• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dekat dan bela rakyat. Tanggung sakit demi watak Mat Kilau. Strategi lima tahun majukan negeri. Perkenal anugerah sasterawan Selangor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Dekat dan bela rakyat. Tanggung sakit demi watak Mat Kilau. Strategi lima tahun majukan negeri. Perkenal anugerah sasterawan Selangor"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kanan) mencemar duli berkunjung ke Pavillion Malaysia sempena Pertunjukan Udara Antarabangsa Farnborough di United Kingdom pada 20 Julai 2022. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (dua kiri). Foto Facebook Amirudin Shari BERITA MUKA 4

Stadium utama negeri

yang mengalami kerosakan berlarutan walaupun

diselenggara setiap tahun akan dimajukan semula mulai tahun depan. Dibangunkan MRCB, kompleks sukan itu dijadual siap pada 2026

MUKA 3

Kerajaan Negeri

pertimbang untuk sediakan anugerah khas sebagai pengiktirafan terhadap golongan karyawan yang banyak memberi sumbangan dalam bidang seni

MUKA 5

Perkenal anugerah sasterawan Selangor

PP 19570/07/2020 (035196)

PERCUMA

EDISI 21 - 27 JULAI 2022

www.selangorkini.my

Stadium Shah Alam Stadium Shah Alam berwajah baharu

berwajah baharu

Perkukuh daya tahan, lonjak ekonomi dan salur kebajikan

9 & 16 14

Tanggung sakit demi watak Mat Kilau

Adi Putra derita tulang belakang sepanjang berlakon aksi silat

Pelbagai insentif diperkenal dalam Jelajah Selangor Penyayang

11 & 12

Dekat dan bela rakyat Strategi lima

tahun majukan

negeri

(2)

UTAMA

selangorkini 21 -27 Julai 2022

2

IMBAS DI SINI

akhbar digital minggu lepas

SHAH ALAM - Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) meman- tau projek Rumah Selangorku supaya proses pembinaan siap dalam tempoh ditetapkan.

Dato’ Menteri Besar berkata agensi berkenaan juga memerhatikan harga perumahan kawalan dan mampu milik dari semasa ke semasa bagi memasti- kan kriteria dipenuhi.

“Tempat tinggal adalah keperluan asas manusia. Mempunyai kediaman yang selesa dan mampu milik adalah objektif utama membina Rumah Sela- ngorku Idaman dan Rumah Selangorku Harapan.

“Kualiti pembinaan dan kemudahan yang disediakan bagi projek-projek perumahan ini dipastikan memenuhi keperluan gaya hidup semasa,” kata

Dato’ Seri Amirudin Shari pada 14 Julai.

Beliau juga memaklumkan seba- nyak 130,545 unit rumah mampu milik melibatkan 76 projek diluluskan untuk membolehkan penduduk negeri ini memiliki rumah sendiri.

Sebanyak 24,428 unit Rumah Sela- ngorku disiapkan dan ditawar kepada penduduk antara 2018 hingga 15 No- vember 2021.

Rumah Selangorku siap ikut tempoh

Ikuti portal SelangorTV, Selangorkini

Siaran langsung

RS-1 pada 25 Julai

SUBANG JAYA - Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang akan dibentang pada bulan ini agenda penting dalam mem- bangunkan negeri, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han menjelaskan RS-1 di- hasilkan demi pembangunan mampan seterusnya memberi manfaat kepada semua pihak serta memacu hala tuju negeri.

“Pelaksanaan RS-1 diatur rapi, banyak isu akan dibahas. Contohnya apabila melibatkan prasarana, peng-

libatan agensi kerajaan saha- ja tidak cukup sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak termasuk penduduk.

“Penglibatan semua pihak dalam RS-1 penting dalam memastikan segala perancangan untuk Sela- ngor dapat dilaksanakan,” ka- tanya pada 14 Julai.

Pada 7 Julai, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancar-

kan simposium prapelan- caran RS-1 bagi tempoh

2021 hingga 2025 di Pu- sat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Beliau memaklum- kan RS-1 menumpu empat teras merangkumi ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus bagi menjaya- kan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

Rangkum usaha bangunkan negeri

SHAH ALAM - Program Jelajah Selangor Penyayang yang memperkenal pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik un- tuk rakyat di Petaling pada 24 Julai.

Bermula 8 pagi hingga 5.30 petang, program yang disusun semula daripada Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) berlangsung di Dataran Boulevard, Laman Majlis Ban- daraya Petaling Jaya.

Dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’

Seri Amirudin Shari, program turut diserikan dengan persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, pameran dan jualan.

Inisiatif itu dijayakan menerusi pe- runtukan RM350 juta supaya lebih ra- mai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta untuk golongan berisiko. Lokasi akhir jelajah berlangsung di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

Jelajah Selangor di Petaling 24 Julai

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor membelanjakan lebih RM400,000 un- tuk menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli pada tahun lepas.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan terse- but merangkumi kesejahteraan hidup, pendidikan serta bantuan keluarga.

“Dana disalur kepada penganjuran program gotong-royong, menaik taraf kemudahan asas dan juga projek kecil

yang lain. Program pendidikan juga dilaksanakan di beberapa kampung dengan kerjasama Persatuan Pemba- ngunan Orang Asli Malaysia,” katanya pada 19 Julai.

Amirudin berkata bantuan bakul makanan turut diagih kepada ke- tua keluarga selain peruntukan bagi pelaksanaan kerja ukur dan pewarta- an tanah ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Setakat ini, sebanyak 29 perkam- pungan Orang Asli Selangor yang me- libatkan keluasan 1,672.67 hektar telah diwartakan.

“Kerajaan Negeri komited men- jaga kebajikan komuniti Orang Asli di samping mengangkat nilai serta maruah mereka. Perancangan serta usaha terus digandakan sesuai de- ngan pendekatan inklusif kepimpinan negeri,” katanya.

RM400,000 jaga kebajikan Orang Asli

Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL

PETALING JAYA - Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang dibentang julung kali pada 25 Julai ini boleh ditonton secara langsung menerusi SelangorTV dan Facebook Media Selangor.

Dipancar dari Dewan Negeri Sela- ngor, pembentangan pelan lima tahun bagi tempoh 2021-2025 turut dilaporkan portal Selangor Journal dan Selangorkini termasuk edisi Mandarin dan Tamil.

Butiran penting pembentangan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari juga diterbitkan dalam akhbar minggu-

an Selangorkini edisi 28 Julai-3 Ogos.

Sebelumnya, Amirudin menjelaskan RS-1 berfungsi membina daya tahan kukuh bagi mendepani cabaran masa depan dalam persekitaran yang kian kompleks.

Beliau berkata usaha menjayakan Selangor sebagai Negeri Pintar men- jelang 2025 dirangka dengan teliti dan bersifat ‘living document’ (pelan anjal yang boleh disesuaikan dengan perkembangan semasa).

“Pembangunan RS-1 bermatlamat empat teras strategik utama iaitu pen- gukuhan sektor ekonomi, membina kesejahteraan rakyat dan keterangku-

man sosial, memacu agenda kelestari- an dan peningkatan kecekapan tadbir urus,” katanya pada 16 Julai.

Teks ucapan itu dibaca Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Juwairiya Zulkifli dalam Jelajah Usahawan Digital Selangor siri 3 anjuran Perbadanan Tek- nologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

Pada 7 Julai, Amirudin melancarkan simposium prapelancaran RS-1 diikuti siri dialog keempat-empat teras pelan tersebut.

HURAIAN EMPAT TERAS MUKA 9

INFOGRAFIK EKONOMI MUKA 16 PETALING JAYA - Sidang penuh Dewan

Negeri Selangor antara 25 Julai hingga 5 Ogos boleh ditonton secara langsung se- tiap hari menerusi SelangorTV dan Face- book Media Selangor.

Berita perbahasan wakil rakyat juga boleh diikuti menerusi portal Selangor Journal dan Selangorkini termasuk edisi Mandarin dan Tamil.

Selain perbahasan Rancangan Selangor Satu (RS-1), wakil rakyat dijangka mengulas usaha negeri menangani harga makanan, isu kemudahan sukan, bencana dan alam sekitar.

Selain itu, isu kesihatan, perubahan iklim, sampah haram dan usaha menjaga kepentingan rakyat dijangka mendapat perhatian ahli dewan.

Sidang Dewan

Negeri dua minggu

(3)

selangorkini 21 -27 Julai 2022

UTAMA

3

Oleh ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menganggarkan kos menaik taraf Sta- dium Shah Alam menelan belanja ter- lalu besar membabitkan RM787 juta.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari merujuk dapatan jawatankuasa khas yang diketuai bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor Dato’ Roslan Abdul Aziz bagi menilai pembangunan kom- pleks sukan tersebut.

“Pada hari ini, kita menganggarkan keseluruhan baik pulih stadium, da- ripada RM350 juta pada 2013 untuk selesaikan isu banjir, dan isu pokok seperti bumbung stadium, memerlu-

kan RM787 juta untuk baiki keseluru- han atau menaik taraf sahaja Stadium Shah Alam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ma- jlis penyerahan surat niat (LOI) kepada Malaysian Resources Corporation Ber- had (MRCB) di sini pada 15 Julai.

Amirudin menjelaskan kos itu ter- masuk kerja meninggikan platform stadium 1.5 meter bagi mengelak banjir berulang dan menukar sistem pendawaian elektrik.

Beliau menambah perkiraan lain meliputi penukaran struktur bum- bung dan pembaikan padang serta membaiki sistem perpaipan.

“Dan ia bukan hanya kos bagi Sta- dium Shah Alam sahaja, namun turut melibatkan Stadium Tertutup Mala-

wati yang berada di kawasan sama,”

katanya.

J u s te r u, Am i r u d i n b e r k at a jawatankuasa berkenaan yang me- neliti kedaifan stadium itu ber- pendapat lebih berbaloi untuk mem- bangunkan semula kemudahan sukan tersebut.

“Ada baiknya untuk kita melakukan opsyen (pilihan) membina baharu sta- dium ini dengan kos lebih murah atau kos yang paling tidak, sama rata de- ngan kos membaik pulih stadium ini yang menelan belanja RM787 juta,”

katanya.

Kerajaan Negeri sebelum ini berbe- lanja RM56 juta antara 2013 hingga 2022 bagi menyelenggara dan mem- baiki kerosakan di stadium berkenaan.

Anggaran RM787 juta

Kos naik taraf terlalu besar

SHAH ALAM - Malaysian Resources Cor- poration Berhad (MRCB) dipilih bagi me- naik taraf Stadium Shah Alam berdasar- kan pengalaman syarikat itu membaik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2017.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari menjelaskan keputusan itu juga mengambil kira keteguhan kewa- ngan syarikat milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau berkata demikian dalam maj- lis penyerahan surat niat (LOI) kepada MRCB yang dibuat Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim kepada Naib Presiden Eksekutif MRCB Datuk Dell Ak- bar Khan Hyder Khan.

Amirudin menjelaskan pemaju akan berbincang lebih lanjut dengan Kera- jaan Negeri berhubung rancangan un- tuk memajukan semula stadium terse- but berdasarkan terma LOI.

Rekod baik MRCB pulih stadium

Haris (dua, kiri) menyerahkan surat niat kepada Dell Akbar (kanan), disaksikan Amirudin (tengah) dan EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman (kiri), bagi membangunkan semula Stadium Shah Alam di pusat pentadbiran negeri pada 15 Julai. Foto REMY ARIFIN

SHAH ALAM - Orang ramai dipelawa berkongsi cadangan dan pandangan mengenai pembangunan Kompleks Su- kan Shah Alam yang meliputi naik taraf stadium negeri.

Sebarang idea boleh disampaikan me- nerusi Facebook dan Twitter @KompleksSu- kanSA atau disalur dalam pameran awam yang dijadual berlangsung pada September.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan ilustrasi awal stadium dan kawasan sekitar rancangan akan dipa- par dalam pameran berkenaan.

“Ia (ilustrasi) sudah siap cuma belum sempurna sebab ada satu lagi elemen pen- ting iaitu kejituan dan keselamatan bangu- nan. Jika benar-benar selamat, baru kita lak- sanakan strukturnya,” katanya pada 15 Julai.

Pameran awam kompleks sukan

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar Dato’

Seri Amirudin Shari menjelaskan pemban- gunan semula kompleks sukan Shah Alam tidak melibatkan dana Kerajaan Negeri.

"Pembangunan baru ini tidak melibat- kan sebarang dana Kerajaan Negeri, akan menumpukan kepada teknologi hijau dan mesra alam serta memberi wajah baru ke- pada Stadium Shah Alam," katanya.

Beliau menyifatkan pembangunan semu- la tersebut menandai era baharu dan detik bersejarah buat seluruh penduduk negeri.

Pada 15 Julai, Amirudin menegaskan tiada dana awam digunakan untuk pro- jek berikutan pelaksanaannya bersifat perkongsian awam-swasta.

Katanya, Malaysian Resources Corpora- tion Berhad yang membangunkan projek itu akan dianugerah pertukaran tanah un- tuk dibangunkan.

Projek tidak guna dana negeri

SHAH ALAM - Stadium Shah Alam dilanda banjir sebanyak tiga kali sejak 2006 menyebabkan pelbagai pera- latan mengalami kerosakan teruk dan kos memulihkannya menelan belanja besar.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amiru- din Shari menjelaskan kejadian perta- ma berlaku pada 2006 diikuti sembilan tahun kemudian dan kali terakhir banjir besar pada tahun lalu.

Beliau berkata bencana itu men- gakibatkan kerosakan padang, sistem pendawaian, bilik bekalan elektrik, bi- lik persalinan pemain dan aras bawah stadium berkenaan selain aspek kese- lamatan terjejas.

"Berlaku litar pintas dan tidak se- lamat untuk digunakan. Banjir 2006, kita baik pulih. Berlaku lagi 2015, kemu- dian 2021. Jadi, ia melibatkan kos un- tuk tinggikan platform supaya tidak lagi

dinaiki air pada masa depan," katanya.

Selain itu, Amirudin menambah be- berapa bahan antaranya polikarbonat yang dipasang di bumbung terpaksa diimport dan harganya mahal beriku- tan ia sukar diperoleh pada masa kini.

Beliau menjelaskan perbelanjaan minimum bagi pemasangan sekeping polikarbonat menelan belanja RM500 hingga RM1,000 sebagaimana yang Kerajaan Negeri lakukan pada 2017.

Banjir punca selenggara mahal

(4)

UTAMA

selangorkini 21 -27 Julai 2022

4

21 - 27 Julai 2022

21 - 27 Zulhijah 1443

W AKTU SOLA T

21 Khamis 5:49 5:59 7:09 1:22 4:46 7:31 8:45 22 Jumaat 5:49 5:59 7:09 1:22 4:46 7:31 8:44 23 Sabtu 5:49 5:59 7:09 1:23 4:46 7:30 8:44 24 Ahad 5:50 6:00 7:09 1:23 4:45 7:30 8:44 25 Isnin 5:50 6:00 7:09 1:23 4:45 7:30 8:44 26 Selasa 5:50 6:00 7:09 1:23 4:45 7:30 8:44 27 Rabu 5:50 6:00 7:09 1:23 4:45 7:30 8:44

5:50 6:00 7:12 1:23 4:46 7:31 8:45 5:50 6:00 7:12 1:23 4:46 7:31 8:44 5:50 6:00 7:12 1:23 4:46 7:30 8:44 5:51 6:01 7:12 1:23 4:46 7:30 8:44 5:51 6:01 7:12 1:23 4:46 7:30 8:44 5:51 6:01 7:12 1:23 4:46 7:30 8:44 5:51 6:01 7:12 1:23 4:46 7:30 8:44

5:50 6:00 7:12 1:25 4:48 7:33 8:47 5:51 6:01 7:12 1:25 4:48 7:33 8:47 5:51 6:01 7:12 1:25 4:48 7:33 8:47 5:51 6:01 7:12 1:25 4:48 7:33 8:47 5:51 6:01 7:12 1:25 4:48 7:33 8:46 5:51 6:01 7:12 1:25 4:47 7:33 8:46 5:52 6:02 7:12 1:25 4:47 7:33 8:46

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sentiasa memastikan maahad tahfiz dan rumah perlindungan persendirian beroperasi dengan selamat dan mematuhi peraturan.

EXCO Agama Islam Mohd Zawawi Ah- mad Mughni berkata Jabatan Agama Islam Selangor menyediakan draf garis panduan pemutihan bagi memastikan pembangu- nan dan kegiatan kedua-dua pusat sede- mikian mengikut syarat.

“Kerajaan Negeri amat prihatin terha- dap usaha-usaha mereka yang memban- gunkan maahad tahfiz dan rumah perlin- dungan di negeri ini,” katanya di Facebook pada 18 Julai.

Terdahulu, beliau mempengerusi mesyuarat Pemutihan Maahad Tahfiz dan Rumah Perlindungan bersama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Plan Ma- laysia) Selangor di sini.

Lebih 400 maahad tahfiz, kebanya- kannya berstatus pendaftaran sementara berikutan kegagalan memenuhi kriteria berkaitan tanah dan syarat pihak berkuasa tempatan.

Patuhi syarat demi keselamatan

Oleh NORRASYIDAH ARSHAD

SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu memberi tumpuan terhadap usaha melonjakkan sektor ekonomi yang terjejas teruk susulan penularan Covid-19.

Naib Presiden Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata perkara itu antara cabaran besar lebih-lebih lagi sektor ekonomi dijangka tidak berkembang baik pada tahun depan.

“Kena tawarkan kepada masyarakat

sasaran ekonomi yang terjejas akibat pandemik termasuk kemelesetan, ke- naikan harga barang, pengurangan bekalan makanan.

“Ini harus ditonjolkan kepada rakyat. Pentadbiran kerajaan Barisan Nasional, Perikatan Nasional tidak bercerita soal ini. Mereka lebih sibuk soal pilihan raya, siapa hendak jadi perdana menteri, siapa berkuasa,” ka- tanya.

Berucap dalam Kongres Nasional KEADILAN ke-16 pada 17 Julai, Amiru- din yang juga Dato’ Menteri Besar me-

negaskan parti itu perlu menjelaskan prinsip perjuangan mereka kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Suka atau tidak, inilah permainan lawan kita. Memerangkap kita de- ngan perkauman. Sekarang kata kita hancurkan Melayu, Islam. Namun, bila berkuasa, mereka pun tidak boleh lari dari istilah ini (perkauman) dan guna Keluarga Malaysia.

“Kita bawa politik bukan perkau- man sudah lama. Kita pertahan semua kaum. Kita adalah pelopor politik se- benar,” katanya.

Tumpu masalah rakyat

Sedia tawaran

manfaat ekonomi

SHAH ALAM - Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang akan dibentang 25 Julai ini diharap menggariskan elemen pembangunan identiti dan budaya masyarakat setempat.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Balakong Wong Siew Ki berkata aspek tersebut berkait dengan ekonomi penduduk dan memerlukan perancangan jangka panjang.

“Misalnya, pembangunan identiti boleh ditonjol melalui pelancongan tempatan. Jika kita mahu tingkatkan ekonomi, maka pelancongan salah satu daripadanya,” katanya.

Beliau juga mahu RS-1 menumpu-

kan aspek perubahan iklim berikutan Selangor antara negeri yang paling se- rius menerima dampak susulan pemba- ngunan pesat.

Wakil rakyat Bukit Lanjan Elizabeth Wong pula berkata pemerkasaan wa- nita dan kelestarian alam sekitar antara isu yang wajar diberi perhatian dalam RS-1.

“Kita mahu penglibatan wanita da- lam semua sektor termasuk peranca- ngan pembangunan, manakala isu alam sekitar membabitkan perubahan iklim.

“Sebagai negeri maju, aspek ini perlu dirancang sebaik mungkin dan teratur supaya dapat menjadi contoh kepada

negeri lain,” katanya pada 16 Julai.

Bagi ADN Taman Templer, RS-1 per- lu mengambil kira isu kesejahteraan rakyat untuk tempoh lima hingga 10 ta- hun susulan peningkatan kadar peng- hijrahan ke Selangor.

Justeru, Mohd Sany Hamzan yakin Kerajaan Negeri mampu merancang aspek berkenaan dengan menyediakan pekerjaan, perumahan dan pendidikan dengan lebih baik.

“Jika penduduk bertambah kepada lapan juta, sekurang-kurangnya kita ada persediaan. Ini bukti Kerajaan Se- langor cakna dan bertanggungjawab,”

katanya.

RS-1 tumpu isu wanita, pekerjaan

PELABUHAN KLANG - Ben Daud Indus- tries Sdn Bhd berhasrat menjadi antara pengedar utama daging di Lembah Klang dalam tempoh lima tahun akan datang melalui pembukaan gudang sejuk beku pertamanya di Pendamar, Klang.

Pengarahnya Wan Muhd Hisham Wan Hawari berkata Ben Daud berjaya mengim- port daging halal pertamanya dari India se- banyak satu kontena seberat 28 tan yang dibawa masuk pada Mac lepas.

“Kami mendapat sambutan yang baik daripada pemborong di beberapa negeri dan syarikat ini menjangka akan mengim- port satu lagi kontena dalam tempoh se- bulan hingga dua bulan lagi,” katanya pada 14 Julai.

Beliau berkata untuk tahun hadapan, tumpuan akan diberikan bagi operasi di Selangor dengan menyediakan plat- form jualan dalam talian melalui Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) dan membuka peluang kepada kepada mereka yang berminat menjadi francaisi.

Ben Daud telah ditubuhkan pada Mac 2016 sebagai pemborong dan peruncit Bumiputera dalam industri sejuk beku.- BERNAMA

Jual daging beku menerusi Sidec

SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar Dato’

Seri Amirudin Shari mengetuai delegasi Kerajaan Negeri dalam misi mempro- mosi Pameran Udara Selangor di United Kingdom.

Menerusi Facebook rasminya, beliau berkata promosi dibuat melalui platform Pertunjukan Udara Antarabangsa Farn- borough (FAI) yang berlangsung dari 18 hingga 22 Julai.

“Antara lain sempat bermesyuarat dengan Dassault Systèmes’ untuk mene-

roka ruang kerjasama melibatkan Kera- jaan Negeri melalui Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor,” katanya pada 20 Julai.

Dalam lawatannya, Amirudin turut ber- peluang mempersembah taklimat ringkas berhubung perkembangan aeroangkasa di Selangor kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Menurutnya, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berkunjung ke Pavillion Ma-

laysia yang diselenggara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Ma- laysia dan Invest Selangor.

“Di kesempatan yang sama saya turut menyempurnakan upacara prapelanca- ran Selangor Aero Park sebagai pen- genalan umum kepada khalayak yang hadir di FAI,” katanya lagi.

Pameran Udara Selangor 2022 dija- dual berlangsung selama tiga hari mulai 8 September dengan sasaran potensi nilai transaksi RM700 juta.

Promosi pameran udara di UK

(5)

selangorkini 21 -27 Julai 2022

UTAMA

5

Oleh ZAREEF MUZAMMIL

PETALING JAYA - Perpustakaan awam di Selangor bukan lagi menja- di tempat eksklusif ulat buku sebalik- nya fungsinya dipelbagai dan dise- suai mengikut keperluan semasa.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan Kerajaan Negeri sejak 2008 berusaha mengu- bah tanggapan perpustakaan tempat untuk golongan antisosial sebaliknya mengumpulkan orang ramai daripa- da usia bayi hingga warga emas.

“Di sana (perpustakaan) meng- himpunkan keperluan semasa yang pasti dikenang semua pihak.

Ia menyemarakkan fungsi perpus- takaan sebagai tempat perkem- bangan tamadun dan kebangkitan bangsa,” katanya.

Amirudin menambah gedung ilmu itu menjadi pusat pemindahan sementara mangsa banjir besar pada akhir tahun lalu manakala bahan ba-

caan disumbang kepada anak petu- gas hadapan dan pusat kuarantin ketika pandemik.

Berucap sempena sambutan Jubli Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan pemukiman sas- terawan di sini pada 14 Julai, Amiru- din berkata Kerajaan Selangor juga mempergiat usaha untuk menarik minat masyarakat berkunjung ke pu- sat ilmu termasuk meneroka bidang kesusasteraan.

"Kekuatan kita bukan hanya diukur dari sudut pembangunan ekonomi dan jaga kebajikan, tetapi bagaima- na mengisi pemikiran dan hati rakyat (dengan ilmu).

“Jadi kalau hendak (tahu berke- naan) puisi, kita ambil pembaca puisi.

Kita akan jemput rakan-rakan dalam kalangan sasterawan, seniman dan penulis,” katanya lagi.

Majlis tersebut diserikan dengan aca- ra seni antaranya deklamasi puisi Sas- terawan Negara Datuk Seri Dr A Samad Said dan Prof Datuk Dr Siti Zainon Ismail.

Tingkat usaha gamit pengunjung

Semarak

budaya baca

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri ber- cadang menyediakan anugerah Saste- rawan Selangor kepada karyawan sebagai penghargaan kepada golongan tersebut.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata anugerah itu dikhas kepada penggiat seni atau pengkarya yang banyak menyumbang kepada Selangor.

“Ini (anugerah Sasterawan Selangor) kita akan fikirkan selepas anugerah Hadiah Sas- tera Selangor (HSS). Kita akan beri kepada pengkarya yang layak, yang beri sumba- ngan kepada negeri,” katanya pada 15 Julai.

Terdahulu, Amirudin menghadiri program Pemukiman Sasterawan dan Karyawan sempena sambutan 50 tahun Jubli Emas Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) di sini.

Majlis itu dihadiri tujuh Sasterawan Nega- ra antaranya Datuk Seri Dr A Samad Said, Prof Emeritus Dr Muhammad Haji Salleh, Dato’ Dr Anwar Ridhwan dan Dato’ Baha Zain.

Kerajaan Selangor menganjurkan anugerah HSS yang dilhamkan Dato’ Men- teri Besar pada 2015 ketika menyandang jawatan EXCO Kebudayaan Negeri bagi memupuk kemahiran seni sastera dalam kalangan penulis, khususnya yang masih baharu.

Anugerah khas iktiraf sasterawan

Amirudin bersama tujuh Sasterawan Negara dalam program Pemukiman Sasterawan dan Karyawan sempena sambutan Jubli Emas PPAS di Petaling Jaya pada 14 Julai. Hadir sama Timbalan Pengerusi PPAS Dr Maszlee Malik (kiri) dan Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad (empat, kanan) Foto FIKRI YUSOF

(6)

Oleh NORRASYIDAH ARSHAD

SUBANG JAYA - Seramai 30 pemilik syarikat sekitar kawasan industri Ban- dar Puchong Jaya, dekat sini boleh menarik nafas lega apabila projek penggantian paip pembentung di- jangka siap minggu ini.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata kerja penggantian selama dua minggu melibatkan peruntu- kan kira-kira RM50,000 mem- bolehkan saliran sedia ada menampung kapasiti air sekali gus mengelakkan banjir kilat berulang.

“Banjir mula berlaku sejak Mac lalu dan ia menyebabkan ada premis terpaksa menanggung keru- gian melebihi RM100,000.

“Susulan itu, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) turun padang menyiasat dan mendapati saluran pem- bentung sempit sebagai punca. Jadi kita besarkan supaya masalah banjir tidak lagi berlaku,” katanya pada 19 Julai.

Terdahulu, Sze Han menin- jau projek berkenaan bersama Ahli

MBSJ Zon 10 Ng Seow Chen dan wakil Jabatan Keju-

ruteraan pihak berkuasa tempatan itu.

Justeru, Ahli De- wan Negeri Kinrara itu berkata masalah infrastruktur yang di- hadapi rakyat boleh diatasi segera tanpa per- lu mengeluarkan kos tinggi

sekiranya pihak berkuasa tempatan sering turun

padang.

“Jika semua pi- hak memainkan pe- ranan, sebarang ma- salah boleh selesai segera. Macam isu hari ini, tak perlu kos besar dan tak perlu tem- poh lama,” katanya.

Sementara itu, pengarah GT One Smartkey Sdn Bhd berkata pihak- nya menanggung kerugian sehingga mencecah ratusan ribu selepas ken- deraan pelanggannya ditenggelami air.

“Air naik dengan cepat dan men- gambil masa lama untuk surut. Kami terpaksa memecahkan dinding untuk keluarkan air. Harap masalah ini tidak berulang lagi selepas pembentung di- ganti,” kata Khoo Teck Seng.

UTAMA

selangorkini 21 -27 Julai 2022

6

SHAH ALAM - Program saringan percuma anjuran Jabatan Anak Istimewa Selangor (Anis) membantu ibu bapa mengenal pasti masalah anak yang lambat bertutur dalam tempoh tiga jam.

Ketua Jabatan Anis Danial Al-Rashid Haron berkata inisiatif tersebut memban- tu ibu bapa yang menunggu antara enam hingga 12 bulan jika membuat janji temu di hospital kerajaan.

“Kehadiran ibu bapa ke program sari- ngan ini amat memberangsangkan kerana rata-rata mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mengenal pasti masalah anak di pe- ringkat awal usia.

“Sejak program Saringan dan Pengesa- han Kanak-Kanak Berkeperluan Khas di Se- langor diwujudkan, kita menerima lebih 80 pendaftaran manakala yang sudah disaring seramai 16 orang,” katanya pada 19 Julai.

Beliau berkata, Anis giat mempromosi program itu memandangkan statistik pe- megang kad orang kelainan upaya (OKU) masih jauh daripada sasaran.

Katanya, ibu bapa atau penjaga yang ber- minat menyertai program tersebut boleh mengisi maklumat menerusi pautan www.

anisselangor.com/saringan atau meng- hubungi 03-5545 3170 (Pusat Anis).

Tiga jam kesan anak lewat cakap

Ganti paip pembentung

Elak banjir kilat

berulang

(7)

selangorkini 21 -27 Julai 2022

UTAMA

7

Oleh ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Festival Bon Odori kali ke-46 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam di sini berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 50,000 pen- gunjung.

Ketua pegawai eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad ber- kata jumlah kehadiran meningkat berbanding kali terakhir penganjuran

pada 2019 iaitu kira-kira 45,000.

“Setelah dua tahun tidak diadakan akibat penularan pandemik Covid-19, sambutan festival kali ini berjalan lan- car dan begitu menggalakkan.

“Pengunjung juga mematuhi tata- cara operasi piawai (SOP) dengan berpelitup muka. Itu antara ciri sesuai untuk acara berskala besar,” katanya pada 16 Julai.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut meluangkan

masa kira-kira 30 minit menyaksikan festival kebudayaan masyarakat Jepun itu.

Azrul menambah pemimpin ne- geri juga mengadakan perbincangan tidak rasmi dengan Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko bagi memperkukuh hubungan dua hala.

“Insya-Allah program anjuran Kelab Jepun Kuala Lumpur akan diteruskan lagi tahun depan berdasarkan sambu- tan diterima,” katanya lagi.

50,000 hadiri

festival budaya

Jumlah pengunjung meningkat

SHAH ALAM - Festival Bon Odori menjadi lubuk rezeki peniaga pakaian tradisional masyarakat Jepun selepas dua tahun tidak dipasarkan se- cara fizikal ekoran pandemik Covid-19.

Gerai jualan kimono, yu- kata, haori (jaket) dan obi (tali pinggang) Rohaizam Taib di Kompleks Sukan Negara Shah Alam tidak pu- tus-putus menerima kedatan- gan pelanggan sejak dibuka jam 4.30 petang.

Pembantunya Hasri Ishak, 53, me- maklumkan kira-kira 500 set pakaian

tradisional dibawa dari Kuantan, Pa- hang ke festival dan dijual pada harga

antara RM30 hingga RM70.

“Pelanggan kali ini ter- lalu ramai berbanding

pada tahun-tahun sebelum Covid-19 sehingga kami tidak menang tangan. Ada pelanggan terkejut kerana mendakwa kami jual lebih murah sedangkan harganya sama seperti dulu.

“Cuma kami memberi diskaun RM20 kepada pelanggan yang mem-

beli dalam kuantiti banyak termasuk pelajar,” katanya pada 16 Julai.

Sementara itu, peniaga corndog keju, Grace Low, 40, berkata hampir 500 daripada 700 snek berkenaan habis ter- jual sepanjang enam jam meniaga.

“Berniaga di sini memang berba- loi dan menguntungkan walaupun corndog dijual hanya RM10 iaitu le- bih murah berbanding di ekspo-ekspo makanan lain yang disertai sebelum ini.

“Selain festival dan ekspo makanan, saya juga menjual makanan Korea ini dari rumah sejak dua tahun lepas,” ka- tanya yang datang dari Ipoh, Perak.

Busana Negara Matahari Terbit laris

SHAH ALAM - Bilangan pengembara dari Jepun yang mengunjungi Selangor dijang- ka kekal ketiga tertinggi menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Se- langor Azrul Shah Mohamad berkata kedudukan itu berdasarkan rekod pada 2019 dengan mengambil kira pintu sem- padan negara itu yang mula dibuka secara berfasa.

“Dari segi sasaran, kita tiada jumlah yang spesifik tetapi diakui pelancong Jepun ke- tiga paling ramai datang ke Selangor pada dua tahun lalu (sebelum pandemik).

“Jadi memandangkan pintu sempadan negara mereka dibuka secara berpering- kat, kita mahu capai sasaran seperti tahun tersebut,” katanya pada 16 Julai.

Beliau menjelaskan majoriti pelawat dari Negara Matahari Terbit bertumpu ke- pada aktiviti eko pelancongan dan pelan- congan sukan selain ekspatriat yang beker- ja di negeri ini.

Pelancong Jepun ketiga tertinggi

SHAH ALAM - Festival tahunan Bon Odori yang dianjurkan hampir setengah abad di negara ini bertujuan mengeratkan persa- habatan antara Malaysia dan Jepun.

Duta Jepun ke Malaysia Katsuhiko Taka- hashi berkata festival ke-46 pada 16 Ju- lai bukti hubungan mesra dua hala yang dinikmati kedua-dua negara.

“Tahun ini menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik antara Malay- sia dan Jepun serta sambutan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur, Malaysia.

"Jawatankuasa penganjur Bon Odori berharap upacara ini menjadi satu lagi pe- luang untuk mengukuhkan lagi hubungan rakyat Jepun dan Malaysia,” katanya.

Takahashi berkata kira-kira 1,500 syarikat Jepun melabur di Malaysia dengan mena- warkan peluang pekerjaan serta menyum- bang kepada ekonomi negeri dan negara.

Erat hubungan dua negara

PETALING JAYA - Misi Selangor Penyayang (MSP) 2.0 diteruskan membabitkan Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) dari 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) bertolak ke Baling, Kedah pada 20 Julai.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata misi kali ini memberi bantuan kepada mangsa banjir lumpur pada awal bulan dan semua pasukan bergerak dari pejabat masing-masing dan berkumpul di sana.

“Pada MSP 1.0, seramai 262 anggota PBT bersama ahli sukarelawan digerakkan ke Baling membantu mangsa.

“Sepanjang di sana, sebanyak 90 tan sampah pukal di bawa keluar. Kita harap usaha itu meringankan beban mangsa.”

Bantuan pascabah Baling diteruskan

Orang ramai menyaksikan tarian kebudayaan masyarakat Jepun sempena Festival Bon Odori ke-46 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai. Foto Remy Arifin

(8)

UTAMA

selangorkini 21 -27 Julai 2022

8

Oleh SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyumbangkan RM120,000 bagi membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.

Sebanyak RM50,000 wang tunai dan 500 pek makanan asas dengan nilai sama disumbang Mais manakala Yide memperuntuk RM20,000 untuk 100 selimut dan 100 unit dapur.

Menurut kenyataan Facebook pada 16 Julai, sumbangan tunai daripada

Mais akan diberi kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk diagih ke- pada mangsa banjir.

“M ais bersama agensi dan anak syari- kat sentiasa bersiap sedia untuk memberi bantuan kepada mere- ka yang memerlukan,” kata kenyataan itu lagi.

Pada 16 Julai, Pengerusi Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof melepas- kan konvoi Mais bersama agensi dan anak syarikat yang diketuai Setiausa-

hanya Dr Ahmad Shahir Makhtar.

Turut sama, Pengurus Besar Yide Nur Mohd Raza- li Abdullah dan Pengu- rus Besar Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd dan Bakti Suci Holding Sdn Bhd Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim.

Hujan lebat hampir tiga jam di Baling pada 4 Julai lalu menye- babkan paras air Sungai Kupang melimpah memasuki kediaman pen- duduk berdekatan selain mengor- bankan tiga nyawa.

Bantuan tunai, makanan Mais dan Yide

RM120,000 bantuan pascabah di Baling

SHAH ALAM - Yayasan Hijrah Selangor (Hij- rah Selangor) mempelawa individu untuk menyertai peraduan mencipta logo dan nama bagi platform beli-belah agensi itu.

Pemenang berpeluang memang wang tunai RM2,500 iaitu RM1,000 masing-ma- sing bagi kategori logo terbaik dan nama terbaik, kategori pilihan netizen (RM200) dan enam sagu hati bernilai RM50.

“Tunggu apa lagi? Serlahkan kreativiti anda dengan kami. Hantarkan penyertaan anda sekarang,” menurut kenyataan Hijrah.

Penyertaan bermula dari 18 sehingga 31 Julai 2022. Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui forms.gle/gYGJAyt6zrb- P22Yk6

Hijrah tawar hadiah RM2,500

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mempe- runtuk sebanyak RM100,000 bagi mem- bina pagar gelanggang bola keranjang Sepang dekat sini.

Perkara tersebut dimaklumkan EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han ketika merasmikan pertandingan anjuran Per- satuan Bola Keranjang Sepang pada 19 Julai.

“Ini merupakan kali kedua saya jejak ke gelanggang ini dan teruja dengan keme- riahan dibanjiri pemain dan penonton.

“Sudah pasti sukan bola keranjang ini satu acara sukan yang dapat menyatukan penduduk kampung di samping melahir- kan sebuah komuniti yang sihat dan ber- tenaga,” katanya menerusi Facebook.

Dalam perkembangan lain, Sze Han turut memaklumkan kerja naik taraf ge- langgang bola keranjang Banting dengan kos berjumlah RM230,000.

RM100,000 naik taraf gelanggang

KUALA LUMPUR - Individu sihat berumur 50 hingga 59 tahun diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vak- sin Covid-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu berdasarkan syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) bawah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk per- lindungan daripada risiko penyakit yang teruk akibat Covid-19.

“KKM telah meningkatkan peratusan individu yang layak menerima vaksin dos penggalak bagi mengurangkan penularan jangkitan, jangkitan serius serta kematian.

“KKM menggesa agar semua individu yang layak tampil untuk mendapatkan perkhidmatan ini supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan yang optimum terhadap penyakit Covid-19,” katanya men- jawab soalan Ahli Parlimen Kota Samara- han Datuk Rubiah Wang di Dewan Rakyat pada 19 Julai.- BERNAMA

Pilihan ambil dos penggalak

PETALING JAYA - Pengusaha in- dustri kecil dan sederhana (IKS) disaran memanfaatkan pro- gram Jelajah Usahawan Di- gital Selangor bagi mening- katkan prestasi jualan.

Setiausaha politik Dato’

Menteri Besar Juwairiya Zulkifli berkata program itu mendedahkan peserta terhadap strategi menjana pendapatan tamba- han melalui perniagaan dalam talian.

“Usahawan IKS perlu ambil peluang

ini dengan menggunakan teknologi terkini dalam perniagaan melalui

pendekatan promosi, jualan dan pemasa- ran ke arah pendigi- talan.

“Menerusi dua siri jelajah di Gombak dan Batang Kali, hampir 500 peserta terlibat. Ini menun- jukkan usahawan mahu menambah pendapatan dan meningkatkan presta-

si perniagaan,” katanya pada 16 Julai.

Terdahulu, beliau yang mewakili Dato' Menteri Besar Dato' Amirudin Shari merasmikan jelajah siri 3 anjuran Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Program itu bermula di Gombak pada Mac yang disertai sembilan rakan kerja iaitu PG Mall, EasyStore, Dropee, Lazada, J&T, Yayasan Hijrah Selangor, Seldec, SSM dan Shopee.

Jelajah digital tingkat prestasi niaga

SHAH ALAM - Rancangan Selangor Satu (RS-1) merangkum pelan lima ta- hun pembangunan bagi menentukan hala tuju negeri seterusnya memba- wa kesejahteraan kepada penduduk.

Sisipan edisi 28 Julai-3 Ogos me- maparkan perincian rancangan tersebut meliputi empat teras iaitu ekonomi, sosial, kelestarian dan tad- bir urus berkesan.

Garis panduan berkenaan dihurai menerusi sembilan sektor tumpuan antaranya pelabuhan dan logistik, pelancongan, aeroangkasa, halal dan ekonomi digital.

Turut dikongsi, program yang di- susun melalui keempat-empat teras

yang bakal dibentang Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada si- dang Dewan Negeri Se- langor pada 25 Julai.

Sempena sambu- tan Maal Hijrah, sisipan juga memaparkan kisah Daiyan Trisya, artis muda yang meningkat naik, selepas pulang mengerjakan ibadah um- rah di Makkah.

Pelakon dan penyanyi itu mula ge- mar membaca terjemahan al-Qu- ran dan menghayati makna kalimah Allah SWT. Beliau juga menjelaskan kriteria pemilihan watak setiap kali mendapat tawaran berlakon.

Selain itu, qariah ne- geri Sofizah Mousin, 33, yang menjuarai Majlis Tila- wah Hazafan al-Quran pering-

kat kebangsaan pada Jun berkongsi pengalaman melagukan bacaan

kitab suci di dalam kereta.

Guru Sekolah Me- nengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya itu mengakui tu- gasnya sebagai pendidik dan ibu dua anak menyebab- kannya kesuntukan masa serta ha- nya sempat berlatih semasa meman-

du berulang alik ke tempat kerja.

Mula belajar tara- num sejak tingkatan

satu, anak bongsu daripada sembilan beradik juga pernah menjuarai tilawah al-Quran antara uni- versiti pada peringkat Asia Tenggara.

Liputan khas Rancangan Selangor 1

(9)

Tahan sakit jadi

‘Mat Kilau’

14

Negeri Pintar, berdaya huni dan makmur

Dunia masa kini tidak menentu. Paling ketara,

penularan wabak Covid-19 yang mendalam kesannya sehingga menjejaskan banyak aspek kehidupan.

Begitu juga perang Ukraine- Rusia, kenaikan harga makanan serta komoditi dan ramalan

kemelesetan ekonomi di beberapa negara utama yang mengancam dunia.

Selangor harus bersiap sedia mengharungi saat-saat tidak menentu ini. Untuk itu, Kerajaan Negeri menyediakan pelan

pembangunan lima tahun 2021- 2025 dengan tema Negeri Pintar, Berdaya Huni dan Makmur.

Rancangan Selangor Satu (RS- 1) menyediakan empat teras yang menyeluruh. Bukan sahaja menekankan pembangunan ekonomi, ia juga menitik berat kebajikan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Berdasar maklumat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, wartawan AMIN RIDZUAN ISHAK

menggariskan empat teras RS-1, sasaran, petunjuk kejayaan dan bidang tumpuan.

T

anggal 25 Julai menjadi satu detik baharu untuk warga negeri ini. Julung kalinya satu pelan hala tuju lima tahun diperkenal bertujuan melonjak status Selangor sebagai negeri pintar, berdaya huni dan makmur menjelang 2025.

Pastinya ramai berminat mengikuti rapat pembentangan Rancangan Selangor Satu (RS-1) oleh Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Limpahan kesan pelaksanaan pelan pembangunan itu pasti dirasai kelak di peringkat nasional.

Pelbagai pihak mahu mengetahui perancangan Kerajaan Negeri memandangkan status Selangor sebagai negeri paling maju. RS-1 juga selaras Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), dibangunkan kerajaan persekutuan. Kedua-duanya perlu seiring untuk memastikan kelangsungan ekonomi negara.

Empat tema utama menjadi panduan bagi menjayakan perancangan itu. Pertamanya, ekonomi diikuti sosial, kelestarian dan tadbir urus berkesan, seperti diumum Amirudin pada simposium prapelancaran RS-1 2021-2025 pada 7 Julai. (Lihat rajah muka 10)

Pengukuhan ekonomi pastinya menjadi tumpuan mengambil kira aspirasi mengukuhkan Selangor sebagai pusat pertumbuhan. Turut disasar hasrat menjadikan negeri ini sebagai destinasi pelaburan utama dalam Malaysia dan rantau Asia.

Teras itu akan menekankan kepada sembilan sektor tumpuan, antaranya pelabuhan dan logistik, pelancongan, aeroangkasa, halal dan ekonomi digital.

Kerajaan akan menyelaras pembangunan serta pelaburan daripada syarikat bertaraf antarabangsa dan 'unicorn'. Kelebihan negeri dalam sektor berkenaan akan dipacu bagi membolehkan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan.

Jana hasil

Penjanaan pendapatan dan kebajikan pula antara enam bidang tumpuan bagi teras sosial.

Kerajaan Selangor akan memastikan semua lapisan masyarakat berpeluang menjana hasil, selain melaksana intervensi sosial bersasar untuk miskin bandar serta luar bandar. Pada masa sama teras sosial ini berupaya memperkasa masyarakat dengan teknologi.

Teras kelestarian pula menampilkan usaha memulihara alam sekitar untuk generasi masa depan. Lima bidang tumpuan ditetapkan antaranya daya tahan serta pengurusan bencana, pengurusan air dan negeri rendah karbon.

Menerusinya, Kerajaan Negeri merancang menyediakan pembangunan awam pintar, mengutamakan kelestarian alam sekitar dan komitmen ke arah masa depan rendah karbon.

(10)

pancawarna

10

RANCANGAN SELANGOR SATU (RS-1) MENGGARISKAN EMPAT TERAS PEMBANGUNAN DALAM TEMPOH LIMA TAHUN

Teras terakhir iaitu tadbir urus S.M.A.R.T pula diperkenal bagi membina kerajaan yang produktif dan bertanggungjawab dalam menyempurnakan mandat massa.

Menggunakan pendekatan berpaksi rakyat, pelbagai sumber serta transformasi teknologi akan dimanfaatkan untuk meningkatkan sistem penyampaian awam.

Lima bidang tumpuan dalam teras itu antaranya penjajaran strategik matlamat serta dasar, pengurusan prestasi dan tenaga kerja tangkas.

Bagi menjayakan kesemuanya, pihak berkuasa negeri menyusun 101 program dan inisiatif di bawah teras ekonomi, sosial (72), kelestarian (38) dan tadbir urus (51).

Kerajaan Negeri juga menetapkan 14 petunjuk makro sebagai petunjuk pencapaian. Berikut pecahan mengikut tema strategik RS-1:

Ekonomi

Purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 6.5 hingga 7 peratus setahun

Raih pelaburan RM25 hingga 35 bilion setahun

Guna tenaga 3.5 juta hingga 3.8 juta pekerja

70 peratus daripada 100 premis guna internet berkelajuan tinggi

Sosial

Tambah pendapatan isi rumah penengah kepada RM9,290

Turun miskin mutlak kepada 0.7 peratus

Rekod miskin relatif kepada 11 peratus

Catat skor 8.0 Indeks Kesejahteraan Keluarga Kelestarian

Kurang 35 peratus intensiti gas rumah hijau berdasar KDNK

Sedia air bersih 24 jam

15 peratus kadar kitar semula sisa Tadbir urus

Selesai 100 peratus projek RS-1 berimpak tinggi

Semua pihak berkuasa tempatan negeri pada kedudukan 10 terbaik

85 peratus perkhidmatan digital awam

RS-1 turut menampilkan strategi pembangunan berfokus geografi yang membolehkan lebih banyak kawasan menikmati laba ekonomi.

Rancangan itu juga membantu pertumbuhan

daerah luar bandar. (Lihat infografik muka 16)

Kerajaan Negeri merancang mewujudkan

Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor

Selatan (IDRISS) di Sepang serta Kuala Langat dan Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) yang memanfaatkan pertanian berteknologi tinggi.

Zon Pembangunan Ekonomi Gerbang Maritim Selangor (ZPE SMG) juga dirancang dibangunkan. Ia mempercepat pertumbuhan ekonomi, memulihara alam sekitar, melestari kehidupan, mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik dan peluang kerja.

RS-1 membuktikan iltizam Kerajaan Selangor menyediakan perancangan menyeluruh yang tidak hanya kepada keuntungan semata-mata tetapi mengutamakan kepentingan alam sekitar serta kesejahteraan hidup.

Grafik ihsan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor

(11)

H

ati Suriani Mohamed runsing melihat peti sejuk beku di kedai

runcitnya rosak.

Jika tidak dibaiki segera atau diganti, pasti pendapatannya terjejas kerana tidak dapat beroperasi seperti biasa bahkan rugi kerana bahan mentah jualannya rosak.

Wanita berusia 42 tahun itu mencari jalan mengatasi masalah berkenaan secepat mungkin. Tatkala berdepan saat sukar, beliau diberitahu mengenai

Geran Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS), diperkenal Kerajaan Negeri bagi membantu peniaga kecil.

Lantas Suriani memohon inisiatif itu dan kurang sebulan, beliau mendapat khabar gembira permohonannya lulus segera.

“Alhamdulillah peralatan yang saya minta iaitu peti sejuk tiga pintu dan mesin peti tunai diluluskan,” kata peniaga kecil itu seperti dilaporkan Selangorkini.

Suriani antara 14 usahawan menerima bantuan peralatan dalam program Jelajah Selangor Penyayang (JSP) di padang Taman Kosas, Ampang pada 19 Jun lalu.

DUMS diperkenal Kerajaan Negeri mulai tahun ini bagi membantu peniaga kecil Selangor meningkatkan hasil jualan. Sejumlah RM2 juta

disalur kepada usahawan mikro melalui sembilan daerah.

Setiap pemohon yang menepati syarat dan kelayakan dipertimbang untuk menerima bantuan sehingga RM30,000.

Pelbagai inisiatif baharu dan ditambah baik

untuk rakyat termasuk DUMS boleh disaksikan pada program JSP. Dasar itu dijayakan menerusi

peruntukan RM350 juta supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan

Kerajaan Negeri.

Setakat ini, jelajah itu telah singgah di Ampang, Hulu Langat, Dataran Pantai Morib, Kuala Langat (25 Jun) dan Stadium Utama, Kuala Selangor (2 Julai).

Kembang operasi Pada 24 Julai, program itu akan diadakan pula di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan

dijadual berakhir di Padang Awam Batu Caves, Gombak pada 31 Julai.

Inisiatif Kerajaan Negeri memajukan usahawan di negeri ini turut dirasai seorang penternak kambing dan lembu, Nur Amalina Syam Tabri. Wanita berusia 27 tahun itu mendapat pembiayaan sebanyak tiga

kali daripada Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah).

Mulanya, wanita itu

ditawarkan RM10,000 disusuli pinjaman kedua berjumlah

RM20,000 dan terbaharu RM30,000 yang disampaikan pada program jelajah di Kuala Langat. Nur Amalina antara 20 usahawan Hijrah menerima skim pembiayaan ketika itu.

Seperti Suriani, Nur Amalina juga tidak menyangka permohonan menambah pembiayaan dilulus segera. Mungkin kerana komitmennya membayar pinjaman

sebelum ini secara konsisten.

Dana itu mahu digunakannya untuk mengembangkan operasi. Cadangannya mahu membeli makanan haiwan, baik pulih kandang serta tambah 40 ekor lembu dan 30 kambing.

Meningkat daya saing dan kemampuan usahawan wanita antara fokus Kerajaan Negeri menerusi Hijrah. Tahun ini sejumlah RM120 juta diperuntuk bagi tujuan itu.

Jelajah itu turut melegakan seorang pemandu lori, P Murugan dari

Taman Bendahara, Kuala Selangor. Pesakit jantung

itu dipilih menerima bantuan RM50,000

bagi menanggung sebahagian daripada kos rawatannya.

Menjalani rawatan sejak 12 tahun lalu, bapa kepada lima anak itu sudah melalui tiga pembedahan pada 2010, 2016 dan 2019. Kosnya mencecah RM48,000.

Memandangkan gaji tidak seberapa sebagai pemandu lori, akui Murugan, beliau terpaksa meminta simpati daripada rakan serta saudara bagi membayarnya.

“Tanpa bantuan ini, sukar untuk buat rawatan dan ambil ubat di hospital,” kata penerima Skim Rawatan Jantung yang mula diperkenal pada 2018 dengan dana RM10 juta.

Untuk 2019 sehingga tahun ini, RM5 juta diperuntuk dengan mengutamakan golongan dari keluarga berpendapatan rendah (B40). Skim berkenaan dilaksana di bawah program Iltizam Selangor Sihat (ISP) yang dilancar pada JSP di Ampang.

selangorkini 21 - 27 Julai 2022

11

Jamin hayat peniaga

kecil, elak rugi

(12)

12

pancawarna

ƒ peserta dapat peti sejuk beku bersaiz 5.5 liter

ƒ makanan yang dijual perlu dapat sijil halal JAKIM

SKIM HIJRAH SELANGOR

ƒ salur pembiayaan RM3.42 juta kepada usahawan di Kuala Langat

ƒ skim i-Bisnes, Zero to Hero, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim

ƒ seramai 20 usahawan terima bantuan Hijrah di Kuala Langat

DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR (DUMS)

ƒ peruntukan belian alatan perniagaan sehingga RM30,000 setiap seorang

ƒ babit peruntukan RM155,200 PLATFORM SELANGOR (PLATS)

ƒ 139 peniaga di Kuala Langat daftar PLATS

ƒ bantu peniaga jana pendapatan menerusi jualan atas talian

STADIUM KUALA SELANGOR, STADIUM KUALA SELANGOR, KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR

BERTEMAKAN Kesihatan Berkualiti Rakyat Terbela, inisiatif kesihatan Selangor dilancar- kan dalam jelajah ini.

Ia meliputi Iltizam Selangor Sihat, Bantuan Sihat Selangor, Skim Rawatan Jantung dan Peduli Sihat Penjawat Awam. Antara pro- gram dijalankan:

PELANCARAN SERTA PENYERAHAN ILTIZAM SELANGOR SIHAT

ƒ diperkenal 2 Julai

ƒ manfaat 100,000 penduduk

ƒ rawatan asas sehingga RM500,

perlindungan insurans sehingga RM5,000 serta khairat kematian RM1,000

ƒ turut tawarkan vaksinasi

PENYERAHAN BANTUAN SIHAT SELANGOR

ƒ diperkenal sejak 2019

ƒ tampung kos rawatan kesihatan golongan kurang mampu

ƒ antaranya pembedahan katarak mata, dialisis, pembedahan kecil dan rawatan rumah pesakit terlantar

PENYERAHAN SKIM RAWATAN JANTUNG

ƒ lima penerima

ƒ pembiayaan sehingga RM50,000

ƒ terbuka kepada individu yang pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000 sebulan

ƒ sejak 2018 hingga 6 Julai seramai 257 pesakit dapat manfaat membabitkan kos RM4.03 juta

PENYERAHAN PEDULI SIHAT PENJAWAT AWAM

ƒ sebagai simbolik, lima penjawat awam terima skim berkenaan di Kuala Selangor

ƒ khusus untuk kakitangan kerajaan di Selangor Gred 44 dan ke bawah

ƒ had rawatan kesihatan dan perubatan sehingga RM10,000 setahun

ƒ faedah kematian akibat kemalangan atau semulajadi (RM10,000) dan kecacatan kekal (RM10,000)

BANTUAN ANAK SELANGOR ANAK SIHAT (ASAS)

ƒ kit nutrisi RM400 sebulan

ƒ mengandungi susu tepung penuh krim, biskut, bijirin dan multivitamin

ƒ disalurkan selama lima bulan berturut- turut kepada kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun

ƒ bantu penyerapan kalsium serta menguatkan tulang

ƒ di Selangor 720 kanak-kanak layak terima

ƒ RM1 juta diperuntuk

BANTUAN SEKOLAH TAHUN 2022

ƒ lima sekolah di Kuala Selangor terima bantuan

ƒ tambah baik prasarana sekolah kerajaan dan swasta

ƒ permohonan diperluas kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan

ƒ sebelum ini hanya untuk sekolah agama rakyat atau sekolah rendah agama integrasi (berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor), sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan Tamil, sekolah mubaligh dan sekolah menengah jenis kebangsaan INSENTIF PROJEK PEMBANGUNAN TANAMAN, TEKNOLOGI FERTIGASI DAN HILIRAN PERTANIAN (IAT)

ƒ insentif RM1.3 juta

ƒ 1,613 warga tani di Kuala Selangor

ƒ petani projek tanaman buah-buahan, sayur-sayuran, padi, fertigasi, kelapa dan makanan proses

DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR (DUMS)

ƒ 11 usahawan di Kuala Selangor terima dana

ƒ bantuan peralatan sehingga RM30,000

ƒ buka peluang kepada usahawan mikro pelbagaikan produk

ƒ peruntukan RM203,200 SKIM HIJRAH SELANGOR

ƒ 28 usahawan terima bantuan

ƒ 12 usahawan Tanjung Karang dan 16 cawangan Kuala Selangor

ƒ dana RM349,000

ƒ melibatkan bantuan input seperti biji benih, baja dan mesin

ƒ bantu tingkat hasil dan kualiti SERAHAN ASET KEPADA PEJABAT DAERAH TANAH

ƒ aset komunikasi teknologi maklumat untuk kawalan operasi bencana

ƒ diterima pejabat daerah tanah di Hulu Langat dan Sepang

DANA USAHAWAN MIKRO SELANGOR (DUMS)

ƒ 14 usahawan di Hulu Langat terima geran bantuan peralatan perniagaan

ƒ RM249,128 diperuntuk

ƒ bantuan peralatan maksimum RM30,000 seorang

AMPANG JAYA, HULU LANGAT AMPANG JAYA, HULU LANGAT

MEMBUKA tirai di daerah Hulu Langat den- gan tema Kehidupan Bermartabat, jelajah itu menumpukan perumahan sebagai fokus.

Justeru, 70,000 unit Rumah Idaman Ment- eri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ditawar sepanjang jelajah kali ini. Program penyerahan dijalankan antaranya:

RUMAH SELANGORKU IDAMAN

ƒ 2,103 unit Rumah Selangorku Idaman diterima Lembaga Perumahan dan

Hartanah Selangor (LPHS) daripada rakan strategik MBI

ƒ untuk program Skim Sewa Milik Selangorku

ƒ unit di Shah Alam, Kuala Selangor, Kajang, Hulu Selangor, Selayang dan Sepang

ƒ 26 projek perumahan

ILTIZAM SELANGOR SIHAT

ƒ dapat manfaat perlindungan kematian berjumlah RM6,000

ƒ daripada jumlah itu, RM5,000 bagi khairat kematian dan bakinya, RM1,000 bagi kos pengebumian

SERAHAN SURAT TAWARAN RUMAH SELANGORKU

ƒ melibatkan rumah jenis B, Pangsapuri Selangorku Kayangan di Setia Ecohill Semenyih, Kajang

ƒ harga rumah daripada RM100,000

ƒ lengkap dewan serbaguna, taman

permainan, gimnasium, surau, taska serta kawalan keselamatan 24 jam

INSENTIF JABATAN PERTANIAN

ƒ terima modal tambahan babitkan peruntukan lebih RM400,000

MORIB, KUALA LANGAT MORIB, KUALA LANGAT

BERLANGSUNG di Dataran Pantai Morib, pro- gram Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dilan- carkan Amirudin menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dan dilaksana bermula Julai.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga. ISP juga menambah baik inisiatif termasuk memperluas saringan kepada lelaki mengesan barah kolon.

Bertemakan Memperkasa Ekonomi Manu- siawi, bantuan diserahkan dan dilancar ialah:

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)

ƒ inisiatif diperkukuh daripada KISS

ƒ bantu 30,000 keluarga di Selangor

ƒ peruntukan RM108 juta

ƒ terima manfaat RM3,600 dalam setahun mulai Julai

INISIATIF HALAL SURI DARUL EHSAN

ƒ bantuan jualan makanan sejuk beku

selangorkini 21 - 27 Julai 2022

13

S

elangor meneruskan tradisi membela rakyat sejak 2008 dengan pakej bantuan lebih banyak manfaat. Terbaharu siri Jelajah Selangor Penyayang dilancarkan bermula di daerah Hulu Langat pada 19 Jun.

Usaha mendekati rakyat pascapandemik ini diteruskan ke Pantai Morib, Kuala Langat (25 Jun) dan Kuala Selangor (2 Julai).

Dua lagi bakal menyusul, Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (23 Julai) dan Padang Awam Batu Caves, Gombak (31 Julai).

Iltizam Selangor Penyayang disusun semula daripada Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang asalnya berjumlah lebih 30 pakej bantuan.

Seiring dengan keperluan rakyat, Kerajaan Selangor menambah perbelanjaan sehingga RM600 juta bagi menjayakan insentif- insentif berkenaan.

“Kita membelanjakan RM600 juta setahun dan Alhamdulilah lebih banyak kita berikan semakin banyak hasil yang diperoleh.

Buktinya walaupun kita berdepan pandemik, Selangor masih mengutip cukai yang baik dan melebihi sasaran.

“Walaupun kita belanja tinggi, rizab negeri masih berada pada tahap yang selesa lebih daripada RM3 bilion sebagai mana pencapaian Menteri Besar sebelum-sebelum saya,” kata Dato’

Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Perbelanjaan itu merangkumi lebih 40 pakej bantuan kepada kanak-kanak, wanita, pelajar, orang kurang upaya, petani dan peniaga kecil dalam bidang kesihatan, pendidikan, perumahan dan keusahawanan. Wartawan NADIAH ZAMLUS menyusun maklumat insentif untuk rakyat pada tiga jelajah berkenaan.

ƒ tingkat jualan, produktiviti dan ringan beban pengusaha SKIM HIJRAH SELANGOR

ƒ 20 penerima terima pembiayaan

ƒ 11 usahawan dari cawangan Hijrah Ampang dan 9 lagi Hulu Langat

ƒ pembiayaan sebanyak RM6.56 juta

ƒ penerima terdiri usahawan baiki komputer, pembekal ayam, kedai roti, kelas muzik, kosmetik dan pakaian terpakai

SKIM SMART SEWA

ƒ serah perjanjian pembelian 50 unit Skim Smart Sewa kepada Kerajaan Negeri

ƒ dibina oleh Setia Ecohill Sdn Bhd

Tradisi bela rakyat

Referensi

Dokumen terkait

pertukaran informasi peringatan dini tsunami dan prosedur evakuasi kepada masyarakat. Saran untuk Pembangunan Kapasitas Lokal dan Sosialisasi. Pembangunan Kapasitas Lokal

Puji Syukur atas ke hadirat Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penyusunan skripsi yang berjudul Sêrat Babad Banyuurip (Suatu Tinjauan Filologis

Pada daftar kata word features yang dibuat dalam penelitian ini, POS-Tagging dengan kelas kata NN memiliki nilai probabilitas yang lebih tinggi untuk kata

Dengan mencari pada F-tabel, dengan df1= 2 dan df2= 70 , diperoleh nilai F-tabel 3,30.Dengan kondisi dimana F- hitung lebih besar daripada F-tabel (1.678> 3,30)

Tes R-FCI berupa tes isomorfik (konsep dan konteks sama) berbentuk pilihan ganda dengan tiga representasi berbeda (verbal, diagram/grafik, dan vektor/piktorial). R-FCI terdiri dari

2021 Econsave Hypermarket, Pandamaran, Selangor 2021 Harbour Place Mall (Refurbishment), Klang, Selangor 2021 Sunway Medical Centre (Phase 4), Bandar Sunway, Selangor 2021 The

Dasar pelaksanaan kegiatan SUPM Pontianak tahun 2016, mengacu kepada Sistem Akuntabilitas Kinerja Instansi Pemerintah (SAKIP), yang terdiri dari kebijakan yang telah ditetapkan

Atas dasar asumsi dasar tersebut maka peneliti tertarik untuk mengkaji masalah dalam penelitian ini dengan lebih mendalam, dengan mengemukakan judul: