• Tidak ada hasil yang ditemukan

KRITIKAL SOSIAL DALAM FILEM ROCK Oo Ma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KRITIKAL SOSIAL DALAM FILEM ROCK Oo Ma"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Muhammad Su’ud Zhariff Bin Zaharin - Sarjana Komunikasi (Pengajian Skrin) YSF512 Sejarah Filem

Kritikan Sosial Dan Sejarah Masyarakat Dalam Rock Oo 2012

Abstrak

Filem yang bersifat provokatif dilihat lebih serius dalam kontek kajian kritikan sosial didalam filem. Dengan garapan pengarahan yang kreatif menjadikan naratif cerita diadun bersama genre dan sub-genre yang pelbagai menjadikan filem sebahagian daripada medium menyampaikan kritikan dalam berbagai bentuk dan rupa. Filem-filem arus perdana yang menggunakan pendekatan komedi dalam membuat kritikan sosial masyarakat mampu dijadikan teks ingatan dan rujukan kepada masyarakat bahkan secara umumnya ia memperolehi sambutan baik dari rata-rata tayangannya dengan hasil kutipan yang tinggi. Filem-filem klasik arahan P.Ramlee merupakan filem rujukan yang penuh dengan penyampaian dan kritikan kelas masyarakat yang diadun dalam elemen-elemen serius, komedi, drama serta muzikal. Kritikan sosial dalam filem merupakan suatu perkara yang sangat penting kerana filem merupakan sebahagian daripada cerminan masyarakat. Selain genre komedi, kritikan sosial turut disampaikan melalui sub-sub genre yang digarap dengan kreatif dan gaya pengarahan tersendiri dalam bentuk bersahaja dan menarik. Essei ini cuba meneliti sebuah filem Rock Oo 2012, yang merupakan usaha Mamat Khalid mengambil pendekatan alternatif mengkritik industri dan sosial masyarakat dengan menghubungkan genre komedi serta merujuk kepada latar sejarah muzik rock sebagai metafora dilihat berjaya digarap dengan gayanya yang tersendiri bagi mengambarkan kepincangan dan kritikan terhadap sosial masyarakat dan institusi yang terlibat.

(2)

PENDAHULUAN

Sarjana-sarjana filem telah membincangkan perhubungan diantara filem, genre dan latar sejarah didalam naratif yang cuba dipersembahkan sebagai medium menyampaikan sesuatu mesej atau kritikan. Pandangan ideologi Marxism, Athusser, gerakan Feminism serta wacana Author juga telah mengajukan kritikan-kritikan mereka berkaitan filem dan hubungan sejarahnya. Wacana-wacana filem genre juga telah membincangkan secara mendalam hubungan diantara filem dan genre itu sendiri, Menurut Robert Stam, dalam hujahan beliau merujuk kepada kebiasaanya filem dikategorikan mengikut genre-genre seperti filem yang berdasarkan story content yang menghasilkan sebuah filem perang (war film). Pembinaan naratif yang di adaptasi dari literature menjadikan ia berbentuk komedi, melodrama atau muzikal. Sesetengah pembikin filem memilih budget-based untuk menghasilkan filem-filem blockbusters. Ada juga yang berpandukan artistic bagi menghasilkan the art film, pemilihan

naratif berbentuk racial identity penghasilkan filem Black cinema, pembinaan naratif berkonsepkan identiti lokasi lahirnya the Western atau sexual orientation menjadikan filem itu Queer cinema. (Stam,2000). Sejarah filem-filem klasik yang dihasilkan oleh Tan Sri

P.Ramlee juga merupakan rujukan yang tepat dalam kontek budaya kita bagi menerangkan perbincangan-perbincangan kritikan yang diajukan oleh sarjana-sarjana dan pengkritik filem.

(3)

filem akan hubungan sosial, sejarah, lokasi, karya-karya literature, kelas masyarakat sebagai masej dan kritikan yang diadun dengan metafora serta gabungan sub-sub genre yang pelbagai.

Istilah ‘Filem’ mengikut penulisan Asiah Sarji, Faridah Ibrahim dan Mazni Buyung dalam penulisan bertajuk “Profesionalisme dalam Industri Filem Malaysia,1996” dapat ditafsirkan ‘Filem’ sebagai imej yang terhasil dalam bentuk visual bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis dalam bentuk diolog, visual dan bunyi yang kemudianya dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan menggunakan pelbagai kaedah teknikal dan digarap menjadi hasil karya seni yang mempunyai pelbagai kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-panggung wayang dan television.

Penulisan ini cuba membincangkan karya-karya Mamat Khalid yang telah menjadi trademark beliau memilih genre komedi untuk berkarya, secara rambangnya terdapat

andaian-andaian dan lontaran yang skeptikal dan beranggapan beliau merupakan seorang pengarah filem tanpa hala tuju dalam berkarya. Bagaimanapun, Hassan Mutalib dalam penulisan beliau bertajuk Nawaitu Mamat Khalid telah menjelaskan ‘mamat’ merupakan “seorang pengarah yang cukup berambisi dalam usahanya untuk memperkayakan khazanah filem melayu dengan

menggunakan unsur-unsur budaya setempat.” (Hassan Mutalib,2012). Genre parodi mula

diterokai dalam industri filem tempatan oleh P.Ramlee melalui siri filem Labu dan Labi sekitar tahun 1960-an. P.Ramlee juga menggunakan satira untuk menyampaikan sindirannya seperti di dalam filem-filem Musang Berjanggut dan Tiga Abdul.

(4)

pentas dan dunia muzik tanahair. Namun, pelbagai polemik dan tanggapan singkat dari institusi media memaparkan tentang sub-budaya yang songsang diterap bersama muzik rock telah mendominasi paparan akhbar dan media tempatan dalam tahun 90’an. Pendekatan alternatif dalam Rock Oo mengkritik dengan menghubungkan genre komedi serta merujuk kepada latar sejarah muzik rock sebagai metafora dilihat berjaya digarap dengan gayanya yang tersendiri bagi mengambarkan kepincangan dan kritikan terhadap sosial masyarakat dan institusi yang terlibat.

KOMEDI SEBAGAI KRITIKAN

Penulisan ini cuba meneliti literature-literature berkaitan genre dan kritikan antaranya Genre Comedy As A Part Of Criticism yang membincangkan genre komedi boleh dilihat

sebagai sub domain elemen lucu yang telah menjadi pilihan pelbagai lapisan artis-artis dari pelbagai bidang dalam karya mereka. Menurut Oring, beliau menyatakan bahawa “pendekatan lucu dalam konteks ini adalah usaha atau pengalaman seseorang individu untuk membawa pendekatan lucu yang didengar dan dilaksanakan dalam interaksi sosial, keadaan

sosial dan sejarah yang diterapkan elemen lucu”(Oring,2003). Huraian Oring merujuk

kepada pengetahuan budaya yang membawa elemen lucu memainkan pelbagai peranan dan pengalaman yang berbeza dikalangan masyarakat. Kajian melihat usaha Mamat Khalid memilih genre komedi sebagai medium hiburan bagi melontarkan kritikan-kritikannya agar tidak menyakiti mana-mana pihak.

(5)

atau dorongan agar mesyarakat tidak menyimpang daripada norma masyarakat dan pegangan agama.” (Siti Athirah Dzukifly,2010)

Filem komedi Rock Oo arahan Mamat Khalid, menurut Hassan Mutalib - “Mamat dilihat mengambil pendekatan alternatif pada struktur naratif, teknik dan estetikanya,

sekaligus menjadikannya sesuatu yang signifikan dari sudut sejarah, budaya dan seni filem

tanahair.” (Hassan Mutalib, 2012). Genre dan elemen komedi di dalam Rock Oo adalah

kesinambungan gaya komedi yang bersahaja yang menjadi trademark Mamat Khalid dalam kesemua filem arahanya. Dengan meneliti hubungkait genre dan sub-genre yang menjadi pendekatan Mamat Khalid yang cuba memilih untuk bereksperimentasi dan bermain dengan rupa dan bentuk filem (playing with film form). Elemen surealisme yang digunakannya di babak-babak tertentu tidak kabur malah diadun dengan plot dengan teratur untuk melahirkan subteks yang tajam dan maksud mendalam.

Filem Rock Oo(2012) merupakan kesinambungan dari filem Rock(2005) yang memaparkan secara sinis keadaan industri perfileman di mana mereka yang terlibat tidak ada apa-apa pemikiran dan hanya mengejar glamor. Begitu juga dengan para promoter dan penerbit muzik semasa itu yang sebenarnya tidak mengetahui bidang muzik rock. Lebih lucu lagi, para juri di peringkat awal dalam pertandingan muzik rock juga terdiri dari manusia yang pelik. Salah seorangnya (Hamid Gurkha) mengatakan ia sebenarnya diundang untuk pertandingan masak memasak tetapi diminta menjadi juri pertandingan muzik rock.

Penulisan turut meneliti beberapa kajian dan penulisan terdahulu berkaitan filem-filem arahan Mamat Khalid yang menjadi trademark genre komedi antaranya Filem Zombi Kampung Pisang merupakan filem seram komedi, namun terdapat banyak kritikan atau mesej

(6)

tindakan sewajarnya perlu diambil. Oleh itu, tinjauan mendapati pemaparan masalah gejala vandelisme, mat rempit yang berlaku dalam masyarakat pada masa kini dapat dilihat dalam filem Zombi Kampung Pisang. Kritikan sosial yang dipaparkan adalah bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang masalah vandelisme yang semakin berleluasa.

Penggunaan subteks yang berlapis didalam filem Lang Buana sudah mula menampakkan genre dan gaya persembahan Mamat Khalid. Hubungan teks dan lokasi Lang Buana mengisahkan zaman feudal di Perak. Tiga sahabat, yang sebenarnya hamba-hamba

orang kaya, akhirnya menjadi wira yang tidak dijangka. Dan di akhir cerita, Mamat Khalid menampakkan betapa mulia, bijak dan sopan Tuanku Sultan dibandingkan dengan Residen British yang sombong dan licik, sering menggunakan Orang Kaya untuk tujuan memperdayakan orang-orang melayu.

Manakala filem Man Laksa(2006) cuba memparodikan industri muzik dan filem tempatan. Usaha Mamat Khalid menampakkan kekagumannya terhadap beberapa penyanyi era 70-an dan 80-an seperti Saloma dan Ahmad Jais. Kehadiran M. Daud Kilau pula dianggap hanya sebahagian daripada budaya popular. Tiga penyanyi muda kampung (M Nasir, Ramli Sarip dan Loloq sewaktu kecil) yang mewakili generasi baru ingin membawa perubahan tetapi bakat dan visi mereka tidak diiktiraf kerana mendahului zaman. Disini, penulisan mendapati beberapa dilemma yang dihadapi oleh karyawan filem generasi baru. Akhir penceritaan, melalui adegan pengadilan Pertandingan Ratu Kebaya, usaha Mamat Khalid menyampaikan sindiran menggambarkan penganjuran anugerah dan festival-festival filem di Malaysia di mana ada ahli panel juri yang mempunyai kepentingan ataupun keputusannya yang menguntungkan kroni.

(7)

kegilaan penerbit dan penonton tempatan. Persoalan terhadap pemaparan bomoh yang sering menghalau hantu bermaharajalela di dalam filem-filem tempatan, Sementara itu, Mamat Khalid tampil memberi kenyataan : “Saya akui skrip filem Hantu Kak Limah Balik Rumah memang berunsur komedi tetapi ianya juga penuh mesej yang berisi.” Kritikan beliau

terhadap kepercayaan masyarakat terhadap tahyol yang cuba ditampilkan dengan pelbagai jenis bomoh dalam penceritaan. Dalam Filem Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit(2012) menjadi kesinambungan kritikan Mamat Khalid tentang industri filem yang diceburinya yang masih seronok dengan cerita-cerita fantasi dan tahyol. Mesej-mesej yang dikongsikan oleh Mamat Khalid dilihat berbentuk santai, tetapi yang menjadi kritikan beliau walaupun negara sudah maju kehadapan namun tahyol masih menguasai pemikiran masyarakat melayu.

Filem Kala Malam Bulan Mengambang(2008) merupakan komedi-parodi tentang industri filem tempatan. Mamat Khalid merujuk kepada genre film noir dan elemen gothic dalam filem-filem Hollywood dan sejarah awal sinema Malaysia dengan menggunakan bidang hitam putih. Gaya dan teknik persembahan seakan seperti tahun 1950-an yang tidak lagi sesuai masakini, Penggunaan hitam putih melalui filem adalah penanda tentang sesuatu keburukan. Di sini, ia menjadi petunjuk tentang industri perfileman masakini yang sedang berundur ke belakang dengan pengisian yang lemah serta ghairah dengan cerita-cerita tahyol walaupun era sedemikian sudah berakhir pada tahun 1950 dan 60-an.

Menjadi kebanggaan apabila usaha dan pendekatan yang digunakannya dalam kemahiran berparodi Mamat Khalid turut diiktiraf di peringkat antarabangsa. Kala Malam Bulan Mengambang dan Zombi Kampung Pisang dipilih menyertai festival filem Udine di

(8)

negaranya sendiri, dan sekaligus beliau juga menjadi sebahagian daripada sejarah itu.”

Beliau menambah, “Mamat Khalid merupakan seorang nasionalis tetapi dia tidak termasuk dalam golongan yang mengetuk gendang, mengibar bendera dan berdeklamasi puisi untuk

menunjukkan nasionalismenya.” Penulisan turut berpendapat bahawa Mamat Khalid bukan

juga seorang sejarawan, beliau hanya seorang pembikin filem yang menyintai sejarah, bangsa, budaya dan negaranya dan cuba menyampaikan sesuatu dengan gaya yang tersendiri.

Dapat disimpulkan disini, usaha pengkritik-pengkritik filem cuba melihat filem arahan Mamat Khalid adalah sebuah karya yang bukan sahaja sekadar menyajikan komedi dan hiburan, akan tetapi lebih penting didalamnya terdapat kritikan sosial atau masej tanpa meminggirkan nilai-nilai estetika sesebuah karya filem.

LATAR SEJARAH SEBAGAI METAFORA

Merujuk kepada sejarah industri muzik tempatan, menjadikan karyawan seperti Mamat Khalid melihat lebih jauh lagi dan bukan hanya mahu menyampaikan kisah remaja yang obses kepada muzik semata-mata. Menurut Hassan Mutalib dalam penulisannya Nawaitu Mamat Khalid memaparkan sejarah masyarakat di era muzik rock dengan

menyatakan - “Sejarah menjadi guru kepada kita semua. Apakah kejujuran, persaudaraan dan keakrabaan yang terdapat pada anggota kumpulan Rimba Bara dapat dicontohi oleh

penglibat industri hiburan tempatan?” (Hassan Mutalib,2012). Sememangnya filem

bertemakan rock garapan Mamat Khalid memaparkan secebis sejarah muzik rock di negara ini. Olahan dalam penyampaian beliau mengkritik sosial masyarakat secara bersahaja amat menarik diperbincangkan.

(9)

intim menceritakan tentang kemunculan kumpulan rock dan perkembangan industri muzik rock Malaysia semenjak tahun 80’an hingga 90’an. Teknik penyampaian dan garapan kedua pengarah ini dilihat berbeza kerana Mamat Khalid memilih memperkatakannya melalui komedi dan parodi sementara sejarah persahabatan dan kehidupan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail disampaikan melalui drama yang cukup menyayat hati dan tragis. Malahan hasil kutipan dan populariti karya turut jauh membezakan antara kedua filem ini.

Filem Rock Oo mengingatkan kita kepada suatu perjalanan yang berliku dan segala pahit getir yang dialami dan ditempuhi kumpulan Rimba Bara berjuang dalam arus muzik rock tanahair. Rock Oo juga cukup intim menceritakan tentang kemunculan dan perkembangan muzik rock Malaysia semenjak tahun 80’an hingga 90’an. Namun, berbagai polemik negetif tentang sub-budaya yang dibawa bersama muzik rock mereka mendominasi siaran akhbar dan media tempatan dalam tahun 90’an. Menurut olahan Hassan Mutalib, “Mamat Khalid merupakan karyawan yang paling sesuai untuk menceritakannya kerana

beliau sendiri pernah terlibat di dalam era muzik rock tanahair sebagai salah seorang

anggota kumpulan rock bernama Drop Out yang terdiri dari pemuda-pemuda yang

sememangnya drop out dalam segala hal di masa itu.” (Hassan Mutalib,2012)

(10)

mengejar cita-cita dan mencipta kerjaya didalam industri muzik tempatan. Malangnya mereka diperlihatkan dan dilabel sebagai manusia-manusia yang songsang.

Insiden paling diingati ialah arahan berambut pendek bagi pemuzik rock yang mahu membuat penampilan di televisyen tempatan. Ikon rock negara, Amy Search yang menjadi rocker pertama merelakan rambutnya dipotong oleh Menteri Penerangan ketika itu iaitu Dato Mohamed Rahmat dan merupakan insiden yang cukup sensasi dalam sejarah muzik rock tanahair. Insiden ini turut dicatatkan didalam naratif akhir karya Mamat Khalid, kemuncak dunia rock tanahair pada 1990, demam rock dimana-mana pelbagai kemeriahan dan insiden berlaku atas pengaruh rock itu. Sehinggakan parlimen menggegarkan peminat rock dengan memantau pengaruh rock dan isu rambut panjang diperbesarkan.

Penggunaan voice over Amy Mat Piah yang dilontarkan dengan nada sayu: “Dunia bagaikan terhenti, Ikon dan identiti rock negara diharamkan dan ia merupakan babak

terakhir perjuangan pemuzik rock. Dunia kembali berputar, muzik rock semakin sayu ditelan

kematangan kehidupan” dikongkong globalisasi kapitalisma. Melalui shot zoom in - close up

di akhir babak, dengan senyuman manis, Amy Mat Piah mengenang masa silam Rimba Bara. Suara latarnya penuh sayu: “Rimba Bara, kenanganmu terlalu besar…”. Pemaparan naratif memberi mesej terhadap semangat persaudaraan, perjuangan dan kejujuran begitu kental di hati pemuda-pemuda ini dalam penglibatan mereka mengangkat arus muzik rock tanahair.

(11)

bersifat fantasi yang memberi gambaran yang palsu. Tetapi itulah yang menjadi kegemaran dan permintaan stesen-stesen televisyen.

Mamat Khalid dalam usahanya cuba menggambarkan sebahagian remaja yang berbakat dan berhijrah ke kotaraya tetapi tidak memperolehi kejayaan turut disentuh. Kreativiti beliau mengadunkan pemain-pemain alat muzik yang pelbagai dari generasi awal menerangkan ia merupakan sejarah perkembangan pemuzik tanahair yang terabai dan ditindas. Garapan yang menghubungkan alatan muzik tradisional dan persembahan di sebuah jejantas merupakan elemen kritikan halus yang cuba disampaikan berbentuk persembahan gabungan pemuzik-pemuzik.

ROCK Oo SEBAGAI KRITIKAN SOSIAL

Dengan meneliti kajian-kajian lepas, faktor-faktor wujudnya elemen-elemen kritikan sosial yang berlaku adalah persoalan permasalahan ekonomi dalam masyarakat, kecederungan dasar kerajaan dalam menangani krisis ekonomi dan ketenteraman yang merupakan dasar dalam kerajaan.

(12)

Penelitian keatas usaha-usaha Mamat khalid yang cuba menyampaikan kritikan-kritikan beliau dalam pembinaan narative dan narration yang dijalinkan dan digarap dengan kreativiti tersendiri. Adunan elemen-elemen yang menggambarkan kepincangan sosial berkaitan tanggapan masyarakat, status pendidikan, adat dan budaya mampu dipersembahkan dengan baik. Turut dipaparkan persoalan pengorbanan antara cinta dan cita-cita, konsep surrealism juga ditonjolkan dengan nasihat-nasihat positif menggambarkan identiti rock yang berpendirian dan beragama.

Kritikan sosial dalam filem adalah suatu tanggapan yang diberikan oleh pengarah terhadap permasalahan sosial yang terjadi didalam masyarakat. Kritikan-kritikan yang dipaparkan dapat menjadi renungan dan iktibar kepada khalayak bagi menimbulkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap situasi semasa serta kembali menjalani hidup berpaksikan kepada norma-norma kehidupan yang positif. Didalam filem ini, cubaan untuk menganalisa kritikan-kiritkan yang disampaikan secara sinis diadun dengan elemen satira menjadikan ia bersifat bersahaja antaranya pemaparan mempersoalkan benarkah rock membawa kemusnahan kepada negara? Dengan sinis, Mamat memberikan dialog yang sarat dengan makna kepada Jijoe yang melihat rakan rocker yang menderita: “Gout tu! Gout boleh jatuhkan negara, tau!” Rocker juga mampu berfalsafah. Kata Jijoe lagi: “Macam kapal

selam. Kalau tak boleh selam, naik ke darat. Jadi reban!”. Dialog yang diungkap secara tidak

langsung berkaitan kepincangan yang sedang berlaku dalam negara. Kewujudan kapal selam dan dijadikan muzium di Melaka sememangnya berlaku dan ia dijadikan sindiran sinis melalui dialog Jijo mengkritik nyanyian kelaut Amy Mat Piah.

(13)

penerangan beliau menyatakan bukankah kesalahan itu terletak kepada media yang memaparkan segala-galanya untuk mengaut keuntungan? Ia juga merupakan kerja pemimpin yang membenarkan semua itu berlaku. Siapakah yang sebenarnya yang patut disalahkan? Apakah rock akan memusnahkan negara? Kata Jijoe dengan serius kepada Slash: “Tiga perkara boleh meruntuhkan negara – rasuah, tidak menepati masa dan cinggay!”

Kritikan tajam Mamat tentang perkara-perkara ini dapat dilihat dalam beberapa adegan di dalam Rock Oo. Antara lirik nyanyian kumpulan rock SYJ dalam lagu Orang Timur berbunyi: “Apa dah jadi dengan Malaysia!” Klip-klip video muzik arahan Mamat seakan menyamai

apa yang dibuat di luar negara tetapi dibuat dengan penuh sopan dan artistik yang adakalanya amat melucukan. Diadun dengan imej, dan gaya persembahan yang berpaksikan muzik barat dipersembahkan pada permulaan cerita dengan lirik persoalan sinis.

Ini dibandingkan dengan lagu Kuala Lumpur nyanyian (Dato’) Malik Redzuan yang sering berkumandang di radio sehingga sekarang. Pemilihan dan pemaparan visual-visual yang ikonik seperti Tugu Negara dan bangunan Dayabumi adalah satu kemestian melambangkan kejayaan dan kemegahan identiti Kuala Lumpur. Ianya diparodikan oleh Mamat, dan diperlihatkan dengan gaya seorang penyanyi yang jelas sudah ketinggalan zaman. Kuala Lumpur didendangkan sebagai kotaraya “penyeri hidup” tetapi bagi kumpulan Rimba Bara, ia hanya membawa pembohongan, kesengsaraan dan kelaparan daripada gambaran empat orang pemuda memandang dengan sayu pada ubi kentang sebiji yang sedang direbus!

(14)

Khalid cuba merujuk kepada kosmologi melayu untuk menunjukkan adegan Zul Kappan melompat dan membuka langkah silat. Hakikatnya ada manusia melayu yang boleh ‘naik sheh’ dan beraksi silat apabila terlalu lapar! - dengan mengaitkan keadaan masalah sosial masyarakat yang tersepit dengan tekanan sistem kapitalisma yang diagongkan.

Dalam satu adegan lain yang digambarkan secara surealistik, penulisan cuba melihat beberapa remaja di atas jembatan merentasi jalan raya. Kamera bergerak dengan perlahan dan melalui long take berdurasi dua minit, seorang demi seorang dilihat bermain bermacam alat muzik. Ada yang bermain gitar, cello, biola, seruling dan gambus. Terdapat juga set televisyen yang menunjukkan permainan sitar, sebuah alat rakaman audio dan seorang remaja wanita berdeklamasi puisi. Inilah gambaran sebahagian remaja yang berbakat yang berhijrah ke kotaraya tetapi tidak memperolehi kejayaan. Mereka hidup merempat tiada arah tuju dalam berkarya.

Naratif tidak ketinggalan menyingkap sejarah dengan memaparkan insiden (potong rambut) tersebut dengan sentuhan yang sayu, kelakar, sinis dan membuatkan penonton ketawa selain daripada rocker ‘brutal’ Jijo pada awal memperkenalkan watak memaparkan Jijo sedang mengukur kelapa, tukang sapu dan lain-lain. Realiti dan fiksyen yang digarap oleh Mamat Khalid dalam Rock Oo cukup kreatif, sensitif dengan kedalaman intelektual yang tidak boleh dipertikaikan.

(15)

mimik muka kehairanan. Secara tidak langsung memberi tamparan kepada sistem sosial dan institusi bahawa setiap perbuatan ada yang memerhati.

Sebaliknya usaha Mamat Khalid cuba memperlihatkan pemuda-pemuda rock sebagai manusia-manusia waras yang bersopan santun, berbudi bahasa, memberi salam, beristighafar, berfalsafah, tolong menolong dan tahu hukum hakam. Rupa dan aksi rock menggila mereka hanyalah di atas pentas. Tinjauan di suatu ketika, muzik rock heavy metal telah diharamkan kerana berbagai gejala tidak sihat yang ikut serta bersamanya. Pengambilan dadah, perlakuan liar dan arak yang sangat asing dari budaya kita adalah sebahagian daripadanya dan semua ini dicatatkan oleh Mamat Khalid dalam filem ini sebagai menyatakan kritikan begitulah realitinya.

Naratif cuba disajikan dengan pemaparan imej-imej pemuzik rock tempatan yang cukup mirip dengan kumpulan dari luar negara yang ‘brutal habis’ (dalam bahasa rock nya) seperti Iron Maiden, Slayer, Led Zeppelin dan lain-lain juga terpancar melalui imej pemuzik rock tempatan. Melalui imej yang di bawa oleh Zul Kapan, Slash Hj.Tapah dan kumpulan Malaikal Maut, imej sejagat muzik rock menjadi ikutan anak-anak muda di Malaysia juga. Penampilan rambut panjang dengan pakaian dan seluar jean sendat serta kasut yang tersendiri adalah suatu kemestian bagi rocker samada di bandar mahupun di kawasan luar bandar turut juga di tanah rancangan kerajaan.

KESIMPULAN

(16)

yang berjaya dipersembahkan secara santai sebagai hiburan dan diterima oleh masyarakat sebagai sebuah karya arus perdana yang popular. Mamat Khalid tampil memberi komen terhadap kefahaman penonton dan penerimaan meraka – “jika ada yang sudah menonton tetapi masih tidak faham maksud kritikan sosial yang disampaikan, beliau tidak kisah kerana

beliau sedar bukan semua orang melihat filem untuk berfikir sebaliknya hanya untuk

berhibur.” (Mamat Khalid,2013). Suntikan pengajaran yang memaparkan erti persahabatan

perjuangan dan ketabahan dalam pengejar impian. Antara elemen-elemen yang sentiasa menjadi rujukan Mamat ialah sejarah samada yang berkaitan dengan masyarakat, bangsa dan negara mahu pun yang berkaitan dengan filem. Jika menggunakan a historical approach ke atas filem-filem Mamat Khalid untuk tujuan melihat pemikirannya, maka akan ditemui nuance of meaning yang menjadi renungannya tentang sesuatu perkara. Subjek Mamat Khalid

tidak lain tidak bukan, hanya tentang industri hiburan tanah air yang diceburinya. Maka dengan itu, filem-filem Mamat Khalid boleh dilihat sebagai satu autobiografi sama seperti yang pernah dibuat oleh Mansor Puteh, Anuar Nor Arai dan U-Wei Haji Saari melalui beberapa karya mereka. Mamat Khalid memilih genre parodi untuk membuat kritikan-kritikannya agar tidak menyakiti hati sesiapa. Namun, mereka yang jauhari akan tetap mengetahui siapa dan apakah peristiwa-peristiwa yang menjadi sindiran tajam mamat.

(17)

BIBLIOGRAPHY

Naim Haji Ahmad. (1995). Filem Sebagai Alat dan Bahan Kajian. Selangor: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Siti Athirah Dzulkifly. (19 Disember 2010). Tragedi di Kampung Pisang. Utusan Malaysia.

Asiah Sarji, Faridah Ibrahim & Mazni Buyung. (1996). Pola Pengamalan Profesionalisme dalam Industri Filem Malaysia.Ulu Kelang: FINAS.

Chandler, Daniel (1997 revised 2000): 'An Introduction to Genre Theory'. www.aber.ac.uk: United Kingdom.

Paul Sturges, (2010): Comedy as Freedom of Expression. Journal of Documentation 66(2). Loughborough University

Hassan Abd. Muthalib, (2012). Yang Tersurat dan Yang Tersirat di Dalam Filem-Filem arahan Mamat Khalid. Academia.com

Referensi

Dokumen terkait

Voice and Vision India National Resource and Training Centre for Children with Vision Impairment and Additional Disabilities Including Deafblindness.USA.Perkins

Oleh karena itu, penelitian ini dilakukan untuk minimasi makespan atau total waktu penyelesaian seluruh job yaitu dengan menganalisa dan mengaplikasikan metode

Ketiga, ditinjau dari aspek teknologi, masalah yang dihadapi adalah: (1) Kurangnya keterampilan mengelola keuangan usaha dengan memanfaatkan

Dari permasalahan diatas maka diperlukan suatu sistem yang mampu memantau aktifitas pengguna misalnya anak pada saat mengakses komputer rumah atau dimanapun berada secara..

Subjek bermain bersama adiknya setelah itu subjek mewarnai gambar buah-buahan dan juga hewan, bermain melempar dan menangkap bola awalnya subjek sulit untuk menangkap tetapi

Kemudian dilakukan analisis kualitatif dengan KLT untuk mengetahui ada / tidaknya senyawa alkaloid (piperin) di dalam ekstrak etanol 96% buah lada hitam yang

Untuk mencapai tujuan dari suatu website yang dibuat,dibutuhkan tiga faktor atau alat yang sangat penting dan dapat meningkatkan kinerja dari sebuah website sehingga