• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Jiran ialah orang yang tinggal di sekeli"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat".Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam

melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.

Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus

membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan

perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

(2)

aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang

mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau

kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Semangat kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan. Ianya perlu diterapkan dalam diri dan seluruh masyarakat. Jiran perlualah mempunyai

(3)

menghasilkan sesuatu yang baik. Semangat kejiranan mempunyai banyak kepentingan kepada masyarakat. Apakah kepetingan-kepentingan tersebut?

Semangat kejiranan dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Masyarakat yang mengamalkan sifat yang baik seperti tolong-menolong, saling bertegur sapa dan menjaga keselamatan masyarakat dapat mewujudkan satu suasana yang tenang dan aman. Masyarakat harus melakukan perkara yang baik mengekalkan keamanan yang terpelihara. Tamsilan yang jelas dapat dilihat dalam aktiviti bergotong-royong, masyarakat sentiasa menghulurkan bantuan antara satu sama lain dalam membersihkan kawasan perumahan. Hubungan jiran bagai aur denagn tebing dapat meningkatkan lagi semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat. Sejajar dengan hal ini, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam suasana aman dan harmoni.

Selain itu, semangat kejiranan yang teguh dapat menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih cekap dalam melaksanakan sesebuah program. Hubungan mereka amat akrab dan boleh meningkatkan ramai kenalan dalam sesebuah

masyarakat. Sesuatu pekerjaan dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar dengan bantuan ramai pihak. Jika masyarakat bertindak bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, sesuatu pekerjaan atau program tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Contohnya, jiran membantu jiran yang lain dalam mengadakan kenduri dengan bersama-sama menyediakan makanan untuk tetamu dan mendirikan khemah untuk para tetamu. Lantaran itu, pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. Bukan itu sahaja, hubungan yang erat dapat diwujudkan ketika melakukan pekerjaan bersama-sama. Masyarakat yang memupuk semangat kejiranan dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan lebih cekap dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.

Di samping itu, masyarakat juga boleh memupuk semangat perpaduan. Semangat kejiranan yangmantap dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan

perpaduan yang teguh. Perpaduan juga sama pentingnya seperti semangat

kejiranan. Kehidupan negara Malaysia memerlukan perpaduan yang teguh. Hal yang demikian, Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan agama. Negara kita dikagumi seluruh dunia kerana mempunyai perpaduan yang erat. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kehadiran bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa lain dalam sesebuah masyarakat. Setiap kaum perlu mengetahui adat dan tradisi kaum lain untuk

mengelakkan daripada menimbulkan isu sensitif. Semangat kejiranan yang mantap dapat mengelakkan situasi ini daripada berlaku kerana hubungan yang erat antara kaum. Oleh itu, masyarakat perlu mempunyai semangat kejiranan yang tinggi supaya dapat mewujudkan perpaduan yang teguh.

(4)

berlaku. Masyarakat boleh menubuhkan persatuan jiran tetangga dengan membuat rondaan pada waktu malam. Dengan itu, keselamtan penduduk terjamin. Ibu bapa akan berasa lebih senang melepaskan anak-anak bermain di sekitar kawasan perumahan. Kejadian seperti mencuri, merompak dan menculik dapat dielakkan dan dikurangkan. Kesimpulannya, kesepakatan masyarakat dalam membuat sesuatu perkara dapat meningkatkan tahap keselamatan sesebuah masyarakat.

Semangat kejiranan dalam sesebuah masyarakat dapat menarik minat

pelancong untuk datang bercuti di Malaysia. Malaysia yang mempunyai perpaduan yang teguh akibat semangat kejiranan masyarakat pelbagai kaum menarik minat warga asing untuk melihat sendiri perpaduan kaum tersebut. Pelancong memerhati sikap

masyarakat Malaysia yang baik dan mempunyai hubungan yang erat antara kaum mengagumkan mereka. Semangat kejiranan yang mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan aman sejahtera dapat meningkatkan lagi ekonomi Malaysia dengan kedatangan pelancong. Oleh itu, semaangat kejiranan bukan shaja bertumpu kepada sesebuah masyarakat tetapi ianya juga mendatangkan kebaikan kepada negara.

Secara kesimpulannya, terdapat banyak kepentingan yang diperoleh daripada semangat kejiranana. Semangat kejiranan amat penting dalam melahirkan masyarakat harmoni, suasana yang aman dan perpaduan yang teguh. Kepentingan semangat kejiranan membawa kebaikan kepada diri masyarakat dan negara. Masyarakat yang maju dalam semua aspek seperti rohani, intelektual dan adab dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju. Untuk mencapai Wawasan 20200, kerjasama semua pihak amat digalakkan supaya dapat merealisasikan perkara ini. Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara dan memerlukan kesepakatan rakyat Malaysia seperti Jiran Sepakat Membawa Berkat. Oleh itu, semangat kejiranan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat.

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang

kaum   dan   hidup   secara   bersama   sehati   sejiwa   ibarat   peribahasa 

seikat   bak   sirih,

serumpun bak serai.

   Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup

berjiran   di   kawasan   bandar   ataupun   di   kawasan   luar   bandar   dan   mereka   saling

berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain. Namun terdapat lakaran suram

yang   menyelubungi   kita   bahawa   ada   pandangan   yang  menyatakan   bahawa  semangat

kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis

ibarat 

hidup segan mati tak mahu

. Banyak kempen dan   usaha telah dijalankan oleh

pelbagai   pihak   untuk   merapatkan   kembali   hubungan   dalam   kalangan   jiran   kerana

semangat kejiranan begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.

(5)

tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong­royong, majlis sambutan perayaan  atau

perjumpaan bulanan komuniti dapat mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan

merapatkan hubungan . Mereka akan lebih mesra, saling membantu 

bagai aur dengan

tebing

 tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan

bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan

anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat 

membentuk semangat kekitaan

dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

 Mengimbas kembali Peristiwa 13

Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah­belah,

negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman.

Tuntasnya,   semangat   kejiranan   membolehkan   semua   anggota   masyarakat   memahami

antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari  perbezaan

budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar

dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan

penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu

pembangunan negara ke arah kegemilangan.

Di samping itu, semangat kejiranan juga penting kepada negara kerana 

memudahkan

kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan dan membawa kemajuan

kepada rakyat

. Slogan

Negara Maju Rakyat Sihat

 menunjukkan apabila rakyat hidup

dalam   keadaan   sihat   sejahtera   maka   pelbagai   rancangan   pembangunan   dapat   diatur,

dirancang   dan   dilaksanakan   secara   lancar   tanpa   sebarang   kekangan.   Jika  masyarakat

dapat hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni maka segala kemajuan yang

disediakan oleh kerajaan di seluruh pelosok tanah air akan dapat dinikmati bersama­sama

secara adil dan saksama. Sebagai contohnya, kerajaan telah berupaya membina pelbagai

kemudahan dan infrastrukutr di kawasan taman­taman perumahan seperti dewan orang

ramai, balai raya, taman permainan kanak­kanak mahupun pusat komuniti atas inisiatif,

semangat   kejiranan   dan   perpaduan   yang   ditunjukkan   oleh   anggota   masyarakat   di

sesetengah kawasan tempat tinggal. Jelaslah semangat kejiranan penting bagi membantu

anggota   masyarakat   dalam   suatu   kawasan   kejiranan   menikmati   pelbagai   kemudahan

awam yang disediakan oleh pihak kerajaan.

(6)

jelas   menunjukkan   keharmonian   kehidupan   rakyat   Malaysia   membolehkan   mereka 

melakukan   sesuatu   hal   dan   perkara   yang   amat   hebat   bagi   melonjakkan   Malaysia   di

persada antarabangsa.

Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang

kaum juga 

penting sebagai produk pelancongan

. Sesungguhnya, kedatangan pelancong

asing   ke   negara   ini   banyak   disebabkan   kehidupan   masyarakat   Malaysia   yang   unik,

mempunyai   pelbagai   seni   budaya   yang   menarik   dan   hidup   secara   harmoni   dalam

komuniti kejiranan. Sesungguhnya, perpaduan masyarakat banyak membantu menarik

kehadiran pelancong terutamanya ketika musim perayaan besar. Sebagai contohnya pada

sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta­pesta tertentu

menampilkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat   disukai

oleh  para pelancong asing  tersebut  . Selain di  kawasan bandar, produk pelancongan

seperti   Program   Homestay   atau   Inap   Desa   di   kawasan   luar   bandar   juga   dapat

menunjukkan   semangat   hidup   berjiran   dalam   kalangan   masyarakatnya   .   Maka

sememangnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah

dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.

Intihanya,   semangat   kejiranan   merupakan   sebahagian   daripada   amalan   dan   menjadi

budaya   masyarakat   di   Malaysia   yang   menjadikan   negara   kita   unik   pada   pandangan

masyarakat di luar sana malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, Semangat kejiranan

bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di

negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia

terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana   rakyatnya

yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat

memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

Perpaduan merupakan antara elemen terpenting dalam pembentukan sesebuah negara yang harmoni. Perpaduan ini dapat dipupuk dengan semangat kejiranan yang utuh. Sememangnya tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang bersatu padu bermula dengan adanya semangat kejiranan yang tersemai dalam jiwa. Oleh itu,setiap individu haruslah memiliki semangat kejiranan yang tinggi demi mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara yang berbilang kaum. Namun begitu,semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kini. Justeru,senario ini haruslah disusuli dengan langkah yang efektif supaya dapat dibendung sebelum masalah seumpama ini terus menular menjadi barah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

(7)

Selain itu,semangat kejiranan dapat turut dipupuk melalui amalan gotong-royong. Amalan gotong-royong sememangnya membawa banyak manfaat kepada masyarakat. Hal ini kerana apabila segolongan masyarakat bersatu menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, mereka bukan sahaja dapat memelihara kebersihan tempat kediaman mereka malah dapat mengeratkan hubungan sekaligus memupuk semangat kerjasama. Di samping itu, nilai kerjasama dan masyarakat yang prihatin juga dapat diwujudkan. Justeru,masyarakat mestilah melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini untuk kebaikan bersama.

Tambahan pula,rumah-rumah terbuka yang lazimnya diadakan ketika musim perayaan wajar dilihat sebagai satu langkah yang efektif dalam usaha memupuk semangat kejiranan. Negara kita yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum membolehkan kita melihat pelbagai jenis adat dan budaya. Apabila rumah terbuka diadakan,masyarakat akan dapat mengenali adat dan budaya kaum lain. Hal ini akan dapat mewujudkan persefahaman dan sekaligus mengelakkan perselisihan faham yang boleh menjejaskan perpaduan kaum. Oleh itu,amalan rumah terbuka ini wajar diteruskan dalam masyarakat.

Akhir sekali, semangat kejiranan yang semakin luntur tidak wajar dipandang enteng. Sebaliknya, perlulah dianggap sebagai satu perkara yang sangat penting dalam masyarakat. Kerajaan haruslah terus melakukan usaha-usaha yang boleh mengukuhkan lagi perpaduan dalam masyarakat di negara kita. Sebesar rumah bermula dengan seketul bata. Oleh itu,perpaduan kaum haruslah bermula semangat kejiranan yang utuh.

Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba.  Remaja akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari hala tuju mereka.  Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah  yang menguji ketabahan mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik namun ada juga yang tewas dalam kancah emosi sehingga mencetuskan 

permasalahan yang lebih serius. Remaja seperti inilah yang perlu dibantu agar mampu  menangani tekanan emosi dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak.

Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri daripada  masalah dengan mencetus masalah lain. Contohnya, remaja selalu berdepan dengan  konflik keluarga kerana pandangan yang berbeza. Jika itu berlaku, mereka mengambil  jalan mudah dengan keluar melepak bersama rakan­rakan yang mungkin mendorong  mereka untuk melakukan perkara­perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke rumah  kerana tidak ingin bertembung dengan punca masalah di rumah. Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik adalah dengan mencari punca masalah tersebut dan  berbincang bersama­sama agar yang keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai  benang yang kusut adalah lebih baik daripada terus menambah masalah.

(8)

masalah jiwa. Perkara ini boleh dielakkan jika remaja mencari seseorang yang boleh  dipercayai untuk meluahkan masalah mereka. Teman baik merupakan orang yang  sepatutnya dijadikan sandaran namun remaja perlu bijak memilih orang yang paling  dipercayai. Walaupun orang yang mendengar tidak mampu membantu, sekurang­ kurangnya luahan masalah itu dapat meringankan kekusutan yang bermain di minda.  Melepaskan apa yang terbuku di jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani  stres.

Selain itu, cara yang tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri  kepada Tuhan. Berdoa dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan  bebanan. Dengan mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat  bahawa masalah yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap  keimanan seseorang. Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif jika remaja  menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir daripada Tuhan. Maka  mendekatkan diri kepada Tuhan dengan beribadat merupakan cara yang paling tepat  untuk menghilangkan keresahan hati dan remaja boleh memohon petunjuk daripada  Tuhan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada  masalah, luangkan masa untuk bersenam atau berjalan­jalan di kawasan riadah yang  tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar  hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan  kemungkinan remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung.  Remaja juga patut mengajak rakan atau ahli keluarga untuk bersama­sama beriadah  dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat membantu meringankan masalah.  Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada  remaja untuk menyelesaikan masalah emosi yang ditanggung.

Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu  besar. Orang yang sedang dalam tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat  mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami stres, berusahalah untuk  mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam  tekanan, carilah jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.

(9)

Tanpa disedari, stress akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan manusia jika mengalami tekanan yang berterusan. Oleh yang demikian, individu haruslah bijak untuk menangani masalah stress yang selalu berlaku dalam diri manusia.

Antara cara untuk mengatasi masalah stress adalah mengatur pemakanan yang betul. Makanan adalah penting untuk individu mempunyai tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Pemilihan makanan akan mempengaruhi tenaga kita sekaligus mengurangkan perasaan stress   tersebut   timbul.   Tambahan   lagi,   pengambilan   makanan   secara   diet   yang seimbang juga akan dapat menambah zat makanan yang diperlukan dalam tubuh badan manusia. Dengan itu, adalah amat penting untuk mengambil makanan yang menjamin kesihatan tubuh badan.

Langkah seterusnya berfikiran positif. Hal ini amat penting untuk kita berfikir secara bernas dan bijak ketika berada dalam sesuatu situasi yang tegang. Semua masalah boleh diselesaikan jika kita berfikir secara positif dan rasional dan stress hanya akan membebanka nmasalah yang timbul dalamdiri seseorang.

Oleh   itu,   seseorang   akan   lebih   mudah   mengawal   emosi   jika   berfikiran   positif   dan bersedia untuk mencari altenatif penyelesaian yang terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah tanpa perlu mempengaruhi kesihatan diri sendiri.  Selain itu, individu juga tidak perlu membeban kandiri masing­masing. Hal ini berlaku apabila seseorang itu menaruh harapan yang tinggi dalam sesuatu perkara hingga terlupa akan kemampuan diri yang dimiliki beliau. Oleh itu, individu harus sedarakan kemampuan kita kerana stess akan berlaku jika kita tidak mendapat apa yang diinginkan atau mengalami kegagalan. Lalu, jalan penyelesaian adalah melakukan tugasan secara sistematik agar perasaan stress dapat dielakkan dari semasa ke semasa.

Berehat juga boleh mengatasi masalah stress. Kebiasaannya, individu yang mengalami stress akan sibuk dan kekurangan masa untuk tidur. Hal ini bermaksud, tubuh badan tidak   memperolehi   rehat   yang   secukupnya   lalu   ia   akan   memudaratkan   kesihatan seseorang. oleh yang demikian, seseorang individu hendaklah mengatur masa tidur dan rehat secara sistematik agar tubuh badan tidak menjadi lemah. Tambahan lagi, beriadah dan   mendengar   music   secaraber   sendiri   juga   boleh   merehatkan   minda   daripada masalah stress.

(10)

Setiap manusia tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan penderitaan   sehingga   tekanan   yang   dihadapi   itu   membawa   kepada   pengakhiran   kehidupan.   Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.

       

Kehidupan yang terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah untuk kesihatan  fizikal,   mental  dan   psikologi   kita.  Kegiatan  tersebut   ialah  riadah,  iaitu  aktiviti   yang  sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal, joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar­siar di taman rekreasi dan memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh mengalir membasahi tubuh,   kepenatan   akan   dapat   dirasakan.   Selepas   mandi   dan   membersihkan   diri,   saya   akan   berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab

(11)

melankolik   akan   menyumbang   ke   arah   penghayatan   yang   tinggi   seolah­olah   saya   turut   merasakan kedukaan yang sedang dialami  oleh pelantun lagu tersebut.  Jika tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata­kata   pujangga   yang   menukil   bahawa   muzik   tak   mungkin   dapat   dipisahkan   daripada   jiwa   setiap manusia.   Tanpa   muzik   juga   kehidupan   akan   menjadi   sepi.  Oleh   itu, muzik   bukan   sahaja   dapat menghiburkan   hati,   malah   muzik   seperti   memiliki   kuasa   magis   yang   berupaya   mengurangkan tekananyang saya hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.

Saya   juga   menjadikan   ibadat sebagai   salah   satu   cara   untuk   mengurangkan   tekanan   yang dihadapi.Setiap   hari   saya   akan   mendirikan   solat   ,   sekurang­kurangnya   lima   kali   sehari   kerana   solat merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, solat memberikan ketenangan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata­kata. Solat yang  khusyuk  akan  menjadikan  saya  melupakan  semua  tekanan  yang saya  hadapi,  malah  saya  dapat merasakan betapa dekatnya diri  saya dengan Yang Maha Pencipta. Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh  seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik  Norhisham  Mustaffa  bahawa  solat  merupakan  senaman  yang  paling ampuh  untuk memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud, darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan tubuh dan jari­jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan. Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala   hal.   Lantaran   itu,   saya   menjadikan   ibadat   sebagai   usaha   yang   terbaik   untuk   menghindari   dan mengurangkan tekanan yang dihadapi.

Melancong merupakan aktiviti kekeluargaan yang amat saya nanti­nantikan. Setiap tahun ayah dan  ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia, China, Kemboja dan India selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat  merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala masalah yang 

membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang mengganggu fikiran yang berpunca daripada  masalah yang dihadapi dapat saya atasi atau setidak­tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika  melancong itu, saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping  menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan dengan maksud  peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak pula pengalaman. Ketika melawat Solo dan  Jogjakarta di Pulau Jawa, Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka  walaupun kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus dan  mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh mereka dengan iringan muzik gamelan yang  syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan  beraja tidak lagi diamalkan di republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan  seni binanya yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi membeli­belah  cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.

(12)

mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh  dapat membantu saya menghadapi semua tekanan dengan tenang.

 Ambil masa anda – Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.

 Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda – Ketika menghadapi tekanan, keluarga

Referensi

Dokumen terkait

Halusinasi yang menetap dari panca indera apa saja, apabila disertai baik oleh waham yang mengambang maupun yang setengah berbentuk tanpa kandungan afektif yang jelas,

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Hasil dari penelitian ini adalah bahwa Cakaplah.com telah melakukan strategi dalam menyajikan berita politik melalui proses pemilihan isu Cakaplah.com mempunyai

Sumber-sumber pembelajaran bagi mahasiswa kedokteran bisa bermacam- macam, mulai dari sumber daya manusia yang meliputi dosen, staf perpustakaan, teknisi, staf

Aktivitas produksi tersebut melibatkan penerimaan dan pengeluaran persediaan yang meliputi penerimaan bahan baku, pengeluaran bahan baku ke departemen terkait,

Penelitian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui : (1) Asal – usul upacara Larung Sesaji telaga Sarangan, (2) tujuan diadakannya upacara Larung Sesaji telaga Sarangan,

Peralatan tersebut merupakan rancangan peralatan sederhana yang berguna untuk mengamati spektrum Arc- spark, mengidentifikasi suatu unsur unsur dengan melihat analisa

Responden yang memberikan susu formula pada anak usia lebih dari 5 tahun yang memiliki tingkat keparahan karies kategori sangat rendah tidak ada, kategori rendah