• Tidak ada hasil yang ditemukan

Semua keputusan ujian tersebut hendaklah diserahkan kepada MFL sebelum bermulanya kem latihan.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Semua keputusan ujian tersebut hendaklah diserahkan kepada MFL sebelum bermulanya kem latihan."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1 PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) LATIHAN PASUKAN BERPUSAT (CAMP-BASED TRAINING) DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN LIGA MALAYSIA 2021 DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN

PERGERAKAN (PKP) 3.0 1. UJIAN SWAB PCR

i. Pegawai dan pemain WAJIB menjalani Ujian Swab PCR sebelum menyertai kem Latihan pasukan. Keputusan hendaklah disahkan oleh Doktor Pasukan. Hanya pegawai dan pemain yang disahkan negatif sahaja dibenar untuk menyertai latihan.

ii. Doktor pasukan hendaklah mengeluarkan surat pengesahan menyatakan pegawai dan pemain yang didaftarkan bebas dari gejala Covid-19 dan layak untuk menyertai kem latihan dan perlawanan bolasepak.

iii. Semua keputusan ujian tersebut hendaklah diserahkan kepada MFL sebelum bermulanya kem latihan.

2. TATACARA LATIHAN

i. Pasukan perlu menamakan pusat latihan/kem beserta pelan keselamatan kawalan Covid-19 beserta gambar.

ii. Permohonan hendaklah dibuat kepada MFL.

iii. Latihan hanya dibenar untuk dimulakan setelah mendapat kebenaran dan kelulusan KBS/MFL.

iv. Venue hendaklah didaftarkan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

v. Pegawai dan pemain wajib menjalani Ujian Swab PCR sebelum hari pendaftaran di pusat

latihan. Hanya pegawai dan pemain yang negatif sahaja dibenar menyertai kem latihan. vi. Semua pegawai dan pemain yang terlibat ditempatkan secara berpusat sepenuh masa di

penginapan/kem.

vii. Pegawai dan pemain adalah dilarang meninggalkan pusat latihan sepanjang tempoh

latihan pusat (Gelembung Sukan MFL).

viii. Pasukan hendaklah memastikan penjarakan fizikal dipatuhi di bilik penginapan dan pintu masuk utama sahaja dibenarkan beroperasi.

ix. Sekiranya Camp-Based Training dihentikan (FIFA days atau cuti perayaan atau apa jua

alasan), maka, pegawai dan pemain pasukan hendaklah melakukan semula ujian PCR sebelum melapor diri ke kem latihan.

x. Sebarang kontak rapat dengan individu yang diluar dari gelembung adalah dilarang sama sekali.

xi. Penginapan, bilik-bilik dan fasiliti di kem latihan hendaklah sentiasa disanitasi dan disinfeksi secara berkala.

(2)

2 xii. Sebarang pergerakan pegawai dan pemain dari penginapan ke venue latihan hanya dibenar

menggunakan kenderaan pasukan atau kenderaan yang disewa khas.

3. VENUE LATIHAN

i. Latihan digalakkan diadakan di venue tertutup (pusat latihan pasukan / stadium).

ii. Padang terbuka dibenarkan dan pasukan perlu mengemukakan pelan keselamatan dan kawalan kesihatan kepada MFL dan melaksanakan SOP yang ketat.

iii. Venue latihan wajib berdaftarkan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui pautan notification.miti.gov.my. Bukti pendaftaran hendaklah diserahkan kepada MFL.

iv. Memakai pelitup muka atau facemask ketika tiba dan balik dari venue latihan.

v. Facemask hanya boleh ditanggalkan apabila latihan dimulakan.

vi. Pastikan mendaftar di venue latihan menggunakan imbasan QR code di aplikasi MySejahtera yang dipaparkan melalui telefon bimbit masing-masing.

vii. Kaunter saringan hendaklah dibuka di pintu masuk di kem latihan.

viii. Wajib membersihkan tangan menggunakan sanitizer sebelum masuk dan selepas meninggalkan venue.

ix. Pegawai dan pemain yang mencatatkan suhu badan melebihi 37.5°, tidak dibenarkan untuk menjalani latihan dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

x. Pastikan mencatat rekod keluar dan masuk dan suhu badan pegawai dan pemain di dalam buku rekod yang disediakan.

xi. Menyediakan sanitizer dan sabun di tempat yang difikirkan perlu (pintu masuk, tandas, tempat duduk pemain).

xii. Tidak dibenarkan masuk dan keluar ke venue secara berkumpulan.

xiii. Mencuci pakaian, kasut bola dan membersihkan diri di penginapan masing-masing.

xiv. Bagi pasukan yang berkongsi venue latihan hendaklah memastikan jadual latihan diatur rapi. Venue latihan tidak boleh digunapakai oleh dua pasukan pada hari yang sama.

xv. Penggunaan bilik persalinan adalah tidak digalakkan.

xvi. Penggunaan gimnasium hendaklah gimnasium dan tertakluk kepada kapasiti dan keluasan

xvii. Venue latihan, peralatan sukan dan kemudahan venue tersebut mesti menjalani proses disinfeksi atau sanitasi sebelum dan selepas digunakan dan hendaklah mengemukakan bukti bergambar.

(3)

3 xviii. Venue Latihan hendaklah dikawal rapi dan memastikan tiada individu yang tidak berkenaan masuk ke venue Latihan termasuk penonton, ahli keluarga pegawai dan pemain pasukan atau tetamu VVIP.

xix. Hanya 2 pintu keluar masuk dibenarkan. Masuk melalui pintu A dan keluar di pintu B.

xx. Sekiranya menggunakan 1 pintu masuk hendaklah mengekalkan penjarakkan fizikal 1.5 meter setiap masa serta membuat kawalan dan penjadualan ketika masuk dan keluar.

xxi. Tandas mestilah dikawal dan dihadkan penggunaannya.

xxii. Hendaklah mengekalkan penjarakkan fizikal 1.5 meter ketika masuk dan keluar ke venue.

xxiii. Meninggalkan venue dengan segera setelah tamat latihan.

xxiv. Pasukan hendaklah memastikan penggunaan gimnasium adalah khusus untuk pasukan sahaja. gimnasium awam adalah sama sekali tidak dibenarkan.

xxv. Meletakkan poster-poster peringatan seperti: ▪ DILARANG MASUK

▪ AMALKAN PENJARAKKAN FIZIKAL

▪ DILARANG BERKONGSI BOTOL MINUMAN ▪ DILARANG MELUDAH

▪ SILA BASUH TANGAN ▪ SILA PAKAI PELITUP MUKA ▪ TIBA, BERLATIH DAN PULANG

▪ DILARANG BERLATIH SEKIRANYA MEMPUNYAI SIMPTOM BERIKUT: BATUK, DEMAM, LEMAH TUBUH BADAN, SAKIT TEKAK DAN SESAK NAFAS

4. PENGINAPAN

i. Pasukan hendaklah memastikan penginapan/kem bagi pasukan hendaklah khusus dan berasingan daripada individu yang di luar gelembung sukan.

ii. Penginapan hanya boleh diakses oleh pegawai, pemain dan petugas yang berdaftar dan telah menjalani Ujian PCR sahaja. Individu yang tidak berkenaan termasuk ahli keluarga pegawai dan pemain tidak dibenarkan masuk.

iii. Penginapan hendaklah menjalani proses disinfeksi dan sanitasi secara berkala.

5. PEGAWAI DAN PEMAIN PASUKAN

i. Surat kebenaran pergerakan daripada PDRM hendaklah dimohon dan diuruskan oleh pasukan sehingga diputuskan berlainan.

ii. Pegawai dan pemain yang menaiki kenderaan pasukan (bas / van) ke venue latihan, hendaklah sentiasa memastikan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kenderaan tersebut hendaklah dibersihkan dan disanitasi. Pemandu kenderaan tersebut juga hendaklah bebas dari sebarang gejala.

(4)

4 iii. Pegawai dan pemain yang mempunyai simptom seperti batuk, demam, lemah tubuh badan, sakit tekak dan sesak nafas adalah dilarang sama sekali menyertai kem latihan. Sekiranya di dapati Pegawai atau Pemain yang mempunyai simptom atau disyaki dijangkiti wabak COVID-19, pasukan hendaklah terus menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) masing-masing untuk tindakan lanjut.

iv. Tidak dibenarkan untuk meludah atau menghembus selsema semasa latihan sedang dijalankan.

v. Tidak dibenarkan berkongsi peralatan peribadi seperti botol air, bip dan tuala.

vi. Sekiranya pasukan melantik pembantu atau petugas seperti warden asrama, tukang masak, pekerja kebersihan, pemandu kenderaan, maka, mereka hendaklah membuat Ujian PCR sebelum memasuki penginapan/kem.

6. RAWATAN KECEDERAAN

i. Doktor Pasukan, Fisioterpis dan Jurupulih hendaklah menggunakan sanitizer, sarung tangan dan pelitup muka sebelum membuat sebarang rawatan dan segera menghubungi pihak hospital/pusat kesihatan untuk rawatan lanjut sekiranya perlu.

ii. Taping & strapping di venue latihan hanya dibenarkan dibuat oleh fisioterapis yang berdaftar dengan pasukan sahaja.

iii. Rawatan yang bersifat bersentuhan seperti sport massage adalah dibenarkan dan hendaklah mematuhi SOP.

iv. Fisioterapi dan jurupulih hendaklah memakai pelitup muka dan sarung tangan.

(5)

5 8. MAKANAN DAN MINUMAN

i. Pasukan hendaklah memastikan makanan yang disediakan atau ditempah mestilah bersih termasuk cara penyediaan serta perlatan makanan.

ii. Pegawai dan pemain dibenarkan memesan makanan dari luar termasuk menggunakan applikasi pesanan.

iii. Kaunter khas hendaklah disediakan bagi menerima penghantaran makanan tersebut dan bungkusan perlu disanitasi.

iv. Pegawai dan pemain pasukan adalah dilarang sama sekali mengambil atau menerima makanan secara terus.

9. PERLAWANAN PERSAHABATAN

Garis panduan penganjuran perlawanan persahabatan adalah seperti berikut:

i. Pasukan hendaklah memaklumkan kepada MFL dan FAM mengenai penganjuran perlawanan tersebut dengan menyatakan tarikh, masa, venue dan pasukan. Pemakluman hendaklah dibuat sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum tarikh perlawanan.

ii. Mendapat kelulusan polis negeri untuk rentas negeri dan daerah.

iii. Pegawai dan pemain pasukan pelawat (PL) hendaklah membuat ujian RTK Antigen apabila tiba di negeri/tempat pasukan lawan sebelum masuk ke penginapan/hotel dan selepas perlawanan sebelum pulang ke negeri/tempat asal.

iv. Pegawai dan pemain pasukan tuan rumah (PTR) juga perlu membuat ujian RTK Antigen sebelum perlawanan.

v. Pasukan hanya dibenar untuk mengadakan perlawanan di antara pasukan-pasukan Liga Super 2021 dan Liga Premier 2021.

vi. Hanya pegawai dan pemain pasukan-pasukan yang telah menjalani Ujian RTK Antigen dan telah disahkan bebas gejala serta mendapat kelulusan MFL dibenar menyertai perlawanan.

vii. Perlawanan hanya dibenar diadakan di dalam Stadium/venue tertutup sahaja. Perlawanan di padang terbuka adalah tidak dibenarkan sama sekali.

viii. Stadium/venue tersebut hendaklah menjalani proses sanitasi dan disinfeksi sebelum perlawanan diadakan.

ix. Perlawanan tersebut hendaklah dimainkan tanpa penonton, hanya pegawai dan pemain pasukan yang berdaftar dan disahkan oleh MFL sahaja dibenar berada di dalam stadium/venue perlawanan.

x. Pasukan Tuan Rumah hendaklah melantik Pegawai perlawanan (pengadil) yang dilantik oleh Persatuan Bolasepak Negeri yang mana Pegawai tersebut telah menjalani Ujian RTK Antigen.

(6)

6 10. MEDIA

i. Pihak media hanya dibenarkan merekod video dan mengambil gambar dari tempat duduk penonton.

ii. Pihak media hanya dibenarkan berada di tempat duduk penonton atau di luar kawasan Field of Play (FOP) sepanjang sesi Latihan dan perlawanan persahabatan.

iii. Temu ramah secara fizikal dan bersemuka tidak dibenarkan sama sekali di venue Latihan dan perlawanan persahabatan.

iv. Temu ramah hanya dibenarkan secara dalam talian sahaja.

v. Pasukan mempunyai hak untuk membuat Latihan secara tertutup tanpa kehadiran media.

vi. Pegawai Media Pasukan digalakkan untuk memberi maklumat (rakaman video, temuramah pegawai dan pemain) kepada pengamal media bagi meminimumkan pergerakan keluar masuk media ke kem atau padang latihan.

vii. Semua perkara i-vii adalah terpakai kepada perlawanan persahabatan.

viii. Pasukan dinasihatkan supaya mengawal serta bertanggungjawab dalam membuat sebarang kenyataan atau hebahan serta memuat naik foto/video di media sosial sepanjang berada di dalam kem latihan bagi mengelakan timbul sebarang isu atau salah faham yang melanggari SOP yang telah ditetapkan.

11. PEMATUHAN

i. Pasukan hendaklah bertanggungjawab dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh MKN, KKM, KBS dan MFL.

ii. Pasukan harus jujur dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kesihatan pegawai, pemain dan petugas.

iii. Menasihati pemain supaya mengurangkan aktiviti sosial seperti berkumpul ditempat yang sesak terutamanya selepas latihan.

iv. Pematuihan SOP yang dilaksanakan ini adalah menjadi tanggungjawab setiap individu dan pasukan.

v. Pegawai Penyelaras Covid-19 pasukan WAJIB memastikan semua SOP dipatuhi.

vi. Sekiranya terdapat pelanggaran sebarang SOP atau perjanjian, MFL berhak untuk menarik balik kebenaran latihan atau mengenakan tindakan kepada pasukan sekiranya perlu oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL seperti Perkara 11: Pematuhan SOP Perlawanan Liga Malaysia 2021.

vii. MFL juga sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesan kepada pasukan di atas kecuaian di dalam melaksanakan SOP yang ditetapkan.

viii. Sebarang pelanggaran SOP, hukuman atau tindakan boleh diambil oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL terhadap pasukan, pegawai dan pemain.

Referensi

Dokumen terkait

UPTD PENDIDIKAN KECAMATAN GANDUSARI GTT GURU SMP NEGERI.. GTT GURU

Tipe STAD Tipe Jigsaw Tipe Group Investigasi Tipe TGT Tipe TPS Tipe NHT.. KD: Menyelesaikan model matematika dari masalah yang berkaitan dengan pertidaksamaan

Hasil Uji Daya Beda Butir Soal Pilihan Ganda Kepada Seluruh Siswa Kelas X di SMA Negeri 1 Amlapura... Hasil Uji Daya Beda Butir Soal Pilihan Ganda Kepada Seluruh Siswa Kelas X di

Pastikan semua borang pendaftaran (HEP1 – HEP6) telah dilengkapkan sebelum mendaftar dan hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Calon hanya akan didaftarkan sebagai pelajar

Ario Wirawan Salatiga sebagai rumah sakit badan layanan umum terdapat 2 sumber pembiayaan yaitu dari rupiah murni dan badan layanan umum atau pendapatan operasional

Pada masyarakat Jawa, sistem patriarki merupakan halangan bagi kaum perempuan untuk mendapat status dan peran yang setara dengan laki-laki.. Kuat konsepsi tersebut dalam

Oleh itu, teks hendaklah disediakan 4 bulan sebelum tarikh syarahan dan diserahkan kepada Urusetia (Penolong Pendaftar BAA). Pihak BAA akan menyerahkan teks tersebut

Bantahan mengenai keputusan hendaklah dikemukakan kepada Urusetia Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) sebaik sahaja selepas pengumuman keputusan pemilihan