• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBANDINGAN HAMZAH FANSURI and ANDREW H

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERBANDINGAN HAMZAH FANSURI and ANDREW H"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

Perkembangan sastera sebagai sebuah disiplin ilmu telah memperlihatkan munculnya cabang ilmu Sastera Bandingan pada zaman moden iaitu sekitar abad ke-19 di Perancis. Lebih tepat lagi iaitu pada tahun 1827 ketika Abel Villemain dari Perancis memberikan sesi kuliahnya di Universiti Sorbonne, Paris. Villemain merupakan orang yang pertama yang menggunakan istilah ‘Sastera Bandingan’ dan meletakkan asas-asas dan ruang lingkup bagi kajian kesusasteraan ini. Kemunculan disiplin ilmu ini memberi ruang kepada pengkaji sastera untuk melakukan perbandingan dari sudut perbezaan dan persamaan antara sebuah sastera nasional dengan sebuah sastera nasional yang lain. Aspek perbandingan boleh dilihat melalui kajian pengaruh, tema, terjemahan, sejarah nasional dan sebagainya. Hal ini kerana masih terdapat kemusykilan dalam kalangan sarjana sastera mengenai garis panduan bagi Sastera Bandingan. Sarjana aliran Perancis cenderung melakukan perbandingan yang bersifat ilmiah dan bukannya estetik seperti yang dilakukan oleh aliran Amerika yang bersifat terbuka dalam melakukan perbandingan sastera.

Walaupun disiplin ilmu ini telah berkembang sejak abad ke-19 lagi, namun, masih terdapat kecelaruan dalam menentukan takrif bagi disiplin ini. Aliran Perancis mendifinisikan sastera bandingan sebagai ilmu bandingan antara dua atau lebih daripada dua kesusasteraan. Manakala, bagi aliran Amerika lebih menekankan perbandingan bahan-bahan sastera dengan psikologi, sosiologi, seni lukis, muzik, falsafah, politik dan lain-lain. Inilah perbezaan besar yang membezakan kedua-dua aliran ini.

(2)
(3)

1.0 PERKEMBANGAN SASTERA DI NUSANTARA

Perkembangan sastera di Nusantara sering dikaitkan dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Kesusasteraan di rantau ini dapat dikaji dalam dua zaman iaitu sebelum kedatangan Islam dan selepas datangnya Islam. Sebelum pengaruh peradaban Islam mula bertapak di rantau ini, wujudnya pengaruh peradaban India sejak dari kurun pertama Masehi sehingga kurun ke-14 dalam bentuk dua falsafah agama iaitu Hinduisme dan Buddhisme.1 Penyebaran kedua-dua agama ini telah memberi kesan

nafas baru kepada kebudayaan tempatan yang sedia ada di nusantara.

Golongan Brahmana telah memainkan peranan penting dalam usaha mengembangkan peradaban India di samping pedagang-pedagang India dan orang-orang tempatan. Kesan pertembungan kedua-dua kebudayaan ini lahirlah organisasi sosial yang berbentuk negara dan negara-kota. Selain itu, wujudnya empayar-empayar yang telah meluaskan pengaruh dari ibu kotanya. Hal ini menyebabkan wujudnya kegiatan-kegiatan kesusasteraan terutama di istan. Namun, malangnya tidak ada sebarang hasil kesusasteraan zaman ini yang terselamat dan sampai kepada kita pada hari ini.2

Kebanyakan inskripsi-inskripsi yang ditemui di Nusantara ditulis dalam bahasa Sanskrit dan juga Melayu kuno. Melalui bahan-bahan inilah para pengembara dapat mengkaji mengenai sejarah dan peristiwa yang berlaku di rantau ini. Contohnya, di Sumatera dijumpai empat buah inskripsi dan dan satu lagi di Kota Kapur di Pulau Bangka yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Bersumberkan inskripsi ini dapat diketahui mengenai kewujudan kerajaan Buddisme di Palembang yang diberi nama kerajaan Sri Vijaya. Kerajaan ini sama seperti catatan yang dilakukan oleh I-Ching iaitu Shih-li fo-Shih.

Selain itu, terdapat juga kerajaan Majapahit yang berkuasa di rantau ini (1293-1520). Nagarakrtagama yang dikarang oleh Prapanca pada 1365 ada menyebut lebih daripada 15 negeri yang ditakluknya di Semenanjung Tanah Melayu. Antaranya ialah

1 Palaniappan. 1984. Sumbangan Kesusasteraan India Kepada Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Tradisional. Sari Jurnal Institut Bahasa , Kesusasteraan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Melayu

(2).hlm.127.

2 Palaniappan. 1984. Sumbangan Kesusasteraan India Kepada Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Tradisional. Sari Jurnal Institut Bahasa , Kesusasteraan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Melayu

(4)

Hujung-medini (Johor), Lengkasuka, Kelanten, Tringgano, Tumasik, Kelang, Keda, Jere dan Kanjapiniran. Dengan demikian, bolehlah dikatakan bahawa berkemungkinan darah-daerah ini turut terlibat dalam menghasilkan karya sastera yang berasaskan kepercayaan Hinduisme dan Buddisme serta mencampur-adukkan dengan unsur-unsur tempatan yang sedia ada.

Selepas itu, Islam datang ke rantau ini pada abad ke-7 yang dibawa oleh para ulama luar yang rata-ratanya adalah para pedagang telah mengubah kehidupan masyarakat nusantara secara keseluruhan termasuklah dari segi kesusasteraannya. Hamka telah melakukan kajian menggunakan sumber cina dan tulisan T.W. Arnold Toynbee yeng menyatakan dakwah Islam di nusantara adalah sekitar abad ke-7 Masehi.3

Kemasukan agama Islam telah memainkan peranan penting mengislamisasikan masyarakat tempatan yang rata-ratanya beragama Hindu dan menukar corak pemikiran mereka berlandaskan Islam.4 Selain itu, kedatangan Islam

juga mengilhamkan pengkayaan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan. Bukan sahaja buku-buku yang berunsur agama ditulis dengan huruf jawi bahkan pelbagai buku kesusasteraan seperti hikayat, cerita-cerita penglipur lara, sama ada berbentuk prosa atau puisi ditulis dengan huruf jawi.5

Selain itu, terdapat juga penggunaan bahasa Arab yang diasimilasikan ke dalam bahasa Melayu menambahkan lagi kesempurnaan dan pengukuhan dalam bahasa Melayu.6 Karya-karya Melayu yang bercorak Hindu yang telah disunting

mengikut prinsip-prinsip Islam. Contohnya, cerita Ramayana ditukarkan kepada beberapa versi iaitu Hikayat Seri Rama dan Mahabrata, Hikayat Pandawa Lima, Hikayat Sang Boma dan Hikayat Lang Buana.7

3 Anon.t.th.www.oocities.org/tamadunislam/kesan_kedatangan_islam.htm.dilayari pada 14 Disember

2012.

4 Anon.t.th.www.oocities.org/tamadunislam/kesan_kedatangan_islam.htm.dilayari pada 14 Disember

2012.

5 Ibid,

6 Palaniappan. 1984. Sumbangan Kesusasteraan India Kepada Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Tradisional. Sari Jurnal Institut Bahasa , Kesusasteraan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Melayu

(2).hlm.132

7 Palaniappan. 1984. Sumbangan Kesusasteraan India Kepada Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Tradisional. Sari Jurnal Institut Bahasa , Kesusasteraan dan Kebudayaan dan Kebudayaan Melayu

(5)

Kesimpulannya, perkembangan kesusasteraan di nusantara dipengaruhi oleh unsur Hindu-Buddha sebelum Islam. Namun, selepas kedatangan agama Islam ke rantau ini semua hasil kerya tersebut telah bertukar corak untuk disesuaikan dengan memasukkan dan menukar istilah-istilah tertentu berdasarkan ciri-ciri Islam.

2.0 PERKEMBANGAN SASTERA DI BARAT

Kesusasteraan Inggeris atau dunia Barat mengalami banyak transformasi seiring dengan perkembangan tamadun mereka sendiri. Namun, pada tahun 1500 bidang kesusasteraan Barat semakin kukuh sama ada dari segi penggunaan bahasa, bentuk kesusasteraan, dan aspek-aspek sastera yang perlu diberi penekanan. Sejarah perkembangan sastera Barat tidak konsisten dan adakalanya agak mengelirukan jika dikaji kerana sastera dan tamadun mereka saling berkaitan. Oleh sebab itu, jika ingin mengkaji mengenai sastera Barat, maka pengkaji perli terlebih dahulu mendalami sejarah mereka seperti juga sastera-sastera bangsa lain. 8

Zaman Renaissance sangat sinonim dengan tamadun Barat kerana bermula daripada zaman ini mereka bangkit setelah berada dalam “Dark Age” pada abad ke 16 dan 17. Seiring dengan kemunculan zaman ini, lahirnya sastera moden dalam kesusasteraan Barat menggantikan kesusasteraan yang terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Plato, Aristotle dan Horace. Pada era Renaissance Barat mula mengetengahkan idea-idea falsafah dan karya Socrates mula diterjemahkan. Munculnya teori kesusasteraan moden ini dikatakan setelah berkembangnya teori Formalisme Rusia pada tahun 1915. Idea yang diketengahkan melalui teori Formalisme ini ialah “kesusasteraan untuk kesusasteraan”.9

Pada zaman Renaissance ini lahirnya tokoh-tokoh seperti Francesco Petrach, Dante Aligheri yang terkenal dengan karya “Divine Comedy” yang menceritakan kisah perjalanan syurga dan neraka dan juga Giovanni Boccaccio yang terkenal dengan buku “Decameron”.10

8 Richard Bradford (penyt). 1996. Introducing Literary Studies. Press (Padstow) Ltd. London.hlm.61. 9 Anon.t.th. http://teorisastera.blogspot.com/2009/04/bermulanya-teori-sastera-moden.html.dilayari

pada 12 Disember 2012.

10 Anon.t.th.http://panitiasejarahsgb.blogspot.com/2012/08/zaman-renaissance.html.dilayari pada 17

(6)

3.0 PERKEMBANGAN SYAIR SUFI

Lahirnya syair sufi ekoran perkembangan daripada syair zuhud yang tersebar dalam masyarakat Arab Iraq pada akhir kurun kedua Hijrah. Tema-tema yang dikemukakan dalam syair zuhud ini adalah berkaitan dengan akhlak yang mulia seperti sifat lemah lembut, malu, sabar, suci hati, ikhlas, dan jujur dalam persahabatan.11

Syair sufi dan zuhud ini lahir daripada pemikiran Islam dan dalam lingkungan Islam bukannya daripada unsur-unsur agama Hindu atau Kristian. Tasawwuf adalah pemikiran islam dari segi ruh, hakikat, sejarah pembentukan dan perkembangannya. Tasawwuf sememangnya mempunyai kaitan dengan syariat Islamiyah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.12

Menurut Nicholson, Dhu al-Nun merupakan orang pertama yang mengasaskan tasawwuf. Beliau telah membahagikan makrifat kepada tiga peringkat. Makrifat Awwam iaitu mengenal Allah hanya dengan bibir. Kemudian, makrifat Mutakalimin iaitu mengenal Tuhan dengan logik iaitu untuk golongan ahli falsafah dan ulama. Akhir sekali, makrifat Muqarrabin iaitu mengenal Allah dengan hati iaitu untuk para wali dan auliyat yang melihat Allah dengan mata hati mereka.13

Kemudian pada kurun ketiga Hijrah tasawwuf semakin kukuh dan dianggap suatu aktiviti kerohanian melalui idea hubb ‘Illah (cinta Tuhan) yang bertujuan untuk sampai kepada Tuhan dan mencapai tahap ittihad. Pada akhir kurun ketiga ini, didapati ramai ahli sufi yang mengarang syair sufi untuk menggambarkan perasaan cinta (hubb dan ‘isyq) mereka kepada Allah. 14

Seterusnya, pada kurun ketiga dan keempat Hijrah syair sufi ini mula berkembang dan semakin kukuh dengan munculnya beberapa orang tokoh. Antaranya ialah, Abu Qurab

‘Askar bin Husayn al-Nakhsyabi dan Abu Zakariya Yahya al-Razi. Pada kurin

kelima dan keenam Hijrah konsep hubb ‘Illahi dalam kalangan sastera sufi semakin berkembang dan subur, begitu juga syair pujian terhadap nabi (mada’ih). Antara penyair

11 Abd. Halim Mohamad. 2011. Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah

Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara 25-26 November 2011.hlm.1-10.

12 Abd. Halim Mohamad. 2011. Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah

Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara 25-26 November 2011.hlm.1-10.

13 Yunasril Ali.1987. Pengantar Ilmu Tashawuf 25-26 November 2011. Jakarta. Pedoman Ilmu

Jaya.hlm. 69

14 Abd. Halim Mohamad. 2011. Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah

(7)

zaman ini ialah ‘Abdul Qadir al’Jaylani, Abu ‘Abdullah bin Ahmad

al-Andalusi al-Quraisy, Baba Tahir al-‘Uryani dan Umar Khayyam.15

Pada kurun ketujuh syair sufi telah mencapai zaman kemuncaknya dalam konsep hubb al-‘Illahi di tangan penyair sufi Ibn al-Farid yang meninggal dunia pada tahun 623H. antara penyair-penyair pada zaman ini ialah Muhyiden Ibn Arabi, al-Busayri yang meninggal dunia pada 695H dan ‘Abdul Aziz al-Darini yang meninggal dunia pada tahun 694H. Namun, pada kurun kelapan sastera sufi mengalami kemerosotan disebabkan penyair-penyair pada zaman ini banyak bergantung kepada konsep yang dibawa oleh para penyair kurun sebelumnya.16

Walaubagaimanapun, sastera sufi tidak berhenti setakat itu sahaja, ia juga semakin berkembang daripada lingkungan ia bermula. Sastera sufi semakin berkembang ke seluruh dunia Islam seperti Farsi, India, dan Asia Tenggara seiring dengan perkembangan agama Islam itu sendiri. Akhirnya pada abad ke-16 menyaksikan lahirnya seorang tokoh sastera sufi nusantara iaitu Hamzah Fansuri.17

Bukan sahaja dunia Islam, bahkan dunia Barat turut menerima pengaruh sastera Sufi Islam. Sehinggakan mereka mengakaji disiplin ini dan cuba melakukan sesuatu yang hampir sama dengan sastera sufi Islam. Lantas, banyaklah karya-karya sufi Islam yang diterjemahkan sebagai rujukan dunia Barat. Antara tokoh-tokoh Barat yang terkenal dalam mengkaji mengenai ilmu sufi Islam iala Nicholson dan Andrew Harvey.

15 Abd. Halim Mohamad. 2011. Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah

Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara 25-26 November 2011.hlm.1-10.

16 Abd. Halim Mohamad. 2011. Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah

Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara 25-26 November 2011.hlm.1-10.

17 Abd. Halim Mohamad. 2011. Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah

(8)

4.0 ANALISIS PERBANDINGAN KARYA HAMZAH FANSURI DAN ANDREW HARVEY

4.1 Latar Belakang Hamzah Fansuri

Hamzah Fansuri merupakan seorang tokoh yang terkenal di Nusantara dan nama beliau sentiasa disebut-sebut dalam sejarah kedatangan Islam di alam ini. Hamzah Fansuri merupakan penyair sufi yang teragung dan beliau merupakan orang pertama yang menyampaikan doktrin sufi dalam bahasa Melayu.18 Tarikh kelahiran beliau

tidak dapat disahkan kerana tidak terdapat sumber yang menyatakan fakta ini secara pasti. Menurut Profesor Attas dalam bukunya A Commentary on The Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-raniri, Hamzah Fansuri dipercayai hidup di antara tahun 1550 dan 1660.19

Beliau berasal dari Barus, di pantai Barat Sumatera Utara. Gelaran “Fansur” diambil bersempena dengan tempat lahir beliau iaitu “Pansur” berhampiran dengan Singkel. Selepas itu, nama tempat lahirnya “Pansur” telah ditukarkan kepada sebutan Arab “Fansur” dan dihubungkaitkan dengan nama beliau. Maka, lahirlah nama Hamzah Fansuri.20 Walaubagaimanapun, Syed Naquib al-Attas berpendapat Hamzah

Fansuri berasal dari Shawr Nawi seperti yang dinyatakan dalam sajak beliau:

Hamzah Shawr- Nawi terlalu hapus

Seperti kayu sekalian hangus

Asalnya laut tiada berharus

Menjadi kapur di dalam Barus21

Walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai tempat kelahiran beliau, namun kedua-dua tempat ini memberikan pengertian yang sangat besar dalam

18 Dr. Bukhari Lubis. 1994. Beberapa Idea Tasawuf dalam Syair Hamzah Fansuri (Melayu) dan

Ibrahim Hakki Erzurumlu (Turki Uthmani). Persuratan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.hlm.102.

19Ibid,

20 Norakmal Azraf, Mohd Akmal, Mohd Haidhar Kamarzaman & Azmul fahmi. 2011. Konteks

Historiografi Kitab Sharab al-‘Ashiqin Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, 25-26 November 2011. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Selangor.hlm.519-531.

(9)

kehidupan tokoh ini. Oleh sebab itu, kedua-dua tempat ini terdapat dalam nukilan sajak beliau.

Hamzah Fansuri mula mempelajari ilmu-ilmu agama di Aceh. Bagi menambah dan memperluaskan lagi pengetahuan dalam hal-hal agama, beliau mengembara ke tempat-tempat lain. Pada masa yang sama beliau juga menyebarkan ajaran Islam. Beliau telah menjelajah ke Pahang, Banten, Baitulmaqdis, Siam, Makkah dan Baghdad. Beliau juga menguasai bahasa Arab dan Parsi.22 Justeru, tidak hairanlah jika

beliau dianggap sebagai tokoh yang terkenal kerana mahir dalam beberapa bahasa.

Karya-karya beliau banyak memberi pengaruh kepada orang Melayu Islam di Nusantara. Semua karya beliau berbentuk prosa dan kebanyakan syairnya mempunyai kaitan dengan tasawwuf. Bukan itu sahaja, karya-karya beliau juga berjaya menarik perhatian sarjana Barat atau orientalis seperti Prof. A. Teeuw dan juga R.O. Winstedt. Mereka mengakui Hamzah Fansuri memiliki semangat yang luar biasa yang tidak terdapat pada orang lain. Antara sarjana tempatan yang banyak membincangkan mengenai Hamzah Fansuri ialah Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas dan buku yang ditulis beliau mengenai tokoh ini seperti; The Mysticism of Hamzah Fansuri (disertasi, 1996), Raniri and the Wujudiyyah, New Light on Life of Hamzah Fansuri dan The Origin of Malay Syair.23

Karya-karya beliau banyak mengetengahkan doktrin tasawwuf dan beberapa nama ahli-ahli sufi turut disebutkan dalam karyanya. Antaranya ialah Ibn ‘Arabi, Rabi’at al-‘Adawiyah, Dzu al-Nun al-Misri, Abu Yazid Bistami, Junayd al-Baghdadi, al-Hallaj, Abu Bakr al-Shibli, Abu Hamid, Abd al-Qadir al-Jilani, ‘Attar, Rumi, Jami dan ‘Ali Abu Wafa. Beliau juga turut menyebut nama seperti ‘Ayn Qudat al-Hamadani dan Nesimi.24

Buku-buku tasawwuf beliau ditulis dalam bahasa Arab, Melayu dan Parsi. Disebabkan itu beliau digelar sebagai mulamma’ iaitu penyair yang menulis

bait-22 Sri Mulyati. 2006. Tasawuf Nusantara Rangkaian Mutiara Sufi Terkemuka. Kencana Prenada Media

Group. Indonesia.hlm73.

23 Ibid, hlm.76-78.

24 Dr. Bukhari Lubis. 1994. Beberapa Idea Tasawuf dalam Syair Hamzah Fansuri (Melayu) dan

(10)

baitnya lebih daripada satu bahasa. Hal ini kerana beliau menulis kitab-kitabnya dengan merujuk kepada sumber kitab-kitab Arab dan Parsi.25 Antara penyair yang

Sufi yang menghasilkan mulamma’ dalam bahasa Arab dan Parsi termasuklah Hafiz dan Rumi.26 Hamzah Fansuri terkenal dengan doktrin wahdatul wujud dan

dikembangkan di Aceh sekitar suku terakhir abad ke-16. Doktrin yang diperkenalkan oleh beliau ini mendapat tentangan daripada Nuruddin al-Raniri. Beliau mengatakan Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumatrani mengajar ajaran sesat dan bertentangan dengan perkara yang dipelajari beliau.27

Hamzah Fansuri meninggal dunia di Wilayah Singkel dekat kota kecil Rundeng. Beliau dimakamkan di kampung Oboh Simpang Kiri Rundeng di Hulu Sungai Singkel.28

Kesimpulannya, Hamzah Fansuri telah banyak berjasa dalam perkembangan ilmu tasawwuf di Nusantara. Beliau merupakan penulis pertama yang menulis mengenai ilmu ini dalam bahasa melayu. Walaubagaimanapun, karya-karya yang sampai kepada kita hari ini hanya sedikit disebabkan timbul beberapa salah faham terhadap beliau sehingga karya-karyanya dibakar.

4.2 Latar Belakang Andrew Harvey

Andrew Harvey merupakan seorang penyair, penulis dan cendekiawan agung dalam bidang spiritual bagi dunia Barat. Selama 25 tahun, beliau telah merintis aspek-aspek spiritual melalui guru-gurunya. Guru-guru beliau terdiri daripada mereka yang beragama Kristian, Hindu, pengkaji ilmu sufi Islam dan Buddha. Oleh hal yang demikian, beliau telah berjaya menghasilkan lebih kurang 30 buah buku yang menyentuh tentang spiritual berdasarkan kepada pengalaman dan perkara yang telah dipelajarinya.29

25 Sri Mulyati. 2006. Tasawuf Nusantara Rangkaian Mutiara Sufi Terkemuka. Kencana Prenada Media

Group. Indonesia.hlm78.

26 Dr. Bukhari Lubis. 1994. Beberapa Idea Tasawuf dalam Syair Hamzah Fansuri (Melayu) danIbrahim

Hakki Erzurumlu (Turki Uthmani). Persuratan Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.hlm.104.

27 Norakmal Azraf, Mohd Akmal, Mohd Haidhar Kamarzaman & Azmul fahmi. 2011. Konteks

Historiografi Kitab Sharab al-‘Ashiqin Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, 25-26 November 2011. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Selangor.hlm.519-531.

28 Norakmal Azraf, Mohd Akmal, Mohd Haidhar Kamarzaman & Azmul fahmi. 2011. Konteks

Historiografi Kitab Sharab al-‘Ashiqin Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, 25-26 November 2011. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. Selangor.hlm.519-531.

29 Miriam Knight. 2003. A Mystic for Our Time: An Interview with Andrew Harvey.

(11)

Beliau dilahirkan di Selatan India pada tahun 1952 dan menetap di sana sehingga berumur sembilan tahun. Kemudian, beliau berhijrah ke England untuk meneruskan pengajiannya di sebuah sekolah swasta di sana. Pada tahun 1970, beliau berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat universiti di Universiti Oxford dengan dibiayai biasiswa dalam bidang sejarah. Ketika berumur 21 tahun, beliau dilantik sebagai felo di All Soul’s College iaitu satu penghormatan tertinggi dalam bidang akademik di England.30

Beliau merupakan seorang penganut Hindu pada asalnya, namun beliau telah menukar pegangan agamanya kepada Buddha, kemudian kembali kepada Hindu setelah bertemu seorang guru bernama Mother Meera. Akhir sekali, beliau telah menukar kepercayaannya kepada Kristian. Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebab-sebab di atas penukaran pegangan hidupnya ini. Namun, sesuatu perkara yang ganjil mengenai beliau ialah perkahwinanya dengan seorang lelaki bernama Eryk Hanute yang telah banyak membantunya bersama-sama menghasilkan karya-karyanya.31

Pada tahun 1984, beliau mula melakukan kajian dalam hasil-hasil karya Rumi dan kesufian di Paris bersama sekumpulan pengkaji sufi Perancis serta Eva Vitray-Meyerovitch. Eva Vitray-Meyerovitch merupakan seorang penterjemah karya-karya sufi Rumi ke dalam bahasa Perancis. Antara karya yang dihasilkan oleh Andrew tentang Rumi pada peringkat awal ialah The Way of Passion, The Celebration of Rumi dan Perfume of The Desert: An Anthology of Sufi Mysticism. Karya beliau Light Upon Light Inspirations from Rumi yang menjadi pilihan penulis dalam kertas kerja ini telah diterbitkan pada 1996 yang memuatkan karya-karya Rumi dalam bidang sufi.32

Kesimpulannya, Andrew Harvey merupakan seorang tokoh yang sangat berminat dalam mendalami aspek-aspek spiritual. Beliau bukan sahaja mengkaji aspek-aspek spiritual Barat, bahkan beliau juga sangat tertarik untuk mengkaji karya-karya Timur khasnya karya Rumi yang sangat terkenal dalam bidang kesufian.

4.3 Sinopsis Syair Perahu

30 Anon. t.th. Andrew Harvey-Biography www.andrewharvey.net/biography.php 1/2 dilayari pada 17

Disember 2012.

31 Miriam Knight. 2003. A Mystic for Our Time: An Interview with Andrew Harvey.

http://newconnexion.net/articles/index.cfm/2003/01/harvey.html.dilayari pada 17 Disember 2012.

32 Anon. t.th. Andrew Harvey-Biography www.andrewharvey.net/biography.php 1/2 dilayari pada 17

(12)

Pada rangkap pertama Hamzah Fansuri telah menjelaskan tujuannya menulis syair ini adalah untuk memperbaiki i’tikad umat Islam atau al-‘Aqidah al-Islamiyah pada zaman beliau. Hal ini kerana beliau melihat para ahli tarekat ketika itu telah jauh terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar.

Beliau menggunakan perahu sebagai simbol atau tema utama dalam syairnya dan hal ini jelas terbukti dengan pemilihan tajuknya iaitu Syair Perahu. Perahu yang diceritakan dalam syair ini merupakan simbol perjalanan hidup seorang manusia atau hamba. Perjalanan kehidupan ibarat menaiki sebuah perahu untuk sampai ke destinasi yang dituju. Namun, sepanjang perjalanan tersebut pelbagai cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi yang kemudiannya akan menentukan sama ada seseorang itu berjaya sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju atau karam di pertengahan jalan.33

Selain itu, perahu juga merupakan simbolik keimanan seseorang seperti yang terkandung di dalam al-Quran iaitu rujukan utama penyair sufi. Hal ini seperti yang digambarkan oleh Hamzah Fansur dalam syairnya iaitu apabila seseorang itu berada dalam musibah, maka imannya mrnjadi kebal dan mantap serta merasa dekat dengan Allah. Sedangkan apabila seseorang itu telah terlepas dari cubaan dan halangan ia kembali melupakan Allah dan seolah-olah ia tidak pernah memohon bantuan dari Allah. Hal ini selari dengan firman Allah:34

































Maksudnya: Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah Dengan doa Yang tulus ikhlas kepadaNya. kemudian setelah Allah menyelamatkmereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

Di samping itu, beliau juga menyampaikan mesej bahawa kehidupan ini hanya sementara, semua manusia satu masa nanti akan menuju ke alam yang bersifat kekal. Apabila seseorang manusia itu telah kembali menemui ajalnya, maka lautan yang diharungi selama ini telah selesai dan ia sudah berada di destinasi yang dituju iaitu alam yang bersifat abadi.

33 Anon. T.th.http://acehmeutuah.blogspot.com/2011/12/syair-perahu-by-hamzah-fansuri.html.dilayari

pada 12 Disember 2012.

(13)

Sepanjang mengharungi lautan, seseorang pelayar perlu memiliki kompas sebagai penunjuk arah supaya tidak tersesat dilambung gelombang. Perkara ini merupakan pengajaran kepada muslim agar menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan dalam kehidupan.

Menurut Hamzah Fansuri lagi, seperti yang dinyatakan dalam syair ini bahawa selama tempoh pelayaran seorang pelayar perlu membawa bekalan yang mencukupi. Bekalan yang dimaksudkan di sini ialah segala amal kebaikan yang akhirnya akan menjdikan seseorang itu bertakwa. Hal ini selaras dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 197:35



























































Maksudnya: (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum. oleh Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya).

Beliau juga menyentuh mengenai kehidupan di alam kubur iaitu manusia tinggal bersendirian sahaja tanpa ditemani sesiapa kecuali amal ibadat semasa hidupnya. Selain itu, beliau juga mengetengahkan konsep Wahdatul Wujud dalam rangkap syairnya. Beliau merupakan pendukung konsep Wahdatul Wujud yang membicarakan mengenai kesatuan antara kewujudan Allah dengan kewujudan makhluk.

Beliau juga turut membahaskan mengenai tauhid, iman dan makrifat. Menurut beliau

manusia yang meyakini kalimat

ا لا هلللاا ل

akan menjadikan Allah tempat meminta pertolongan dan tempat bergantung. Hal ini kerana realiti masyarakat masih ada yang meminta bantuan selain daripada Allah seperti meminta pada kubur, pokok dan sebagainya. Manakala, konsep makrifat ialah seseorang hamba itu telah benar-benar mengenal Tuhannya dan ia mampu merasakan bahawa Tuhan selalu berada di sisinya.36

35 Al-Quran

36 Abd. Halim Mohamad. 2011. Maqamat Kesufian dalam Syair Hamzah Fansuri. Prosiding Nadwah

(14)

Secara kesimpulannya, Syair Perahu ini menceritakan mengenai perjalanan seorang hamba menuju suatu destinasi yang abadi untuk bertemu Penciptanya. Sepanjang perjalanan tersebut, seseorang itu perlu mempunyai bekalan yang mencukupi iaitu amal ibadat agar tidak terkandas separuh jalan. Bukan itu sahaja, seseorang itu perlu menjadikan Quran dan al-Sunnah sebagai kompas panduan sepanjang perjalanannya agar mendapat petunjuk menuju alam yang abadi.

4.4 Sinopsis The Truth is Within You

Karya Andrew Harvey yang dipilih oleh penulis ini merupakan hasil terjemahan daripada karya-karya tokoh sufi agung iaitu Jalal al-Din al-Rumi yang dimuatkan dalam bukunya Light Upon Light Inspirations from Rumi. Namun, hasil terjemahan ini telah mengalami perubahan berbanding teks asal kerana terdapat penambahan dan pengurangan oleh Andrew Harvey mengikut kesesuaian dirinya. Tajuk yang dipilih penulis ialah The Truth is Within You yang merupakan sebuah prosa dalam buku ini. Perubahan tersebut dinyatakan oleh Andrew dalam pendahuluan buku ini yang berbunyi:

“On rare occasions I have cut or added where I think Rumi’s intention demands it. The longer poems come from the Diwan of Shams-I-Tabriz or the Mathnavi, the great

majority of the longer prose passages from the Discourses, the quatrains from the

Rubaiyat, and a few short passages from Rumi’s letters. The brief quatations that pepper

the text are nearly always from the Odes or the Discourses”

Pada perenggan pertama prosa ini dimulakan dengan perbualan di antara Jesus dan John. Jesus sentiasa ketawa seolah-olah tidak mempunyai sebarang masalah, manakala, John pula sering termenung dan menangis seolah-olah memikirkan masalah besar dalam hidupnya. Kemudian, John menyatakan kepada Jesus pasti dia telah merasakan dirinya terselamat daripada perkara ghaib yang akan berlaku kelak sehingga dia mampu untuk ketawa bahagia. Jesus kemudiannya menjawab, “pasti engkau telah lupa bahawa Tuhan Yang Maha Mulia itu sangat penyayang dan penuh dengan kelembutan”.

(15)

Moral yang diperolehi daripada prosa ini ialah amat penting bagi seorang manusia itu meletakkan pandangan yang tinggi, cantik dan gambaran agung bagi Tuhan. Hal ini kerana Tuhan akan menjelma dalam diri seseorang sepertimana yang dibayangkannya. Melalui cerita ini juga Tuhan mengatakan “Aku seperti mana yang hambaku fikirkan terhadapKu: kerana setiap manusia itu mempunyai bayangan yang berbeza: apapun bayangan hambaKu terhadapKu, seperi itulah Aku. Justeru, berhati-hatilah hambaKu, sucikan hatimu dan kembangkanlah pemikiranmu terhadapKu, kerana disitulah rumahKu”.

Carilah waktu yang sesuai sama ada ketika gembira, berpuasa, sembahyang, bersendiri atau dalam bermasyarakat yang memberi faedah kepada diri sendiri. Hal ini kerana kehendak manusia sentiasa berubah, oleh itu hendaklah sentiasa jujur dan peka dengan sekelilng. Apapun cara yang boleh membawa kepada jalan kebenaran dengan sempurna dan betul hendaklah diikuti. Walaupun, kadang-kadang jalan yang dilalui tersebut bertentangan dengan kehendak diri sendiri, teruskanlah. Hal ini kerana kebenaran itu terletak dalam diri sendiri. Bandingkanlah pendapat-pandapat sekeliling dengan naluri hati. Apabila telah ditemui keserasian di dalam hati, maka ikutlah jalan tersebut.

4.5 Analisis Perbandingan

Syair Perahu karya Hamzah Fansuri merupakan sebuah karya sufi. Hal ini kerana Hamzah Fansuri seperti yang dijelaskan dalam latar belakang beliau, merupakan seorang penyair sufi yang terkenal di Nusantara dan sentiasa menjalankan aktiviti mengembangkan ajaran tasawwuf ketika hayatnya.

Sementara, karya Andrew Harvey iaitu The Truth is Within You merupakan terjemahan daripada penyair sufi agung iaitu Rumi dan bukannya karya asli beliau. Andrew merupakan seorang aktivis agama yang cuba mengetengahkan tema sufism dalam penulisan beliau.

(16)

Manakala, tema yang dipaparkan dalam prosa The Truth is Witihin You pula ialah gambaran atau perspektif seorang hamba kepada Tuhan. Hal ini dijelaskan bahawa Tuhan akan hadir dalam diri manusia mengikut gambaran mereka terhadap-Nya. Apabila seorang hamba itu mempunyai perspektif yang baik dan indah mengenai Tuhan maka ia akan merasakan sentiasa bahagia dan gembira begitu juga jika sebaliknya.

Syair Perahu bukan sahaja memiliki tema utama iaitu perjalan seorang hamba, namun ia juga diiringi dengan tema-tema sampingan. Antaranya, kehidupan di alam kubur. Hamzah Fansuri turut menyampaikan mesej bahawa kehidupan di alam kubur itu adalah bersendirian dan amal kebaikan ketika hiduplah yang akan menjadi pembantu manusia kelak. Selain itu, turut diketengahkan tema tauhid iaitu keyakinan kepada Allah. Hal ini kerana apabila seorang hamba itu yakin kepada Allah sebagai tempat bergantung ia tidak akan memohon selain kepada Allah.

Tema sampingan ini tidak terdapat dalam prosa The Truth is Within You. Hal ini kerana ia merupakan prosa pendek iaitu sebanyak satu muka surat sahaja. Oleh sebab itu, ia hanya mengetengahkan satu tema sahaja untuk disampaikan kepada pembaca berbanding Syair Perahu yang panjang dan mempunyai beberapa tema sampingan.

Selain itu, penulis melihat gaya bahasa yang digunakan dalam Syair Perahu sangat indah dan memiliki diiksi yang sesuai dengan temanya yang berbentuk tasawwuf. Pemilihan kata bertepatan dengan maksud yang hendak disampaikan dan memerlukan penelitian serta kesabaran bagi memahami maksudnya. Hal ini mungkin agak sukar bagi pembaca yang masih asing dengan istilah-istilah sufi untuk memahami syair ini dengan lebih mendalam. Ia juga banyak menggunakan istilah bahasa Arab dan lebih banyak maksud yang tersirat.

Manakala, The Truth is Within You menggunakan gaya bahasa yang agak kompleks. Hal ini memerlukan penelitian dan pembacaan berulang-kali untuk memahami maksud yang cuba disampaikan. Namun, mesej yang disampaikan adalah berbentuk secara langsung atau tersurat dan bukannya tersirat.

(17)

KESIMPULAN

(18)

dunia Barat kerana mereka telah mengalami banyak transformasi dan pernah berada dalam “Dark Age” sehingga mereka berada dalam keadaan “deforestation” dalam pelbagai aspek kehidupan. Selepas itu, mereka bangkit pada zaman Renaissance dan mula membina tamadun dengan mengambil ilmu-ilmu dari tamadun Islam dan kemudiannya bangkit menjadi sebuah kuasa besar pada hari ini. Namun, walaupun mereka telah mendahului umat Islam dalam kajian ilmu pengetahuan, sebagai pembaca dan pengkaji yang beragama Islam kita perlu menapis sumber-sumber yang datangnya daripada Barat. Bukan bermaksud kita tidak boleh mempelajarinya, tetapi kita perlu menyesuaikan dengan garis-garis yang telah Islam tetapkan. Hal ini kerana karya-karya yang mereka hasilkan hanya bersesuaian dengan kebudayaan mereka sahaja kerana lebih mementingkan hedonisme, justeru seorang muslim perlu menapis dan meneliti setiap sumber daripada Barat khasnya dalam penterjemahan karya-karya Islam zaman klasik. Hal ini kerana adalah tidak mustahil bagi mereka untuk cuba memasukkan unsur-unsur agama mereka sebagai salah satu gerakan missionari Kristian dan umat Islam perlu berwaspada.

RUJUKAN

Al-Quran.

Anon. Tth. Rangkaian Sastera Sufi. Peny & terj. Baharudin Ahmad. Kuala Lumpur:

Institut Antarabangsa Pemikiran Dan Tamadun Islam (ISTAC).

Anon. 1994. Persuratan Islam. Peny.Muhammad Bukhari Lubis. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahlan Mohd Saman. 1986. Sastera Bandingan Konsep, Teori dan Amalan. Selangor:

(19)

Sri Mulyati, M.A. 2006. Tasawuf Nusantara: Rangkaian Mutiara Sufi Terkemuka.

Indonesia: Kencana Prenada Media Group.

http://newconnexion.net/articles/index.cfm/2003/01/harvey.html.dilayari pada 17 Disember

Referensi

Dokumen terkait

dilakukan pada penderita kronis yang dilaporkan oleh Dinas Kesehatan Kabupaten Tanjung Jabung Timur dan penderita positif hasil SDJ yang dilakukan selama penelitian..

Berdasarkan hasil wawancara peneliti dengan Ibu Kasmawati S.Pd bahwa dalam pelaksanaan pembiasaan kepada anak, guru telah membiasakan anak untuk membaca doa sebelum dan

Selain itu kami juga membahas mengenai kunjungan pertama kami, tidak ada hambatan yang berarti ketika kunjungan pertama karena Kakek Made Adha sangat terbuka

Nama Perusahaan Provinsi Komoditas utama Sumber Anggota APCI 105 TRI TUNGGAL ADIPRATAMA,PT Jl Kp Parung Panjang Rt 42/13, Bogor, Jawa Barat Telp. Terusan Bandengan

Tidak ada antibodi di pulau Langerhans, penurunan produksi insulin endogen / peningkatan resistensi insulin, mayoritas penderita obesitas dapat mengendalikan kadar

CPMK 1 Mampu berpraktek farmasi secara professional dengan dilandasi etika profesi dan akhlak mulia CPMK 2 Mengoperasikan teknik komunikasi efektif untuk membangun relasi

Efektivitas LKS berorientasi KPS dalam me- ningkatkan KPS siswa pada materi faktor-faktor yang mempengaruhi laju reaksi untuk penelitian ini dilihat dari perbedaan

Terjadinya integrasi antar pasar saham disebabkan adanya kesamaan pasar dalam pola pendapatan, dan ini memberikan kontribusi positif terhadap makroekonomi dalam negeri,