• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan ekonomi antara Islam dan bukan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Hubungan ekonomi antara Islam dan bukan"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES (FASS)

AMIRUL ASYRAF BIN NASARUDDIN

SEMESTER IV / 2014

AMSS 5403

TRANSAKSI DALAM SISTEM MUALAMAT DI MALAYSIA

NO. MATRIKULASI : CGS00845425

NO. KAD PENGNEALAN : 901208-08-5647

NO. TELEFON : +6013-4367511

E-MEL : al_hafiz812@yahoo.com

(2)

1. Pendahuluan

Islam adalah agama yang cukup sinonim dengan damai, adil dan toleransi serta berperikemanusiaan. Justeru, Islam sentiasa memberi penekanan kepada konsep hidup bermasyarakat. Lantas, Islam memberikan ruang yang luas bagi setiap orang yang mengamalkan toleransi dan menghargai kebebasan. Islam membentuk nilai-nilai toleransi untuk dijelmakan melalui sistem muamalat sesama manusia. Sejak awal lagi, Islam mengamalkan sikap toleransi terhadap orang bukan Islam yang tidak memusuhi penganut Islam. Dalam berurusan dengan manusia, Allah s.w.t mengajar ummat manusia supaya sentiasa bersikap toleransi sama ada ketika bersama kawan maupun lawan. Hubungan muslim dengan bukan muslim pada dasarnya menyentuh bidang tugas pemerintah untuk mengatur cara terbaik untuk mengatur hubungan tersebut. Ini kerana bukan muslim itu sendiri yang dikenali dengan konsep ahli al-dhimmah mengandungi makna politik, antaranya untuk menjamin warganegara yang status agamanya berlainan dengan status agama Negara (Islam) dimana jaminan ini hanya berlaku jika seseorang itu mempunyai kuasa memerintah Negara atau disebut sebagai kuasa politik.

Selain politik, ekonomi adalah suatu aspek yang menuntut muamalah antara orang Islam dan bukan Islam. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah satu ilmu yang mengkaji tentang kegiatan manusia selaras dengan tuntutan syariat Islam sama ada di peringkat perolehan, penggunaan, atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara dari segi rohani dan jasmani bagi mendapat keredhaan Allah. (Jumali, 2010). Islam mengiktiraf pemilikan harta secara individu tetapi pemilik harta mestilah memelihara agama, jiwa, akal, kehormatan dan keselamatan harta serta melarang dari memperoleh harta dari sumber yang haram.

(3)

AMSS 5403

aplikasikan sehingga munculnya berbagai solusi bagi mengatasi masalah tersebut. Antara solusi yang muncul adalah mengamalkan sistem ekonomi berteraskan Islam.

2. Prinsip Perhubungan Antara Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam

Islam sebagai suatu agama yang sesuai dengan naluri manusia sememangnya mengakui keperluan asas manusia iaitu pentingnya perhubungan sesama manusia. banyak ayat-ayat al-Quran yang tentang kepentingan supaya manusia tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit bersatu dalam kehidupan di dunia. Firman Allah di dalam surah al-Hujuraat, ayat 13;















 

 













supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

Dari ayat ini, dapat kita fahami bahawa umat Islam di tuntut untuk saling kenal mengenal. Beberapa prinsip atau atau asas yang menjadi pegangan umat Islam dalam perhubungan sesama manusia antaranya adalah;

a) Persamaan Hak Sesama Manusia.

Islam mengiktiraf bahawa manusia adalah sama dari sudut kemanusiaan dan hak-hak serta kewajipan bernegara. Islam tidak membeza-bezakan antara agama, bagsan mahupun warna kulit. Bahkan Islam secara jelas memerangi fikrah membeza-bezakan warna kulit dan bangsa. Nabi s.a.w. telah bersabda yang bermaksud “Tidak ada keutamaan bagi orang arab ke atas orang ajam (selain arab) dan tidak ada keutamaan bagi orang berkulit hitam dengan orang arab melainkan taqwa” (HR Ahmad)

(4)

satu pihak yang lain. Oleh sebab itu, Islam mementingkan persamaan sesama manusia agar boleh saling berkenal-kenalan dan berbaik-baik sesama insan. (JAIS, 2014).

b) Perdamaian

Perdamaian Islam diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai pedoman kepada makhluk keseluruhannya. Atas asas keadilan, ia secara jelas menentang penganiayaan dan kezaliman sesama insan. Islam menjadikan pendamaian sebagai suatu prinsip yang penting dalam kehidupan manusia dan menyeru manusia kepada pendamaian sama ada di dunia mahupun akhirat. Allah S.W.T telah berfirman di dalam surah al-Maaidah, ayat 14;





















 

























































 



 













Dan di antara orang-orang Yang berkata:" Bahawa Kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa Yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka Dengan apa Yang telah mereka kerjakan.

Pendamaian sebagai syiar Islam juga telah dijelaskan dalam hadis Nabi saw yang menjadikan ucapan salam (tanda pendamaian) sebagai kata pembuka bicara dalam perhubungan sesama manusia. Bahkan ucapan tersebut hendaklah disebut selalu kerana ia merupakan jalan seseorang yang mahu ke syurga. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah aku tunjukkan kamu satu perbuatan yang sekiranya kamu membuatnya akan

menimbulkan rasa kasih sayang antara kamu? Sebarkanlah salam antara kamu. (HR Muslim).

c) Keadilan

Di dalam al-Quran, Allah telah menyatakan secara jelas bahawa asas hukum Islam dalam soal perhubungan sesama manusia adalah keadilan. Allah berfirman di dalam surah surah an-Nahl, ayat 90;



















(5)

Syeikh Muhammad Abu Zuhrah berkata bahawa setiap agama mempunyai cirri yang tertentu, maka antara ciri Islam adalah keadilan. Keadilan merupakan ukuran yang benar dalam mengatur perhubungan hidup manusia ketika damai mahupun ketika perang. Dalam keadaan damai, keadilan menjadi tunggak dalam kehidupan dan ketika perang, keadilan menjadi teras dalam melakukan keputusan.

d) Menghormati Perjanjian

Menghormati dan mematuhi perjanjian yang dibuat merupakan suatu yang suci dalam Islam. Firman Allah di dalam surah an-Nahl, ayat 91;













 







 





























 

















Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji; dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai Penjamin kebaikan kamu; Sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa Yang kamu lakukan.

Sejarah telah membuktikan di dalam peristiwa perjanjian aqabah mahupun perjanjian hudaibiyyah antara Rasulullah s.a.w. dengan orang bukan Islam telah dipenuhi dan dituruti sepenuhnya oleh baginda. Berbeza dengan pihak yahudi yang tidak mengotakan apa yang telah mereka janjikan. Hasilnya, kemenangan berada di pihak Rasulullah dengan bertambah ramai manusia yang memeluk agama Islam. Peristiwa ini menunjukkan bahawa tujuan kita melakukan perjanjian bukan semata-mata untuk menguasai orang auatu masyarakat lain, tetapi ia turut dibuat untuk mencapai kedamaian, dan menamatkan persengketaan, salah satu caranya adalah melalui kejujuran dengan melaksanakan perjanjian.

(6)

Syeikh Muhammad Abu Zuhrah berkata; “Antara ciri telah berlakunya at-Ta’aruf antara masyarakat yang berlainan bangsa ialah wujudnya prinsip tolong menolong sesama manusia. Sesungguhnya tolong menolong adalah tanda zahir adanya ikatan jiwa antara masyarakat samada kecil ataupun besarnya sesebuah masyarakat. Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Maaaidah, ayat 2;

















































 









 







Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).

Ayat di atas jelas telah menggambarkan kepada umat Islam bahawa saling tolong menolong dalam mencari kebaikan adalah sesuatu yang dituntut. Nabi saw telah melaksanakan prinsip tolong menolong dalam urusan kemasyarakatan seperti dalam urusan bernegara. Ketika sampai di madinah, baginda telah mengadakan perjanjian dengan kaum yahudi untuk berbaik-baik dan saling tolong menolong dalam perkara kebajikan serta menjaga akhlak masyarakat daripada kejelekan. Malahan dalam perjanjian dengan kabilah-kabilah arab dari Negara lain, Rasululllah sentiasa menyokong perjanjian untuk mencegah dalam perkara keburukan dan kemusnahan. Demikianlah beberapa prinsip perhubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam yang dapat dikemukakan. (JAIS, 2014).

3. Kaedah Fiqh Yang Menjadi Teras Dalam Perhubungan Antara Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam.

Dalam hukum Islam, terdapat beberapa kaedah fiqh yang dapat diguna pakai dan menjadi asas dalam perhubungan antara orang islam dan orang bukan Islam. Antara kaedah-kaedah tersebut adalah;

a) Sesuatu perkara itu ditentukan berdasarkan niat (Al-‘umur bi maqasidiha)

(7)

AMSS 5403

bermuamalah dengan seseorang yang bukan Islam dengan niat yang membawa kepada kebaikan, maka ianya dibenarkan pada sisi syara’.

b) Kesulitan melahirkan kemudahan (Al-masyaqqah tajlibu taysir)

Para ulama’ mendefinisikan kesulitan di sini sebagai kesukaran yang terlepas daripada tanggungjawab dari segi syarak dan kesukaran tersebut boleh membawa kesusahan dan kemudaratan kepada manusia. Syeikh Muhammad Uthman Syibir menjelaskan bahawa kaedah ini merupakan gambaran penting tentang kesederhanaan dalam Islam, juga gambaran di mana tanggungjawab dan bebanan adalah sesuai dengan kemampuan manusia. Sumber kepada kaedah ini berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 185;





















































 





 





Ertinya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan

supaya kamu bersyukur.

Contoh aplikasi kaedah ini, apabila seseorang dalam kesusahan, maka diharuskan baginya melakukan hal-hal yang tidak dibenarkan sebelumnya. Dalam ibadah misalnya, orang yang sakit dibenarkan bertayammum bagi menggantikan wudhuk. Jika dalam muamalah, orang Islam dibenarkan untuk berurusan dengan orang bukan Islam jika di tempat itu tidak ada orang Islam yang melakukan urusan muamalah tersebut. Contohnya seperti jual beli rumah. Kebanyakan orang menguasai urusan jual beli rumah adalah orang bukan Islam. Maka dalam keadaan ini, dibolehkan bermuamalah dengan orang yang bukan Islam.

c) Tidak ada kemudaratan dan tidak pula dimudaratkan (La dharar wa la dhirar)

Kaedah ini telah digunakan oleh fuqaha dalam menentukan hukum-hukum bagi masalah-masalah yang baru ketika berlakunya sesuatu keadaan yang disebut sebagai kemudaratan. Berdasarkan kaedah ini, wajib dihilangkan kemudaratan ke atas seseuatu perkara apabila ianya timbul. (Afendi Awang, 2011). Allah telah berfirman di dalam surah al-Baqarah, ayat 233;

(8)

Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya.

Aplikasi kaedah ini berdasarkan pendapat sheikh az-Zuhaily dapat ditemui dalam pelbagai cabang fiqh. Misalnya prinsip yang mengharuskan pembatalan kontrak kerana kecacatan padanya, gentian barang yang hilang, pengharusan tegahan menguruskan sesuatu urusan daripada orang yang lemah fikiran dan beberapa contoh yang lain. (Afendi Awang, 2011).

d) Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan (Al-yaqin La Yazul bi shak) Makna al-yakin dari segi bahasa ialah pengetahuan tanpa keraguan. Dari sudut istilah pula, al-yakin adalh kepercayaan yang kukuh bersesuaian dengan hakikat yang nyata. Manakala keraguan bermaksud keraguan antara dua perkara yang bertentangan tanpa ada kepastian salah satu daripada keduanya mana yang lebih kukuh. (Zhou Zhou, 2005). Kaedah ini amat penting kerana ia mengandungi kebaikan yang menyeluruh kepada Syariah Islamiyyah. Kaedah ini bertujuan membuang keburukan dengan wujudnya keyakinan dan meluptkan keraguan seperti was-was. Aplikasinya berlaku dalam perlbagai cabang fiqh. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud;

Apabila seseorang daripada kamu merasai sesuatu di dalam perutnya, maka timbul

keraguan di dalam dirinya, sama ada sesuatu telah keluar atau belum daripadanya. Maka hendaklah dia tidak meninggalkan masjid (untuk tujuan berwudhuk), sehingga dia telah yakin bahawa wuduknya telah terbatal”

Kata Wahbah az-Zuhaily, jika sesuatu perkara itu telah dibuktikan keyakinannya, maka luputlah keraguan ke atasnya dan keraguan tidak boleh mempengaruhi keyakinan kerana keyakinan lebih kuat daripada keraguan dan sangkaan (Afendi Awang, 2011). Oleh itu, jika seseorang Islam itu melakukan muamalah dengan seseorang yang bukan Islam, dia haruslah yakin bahawa aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk mencapai maslahah dan keyakinan itu tidak boleh dihilangkan dengan keraguan-keraguan yang timbul.

e) Adat sebagai asas pertimbangan (Al-‘adatu muhakkamah)

(9)

AMSS 5403

dan tempat. Menurut syeikh Uthman Syibir, kaedah I I merupakan kaedah yang berkembang bersama perkembangan manusia dan adat-adat yang baik yang diterima pakai di kalangan manusia yang terhasil melalui pelbagai urusan urusan muamalah yang berlaku di kalangan sesama manusia. (Afendi Awang, 2011).

4. Pandangan Islam Mengenai Pemboikotan Barangan Yang Dikeluarkan Oleh Orang Bukan Islam

Islam memandang pemboikotan barangan yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam dari dua sudut iaitu;

a) Dia mengetahui secara pasti bahawa barangan tersebut akan membantu orang kafir memerangi orang Islam.

Dalam situasi ini, wajib baginya untuk memboikot barangan daripada orang kafir tersebut. Ini kerana ia telah menjurus kepada membantu orang kafir dalam perkara dan permusuhan yang ditegah syara’. Sebagaimana syara’ yang melarang menjual anggur kepada mereka yang menggunakannya untuk membuat arak, menjual senjata pada zaman fitnah apabila berlaku kekacauan sesama umat Islam dan member pinjaman kepada mereka yang akan menggunakannya untuk perkara yang haram. Hukum ini khas kalau sekiranya dia mengetahui secara pasti sama ada pengetahuannya secara lansung atau melalui berita orang yang dipercayainya. (Idris Sulaiman, 2014)

b) Dia tidak mengetahui secara pasti sama ada hasil barangan yang dibeli itu akan menjurus kepada menghancurkan Islam atau tidak.

Islam pada dasarnya membolehkan orang Islam berjual beli dengan orang kafir. Namun perlu dilihat kepada maslahat (kenaikan) atau mudharat (keburukan) yang akan terhasil dari hasil penjualan produk tersebut. Boikot hanya dibenarkan apabila keburukan lebih banyak dari kebaikan. Adapun memboikot barangan orang kafir yang dijual oleh agen muslim atau barangan kafir yang dikilangkan oleh orang muslim, ia jelas memudharatkan peniaga muslim tersebut. Maka ia tidak dibolehkan.

(10)

yang belum tahu samada mereka terjejas atau tidak. Dalam keadaan ini memboikot barangan tersebut amatlah tidak wajar. (Idris Sulaiman, 204).

5. Kedudukan Barangan Yang Dikeluarkan Oleh Orang Bukan Islam Dari Sudut Maqasid Syariah

Maqasid syariah bererti tujuan, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syara’ melalui sumber dalilnya menerusi al-Quran dan as-Sunnah secara umum dan khusus, untuk menetapkan kemaslahatan manusia (Abdul Basit Abdul Rahman, 2009). Dr Wahbah al-Zuhaili mendefinisikan maqasid syariah sebagai nilai-nilai dan tujuan syara’ yang tersirat dalam segenap atau sebahagian besar dari hukum-hukumnya. Nilai-nilai dan tujuan itu dipandang sebagai maksud dan rahsia syariah yang ditetapkan oleh Allah dan rasul dalam setiap ketentuan hukum. (Wahbah Al-Zuhaili, 1986).

Para ulama’ mengingatkan bahawa dalam menentukan hukum sesuatu perbuatan manusia itu, ia hanya boleh ditentukan setelah melihat natijah atau hasil perbuatan tersebut samada ia melahirkan kebaikan (maslahah) atau keburukan (mafsadah). Maka suatu perbuatan itu tidak akan diizinkan walaupun ia mendatangkan maslahah tetapi berakhir dengan mafsadah. Jika hasil akhirnya nanti membawa kepada maslahah tanpa membawa mafsadah, maka ia diperbolehkan. Terdapat dua kaedah yang menjadi sandaran dalam menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perbuatan. Dua kaedah tersebut adalah;

a) Sekiranya sesuatu perbuatan menjurus kepada keburukan (mafsadah) dan tidak ada kebaikan (maslahah) yang mendominasi perbuatan itu, maka ia terlarang.

b) Dalam menilai kebaikan (maslahah) atau keburukan (mafsadah) sesuatu perbuatan, cukup dengan sangkaan kuat. Tidak perlu sampai tahap yakin.

Imam Izzuddin Abdul Salam menegaskan bahawa maqasid syariah merupakan penanda aras dalam menilai sesuatu hukum. Menurut beliau lagi, hukum-hukum syara’ mempunyai tujuan yang khusus dan maqasidnya yang tersendiri yang memfokuskan kepada menjaga kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat. (Mohamad Ismail Mohd Yunus, 2011).

(11)

AMSS 5403

semasa. Jika ianya akan membawa kepada kebaikan (maslahah), maka ianya diharuskan. Sebaliknya jika ia akan membawa kepada keburukan (mafsadah), maka ianya di haramkan.

6. Kesan Pemboikotan Barangan Yang Dikeluarkan Oleh Orang Bukan Islam

Bagi menilai kesan terhadap pemboikotan barangan yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam, kita dapat lihat dari sudut ekonomi kerana pemboikotan barangan sangat berkait rapat dengan kejatuhan ekonomi. Sebagai contoh pemboikotan terhadap Israel, ia telah menggugat pendapatan ekonomi negaranya apabila boikot dilakukan secara berterusan. Kegusaran terhadap implikasi boikot ini terzahir dari perdana menterinya iaitu Benjamin Nentahayu yang menyatakan bahawa kempen boikot ini dalah merupakan suatu ancaman kepada negaranya. Menurut Washington post, jumlah nilaian eksport daripada Israel telah menurun 14% setelah kebanyakan rangkaian pasaraya di Eropah telah memboikot barangan Israel. (

http://tok-ilman.blogspot.com/2014/08/boikot-antara-realiti-dan-kontroversi).

Dengan itu, dapat disimpulkan disini bahawa kegiatan memboikot barangan yang dikeluarkan oleh orang bukan Islam akan menyebabkan ekonomi mereke merosot dan seterusnya mampu melemahkan ekonomi mereka. Dari sudut psikologinya menurut saya, ia mampu melemahkan mereka dari terus menerus member ancaman dan tekanan kepada umat Islam. namun dari sudut maslahahnya, bukan semua produk bukan Islam harus di boikot. Ini kerana tindakan itu akan melemahkan umat Islam sendiri kerana Islam pada masa kini sudah ketinggalan jauh dari sudut penguasaan ekonomi.

7. Cadangan Berkesan Dalam Menangani Isu Hubungan Ekonomi Antara Orang Islam Dengan Orang Bukan Islam

(12)

Islam dengan aliran-aliran materialisme sekular, samada sosialisme yang ekstrim dan kapitalisme yang fanatik. (Mufti Labib, 1998).

Usaha aliran-aliran sekularisme itu bergantung pada manusia dalam menyediakan keperluan hidupnya. Usaha ekonomi mereka tidak pernah melebihi had kepentingan duniawi. Oleh sebab itu mereka menganggap bahawa kemewahan kebendaan ialah maltamat terkahir dan ia merupakan suatu yang diidam-idamkan. Berbeza dengan tujuan ekonomi Islam, di sebalik mengejar kebaikan dan keselesaan hidup ia juga menekankan aspek meningkatkan nilai diri manusia dan mengangkat rohani mereka menuju Tuhan. Dengan demikian, usahanya untuk mencari sepotong roti dan lauk pauk tidak akan mengganggu usahanya dalam mengenal Tuhan. (Mufti Latib, 1998)

8. Kesimpulan

Prinsip-prinsip serta nilai-nilai yang telah diterangkan di atas adalah merupakan teras ekonomi Islam dan semangat yang ditiupkan kepada seluruh undang-undang dan hukum Islam. ia mrupakan fakta kebenaran yang mendapat tempat serta akar yang mendalam pada akal, hati, pemikiran, perasaan, dan nurani seseorang. Kebenaran dalam teori-teori ini bukanlah hasil pemikiran ahli falsafah, bukan ijtihad seorang pembaharu, bukan hukum seorang ahli fiqh dan bukan pula khayalan dari seorang seniman atau penyair. Sebaliknya ia adalah petunjuk Tuhan dan pesanan nabi yang diturunkan dalam kitab suci al-Quran dengan pengutusan rasul-Nya yang mulia, demi menegakkan tonggak kehidupan, mendirikan neraca keadilan dan menghidupkan suasana yang baik. Ia juga menerangi kehidupan manusia dengan cahaya petunjuk dan menjelaskan kepada mereka cabaran-cabaran perjalanan hidup agar mereka tidak goyah dengan tujuan kehidupannya, tidak bercerai berai jalannnya dan tidak menyeleweng dari jalan yang lurus dengan mengikuti jalan-jalan orang yang jahil dan sesat.

 3241 Patah Perkataan

(13)

AMSS 5403

1. Mufti Labib, Arsil Ibrahim, (1998) “Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi Islam”,

(Kuala Lumpur : ABIM)

2. Afendi Awang, (2011) “Kaedah Pengajian Syariah”, (Kuala Lumpur : Open University Malaysia).

3. Mohamad Ismail Mohamad Yunus, (2011) “Maqasid Syariah), (Kuala Lumpur : Open University Malaysia)

Referensi

Dokumen terkait

Malcolm Bennett, yang nampak sangat profesional, para mahasiswa senior memberikan konsultasi dan bantuan hukum secara gratis di pengadilan keluarga yang berada

[r]

Ikan pari berenang dengan gerakan mengelombang sirip pectoral yang lebar.warna punggung dari ikan pari mirip dengan warna dasar sekitar, dan beberapa jenis mempunyai duri beracun

Penghitungan evapotranspirasi tanaman acuan menurut metode Penman-Monteith memerlukan data iklim dan letak stasiun klimatologi sehingga pengolahan data harus dilakukan sesuai

Jenis penelitian yang digunakan adalah cross-sectional yaitu menganalisis hubungan strategi mekanisme koping dengan tingkat kecemasan menghadapi pembelajaran klinik

Tujuan penelitian adalah melakukan eksplorasi dan mendeskripsikan bentuk-bentuk perilaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi perilaku prososial anak prasekolah. Subjek

Andalas Fiddina Agrotama x Berdasarkan hasil observasi yang telah dilakukan oleh penulis di lapangan, diketahui proses pemindahan buah dari tempat pencucian buah menuju

Salah satu pengaruh perkembangan Islam dapat dilihat dalam prosesi tradisi budaya, yang sampai saat ini masih biasa dilakukan oleh para masyarakat di Desa Walenreng