti, majoriti pelajar guru IPG tidak berada dalam realiti keperluan guru abad ke 21 yang serba mencabar. Bahkan dengan tidak melukis apa-apa akar menunjukkan mereka mempunyai masalah dengan perjalanan hidup untuk menjadi guru. Pokok yang tidak ada akar akan dikaitkan dengan situasi atau keadaan yang tidak menjamin. Ramai menunjukkan mereka tidak ada jaminan dan tidak ada perasaan seronok yang mendalam terhadap kerjaya guru. Kalau dikaitkan dengan sesuatu isu, mereka tidak mengambil pusing terhadap isu yang dilontarkan kepada mereka. Isu pembelajaran abad ke 21 bukan perkara besar kepada mereka. Kajian ini turut mendapati tidak ada kes responden yang melukis akar mati yang boleh dikaitkan dengan kekosongan atau enxiety di kalangan pelajar guru. Tidak juga ada contengan akar yang keterlaluan dalam kajian ini. Sehubungan itu pengisian program BIG perlu mendedahkan pelajar guru dengan realiti dan fantasi kerjaya guru. Pengisiannya juga perlu mendedahkan pesertanya dengan persiapan menghadapi pembelajaran abad ke 21.

(11)

dilukis dalam bentuk humble dan mudah atau ringkas, atau bersaiz besar serta ostentatious. Kemudian rumah tersebut boleh diperincikan atau dibiarkan sparse dan kosong begitu sahaja. Sekiranya rumah dikaitkan dengan mood atau mengalu-alukan kehadiran orang atau sebaliknya, apakah sambutannya kepada cabaran pembelajaran abad ke 21? Imej rumah yang dilakarkan itu mendominasi ruang atau hanya diletakkan pada sudut tertentu muka surat kertas yang diberikan sebab saiz rumah yang kecil melambangkan penolakan kehidupan keluarga dan saiz yang sangat besar menunjukkan elemen rumah atau keluarga bersifat ‘over restrictive’ dan mengawal kehidupan pelukis atau responden. Fokus analisis akan memberikan tumpuan kepada empat elemen dalam lakaran rumah iaitu bahagian bumbung, pintu dan tingkap, chimney atau cerombong dan perhiasaan rumah (jalan atau laluan masuk, pagar dan antena TV atau astro).

Rajah 2. House-Tree-Person (THP).

Justeru lakaran rumah dikaitkan dengan intrafamili maka garisan yang digunakan dalam lukisan melambangkan kekuatan ego seseorang. Garisan berat, melambangkan ego yang terlalu besar sementara garisan nipis menunjukkan ego yang lemah. Garisan juga menunjukkan bagaimana mereka mengenalpasti sempadan persekitaran di sekeliling mereka. Bumbung rumah disimbolkan sebagai kebijaksanaan dalam ilmu agama atau fantasi seseorang. Semua ini akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam perbincangan seterusnya.

(12)

di negara-negara beriklim sejuk seperti di barat. Sesuai dengan perkara ini, aspek geografi dan budaya serta musim perlu diambil kira apabila melakukan penginterpretasian lukisan dilakukan. Oleh kerana cerombong dikaitkan dengan ketersediaan (availability) dan kehangatan ( warmth) seseorang atau aras kuasa mahupun kekuatan serta maskulin (kejantanan atau kewanitaan) yang dirasai oleh orang lelaki atau perempuan maka kehadirannya dianggap sebagai relevan bagi masyarakat Eropah tetapi tidak bagi masyarakat Asia. Menidakkan kehadiran cerombong sesebuah rumah menunjukkan ada unsur pasifviti atau kekurangan perasaan hangat atau warmth dalam kehidupan rumah seseorang. Bahkan ketiadaan cerombong dikatakan kehidupan isurumah atau ego sesorang itu sebagai sejuk atau kekurangan belas kasih (compassion). Dalam satu skop yang lain cerombong melambangkan imej kebapaan dengan asap daripada yang keluar adalah simbol kehangatan dan kebaikan seorang bapa atau tanpanya ia boleh menunjukkan kehadiran unsur enxiety. Terlalu banyak asap boleh membawa maksud ‘permusuhan’ (hostility) dan terlalu banyak tenaga maskulin.

Dalam kes kajian ini responden adalah pelajar guru yang baru balik dari program ijazah sarjana muda dari seberang laut iaitu dari Kanada dan juga United Kingdom. Segelintir daripada mereka masih tidak dapat melupakan kenangan tinggal dalam persekitaran eropah atau negara sejuk. Rumah-rumah mereka kebanyakannya dilengkapi cerombong bagi tujuan mengekalkan kehangatan pada musim sejuk. Ia juga ada kaitan dengan jati diri pelajar guru yang balik dari luar negara. Mereka masih terikat dengan pengalaman tinggal bersama keluarga angkat atau tempat mereka menyewa. Imgatan ini mereka lahirkan semula dalam bentuk lukisan. Rumah berorientasikan eropah tetapi imej orang masih kekal dari negara asia

Rajah 3. HTP menunjukkan rumah dengan cerombong.

(13)

mengetahui aras femininiti responden, kuasa yang ada pada dirinya dan juga aspek proaktif beliau. Nilai tambah ini boleh diperolehi dengan menganalisis aspek lain imej rumah dan dua aspek lain iaitu pokok dan juga orang. Bagaimanapun dalam kajian ini hanya dua (5.4%) responden yang melukis cerombong dalam imej rumah mereka. Ketersediaan dan kehangatan (kesegaran) perasaan turut disahkan responden dengan melukiskan laluan masuk ke rumah (Rajah 3). Kalau ia dikaitkan dengan kehangatan peranan seorang bapa atau kebaikannya maka rumah dianggap sebagai satu yang penting dan membantu perkembangan kerjaya responden.

Jalan atau laluan masuk ke rumah adalah simbol kesediaan seseorang untuk menerima kedatangan tetamu. Ia juga memberitahu tentang bagaimana responden berhubung dengan orang luar. Ia juga memberitau bagaimana seseorang itu membenarkan orang lain mendatanginya, iaitu sama ada jalan atau lorong yang dilukis itu pendek atau panjang, luas atau sempit. Ketersediaan dan kehangatan ada kaitannya dengan keterbukaan. Lurus, luas dan besar menunjukkan keterbukaan untuk menerima kehadiran orang lain. Sebagai pelajar guru ciri ini seharusnya perlu ada pada personaliti mereka sebab mereka perlu bersedia, hangat dan terbuka untuk menerima murid atau pelajar. Kajian ini menemukan hanya enam (16.2%) responden yang mempunyai ciri ini dalam lukisan mereka. Keterbukaan sangat penting kepada seseorang guru kerana ciri ini menjadi penentu kepada perkongsian idea terutamanya ketika proses P& P berlangsung dalam kelas. Hasil analisis kaji selidik ini juga mendapati 20 orang (54.1%) responden melukis saiz rumah yang kecil, 15 orang (40.5%) melukis rumah bersaiz sederhana dan bakinya (5.4%) melukis rumah bersaiz besar. Ini bererti kajian ini mendapati sebahagian besar responden yang terdiri daripada pelajar guru di IPG menolak kehidupan rumah, maksudnya mereka suka kehidupan jauh dari rumah atau keluarga mereka. Mereka boleh dikatakan lebih suka hidup berdikari berbanding bergantung kepada ibu bapa mereka. Pada masa yang sama bolehlah dikatakan bahawa mereka juga mempunyai keinginan yang kuat untuk keluar dari kehidupan yang terikat kepada keluarga. Impak kepada lukisan seperti ini menunjukkan kelompok yang melukis saiz rumah yang kecil mempunyai kecendrungan perasaan ‘rindukan rumah, keluarga atau kampong’ yang lebih kecil berbanding mereka yang melukis saiz rumah sederhana atau lebih besar.

(14)

melambangkan dari mana mereka datang atau tinggal. Bagi mereka yang hidup di bandar sering mengaitkan rumah dengan faktor ekonomi dan juga pilihan. Dalam konteks kehidupan seseorang hidup dimulai dengan tinggal bersama keluarga, keluar dan tinggal di asrama penuh, kolej atau universiti, membeli rumah bersaiz kecil dan berpindah ke rumah yang lebih besar apabila berumah tangga dan kembali ke rumah bersaiz kecil apabila anak-anak sudah bekerja dan berkahwin. Oleh itu saiz rumah bukanlah satu petunjuk yang buruk atau negatif kepada pelukisnya. Ia lebih kepada cerita berkaitan dengan pengalaman hidup lingkungan keluarga mereka.

Untuk menjelaskan di mana seseorang itu tinggal ia memang senang tetapi bukan bererti ia mudah untuk dinyatakan. Sebagai contoh Saya tinggal di Felda Sungai Sayong tetapi untuk menjawab di mana ‘rumah’ saya, ia lebih sukar sebab ‘rumah’ saya adalah di mana saya berada. Ia boleh jadi rumah ibu bapa, dorm, bilik di kolej atau universiti, rumah kawan bahkan rumah saudara mara. Rumah ialah di mana seseorang meletakkan hatinya, badan atau jasad yang tentunya mempunyai impak kepada siapa diri seseorang itu. Oleh itu, lukisan rumah memang signifikan dalam pembentukan personaliti beraras tinggi individu. Perbezaan mungkin kelihatan remeh tetapi ia tetap signiifikan kepada peranannya sebagai pemacu kepada perubahan gaya hidup seseorang. Sehubungan itu imej rumah yang dilukis boleh sahaja mencerminkan kehidupan yang mencabar, riang dan bersemangat. Jelasnya tidak ada orang yang bebas daripada pengaruh persekitaran sosial dan fizikal mereka. Sehubungan itu, program BIG perlu memberikan penekanan tentang berkhidmat jauh daripada keluarga induk mereka. Guru yang beraras tinggi mesti sanggup menerima cabaran untuk bertugas jauh daripada rumah ibu bapa mereka. Jika mereka sanggup melanjutkan pengajian di luar negara mengapa pula mereka harus menolak untuk berkhidmat di pendalaman dalam negara sendiri.

Imej Orang dan Penyediaan Guru Beraras Tinggi

Apabila seseorang melukiskan objek orang di atas sehelai kertas berzaiz A4, di manakah ia meletakkan orang tersebut. Apakah saiznya? Saiz orang melambangkan aras self esteem dan juga penerimaan dirinya sendiri. Saiz orang yang kecil menunjukan self esteem yang rendah, kemurungan dan kekurangan tenaga atau kekuatan. Saiz purata objek orang pula menunjukkan aras self esteem yang sihat sementara orang yang bersaiz besar menerangkan tentang ego yang melimpah ruah serta delusions of grandeur.

(15)

Sejumlah 19 daripada 37 (51.4 peratus) responden melukiskan orang lidi bagi mewakili imej orang dalam lukisan yang dihasilkan oleh pelajar guru. Melukis orang lidi bermaksud seseorang itu memiliki sifat keanak-anakan atau kebudak-budakan serta mempunyai ciri-ciri perilaku regrasif. Satu sifat yang kurang matang dan lambat berkembang atau membangun. Membina guru beraras tinggi yang sesuai dengan keperluan pembelajaran abad ke 21 memerlukan kerja keras IPG kerana ia bukan lagi berkaitan isu pengisian kurikulum dan kokurikulumnya semata-mata. Pembinaan modal insan turut memerlukan pembinaan dalaman atau pembangunan qalbu pelajar guru yang lebih serius khususnya menerusi program BIG. Program BIG harus menjadikan pesertanya lebih matang dan tidak keanak-anakkan dalam membuat keputusan. Pengisian program berteraskan modul kepimpinan dan keyakinan diri adalah selari dengan hasrat ini.

(16)

Kesimpulan.

Kesimpulan pertama yang boleh dinyatakan di sini ialah majoriti melukiskan pokok tanpa akar. Ini membawa maksud wujud fenomena kurang jaminan dan kurang selamat telah dialami oleh responden. Akar adalah simbol kepada penerimaan atau penolakan realiti kehidupan kerjaya perguruan. Jika dirujuk kepada kerjaya perguruan pada hari ini yang sangat mencabar termasuk pernyataan jawatan guru tidak dijanjikan secara langsung terhadap diri mereka selepas selesai mengikuti kursus di IPG, ia memang satu realiti yang sukar untuk diterima. Persaingan tempat antara IPG dengan guru lepasan Institut Pengajian Awam (IPTA) serta universiti swasta, mereka masih perlu menduduki temuduga dan penempatan untuk mula bertugas. Majoriti daripada mereka tidak mengemari tempat kerja di Sabah dan Sarawak atau di pendalaman Semenanjung di mana semua ini mengundang perasaan kurang selamat atau tidak mahu menerima realiti bekerja di kawasan pendalaman. Fobia ini ditambah dengan pelbagai sudut pandang yang mereka terima daripada guru-guru yang pernah bertugas di tempat-tempat tersebut. Tindak balas daripada isu-isu ini apabila benar-benar mengenai diri mereka sudah pasti bakal menjadi mimpi buruk kepada guru-guru terutamanya yang mempunyai aras self esteem yang rendah. Guru yang tidak dapat menjiwai prinsip perkhidmatan awam ‘sedia berkhidmat’ dan ‘kami yang menurut perintah’ pasti tidak dapat menghasilkan produk atau output yang berkesan atau yang mempunyai nilai-nilai outcome atau berimpak tinggi. Sehubungan itu pengisian BIG perlu disemak dan disusun semula agar hala tuju penyediaan pelajar guru menerusi program BIG dapat diperkasakan sesuai dengan era pembelajaran abad ke 21. Ia tidak seharusnya berhenti setakat mengisi program dengan aktiviti menjejak laluan denai, berkayak, keyakinan air, ceramah dan persembahan. Penekanan harus diberikan kepada usaha meningkatkan kemenjadian guru itu sendiri yang umpama lilin iaitu mampu menerangi orang lain walaupun membakar dirinya sendiri.

Rujukan.

Beck, H.S. 1955. A Study of the Applicability of the H-T-P with respect on the draw house. Jurnal of Clinical Psychology, II, 63-66.

(17)

Buck, J. 1981. The H-T-P technique: A recised manual. Los Angeles. Western Psychological Services.

Chih Ying Li, Tsyr Jang Chen & Ay Woan Pan. 2011. The development of a scoring systems for the kinetic House-Tree-Person Drawing Test. Hong Kong Journal of Occupational Therapy. Vol. 21(2): 72-79.

Diamon, S. 1954. The house and tree verbal fantasy. Journal of Projective Technique, 18: 316-325.

Goodenough Florence. 1926. The Measurement of Intelligence by Drawings. Yonkers-on-Hudson, N.Y., Chicago, World Book Company.

Grot-Marnat G & Roberts L. 1998. Human figure drawing and house tree person drawing as indicators of self-esteem: a qualitative approch. J Clin Psychology, Feb: 54 (2): 219-222.

Kellogg, R. 1969. Analyzing Childrens’s Art. Palo Alto, California: National Press Books

Lev-Wiesel, R. (1999). Feelings of adult survivors of child abuse feelings toward their offender-parents. Child and Adolescents Social Work Journal, 16(4), 291-304.

McAllen, Audrey E. 2004 The Extra Lesson: Movement, drawing, and painting exercises to help children with difficulties in writing, reading, and arithmetic. Fair Oaks, CA: Rudolf Steiner College Press.

Machover, K. 1949. Personality projection in the drawing of the human figure: A method of personality investigation. Springfield, IL: Charles C. Thomas, Publisher. Mariane Judd. 2014. The Validation of the Person House Tree Drawing Assessment for the Children Age from Five to Ten Years in Mainstream Education. Unpublish thesis Faculty of education, Science, Technology and Mathematics, The University of Canberra.

Marvin Klepsch & Laura Logie. 982. Children Draw and tell: An Introduction to the Projective Uses of Children’s Human Figure Drawing. Brunner-Routhledge, New York. Palmer L, Farrar AR, Valle M, Ghahary N, Panella M & DeGraw D. 2000. An investigation of the clinical use of the house-tree-person projective drawings in the psychological evaluation of child sexual abuse. Child Maltreat, May; 5(2): 169-75. Reynolds C.R.,& Kamphaus, R.W. 2003. RIAS: Reynolds Intellectual Assessments Scales. Lutz, FL: Psychological Assessment Resources, Inc.

(18)

Thomas G.V. & Silk, A.M.J. 1990. An Introduction to the Psychology of Children Drawings. New York: New York University Press.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk menguji dan menganalisis pengaruh perceived ease to use dan subjective norm terhadap intention to use dengan perceived usefulness

Penelitian ini bertujuan untuk mendapatkan benih tanaman F1 dari hasil persilangan galur pelestari atau pemulih kesuburan dengan varietas unggul yang mempunyai sifat-sifat

Dengan basis pengetahuan dan kemampuan untuk menarik kesimpulan menggunakan inferensi, komputer dapat disejajarkan sebagai alat bantu yang dapat digunakan secara praktis

Topik yang dianalisa dalam analisa pekerjaan meliputi tujuh topik yaitu tujuan / sasaran pekerjaan, kegiatan yang dilakukan beserta proses pelaksanaan, keahlian

Dalam rangka mendukung pencapaian prioritas nasional sebagaimana telah ditetapkan dalam visi dan misi Presiden dan Wakil Presiden terpilih yang dijabarkan dalam RPJMN periode

kepada siswa untuk kepada siswa untuk  belajar materi  belajar materi  pertemuan selanjutnya  pertemuan selanjutnya untuk kegiatan untuk kegiatan  praktikum di  praktikum

Dengan menggunakan analisis SWOT, data mengenai potensi ekonomi internal dan peluang ekonomi eksternal serta kelemahan internal di bidang ekonomi dan ancaman bagi ekonomi Kota

1) Character, merupakan keadaan watak/sifat, baik dalam kehidupan pribadi maupun dalam lingkungan usaha. Ini dapat dilihat dengan meneliti riwayat hidup nasabah, reputasi