• Tidak ada hasil yang ditemukan

Jong di Alam Melayu dan China

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Jong di Alam Melayu dan China"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

6th International Conference of Asean Studies

TAJUK: JONG DI ALAM MELAYU DAN CHINA

Prof. Dr. Maimun

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hidayat b Syafie

Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd Radzi b Othman

Pusat Perunding YaPEIM

moradzi@gmail.com Mohd Riduan b Khairi

Pusat Perunding YaPEIM

riduan.khairi@gmail.com

Abstrak

Dunia maritim ibarat ‘lebuh raya’ yang menghubungkan antara negara dan benua di seluruh dunia, sejak zaman yang belum diketahui. Kapal jong merupakan salah satu pengangkutan utama dan paling besar pernah dicatatkan digunakan dalam alam Melayu dan China. Kertas ini menelusuri asal-muasal penggunaan jong di alam maritim Melayu dan China. Kajian berdasarkan kajian aspek bahasa, deskripsi dan teknologi, catatan sejarah dan sejarah maritim kedua-dua negara.

Kata kunci: maritim, kapal, perahu, jong, sejarah

1. PENGENALAN

(2)

2. OBJEKTIF

Tujuan kajian ini adalah untuk menelusuri asal-muassal perahu jong dalam peradaban Melayu dan China; dari aspek asal usul perkataan jong, perbandingan deskripsi jong Melayu dan jong China dan sejarah penggunaan jong di kedua-dua peradaban.

3. METODOLOGI KAJIAN

Analisa dokumen. Kertas ini berusaha sedaya-upaya mendapatkan dan merujuk sumber teks yang paling awal dan premiere. Teks paling awal yang menjadi rujukan ialah The Periplus of The Erythræan Sea yang dianggarkan ditulis pada tahun 70 Masihi. Ia diterjemahkan dari bahasa Greek pada tahun 1912 oleh Wilfred H. Schoff. Selain sejarah alam Melayu dan sejarah dari sumber Barat, kertas ini mengambil banyak faedah dari kajian Prof. Pierre-Yves Manguin. Beliau menerajui kajian arkeologi di Indonesia, Vietnam, Srivijaya (Sumatra Selatan), Tarumanagara (Jawa Barat) dan Funan (Vietnam). Artikel kajian beliau diterbitkan sejak awal tahun 80-an dan menjadi rujukan dan panduan kebanyakan pengkaji selepas itu.

4. DAPATAN KAJIAN

4.1 EPILOG DEFINISI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menakrifkan kata jong ialah kapal layar China. Takrif yang hampir sama juga diberikan oleh Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) dengan kata ‘jung’ dengan makna perahu besar untuk di lautan buatan Negeri China. Selain kata ‘jong’ dan ‘jung’, kedua-dua kamus ini juga merujuk kata ‘ajung’ dengan makna ‘jong’ dan ‘jung’.

Selain dalam bahasa Melayu, istilah jong seakan-akan dipinjam secara meluas oleh beberapa bahasa utama yang lain seperti ‘junk’ untuk Bahasa Inggeris, ‘junco’ untuk Bahasa Portugis, ‘jonk’ untuk bahasa Belanda dan ‘juncque’ dalam bahasa Perancis.

(3)

Maka tidak hairan jika ada yang mendakwa bahasa perkataan ‘jong’ itu berasal dari bahasa China yang kemudiannya dipinjam oleh bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Melayu. Mereka berhujah lagi bahawa dalam bahasa Melayu, kata tunggal kebanyakannya adalah kata pinjaman.

Namun itu masih tergantung bagaimana kita menakrifkan kosa kata seterusnya yakni Melayu. Kamus Besar Bahasa Indonesia menakrifkan ‘Melayu’ sebagai suku bangsa dan bahasa di Sumatra, Semenanjung Malaysia, dan di pelbagai daerah di Asia Tenggara’, kemudian meluaskan cakupannya jika digandingkan menjadi Melayu-Polinesia yakni rumpun bahasa besar yang meliputi suatu daerah kepulauan luas yang di bahagian barat dibatasi oleh bahasa-bahasa di Madagaskar, di utara oleh bahasa-bahasa penduduk asli Taiwan, di selatan oleh bahasa-bahasa di Indonesia, dan di timur oleh kepulauan yg paling timur di Oceania, yaitu Pulau Paskah; Austronesia.

Dengan takrif ini maka semua suku dan etnik yang ada dalam lingkungan yang ditakrif, adalah Melayu. Dalam Kamus Jawa Kuno – English (1982), perkataan ’jon’ ditakrifkan sebagai ( sea-going) ship. Dan setelah disemak, dalam Bahasa Jawa memang banyak terdapat perkataan tunggal.

Penjabaran ini walaupun agak berjela-jela namun ia penting bahkan amat penting. Ia termasuk salah satu tujuan utama mengapa kertas kerja ini ditulis, yakni untuk menjelaskan kekaburan dan kekeliruan tentang maksud jong dan asal-usulnya.

4.2 JONG DALAM TEKS KLASIK MELAYU

Jong sudah dikenal dan digunakan secara meluas dalam teks-teks sejarah dan kesusasteraan Melayu terawal. Tun Sri Lanang, cendekia ulung Melayu memerikan jong sebagai salah satu kapal utama armada perang mahupun acara besar Negara. Antaranya ialah 300 armada kerajaan Majapahit ketika menyerang Singapura dan ketika Wan Seri Beni di Bintan menyambut Seri Tri Buana dari Palembang. Demikian juga di dalam teks yang lebih awal Hikayat Raja-Raja Pasai, disebutkan jong tersenarai dalam kapal-kapal utama yang digunakan dalam armada perang.

(4)

Istilah ‘jong’ juga digunakan dalam peribahasa, pantun, lagu rakyat ‘Jong Inai’ dan permainan tradisional. Ini member gambaran bahawa perkataan ‘jong’ yang membawa maksud kapal sudah wujud lama seusia bahasa dan bangsa Melayu itu sendiri.

Tidak sekadar itu sahaja, jong juga dijadikan salah satu motif dalam fabrik alam Melayu. Prof. Manguin (1986), antara sarjana yang banyak mengkaji sejarah Melayu menyebut dalam khazanah fabrik Melayu ada ‘songket jong sarat’ pakaian putera Blambangan ketika perang di dalam Babad Sembar, ‘kafan jong sarat’ sejenis kafan diraja di dalam Hikayat Dewa Mandu, dan ‘tampan jung galuh’ sejenis perhiasan kapal di daerah Lampung, Sumatra Selatan.

4.3 JONG DALAM PERADABAN CHINA

Dalam tamadun China, istilah jong berasal dari kata chuan dalam dialek Mandarin, membawa maksud kapal. Perkataan ‘chun’ juga dikatakan berasal dari bahasa Tionghua yang lain, iaitu dialek Teow Chew dan Hokkien yang berasal dari selatan China. Kedua dialek tersebut menyebut kapal dengan makna ‘zhao’ dan ‘chun’. Namun istilah-istilah ini sudah tidak lagi digunakan. Bahasa China moden menakrifkan kapal laut buatan kayu dengan nama ‘cao’.

4.4 JONG DALAM CATATAN AHLI PELAYARAN BARAT

Anthony Reid (2000) memetik Manguin menyatakan bahawa istilah ‘jong’ (Portugis juncos, Itali giunchi atau zonchi) pertama kali muncul digunakan dalam catatan-catatan perjalanan Friar Odorico (1280-1331M), John de Marignolli (1290-), dan Ibn Battutah (1304-1377M). Jong pertama yang direkodkan oleh Portugis ialah Jong Jawa yang mereka tawan pada 1511 ketika dalam perjalanan ke Melaka. Afonso Alburquerque dalam The Commentaries of The Great Afonso Dalboquerque menyatakan jong itu memiliki empat lapis papan, dan dianggarkan muatannya enam ratus tons, dan ia lebih besar dari kapal perang Portugis. (Walter De Gray Birch, 1557).

4.5 DESKRIPSI KAPAL CHINA DAN MELAYU DARI KEDUA-DUA SUMBER

(5)

tersangka pada tahun 2M telah datang Huangzhi iaitu Bangsa Melayu Champa ke China dengan membawa tanduk badak. (Ting, Joseph S.P., 1996)

Akibat dari hubungan yang terjalin sejak lama, maka sudah tentu kedua tamadun ini bukan sahaja mengenali kapal buatan Negara mereka, bahkan mengetahui dengan baik kapal-kapal dari Negara lain yang berlayar dan berlabuh di Negara mereka. Ini dapat dilihat dalam teks-teks terawal kesusasteraan Melayu. Tun Sri Lanang sebagai contoh memerikan secara detil dan spesifik jenis-jenis kapal dan perahu di dalam Sulataus Salatin. Istilah jong sudah dikenal dan digunakan sejak sekian lama, namun tidak pernah ada teks Melayu yang menyebut kapal asing khususnya dari China sebagai jong.

Sebaliknya kapal-kapal dagang yang datang dari Negara China disebut dengan nama lain. Sekurang-kurangnya ada dua istilah digunakan merujuk kepada kapal dari China. Kapal pilau sebagaimana disebutkan dua kali dalam Sulalatus Salatin dan kapal wangkang di dalam teks yang lain. Di dalam Tuhfat Nafis, wangkang dicirikan lebih detil sebagai wangkang-wangkang kepala hijau, dan kepala merah berpuluh-puluh banyaknya.

Manakala catatan dari Negara China juga tidak menyebut kapal Melayu dengan nama jong. Menjelang abad ke-sembilan, orang Melayu berlayar ke China. Di dalam Yiqiejing yingyi (815), Hui-Lin menyatakan bahawa kunlun bo, atau kapal layar Melayu, sudah sering berlabuh di Teluk Tonkin dan di sepanjang persisir tenggara negara China. (Derek Heng, 2009).

Dari catatan Greek, The Periplus of The Erythaen Sea, menyebutkan orang-orang dari Ganges (India) menyebut kapal Melayu sebagai ‘colandia’ dan pengkaji teks tersebut menyatakan bahawa ada kemungkinan ia diambil dari bahasa Sanskrit. (Wilfred H. Schoff , 1912).

4. 6 DESKRIPSI JONG SECARA RINGKAS

(6)

Jong biasanya mempunyai tiga layar, jolong di galuan dan buritan dan dua batang kemudi di buritannya. Pada tiang layarnya yang berbentuk tripod (kaki tiga) digantung layar tanjung (layar empat segi bujur) yang disengetkan ke sebelah. Biasanya jong adalah kapal terbuka, tidak mempunyai dek. Namun terdapat juga jong yang mempunyai geladak di bahagian buritannya dan kemudi di sisinya (A. Horridge,1981). Mengikut laporan Portugis ketika tiba di Melaka, panjang jong ketika itu ialah 100 meter. Ia mempunyai tiga tiang layar dan seratur buah meriam. Dek kerana kehebatannya orang-orang Portugis menggelarnya Espanto del Mundo (Penggegar Dunia) (D. Lombard, 1986).

Dalam ‘Catatan Kerajaan Budha’, 100-112-113, dan Chavannes, ‘Religious Eminents,’ 42, menukil keterangan dari I-tsie-king-yin-I (Ch. I) bahawa kapal yang disebut sebagai Bo dianggarkan panjangnya 200 kaki dan boleh membawa muatan 600 sehingga 700 orang. Kapal yang disebut ‘chuan’ adalah lebih kecil. Menurut Ibn Battutah, hanya kapal yang bersaiz besar sahaja disebut sebagai jong, namun istilah itu sekarang dikaitkan dengan semua kapal layar. (Ivon A. Donnelly, 1925).

Catatan sejarah China abad ketiga ‘Strange Things of the South” oleh Wan Chen, menjelaskan deskripsi kapal chuan sebagai; boleh membawa muatan 700 orang bersama 260 tan kargo. Memiliki empat layar yang mana layar bahagian belakang paling berperanan dalam menggerakkan kapal. Ia direka agar dapat bergerak dengan amat pantas. Ini adalah deskripsi tipikal kapal ‘chuan’ dinasti Han. Manakala kapal terkenal dalam sejarah maritime China yakni kapal yang dinaiki oleh Cheng Ho dikatakan panjangnya 138 meter dan lebar 56 meter. (Joseph Needham, 1954).

Selain saiz, ada satu lagi cirri penting yang membezakan jong Melayu dan kapal chuan China. Kapal chuan China dikenali dengan reka-bentuk perut kapal yang mendatar. Manakala jong Melayu perut kapalnya berbentuk v atau u.

Maka, kita dapat membuat sebuah kesimpulan awal bahawa kapal jong Melayu dan kapal jong China adalah dua jenis kapal yang berbeza walaupun memiliki beberapa ciri persamaan.

(7)

Perhubungan laut paling awal antara bangsa Melayu dengan China terjadi pada dinasti Han pada sekitar tahun 111SM. Dinasti Han bukan sahaja menjalankan misi pencarian ‘barangan esotik’ di kawasan nusantara malah sebaliknya hubungan China-Melayu lebih dari itu. Dalam

pemerintahan Maharaja Wudi, kawasan Fujian dan sekitarnya yang diperintah oleh Negara Yeu ditawan. Fujian yang bersempadan dengan dunia Melayu terkenal kepada Han sebagai orang China yang paling mahir dalam pelayaran dan membina kapal. Kesan terjajahnya Fujian ini adalah kapal Han mengadakan pelayaran ke Jiaozi di kawasan Veitnam pada hari ini. (Ting, Joseph S.P., editor, 1996).

Kesan penjajahan Han keatas bangsa Melayu di utara, mengakibtkan sebahagian bangsa ini menjadi wargnegara China. Mengikut catatan, golongan Melayu Champa yang telah menganut Islam yang tinggal di wilayah Hainan, Fujian dan Quanzhou, menggunakan nama keluaga ‘Pu’. Masyarakat Melayu Champa yang Muslim ini tinggal di persisir pantai di wilayah Selatan China - yang terkenal sebagai kawasan pelayaran dan perlabuhan - dan kawasan tersebut dikenal sebagai Ai-zhou.

Ensiklopedia Cina bertajuk Gu-jin tu shu-ji-cheng menulis: “Warga asing ini pada asalnya dari negara Champa. Semasa Dinasti Song dan Yuan (abad ke-10 ke-13), kerana gangguan yang besar, mereka hijrah membawa keluarga mereka dengan kapal dan sampai ke tempat ini”. Kemungkinan hijrah mereka adalah akibat krisis agama sehingga Orang Champa yang baru memeluk Islam perlu mencari tempat baharu yang lebih aman bagi menjalankan kepercayaan mereka (Geoff Wade, 2009).

Dalam bahasa yang mudah, kemajuan maritim yang dialami oleh bangsa Cina adalah berlaku sesudah Maharaja Song melantik bangsa Melayu Champa menjadi Pegawai Maritim yang sekaligus menjadi Shahbandar di Fujian. Kemudian setelah China dikuasai oleh Monggul, jawatan tersebut kekal disandang oleh warga China berbangsa Melayu Champa malah Maharaja Yuan melantik Pu Shou Keng sebagai perekacipta kapal perang dinasti Yuan. (Paul D. Buell, 2009).

Maka berdasarkan catatan sejarah ini, kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa bangsa China mula mempelajari tentang dunia pelayaran melalui orang Melayu.

(8)

Kertas ini membuat kesimpulan bahawa dari aspek bahasa di dalam catatan sejarah perkataan jong ada berasal dari alam Melayu yakni dari bahasa Jawa. Kata chuan adalah perkataan tersendiri dalam bahasa China dan kata jong dan chuan hanya dikaitkan paling awal ialah oleh catatan Barat pada awal abad ke-13. Maka istilah jong dari aspek bahasa sebenarnya dipinjam oleh bahasa China untuk dipadankan dengan istilah chuan.

Berdasarkan aspek sejarah pula, jong lebih awal digunakan dalam alam Melayu berbanding kewujudan kapal ‘chuan’ dalam peradaban China. Dan didapati bahawa bangsa China sebenarnya mempelajari dan mewarisi ilmu perkapalan dan pelayaran melalui bangsa Melayu. Dan oleh yang demikian itu, kapal chuan di China berkongsi beberapa persamaan dengan jong Melayu.

Kajian ini bukan hanya sekadar mencari dan membuktikan asal-muasal kapal lagenda alam Melayu jong. Namun lebih dari itu ia adalah rakaman penguasaan ilmu dan teknologi alam Melayu sejak abad pertama Masihi. Sepertimana disebutkan oleh Prof. Manguin bahawa jong Melayu amat masyhur dan terkenal pada abad ke-14 dan 15M. Namun yang misterinya selepas era itu ialah semua jong Melayu menghilang dan ‘pupus’.

Selepas 1500 tahun berlayar dan merajai laut dan tiba-tiba ia menghilang tanpa jejak, maka sudah barang tentu ada sesuatu yang besar dan signifikan telah dilakukan dan berlaku kepada bangsa Melayu dan peradabannya. Ini yang perlu kita koreksi dan muhasabah. Khazanah klasik yang paling besar dalam sejarah peradaban Melayu telah hilang. Dan yang lebih tragik ialah, berapa ramai orang Melayu hari ini tidak sedar akan kehilangannya. Sekian.

6. RUJUKAN

A. Samad Ahmad (1979). Sulalatus Salatin: sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anthony Reid (1993). Southeast Asia in the Age of Commerce, 1450-1680, vol. 2. New Haven: Haven Univerisity Press.

Anthony Reid (2000). Charting the Shape of Early Modern Southeast Asia. Chiang Mai, Thailand: Silkworm Books.

(9)

Derek Heng (2009). Sino–Malay Trade and Diplomacy from the Tenth through the Fourteenth Century. Kajian di dalam International Studies, Southeast Asia Series. Ohio, USA: Ohio University Press.

Geoff Wade (2009). An Early Age of Commerce in Southeast Asia, 900–1300 CE, dalam Journal of Southeast Asian Studies, siri ke 40(2). Singapura: The National University of Singapore.

Irawan Djoko Nugroho (2012). Majapahit Peradaban Maritim. Jakarta: Suluh Nuswantara Bakti.

Ivon A. Donnelly (1925). Early Chinese Ships and Trade dalam The China Journal of Science & Arts. Vol III (April, 1925, No. 4). Shanghai; Royal Asiatic Society.

Joseph Needham (1954). Science and Civilisation in China: Volume 1, Introductory Orientations. London: Cambridge University Press.

O. W. Wolters (2008). Early Southeast Asia: Selected Essays. New York: SEAP Publications. Paul D. Buell (2009). Mongols in Vietnam: End of one Era, Beginning of Another,

dibentangkan di First World History Congress di Osaka, Jepun pada Mei, 2009. Atau Paul D. Buell (2003). Historical Dictionary of the Mongolian World Empire. Oxford, London: The Scarecrow Press Inc.

Pierre-Yvess, Manguin (1986). Shipshape societies boat symbolism and political systems in Insular Southeast Asia dalam Southeast Asia in the 9th to 14th Centuries, editor David G. Marr, Anthony Crothers Milner. Singapura: Institute of Southeast Asian Studies.

Ting, Joseph S.P., editor (1996). The Maritime Silk Route; 2000 Years of Trade on the South China Sea. Hongkong: Hong Kong Museum of History.

Walter De Gray Birch (1557). The Commentaries of The Great Afonso Dalboquerque. London: printed for The Haklyut society.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini mencakup bagaimana korespondensi bunyi vokal dan konsonan yang terjadi dari ketiga bahasa yang dibandingkan (bahasa Melayu Langkat, bahasa Melayu Serdang, dan

Keadaan ini menunjukkan bahawa penutur bahasa Melayu berada di segenap pelosok dunia. Walau bagaimanapun, dari segi kualiti pun perlu diambil kira juga. Persoalan mengenai

rujukan dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa asal usul bahasa melayu tidak dapat. dipisahkan dengan

Hasil analisis ujian-t ke atas sikap guru Bahasa Melayu yang pernah menghadiri kursus ICT dengan guru Bahasa Melayu tidak pernah menghadiri kursus ICT telah menunjukkan

Secara keseluruhannya, dapatan kajian fasa penilaian lapangan mendapati bahawa pengajaran Bahasa Melayu ini mempunyai kekuatan, khususnya dari aspek kerelevanan isi

Artikel tersebut turut membincangkan cabaran yang dihadapi oleh pelajar China dalam dua fasa, iaitu peringkat mempelajari bahasa Melayu dan peringkat menggunakan

Oleh itu dapat disimpulkan daripada kenyataan yang telah dijelaskan bahawa pembinaan kearifan tempatan dalam menjana perkembangan budaya ilmu di Alam Melayu dapat

Sejarah Perkembangan Bahasa Indonesia Bahasa Indonesia yang kita pakai saat ini sebenarnya berasal dari bahasa Melayu, yaitu bahasa Melayu Riau Provinsi Kepulauan Riau yang telah