• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pihak Yang Terlibat Di Dalam Projek Pembinaan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pihak Yang Terlibat Di Dalam Projek Pembinaan"

Copied!
47
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN UNDANG-UNDANG

Pihak Yang Terlibat di dalam Projek Pembinaan

 Pengenalan  Majikan

 Pihak Perunding  Kontraktor  Pembekal

 Pihak Berkuasa Tempatan  Buruh

 Timbangtara

PENGENALAN

Di dalam sesuatu projek pembangunan, terdapat pelbagai pihak yang terlibat di dalam usaha untuk menjayakannya. Pihak-pihak yang terlibat ini seharusnya mempunyai kepentingan hak dan tanggungjawab yang berbeza. Di dalam bab 1 ini, kami akan menerangkan secara terperinci mengenai kepentingan hak serta tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat di dalam melaksanakan sesuatu projek.

Penglibatan pihak-pihak seperti perunding, kontraktor dan pembekal dari peringkat awal projek sehingga tamat projek banyak membantu pihak majikan di dalam usaha untuk merealisasikan impiannya. Tanpa penglibatan pihak-pihak tersebut, projek yang diimpikan oleh majikan tidak mungkin akan terlaksana. Oleh yang demikian, persefahaman yang tinggi adalah merupakan aset terpenting bagi majikan dan pihak-pihak terlibat dalam proses melaksanakan projek.

Sepertimana senario yang berlaku dewasa ini, secara keseluruhannya kebanyakan projek pembangunan banyak bergantung kepada aset majikan dan juga daya usaha perunding dan kontraktor di dalam menjayakan sesuatu projek. Maka, gandingan usahama pihak-pihak terlibat bolehlah dikembangkan sepertimana rajah 1 yang dilampirkan kemudian ini.

PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DI DALAM PROJEK B.O.T

Terdapat beberapa pihak yang terlibat secara langsung di dalam projek yang menggunakan sistem Build-Operate-Transfer sebagai sistem pembinaan. Pihak-pihak tersebut adalah:

1. Pemaju 2. Kerajaan 3. Kontraktor 4. Pelabur

(2)

6. Pengendali/ Juruoperasi

1. Pemaju

Pihak pemaju adalah pihak yang terpenting di dalam projek B.O.T, iaitu merupakan pihak pertama yang membuat cadangan kepada kerajaan untuk menjalankan projek menggunakan sistem B.O.T. Pihak pemaju biasanya adalah gabungan daripada beberapa golongan profesional seperti kontraktor, institusi perbankan, pelabur, peguam dan rakan kongsi industri yang mendorong kepada penubuhan sesebuah syarikat pemaju. Pihak pemaju akan membuat kajian pasaran, kajian sistem, kesan sosial dan ekonomi, kewangan, permasalahan undang-undang dan cukai dan lain-lain hal yang berkaitan dengan projek yang menggunakan sistem ini.

2. Kerajaan

Kerajaan adalah pihak yang memiliki hak dan merupakan pengguna terakhir di dalam projek yang menggunakan sistem ini. Kerajaan akan menyerahkan hak sepenuhnya kepada pihak pemaju untuk membina dan menjalankan projek, seterusnya mengutip hasil pendapatan daripada projek tersebut. Apabila tamat tempoh perjanjian, projek tersebut akan diserahkan kembali kepada pihak Kerajaan yang akan menjadi pemilik mutlak projek tersebut.

3. Kontraktor

Kontraktor boleh menjadi sebahagian daripada pihak pemaju yang menjalankan projek ini sekiranya diberikan kontrak pembinaan oleh syarikat pemaju tersebut. Biasanya kontraktor akan terlibat di dalam peringkat merekabentuk dan proses pembinaan di dalam projek tersebut.

4. Pelabur

Pelabur merupakan syarikat awam atau swasta yang berminat terhadap konsep penyerahan hak ini serta ingin untuk turut serta melabur di dalam syarikat pemaju tersebut. Pelabur juga boleh terdiri daripada pihak pemaju projek tersebut sendiri, contohnya United Engineers adalah pemaju dan pelabur bagi projek lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Pulangan yang akan diberikan kepada pihak pelabur adalah di dalam bentuk dividen atau sejumlah wang penghargaan.

5. Syarikat Kewangan

Oleh kerana projek yang menggunakan sistem B.O.T biasanya memerlukan dana yang sangat besar, maka ekuiti sahaja tidak dapat menampung projek ini dan biasanya dana daripada syarikat kewangan komersil dan syarikat peminjaman dana diperlukan. Pulangan yang akan diperolehi oleh pihak ini adalah berbentuk faedah. Pihak yang memberi

(3)

pinjaman (syarikat kewangan) kepada pemaju terbabit akan mengawal sumber kewangan, kestabilan kewangan projek, menguruskan pinjaman-pinjaman dan mengkaji bagaimanakah cara untuk mencapai keuntungan dan mengembalikan modal yang telah dilaburkan.

6. Pengendali / Juruoperasi

Tugas pengendali atau juruoperasi ini boleh juga dijalankan oleh pihak pemaju sendiri. Tanggungjawab pengendali ialah untuk mengumpul dan menguruskan hasil-hasil pendapatan semasa dalam tempoh pemilikan hak dan akan mendapat pulangan dalam bentuk kontrak untuk menguruskan hasil/ pendapatan projek tersebut.

MAJIKAN

PENGENALAN

Majikan merupakan satu pihak yang memulakan sesuatu projek pembinaan dan juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membayar segala kerja yang telah disiapkan dengan sempurna. Kadangkala majikan dikenali juga sebagai pemilik bangunan, kerajaan atau pemaju.

Majikan mungkin terdiri daripada orang biasa yang tidak tahu menahu tentang bidang pembinaan. Maka sekumpulan pasukan diperlukan untuk berkhidmat bagi pihak majikan. Pasukan petugas atau dikenali sebagai kumpulan pereka bentuk ini terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Jurukur Bahan, Penilai, Perancang Bandar dan Wilayah, dan pakar-pakar lain yang memindahkan kehendak dan hajat majikan ke dalam bentuk kerja pembinaan yang dicadangkan. Mereka bekerjasama untuk mengilhamkan dan menghasilkan rekabentuk.

Kadang-kadang majikan perlu dirujuk dan berunding bagi memutuskan sesuatu perkara yang memenuhi dan mencapai matlamatnya. Kumpulan perekabentuk tersebut bukan sahaja terhad untuk memberi nasihat mengenai proses pembinaan, malah mungkin juga perlu untuk memutuskan samada untuk meneruskan pembinaan ataupun tidak, atau memberi cadangan yang dapat membantu dalam perlaksanaan projek.

Majikan boleh dikategorikan sebagai individu, korporat dan kerajaan. Majikan dari pihak individu terdiri daripada orang perseorangan manakala disektor korporat terdiri daripada syarikat atau perbadanan korporat dan disektor kerajaan terdiri daripada kerajaan negeri dan syarikat-syarikat dibawah kerajaan.

TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Setiap pihak yang berkontrak atau mempunyai hubungan dalam sesebuah kontrak itu pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing.

(4)

Tanggungjawab tersebut perlu dilaksanakan sebaik mungkin untuk melancarkan lagi kerja atau apa sahaja yang diamanahkan kepadanya. Terdapat beberapa tanggungjawab yang perlu dititik beratkan oleh pihak majikan agar matlamatnya untuk memperolahi bangunan yang diidamkan, dari segi mutu sebenar dan bentuk yang dikehendakinya akan tercapai :-1. Memberi kuasa

Pihak majikan perlu memberikan kuasa atau menyerah pemilikan sementara tapak bina kepada kontraktor untuk membina sebuah bangunan atau projek. Yang dikehendakinya. Tanggungjawab memberi kuasa ini merupakan satu syarat dalam kontrak binaan. Tanpa pemberian kuasa pemilikan sementara tapak tersebut, kontraktor tidak akan dapat memasuki tapak bina secara sah walaupun tujuannya untuk membuat kerja- kerja pembinaan. Sekiranya kontraktor masuk ketapak tanpa kebenaran yang sah ia boleh dianggap sebagai penceroboh.

Kegagalan memberikan pemilikan sementara tapak bina boleh dianggap sebagai satu tindakan menamatkankan kontrak oleh majikan. Oleh kerana ianya merupakan satu pecah syarat, kontraktor boleh memilih untuk menamatkan kontrak dengan memberi notis kepada majikan tentang niatnya untuk menamatkan kontrak tersebut. Ini dinyatakan dalam kes : TAN HOCK CHAN v KHO TECK SENG (1980) 1 MLJ 308

2. Mendapatkan kelulusan undang-undang

Sebelum sesuatu projek itu dijalankan majikan perlu mendapatkan kelulusan undang-undang yang berkaitan dengan projek pembinaan tersebut. Contohnya mendapatkan kelulusan dari pihak yang berkuasa seperti Majlis Pembandaran tentang perancangan projek yang bakal dilaksanakan.

3. Memberikan kerjasama

Majikan perlu memberikan kerjasama kepada kontraktor setelah kedua-duanya bersetuju untuk menjalinkan kontrak. Ini untuk membolehkan kontraktor melaksana dan menyiapkan kerja dalam masa yang ditentukan dibawah kontrak yang ditandatangani.

Kes : FREEMAN v HENSLER (1900) hbc, 4th. Edition

4. Menyediakan atau membekalkan segala butir-butir berkaitan projek

Pihak majikan perlu menyediakan atau membekalkan kontraktor dengan segala butir-butir, lukisan-lukisan atau maklumat-maklumat penting dan arahan-arahan yang dirasakan perlu bagi memudahkan pihak kontraktor memahami kehendak majikan. Selalunya pihak majikan memindahkan kehendak-kehendaknya dalam bentuk lukisan yang disediakan oleh pihak arkitek atau jurutera. Pihak-pihak tersebut dilantik oleh majikan sebagai wakil daripadanya.

(5)

5. Sebagai Pengurus Projek

Sekiranya majikan tersebut merupakan satu pertubuhan yang besar, biasanya ia akan melantik seorang wakil untuk menguruskan projek berkenaan. Wakil tersebut terdiri daripada kalangan eksekutif teknikal yang berpengalaman untuk bertindak sebagai wakil majikan. Segala urusan pengurusan projek akan dikendalikan oleh pengurus projek tersebut.

6. Tidak menghalang kerja kontraktor

Seorang majikan sepatutnya tidak menghalang sebarang kerja yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor melainkan kerja-kerja tersebut tidak mengikut kontrak atau melanggar kontrak yang telah ditandatangani. Contohnya majikan tidak boleh memberikan sebarang arahan perubahan sewenang-wenangnya kepada kontraktor yang dirasakan arahan tersebut tidak termasuk dalam syarat-syarat kontrak Sekiranya majikan ingin mengeluarkan arahan atau apa-apa yang dirasakan perlu kontraktor lakukan di tapak, ianya terlebih dahulu berbincang dan mendapatkan persetujuan dari arkitek kerana segala hal yang berkaitan dengan tapak bina hendaklah dirujuk dahulu dengan arkitek yang telah dilantik sebagai wakil kepada pihak majikan.Sekiranya untuk projek kerajaan ianya merujuk kepada Pegawai penguasa yang dilantik sebagai wakil pihak majikan di tapak bina.

7. Waranti tersirat

Kadang-kala terdapatnya situasi yang menyebabkan majikan perlu menanggung risiko apabila mendapati projek yang hendak dilaksanakan mengandungi kesilapan yang tidak di duga dan memerlukan kos yang lebih untuk melaksanakannya. Walaupun fakta atau maklumat mengenai tender dibekalkan oleh majikan, ini tidak bermakna segala fakta yang diberikan adalah tepat dan majikan sepatutnya menanggung risiko dan waranti yang disiratkan.

Kes : BACAL CNN (MIDLANDS) LTD v NORTHAMTON DEVELOPMENT CORPORATION (1975) 8 BLR 88

Huraian kes : Kontraktor mengambil tender untuk mereka dan membina 6 blok rumah, dibawah arahan untuk reka asas dalam hipotesis yang tertentu mengikut keupayaan tanah. Hipotesis ini yang mana asasnya adalah boreholes data didapati tidak tepat.

Penyelesian : Dalam keadaan ini sepatutnya majikan perlulah mengambil waranti untuk keadaan tanah yang dilakukan hipotesis itu.

8. Salah nyata

Salah nyata berlaku apabila pihak majikan memberikan maklumat yang salah atau tidak benar kepada pihak kontraktor. Apabila berlakunya penyembunyian maklumat ini majikan boleh dipersalahkan dan

(6)

dipertanggungjawabkan sekiranya terdapat masalah dalam mengendalikan kerja tersebut.

Kes : S. PEARSON AND SON LTD v DUBLIN CORPORATION (1907) AC 351

Huraian kes: Jurutera menandakan dalam lukisannya posisi dinding dimana Jurutera tersebut mengetahui bahawa itu adalah satu kesalahan. Terdapat fasal yang memperuntukkan kesan kepada kontraktor yang mana tidak semestinya bergantung kepada apa-apa gambaran yang diberi dalam pelan, tetapi ianya mesti memuaskan dirinya seperti aras, dimensi dan kerja-kerja perobohan. Kontraktor mendapati bahawa lukisan jurutera adalah merupakan satu penipuan.

Keputusan : Tuntutan bagi pihak kontraktor tidak boleh melindungi majikan kerana ianya bersabit dengan kesalahan sikap.

HAK-HAK MAJIKAN

1. Mengambil atau menolak sebarang atau mana-mana kontraktor yang tidak mematuhi syarat-syarat berkontrak.

Majikan boleh mengambil atau menolak sebarang atau mana-mana kontraktor yang dirasakan tidak mematuhi syarat-syarat kontrak contohnya seorang kontraktor telah diarahkan untuk membuka kembali kerja-kerja tertutup untuk pemeriksaan tetapi kontraktor enggan berbuat demikian. Ini menunjukkan kontraktor telah melanggari syarat-syarat kontrak. Majikan berhak menamatkan kerjanya dengan mengambil kontraktor lain untuk menyelesaikan kerja tersebut dengan bayaran yang di tanggung oleh kontraktor terdahulu.

2. Bahan dan Barang tak pasang

Segala bentuk bahan-bahan dan barang-barang yang tak pasang ditapak bina bagi tujuan kerja tidak boleh dipindahkan melainkan atas urusan kerja. Jika bahan dan barang tak pasang tersebut telah termasuk dalam perakuan untuk bayaran kontraktor maka bahan-bahan dan barang-barang itu adalah menjadi milik majikan. Oleh itu bahan-bahan dan barang-barang tersebut perlulah dijaga oleh kontraktor dari sebarang kerosakan atau kehilangan di tapak bina seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak PAM Fasal 14.

Namun begitu jika seorang kontraktor telah membeli bahan atau barang dari pihak pembekal yang mana bayarannya tidak dijelaskan sepenuhnya. Barang atau bahan tersebut pula telah digunakan dalam kerja-kerja tapak bina, kontraktor pula mengalami kebankrapan sebelum bayaran penuh dapat di laksanakan. Bahan atau barang tersebut tetap menjadi hak milik majikan dan pihak majikan juga terpaksa menjelaskan semua hutang-hutang yang

(7)

ditingalkan oleh kontaktor kepada pembekal tersebut. Ini bolehlah dirujuk dalam ‘Retantion of Title’ atau fasal Romalpa dan dinyatakan dalam

Kes : DAWBER WILLIAMSON ROOFING LTD v HUMBERSIDE COUNTRY COUNCIL (1979)

Fakta kes : Bahan yang dibeli dari pembekal walaupun dibayar secara ansuran merupakan milik majikan.

Huraian kes : Majikan tidak berpuas hati dengan kualiti bahan yang digunakan dan menyuruh kontraktor menanggalkan semula kerja tersebut. Kontraktor menyerahkan urusan pembayaran kepada subkontraktor tetapi tidak menjelaskan sepenuhnya.

Penyelesaian : Walaupun bahan tersebut masih tidak dibayar sepenuhnya ianya masih milik majikan dan majikan perlu menjelaskan kesemua baki hutang yang tinggal kepada pembekal.

3. Barang-barang antik

Majikan mempunyai hak yang mutlak terhadap segala fosil, duit syiling dan barang berharga atau barang antik yang dijumpai di dalam tapak bina atau semasa kerja-kerja pengorekan kawasan tapak bina seperti yang dinyatakan dalam fasal 33 Borang Kontrak PAM.

4. Meletakkan pelatih di tapak bina

Sekiranya terdapat program latihan ditapak bina, majikan berhak meletakkan pelatihnya bagi dalam jangka masa yang diingini. Ini adalah merujuk didalam Fasal 16 (a) Borang Kontrak Setara JKR 203A. Kontraktor pula perlulah menerima pelatih tersebut dan melatih mereka mengikut kehendak dan yang diperuntukkan oleh Kerajaan.

5. Tiada sebarang tuntutan keatas majikan

Semasa penamatan subkontrak, tidak ada apa-apa tuntutan yang boleh dibuat pada majikan oleh kontraktor atau subkontraktor.

6. Pemilikan separa bangunan yang telah siap

Majikan boleh mengambil bangunan atau bahagian yang telah siap tanpa dirancang dengan awal seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak PAM Fasal 16. Namun begitu kontraktor tidak bertanggungjawab (tidak boleh dipaksa) untuk menyiapkan bahagian yang hendak diambil itu.

Walaubagaimanapun majikan boleh mengambil milikan sesuatu bahagian atau seksyen sebelum Perakuan Siap Kerja dikeluarkan untuk seluruh kerja yang dibuat dengan syarat mendapat persetujuan kontraktor. Oleh itu, kontraktor mempunyai budibicara samada untuk bersetuju atau

(8)

tidak. Bahagian yang diambil milikan oleh majikan itu dipanggil sebagai "the relevant part"

7. Penamatan pekerja

Merujuk kepada Borang Kontrak PAM Fasal 25 (2), majikan boleh menamatkan kerja kontraktor secara automatik sekiranya berlaku perkara-

1. Kontraktor Bankrup.

2. Kontraktor menghadapi perintah penggulungan dengan syarikatnya. 3. Menghadapi prestasi kerja yang teruk atau telah lari dari perancangan atau lembab.

Namun begitu, kontraktor boleh diambil bekerja semula sekiranya terdapat perjanjian antara majikan dengan likuidator.

PIHAK PERUNDING

Didalam sesuatu projek pembangunan penglibatan pihak perunding adakah sangat penting untuk memastikan objektif pihak klien dapat dipenuhi sepenuhnya. Antara perunding yang biasanya terlibat didalam sesuatu projek pembinaan adalah seperti pihak Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan dan Juruukur Tanah. Pihak perunding ini secara amnya mempunyai hak yang sama tetapi mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Antara hak pihak perunding terhadap majikan adalah seperti berikut:

HAK-HAK PERUNDING.

1. Mendapatkan bayaran yang daripada pihak majikan.

Oleh kerana pihak perunding ini adalah merupakan golongan profesional maka dengan ini majikan adalah perlu untuk membayar segala khidmat perunding dengan kadar yang telah ditetapkan. Bayaran yang ditetapkan oleh pihak perunding ini adalah berbeza-beza antara satu sama yang lain. Oleh itu pihak perunding dengan ini adalah berhak untuk membuat tuntutan kepada pihak majikan jika mereka gagal untuk membuat pembayaran.

2. Menjadi wakil kepada pihak majikan.

Selain itu juga pihak perunding juga adalah mempunyai hak untuk mewakili pihak majikan dalam membuat keputusan bagi pihak majikan. Dengan itu pihak kontraktor dalah dengan ini perlu mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak perunding ini.

(9)

Pihak perunding juga dengan ini adalah berhak untuk memberikan nasihat sacara teknikal kepada pihak majikan. Ini adalah bertepatan dengan objektif perlantikan pihak perunding iaitu untuk menjayakan prsjek pembangunan ini dengan sebaiknya. Dengan memberikan khidmat nasihat kepada pihak majikan maka dengan ini pihak majikan akan dapat gambaran tentang projek yang akan dijalankan. Contohnya daripada melalui kajian kemungkinan yanng telah dilakukan maka pihak Juruukur Bahan telah memmberikan nasihatnya bahawa projek itu sangat sesuai dengan lokasi yang dipilih keran sebab-sebab yang tertentu. Oleh itu pihak majikan akan dapat mengetahui sedikit sebanyak gambaran tentang projek yang bakal dibangunkan olehnya kelak.

TANGGUNGJAWAB PERUNDING.

Berikut adalah pula senarai pihak perunding yang biasanya terlibat didalam proses pembangunan serta tanggungjawabnya:

Arkitek

Arkitek adalah merupakan profesional yang banyak memainkan peranan terpenting didalam sesuatu projek pembinaan. Ini adalah disebabkan oleh peranannya iaitu menyediakan rekabentuk dengan memuaskan kehendak klien. Walaubagaimanapun, tanpa bantuan dari pihak-pihak seperti Jurutera adalah mustahil proses rekabentuk yang dilakukan oleh pihak Arkitek ini akan mencapai kejayaan. Oleh itu antara kepentingan dan tanggungjawab Arkitek didalam proses pembangunan sesuatu projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan rekabentuk.

Pihak Arkitek adalah merupakan prosesional yang bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan secara keseluruhan dengan dibantu dengan pihak Jurutera. Diperingkat ini pihak Arkitek akan menyediakan rekabentuk awalan, rekabentuk sekim dan rekabentuk terperinci. Disperingkat ini pihak Arkitek adalah dengan ini bertanggungjawab untuk merekabentuk bangunan dengan mengikut kehendak atau memuaskan hati majikan.

2. Pentadbir kontrak

Didalam kebanyakan projek-projek swasta yang menggunakan Borang Kontrak Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) 69 Arkitek adalah merupakan ejen kepada pihak majikan atau pentadbir kontrak didalam sesebuah projek. Dengan itu Arkitek adalah bertanggungjawab didalam mengawasi perjalanan projek supaya berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan yang boleh menyebabkan kelewatan didalam proses penyiapannya. Pihak Arkitek juga adalah bertanggungjawab untuk membuat apa-apa arahan yang perlu untuk memastikan perjalan projek adalah teratur.

(10)

Oleh kerana Arkitek berperanan sebagai Pentadbir Kontrak bagi projek maka maka pihak arkitek adalah berhak untuk mengeluarkan apa arahan yang berkaitan dengan bidang kuasanya didalam kontak. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh di dalam fasal 2 (2) PAM 69. Oleh itu pihak Kontraktor juga mempunyai hak untuk mempertikaikan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek jika didapati bahawa arahan yang dikeluarkan itu adalah bukan didalam bidang kuasa Arkitek seperti yang dinyatakan didalam fasal 2(2) PAM 69.

Namun begitu arahan yang diberikan oleh Arkitek ini mestilah dikeluarkan secara bertulis kepada pihak kontraktor. Selain itu juga arahan yang dikeluarkan itu juga mestilah dinyatakan dengan jelas. Merujuk kepada kes Holland Hannen & Cubbit (Northen) Ltd. Vs Welsh Health Technical Services Organitation (1981) 18 BLR 80. Didalam kes ini pihak Arkitek telah membuat komen tentang mutu kerja, tingkap yang telah dipasang oleh pihak sub-kontraktor. Mahkamah memutuskan bahawa tiada arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek kepada pihak Kontraktor kerana pihak Arkitek hanya membuat komen tentang mutu kerja pihak sub-kontraktor tanpa menyatakan arahannya untuk mengalihkan kerja terbabit dan menggantinya dengan bahan yang lain.

4. Menyerahkan segala lukisan dan pelan.

Didalam proses pembinaan lukisan dan pelan pembinaan adalah merupakan perkara yang penting untuk tujuan kerja-kerja untuk melakukan kerja-kerja pembinaan. Oleh itu pihak Arkitek juga perlulah mengeluarkan lukisan atau pelan pembinaan kepada pihak kontaktor bagi tujuan pembinaan. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa projek dapat berjalan dengan lancar. Jika pihak Arkitek gagal memberikan segala pelan ini dalam jangka \masa yang ditetapkan maka ini berkemungkinan akan menyebabkan kelewatan kerja kerana pihak kontraktor tidak dapat memulakan kerja kerana kelewatan menerima lukisan dan pelan pembinaan. 5. Memastikan ketepatan kerja pemancangan.

Pihak kontraktor perlu membuat kerja-kerja pemancangan tanda dengan pelan dan lukisan yang lengkap yang diserahkan oleh pihak Arkitek. Selain itu juga pihak kontraktor juga perlulah menyatakan kepada kontraktor tentang aras tanah yang dikendaki. Dengan itu adalah menjadi tanggung jawab Arkitek untuk memastikan kerja-kerja pemancangan yang telah dilakukan oleh pihak kontrantor adalah dilakukan dengan tepat. Ketepatan yang dimaskudkan ialah bangunan yang dibina itu adalah seperti yang dinyatakan ddidalam lukisan atau pelan yang diberikan seperti yang dinyatakan didalam fasal 5 PAM 69.

6. Bahan dan mutu kerja.

Adalah menjadi tanggungjawab Arkitek untuk memastikan segala bahan-bahan binaan dan mutu kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor

(11)

adalah mengikut apa yang telah dikemukakan oleh kontrak. Oleh itu jika pihak kontraktor gagal untuk menepati kehendak-kehendak seperti yang dinyatakan didalam kontrak maka pihak Arkitek adalah mempunyai hak untuk mengeluarkan arahan untuk ujian seperti ujian tertutup keatas kerja yang telah dilakkukan seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 6(3) PAM 69. Ujian tertutup adalah merupakan ujian yang dilakukan keatas kerjayang telah dilakukan oleh pihak kontraktor dimana ianya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Contohnya adalah pihak Arkitek mengesyaki bahawa pihak kontraktor telah menggunakan besi tetulang dengan saiz yang lebih kecil, oleh itu pihak Arkitek boleh membuat ujian tertutup dengan memecahkan bahagian tersebut untuk memeriksa saiz besi tersebut.

Pihak Arkitek dengan ini juga mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan untuk mengalihkan bahan-bahan dan mutu kerja yang telah didapati tidak mengikut piawaian yang telah dinyatakan oleh kontrak. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam fasal 6(4) PAM 69.

7. Pemecatan pekerja.

Pihak Arkitek juga berhak memecat pekerja yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor di tapak bina. Sebagai buruh yang diambil bekerja oleh pihak kontraktor telah melakukan kesalahan jenayah dadah disekitr tapak bina. Oleh itu pihak Arkitek dengan ini boleh memecat pekerja tersebut dengan berpandukan kepada fasal 6 (5) PAM 69. Kemudiannya adalah menjadi tanggungjawab pihak kontraktor untuk menggantikan pekerja itu dengan kadar yang segera tanpa menjejaskan program kerjanya.

8. Perubahan kerja (vo).

Kebiasaannya didalam sesuatu projek, kebiasaannya terdapat perubahan kerja samaada diminta oleh pihak klien ataupun oleh pihak kontraktor atas alasan masing-masing. Contoh perubahan kerja didalam projek pembinaan ini adalah seperti pihak majikan ingin mengubah jenis kemasan lantai daripada jenis terazzo kepada jenis marmar. Di peringkat ini juga Arkitek dan Juruukur Bahan akan menasihati pihak majikan tentang kesan kerja perubahan yang akan dibuat oleh pihak majikan terhadap jadual kerja ditapak bina dan dari segi kos samaada meningkat ataupun berkurangan.

Dengan itu pihak Arkitek perlulah mengeluarkan arahan berhubung dengan perubahan kerja yang akan dilakukan kepada pihak kontraktor seperti yang dinyatakan dalam fasal 1 (1) PAM 69. Oleh yang demikian pihak Arkitek juga perlulah menyediakan lukisan atau pelan yang bersangkutan dengan kerja-kerja perubahan yang akan dibuat. Pihak kontraktor pula perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak Arkitek ini.

9. Mengendalikan mesyuarat tapak bulanan.

Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang prestasi kerja kontraktor, Arkitek akan mempengerusikan mesyuarat tapak bulanan yang

(12)

akan dihadiri oleh perunding-perunding, kontraktor utama, sub-kontraktor. Antara perkara yang akan dibincang semasa mesyuarat tersebut adalah seperti jumlah peratusan kerja yang telah dilakukan pada bulan tersebut, jumlah bayaran yang diterima oleh pihak kontraktor bagi bulan tersebut. 10. Sijil perakuan siap kerja praktikal.

Apabila pada pendapat Arkitek kerja-kerja yang dilakukan oleh telah dianggap siap, maka pihak Arkitek bertanggungjawab dalam mengeluarkan mengeluarkan sijil perakuan siap kerja praktikal seperti yang dinyatakan didalam fasal 15 (1) PAM 69. Setelah sijil ini dikeluarkan kepada kontraktor maka tempoh liabiliti kecacatan kerja pun bermula selama 18 bulan dimana jika berlaku kerosakan terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor itu maka pihak kontraktor perlu memperbaiki segala kerosakan yang berlaku. Oleh itu setelah tamat tempoh liabiliti kecacatan kerja ini pihak Arkitek pula akan bertanggungjawab untuk mengeluarkan Jadual kecacatan kerja kepada pihak kontraktor supaya pihak kontraktor dapat memperbaiki segala kecacatan atau kerosakan yang telah disenaraikan oleh piahk Arkitek. 11. Insurans

Sebelum memulakan kerja, selalunya pihak kontraktor akan mengambil insuran untuk melindungi pihaknya serta pihak kerajaan. Oleh yang demikian adalah tanggungjawab Arkitek untuk memastikan bahawa pihak kontraktor telah mengambil semua insuran-insuran sebelum memulakan kerja ditapak bina. Antara nya ialah insuran kerja dan insuran liabiliti awam. ini adalah bertujuan untuk melindungi pihak kerajaan dan koatraktor apabila berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini. Selain itu juga pihak Arkitek juga perlulah memastikan bahawa jangka masa segala polisi insurans yang diambil oleh pihak kontraktor itu meliputi tempoh masa pembinaan atau yang dikehendaki oleh kontrak. Jika tempoh insuran itu telah luput tarikhnya maka pihak Arkitek juga dengan ini perlulah memastikan pihak kontraktor memperbaharui polisi insuran tersebut.

Jurutera.

Secara amnya di dalam sesuatu projek pembangunan jurutera juga mempunyai peranan yang tersendiri didalam menjayakan sesuatu projek pembinaan tersebut. Antara Jurutera yang terlibat ialah:

Jurutera Awam. Jurutera Mekanikal. Jurutera Elektrik.

Jurutera Awam.

Jurutera Awam juga adalah merupakan profesional yang tidak kurang pentingnya dengan kemahiran yang dimilikinya. Oleh itu, kepakarannya didalam bidangnya mestilah diambil kira untuk menjayakan projek

(13)

pembinaan. Jurutera Awam ini juga boleh dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu:

Jurutera Awam (struktur) Jurutera Awam (Bekalan Air) Jurutera Awam (Jalan)

Oleh kerana kepakaran mereka adalah berbeza antara satu sama lain namun ianya adalah berhubung kait dengan kerja-kerja yang akan dilakukan didalam sesuatu projek pembinaan. Antara tugas-tugas dan kepentingan Jurutera Awam ini adalah seperti berikut:

1. Membuat penyiasatan tapak.

Kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu proses rekabentuk Jurutera Awam akan membuat penyiasatan tapak di tapak bina yang dicadangkan itu. Antara aktiviti yang dijalankan semasa penyiasatan tapak ialah mengkaji sifat-sifat tanah seperti kelembapan tanah, kekuatan tanah dan jenis tanah. Dengan adanya proses penyiasatan tapak ini maka kaedah pembinaan bagi projek ini dapat ditentukan. Selain itu juga dengan adanya maklumat mengenai tapak bina berkenaan maka ianya akan membantu Jurutera Awam dalam membuat proses rekabentuk.

2. Merekabentuk struktur bangunan.

Jurutera Awam akan membuat rekabentuk struktur bagi bangunan yang akan dibina. Diperingkat ini Jurutera Awam perlulah memastikan yang rekabentuk yang dibuat adalah benar-benar selamat kepada pengguna bangunan tersebut. Rekabentuk yang digunakankan juga hendaklah ekonomi dan mempunyai tahap keselamatan yang baik. Selain itu juga adalah menjadi tanggungjawab pihak Jurutera Awam untuk memastikan bahawa kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor adalah seperti yang telah dinyatakan didalam lukisan kontrak. Jika Jurutera Awam mendapati pihak kontaktor gagal untuk memlakukan kerja tersebut seperti yang dinyatakan didalam lukisan kontrak maka pihak Arkitek berhak untuk mengeluarkan arahan untuk melakukan ujian terhadap kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor.

3. Merekabentuk sistem bekalan air.

Selain melakukan rekabentuk bagi kerja-kerja struktur bangunan, Jurutera Awam juga berperanan dalam merekabentuk sistem bekalan air yang akan digunakan bagi bangunan yang akan dibina. Rekabentuk tersebut juga mestilah bersesuaian dengan fungsi serta jumlah penghuni yang akan mengunakan bangunan itu. Dengan itu juga Jurutera Awam perlulah merekabentuk sistem bekalan air ini dengan mengutamakan faktor keselesean kepada penguna bangunan tersebut.

4. Menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja perubahan.

Jika berlakunya kerja-kerja perubahan didalam kerja-kerja yang berkaitan dengan Jurutera Awam maka pihaknya akan membuat satu

(14)

rekabentuk yang baru bagi tujuan perubahan kerja tersebut. Sebagai contoh kebanyakan ujian beban yang dilakukan oleh pihak kontraktor kepada cerucuk telah didapati gagal. Dengan itu pihak Jurutera Awam telah mengambil keputusan untuk membesarkan saiz tukup curucuk (pile cap) tersebut. Dengan itu penukaran saiz punukup cerucuk (Pile cap) tersebut adalah dianggap sebagai perubahan kerja.

5. Mengawasi ujian yang dilakukan oleh kontraktor.

Didalam proses pembangunan projek terdapat pelbagai ujian yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor tentang bahan binaan dan mutu kerja yang dihasilkan. Oleh itu untuk mengelakkan daripada ketidak jujuran kontraktor dalam melakukan ujian tersebut pihak Jurutera Awam akan mengawasi segala ujian yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor dari masa kesemasa. Melalui cara ini ianya bukan sahaja akan memberikan keadilan kepada kedua-dua belah bahkan akan memastikan segala keputusan ujian yang dilakukan adalah tepat.

Jurutera Mekanikal.

Didalam proses pembinaan Jurutera Mekanikal adalah adalah bertanggungjawab didalam kerja-kerja pakar yang dilakukan oleh pihak sub-kontraktor dinamakan. Antara kerja-kerja pakar yang berada dibawah pengawasan Jurutera Mekanikal adalah seperti berikut:

Pemasangan sistem pendingin hawa. Pemasangan alat pencegah kebakaran. Pemasangan lift.

Pemasangan eskelator.

Sistem pengudaraan bangunan.

Oleh itu tanggungjawab Jurutera Mekanikal didalam proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan rekabentuk.

Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan mekanikal seperti yang dinyatakan sebelum ini pihak Jurutera Mekanikal adalah bertanggungjawab dalam menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja berkenaan. Selain itu juga Jurutera Mekanikal juga perlu memastikan bahawa sistem yang dipilih adalah bersesuaian dengan fungsi bangunan tersebut. Contohnya bagi sistem penghawa dingin bagi kegunaan pejabat hendaklah tidak sama dengan sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah. Ianya juga henndaklah sesuai dengan jumlah pengguna yang akan menggunakan bangunan. tersebut serta memberikan keselesaan yang maksimum.

2. Menyediakan senarai kuantiti.

Setelah selesai kerja-kerja penyediaan rekabentuk maka pihak Jurutera Mekanikal adalah dengan ini bertanggungjawab untuk menyediakan senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak

(15)

sub-kontraktor. Dengan ini ianya akan dapat memberikan jumlah sebenar bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan. Selain itu juga pihak Jurutera Mekanikal juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutann dengan mekanikal.

3. Bahan dan mutu kerja.

Pihak Jurutera Mekanikal juga dengan ini juga perlulah memastikan yang bahan dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah menngikut kehendak kontrak seperti yang dinyatakan didalam fasal 6 PAM 69. Jika Jurutera Mekanikal mendapati pihak sub-kontraktor gagal untuk berbuat demikian maka hal ini hendaklah dimaklumkan kepada Arkitek untuk tindakan yang selanjutnnya.

4. Ujian.

Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka pihak Jurutera Mekanikal bertanggungjawab mengawasi ujian keatas kerja yang telah dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Diperingkat ini pihak Jurutera Mekanikal adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan.

Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Contohnya dengan adanya kerja ujian ini maka dapatlah diketahui tahap keselamatan bagi kegunaan lift yang telah dipasang. Ini adalah berbagi memastikan pengguna dapat menggunakan alatan tersebut dengan selamat.

5. Penilaian kerja

Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Mekanikal akan dilakukan oleh pihak Jurutera Mekanikal sendiri. Penilaian kerja ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan kerja bagi pihak sub- kontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh kontraktor utama untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak.

6. Merekabentuk perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja mekanikal seperti ingin penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak Jurutera Mekanikal adalah dengan ini akan megeluarkan satu rekabenntuk yang baru untuk kerja perubahan tersebut.

Selain itu juga pihak Jurutera Mekanikal juga perlulah meyerahkan rekabentuk perubahan kerja itu didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.

(16)

Jurutera Elektrikal.

Antara tanggungjawab pihak Jurutera Elektrik adalah seperti berikut: 1. Menyediakan rekabentuk.

Bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan elektrik seperti kerja pemasangan pendawaian bangunan adalah menjadi tanggujawab pihak Jurutera Elektrik untuk menyediakan rekabentuk bagi kerja-kerja tersebut. Dengan kepakaran yang ada, Jurutera Elektrik akan menyediakan satu rekabentuk yang bersesuaian dengan kegunaan bangunan seperti mana yang dilakukan oleh pihak Jurutera Mekanikal. Contohnya bagi sistem pendawaian elektrik bagi kegunaan pejabat semestinya berbeza dengan sistem bagi sesebuah kompleks membeli belah serta dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada penguna bangunan tersebut.

2. Menyediakan senarai kuantiti.

Selain menyediakan rekabentuk, pihak Jurutera Elektrik juga adalah dengan ini adalah bertanggungjawab bagi penyediaan senarai kuantiti bagi kerja-kerja pakar yang akan dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan adanya senarai kuantiti ini jumlah kos kerja-kerja pakar akan diperolehi. Selain itu juga pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab untuk menyediakan dokumen kontrak bagi kerja-kerja yang bersangkutan dengan elektrik.

3. Bahan dan mutu kerja.

Pihak Jurutera Elektrik juga adalah bertanggungjawab didalam memastikan yang bahan dan mutu kerja bagi kerja-kerja pakar ini adalah adalah mengikut kehendak kontrak seperti yang dinyatakan didalam fasal 6 PAM 69. Jika didapati pihak sub-kontraktor gagal untuk berbuat demikian maka Jurutera Elektrik hendaklah memaklumkan kepada Arkitek untuk tindakan yang selanjutnnya.

4. Ujian.

Setelah pihak sub-kontraktor menyelesaikan kerja-kerjanya, maka pihak Jurutera Elektrik dengan ini akan mengawasi segala ujian keatas kerja yang telah dilakukan oleh pihak sub-kontraktor. Dengan ini Jurutera Elektrik adalah bertanggungjawab untuk memastikan segala ujian yang dilakukan mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan.

Dengan ujian yang diadakan maka ianya secara langsung dapat memastikan tahap keselamatan bagi sesuatu kerja yang telah dilakukan. Dengan itu pengguna dapat menggunakan kemudahan tersubut dengan selamat dan mendapat keselesaan yang maksimum.

(17)

5. Penilaian kerja.

Di Malaysia penilaian kerja keatas kerja-kerja Elektrikal juga akan dilakukan oleh pihak Jurutera Elektrikal sendiri. Tujuan penilaian kerja ini dilakukan adalah untuk mengetahui jumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak sub-kontraktor dan untuk mengetahui kemajuan kerja bagi pihak sub- kontraktor. Setelah itu, jumlah penilaian kerja yang tersebut akan diserahkan kepada Juruukur Bahan untuk dijumlahkan dengan kerja yang dilakukan oleh kontraktor utama untuk mengetahui kemajuan kerja sebenar di tapak.

6. Merekabentuk perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja didalam kerja-kerja elektrik seperti ingin penukaran sistem yang akan digunakan kepada sesuatu sistem yang lain, maka pihak Jurutera Elektrik juga adalah dengan ini akan mengeluarkan satu rekabenntuk yang baru bagi kerja perubahan tersebut.

Selain itu penyerahan rekabentuk perubahan kerja itu hendaklah dilakukan didalam jangkamasa yang telah ditetapkan supaya ianya tidak menjejaskan kerja sub-kontraktor serta mengelakkan kelewatan kerja.jika berlaku kelewatan maka iannya akan meningkatkan kos kerana

Juruukur Bahan.

Didalam memastikan kos projek tidak melebihi budget yang ditetapkan oleh pihak majikan, Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan hal ini. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dari awal hinggalah keperingkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastukan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki. Oleh itu hak dan tanggungjawab pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.

(18)

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuanntiti dimana ketepatan dalam melakukan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Diperingkat ini juga pihak Juruukur Bahan bertanggungjawab untuk menjualkan dokumen kontrak serta menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.

Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangkawaktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahan hendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, piahk Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewanag mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan dan Arkitek akan mengesyorkan kepada majikkan kontraktor yang diaggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja tersebut. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan. Diperingkat ini Juruukur Bahan dan Arkitek hanya bberhak untuk mengesyorkkan kepada majikan. 4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Doke\umen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja piihak konttraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam fasal 19 dan 20 PAM 69. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuuran yang taelah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah. Dengan itu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak

(19)

syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh piahk kontraktor adalah dari syarikat yang diibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juja perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangkawaktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance co [1925AC619 dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.

6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja-kerja-kerja penilaian kerja-kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor. Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam fasal 30 PAM 69.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam fasal 11 PAM 69.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Arkitek seperti yang dinyatakan dalam fasal 24 PAM 69, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain

(20)

itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam fasal 23 PAM 69. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kntraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja (iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada), maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Juruukur Tanah.

Kebiasaannya peranan Juruukur Tanah didalam sesuatu projek pembangunan ini hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur Tanah ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding yang lain. Antara tanggungjawab pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut: 1. Membuat penandaan sempadan.

Adalah menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan, mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk menentukan kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan dibina adalah didalam kawasan pihak majikan.

Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek sedang berlangsung kelak.

(21)

Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang akan dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada Juruukur Bahan untuk menetukan kos anggaran yang akan digunakan bagi kerja-kerja tanah yang akan dilakukan.

KONTRAKTOR

PENGENALAN DEFINISI

Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen atau pihak utama yang bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan.

Segala kerja pembinaan yang dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan kontraktor akan mendapat balasan atau keuntungan yang berbentuk bayaran daripada pihak majikan atau gunawan. Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagai balasan terhadap perkhidmatan kontraktor dan ia telah ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pihak kontraktor dan pihak gunawan.

Perjanjian akan wujud dengan syarat-syarat tertentu antara pihak kontraktor dan gunawan serta beberapa pihak lain yang terlibat yang mana kemudiannya perjanjian ini akan membentuk satu dokumen kontrak. Sepanjang proses pembinaan ini dijalankan dokumen kontrak ini merupakan asas yang menjadi rujukan kepada sebarang masalah yang timbul baik dipihak kontraktor ataupun pihak-pihak lain yang terlibat.

JENIS-JENIS KONTRAKTOR

Secara umumnya kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu :

Kontraktor utama (main contractor)

Domestik subkontraktor (domestic subcontractor) Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama bagi melaksanakan projek pembinaan supaya berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa sebagaimana yang telah diperuntukan dalam dokumen kontrak untuk pambinaan tersebut. Setiap jenis kontraktor tersebut telah diperuntukan syarat-syarat tertentu dalam perlaksanaan kerja serta kontrak yang telah

(22)

ditandatangani. Segala peruntukan syarat-syarat ini telah jelas dinyatakan dalam sesuatu dokumen kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor dan pihak gunawan.

1. Kontraktor Utama (main contractor)

Kontraktor utama merupakan seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama ini akan menandatangani kontrak antara pihak kontraktor dan pihak gunawan atau majikan. Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek pembinaan sehingga selesai sebagaimana yang terkandung dalam dokumen kontrak. Kontraktor utama akan melaksanakan proses pembinaan ini samada dengan menggunakan tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil subkantraktor ataupun kedua-duanya sekali.

2. Domestik kontraktor (domestic contractor)

Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Domestik kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu :

i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja subkontrak.

ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan.

iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh untuk melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa mahir dan kurang mahir.

3. Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang dilantik oleh pihak gunawan. Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran masing-masing. Subkontraktor dinamakan ini biasanya melakukan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta perkhidmatan bangunan seperti :

Sistem bekalan air Sistem hawa dingin Lif dan Eskulator

Sistem pencegah kebakaran Sistem pemasangan elektrik

(23)

Secara umumnya hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak ini akan berlandaskan kepada kontrak yang telah dipersetujui antara kedua dua pihak. Syarat-syarat kontrak yang terlibat ialah kontrak kerja subkontrak yang dibuat diantara kontraktor utama dan subkontraktor disamping kontrak utama.yang terbentuk antara kontraktor utama dan majikan.Syarat- syarat kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor utama dan subkontraktor ialah seperti subkontraktor akan melaksanakan semua kerja berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat semua bayaran yang berkaitan dengan insuran dan wang tahanan, mengemukakanl mengambil pekerja yang komprehensif dan syarat-syarat tambahan yang lain jika terdapat peruntukan tersebut antara pihak kontraktor utama dan sub kontraktor.

Selain dari peruntukan syarat-syarat kontrak tersebut kedua- dua pihak juga perlu mematuhi common low dan statut (peruntukan oleh kerajaan persekutuan, negeri, tempatan).Peruntukan dibawah commmon low ialah seperti undang-undang tort contohnya kacau ganggu, manakala statut pula ialah peruntukan atau akta-akta tertentu untuk sesuatu perkara contohnya akta keselamatan sosial pekerja 1969.Dalam industri binaan jika sesuatu projek berkenaan adalah kepunyaan kerajaan maka ianya tertakluk kepada peruntukan common law dan statut manakala jika projek tersebut dibawah hak milik pihak persendirian maka ianya hanya tertakluk kepada statut sahaja. Ini telah dinyatakan dalam Borang kontrak PAM Fasal 18(1).

Hak dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dan sepatutnya dilaksanakan adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang ditandatangani atau dipersetujui oleh semua pihak.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR TERHADAP KONTRAKTOR UTAMA

Dalam borang PAM Fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab subkontraktor ialah Fasal 27(a-g). Dalam Fasal 27(a)(i-xi) ini telah memperuntukan hak-hak dan tangungjawab bagi pihak subkontraktor.

HAK SUBKONTRAKTOR

Subkontraktor mempunyai hak tertentu apabila ia menandatangani kontrak dengan kontraktor utama di bawah peruntukan yang dinyatakan sebelum ini. Diantara hak yang biasa wujud didalam sesuatu kontrak ialah: 1. Mendapat kemudahan dalam melaksanakan kerja subkontrak Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapat kemudahan melaksanakan kerja subkontrak dari kontraktor utama. Kemudahan ini termasuklah kemudahan peralatan dan pengurusan. Kemudahan peralatan

(24)

ialah kemudahan menggunakan kelengkapan kontraktor utama untuk melaksanakan kerja subkontrak, manakala kemudahan pengurusan pula ialah berbentuk kemudahan untuk mendapatkan lukisan- lukisan kerja subkontrak, khidmat penyeliaan tapak, pejabat tapak dan sebagainya. Jika subkontrak kerja keseluruhan digunakan maka hak untuk mendapatkan kemudahan hanya terhad kepada penggunaan akses jalan, peranca dan bekalan elektrik serta air. Manakala mempunyai hak yang lebih luas. Hak mendapat bahan dan peralatan yang sesuai serta kemudahan pengurusan perlu diberi oleh kontraktor utama.

Subkontraktor mempunyai hak yang sama dikalngan mereka. Jika berlaku ketidakadilan sehingga mengganggu perjlanan kerja subkontrak mereka boleh mengadu kepada kontraktor utama untuk kemudahan yang lebuh baik. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak dapat mengambil tindakan dari segi kontrak kerana tiada peruntukan yang khusus. Ia hanya berlandaskan kepada perikemanusiaan dan amalan yang biasa di jalankan oleh ahli ikhtisas.

2. Mendapatkan bayaran

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran bagi kerja subkontrak yang telah dilaksanakan. Bayaran tersebut adalah merangkumi :

1. Bayaran interim

2. Bayaran tambahan didalam perubahan kerja subkontrak

3. Bayaran kerugian yang disebabkan oleh tindakan kontraktor utama Kelulusan pembayaran ini akan tertakluk kepada kerja subkontrak yang dilaksanakan. Jika tidak memenuhi syarat kontrak maka subkontrak tidak layak menerima bayaran. Hak yang terlibat berkenaan dengan bayaran ini ialah:

1. Jumlah yang sewajarnya 2. Tempoh sesuatu pembayaran

3. Kaedah bayaran oleh kontraktor utama

Faktor-faktor ini perlu diambil dan dipertimbangkan oleh kontraktor dengan adil. Mengikut amalan biasa bayaran akan dibuat apabila subkontraktor menghantar satu tuntutan balik.

Hak subkontraktor untuk mendapatkan bayaran ini telah dinyatakan dengan jelas dalam Borang PAM Fasal 27(a)(vii), (b), (c).

Kes-kes yang menjadi rujukan berkenaan dengan fasal 27 (c) ialah: 1. Gilbert- Ash (Northern) Ltd V Modern Engineering (Bristol) Ltd [1973] 3 All ER 195

2. Morttam Consultant Ltd V Bernard Sunley & Sons Ltd [1975] 3. LIR 197

(25)

3. Menagguhkan perlaksanaan kerja subkontrak

Subkontraktor juga mempunyai hak untuk menagguhkan kerja subkontrak yang tidak mengikut kontrak asal. Diantara sebab-sebabnya ialah kegagalan kontraktor utama membayar kerja subkontrak bagi subkontraktor yang terlibat.Walaupun dalam PAM Fasal 27 (c) telah dinyatakan bahawa jika kontraktor utama gagal membuat pembayaran terus kepada subkontraktor, arkitak akan membuat pembayaran terus, tetapi ini mungkin akan mendatangkan masalah kepada subkontraktor seperti masalah kewangan. Oleh sebab itu subkontraktor yang terlibat berhak untuk menangguhkan kerja buat sementara waktu sehingga selesai masalah yang dihadapi, mengikut persetujuan pihak yang majikan serta pihak-pihak lain yang bertanggungjawab keatas projek pembinaan yang dijalankan.

4. Mendapatkan Lanjutan Masa

Lanjutan masa juga boleh diperolehi oleh subkontraktor jika ia berpunca dari sebab-sebab yang munasabah contohnya kejadian bencana alam seperti banjir atau hujan yang tidak berhenti yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan tidak boleh dijalankan. Selain dari itu lanjutan masa juga boleh diberi kepada subkontraktor yang mana kesilapan atau masalah yang menyebabkan kelewatan itu berpunca daripada kontraktor utama contohnya tiada bekalan bahan binaan yang mencukupi dari pembekal bahan binaan yang telah diberi tugas untuk membekalkan bahan-bahan binaan tempatan. Pada kebiasaannya lanjutan masa ini diperolehi jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti yang terdapat dalam peruntukan kontrak utama sebagaimana yang telah dinyatakan diatas.

Dalam Borang PAM peruntukan berkenaan dengan lanjutan masa yang menjadi hak kepada subkontraktor telah dinyatakan dengan jelas dalam Fasal 27 (a)(v dan vi) dan (d)(i) manakala fasal 27 (d)(ii) pula memperuntukan apabila timbulnya masalah dari pihak subkontraktor setelah mendapatkan lanjutan masa.

Kes yang berkaitan dengan lanjutan masa ini ialah kes Percy Bilton Ltd V Greater London Council (1982) 20 BLR 1

TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR

Subkontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah diberi sepertimana yang telah dijanjikan dalam peruntukan syarat-syarat kontrak antara pihak kontraktor utama dan pihak subkontraktor. Dalam PAM Fasal (1) telah diperuntukan tanggungjawab kontraktor dimana kontraktor itu perlu menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga

(26)

memuaskan hati pihak majikan. Tetapi bagi pihak subkontraktor pula mereka harus menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak kontraktor utama sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Fasal 27 (a)(iii) yang mana pihak kontraktor utama harus dipertanggungjawabkan jika kerja yang dilakukan oleh subkontraktor tidak memuaskan hati pihak majikan. Oleh sebab itu tanggungjawab subkontraktor adalah besar dalam menjaga kepentingan kontraktor utama. Antara beberapa tanggungjawab subkontraktor yang biasa wujud dalam subkontrak ialah :

1. Pematuhan kepada nilai kuantiti

Kuantiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak yang telah ditanda tangani oleh subkontraktor. Ini kerana untuk menjamin kualiti binaan yang dibuat adalah terjamin dan selamat digunakan dengan baik dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.Dalam PAM Fasal 6 (1), (2), dan (3) telah diperuntukan dengan jelas bahawa pematuhan kepada mutu kerja dan nilai adalah amat penting Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada subkontraktor mendapat bahan dan melaksanakan kerja subkontrak dengan baik.

2. Menjaga kepentinan awam

Subkontraktor perlu sentiasa memastikan kepentingan awam tidak terjejas akibat dari kerja subkontrak yang dilaksanakannya dan ini secara tak langsung ia akan menjaga kepentingan kontraktor utama. Kepentingan ini merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan, keselesaan dan seumpamanya. Dalam hal ini subkontraktor perlu menginsurankan kerja yang akan dibuat kemudian pula perlu mengemukakan polisi insuran terhadap kontraktor utama sebagai syarat terdahulu sebelum memulakan kerja. Ini telah dinyatakan dengan jelas dalam PAMFasal (18) dan (19) serta Fasal 27 (a)(iv), yang mana menyatakan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan. Dalam PAM Fasal 20 juga telah memperuntukan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran kerja sebelum memulakan kerja pembinaan. Peruntukan dan syarat undang-undang yang berkaitan kepentingan awam perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan serta kepentingan pihak awam.

3. Menjaga Kebersihan Tapak Bina

Bahan buangan atau lebihan dari sesuatu kerja subkontrak yang dijalankan perlu dibersihkan semula oleh subkontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini dilakukan diakhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain ditapak bina.

Jika tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk melakukan obligasi itu dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut perbelanjaan yang ditanggung. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari kerja pihak lain, contohnya subkontraktor lain.

(27)

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA TERHADAP SUBKONTRAKTOR

HAK KONTRAKTOR UTAMA

1. Memeriksa kerja subkontrak

Kontraktor utama mempunyai hak untuk memeriksa kerja subkontrak yang telah dilaksanakan oleh subkontraktor. Pemeriksaan boleh dibuat pada bila-bila masa diperlukan samada diminta oleh gunawan atau tidak. Walau bagaimanapun hak ini adalah tertakluk kepada kerja subkontrak yang telah dilaksanakan sahaja. Pemeriksaan ini tidak boleh dibuat keatas kelengkapan yang digunakan. Walaupun demikian kontraktor utama boleh menasihati bagi penggunaan peralatan yang sesuai demi kepentingan kerja subkonrak berkenaan.Sekiranya pihak subkontraktor gagal melaksanakan kerja dengan baik maka pihak kontraktor utama perlu bertanggungjawab jika pihak majikan tidak puas hati. Ini juga telah dinyatakan dengan jelas dalam PAM Fasal 27(a)(iii). Oleh sebab itu kontraktor utama berhak sepenuhnya untuk memeriksa kerja yang dilakukan oleh pihak subkontraktor dibawah pengawasannya.untuk memuaskan hati pihak majikan.

2. Menolak kerja subkontrak

Kerja subkontrak yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan dari segi bahan yang digunakan, penyempurnaan terhadap penyiapannya boleh ditolak oleh kontraktor utama. Kontraktor utama berhak membuat penolakan kerana kontraktor utama yang akan bertanggunjawab keatas kerja yang dilakukan oleh subkontraktor. Penolakan ini boleh didalam bentuk keseluruhan atau sebahagian daripada kerja subkontrak yang berkenaan. Penolakan oleh kontraktor utama ini akan menyebabkan samada subkontraktor akan membuat semula kerja yang tidak memuaskan hati kontraktor tersebut atau subkontraktor akan dikategorikan tidak dapat menyiapkan kerja dengan sempurna dan PAM fasal 27 (a)(vi) akan berkuatkuasa.

3. .Menolak bayaran

Menolak bayaran ini bermaksud menolak mana-mana wang subkontraktor yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepadanya. Penolakan ini dibuat adalah dengan beberapa sebab seperti subkontraktor enggan memperbaharui insuran atau enggan menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan keatasnya yang mana ianya berkaitan dengan kontraktor utama atau pihak majikan.Pada kebiasaannya hak menolak bayaran sebahagian daripada bayaran kemajuan yang berupa wang tahanan boleh dilakukan. Kaedah penolakan ini sebenarnya dikenali sebagai set-off. Ini telah

(28)

dinyatakan didalam PAM Fasal (20) serta Fasal (19) dan(20) yang mana ianya menyentuh tentang pembaharuan insurans yang mana kaedah set-off digunakan. Walaupun demikian penolakan wang tahanan tidak boleh melebihi nilai peratusan yang diperuntukan dalam kontrak utama. Kontraktor utama juga berhak menolak sesuatu bayaran jika subkontraktor gagal memenuhi obligasinya, samada dilakukan sendiri atau oleh kotraktor utama atau pihak lain yangg diambil oleh kontraktor utama.

4. Mengambil subkontraktor lain

Hak mengambil subkontraktor lain untuk menyelesaikan kerja yang tertanggung oleh sesuatu subkontraktor boleh digunakan oleh kontraktor utama. Segala bayaran yang berkaitan boleh dipotong dari bayaran yang sepatutnya dibayar kepada subkontraktor yang pertama. Walaupun demikian ia perlulah menyatakan bahawa subkontraktor telah berlaku cuai sehingga menjejaskan kepentingan kontraktor utama dari pandangan gunawan serta pihak berkuasa yang lain.

Selain dari itu, pihak kontraktor tama juga boleh mengambil subkontraktor lain jika subkontraktor yang ada tidak mempunyai kepakaran didalam sesuatu projek yang terdapat pelbagi jenis elemen yang memerlukan kepakaran yang khusus.

5. Menamatkan kontrak

Penamatan kontrak boleh dibuat oleh kontraktor utama jika kontraktor gagal menjalankan obligasi yang sepatutnya. Penamatan ini tertakluk kepada oblogasi yang besar mengikut syarat subkontrak sahaja tetapi tidak meliputi yang kecil contohnya tidak mengikut arahan dari segi kualiti bahan dan mengikut masa yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA 1. Menyelaras Subkontraktor

Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras semua subkontraktor dibawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk memastikan perjalanan kerja subkontrak memenuhi kehendak kontrak utama dan subkontrak.

2. Menyediakan kelengkapan kerja

Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada subkontraktor terutamanya subkontraktor kerja. Kelengkapan yang disediakan mestilah mencukupi dan sesuai dengan kerja dan produktif. Selain dari itu kontraktor utama juga perlu menghubungkan subkontraktor dibawahnya dengan pihak perunding. Hal ini perlu dilakukan untuk

Referensi

Dokumen terkait

Secara keseluruhannya, kedua-dua objektif kajian yang dibuat oleh pengkaji telah tercapai iaitu mengkaji tahap tekanan kerja yang dihadapi oleh juruukur bahan

RK3K (Rencana K3 Kontrak) adalah dokumen rencana penyelenggaraan K3 Konstruksi yang dibuat oleh Kontraktor/Konsultan Pengawas dan akhirnya disetujui oleh Satuan

Praktek sehari-hari pelaksanaan outsourcing tersebut diakui lebih banyak merugikan pekerja, oleh karena hubungan kerja selalu dibuat dengan Perjanjian Kerja Waktu Tertentu

KONINDO PANORAMA KONSULTAN melakukan pengawasan pekerjaan tersebut beracuan kepada syarat teknis pekerjaan, Gambar dan kontrak kerja Kontraktor pelaksana dengan pejabat pembuat komitmen