• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik di Malaysia: Analisis Matrik Keutamaan.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik di Malaysia: Analisis Matrik Keutamaan."

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

journal homepage: http://ejbl.kuis.edu.my eISSN:2682-8987

37

Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik

di Malaysia: Analisis Matrik Keutamaan.

Arabic Language Studies and its relation to the Sociolinguistics Studies in

Malaysia: A Prioritization Matrix Analysis.

Rosfazila Binti Abd Rahman1 & Abdul Razif Bin Zaini2 ABSTRAK

Bidang Sosiolinguisik di Malaysia menunjukkan khalayak mempunyai kemahiran dalam bidang bahasa Arab. Bidang pengajian Bahasa Arab antaranya melibatkan perubahan bentuk kata yang berkait dengan ‘ilm al-sarf dalam nahw atau tatabahasa Arab yang melibatkan aspek-aspek morfologi, semantik dan sintaksis; kejayaan dan kemampuannya dalam peranannya sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi. Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah, iaitu sosio, singkatan daripada sosiologi-disiplin yang meneliti masyarakat dan linguistik-disiplin yang meneliti bahasa. Sosiolinguistik adalah bahagian pengajian (studies) dan pengkajian (research) yang menggabungkan dua disiplin, iaitu sosiologi dan linguistik. Dengan sifat penggabungan dua disiplin ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua entiti, iaitu bahasa dan masyarakat. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Kajian ini mengadaptasi kajian analisis diskriptif. Dua objektif kajian ialah menganalisis bidang pengajian Bahasa Arab dan bidang sosiolinguistik di Malaysia dan menghuraikan saling kaitan keduanya. Resolusi kajian ini menghuraikan bidang pengajian Bahasa Arab dan bidang sosiolinguistik di Malaysia dengan menggunakan Analisis Matrik keutamaan bagi keperluan perspektif, perbandingan dan keperluan kajian akan datang. Kata Kunci: Bahasa Arab, sosiolinguistik, Bahasa Arab di Malaysia, Sosiolingustik di Malaysia, analisis diskriptif, matrik keutamaan

ABSTRACT

1Rosfazila Binti Abd Rahman, Ph.D. Sosiologi & Antropologi, Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan,

KUIS, rosfazila@kuis.edu.my.

2Abdul Razif Bin Zaini, Ph.D. Bahasa Arab dan Linguistik, Pusat Pendidikan ICESCO di Malaysia (ICESCO)

(2)

38

The field of Sociolinguistics in Malaysia indicates that the audience has skills in Arabic. The areas of Arabic learning include changes in the form of words related to 'ilm al-sarf in nahw or Arabic grammar involving aspects of morphology, semantics and syntax; his success and ability in his role as the language of science, civilization and communication. Sociolinguistics is one of the main areas of linguistic discipline. The name of sociolinguistics is made up of two terms, namely, sociology, an acronym for sociology that studies society and linguistics that studies language. Sociolinguistics is the area of studies and research that combines two disciplines, sociology and linguistics. By virtue of the merger of these two disciplines, sociolinguistics focuses on two entities, language and society. Sociolinguistics considers language and society as one structure, which is the relationship between the two entities. This study adopts a descriptive analysis study. The two objectives of the study were to analyze the field of Arabic language studies and sociolinguistics in Malaysia and to explain the relationship between the two. The resolution of this study describes the field of Arabic language studies and sociolinguistics in Malaysia by using Matrix Analysis for the purpose of perspective, comparison and future research needs.

Keywords: Arabic, sociolinguistics, Arabic in Malaysia, Sociolinguistics in Malaysia, descriptive analysis, prioritization matrix

Pengenalan

Menurut Kamus Dwibahasa (1998), linguistik bererti pengajian ilmu bahasa, David Crystal (1986) pula menyatakan bahawa linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa. Ilmu linguistik ialah bidang ilmu mengkaji bahasa. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Dengan kata lain, ilmu ini mengkaji dan menganalisis sesuatu bahasa secara empirikal dan objektif, tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Berdasarkan disiplin ini, kajian bertumpu kepada bagaimana bahasa itu diucap dan dipertuturkan serta bentuk dan sistem ujarannya. Bidang ini juga mengkaji secara formal dan bersifat objektif, bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, sistem fonem, morfem, kata, frasa, dan ayat yang berlainan bentuk dalam konteks penggunaannya (Abdul Hamid Mahmood, 2007).

Sosiolinguistik berasal daripada gabungan perkataan sosio dan linguistik. Ia menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Justeru, sosiolinguistik adalah ilmu merentas disiplin yang membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan bahasa. Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial, perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaan dari segi bahasanya.

Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dan lain-lain), ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dan lain-lain.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna semantik.

(3)

39

Sosiolinguistik menumpukan kajiannya kepada aspek bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat (Kamus Dewan edisi keempat, 2007).

Secara umum, sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka sudut pandang perlu melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan (Abdullah Hassan, 1980). Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau, istilah sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka. Apabila dihubungkan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa pengertian yang sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek, iaitu penekanan dan sifat kajian. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa. Sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Sosiolinguistik itu ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketiga-tiga unsur ini berinteraksi, berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa (Fishman, 1968). Dengan perkataan lain, sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian terhadap bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. Fishman (1968 dalam Suwito 1985) mendefinisikan sosiolinguistik dengan sebutan sosiologi bahasa. Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial, seperti status sosial, tingkat pendidikan, umur, jenis kelamin, tingkat ekonomi dan faktor situasi, iaitu siapa berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, di mana, dan mengenai masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak, what language, to whom, and when. Secara eksplisit Fishman mendefinisikan sosiolinguistik sebagai pembelajaran tentang karakteristik variasi bahasa, karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan perubahan- perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya. jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor- faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial. Downes (1998) juga bersetuju dengan Wolfram dan Fasold (1974) apabila beliau mendefinisikan sosiolinguistik sebagai cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial, termasuk faktor konteks, sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa). Menurut Downes (1998) lagi, kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis. Pertama, kajian yang dianggap sebagai sosiolinguistik bebas, iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi, kehormatan dan sebagainya, dalam konteks

(4)

40

perubahan sejarah. Kajian berskala besar sebegini kadang-kadang disebut sosiolinguistik kolerasi, kajian variasi, dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. Kedua, huraian sosial bahasa boleh dilakukan menerusi situasi pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini kadangkala disebut pragmatik, analisis perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis. Secara kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa, ilmu sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat. Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi. Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik yang bertumpu kepada kajian makna.

Objektif kajian

Kajian ini dilakukan untuk tujuan berikut:

1. Menghuraikan bidang pengajian Bahasa Arab dan bidang sosiolinguistik di Malaysia. 2. Menganalisis perkaitan di antara bidang pengajian Bahasa Arab dan bidang sosiolinguistik

di Malaysia. Kaedah Kajian

Kajian ini mengadaptasi kajian analisis diskriptif. Resolusi kajian ini menghuraikan bidang pengajian Bahasa Arab dan bidang sosiolinguistik di Malaysia dengan menggunakan Analisis Matrik keutamaan bagi keperluan perspektif, perbandingan dan keperluan kajian akan datang. Matriks keutamaan ialah satu alat yang berguna untuk mencapai persetujuan dalam satu kumpulan/situasi bagi penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan. Ia membenarkan proses menyusun isu-isu berdasarkan skor dalam kriteria tertentu yang mengikut kepentingan atau pasukan. Ini membuatkannya menjadi alat yang berguna bagi masalah mengikut keutamaan. Terdapat lima langkah dalam matriks keutamaan yang perlu diikuti. Lima langkah tersebut ialah: Kenalpasti kumpulan / sitausi dan penuhkan matriks keutamaannya; Di dalam lajur pertama, tuliskan masalah yang dinyatakan dalam konteks situasi tersebut; Di dalam lajur kedua hingga keempat, definisikan kriteria, Contoh kriteria biasa ialah: Kekerapan: Berapa kerap masalah timbul? Kepentingan: Masalah mana yang paling penting berdasarkan pada kriteria terpilih? Boleh dilaksanakan: Sejauh mana usaha menyelesaikan masalah terpilih adalah praktikal dan realistik? Kriteria boleh dibina mengikut apa jua kriteria yang dirasakan penting bagi masalah/situasi tersebut. Kriteria lain termasuklah kos, nilai, keselamatan, masa dan tempoh sekiranya ada dan berkaitan. Selepas pendefinisian kriteria, boleh dibuat pilihan tentang kriteria / item mengikut kepentingan/keutamaannya (Haresh Kumar et.al, 2008).

Tinjauan persuratan

Dalam segmen ini, tinjauan persuratan dilakukan terhadap tiga aspek utama yang berkaitan dengan kajian. Tiga aspek tersebut adalah seperti yang berikut:

Bidang Sosiolinguistik di Malaysia

Kamus Dewan edisi keempat (2007) mendefinisikan sosiolinguistik merupakan kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum, sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang perancangan bahasa ini juga menjadi

(5)

41

sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007).

Keadaan sosiolinguistik di Malaysia cukup kompleks kerana keadaan pemajmukan masyarakat berbilang etniknya. Walaubagaimanpun Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa Rasmi Persekutuan. Apa yang lebih menarik, bahasa-bahasa lain bebas ditutur dan diamalkan. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pendidikan, perpaduan dan kebudayaan. Sebahagian besar masyarakat Malaysia belajar bahasa Melayu secara formal di sekolah. Sementara itu, mereka juga belajar bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa-bahasa lain sebagai bahasa kedua di sekolah atau secara informal dalam masyarakat. Perkembangan sosiolinguistik bahasa Arab di Malaysia mempunyai sejarah yang tidak kurang menarik dan wajar dikaji lanjut.

Kebanyakan tokoh bahasa di dalam dan di luar negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang pengkajian hubungan manusia dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masing-masing tanpa sebarang sekatan.

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai bahasa. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia. Demi menyatupadukan rakyat Malaysia, beberapa dasar digariskan antaranya Akta 1961 yang termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua murid.

Bidang Sosiolinguistik di Malaysia banyak tertumpu kepada Bahasa Melayu. Bahasa Melayu terdiri dari pelbagai dialek dan ragam sebutan serta perbendaharaan kata. Wujud juga variasi bahasa yang bermaksud bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama. Perubahan berlaku dalam pelbagai sudut sosiolinguistik masyarakat seperti struktur, nilai, organisasi dan sistem sosial yang akan mempengaruhi aspek lain. Penyesuaian atau penggantian fitur yang berlaku dalam bahasa ini membawa kepada perubahan lain terutama dalam konteks bahasa dari peringkat ke peringkat dalam perkembangan sejarahnya. Bahasa dan budaya mempunyai perhubungan yang erat serta mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan bagi menggambarkan sesuatu suasana, menyampaikan maklumat antara penutur dan pendengar, menyatakan atau mengujarkan perasaan dan sebagainya. Perubahan bahasa berlaku pada banyak segi kebahasaan seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, kosa kata, ungkapan, sebutan, laras, wacana, tatabahasa dan sebagainya (Abdul Rashid Daing 2010)

Isu sosiolinguistik di Malaysia terhasil daripada penelitian tentang beberapa isu utama di sekitar keadaan kebahasaan di Malaysia. Hubungan antara penggunaan bahasa dengan masyarakat dan negara bangsa Malaysia tercakup dalam kajian sosiolinguistik. Sosiolinguistik mulai dikaji di Barat pada 1960-an yang dipelopori oleh linguis seperti Wilian Labov di Amerika dan Basil Bastin di England. Beberapa isu utama sosiolinguistik di Malaysia kini ada kaitan langsung dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar

(6)

42

pendidikan, bahasa ilmu tinggi dan bahasa antarabangsa. Topik yang dibincangkan ialah perancangan bahasa, penyalahgunaan dan kerancunan bahasa, pengajaran bahasa, dasar bahasa, penggunaan bahasa Melayu di institusi pengajian, bahasa Melayu dalam komponen sastera, pemerkasaan bahasa Melayu, bahasa Melayu dalam era teknologi maklumat, kebahasaan Melayu dan agama Islam dan kesantunan serta keindahan bahasa Melayu (Musa 2012).

Secara prinsipnya, sosiolinguistik mengkaji aspek-aspek linguistik yang melibatkan aspek bahasa, struktur dan penggunaan yang berhubungan dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Dengan kata lain, sosiolinguistik meneropong hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia. Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh perbezaan status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa. Ini bererti, pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya turut dijadikan bahan kajian (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2003). Hal ini sejajar dengan pandangan Hudson (1980) yang menyifatkan bidang sosiolinguistik sebagai, the study of language in relation to society. Maknanya, sosiolinguistik adalah berkait rapat dengan bahasa dan hubungan bahasa itu dengan anggota masyarakat. Hakikatnya, bahasa dan masyarakat mempunyai hubungan yang erat dalam mencipta sejarah ketamadunan manusia. Ini kerana, pengkajian bahasa tanpa mengaitkannya dengan masyarakat akan mengetepikan beberapa aspek penting dalam disiplin bahasa itu sendiri. Tambahan pula, bahasa adalah suatu gejala yang sentiasa berubah dan sebahagian daripada punca perubahan itu timbul daripada masyarakat yang menuturkannya. Menurut Teo Kok Seong (2007), tugas utama sosiolinguistik adalah untuk meneliti perbezaan cara-cara yang digunakan oleh anggota masyarakat bagi menyatakan perkara yang sama. Dalam hal ini, sosiolinguistik memberi tumpuan kepada dua perkara. Pertama, gaya bahasa/linguistik, iaitu cara bentuk-bentuk bahasa yang berbeza-beza. Ianya boleh terdiri daripada bunyi, struktur perkataan, kosa kata dan ayat/nahu yang digunakan. Kedua, konteks sosial, iaitu faktor dan dimensi sosial yang mempengaruhi pemilihan/penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu. Antara faktor sosial yang didapati mempengaruhi penggunaan bentuk bahasa tertentu termasuklah peserta interaksi, latar sosial interaksi, fungsi interaksi dan topik interaksi. Manakala, dimensi sosial yang mempunyai kaitan dengan faktor sosial dan memberi kesan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang dipilih oleh seseorang itu antaranya ialah, jarak sosial peserta interaksi, status pihak yang berinteraksi, keformalan dan fungsi interaksi. Dell Hymes (1966) pula menyatakan, sosiolinguistik mengkaji perlakonan bahasa dari segi hubungan di antara latar (setting), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan, dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri. Justeru, setiap individu seharusnya mengetahui pelbagai peraturan berbahasa. Ini bagi membolehkan mereka berbahasa secara yang diterima oleh orang ramai termasuklah dalam pelbagai situasi. Walau bagaimanapun, sesuatu bahasa itu adalah berbeza-beza kerana ia dibentuk berasaskan kepada tujuan penggunaannya. Maknanya, bahasa yang berlainan menggambarkan cara berfikir yang berlainan kerana sifat sesuatu bahasa itu mempunyai hubungan yang rapat dengan cara hidup masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. Dalam hal ini, aspek budaya turut mempengaruhi pemikiran masyarakat kerana pembinaan budaya itu sendiri berkait dengan sistem nilai dan worldview. Pemikiran itu pula dinyatakan dalam konteks bahasa, iaitu sebagai alat komunikasi dan alat lambanglambang budaya (Wan Abdul Kadir Wan Yusoff, 2005). Dengan bahasa itulah juga, manusia mengikat hubungan dalam bentuk kehidupan bermasyarakat dan berkebudayaan.

(7)

43

Kemuncak daripada semua itu ialah peranan bahasa dalam pembinaan dan penakatan sesuatu bangsa (Awang Sariyan, 2005). Bagi Nik Safiah Karim (1981), sesuatu bahasa itu bukanlah merujuk kepada satu cara pertuturan yang digunakan oleh semua orang, bagi semua situasi dan dalam bentuk yang sama. Sebaliknya, bahasa itu berbeza-beza, iaitu bergantung kepada siapa yang bercakap, kepada siapa, di mana dan mengenai apa. Melalui bahasa, manusia saling berhubungan, menyampaikan buah fikiran dan perasaan. Secara asasnya, bahasa berfungsi sebagai alat perhubungan yang bertujuan untuk menjamin dan mengekalkan hubungan di antara anggota masyarakat. Ini disebabkan bahasa bukan hanya merupakan wadah pencerna pemikiran sesuatu bangsa tetapi juga untuk menggerakkan perasaan. Robert Sibarani (1992), menyatakan bahawa tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat setempat dan penggunaan bahasa mereka. Jika tidak, individu yang terlibat akan tergolong sebagai individu yang egois, tidak beradat dan tidak berbudaya. Za’ba (1964) juga menegaskan bahawa, jika kita ingin melakukan kajian terhadap sesuatu bahasa, kita haruslah faham akan selok-belok bahasa dan budaya masyarakat penutur itu sendiri. Ini kerana bahasa yang diterima pakai oleh masyarakat itu adalah tersendiri dan bersifat pragmatik, iaitu mengandungi maksud-maksud tertentu. Tema inilah yang mengawal tingkah laku dalam budaya masyarakat Melayu dan terkandung dalam sistem bahasa Melayu (Teo Kok Seong, 1997) iaitu mengutamakan ketertiban yang berasaskan agama dan budaya dalam setiap perlakuannya. Pendapat Teo Kok Seong ini diperkukuhkan lagi dengan pandangan Sri Delima (1981). Menurut Sri Delima, sistem nilai memainkan peranan yang penting dalam mengatur tatacara hidup seseorang sebagai ahli dalam masyarakatnya. Nilai adalah tenaga yang dapat mengintegrasikan masyarakat seperti nilai beragama, nilai ekonomi dan kekayaan, nilai sistem sosial dan kehidupan bermasyarakat, nilai kepemimpinan, nilai terhadap lelaki dan perempuan, nilai adat dan nilai budi bahasa (Amat Juhari Moain, 2001). Oleh itu, apabila pola nilai itu bersemi di dalam diri manusia maka jadilah ia unsur yang membentuk hati budinya (Hashim Haji Musa, 2008). Menurut Norazit Selat (2004), nilai memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi ahlinya.

Bidang pengajian Bahasa Arab di Malaysia.

Bahasa merupakan unsur kebudayaan. Kebudayaan adalah hasil daripada pemikiran, watak dan akal budi manusia. Bahasa Arab bukan sahaja sebagai unsur kebudayaan tetapi juga merupakan teras kepada kebudayaan dan tamadun Islam sendiri. Bahkan ia adalah nadi dan punca pengajaran Islam kerana al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Islam dan tersebarnya serentak dengan penyebaran agama itu ke setiap negara umat Islam, menjadikannya bahasa yang terpenting dan sekaligus menjadi media ilmiah, peradaban dan komunikasi yang utama di kalangan negara-negara berkenaan dan lainnya. Kemampuan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi sejak zaman pra-Islam sehingga ke hari ini jelas terbukti dari pengaruhnya terhadap bahasa Melayu di Nusantara, khasnya dalam pembinaan perbendaharaan kata dan kaedah tulisannya, kerana bahasa Melayu selain menjadikan abjad Arab sebagai abjad Melayu (Jawi) tetapi juga telah dan masih meminjam pakai istilah-istilah Arab dalam berbagai bidang keilmuan Islam. Dalam usaha untuk melihat dan meninjau keistimewaaan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu dan peradaban, maka seeloknya lebih dahulu ditumpukan sepintas lalu kepada bahasa Arab khasnya abjad tulisannya, sistem bunyi dan kedudukannya.

Menurut para pengkaji bahasa, hanya didapati lima bahasa sahaja yang telah meninggalkan pengaruh yang besar dalam memikul dan mengembangkan tamadun manusia di dunia. Kelima-lima bahasa itu ialah bahasa Cina Kuno, Sanskrit, Latin, Greek dan bahasa Arab. Namun demikian,

(8)

44

di antara kelimalima bahasa itu hanya bahasa Arab sahaja yang masih wujud dan berfungsi sehingga ke hari ini, manakala yang lainnya, sebahagiannya telah pupus Bahasa Arab Sebagai Bahasa Ilmu Dan Peradaban: Satu Kajian Dari Sudut Keistimewaannya 159 seperti bahasa Latin dan Sanskrit,1 sementara yang lain tidak mampu lagi untuk memainkan peranannya seperti sebelumnya. Bahasa Arab merupakan salah satu daripada tiga bahasa dunia yang terpenting dan paling luas penggunaannya hari ini, manakala yang dua lagi ialah bahasa Inggeris dan Sepanyol. Walau bagaimanapun, bahasa Arab telah memainkan peranan yang besar dan berkesan sebagai penghubung antara warisan tamadun silam dengan tamadun moden hari ini apabila ia telah mencerna warisan peradaban Yunani, Greek, Parsi, Hindu dan sebagainya, kemudian dipersembahkan kepada tamadun Barat dalam zaman Kebangkitan Eropah melalui pusat-pusat kebudayaan Islam di Baghdad, Kaherah, Fas, Granada dan lainnya, selain daripada pertembungan kebudayaan antara orangorang Islam dengan orang-orang Eropah natijah daripada Perang Salib. Bahasa merupakan unsur kebudayaan. Kebudayaan adalah hasil daripada pemikiran, watak dan akal budi manusia dan bahasalah yang menjadi penyebar utama kepada kebudayaan dan tamadun sesuatu bangsa. Bahasa Arab adalah suatu yang asasi dalam kebudayaan Islam dan tamadunnya, sedang yang lain adalah hasil daripada buah fikiran dan akal budi orang Islam sendiri dalam menyesuaikan pengajaran Islam dengan unsur tempatan. Bahasa Arab adalah dari rumpun bahasa Semitik yang digunakan oleh 100,000,000 orang yang tinggal di suatu kawasan yang merangkumi Afrika Utara, sebahagian besar Semenanjung Tanah Arab dan beberapa bahagian dari Timur Tengah. Bahasa Arab adalah bahasa al-Qur’an dan agama Islam.5Oleh itu ia tersebar serentak dengan penyebaran agama Islam ke setiap negara yang penduduknya menganut Islam dan sekaligus ia menjadi bahasa yang terpenting bagi kira-kira satu billion umat Islam atau 22% dan keseluruhan bilangan penduduk dunia. Bahasa Arab telah mendapat penghormatan dan pengakuan Antarabangsa apabila ia dipilih menjadi salah satu bahasa rasmi bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, iaitu sejak tahun 1973 dan digunakan juga sebagai salah satu bahasa rasmi bagi agensi-agensi PBB, seperti UNESCO dan lainnya, selain menjadi salah satu bahasa bagi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pertubuhan Perpaduan Afrika dan Liga Arab.6 KEISTIMEWAAN BAHASA ARAB Keistimewaan bahasa Arab ini dilihat dalam dua aspek utama: (a) Aspek perubahan bentuk kata dan maknanya, iaitu aspek ‘ilm al-sarf dalam bahasa Arab, ataupun yang melibatkan morfologi, semantik dan sintaksis dan (b) Aspek kejayaan dan kemampuannya dalam peranannya sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi sejak zaman pra-Islam sehingga hari ini.

Kejayaan dan kemampuan bahasa Arab ini dalam peranannya sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi sejak zaman pra-Islam hingga ke hari ini, memang jelas terbukti. Namun demikian, kejayaan dan kemampuan sebenar bahasa ini dan peranannya lebih menonjol lagi selepas kedatangan Islam, iaitu bertitik tolak dari peranan agama Islam dan pengaruh al-Qur’an yang berkait rapat dengan bahasa Arab di samping kemampuannya menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu pengetahuan, peradaban dan komunikasi. Kemampuan inilah yang menyebabkan masyarakat setempat memberi perhatian kepadanya dan lama kelamaan menggunakan sebagai bahasa ibunda mereka sendiri. Berhubung dengan keistimewaan bahasa Arab kerana ia berkait dengan agama Islam, iaitu sebagai bahasa al-Qur’an dan bahasa ibadat dalam Islam.

Bahasa Arab adalah salah satu daripada bahasa-bahasa dunia yang terpenting dan paling luas penggunaannya. la telah memainkan peranannya yang penting dan berkesan sebagai penghubung antara tamadun purba dengan tamadun hari ini. Pengaruhnya amatlah besar terhadap pembinaan

(9)

45

dan perkembangan perbendaharaan kata kebanyakan bahasa umat Islam di dunia termasuk bahasa Melayu. Keistimewaan bahasa Arab telah diakui bukan sahaja di kalangan para sarjana Islam, tetapi juga sarjana Barat. Keistimewaan bahasa ini terlihat dalam dua aspek, iaitu perubahan bentuk kata yang berkait dengan ‘ilm al-sarf dalam nahw atau tatabahasa Arab iaitu yang melibatkan aspek-aspek morfologi, semantik dan sintaksis; di samping kejayaan dan kemampuannya dalam peranannya sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi sejak lama dahulu lagi sehingga ke hari ini. Kejayaan dan kemampuannya yang sebenar dalam peranannya sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi sejak pra-Islam sehingga ke hari ini, jelas terbukti. Bagaimanapun, kejayaan dan kemampuan sebenarnya yang lebih menonjol lagi ialah selepas kedatangan Islam, iaitu disebabkan oleh pengaruh kitab suci al-Qur’an al-Karim yang berkait rapat dengan bahasa Arab di samping kemampuannya menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi yang banyak mempengaruhi bahasa-bahasa umat Islam yang lain, khasnya dalam pembinaan dan perkembangan bahasa-bahasa berkenaan, sehingga bahasa-bahasa tersebut yang mengambil manfaat daripadanya juga turut mewarisi kemampuan dan kejayaaan yang sama. Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik di Malaysia.

Sejarah perkembangan bahasa Arab di Malaysia telah bermula sejak agama Islam masuk ke Tanah Melayu iaitu pada kurun pertama Hijrah, selaras dengan penerimaan masyarakat Melayu terhadap agama Islam (Fatimi, 1963). Kedatangan Islam bersama bahasa Arab sebagai perantaraan dalam urusan ibadat, agama dan pendidikan dalam abad ke-17 Masehi telah menyebabkan masyarakat di Kepulauan Melayu mempelajarinya dalam semua kemahiran bahasa (Abdul Wahab & Nur Shuhadak, 2015). Natijahnya, banyak perubahan telah berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu ketika itu turut melibatkan bahasa Arab yang telah berkembang secara aktif dan diajarkan kepada masyarakat bagi memahami Islam dan menunaikan ibadah (Rosni, 2009). Selain itu, pengaruh bahasa Arab juga didapati telah memartabatkan bahasa Melayu hingga mencapai status bahasa ilmu (Mohd Shahrizal & Kamarul Shukri, 2012). Antara contoh paling jelas bagi membuktikan pengaruh besar bahasa Arab dalam bahasa Melayu ialah penukaran penggunaan huruf Sanskrit dengan huruf Arab yang dikenali kemudiannya dengan huruf Jawi, peminjaman kosa kata Arab yang diterima pakai dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam enam kategori dan kecenderungan masyarakat memberikan nama-nama dalam bahasa Arab kepada anak-anak mereka (Abdul Wahab dan Nur Shuhadak, 2015). Kesan-kesan yang dinyatakan sebelum ini merupakan sebahagian daripada impak jelas kemasukan agama Islam dan bahasa Arab ke Tanah Melayu suatu ketika dahulu dan terus berkembang sehingga kini di Malaysia (Muhammad Sabri Sahrir et.al 2016).

Di Malaysia, pembelajaran bahasa Arab kini mendapat perhatian segenap lapisan umur masyarakat terutamanya yang beragama Islam. Kajian Che Radiah & Masittah (2011), menyatakan bermula daripada kanak-kanak, remaja, golongan dewasa malah warga emas cenderung untuk mempelajari bahasa Arab dengan ramainya daripada golongan ini yang mengikut kelas-kelas pembelajaran bahasa Arab sama ada secara formal mahupun informal. Mereka mengikuti kelas-kelas pengajian bahasa Arab ini di masjid, surau, pusat pendidikan bahasa Arab awam mahupun swasta dan sebagainya. Hal ini kerana memenuhi keperluan utama mereka dalam mendalami agama melalui kefahaman jitu kepada al-Quran dan Hadis serta suatu usaha pemantapan kualiti ibadah harian mereka. Kajian Mohd Sharizal et.al (2015) juga mendapati kesedaran mempelajari Bahasa Arab adalah tinggi khususnya untuk tujuan ibadah (Hairun Najuwah Jamali et. al 2017)

(10)

46

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Arab secara formal dan informal oleh pelbagai peringkat umur ini. Selain faktor berkait rapat dengan agama, pembelajaran bahasa Arab adalah disebabkan keperluan untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara Arab khususnya bahkan sebagai pemantapan diri individu yang melibatkan diri dalam dunia pendidikan bahasa Arab. Kesannya tertubuhlah pusat-pusat bahasa Arab yang menawarkan pembelajaran bahasa Arab secara intensif bagi memenuhi keperluan masyarakat kini (Hairun Najuwah Jamali et. al 2017). Penawaran Program Ijazah Bahasa Arab Di Malaysia pula telah ditawarkan di kebanyakan universiti awam (UA) di Malaysia dengan pelbagai nama program (nomenclature) yang berbeza bergantung kepada falsafah universiti dan objektif penawaran program akademik itu sendiri. Namun begitu, program akademik ini telah ditawarkan oleh universiti-universiti di Timur Tengah sejak sekian lama. Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab telah mengalami perkembangan positif di Tanah Melayu bermula dari institusi pondok dan madrasah pada abad ke-18 Masihi (Abdullah Jusuh, 1989). Proses perkembangan yang positif tersebut terus berlangsung sehingga kini bermula seawal peringkat rendah dengan pelaksanaan program j-QAF di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Bagi peringkat pengajian tinggi pula, didapati banyak institusi pengajian tinggi awam menawarkan program pengajian bahasa Arab di peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. Pendidikan Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang unik dalam sistem pendidikan di Malaysia. Bahasa Arab merupakan asas dalam pendidikan pondok dan sistem sekolah aliran agama suatu ketika dahulu, namun kini menjadi salah satu matapelajaran dalam arus pendidikan perdana. Dalam usaha memperkasa pendidikan Bahasa Arab di Malaysia, isu permasalahan guru dalam pengajaran bahasa Arab sering kali diperdebatkan (Abdul Razif et.al 2019). Bahasa Arab tidak lagi dipelajari oleh pelajar sekolah aliran agama semata-mata, bahkan ditawarkan di pelbagai peringkat pendidikan formal sama ada pada peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun kolej dan universiti (Muhammad Sabri, 2015).

Kedudukan Bahasa Arab Dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan Bahasa Arab mempunyai kedudukan yang unik dalam konteks masyarakat di Malaysia. Keunikan ini merujuk kepada pemilihannya sebagai bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam ke seluruh alam. Selain itu, semua amal ibadah umat Islam mempunyai kaitan langsung dengan penggunaan bahasa Arab (Muhammad Sabri, 2015).

Bahasa kedua dan bahasa asing merupakan dua terma yang hampir dari sudut takrifannya. Keduaduanya merujuk kepada bahasa yang dipelajari selepas bahasa ibunda. Namun, penggunaan keduadua istilah ini dibezakan dengan persekitaran dan penggunaan bahasa-bahasa tersebut sepertimana dijelaskan oleh Nemati (2011). Bahasa kedua didefinisikan sebagai bahasa yang diperolehi atau dipelajari selepas bahasa ibunda (Gass & Selinker, 1994). Terma ini juga ditakrifkan sebagai bahasa yang dipelajari selepas bahasa ibunda tanpa mengambil kira pembelajaran bahasa ketiga, keempat dan seterusnya. Manakala bahasa asing pula merujuk kepada bahasa yang dipelajari oleh seseorang selepas bahasa ibunda namun bukan dalam suasana bahasa tersebut (Gass & Selinker, 1994). Terma ini digunakan dalam konteks di mana sesuatu bahasa itu tidak digunakan sebagai bahasa komunikasi atau sebagai medium perantaraan. Jika kedua-dua takrifan ini dicermati, nyata kedudukan bahasa Arab tidak setaraf bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Dalam Akta Pendidikan 1996, bahasa Arab diklasifikasikan setaraf bahasa Jepun, Jerman atau Perancis yang diwartakan sebagai bahasa asing. Maka bahasa-bahasa ini boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian (Akta Pendidikan 1996). Kenyataan ini

(11)

47

menunjukkan kedudukan Bahasa Arab dalam arus pendidikan perdana, dan jelas mempunyai perbezaan dengan kedudukan bahasa Mandarin dan Tamil.

Masa Pengajaran Bahasa Arab dalam Sistem Pendidikan bahasa Arab di Malaysia Status dan kedudukan bahasa Arab dalam Akta Pendidikan 1996 sememangnya memberi kesan tidak langsung kepada beberapa perkara khususnya masa pengajaran. Status bahasa Arab sebagai bahasa asing sudah pasti mempunyai implikasi dari sudut penumpuan. Menurut Akta Pendidikan 1996, bahasa Arab sebagai bahasa asing boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat sedemikian. Pelajar tidak diwajibkan mengambilnya dan tidak diwajibkan lulus dalam peperiksaan (Awatif et.al, 2017). Sekiranya senarai tahap kesukaran pembelajaran bahasa yang dikeluarkan oleh Foreign Service Institute (FSI) dijadikan piawaian, gabungan tempoh maksimum bagi pembelajaran bahasa Arab di ketiga-tiga peringkat boleh dicapai dan melepasi tahap yang disyorkan (2200 jam pertemuan) (AR Zaini, 2015). Tanggapan masyarakat umum yang mengaitkan kelemahan menguasai bahasa Arab dengan tahun pengajian berkemungkinan terbina tanpa asas. Kenyataan “belajar bahasa Arab selama 12 tahun namun masih tidak mampu menguasai bahasa tersebut” merupakan persepsi yang kurang tepat dan hanya meletakkan masalah di bahu pelajar semata-mata. Tidak semua pelajar yang mempelajari bahasa Arab melengkapkan tempoh pembelajarannya selama 12 tahun dan ke atas secara berterusan. Kajian AR Zaini (2015) mendapati hanya 33.6 % sahaja daripada jumlah pelajar yang mempelajari bahasa Arab melepasi tempoh tersebut. Manakala majoriti pelajar mempelajari bahasa Arab kurang daripada tempoh yang dinyatakan. Tuntutan jam pembelajaran minimum yang dibincangkan, hanya boleh dicapai dengan gabungan beberapa sistem pembelajaran yang ada di Malaysia.

Masalah pengajaran bahasa Arab di Malaysia. Berdasarkan penelitian yang dilakukan ke atas kajian-kajian lalu, beberapa masalah yang dikenal pasti dalam pengajaran bahasa Arab adalah pengajaran berpusatkan guru (Rosni Samah, 2009), pendekatan nahu terjemahan (Ab. Gani Jalil, 1993, Rosni Samah, 2009), penggunaan bahan bantu mengajar (Ab. Gani Jalil, 1993, Rosni Samah, 2009, Rahimi Md. Saad et al.) , kekurangan bahan bacaan tambahan (Rosni Samah, 2009), kekurangan aktiviti (Ab. Gani Jalil, 1993, Rosni Samah, 2009), kekurangan komunikasi (Rosni Samah, 2009), persekitaran (Azman Che Mat dan Goh Ying Soon, 2010, Nik Rahimi, Kamarulzaman dan Zawawi, 2006, Kamarudin, 2000, Ab. Gani Jalil, 1993), dan motivasi (Rosni Samah, 2012).

Kajian ini mencadangkan beberapa tumpuan diberikan dalam penyelidikan akan datang antaranya kedudukan bahasa Arab dalam sistem pendidikan di Malaysia, memperluas penggunaan bahasa Arab dan menilai penerimaan masyarakat awam terhadap bahasa ulung ini.

Dato Mahmud Bin Abdul merupakan tokoh penting dalam perkembangan bahasa Arab di Malaysia. Ilmu beliau yang luas disertai dengan kepakaran yang pelbagai menyangkuti hampir semua bidang kajian bahasa Arab menjadikan beliau pusat rujukan kepada pengkaji-pengkaji bahasa Arab di Malaysia. Selain sumbangan beliau dalam dunia akademik dan kesarjanaan, beliau turut terlibat menganggotai agensi dan jawatankuasa penting yang membina bahasa Arab sebagai bahasa moden dan komunikasi pada hari ini. Jasa beliau dalam membentuk bahasa Arab komunikasi yang berkembang sebagai bahasa ilmu dan bahasa saintifik hari ini sangatlah besar. Keadaan ini menjelaskan kepada kita kepentingan mempelajari bahasa Arab. Bukan sahaja untuk memahami Quran tetapi juga menggali pelbagai ilmu yang banyak ditulis dalam bahasa al-Quran itu. Sumbangan keilmuan Dato Mahmud Bin Abdul dalam bidang bahasa Arab

(12)

48

sememangnya melayakkan beliau untuk digelar Tokoh Sosiolinguistik Melayu Nusantara (Abdul Razif & Rosfazila 2016).

Dapatan dan perbincangan kajian

Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik di Malaysia dianalisis menggunakan Matrik Keutamaan mengenalpasti domain, bidang / skop mikro dan makro dapat diperjelaskan dengan 2 jadual berikut ; Matrik sosiolinguistik, cakupan bidang mikro dan makro dan Matrik Bidang Bahasa Arab dan Sosiolinguistik di Malaysia;

Jadual 1 : Matrik sosiolinguistik, cakupan bidang mikro dan makro

Bil. Domain Bidang / skop mikro Bidang /skop makro

1. Sosiolinguistik; Ilmu interdisipilineri;

Membincangkan dan menyusun teori-teori; memberi penekanan kepada aspek Bahasa.

Kajian bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat

2. Mengkaji

aspek-aspek linguistik

Melibatkan aspek bahasa, struktur dan penggunaan yang berhubungan dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.

Meneropong hubungan bahasa dengan masyarakat ataupun bahasa sebagai alat kehidupan manusia.

Kajiannya juga melampaui dialek dan bentuk-bentuk pertuturan yang berbeza oleh perbezaan status individu-individu dalam sesebuah masyarakat bahasa.

Pelbagai bahan sosiobudaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya turut dijadikan bahan kajian

Mengkaji bahasa dan hubungan bahasa itu dengan anggota masyarakat.

Bahasa dan masyarakat mempunyai hubungan yang erat dalam mencipta sejarah ketamadunan manusia. Pengkajian bahasa tanpa mengaitkannya

dengan masyarakat akan mengetepikan 1 beberapa aspek penting dalam disiplin bahasa itu sendiri.

Bahasa adalah suatu gejala yang sentiasa berubah dan sebahagian daripada punca perubahan itu timbul

daripada masyarakat yang

menuturkannya. 3. Etnografi pertuturan

(the ethnography of speaking).

Dell Hymes (1962)

Pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran

(speech events), pilihan-pilihan yang

dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting pembicaraan.

Lebih berhubungan dengan kajian-kajian mendalam mengenai

penggunaan bahasa. Ciri-ciri variasi bahasa, ciri-ciri fungsi variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya 4.

Sosiologi Bahasa

Fishman (1968

dalam Suwito 1985);

Tentang perhubungan masyarakat dan bahasa

Kajian bahasa sebagai gejala sosial yang mempengaruhi pemakaian bahasa dengan faktor sosial, seperti status sosial, tingkat pendidikan, umur, jenis kelamin, tingkat ekonomi dan faktor situasi, iaitu Mencakupi kajian mengenai pihak-pihak

yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun kecil

(13)

49

memberi penekanan kepada masyarakat manakala

sosiolinguistik kepada aspek bahasa

Pertembungan antara kelompok siapa berbicara, dengan bahasa apa, kepada siapa, bila, di mana, dan mengenai masalah apa atau dirumuskan secara singkat dengan who speak, what language, to whom, and when.

Sektor-sektor sosial, Perhubungan-perhubungan Dan perbezaan-perbezaannya

Mengkaji sistem ganti nama, sistem panggilan dan sistem gelaran

Dalam sesebuah masyarakat Bahasa penghubung dan mengenali penutur

5. Linguistics plus Ilmu merentas disiplin yang membincangkan

dan menyusun teori-teori

Tentang perhubungan masyarakat dan bahasa

6. Istilah bahasa

Sosiolinguistik menumpukan

Perbezaan kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dan lain-lain),

Aspek bahasa dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat.

Ragam regional dari satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan, Kedah dan lain-lain.),

Kesemuanya ini diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata, ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna semantik.

Ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi dan rendah),

Ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya).

7. Sosiolinguistik (Fishman)

Pembelajaran tentang karakteristik variasi bahasa, karakteristik fungsi bahasa, dan karakteristik pemakaian bahasa yang terjalin dalam interaksi, sehingga menyebabkan perubahan- perubahan antara ketiganya di dalam masyarakat tuturnya.

Jenis kajian yang termasuk bawah kajian sosiolinguistik merangkumi spektrum topik yang agak luas dan topik-topik tersebut dapat dikelompokkan kepada empat kelompok utama, iaitu interaksi faktor- faktor sosial dengan bahasa atau dialek dalam skala besar, penggunaan sebenar bahasa, bahasa dalam konteks sosialnya, dan penerapan pengetahuan linguistik kepada masalah sosial.

8. Sosiolinguistik (Downes (1998) , Fasold (1974))

Cabang linguistik yang memerlukan rujukan kepada faktor sosial, termasuk faktor konteks, sewaktu mencari ciri-ciri bahasa (atau bahasa).

Sosiolinguistik adalah kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh sesuatu masyarakat.

Batasan kajian ilmu sosiolinguistik adalah terhadap bahasa yang boleh digunakan dalam interaksi.

Jika bahasa yang digunakan tidak boleh difahami oleh satu pihak yang dibawa berbual, itu adalah diluar bidang kajian sosiolinguistik tetapi termasuk dalam bidang semantik dan pragmatik yang bertumpu kepada kajian makna.

Kajian yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada kepada dua jenis.

1. Pertama, kajian yang

dianggap sebagai

sosiolinguistik bebas, iaitu kajian yang melibatkan huraian terhadap corak sosial variasi dan perubahannya dalam skala yang besar. Penelitian melibatkan percubaan mengaitkan variasi bahasa dengan kategori sosial seperti kelas, jantina, geografi, kehormatan dan

sebagainya, dalam

konteks perubahan

sejarah. Kajian berskala besar sebegini

(14)

kadang-50

kadang disebut

sosiolinguistik kolerasi, kajian variasi, dialektologi perbandaran moden atau sosiolinguistik tulen. 2. Kedua, huraian sosial

bahasa boleh dilakukan

menerusi situasi

pertuturan berskala kecil. Huraian sosial sebegini

kadangkala disebut

pragmatik, analisis perbualan, etnografi komunikasi, analisis wacana, semiotik sosial atau linguistik kritis.

9. The study of

language in relation to society.

Hudson (1980)

Berkait rapat dengan bahasa dan hubungan bahasa itu dengan anggota masyarakat.

Hakikatnya, bahasa dan masyarakat mempunyai hubungan yang erat

dalam mencipta sejarah

ketamadunan manusia 10. Penelitian perbezaan cara-cara yang digunakan oleh anggota masyarakat bagi menyatakan perkara yang sama.

Teo Kok Seong

(2007),

Memberi tumpuan kepada dua perkara. Pertama, gaya bahasa/linguistik, iaitu cara bentuk-bentuk bahasa yang berbeza-beza. Ianya boleh terdiri daripada bunyi, struktur perkataan, kosa kata dan ayat/nahu yang digunakan.

Kedua, konteks sosial, iaitu faktor dan dimensi sosial yang mempengaruhi pemilihan/penggunaan bentuk-bentuk bahasa tertentu.

Antara faktor sosial yang didapati mempengaruhi penggunaan bentuk bahasa tertentu termasuklah peserta interaksi, latar sosial interaksi, fungsi interaksi dan topik interaksi. Manakala, dimensi sosial yang mempunyai kaitan dengan faktor sosial dan memberi kesan terhadap bentuk-bentuk bahasa yang dipilih oleh seseorang itu antaranya ialah, jarak sosial peserta interaksi, status pihak yang berinteraksi, keformalan dan fungsi interaksi

11. Perlakonan Bahasa Dell Hymes (1966)

Kajian segi hubungan di antara latar (setting), peserta (participant), tajuk perbincangan, fungsi sesuatu interaksi, bentuk perhubungan, dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri.

Pelbagai peraturan berbahasa, berbahasa secara yang diterima oleh orang ramai dan pellbagai situasi, cara pemikiran yang berlainan, cara hidup masyarakat yang menuturkan Bahasa, aspek budaya yang

mempengaruhi pemikiran

masyarakat , pembinaan budaya berdasarkan sistem nilai dan worldview.

12. Alat komunikasi dan

alat

lambang-lambang budaya

(Wan Abdul Kadir Wan Yusoff, 2005). .. 13. Pembinaan dan penakatan sesuatu bangsa (Awang Sariyan, 2005).

(15)

51 14. Wadah pencerna pemikiran sesuatu bangsa dan menggerakkan perasaan.

Nik Safiah Karim (1981),

Perbezaan Bahasa, penutur, tempat dan perkara. Alat berhubungan, menyampaikan buah fikiran dan perasaan.

15. Tatacara berbahasa Robert Sibarani (1992)

Norma kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat setempat dan penggunaan bahasa.

Egois, tidak beradat dan tidak berbudaya.

16. Selok-belok Bahasa. Za’ba (1964)

Memahami budaya masyarakat penutur kerana bahasa yang diterima pakai oleh masyarakat adalah tersendiri dan bersifat pragmatik, iaitu mengandungi maksud-maksud tertentu.

Dalam masyarakat Melayu

misalnya, fenomena tidak berterus-terang (indirectness) merupakan prinsip asas yang penting dalam

komunikasi. Sesuatu yang

disampaikan secara ‘berselindung’, dianggap lebih beradab dan beradat 17. Pengawal tingkah

laku dalam budaya masyarakat Melayu dan sistem bahasa (Teo Kok Seong, 1997).

Penggunaan kias atau ibarat sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maksud yang tersirat.

Keperibadian peribadi orang Melayu yang tinggi budi bahasanya, iaitu mengutamakan ketertiban yang berasaskan agama dan budaya dalam setiap perlakuannya.

18. Titian Tali. Sri Delima (1981).

Seni bercakap. Budi Bahasa. Kesopanan. Sistem nilai memainkan peranan yang penting dalam mengatur tatacara hidup seseorang sebagai ahli dalam masyarakatnya.

19. Nilai tenaga yang dapat

mengintegrasikan masyarakat (Amat Juhari Moain, 2001).

Seperti nilai beragama, nilai ekonomi dan kekayaan, nilai sistem sosial dan kehidupan bermasyarakat, nilai kepemimpinan, nilai terhadap lelaki dan perempuan, nilai adat dan nilai budi bahasa

Orang Melayu percaya nilai sangat kuat dalam menentukan sikap, pemikiran, pegangan dan pola tindakan, perlakuan dan pendirian manusia. Oleh itu,

20. Pola nilai hati budinya

(Hashim Haji Musa, 2008).

Norazit Selat (2004)

Nilai memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi ahlia.

Lazimnya, nilai masyarakat Melayu terbahagi kepada dua bentuk. Pertamanya, penekanan terhadap nilai murni yang harus disematkan dalam hati dan sanubari setiap individu. Manakala, yang keduanya mementingkan nilai yang boleh menjaga dan menaikkan martabat masyarakat dan bangsa. Salah satu

daripada nilai-nilai yang

menyerlahkan jati diri bangsa Melayu ialah sifat malu.

Jadual 2: Matrik Bidang Bahasa Arab dan Sosiolinguistik di Malaysia

Bil. Konsep Bidang / skop mikro Bidang /skop makro

1. Perancangan bahasa Perancangan Bahasa

2. Perantara urusan ibadat, agama dan pendidikan

3. Semua kemahiran bahasa Memahami Islam

(16)

52

4. Bahasa Arab memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu

Penukaran huruf

Sanskrit dan huruf arab kepada huruf jawi

Peminjaman kosa kata

Arab dalam

perbendaharaan kata Bahasa Melayu dalam 6 kategori

Memberikan nama Arab kepada anak

5. Perhatian kuat dalam kalangan orang Islam Golongan

kanak-kanak, remaja,

dewasa dan warga emas.

6. Pelajari Arab secara formal dan tidak formal Masjid, surau, pusat pengajian Bahasa Arab awam, swasta dan sebagainya. 7. Tujuan memahami agama melalui pemahaman kepada

al-Quran dan hadis.

Usaha pemantapan kualiti ibadah harian

Kesedaran mempelajari

Bahasa Arab untuk

tujuan ibadah adalah tinggi.

8. Bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam ke seluruh alam

9. Keperluan untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara Arab.

10. Pendidikan kendiri dalam dunia Pendidikan Bahasa Arab.

Penubuhan pusat-pusat Bahasa Arab

yang menawarkan

pembangunan Bahasa Arab secara intensif. Penawaran program ijazah Bahasa Arab di Malaysia.

11. Pendidikan Bahasa Arab Asas Pendidikan

pondok

Sekolah aliran agama

Arus Pendidikan

perdana

12. Usaha memperkasa Pendidikan Bahasa Arab Isu permasalahan

guru dalam

pengajaran 13. Bahasa Arab di sekolah bukan aliran agama

14. Status Bahasa Arab sebagai Bahasa kedua dan sebagai Bahasa asing

15. Masa pengajaran Bahasa Arab dalam sistem Pendidikan Bahasa Arab di Malaysia

Tumpuan dan tahap jam pembelajaran minima

16. Penumpuan pelajar 17. Penguasaan Bahasa Arab 18. Penguasaan kosa kata

19. Sistem pengajaran Bahasa Arab 20. Pengajaran berpusatkan guru 21. Penggunaan bahan bantu mengajar 22. Kekurangan bahan bacaan tambahan 23. Kekurangan aktiviti

(17)

53

25. Kesan persekitaran 26. Motivasi

27. Faktor guru Latihan guru

28. Kaedah pengajaran interaktif dan kontemporari 29. Kemudahan teknologi dan maklumat

30. Memperluaskan penggunaan Bahasa Arab 31. Menilai penerimaan masyarakat awam

32. Kajian tokoh sosiolinguistik Dato Mahamud

Abdul Ketokohan Pusat rujukan Kesarjanaan

Rumusan

Bidang Sosiolinguisik di Malaysia menunjukkan sejarah, latarbelakang dan perkembangan yang menarik lagi berkembang dalam bidang bahasa Arab. Sosiolinguistik menganggap bahasa dan masyarakat sebagai satu struktur, yakni hubungan antara kedua-dua entiti tersebut yang rapat. Kajian ini mengadaptasi kajian analisis diskriptif. Bidang pengajian Bahasa Arab dan bidang sosiolinguistik di Malaysia dihuraikan sebagai mempunyai saling kaitan yang sangat rapat. Resolusi kajian ini menghuraikan bidang pengajian Bahasa Arab dan bidang sosiolinguistik di Malaysia dengan menggunakan Analisis Matrik keutamaan bagi keperluan perspektif, perbandingan dan keperluan kajian akan datang. Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik di Malaysia dianalisis menggunakan Matrik Keutamaan telah mengenalpasti beberapa domain, bidang / skop mikro dan makro yang diperjelaskan melalui 2 jadual iaitu Matrik sosiolinguistik, cakupan bidang mikro dan makro dan Matrik Bidang Bahasa Arab dan Sosiolinguistik di Malaysia. Matrik sosiolinguistik, cakupan bidang mikro dan makro mempunyai 20 domain beserta skop mikro dan makro utama manakala Matrik Bidang Bahasa Arab dan Sosiolinguistik di Malaysia pula mempunyai 30 domain beserta skop mikro dan makro. Kedua-dua jadual matrik ini mencakupi aspek / konsep pengkajian berkaitan Bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitannya dengan bidang Sosiolinguistik di Malaysia. Walaubagaimanapun analisis matrik ini adalah lebih bersifat meta data terbuka yang belum mutahir kerana hakikat bahawa sumber pengakajian dan data sememangnyalah lebih luas dan memerlukan kajian lanjut. Analisis kajian ini boleh menjadi panduan dan senarai semak bagi melihat perspektif, perbandingan dan keperluan kepada peluang kajian akan datang dalam bidang pengajian Bahasa Arab dan kaitanyya dengan bidang sosiolinguistik di Malaysia.

“The research greenfield is multidimensional, the limit is in our mind” (Prof. Datuk IR.TS. Dr. Mohd Jailani Mohd Nor)

Rujukan

(PDF) Keperluan Pusat Bahasa Arab Di Malaysia : Satu Kajian Rintis Di Kuiscell. Available From:Https://Www.Researchgate.Net/Publication/325284764_Keperluan_Pusat_Bahasa_Arab_ Di_Malaysia_Satu_Kajian_Rintis_Di_Kuiscell [Accessed Feb 20 2020].

(18)

54

(Pdf) Keperluan Pusat Bahasa Arab Di Malaysia : Satu Kajian Rintis Di Kuiscell. Available From: Https://Www.Researchgate.Net/Publication/325284764_Keperluan_Pusat_Bahasa_Arab_Di_Ma laysia_Satu_Kajian_Rintis_Di_Kuiscell [Accessed Feb 20 2020].

(Pdf) Program Akademik Bahasa Arab Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Uiam): Analisis Awal Terhadap Respons Pelajar. Available From: Https://Www.Researchgate.Net/Publication/311901612_Program_Akademik_Bahasa_Arab_Ijaz ah_Sarjana_Muda_Di_Universiti_Islam_Antarabangsa_Malaysia_Uiam_Analisis_Awal_Terhad ap_Respons_Pelajar [Accessed Feb 20 2020].

Abdul Rashid Daing Melebek & Amat Juhari Moain. (2010). Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu. Penerbit UKM: Bangi.

Abdul Razif Bin Zaini & , Rosfazila Binti Abd. Rahman. (2017). Kesan Kursus Bahasa Arab Jangka Pendek Luar Negara Menurut Perspektif Sosiolinguistik. Persidangan Antarabangsa Pengajian Islamiyyat Kali Ke-3 (Irsyad2017). 3rd International Conference On Islamiyyat Studies (Irsyad2017). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Abdul Razif Zaini & Rosfazila Abd Rahman. (2016). Dato Mahamud Bin Abdul, Tokoh Sosiolinguistik Melayu Nusantara: Suatu kajian Konseptual, profil dan sumbangan. Tokoh-tokoh Ulama Melayu Nusantara.Selangor: PPT,KUIS, JAIS dan LZS.

Dr Haresh Kumar Kantilal, Dr Anton Espira. (2008). Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah. https://www.coursehero.com/file/p7ksa54h/a-Apa-dia-matriks-keutamaan-Matriks-keutamaan-ialah-satu-alat-yang-berguna/ . Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM). [ Accessed Feb 20 2020]

Hashim Bin Musa, (2000) , journal Sejarah Tulisan Jawi.________. http://www.hmetro.com.my/node/21285?m=1#sthash.VytdFFlX.dpuf

http://www.scribd.com/doc/38199233/Linguistik-Sosiolinguistik-Dan-Ruang-Lingkupnya#scribd Janet Holmes. (2013). An Introduction to Sociolinguistics. Fourth edition. New York, USA: Routledge.

Mohd. Razi Mohd Zin, Isimewa Mahamud, Utusan Malaysia,

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kel uarga&pg=ke_01.htm

Musa, Hashim and Pondo, Halimah .(2012). Isu sosiolinguistik di Malaysia.Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang,Selangor.

Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad. (2006). Bahasa Melayu STPM; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Ketidaksejahteraan rumah tangga petani di Kabupaten Malaka juga dapat dilihat dengan membandingkan nilai NTPRP terhadap total konsumsi dan total biaya

Tulisan ini berbicara tentang produk hukum Islam mengenai perwakafan di Indonesia.Tidak terlepas dari pemahaman fikih yang diwarisi selama berabad- abad dari para ulama

Kompetensi Dasar Materi Pembelajaran Kegiatan Pembelajaran Indikator Pencapaian Kompetensi Penilaian Alokasi Waktu Sumber Belajar Teknik Bentuk Instrumen Contoh

Pada penelitian ini diketahui bahwa rerata fleksi dan ekstensi lutut responden setelah menjalani intervensi berupa terapi MWD dan latihan RGS secara aktif dan pasif

Penelitian menggunakan metode Ranti’s Generic IS/IT Business Value yang berkolaborasi dengan metode Economic Value Added (EVA) telah cukup banyak dilakukan sebelumnya,

Pola koefisien variasi curah hujan musiman di wilayah bandung dapa dilihat pada Gambar 5 menunjukan bahwa terdapat pola yang sama yaitu masing - masing stasiun

Klon C3 yang berasal dari tegakan alam di kawasan plot konservasi genetik cendana di Watusipat, Gunungkidul menunjukkan hasil terbaik dalam induksi kalus