• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terima kasih Pengerusi Majlis jamuan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Terima kasih Pengerusi Majlis jamuan "

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Terima kasih Pengerusi Majlis, barisan hakim, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang berbahagia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang bertajuk "Cara-cara Membalas Jasa Guru".

Hadirin sekalian,

Guru ialah insan yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Ilmu yang diberikan tidak terbatas dalam bidang pendidikan sahaja, malahan merangkumi keperibadian seseorang. Justeru itu sewajarnyalah sebagai manusia yang tahu mengenang budi, jasa mereka patut dibalas.

Cara terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan guru adalah dengan belajar bersungguh-sungguh. Di sekolah kita hendaklah tekun mendengar ajaran guru dan janganlah mengamalkan sikap acuh tak acuh semasa proses pengajaran sedang dijalankan. sikap sebegini menyebabkan kita juga yang mengalami kerugian.

Hadirin yang dikasihi,

Selain itu, kita perlu menghormati mereka seperti kita menghormati ibu bapa kita. Apabila berbicara dengan mereka, gunakanlah kata-kata yang manis dan penuh budi bahasa. Malahan janganlah bersikap berat tulang untuk menawarkan bantuan kepada mereka seperti mengangkat buku dan

membersihkan kelas.

Apabila sudah berjaya, jangan sesekali melupakan jasa guru kita. Jika ada kesempatan, kirimkanlah kad kepada mereka terutamanya pada Hari Guru. Malahan jika berpeluang kunjungilah mereka untuk bertanyakan khabar.

Akhir sekali, hadiah paling bermakna bagi membalas jasa guru ialah dengan menjadi murid yang berjaya dan cemerlang dalam bidang akedimik serta menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

(2)

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah "Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,

Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semula menjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas yang diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dan dijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.

Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan juga dapat membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampah sarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita semua.

Hadirin sekalian,

Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama, tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung perbelanjaan kita seharian.

Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan yang kita telah digunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Referensi

Dokumen terkait

Cadangkan bahan-bahan lain yang mungkin boleh digunakan dan nyatakan sama ada item-item tersebut adalah bahan-bahan semula jadi atau bahan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh diazinon (pestisida) terhadap tingkat keberhasilan larva yang terbentuk dan waktu dari setiap tahap perkembangan

dipengaruhi oleh sirkulasi ke plasenta& uterus yang membesar pula& uterus yang membesar dengan pembuluh darah yang membesar pula& mammae dan alat lain yang memang

(Suatu hal yang dapat diterapkan secara umum untuk semua persaingan tidak jujur atau curang dalam perdagangan dan bisnis, tetapi terutama diterapkan pada praktik berusaha

Dana Alokasi Umum (DAU), serta Persentasenya terhadap Rencana Anggaran Pendapatan dan Belanja Pemerintah Daerah di Daerah Istimewa Yogyakarta Tahun 2013 .... Persentase

Berdasarkan hasil pendugaan fungsi biaya produksi Stochastic Frontier dengan Metode MLE pada usahatani jagung lokal, faktor yang secara nyata mempengaruhi efisiensi ekonomi

Penulis bermaksud melakukan penelitian untuk mencari tahu lebih dalam tentang apa yang mempengaruhi konsumen untuk melakukan pembelian online dengan judul penelitan

Berdasarkan data di atas, penelitian ini akan membuat model prediksi terhadap polutan udara, yang meliputi sulfur dioksida (SO 2 ), nitrogen dioksida (NO 2 ), ozon (O 3 ),