• Tidak ada hasil yang ditemukan

TATACARA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN BACELOR) SESI AKADEMIK 2020/2021 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "TATACARA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN BACELOR) SESI AKADEMIK 2020/2021 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

TATACARA PELAKSANAAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN BACELOR)

SESI AKADEMIK 2020/2021

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK

1. PENGENALAN

Seperti yang kita sedia maklum, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula pada 7 Jun 2020 hingga 31 Disember 2020. Bermula pada tempoh PKPP ini, banyak aktiviti sudah mula dibenarkan beroperasi termasuk pembukaan Institusi Pendidikan Tinggi. Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan Prosedur Operasi Standard (SOP) berhubung Pengendalian Aktiviti Akademik di Kampus Institusi Pengajian Tinggi Semasa dan Pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) pada 20 Jun 2020 yang lalu. SOP ini membenarkan pelaksanaan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka kepada pelajar baharu bagi peringkat Sijil, Asasi, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda bagi Sesi Akademik 2020/2021.

Selaras dengan Edaran Dalaman daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsda) Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 4 September 2020, UPM akan meneruskan aktiviti PdP secara bersemuka untuk program Bacelor, Master dan PhD bagi semester 1 Sesi 2020/2021 yang akan bermula pada 19 Oktober 2020. Bagi program Diploma, aktiviti PdP secara bersemuka akan bermula pada 28 September 2020 sebagaimana Edaran Dalaman TNCAA bertarikh 29 Jun 2020.

Baru – baru ini iaitu pada 1 Oktober 2020, kerajaan Negeri Sarawak telah mengumumkan semua Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara yang berada di Sabah dan Labuan TIDAK DIBENARKAN masuk ke Sarawak mulai 4 hingga 18 Oktober 2020. Bagi rakyat Sarawak yang berada di Sabah dan Labuan dibenarkan balik tetapi perlu memohon melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form (E-HDF) yang boleh didapati pada laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/ serta perlu jalani kuarantin di Pusat Kuarantin selama 14 hari dan menjalani ujian RT-PCR COVID-19 pada hari ke-2 dan hari ke-10. Kesemua kos terlibat ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Sarawak.

(2)

Untuk individu dari Semenanjung Malaysia, mereka perlu memohon kemasukan ke Sarawak melalui aplikasi EnterSarawak dan mengisi e-Health Declaration Form (E-HDF) yang boleh didapati pada laman sesawang https://sarawakdisastermc.com/ serta perlu jalani kuarantin di Pusat Kuarantin selama 14 hari dan menjalani ujian RT-PCR COVID-19 pada hari ke-2 dan hari ke-10. Kesemua kos terlibat ditanggung sepenuhnya oleh individu sendiri.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 2 Oktober 2020 juga telah menyarankan semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal / bersemuka pelajar baharu dan lama ke kampus. Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian dan begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

UPM secara asasnya menyokong saranan daripada KPT. Hasilnya, YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) serta YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UPM telah mengeluarkan edaran tentang perkara tersebut dengan tambahan berikut:

a) Pelajar baharu Bacelor dikehendaki melengkapkan pra-pendaftaran dalam sistem e-daftar. Minggu Perkasa Putra akan dilaksanakan secara maya; DAN

b) Pelajar sedia ada yang telah berada di kampus dibenarkan untuk kekal berada di kolej kediaman masing-masing. Bagi pelajar yang belum kembali ke kampus tetapi memerlukan kemudahan internet di kolej kediaman (selain dari zon merah), pelajar boleh memohon kepada Pengetua Kolej Kediaman masing – masing dan Pengetua akan mempertimbang permohonan yang dimajukan.

2. PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Secara amnya, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah menetapkan tarikh pendaftaran bagi pelajar baharu Sesi Akademik 2020/2021 (Ambilan Bacelor) adalah pada 10 & 11 Oktober 2020. Proses ini akan dilaksanakan secara atas talian. Maklumat keseluruhan pelaksanaan Minggu Perkasa Putra (MPP) adalah seperti berikut:

NO. PERKARA TARIKH KAEDAH CATATAN

1. Pendaftaran

Pelajar Baharu

5 hingga 11 Oktober

2020

Pelajar perlu imbas dan emel dokumen berkaitan

kepada pihak urus setia

Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

(3)

2. Program Minggu Perkasa Putra 11 hingga 16 Oktober 2020 Menggunakan aplikasi Webex. Pautan (link)

berkaitan akan dimaklumkan kemudian

Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

3. KAEDAH PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU

Secara amnya, terdapat 2 proses pendaftaran yang perlu dipenuhi oleh seseorang pelajar untuk menjadikan pendaftarannya dikira lengkap dan Sistem Maklumat Pelajar (SMP) pelajar berkaitan aktif iaitu Pendaftaran Sistem E-Daftar (Pra-Pendaftaran) dan Pendaftaran Secara Fizikal (ditukar kepada Pendaftaran Secara Atas Talian selaras dengan arahan KPT dan UPM). SMP ini perlu diaktifkan agar pelajar dapat mendaftar kursus yang akan diambil bagi semester pertama pengajian.

3.1 Pendaftaran Sistem E-Daftar (Pra-Pendaftaran)

Semua pelajar baharu program Bacelor perlu melengkapkan pendaftaran sistem e-daftar (pra-pene-daftaran) melalui portal e-e-daftar bermula 19 Ogos 2020 sehingga 2 Oktober 2020. Di sini, pelajar perlu melengkapkan 8 proses pendaftaran yang telah digariskan sebelum pelajar dapat mencetak Slip Pengesahan Pra Pendaftaran yang akan diperlukan untuk Pendaftaran Secara Atas Talian kelak. Antara proses pendaftaran yang ada pada portal e-daftar seperti berikut:

a)

P

elajar perlu mengesahkan penerimaan tawaran dan mencetak surat tawaran kemasukan.

b) Pelajar perlu mencetak dan membaca kandungan buku panduan.

c) Pelajar perlu melengkapkan profail peribadi dan membuat pengesahan profail. d) Pelajar perlu memuat naik gambar mengikut saiz yang ditetapkan.

e) Pelajar perlu membuat pembayaran yuran dan memuat naik bukti bayaran. f) Pelajar perlu mencetak borang pemeriksaan kesihatan.

(4)

g) Pelajar perlu mencetak dan melengkapkan Borang Penerimaan Kunci. h) Pelajar perlu membuat pengesahan pra-pendaftaran.

3.2 Pendaftaran Secara Atas Talian

Semua pelajar yang telah melengkapkan portal e-daftar perlu melapor diri di UPMKB mengikut tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan. Asasnya, pelajar perlu menyerahkan Slip Pengesahan Pra Pendaftaran dan Borang Penerimaan Kunci kepada petugas sebelum butang “Y” diklik untuk mengaktifkan SMP pelajar berkaitan.

Selaras dengan saranan KPT dan UPM, pihak UPMKB akan menggunakan kaedah Pendaftaran Secara Atas Talian untuk semua pelajar baharu (Ambilan Bacelor). Semua pelajar dikehendaki untuk menghantar dokumen seperti Salinan Kad Pengenalan, Slip Pengesahan Pra Pendaftaran, Surat Tawaran dan Borang Terima dan Serah Kunci kepada pihak urus setia melalui emel btu_pendaftaran@upm.edu.my bermula 5 hingga 11 Oktober 2020.

4. PELAKSANAAN MINGGU PERKASA PUTRA SESI AKADEMIK 2020/2021 (AMBILAN BACELOR)

Pelaksanaan Minggu Perkasa Putra (Minggu Orientasi) pada kali ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian atau secara maya bermula pada 11 hingga 16 Oktober 2020. Pelajar boleh menghadiri slot tersebut di mana sahaja sama ada di UPMKB atau di rumah masing – masing.

Semua pelajar akan dibekalkan dengan pautan (link) berkaitan untuk menghadiri slot yang ada dalam Minggu Perkasa Putra melalui laman web www.btu.upm.edu.my. Semua pelajar WAJIB hadir setiap slot yang ada. QR Code akan disediakan untuk merekodkan kehadiran pelajar. Pelajar juga dikehendaki membuat penilaian bagi setiap slot untuk tujuan peluang penambahbaikan penganjuran pada masa akan datang. Jadual Minggu Perkasa Putra Sesi Akademik 2020/2021 (Ambilan Bacelor) seperti di Lampiran 1.

(5)

5. PROSES/ATURAN DAN TINDAKAN PELAJAR

PROSES PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (AMBILAN BACELOR)

Melengkapkan semua proses pendaftaran pada portal e-daftar

Imbas (scan) dan Emel dokumen berikut di alamat

btu_pendaftaran@upm.edu.my pada atau sebelum 11 Oktober 2020 :

a) Salinan Kad Pengenalan (dipalang dengan perkataan “Untuk kegunaan KSR sahaja”)

b) Slip Pengesahan Pra Pendaftaran c) Surat Tawaran

d) Borang Terima dan Serah Kunci

TAMAT

CATATAN :

• Bagi pelajar yang mempunyai kesukaran mendapatkan kemudahan internet untuk mengikuti Minggu Perkasa Putra dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara maya, sila hubungi :

➢ Pejabat Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, UPMKB (086-855210/086-855220/086-855209)

➢ Pejabat Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPMKB (086-855215/086-855221)

• Sebarang perubahan tertakluk dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi UPMKB iaitu www.btu.upm.edu.my atau imbas QR Code seperti di bawah.

(6)

TENTATIF PROGRAM MINGGU PERKASA PUTRA SESI AKADEMIK 2020/2021 (AMBILAN BACELOR) 10 HINGGA 16 OKTOBER 2020 TARIKH/ MASA 6.30 am 7.30 am – 8.30 am – 4.30 pm 4.30 PM 8.00 pm – 8.00 pm 8.30 pm – 8.30 pm 10.30 pm – 11 Oktober 2020 (Ahad)

PENDAFTARAN SECARA MAYA BERMULA 5 HINGGA 11 OKTOBER 2020

(Imbas dan emel dokumen seperti Salinan Kad Pengenalan, Slip Pengesahan Pra Pendaftaran, Surat Tawaran dan Borang Terima dan Serah Kunci ke btu_pendaftaran@upm.edu.my)

Taklimat Program En. Mohd. Syukri Mohd Adnan Taklimat Bahagian Teknologi Maklumat En. Abdul Mohamad bin Omar 12 Oktober 2020 (Isnin) 9.00 am – 10.30 am 10.30 am – 12.30 pm 12.30 pm 2.30 pm 2.30 pm – 4.30 pm 8.30 pm -10.30 pm Majlis Bersama NC

UPM & Kenali UPM Majlis Bersama TNC (AA) dan Bahagian Akademik

REHAT/ SOLAT ZOHOR/ MAKAN TENGAH HARI

Taklimat Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPMKB

Pn. Hairunisah Abdul Rahman

REHAT /SOLAT/

MAKAN MALAM

Majlis Bersama Pemimpin Pelajar MPP & MPK 13 Oktober 2020 (Selasa) 9.00 am – 10.00 am 10.00 am – 11.00 am 11.00 am – 12.00 pm 2.30 pm pm – 3.30 3.30 pm pm – 4.30 8.30 pm – 10.30 pm Majlis Bersama TNC (HEPA) & Ketua Pentadbiran HEPA

Taklimat Keselamatan

Cik Carolyne Lua En. Sebastian Collin Taklimat Kesihatan

Taklimat Perpustakaan Pn. Daisy Pawie Taklimat ELEx Pn. Joyce Morris Kapong

Talk Show : Pembinaan Kemahiran Kehidupan di Kolej Kediaman bersama Felo & MPK

KSR 14 Oktober 2020 (Rabu) 9.00 am – 10.00 am 10.00 am – 11.00 am 11.00 am – 12.30 pm 2.30 pm – 5.00 pm 8.30 pm - 10.30 pm Pembangunan Kendiri

& Kesihatan Mental Talk 4C2U : Pst Sukan, PKPP, CEM, AC) Majlis Bersama Pengetua Dr. Kamil Latif Majlis Bersama Dekan FSPP & FKPS 15 Oktober

2020 (Khamis)

8.30 am – 10.00 am 10.00 am – 1.00 pm 2.30 pm – 4.30 pm 8.30 pm -10.30 pm

Taklimat Akademik En. Noor Hakim / En.

Mohd. Amaluddin

Taklimat Jabatan & Pendaftaran Kursus Penyelaras : En. Mohd. Amaluddin

*Pelaksanaan MPP (Ambilan Bacelor) akan diadakan sepenuhnya secara maya atau atas talian dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

** Pautan (link) bagi menyertai Minggu Perkasa Putra akan dimaklumkan kemudian melalui laman web UPMKB www.btu.upm.edu.my

***Perakuan Kesihatan dan suntikan Anti-Tetanus (WAJIB) hendaklah diserahkan ke Klinik Satelit apabila sudah pulang ke kampus kelak

Referensi

Dokumen terkait

Form “Evaluasi Kecukupan Pemberian Pakan” digunakan untuk mengetahui apakah pakan yang diberikan sudah mencukupi kebutuhan nutrien ternak (BK, TDN, PK, Ca dan P) pada

Metode pill count pada penelitian ini mengukur kepatuhan dengan menghitung jumlah obat dalam jangka waktu pendek sesuai jarak kunjungan ke rumah pasien yang

Menurut madzhab Hanafi, bay’ istis{na>’ termasuk akad yang dilarang karena bertentangan dengan bay’ secara qiya>s. Mereka mendasarkan pada argumentasi bahwa

22 Mekar Sari Jl.Kenjeran No.35 Surabaya Perdagangan eceran khusus komoditi makanan dari hasil pertanian di toko Usaha Yang Dilakukan Sudah Sesuai Izin. 23 Toko Hasan

Adapun tujuan dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui besarnya presentase (%) kredit produktif dari total kredit dan presentase (%) kredit konsumtif dari

“Pengaruh Reputasi Underwriter, Return On Asset (ROA) dan Earning Per Share (EPS) terhadap Underpricing Saham pada Initial Public Offering (IPO) di Bursa Efek

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

Semua pelajar baharu program Diploma dan Persediaan Diploma Sains perlu melengkapkan pendaftaran Sistem E-Daftar (Pra-Pendaftaran) melalui portal E-Daftar bermula 17