• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUBAHAN SOSIAL SELEPAS EMPAT DEKAD IND

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERUBAHAN SOSIAL SELEPAS EMPAT DEKAD IND"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PERUBAHAN SOSIAL SELEPAS EMPAT DEKAD

INDUSTRIALISASI DI MALAYSIA: PENYERTAAN WANITA

DAN KONFLIK IDEALOGI

MUHAMMAD JEFFERY HIZWAN BIN SAID

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA (OUM)

PENGENALAN

Malaysia adalah diantara Negara di Asia Tenggara yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang

begitu pesat. Struktur ekonomi di Malaysia telah berubah secara berperingkat-peringkat bermula

dengan kebergantungan kepada pengeluaran dan eksport komuditi utama kepada perindustrian

yang lebih moden, kemahiran yang berintensif dan menggunakan teknologi moden dan canggih.

Perkembangan negara hari ini banyak di pengaruhi oleh perkembangan perindustrian yang telah

berlaku sejak selepas zaman merdeka lagi. Proses perindustrian menyebabkan banyak berlaku

perubahan sosial dalam negara seperti urbanisasi, modenisasi, migrasi dan perkembangan

teknologi.

Proses perindustrian telah menggalakkan lagi penyertaan wanita dalam stuktur ekonomi, politik

dan sosial. Menurut kajian Aminah (1999) telah mendapati kedudukan sosial kaum wanita

sebagai unit penyokong kaum lelaki dalam organisasi keluarga telah berubah. Kaum wanita telah

lebih aktif dan cuba untuk standing dengan kaum lelaki dalam segala bidang. Di Malaysia tenaga

kerja wanita sangat di perlukan bagi menampung keperluan tenaga kerja dalam pasaran dan

seterusnya menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Ini selaras dengan hasrat

negara yang ingan menuju kearah status negara maju menjelang tahun 2020. Bagi mencapai

hasrat tersebut, berbagai-bagai strategi dan perancangan telah di lakukan oleh kerajaan

termasuk menggalakkan penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan. Menurut laporan

Penyiasatan Tenaga Buruh 2007, kadar penyertaan wanita semakin meningkat sejak tahun 1990

hingga 2007 iaitu antara 44.0 peratus hingga 47.0 peratus walaupun pada kadar yang rendah

berbanding kaum lelaki.

Peningkatan penyertaan wanita ke dalam sektor pekerjaan memberikan impak positif kepada

(2)

ideologi di kalangan masyarakat di Malaysia. Ada yang berpendapat konflik ini wujud dari

pertembungan dua ideologi yang muncul pada masa yang sama yang mana menyentuh tentang

gaya hidup dan juga nilai-nilai moral.

Makalah ini akan membincangkan tentang fenomena ini dengan menyentuh dari aspek sejarah

dan juga nilai-nilai sosial yang wujud daripada pertembungan dua idoelogi ini.

Dakwah Dan Minah Karan: Pembentukan Kelas Konflik Ideologi Dalam Masyarakat Melayu.

Menurut Susan (1991), perbezaan kelas di Malaysia wujud sebagai proses pengantara seperti

yang pernah di terangkan oleh Ong (1987), Shamsul (1986), Scott (1985) dan Kessler (1978). Ini

dapat di buktikan dengan wujudnya kelas baru di kalangan wanita masyarakat melayu yang

terlibat dalam proses industrialisasi. Perlu di ingatkan keadaan ini wujud bukan dari struktur

proses luaran, ianya wujud secara dalaman. Apa yang cuba di sampaikan oleh Susan ialah

wujudnya kelas baru di dalam kalangan wanita dalam masyarakat melayu yang di beri gelaran

Minah Karan. Minah Karan adalah gelaran yang di berikan kepada wanita yang menjadi tenaga

kerja di dalam sektor perkilangan yang berkembang pesat pada awal 80an. Pembentukan kelas

ini adalah di gerakkan melalui kepentingan ekonomi dan pada masa yang sama memberikan

status kepada kumpulan tertentu. Secara amnya, kelas dan status kumpulan bersilang antara

satu sama lain dan juga cuba memenangi antara satu sama lain. Ini dapat di terangkan dengan

wujudnya satu kumpulan lagi di kalangan kelas pertengahan. Masyarakat melayu pada ketika itu

yang cuba mempromosi nilai-nilai islam yang di kenali sebagai “dakwah”. Kumpulan dakwah ini

yang terdiri dari usahawan dan juga birokrat menuntut peranan kerajaan dalam memastikan

penerapan nilai-nilai islam dalam pasaran.

Berbanding dengan wanita yang berada di dalam kelas pertengahan, golongan wanita muda yang

menjadi tenaga kerja industri-industri kilang ini terlindung dari fahaman-fahaman yang di

tegaskan oleh golongan kelas pertengahan. Mereka tidak memandang keperluan nilai-nilai moral

ini sebagai satu kewajipan mereka dan berada didalam sfera mereka yang tersendiri. Ini dapat

dilihat pada pertengahan tahun 80an, dimana golongan wanita muda ini tidak mempraktikkan

cara pemakaian muslimah seperti bertudung dan sebagainya. Mereka ini lebih selesa mengambil

amalan dan cara pemakaian barat dalam kehidupan seharian mereka yang mana melambangkan

(3)

Dan disebabkan oleh hal ini, sepenjang tahun 1970an sehingga akhir 1980an, golongan ini

menjadi fokus masyarakat kerana budaya yang di bawa oleh golongan ini di lihat tidak bermoral

dan juga tidak islamik. Di tambah pula dengan desakan kumpulan dakwah yang menuntut

campurtangan kerajaan dalam menangani isu tersebut. Perkara ini yang di beri jolokkan budaya

barat banyak mendapat liputan media massa yang mana menggambarkan budaya hidup pekerja

kilang yang diresapi budaya barat sehingga menimbulkan perasaan tidak selesa masyarakat

pada ketika itu. Namun begitu ada yang berpendapat budaya ini bukan wujud secara langsung

dari proses industrialisasi di Malaysia. Perlu di ingat pada ketika itu iaitu pada awal tahun 1970

dan akhir tahun 1980, program-program televisyen barat di sebarkan secara meluas melalui

saluran televisyen dan radio di Malaysia. Melalui program-program ini, masyarakat secara tidak

langsung dapat mengikuti fesyen-fesyen serta gaya hidup yang terkini pada ketika itu dari

model-model wanita barat. Secara tidak langsung wanita-wanita golongan muda ini terpengaruh dengan

gaya hidup barat dan memandangkan mereka ini mempunyai simpanan kewangan sendiri pada

ketika itu, tidak mustahil mereka mampu bergaya dengan pakaian dan barangan dari barat.

Budaya tersebut tidak terhad kepada pemakaian dan gaya hidup. Budaya ini juga dapat di kesan

dalam pertuturan golongan wanita muda yang di gelar Minah Karan ini. Ekspresi atau slanga

seperti ‘tough’, ‘rugged’, ‘sexy’ dan ‘control’ menjadi kebiasaan dalam pertuturan golongan wanita

muda ini.

Dari perspektif budaya orang melayu muslim, status moral golongan wanita muda ini dilihat

sebagai satu permasalahan. Golongan ini dilihat sebagai satu kebiadaban kepada ibubapa dan

di pandang sebagai satu ekpresi tidak membalas budi. Dan disebabkan ini jugalah istilah Minah

Karan ini terwujud yang mana pada ketika itu gelaran tersebut lebih kepada cacian. Minah Karan

di gambarkan sebagai golongan wanita muda, yang cantik, bekerja di kilang dan mengamalkan

gaya hidup yang bebas dari segi pemakaian, pergaulan dan juga penampilan.

Pertembungan ideologi dakwah dengan golongan wanita muda ini telah menandakan satu

pembentukan kelas baru dalam masyarakat melayu kesan dari industrialisasi di Malaysia.

Fenomena ini dapat di lihat dengan jelas pada awal 1970an dan akhir tahun 1980an. Bab

seterusnya akan memberi pencerahan tentang sejarah pembentukan kelas ini.

(4)

Untuk lebih memahami tentang tajuk perbincangan ini, bayangkan situasi di Malaysia lebih 40

tahun lalu iaitu sebelum era industrialisasi bertapak lagi. Wanita melayu pada zaman tersebut

tidak biasa berjauhan dari keluarga mereka. Secara lazimnya segala keperluan mereka di bawa

ke rumah oleh ketua keluarga yang terdiri dari kaum lelaki.

Kejarangan golongan wanita ke sekolah juga menjadi faktor mengapa wanita melayu sentiasa

berada di rumah. Rata-rata yang bekerja dan bersekolah adalah lelaki. Ini memang menjadi

kebiasaan pada ketika itu dimana budaya melayu menghadkan interaksi wanita dalam

masyarakat. Jika perlu untuk keluar sekalipun, kebanyakan transaksi wanita-wanita melayu

berada di sekitar kawasan-kawasan berdekatan yang masih di dalam pengawasan orang

kampung.

Bermulanya era perindustrian di Malaysia menandakan kepesatan ekonomi dan pembangunan

rancak berlaku di hampir semua negeri. Ramai orang melayu sama ada lelaki atau perempuan

berhijrah ke kawasan bandar untuk merebut peluang pekerjaan. Wanita melayu khususnya

berhijrah ke kota dalam jumlah yang besar kerana gaji wanita adalah lebih rendah berbanding

lelaki dan kilang-kilang mahu memaksimumkan keuntungan. Kilang-kilang moden ini dilengkapi

dengan jentara-jentera moden yang memerlukan operator kemahiran rendah dengan jumlah

yang besar dan ini menyebabkan pengusaha-pengusaha kilang lebih berminat menggajikan

wanita berbanding kaum lelaki.

Wanita-wanita ini biasanya bekerja di kilang-kilang elektronik (Alicia, 2015) dan mereka di beri

gelaran Minah Karan seperti yang di sebut Susan dalam artikel beliau.

Jika sebelum ini wanita-wanita muda ini amat mudah dijaga tingkah laku mereka kerana berada

dekat dengan pengawasan ibu bapa dan masyarakat. Namun begitu selepas berhijrah, keadaan

tersebut menajdi sebaliknya. Ini terjadi kerana golongan wanita muda ini mempunyai pekerjaan

dan sumber kewangan sendiri. Mereka mendapat suatu kebebasan untuk menentukan

keputusan hidup mereka sendiri baik dari segi pergaulan, pertuturan dan juga pemakaian. Secara

tidak langusng keadaan ini mendatangkan keresahan kepada masyarakat melayu di kampung

terutamanya di kalangan lelaki.

Golongan wanita muda ini pada ketika itu mula memaparkan gaya hidup yang menyimpang

daripada adat dan tradisi dengan jelas. Mereka membentuk satu kelas baru masyarakat melayu

(5)

Kebebasan golongan wanita muda ini mula mencemaskan masyarakat pada ketika itu yang mana

mula menyerap nilai-nilai moral Islam. Apa yang ditunjukkan oleh golongan wanita muda ini

berkaitan dengan pilihan moral yang terletak sepenuhnya pada tangan wanita muda itu sendiri.

Dan disebabkan oleh hal ini, masyarakat pada masa itu memerlukan satu mekanisme sosial yang

boleh meletakkan kembali kawalan terhadap wanita kepada interpretasi patriaki yang mana akan

diterangkan pada bab seterusnya.

Agen Dakwah 'Penyelamat' Kesucian Wanita.

Kesan dari wujudnya fenomena Minah Karan ini, muncullah agen-agen dakwah yang berfungsi

sebagai 'penyelamat' wanita melayu yang dianggap hanyut oleh arus industrialisasi pada waktu

itu. Perolehan kebebasan sosial dan kewangan oleh wanita melayu mencetuskan satu keperluan

untuk mengawal kesucian moral sebagai wanita kerana seksualiti perempuan melayu yang belum

berkahwin "menentukan identiti kolektif lelaki melayu di kampung" (Ong, 1987).

Apabila dikaji, ajaran Islam juga menjunjung tinggi harga diri dan kemuliaan seseorang wanita

dengan menempatkan mereka sebagai anak, isteri, ibu dan ahli serta sebagai seorang pemimpin

masyarakat. Selaras dengan fitrah semula jadi wanita yang dikurniakan dengan satu akal dan

sembilan nafsu serta naluri keibuan, Islam menyarankan pekerjaan yang sesuai dalam bidang

kemasyarakatan. Namun, wanita masa kini masih diberi kelonggaran menceburi bidang korporat,

keusahawanan, perniagaan, kejuruteraan, dan pertahanan asalkan mereka pandai dalam

menjaga maruah diri berdasarkan ciri-ciri Islam yang disyariatkan. Menurut Fatimah (2000), jika

pada tahun 1950-an dan 1960-an fokus kerjaya untuk golongan wanita adalah lebih di bidang

pertanian, pentadbiran awam dan perusahaan tempatan, tetapi pada waktu ini fokusnya telah

beralih kepada yang berkaitan dengan penggunaaan teknologi, perdagangan antarabangsa,

perniagaan dan perkhidmatan. Aspek keunggulan dan kecemerlangan wanita pula dinilai dari

kebijaksanaan mereka dalam membahagikan masa dan tanggungjawab di dalam dan di luar

rumah. Oleh itu, wanita mempunyai hak dan peranan dalam memberikan khidmat dan

sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan juga negara.

Sejak wujudnya agen-agen dakwah ini, kesucian wanita menjadi obesesi masyarakat dan ianya

dimanifestasikan dalam bentuk kawalan terhadap pilihan moral dan pergerakan sosial seorang

(6)

'political mileage' apabila Perdana Menteri pada ketika itu Tun Dr. Mahathir mengishtiharkan

Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Ini menguatkan lagi motivasi agen-agen dakwah ini

dalam usaha memulihkan golongan wanita muda yang dianggap menyimpang dari budaya asal

orang melayu Islam. Tun Mahathir menerusi parti beliau UMNO melihat usaha pemulihan ini

sebagai satu agenda negara yang mampu menarik sokongan rakyat kepada kerajaan. Dan

disebabkan oleh hal ini tertubuhlah organisasi-organisasi Islam yang berfungsi untuk mengawal

selia isu-isu berkaitan moral dan agama Islam dalam negara. Kesannya, keadaan ini memberikan

tekanan sosial yang kuat kepada golongan wanita muda ini dan menandakan pertembungan dua

idealogi yang berbeza di kalangan wanita dalam masyarakat melayu di Malaysia.

KESIMPULAN

Proses industrialisasi telah memberi kesan besar ke atas status wanita dalam pertumbuhan

ekonomi dan sosial masyarakat. tenaga kerja wanita diperlukan bagi memenuhi keperluan tenaga

kerja dalam era industri di Malaysia. Namun begitu pertimbangan kepada perubahan sosial kesan

dari industrialisasi ini perlu dititikberatkan.

Pembentukan kelas dan status baru di kalangan wanita dalam masyarakat melayu adalah satu

proses dalam industrialisasi. Pembentukan ini menandakan perantaraan proses pembentukan

budaya dan juga kuasa pasaran. Fenomena 'Minah Karan' dan 'Dakwah' adalah salah satu

contoh bagaimana industrialisasi mampu membentuk kelas budaya baru dalam masyarakat di

Malaysia. Namun begitu perkara ini tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif malahan ianya

perlu dikaji bagi melihat kesan sosial kepada negara.

Perubahan yang berlaku kepada golongan wanita ini boleh dikatakan dipengaruhi dan sejajar

dengan pembangunan negara. Dengan perubahan yang cepat iaitu daripada sebuah negara

berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian, ia telah menggalakkan

pertumbuhan ekonomi seterusnya menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang besar

khususnya dalam bidang perindustrian. Oleh itu, pembangunan negara yang melibatkan

perubahan ekonomi telah membawa banyak perubahan terhadap pola penglibatan wanita dalam

aktiviti ekonomi (Nor Aini, Madeline dan Faridah, 1996).

Kesimpulannya pembelajaran sejarah dan pengkajian objektif amat berguna untuk memberi

analisis masyarakat yang berkesan. Reaksi yang terlalu bermosi boleh mengaburi pandangan

(7)

RUJUKAN

Alicia Izharuddin. (2015). Asal-usul obsesi Melayu dengan tudung. The Malay Mail Online. Diambil dari: http://www.themalaymailonline.com/opinion/alicia-izharuddin/article/asal-usul-obsesi-melayu-dengan-tudung

Aminah Ahmad (1999). Participation of Malaysian Women in Employment: A Gender Stratification Analysis. Women and Work: Challenges in Industrializing Nations. Edisi Pertama. Univqsiti Putra Malaysia.

Fatimah Abdullah. (2000). Penyertaan Wanita dalam Ekonomi Negara. Negara Pasaran dan Pemodenan Malaysia. Penerbit UKM, Bangi.

Kessler, Clive S. (1978). Islam and politics in a Malay state, Kelantan, 1838-1969, Ithaca: Cornell University Press.

Noor Rahamah Abu Bakar. (2012). Wanita Berkerja dan Pengurusan Keluarga. Malaysia Journal of Society and Space 8 Issue. UKM. Bangi.

Noor Rahamah Abu Bakar (2005). Hambatan Penyertaan Wanita Dalam Pasaran Buruh di Malaysia. UKM, Bangi.

Ong, Aihwa, (1987) Spirits of resistance and capitalist discipline: Factory women in Malaysia. State University of New York Press.

Susan E. Ackerman. (1991). Dakwah and Minah Karan: Class Formation and Idealogical Conflict in Malay Society. Royal Netherlands Institute of Southeast Asian and Caribbean Studies. Diambil dari: http://www.jstor.org/stable/27864229

Scott, James C. (1985) Weapons of the weak. New Haven: Yale University Press.

Referensi

Dokumen terkait

Disintegrasi terjadi, apabila masyarakat sebagai agen perubahan, tidak mampu menyesuaikan/mensosialisasikan diri dengan nilai-nilai baru yang berkembang

Proses pembentukan dibagi menjadi tiga lapisan ke dalam kelompok strata sosial masyarakat, yaitu golongan lapisan masyarakat kelas atas lebih mengutamakan kepada

Pada dasarnya semua bangsa dan masyarakat di dunia ini senatiasa terlibat dalam proses modernisasi, meskipun kecepatan dan arah perubahannya berbeda-beda antara masyarakat yang

Kelas sosial didefinisikan pula sebagai pembagian anggota masyarakat ke dalam suatu hierarki status kelas yang berbeda sehingga para anggota setiap kelas secara relatif mempunyai

 Studi perubahan sosial merupakan penjelasan mengenai perbedaan dalam struktur sosial masyarakat (status, peran, kelompok sosial, keluarga, budaya) dilihat dalam

Pada dasarnya semua bangsa dan masyarakat di dunia ini senatiasa terlibat dalam proses modernisasi, meskipun kecepatan dan arah perubahannya berbeda-beda antara masyarakat yang

Tesis dengan judul Proses Komunikasi dan Perubahan Nilai-Nilai Budaya Masyarakat Melayu Pontianak (Studi Kasus : Tradisi Pantang Larang) disusun sebagai salah satu syarat

Liberalisme dan Pembentukan Gerakan Sosial Meskipun begitu, banyak kajian yang mendakwa bahawa fahaman liberalisme mula masuk dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia pada awal