• Tidak ada hasil yang ditemukan

REKABENTUK MOTIVASI DI DALAM PERISIAN PE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "REKABENTUK MOTIVASI DI DALAM PERISIAN PE"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

REKABENTUK MOTIVASI DI DALAM PERISIAN PERMAINAN PEMBELAJARAN JAWI BAGI KANAK-KANAK: PENGINTEGRASIAN DI ANTARA MODEL MOTIVASI

BARAT DAN ISLAM Noor Azli bin Mohamed Masrop Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Faculty of Information Science and Technology

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Malaysia

noorazli@kuis.edu.my

Nor Azan Mat Zin

Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Faculty of Information Science and Technology

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Malaysia

azan@ftsm.ukm.my

Abdul Halim Tamuri Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Malaysia

Abstrak

Motivasi adalah satu pemboleh ubah yang penting dan perlu diambil kira apabila membangun, mengawasi dan menilai keberkesanan pengajaran di dalam perisian permainan komputer pembelajaran. Faktor-faktor yang dapat meningkatkan motivasi pelajar mestilah diambil kira ketika membangunkan perisian-perisian permainan ini. Walaubagaimanapun model-model motivasi yang sedia ada untuk membina perisian pendidikan adalah lebih cenderung kepada budaya/penulis barat. Oleh kerana itu kertas kerja ini akan membuat perbandingan beberapa teori/model motivasi daripada penulis-penulis barat dan penulis timur (Islam) supaya lebih sesuai untuk digunakan di dalam budaya melayu Islam/Malaysia untuk diterapkan di dalam pembinaan perisian permainan pembelajaran Jawi yang akan digunakan oleh kanak-kanak. Daripada perbandingan ini dicadangkan satu model rekabentuk motivasi bagi perisian pendidikan yang lebih sesuai digunakan di dalam budaya masyarakat timur (Islam).

Keywords: educational games, motivation, motivational models, Jawi, Islamic motivational models

1. Pengenalan

(2)

ada adalah lebih cenderung kepada budaya barat. Menurut Bixler (2006) seorang penulis tidak boleh menolak adanya kesan sikap barat terhadap motivasi. Apabila sesuatu penulisan banyak menggunakan rujukan-rujukan dari penulis-penulis barat, penulisan tersebut akan lebih cenderung (biased) untuk membincangkan konstruk motivasi yang lebih sesuai dengan budaya barat (Bixler, 2006). Walaubagaimanapun ahli psikologi barat hanya membincangkan aspek jasmaniah (tubuh badan) dan aspek nafsiah tetapi meninggalkan aspek rohaniah(2005). Menurut Baharuddin (2005, hlm. 43) “Walaupun Psikologi Humanistik dan Tranpersonal telah mengakui spiritual sebagai sebahagian dari elemen psikologi namun spirit yang dimaksudkan bukan seperti yang dijelaskan dalam pandangan agama. Spirit yang dimaksudkan Transpersonal ialah neotik iaitu inti terdalam dari kemanusiaan yang merupakan sumber makna hidup dan potensi diri dari berbagai kemampuan dan sifat luhur manusia yang luar biasa yang selama ini diabaikan oleh ahli psikologi”. Kelopongan teori-teori psikologi barat ini jelas terlihat apabila dasar-dasar/teori pembelajaran dan motivasi yang telah digunakan di dalam Al Quran (lebih 14 abad/1400 yang lalu) dalam pendidikan kerohanian bagi orang-orang mukmin hanya disedari/ditemui oleh ahli psikologi akan kesignifikenannya di dalam proses belajar setelah kebelakangan ini, iaitu pada awal-awal abad ke 20 Masehi ini (Najati, 2001). Sedangkan menurut (Mook Soon Sang, 2009) sebelum abad ke 16 menurut pandangan barat (terutamanya institusi gereja) kanak-kanak dipandang sebagai insan yang berdosa, dikuasai syaitan dan perlu dibersihkan dengan menghalaunya daripada tubuh kanak-kanak melalui istiadat baptis.

Oleh kerana itu kertas kerja ini akan membuat perbandingan beberapa teori/model motivasi daripada penulis-penulis barat dan kemudianya membincangkannya dari aspek pandangan penulis timur (Islam) supaya lebih sesuai untuk digunakan di dalam budaya melayu Islam/Malaysia untuk digunakan di dalam perisian permainan pembelajaran Jawi. Perbincangan yang seterusnya akan membincangkan mengenai konsep motivasi dan beberapa teori/model motivasi yang akan digunakan di dalam pembangunan perisian permainan pendidikan.

2. Definasi Motivasi

Motivasi mempunyai banyak definisi yang menjelaskan bidang ilmu yang sangat luas. Beberapa buah buku boleh dan telah ditulis mengenai definisi dan aplikasinya di dalam persekitaran lain pembelajaran dan persekitaran lain (Bixler, 2006). Menurut Ormrod (2006, hlm. 365) “motivation is something that energizes, directs and sustains behavior; its gets students moving, point them in a particular direction, and keeps them going. Crow dan Crow (1983) pula menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Definisi yang digunakan di dalam kajian ini ialah: perangsang yang membangkitkan dan mengekalkan keseronokan dan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu.

3. Jenis-Jenis Motivasi

Terdapat berbagai kategori jenis-jenis motivasi yang telah diberikan oleh ahli-ahli psikologi yang berlainan. Di antara klasifikasi-klasifikasi tersebut adalah 1)fisiologi dan

(3)

4. Teori Motivasi Menurut Perspektif Islam

Islam yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lebih 1400 tahun yang lalu telah datang dengan teori-teori pendidikan (termasuk motivasi) yang komprehensif bersumber Al-Quran dan As Sunnah (Muhanna, 1990). Menurut Baharuddin (2005) di antara perkara utama yang membezakan di antara psikologi Islam dan Barat adalah persoalan tentang manusia. Perbezaan pandangan tentang manusia di kalangan ahli Psikologi Barat sendiri telah melahirkan berbagai-bagai teori yang berkembang di Barat. Psikologi Islami telah membangunkan teori dan konsep tentang manusia bersumberkan kitab suci Al Quran yang menyeluruh meliputi 1)Jasmaniah (tubuh fizikal) 2)Nafsiah (Al-nafsu, al-‘aql dan al-qalb) dan 3)Ruhaniah. Manakala Psikologi Barat hanya membincangkan aspek jasmaniah (tubuh badan) dan aspek nafsiah sahaja dan aspek rohaniah tidak terjangkau di dalam psikologi Barat. Sebagai contohnya Psikologi Fisiologi dan behaviorisme hanya membincangkan aspek jasmaniah ; Psikoanalisa Sigmund Freud hanya membincangkan aspek nafsiah ; manakala teori Humanistik hanya membincangkan aspek Jasmaniah dan Nafsiah sahaja (Baharuddin, 2005). Walaupun Psikologi Humanistik dan Tranpersonal telah mengakui spiritual sebagai sebahagian dari elemen psikologi namun spirit yang dimaksudkan bukan seperti yang dijelaskan dalam pandangan agama. Walaubagaimanapun perbincangan lanjut perbezaan ini adalah di luar lingkup kertas kerja ini. Kertas kerja ini hanya akan membincangkan prinsip-prinsip motivasi yang digunakan oleh Al Quran di dalam mendidik umat Islam.

(4)

menurut perspektif Islam. Bahagian seterusnya akan membincangkan dengan lebih lajut teori-teori yang dikemukan oleh penyelidik-penyelidik Islam kini seperti Najati (2001, 2006), (Alizi & Mohamad Zaki (2005), Alawneh (1999) dan Zaleha & Hassoubah (2008)

4.1 Najati (2001, 2006)- Motivasi dalam Al Quran dan hadith Nabi

Najati (2001) telah mengemukakan teori motivasi berdasarkan kaedah pendidikan yang telah digunakan oleh Al Quran dan kaedah pendidikan yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W (Najati, 2006). Najati telah membincangkan teori motivasi di dalam Al Quran dalam bentuk 1)motivasi fisiologi seperti motivasi menjaga kelangsungan hidup dan motivasi menjaga keturunan, 2)Motivasi kejiwaan/spritual seperti motivasi kejiwaan, motivasi spritual, 3) Motivasi tidak sedar 4)konflik di antara motivasi-motivasi 5)kaedah untuk mengawal motivasi dan 6)penyimpangan motivasi-motivasi. Najati (2001) juga telah membincangkan di antara kaedah yang digunakan di dalam Al-Quran adalah untuk menimbulkan motivasi pembelajaran seperti:

i. Menimbulkan Motivasi dengan Memberikan Harapan (targhib) dan Ancaman(tarhib). Manusia cenderung melakukan perbuatan yang menyeronokkan dan menjauhi perbuatan yang menyakitkan. Banyak eksperimen yang telah dilakukan oleh ahli psikologi moden tentang perkara ini. Ayat-ayat targhib di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang kenikmatan syurga akan membangkitkan cita-cita umat Islam untuk mendapatkan kenikmatan ini dan berpegang teguh pada takwa manakala ayat-ayat tarhib yang menerangkan tentang siksa neraka akan membuatkan mereka menjauhi segala perbuatan dosa. Penggunaan kedua-dua kaedah ini secara bersama adalah lebih berkesan berbanding dengan hanya menggunakan salah satu kaedah sahaja.

ii. Membangkitkan motivasi dengan kisah-kisah

Melalui cerita Al Quran memberi nasihat dan membimbing serta mendidik manusia berbagai pelajaran dan hikmah. Menurut Najati (2001) kebiasaannya kisah di dalam Al Quran dimulai dengan ringkasan cerita diikuti dengan penceritaan kisah secara mendalam. Contohnya seperti kisah Ashabul Kahfi. Ada juga kisah yang dimulai dengan menyebut akibat dan tujuan terlebih dahulu sebelum kisah diceritakan.

iii. Memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting

Peristiwa-peristiwa dan masalah-masalah merupakan salah satu faktor yang dapat membangkitkan motivasi. Al Quran telah menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang dilalui oleh umat Islam terdahulu dan penyelesaian masalah yang telah diambil sebagai panduan kepada umat kini. Kepentingan memanfaatkan peristiwa-peristiwa penting ini juga boleh dilihat dari sebab-sebab turunnya ayat-ayat Al Quran (asbabunnuzul). Kebanyakkan ayat Al Quran juga diturunkan bertepatan dengan peristiwa penting yang berlaku pada ketika itu.

(5)

4.1.1. Ganjaran (reward)

Najati (2006) juga telah membincangkan mengenai penghargaan/ganjaran (reward) di dalam pembelajaran pendidikan. Bentuk-bentuk ganjaran yang digunakan oleh Al-Quran dan Rasulullah tidak hanya berbentuk kebendaan tetapi juga di dalam bentuk abstrak seperi pujian, penghargaan dan motivasi. Dari segi jangkamasa ganjaran pula, terdapat tiga bentuk yang digunakan oleh Al Quran dan Rasulullah iaitu 1)pemberian ganjaran secara sertamerta contohnya Rasulullah SAW telah memerintahkan agar bayaran upah pekerja hendaklah di bayar sebelum kering peluh pekerja, 2)menangguhkan pemberian ganjaran dalam tempoh jangka panjang contohnya ganjaran bagi orang yang berbuat kebaikan ialah syurga 3)pemberian ganjaran tanpa menetapkan batasan masa yang jelas sebagai contohnya malam lailatur Qadar yang bersamaan dengan ganjaran seribu bulan tidak dinyatakan masanya dengan jelas. Menurut Najati (2006) perkara ini dapat merangsang motivasi umat Islam untuk beramal sepanjang bulan Ramadhan terutama sepuluh malam yang terakhir.

4.1.2. Pembahagian waktu belajar

Di antara prinsip-prinsip pembelajara yang digunakan oleh Al Quran ialah pembelajaran hendaklah di selangi dengan waktu rehat (Najati, 2001, 2006). Perkara ini dapat dilihat apabila Al Quran sendiri diturunkan dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Rasulullah sendiri mendidik dan memberikan nasihat di dalam selang masa ini bagi mengelakkan para sahabat berasa jemu atau bosan.

4.1.3. Bertahap didalam mengubah tingkahlaku

Di dalam pendidik bangsa Arab yang sudah terkenal dengan tradisi buruk yang telah mengakar umbi di dalam masyarakat mereka Rasulullah SAW telah menggunakan kaedah iaitu 1)kaedah penanaman iaitu menamkan keimanan di dalam diri manusia 2)menggunakan kaedah bertahap didalam pendidikan contohnya seperti pengharaman arak telah melalui tiga fasa iaitu larangan menjauhinya, larangan bersolat ketika solat dan larangan secara mutlak.

4.1.4. Pengulangan

Al Quran dan Rasulullah SAW menggunakan prinsip pengulangan ketika mendidik manusia. Sebagai contohnya Rasulullah akan mengulangkan sehingga tiga kali sehingga para sahabat benar-benar memahami ajaran yang disampaikan. Menurut Najati (2001) pengulangan kisah-kisah di dalam Al Quran bukanlah pengulangan secara total melainkan hanya menyebut beberapa peristiwa pada suatu kisah yang sesuai dengan kandungan surah itu. Apabila berlaku pengulangan serangkai kisah, biasanya akan dikemukan sesuatu yang baru dan berlaku perubahan didalam susunan ayat atau perbezaan pada cerita permualaan atau akhiran sesuai dengan tuntutan ungkapan yang dimaksudkan di dalam kisah tersebut.

4.1.5. Menarik perhatian

(6)

yang membacanya sebagai contohnya dengan menggunakan perumpamaan-perumpamaan, memulakan surah dengan huru-huruf hijaiyah seperti Alif Lam Mim, penggunaan sumpah di permulaan ayat, susunan kata di dalam Al Quran berbeza dengan adanya i’jaz balaghah serta alunan muzik yang dapat membangkitkan perasaan dan menarik perhatian.

4.1.6. Berperanan aktif

Ajaran Islam meminta umatnya berperanan aktif dengan mengamalkan sendiri ilmu-ilmu yang telah dipelajarinya. Terdapat banyak ayat Al Quran yang menjelaskan tentang perlunya iman yang diiringi dengan amal soleh.

4.2 Alizi & Mohamad Zaki (2005): teori motivasi Islam berteraskan jihad

Alizi & Mohamad Zaki (2005) telah membincangkan mengenai pandangan Islam tentang konsep-konsep motivasi bermula dengan keperluaan asas yang diperlukan oleh manusia seperti lapar, kehausan, seks, kuasa, pencapaian, penghargaan, kerohanian/agama, dan peranan keimanan di dalam motivasi. Beberapa teori-teori motivasi juga telah dinilai berdasarkan pandangan Islam seperti teori hiraki keperluan Maslow dibandingkan dengan Maqasid Shar`iyyah. Alizi & Mohamad Zaki telah mengemukakan teori mengemukakan teori penggunaan prinsip-prinsip motivasi Islami yang berteraskan Jihad (bersungguh-sungguh di dalam membuat sesuatu) dan mengandungi elemen keimanan dan agama.

4.3 Alawneh (1999): model motivasi takwa

Teori motivasi yang lebih komprehensif telah dikemukan oleh Alawneh (1999). Alawneh telah mengemukakan motivasi menurut paradigm Islam yang berasaskan kepada kefahaman manusia tentang tujuan penciptaannya dan kemudiannya di kaitkan dengan konsep-konsep asas Islam seperti takwa, iman, khalifah dan taubat dan kaitannya dengan jenis-jenis motivasi yang berlainan. Alawneh juga telah mengemukakan satu model motivasi takwa.

4.4 Zaleha & Hassoubah (2008): model motivasi pembelajaran 4Ms

Zaleha & Hassoubah (2008) pula telah mengemukakan satu model motivasi pembelajaran 4Ms +Triple S = GOALS. Di mana 4M adalah Muhasabah, Muraqabah, Mutabaah, Mujahadah dan Triple S adalah Smart , Study, dan Strategies.

Bahagian yang seterusnya akan membincangkan mengenai teori-teori motivasi menurut penulis-penulis barat yang akan diintegrasikan dengan teori motivasi menurut pandangan penulis-penulis Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

5. Teori-Teori Motivasi Menurut Penulis-Penulis Barat

(7)

digunakan di dalam pembinaan perisian permainan pendidikan. Di antara teori-teori yang akan dibincangkan ialah teori motivasi FLOW, teori ARCS dan teori motivasi Malone.

5.1 Teori motivasi FLOW

Teori ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi yang bernama Csikszentmihalyi(1982). Flow telah dihuraikan oleh Csikzentmihalyi (1990) sebagai “suatu keadaan dimana seseorang sangat suka terlibat dengan sesuatu aktiviti sehinggakan tidak mengindahkan aktiviti lain. Pengalaman yang dialami didalam aktiviti yang dijalankan ini sangat menyeronokkan sehingga seseorang itu sanggup mengeluarkan belanja yang tinggi untuk melakukannya.”. Csikszentmihalyi (1996) telah menggariskan beberapa perkara yang perlu ada untuk menimbulkan pengalaman flow ini iaitu: i)matlamat yang jelas, ii)maklumbalas yang serta merta, iii)tahap cabaran dan kemahiran yang seimbang dan bersesuaian, iv)Penyerapan aksi dan kesedaran, v)Distractions are excluded from consciousness, vi)tiada kerisauan tentang kegagalan, vii)menghilangkan kesedaran kendiri dan viii)aktiviti itu sendiri menjadi ganjaran kepada pemain/pelajar.

5.2 Teori ARCS

Keller (1988) telah menghasilkan sebuah model motivasi yang yang digelar model ARCS berasaskan teori Vroom's expectancy-value theory (Bixler, 2006). Menurut Alessi & Trollip (2001) secara umumnya pandangan-pandangan Keller adalah berkaitan dengan cadangan supaya perekabentuk berarahan mestilah mahir di dalam rekabentuk motivasi selain strategi pengajaran dan rekabentuk permainan. Keller telah mengenalpasti empat faktor untuk meningkatkan motivasi belajar iaitu: menarik perhatian (Attention), relevan (Relevance), keyakinan dan kepuasan (Satisfaction).

5.3 Teori Motivasi Malone

Malone (1980), Malone & Lepper, (1983) telah cuba mengenalpasti sifat-sifat permainan komputer yang mengoptimumkan kuasa motivasi dalamannya. Malone (1981) telah mencadangkan teori motivasi intrinsik (yang datang dari dalam diri seseorang seperti keseronokan) adalah lebih berguna kepada pembelajaran berbanding motivasi ektrinsik (seperti markah peperiksaan). Di dalam kajian awalnya Malone (1981) telah mencadangkan tiga faktor penggalak motivasi intrinsik iaitu cabaran, sifat ingin tahu (curiosity), dan fantasi. Di dalam kajian yang selanjutnya Malone & Lepper (1987) telah menambah satu faktor lagi di dalam teori ini iaitu kawalan pelajar (Alessi & Trollip, 2001).

6. Model Motivasi yang dicadangkan

(8)

Rajah 1 : Model Motivasi MyJawiGame yang dicadangkan bagi pembinaan perisian permainan pendidikan membaca awal jawi. Di adaptasi dari Noor Azli, Nor Azan, & Shamsul Bahri (2008)

Model ini mengandungi elemen-elemen yang dapat merangsang motivasi iaitu fantasi, matlamat yang jelas, memenuhi keperluan pelajar, maklum balas positif, menimbulkan sifat ingin tahu, menarik penumpuan/perhatian pemain, menimbulkan rasa boleh mengawal keadaan bag pemain dan menimbulkan keyakinan diri pemain. Elemen-elemen ini perlu disesuaikan dengan objektif pembelajaran dan jalan cerita(fantasi) yang digunakan dengan tidak meninggalkan panduan-panduan yang terdapat di dalam teori rekabentuk berarahan(ID) dan teori pembelajaran. Seterusnya apa yang diperbincangkan tadi perlulah selari dengan kehendak agama dan norma-norma budaya tempatan.

7. Kesimpulan

Walaupun telah terdapat beberapa model motivasi yang telah digunakan di dalam pembangunan perisian kursus dan perisian permainan tetapi model-model ini adalah lebih cenderung kepada pandangan penulis-penulis dari barat. Kelompangan juga telah dilihat di dalam teori-teori ini, di mana kebanyakkan ahli-ahli psikologi Barat hanya membincangkan motivasi

Cabaran Kebolehgunaan/

kebolehmainan Pelajaran membaca

awal jawi

Cerita rakyat (Azimat Awang

Miskin)

Objektif

Pembelajaran Fantasi & matlamat permainan

Memenuhi Keperluan murid

bertahap

Maklumbalas positif Menimbulkan sifat

ingin tahu

Penumpuan perhatian Rasa boleh

mengawal keadaan

Keseronokan/ Motivasi Teori Pembelajaran

Teori permainan/ rekabentuk permainan

Teori ID

Agama Budaya

Menarik perhatian

Berperanan aktif

pengulangan Pembahagian waktu

belajar

(9)

dalam aspek teori-teori motivasi barat hanya disekitar aspek jasmani, kognitif dan emosi tetapi meninggalkan aspek rohani.

Kertas kerja ini telah membincangkan beberapa teori motivasi yang telah dikemukakan oleh penulis Islam dan Barat . Tinjauan literatur yang dilakukan menunjukkan Islam telah lama mengemukakan teori-teori motivasi di dalam mendidikan umat Islam walaupun dengan menggunakan istilah yang berlainan.

Kajian ini mencadangkan satu model motivasi yang menggabungkan teori-teori motivasi yang telah dikemukakan oleh penulis Barat dan Islam sebagai satu alternatif bagi mengisi kelompangan yang terdapat di dalam teori-teori motivasi barat dan lebih sesuai untuk digunakan di dalam budaya tempatan. Model motivasi ini dibina bagi tujuan untuk membangunan perisian permainan pendidikan membaca awal jawi. Bagi kajian lanjutan, dicadangakan supaya perisian permainan pendidikan yang telah menggunakan model motivasi ini diuji keberkesanan untuk memotivasikan pelajar di dalam pembelajaran.

Referensi

Dokumen terkait

redaman dari kabel coaxial yang dipakai pada berbagai macam

Beberapa pertimbangan yang dilakukan untuk memilih Buntu Pune sebagai permukiman yaitu, semakin minimnya bahaya dari serangan musuh, memungkinkan masyarakat Buntu

• Pemerintah China dikabarkan berencana untuk menetapkan target pertumbuhan ekonomi yang lebih rendah dari 6,5% pada tahun 2019. Dengan

Instansi Pemerintah Kabupaten Klungkung yang menangani dan terkait dalam pengelolaan persampahan adalah Dinas Kebersihan dan Pertamanan. Pemerintah Kabupaten Klungkung

1. Perlu adanya peningkatan produksi hasil pertanian yang dapat me- ningkatkan perekonomian penduduk,.. Mempertahankan daerah-daerah yang berpotensi memiliki sumber air yang

Publikasi Kecamatan Wonosari Dalam Angka Tahun 2015 diterbitkan dalam rangka untuk memenuhi kebutuhan akan pelayanan data statistik yang lengkap, akurat dan

Pajak Masukan dalam PPN adalah pajak yang seharusnya dibayar oleh PKP atas Perolehan Barang Kena Pajak / Jasa Kena Pajak, Pemanfaatan BKP/JKP tidak berwujud

Dapur lebur ini terdiri dari tungku peleburan sebagai media peleburan, kowi sebagai wadah alumunium yang akan dilebur, blower sebagai pemutar atau penyebar bahan