• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tugasan Modul 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tugasan Modul 5"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN MODUL 5

1. SUBMODUL 5.1 – MEMBINA KAPASITI

a) Perkembangan profesional ialah perkembangan profesionalisme sepanjang karier seseorang. Ia melibatkan kedua-dua aspek iaitu aspek deskriptif dan preskriptif. Bagi aspek deskriptif, perkembangan profesional merujuk kepada cara bagaimana evolusi seorang guru mengambil tempat atau berperanan sepanjang kariernya. Sebaliknya, aspek preskriptif menghubungkan faktor latihan dalam mencorak sikap profesionalisme sebagaimana yang kita inginkan (Kelchtermans, 1993). Day (1999) menakrifkan profesionalisme diri sebagai hasil dari suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Proses ini melibatkan penyemakan semula, pembaharuan dan peningkatan dalam komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran.

Pembangunan profesional juga dilihat sebagai suatu proses yang intensif, berterusan dan sistematik untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan persekitaran sekolah (Ferst & Berliner, 1985). Pembangunan profesional juga boleh dilihat sebagai suatu proses kesedaran dalaman yang membawa kepada pemikiran yang kritis dan usaha untuk menyelesaikan masalah (Boon P.Y, 2002).

Perkembangan profesional juga merupakan suatu proses yang berterusan berserta latihan yang membina yang membolehkan guru menyelesaikan pelbagai masalah dalam pemdidikan. Ia juga membolehkan guru mendidik pelajar sehingga pelajar mampu berdepan denagn cabaran hidup di luar sekolah dan juga memikul tanggungjawab di zaman kerjanya nanti pada tahap yang membanggakan (AFT, 2000).

Perkembangan profesional guru juga boleh dinyatakan sebagai pembangunan guru dalam profesionnya yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap mereka sebagai ahli akademik bagi mencapai kecemerlangan untuk memenuhi sepenuhnya keperluan mereka dan masyarakat (Ramaiah, 1992). Mogana (1996) menyatakan keberkesanan pembangunan professional guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan pembelajaran.

Perkembangan profesional boleh dilihat sebagai perkembangan dalam aspek penyuburan diriguru dalam pekerjaan mereka, mengukuhkan keyakinan, memupuk kemahiran, mengemaskini pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan meluas apa yang mereka ajar dan menambah kesedaran tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu di dalam bilik darjah (Perry, 1980).

(2)

Menurut Kathryn et al. (2008), pembangunan profesional ialah suatu proses yang intensif, berterusan dan bersistematik yang bertujuan untuk meningkatkan pengajaran, pembelajaran dan suasana sekolah. Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa melalui proses ini juga, guru akan diberi peluang untuk meningkatkan ilmu dan skil dalam kandungan dan pengajaran mereka. Dengan peningkatan ini diharap dapat meningkatkan pembelajaran matematik dan sains di semua sekolah di seluruh dunia.

b) Perkembangan profesional guru sepatutnya mampu membawa perubahan kepada organisasi sekolah dan meningkatkan sistem perguruan. Dalam menghadapi zaman yang teknologinya berkembang dengan begitu pesat dewasa ini, guru harus mempersiapkan diri mereka dengan profesionalisme diri supaya seiring dengan perkembangan zaman.

Di antara strategi khusus yang membolehkan perkembangan profesionalisma seorang guru dalam membangunkan modal insan mereka termasuklah aktiviti pementoran, melibatkan diri dalam latihan dalam perkhidmatan, kursus dan seminar, amalan refleksi, amalan penyelidikan tindakan, latihan profesional berterusan, perkembangan profesional online dan penglibatan dalam aktiviti Pusat Kegiatan Guru.

Salah satu cara untuk meningkatkan profesionalisma di kalangan guru ialah sistem pementoran di sekolah. Sistem pementoran adalah suatu sistem dimana seorang guru yang lebih berpengalaman bertindak sebagai ‘role model’, penasihat dan pembimbing kepada guru lain yang kurang berpengalaman untuk memindahkan perkembangan profesional dan peribadinya. Ini dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang di sepanjang waktu (Anderson & Shannon, 1995). Proses pementoran melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan membina persahabatan dengan guru yang lebih berpengalaman. Guru juga sepatutnya bertanggungjawab bukan sahaja dalam peningkatan profesional guru dibawahnya, malah sepatutnya peningkatan keseluruhan perkembangan guru tersebut. Pada kebiasaannya, seorang guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor untuk membimbingnya.

Konsep belajar seumur hidup memberi peluang kepada guru membaca, menulis dan membuat penyelidikan tindakan. Ini dapat memahirkan guru, seterusnya dapat meningkatkan profesionalisme guru tersebut. Hanya dengan ilmu pengetahuan dapat menjadikan manusia bertaqwa dan mengagumi Tuhannya (Tajul Ariffin & Noraini, 2002). Dengan ilmu jugalah manusia mampu memikul

(3)

tanggungjawab mengurus dan mentadbir alam ini. Dunia sekarang semakin maju dan teknologinya juga cepat berkembang. Kemajuan dalam bidang internet memungkinkan guru di Malaysia dapat berhubungan dan bertukar maklumat. Bukan itu sahaja, kini dengan konsep dunia tanpa sempadan, membolehkan ilmu dan pengalaman dapat sampai ke negara kita dengan cepat. Menurut Mohd Amin (2002), guru-guru bahasa Inggeris sangat bagus dengan dengan penggunaan internet sebagai contohnya ialah VirTEC (Virtual Teacher Education Center) telah berjaya merangsang guru dalam membina profesionalisme mereka.

Mengadakan program perkembangan staf. Diantara peranan yang dimainkan oleh perkembangan staf termasuklah memberi sumbangan kepada peningkatan ilmu, ketrampilan dan kepakaran staf, membina semangat berpasukan dan meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Menurut Sani et al. (2008), adalah mustahil untuk meningkatkan keberkesanan sekolah atau menggerakkan profesionalisme guru tanpa program perkembangan staf. Malah, banyak kajian tentang perkembangan staf telah membuktikan bahawa penglibatan melalui aktiviti kerjasama dalam pasukan akan mencetuskan pemikiran dan memberikan perspektif baru yang penting kepada perkembangan profesional staf (Little, 1982).

• Bagi sesebuah negara, untuk mendapatkan pendidikan sesuatu subjek yang lebih baik mestilah dengan mendapatkan guru yang lebih baik. Pihak kerajaan seharusnya menyusun satu program yang canggih dan tersusun untuk melatih guru-guru secara berterusan seperti Kursus Pendek Kelolaan Maktab (KPKM) dan lain-lain kursus. Sepanjang latihan, guru akan didedahkan dengan kemahiran dalam subjek, mengembangkan kemahiran-kemahiran, memperkaya diri dengan pengetahuan dan trend-trend pengajaran dan pembelajaran. Setelah menghadiri kursus, guru yang pulang ke sekolah masing-masing sepatutnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar guru-guru lain juga dapat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tertentu seperti pembelajaran bestari, pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, teknologi maklumat dan komunikasi atau bimbingan dan kaunseling.

Aktiviti-aktiviti dalam ‘Lesson Study’ melibatkan pelajar, guru dan pensyarah dalam pembelajaran dan pengajaran matematik, skil kehidupan, aktiviti hands on dan pembinaan silibus. Objektif sebenarnya adalah untuk meningkatkan pendidik matematik dengan kegiatan pengajaran matematik yang betul (Hera, 2003). Di Jepun, ‘Lesson Study’ dibuat dengan guru membina pelan pengajaran dan membina soalan-soalan dari perspektif pelajar matematik. Dengan menganalisa soalan matematik tersebut, guru dikatakan boleh membina soalan matematik yang lebih bagus. Ia ternyata

(4)

dapat meningkatkan profesional guru dari segi pengajaran dan pelbagai metod pengajaran. Para pensyarah pula dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh guru dengan lebih jelas. Lebih dari itu, banyak bahan-bahan alat bantu mengajar telah dihasilkan oleh guru-guru dan pensyarah matematik (Marsigit, 2007). Dengan bertambahnya pelbagai bahan mengajar, ini akan menjadikan proses pengajaran dan pendidikan lebih efisien.

Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan amalan reflektif di kalangan guru di sekolah. Tan et al. (2003) merujuk amalan reflektif dalam perguruan sebagai ‘guru tahu apa yang dilakukannya, mengapa melakukannya dan menilai kesan dari apa yang dilakukan’. Selain itu guru juga dapat mengaplikasikan ilmu berkaitan pendidikan dan penyelidikan dalam membina hipotesis berkaitan dengan keberkesanan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang mana hal ini sangat diamalkan, dinilai dan disemak dari semasa ke semasa. Dr Abd Yusof (2007) melihat amalan reflektif sebagai satu proses ingin tahu terhadap sesuatu secara mendalam dan sentiasa menambah nilai baik terhadapnya. Guru yang berjaya adalah guru yang menjadikan amalan reflektif sebahagian amalan hariannya.

Pihak sekolah juga sepatutnya mengaktifkan program Bimbingan Rakan Sekerja. Ia adalah satu program untuk melatih guru yang dapat membantu guru lain disekolah melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi melalui sokongan, perbincangan dan perkongsian amalan pengajaran. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu kaedah peningkatan profesional yang dapat meningkatkan mutu pengajaran. Ianya satu program dimana guru berkongsi kemahiran dan menyumbang kepada sokongan dan bantuan untuk belajar skil-skil pengajaran yang baru dan menyelesaikan masalah berkaitan pengajaran (Dalton, 1991). Ia juga dilihat sebagai satu strategi yang sangat baik untuk meningkatkan profesional seorang guru kerana melalui strategi ini guru dapat mengemaskini latihan pengajarannya dan meningkatkan pencapaian pelajar (Joyce et al., 1996). Diantara peranan program ini ialah ia dapat merangsang perkembangan peribadi dan profesionalisme, berkongsi strategi yang berkesan dalam proses pengajaran, memberi peluang untuk membina dan mengguna skil bimbingan dan akhirnya membantu dalam melibatkan diri dalam isu peribadi atau profesional.

Pihak sekolah dicadangkan membudayakan kerja berkumpulan di sekolah masing-masing. Satu kumpulan terdiri daripada 2 hingga 5 orang guru bekerja bersama untuk merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti pembelajaran untuk sekumpulan pelajar yang sama. Guru dalam satu kumpulan itu sebaiknya berbeza dari segi subjek yang diajar, minat, perspektif dan tahap pembelajaran.

(5)

Ini akan memberi kekuatan pada kumpulan dan perkembangan setiap ahli. Kelebihan cara ini ialah dapat meningkatkan prestasi pelajar dari sudut bertambahnya tanggungjawab terhadap pembelajaran. Pendedahan kepada skil dan pandangan dari lebih daripada seorang guru boleh membina kefahaman yang lebih matang. Pembelajaran juga akan menjadi lebih aktif. Ini boleh membawa pelajar mengarah kepada kerja berpasukan. Kajian mendapati bahawa pelajar telah menilai yang kerja berkumpulan benar-benar berkesan dalam pembelajaran mereka (Quinn et al., 1984).

Pihak kementerian atau pihak swasta diharapkan tampil dengan model-model baru dalam meningkatkan pembangunan profesional guru. Kini, terdapat banyak model baru dari luar negara yang boleh kita ubahsuai dan adaptasikan dengan budaya masyarakat kita. Contoh yang ada sekarang ini ialah Model Kitar Penyelesaian Masalah. Didalam model ini terdapat 3 bengkel yang saling berkaitan untuk guru matematik menyelesaikan masalah matematik. Proses penyelesaian ini akan memberi peluang guru matematik untuk berkongsi pembelajaran, pelan pengajaran dan pengalaman mengajar. Disini guru juga akan memikirkan secara mendalam tentang isi kandungan matematik dan arahan dalam matematik. Guru dan fasilitator akan bekerja bersama untuk memilih matlamat untuk bengkel pembangunan profesional termasuk matlamat untuk silibus matematik dan meninjau latihan pedagogi yang baru (Jacob, 2005). Model ini dianggap sangat penting dalam membina profesional guru. Ini adalah kerana dalam membina masyarakat yang produktif dan bersaing dalam dunia yang semakin mencabar, pelajar sangat memerlukan penerapan ilmu matematik yang berkesan. Ilmu tentang matematik sangat besar peranannya dalam pembentukan diri pelajar dimasa akan datang.

• Strategi-strategi lain yang boleh digunakan juga dalam meningkatkan profesionalisme guru ialah dengan menetapkan laluan kerjaya untuk guru-guru dan mengenalpasti guru yang boleh dilantik sebagai guru cemerlang dan memastikan guru lebih komited kepada matlamat dan nilai organisasi masing-masing.

c) Satu kumpulan pendidik professional berkongsi misi biasa, nilai, dan matlamat dan kerja kolaboratif menggunakan inkuiri (penyiasatan), eksperimen dan inovasi untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran pelajar (EFTO, 2012). PLC ditakrifkan sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang sentiasa berusaha secara berterusan belajar, mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari (Zulkifli Hashim, 2011).

(6)

Shirley M.Hord (2009) mendefinisikan Komuniti Pembelajaran Profesional sebagai:

Profesional : Individu yang bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan satu program pengajaran afektif kepada pelajar supaya masing-masing belajar dengan baik. Profesional menunjukkan komitmen yang penuh bersemangat untuk pembelajaran mereka sendiri dan pelajar serta berkongsi tanggungjawab untuk mencapai tujuan.

Pembelajaran : Aktiviti di mana khidmat profesional terlibat dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Komuniti : Individu yang datang bersama-sama dalam satu kumpulan bagi berinteraksi dalam aktiviti bermakna untuk mempelajari secara mendalam dengan rakan sekerja tentang topik yang dikenal pasti, untuk membangunkan makna bersama, dan mengenal pasti tujuan yang dikongsi yang berkaitan dengan topik.

KPP bermakna guru-guru berkongsi, berbincang tentang amalan pengajaran mereka demi meningkatkan pemerolehan ilmu dalam kalangan murid mereka. Pengetua juga berkongsi kuasa dengan guru-gurunya (Rahimah Ahmad, 2008).

Komuniti pembelajaran profesional dianggap sebagai struktur organisasi sekolah dengan berorientasikan budaya intelektual (Louis & Marks, 1998). Manakala, PLC ditakrifkan sebagai sebuah sekolah di mana profesional (pentadbiran dan guru) terus mencari dan berkongsi pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan mereka untuk pelajar, dan bertindak atas apa yang mereka pelajari (Hord, 1997).

Definisi KPP komuniti sebagai koleksi individu yang diikat bersama oleh kehendak semula jadi dan bersama-sama terikat untuk satu set-set idea yang dikongsi (Sergiovanni, 1994). Komuniti sekolah professional ditakrifkan sebagai berkongsi 5 ciri teras : norma dan nilai dikongsi bersama, dialog reflektif, amalan deprivatization, tumpuan kolektif terhadap pembelajaran pelajar dan kerjasama (Newman & Wehlage, 1995, Kruse.Louis&Bryk, 1995).

(7)

d)

Strategi Membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional (Sumber: Paideia Consulting Group Inc.Canada, 1990) Bil Elemen Kritikal

PLC Strategi PLC Deskripsi 1 Dialog Reflektif (Reflective Dialogue) Menggunakan Protokol Perbincangan (Using Discussion Protocols)

Mesyuarat bulanan untuk membincangkan artikel mengenai pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran. (Sebagai contoh : Protokol Teks Empat A

Kelab Buku (Book Clubs)

Sekumpulan guru membaca dan membincang artikel atau buku setiap bulan. Kumpulan Belajar

(Study Groups)

Belajar atau berbincang suatu topik yang khusus. Sebagai contoh, kemahiran berfikir, pelbagai kecerdasan atau kajian tentang minda.

Kritikan Video Pengajaran Guru (Video Critiques of Teaching Moments)

Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru. (Gunakan kaedah placemat). 2 Penswastaan Amalan (DePrivatization of Practice) Jejak Pembelajaran (Learning Walks)

Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi

(Peer Coaching/ Instructional Coaches)

Secara sistematik memerhatikan

pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran prakonferens, pemerhatian dan pascakonferens (pre-conference, observation, post-conference cycle). Belajar menggunakan

Rancangan Pengajaran Harian

(Lesson Study)

Sekumpulan guru secara usahasama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing

Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran

(8)

Sessions) terbaik. 3 Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid (Collective Focus on Student Learning) Analisis Data (Data Analysis)

Secara kolektif mengkaji dan membincangkan data agregat murid. Tujuannya adalah untuk mencari pola atau tema agar dapat membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam bidang kurikulum atau mengkategorikan kembali dalam kumpulan yang berbeza

Pemetaan Kurikulum (Curriculum Mapping)

Membangunkan peta kurikulum mengikut topik, standard dan aktiviti untuk setiap mata pelajaran untuk dijadikan panduan instruksi serta untuk berkongsi dengan murid dan ibu bapa.

Pentaksiran Serentak (Common Assessments)

Guru yang mengajar dalam tahun atau tingkatan yang sama menyediakan pentaksiran serentak yang diselaraskan dengan standard dan indikator. Misalan dalam bidang kurikulum

Kumpulan Rakan Kritikal

(Critical Friends Groups)

Menggunakan protokol untuk mengkaji dan membincangkan hasil kerja murid

4 Kolaborasi

(Collaboration) Pasukan Melintang & Menegak

(Horizontal and Vertical Teams)

Mengelola mesyuarat mengikut tahun atau tingkatan untuk perancangan bersama. Di samping itu mengendalikan mesyuarat mengikut panitia agar koordinasi dan kesinambungan antara tahun dan tingkatan dapat dicapai.

Induksi Guru Baharu /Pementoran (New Teacher Induction /

Mentoring)

Memastikan sokongan dan panduan berbentuk pedagogi, prosedur dan peribadi untuk staf baharu dalam profesion atau organisasi

Unit atau Projek antara Pelbagai Bidang (Interdisiciplinary Units

and Projects)

Merangka unit dan projek antara pelbagai disiplin dan mata pelajaran.

(9)

Kumpulan Penyelesai Masalah (Problem

Solving Groups)

Satu kumpulan guru yang bersama-sama membincangkan suatu masalah. Seorang guru memberi deskripsi tentang suatu masalah. Guru-guru yang lain pula meminta penjelasan dan mengemukakan cadangan. 5 Norma dan Nilai Dikongsi Bersama (Shared Norms and Values) Aktiviti Visi (Vision Activity)

Melibatkan staf dalam aktiviti untuk membangunkan gambaran masa depan organisasi. Bagaimanakah keadaan bilik darjah dan sekolah lima tahun dari sekarang?

Panduan Berasaskan Prinsip

(Guiding Principles)

Membangunkan satu set prinsip 4-6 untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan dan mengambil tindakan.

Aktiviti Nilai (Value Activities)

Mengelolakan aktiviti kumpulan kecil untuk membincangkan nilai organisasi. Strategi &Tradisi yang

Dikongsi Bersama (Common Rituals and

Strategies)

Bersetuju dengan strategi dan tradisi yang dikongsi bersama agar dapat menumpukan focus dan mengukuhkan matlamat serta sasaran. Sebagai contoh, meraikan kejayaan dan peningkatan prestasi secara kerap.

SUBMODUL 5.2 – KOMUNIKASI 1. Menangani Gangguan Komunikasi

Salah satu masalah utama yang dihadapi dalam menerapkan komunikasi berkesan di sekolah adalah gangguan komunikasi. Gangguan dalam komunikasi adalah perkara yang mengganggu dan menghalang keberkesanan komunikasi, yang mengakibatkan maklumat yang diterima tidak tepat atau disalah tafsir. Menurut Abdullah dan Ainon (2005) terdapat dua jenis gangguan iaitu gangguan teknikal dan gangguan makna. Gangguan teknikal ialah faktor-faktor yang dapat menyebabkan pendengar

(10)

tersalah faham ataupun tidak faham sama sekali mesej yang didengarnya. Contohnya adalah seperti penutur bercakap gagap atau terdapat bunyi-bunyi bising yang lain. Gangguan makna atau juga disebut sebagai gangguan semantik pula berlaku apabila si pendengar dan sipenutur tidak sama sependapat berkenaan makna yang dimaksudkan. Contohnya adalah seperti orang Kedah dan orang Terengganu mempunyai maksud yang berbeza apabila menggunakan perkataan ‘segan’.

Namun begitu menurut Ab. Aziz (2003), gangguan komunikasi ini boleh dikaitkan dengan faktor jarak, masa, bahasa, sistem dan peraturan yang wujud di sekolah semasa komunikasi dilaksanakan. Oleh itu, pentadbir sekolah seharusnya dapat berhubungan dengan subordinatnya secara langsung seperti dalam mesyuarat sekolah dalam usaha mengatasi masalah berkaitan faktor jarak semasa proses berkomunikasi. Semakin jauh jarak semasa berkomunikasi maka semakin banyaklah maklumat akan menjadi kabur atau hilang, maka adalah sangat penting kepada pentadbir untuk berada hampir dengan subordinatnya semasa berkomunikasi. Pentadbir juga perlu menentukan masa paling sesuai untuk menyampaikan maklumat seperti mengambil masa perjumpaan selama lima minit selepas setiap perhimpunan pagi bagi menyampaikan maklumat kepada subordinatnya.

Penggunaan bahasa yang seragam dan mudah difahami semasa menyampaikan maklumat akan membantu pentadbir menambahkan keberkesanan komunikasinya. Dalam hal ini penggunaan Bahasa Melayu rasmi yang standard seharusnya ditekankan dalam usaha menyeragamkan penggunaannya di seluruh sekolah di Malaysia. Sistem dan peraturan yang digunakan di sekolah seharusnya menyokong penyampaian ketiga-tiga bentuk komunikasi iaitu secara lisan, bertulis dan bukan lisan. Oleh itu, pentadbir sekolah seharusnya mewujudkan ruang dan peluang untuk subordinatnya mengemukakan maklumat secara lisan, bertulis dan bukan lisan. Sebagai contoh, subordinat di sekolah seharusnya bebas mengemukakan maklumat secara perbualan terus (lisan) atau melalui surat rasmi (bertulis). Peraturan yang khusus dalam mengemukakan maklumat tersebut seharusnya ditekankan oleh pentadbir sekolah di dalam mesyuarat guru atau surat pemberitahuan kepada semua subordinatnya.

Kesimpulannya faktor jarak, masa, bahasa, sistem dan peraturan yang wujud di sekolah seharusnya diteliti oleh pentadbir sekolah dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan. Jika gangguan di atas dapat ditangani dengan baik, subordinat di sekolah tidak akan kabur dan tidak akan keliru dengan maklumat yang disampaikan. Hal ini akan dapat mewujudkan keseragaman dalam kefahaman terhadap maklumat yang disampaikan. Justeru itu mereka akan dapat bekerjasama membentuk pasukan kerja yang dinamik kerana semua tindakan yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada kefahaman yang sama.

(11)

2. Menggunakan Teknologi Terkini

Komunikasi berkesan bukan sahaja perlu memindahkan maklumat yang difahami dengan tepat dan jelas, tetapi mestilah cepat serta pantas. Penggunaan telefon, mesin faks, khidmat pesanan ringkas (Short Messages Service – SMS) dan mel elektronik (e-mel) di sekolah mampu membantu pentadbir menyampaikan maklumat dengan lebih pantas. Semakin singkat masa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat, semakin baik kesannya. Ini adalah kerana masa selebihnya boleh digunakan untuk penumpuan kepada kerja-kerja pelaksanaan sesuatu tindakan yang berpunca daripada maklumat tersebut. Tegasnya di sini, masa lebihan dapat digunakan oleh kumpulan subordinat menjalankan aktiviti seperti yang dikehendaki oleh maklumat yang disampaikan oleh pentadbir. Secara langsung, situasi ini akan membantu mewujudkan kerjasama antara individu yang lebih progresif kerana mereka bertindak ke atas maklumat yang sama. Dengan itu, pasukan kerja yang dinamik dapat dibentuk oleh pihak pentadbir sekolah.

Keadaan sekolah yang mempunyai kawasan yang sangat luas di mana kedudukan guru amat terserak, sistem pembesar suara yang sesuai, persidangan audio, persidangan komputer dan telesidang boleh digunakan. Namun demikian, faktor kemudahan infrastruktur perlu diberi tumpuan terlebih dahulu kerana sistem pembesar suara, penggunaan persidangan audio, persidangan komputer dan telesidang memerlukan perbelanjaan yang agak mahal. Teknologi yang terkini seperti ini sememangnya dapat meningkatkan tahap keberkesanan komunikasi di sekolah. Menyedari kepentingan ini, adalah menjadi tanggungjawab pihak pentadbir agar dapat memikirkan tentang keperluan dan kebaikan penggunaan terknologi sebegini dalam mewujudkan impak komunikasi kepada seluruh warga sekolah..

Kesimpulannya di sini, penggunaan teknologi terkini ternyata menjadikan komunikasi lebih berkesan kerana maklumat dapat disampaikan secara pantas dan tepat. Ketirisan maklumat dapat dikurangkan jika pihak pentadbir dapat menggunakan teknolgi tersebut. Kemampuan sekolah menggunakan peralatan berteknologi terkini sudah pasti mampu menghasilkan kumpulan kerja yang dinamik di sekolah mereka. Hal ini sudah pasti dapat melahirkan sekolah yang bertindak selari dengan hasrat misi dan visi yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbir.

(12)

Semasa proses komunikasi dilaksanakan, pentadbir sekolah perlu sedar bahawa beliaulah merupakan seorang pengurus atasan yang berpengaruh dan memainkan peranan paling penting dalam proses tersebut. Kajian mendapati manusia suka dan mudah terpengaruh oleh kata-kata, percakapan dan perbualan individu-individu yang sudah berjaya (Abdullah dan Ainon, 2005). Kejayaan pengetua atau guru besar dalam mempertingkatkan pengurusan diri dan mampu menterjemahkannya dalam budaya kerja sudah pasti menjadi aset penting kepada mereka dalam membentuk pasukan kerja yang dinamik. Di samping itu pengetua dan guru besar juga perlu bertanggungjawab membuat pemantauan dan memastikan subordinatnya menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Pemantauan dan pemastian ini adalah penting dalam usaha menentukan matlamat akhir daripada proses komunikasi dapat dilaksanakan dengan tepat dan betul.

Berdasarkan kajian Ariffin dan Robiah (2002), hanya komunikasi penerangan kerja, maklum balas dan ekspresi positif mempengaruhi kepuasan kerja guru. Pentadbir seharusnya mengurangkan komunikasi yang berbentuk penglibatan, rasional kerja, arahan kerja dan ekspresi negatif. kerana telah didapati kurang berkesan. Komunikasi sebegini kurang berkesan kerana ianya menekankan konsep komunikasi satu hala sahaja. Oleh itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan asas kepada pentadbir untuk melaksanakan komunikasi berkesan dengan melibatkan semua warganya. Komunikasi yang berkesan akan melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah. Guru-guru yang diajak berunding dan melibatkan diri secara langsung biasanya merasai diri dan sumbangan mereka dihargai; mereka juga mendapat kuasa untuk mengambil inisiatif dan bertindak secara terbaik sesuai dengan kepakaran dan pengalaman tersendiri yang ada dalam diri masing-masing (Arifin & Robiah,2002).

Pentadbir sekolah perlu memastikan perhubungan dalam kalangan guru-guru penolong kanan (GPK), ketua-ketua bidang, ketua-ketua panitia, guru-guru mata pelajaran dan staf sokongan sekolah berada dalam kedaan baik (Norman Affendi dan Kamaruzaman, 2010). Semua warga sekolah mampu menyampaikan pendapat, idea dan komen dalam suasana yang harmoni dan terkawal. Hal ini penting dalam usaha memastikan organisasi sekolah dapat melaksanakan sebarang tindakan dengan baik dan berkesan. Perhubungan yang baik dalam kalangan warga sekolah akan membolehkan pihak sekolah mewujudkan kumpulan kerja yang dinamik.

Tegasnya di sini boleh kita rumuskan bahawa peranan pentadbir sekolah amat penting dalam proses komunikasi berkesan. Justeru itu, penglibatan beliau secara langsung sebagai pengurus atasan amatlah dituntut dalam memastikan komunikasi berkesan dapat dicapai. Secara tidak langsung, hal ini

(13)

akan menjadikan sekolah tersebut mempunyai kumpulan-kumpulan kerja yang dinamik kerana warganya dapat memahami hala tuju yang dikehendaki oleh pihak pentadbir sekolah.

4. Pertemuan Secara Tidak Rasmi

Sesi pertemuan secara tidak rasmi dalam kalangan warga sekolah merupakan salah satu wadah penting dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan. Sesi seperti jamuan bulanan atau jamuan Hari Guru dapat digunakan sebagai medan menyampaikan maklumat dalam suasana tidak formal. Warga sekolah boleh membincangkan masalah sekolah di samping dapat bertemu, berinteraksi dan berkongsi tentang banyak perkara dalam suasana gembira, menarik dan ceria. Begitu juga, pertemuan di kantin sekolah sewaktu sarapan, minum pagi atau makan tengahari akan mewujudkan suasana mesra dan akrab, tanpa terikat dengan agenda formal seperti yang terdapat dalam mesyuarat rasmi. Pengurus sekolah juga dapat menyampaikan maklumat secara langsung kepada subordinatnya secara individu kerana terdapat banyak ruang dan peluang untuk beliau berbuat demikian dalam majlis yang tidak rasmi seperti ini. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan ke atas 97 orang pengetua sekolah agama yang mendapati bahawa pengetua yang mengamalkan komunikasi terbuka di dalam pergaulan dengan guru dan pelajar serta sikap pengetua yang mudah bergaul; akan memudahkan dan memberanikan setiap warga sekolah untuk berbincang tentang apa jua masalah. Kewujudan suasana sebegini akan mengurangkan rasa tertekan dan akan membantu meningkatkan motivasi.

Secara tidak langsung, pertemuan tidak rasmi yang diadakan akan dapat mewujudkan kepercayaan dalam kalangan warga sekolah. Nilai kepercayaan ini akan menyebabkan konflik sesama individu berkurangan dan akan merapatkan jurang perbezaan sikap, kefahaman dan pendirian sesama mereka. Dengan demikian, terbentuklah kumpulan kerja yang dinamik yang mampu mengangkat kecemerlangan sesebuah sekolah tersebut.

Kesimpulannya, pertemuan secara tidak rasmi akan membuatkan warga sekolah berasa lebih selesa untuk berkomunikasi kerana tidak terikat dengan agenda formal. Agenda formal kadang-kadang menyebabkan idea, komen, cadangan mereka tidak dapat disampaikan dengan berkesan kerana tidak mempunyai ruang dan peluang untuk berbuat demikian. Melalui pertemuan secara tidak rasmi, mereka berpeluang untuk menyampaikan maklumat yang secara berkesan kerana mereka tidak terikat dengan etika dan protokol sebagaimana yang terdapat dalam mesyuarat formal.

(14)

5. Menggunakan Perantara atau Orang Ketiga

Ada ketikanya pengurus sekolah tidak dapat menyampaikan maklumat kepada guru-guru dengan berkesan disebabkan terdapatnya pertelingkahan atau konflik dalaman warga sekolah. Contohnya seperti terdapat beberapa kumpulan yang seringkali tidak bersependapat dalam apa-apa aktiviti sekolah yang mahu dilaksanakan. Kumpulan ini sering mempunyai idea, pendekatan dan pengikut tidak formal yang akan membangkang dan menafikan idea dan pendekatan kumpulan lain. Oleh itu perantara atau orang ketiga amat diperlukan dalam hal ini untuk mengurangkan pertelingkahan dan konflik yang dihadapi dalam komunikasi. Sungguhpun kehadiran pihak ketiga adalah secara tidak aktif tetapi tetap memberikan kesan yang khusus dan baik terhadap proses komunikasi (Mohd Foad, 2005).

Perantara atau orang ketiga akan bertindak mendapatkan kepercayaan bagi setiap kumpulan dan membimbing setiap kumpulan untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Perantara biasanya dilantik daripada kalangan warga sekolah yang neutral, adil dan dipercayai oleh kumpulan yang berkonflik. Kefahaman perantara terhadap masalah sekolah akan mewujudkan sesi perbincangan dan mencari jalan penyelesaian terbaik agar setiap kumpulan boleh bekerjasama antara satu sama lain.

Penggunaan perantara atau orang ketiga adalah sangat diperlukan lebih-lebih lagi jika terdapat konflik dalaman di sesebuah sekolah. Pentadbir sekolah boleh menggunakan teknik ini dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan dalam usaha membentuk pasukan kerja yang dinamik. Matlamat untuk menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang boleh dicapai dengan lebih mudah jika sekiranya terdapat banyak kumpulan kerja yang dinamik di sesebuah sekolah tersebut. Adalah menjadi tanggungjawab pentadbir untuk memastikan keadaan ini berlaku di sekolah.

6. Kebebasan Mengemukakan Pandangan

Pentadbir sekolah seharusnya memberikan kebebasan kepada warga sekolah untuk mengemukakan pandangan dan komen dalam mewujudkan komunikasi berkesan. Idea-idea baru yang dikemukakan oleh warga sekolah mampu mencetus prestasi kerja yang cemerlang. Galakan dan motivasi seharusnya diberikan semasa proses komunikasi untuk menunjukkan betapa idea yang dikemukakan, amat dihargai oleh pihak sekolah. Persaingan yang sihat dalam kalangan warga sekolah dengan cetusan idea baru akan mampu membentuk kumpulan kerja yang dinamik. Mereka akan terdedah kepada situasi, kefahaman dan tindakan baru yang akan memacu kecemerlangan sekolah.

(15)

Secara tidak langsung, inovasi dan kreativiti akan terbentuk dalam kalangan warga sekolah. Seterusnya, produktiviti dan kualiti prestasi mereka akan bertambah selari dengan usaha sekolah menuju matlamat yang diinginkan.

Sekiranya kebebasan memberikan pandangan disekat akan menjadikan warga sekolah berasa takut memberikan pandangan dan komen. Mereka akan merasakan pandangan dan komen tidak akan dihargai oleh pihak sekolah. Halangan komunikasi seperti ini akan membuatkan mereka jumud dan seringkali berdiam diri apabila perbincangan dua hala dilaksanakan. Sekolah akan mengalami kerugian kerana potensi dan keupayaan warga sekolah tidak mampu digembleng sepenuhnya.

Dapat dirumuskan di sini bahawa kebebasan mengemukakan pandangan merupakan satu elemen penting dalam menjayakan komunikasi berkesan. Warga sekolah akan terasa dihargai apabila mereka bebas memberikan pandangan lalu membentuk prestasi kerja yang cemerlang. Selain itu, kebebasan ini akan mampu mewujudkan pasukan kerja yang dinamik kerana mereka berpeluang bersaing secara sihat melalui aktiviti yang mereka lakukan.

7. Menstruktur Semula Organisasi

Menstruktur semula organisasi dalam konteks komunikasi berkesan adalah untuk mempastikan maklumat dapat disampaikan dengan lebih cekap dan cepat. Antara struktur penting yang perlu diberi perhatian adalah latihan komunikasi serta saluran komunikasi. Latihan komunikasi secara berkesan dalam kalangan warga sekolah, perlu dinilai semula untuk melihat aspek yang boleh dipertingkatkan keberkesanannya. Latihan komunikasi yang memberikan penekanan kepada komunikasi lisan dan bukan lisan dilihat sebagai satu keperluan khusus yang menumpukan kepada kemahiran ‘soft skills’. Teknik penggunaan bahasa badan seperti bertentangan muka dan lenggok badan perlu dikuasai oleh warga sekolah kerana kesannya terhadap komunikasi berkesan menjangkau nilai sebanyak 55% berbanding nada suara (38%) dan pertuturan biasa (7%) (Institut Aminuddin Baki, 2002). Teknik berkomunikasi secara bukan lisan seperti menggunakan surat rasmi, memo, minit mesyuarat, e-mel, kertas cadangan, laporan, kertas kritik dan artikel juga seharusnya dikuasai oleh warga sekolah dalam usaha meningkatkan keberkesanan komunikasi.

Sehubungan dengan perkara di atas, latihan komunikasi silang budaya perlu diberikan penekanan khusus jika sekolah mempunyai lebih daripada satu etnik bagi komposisi guru, staf sokongan atau muridnya. Latihan komunikasi silang budaya akan membantu sekolah yang mempunyai

(16)

lebih daripada satu etnik seperti Melayu, Cina dan India. Ini adalah kerana etnik yang berbeza mempunyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu maklumat disebabkan kepercayaan dan sistem nilai yang diamalkan mereka berbeza di antara satu sama lain. Apabila mereka berkomunikasi, mereka akan membawa bersama pengalaman, nilai dan makna tersendiri. Sehubungan dengan itu, maklumat, tanda dan simbol boleh diertikan secara berlainan berdasarkan pengalaman dan latar belakang masing-masing. Oleh itu, latihan komunikasi silang budaya ini akan dapat mengemukakan idea yang universal, yang boleh diterima oleh semua etnik yang terlibat.

Saluran komunikasi yang formal di sekolah seharusnya dipastikan berfungsi dengan baik dalam semua arah atau situasi. Komunikasi atas ke bawah, bawah ke atas, komunikasi mendatar dan komunikasi daripada luar ke dalam seharusnya berkesan dalam apa sahaja situasi yang diahadapi oleh pihak sekolah. Aktiviti seperti perhimpunan pagi, mesyuarat guru, mesyuarat panitia, mesyuarat kelab sukan dan mesyuarat persatuan sekolah seharusnya menampakkan keberkesanan komunikasi yang tinggi. Seterusnya, saluran komunikasi secara formal atau tidak formal yang terdapat di sekolah seharusnya dipertingkatkan keupayaannya dengan mengoptimumkan penggunaannya.

Dapat dirumuskan di sini bahawa, menstruktur semula organisasi dalam konteks komunikasi berkesan akan mendorong semua pihak bertingkah laku seperti mana yang dihasratkan oleh pihak sekolah. Secara tidak langsung, kumpulan-kumpulan kecil yang bertindak dengan hala tuju yang sama akan mampu membentuk kumpulan kerja dinamik di sekolah.

8. Menambah baik Hubungan Interpersonal

Hubungan interpersonal yang baik antara pentadbir sekolah dan subordinatnya akan menghasilkan tahap komunikasi yang berkesan. Jika subordinat dapat merasakan bahawa pentadbir merupakan orang yang ‘sama taraf’ dalam proses komunikasi, aliran maklumat akan disalurkan dengan lebih mudah. Komunikasi bukan lagi berbentuk pengarahan atau penghakiman tetapi lebih merupakan kepada keputusan perbincangan dua hala. Subordinat bebas mengemukakan pendapat tanpa rasa takut dalam membahaskan maklumat yang diberikan. Kefahaman akan mudah terjalin lalu hasil akhir dapat dicapai tanpa rasa paksaan. Subordinat akan melakukan sesuatu aktiviti atau tindakan dengan penuh kerelaan dan keikhlasan.

Hubungan interpersonal yang baik antara individu dalam kalangan warga sekolah juga perlu ditingkatkan agar maklumat dapat disalurkan dengan cekap dan berkesan. Jika semua warga sekolah

(17)

dapat merasakan bahawa maklumat yang mereka perolehi daripada pentadbir adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, maka pencapaian matlamat akhir komunikasi akan menjadi lebih mudah. Hubungan interpersonal yang baik akan menggerakkan warga sekolah secara berkumpulan ke arah matlamat akhir yang ditetapkan. Hal ini menjelaskan mengapa wujudnya kumpulan kerja yang dinamik di sekolah berdasarkan prosos komunikasi yang berkesan.

Rumusnya, penambahbaikan hubungan interpersonal antara pentadbir sekolah dengan subordinatnya atau subordinat dengan subordinat akan menyebabkan proses komunikasi akan lebih berkesan. Proses komunikasi berkesan ini akan menghasilkan kumpulan kerja yang dinamik di sekolah.

9. Memperbaiki Saluran Komunikasi Tidak Rasmi

Bentuk komunikasi tidak rasmi yang boleh digunakan di sekolah adalah grapevine dan management by walking around (Ab. Aziz, 2003). Grapevine merupakan keadaan di mana maklumat disampaikan kepada ramai orang atau daripada satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain dalam suasana tidak rasmi. Perbualan tidak rasmi di kantin, di makmal atau di padang sekolah merupakan contoh di mana konsep grapevine ini boleh dilaksanakan. Maklumat akan dapat disalurkan segera tanpa mengira waktu. Sehubungan dengan perkara ini, adalah paling baik jika warga sekolah dilatih dengan baik untuk melaksanakan konsep grapevine ini. Pihak pentadbir juga boleh menambah bilangan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dalam usaha meningkatkan peranan dan fungsi grapevine ini. Dengan pengetahuan dan kemahiran akibat daripada latihan, maklumat akan dihantar secara cekap dan berkesan oleh warga sekolah.

Manakala management by walking around akan membolehkan pentadbir sekolah berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat semasa membuat pemantauan secara tidak rasmi di dalam kawasan sekolah. Pentadbir akan dapat menjalinkan hubungan yang positif dengan subordinatnya dengan berbual secara langsung. Komunikasi secara ‘empat mata’ dapat dilaksanakan dan perkara ini merupakan salah satu ciri penting dalam komunikasi berkesan.

Dapat dirumuskan di sini bahawa saluran komunikasi secara tidak rasmi akan membantu pentadbir sekolah mewujudkan hubungan yang baik sama ada antara pentadbir dengan subordinat atau subordinat dengan subordinat. Hubungan yang baik antara subordinat dengan subordinat akan dapat

(18)

membentuk kumpulan kerja yang dinamik. Oleh itu adalah sangat penting bagi seseorang pentadbir, memperbaiki saluran komunikasi tidak rasmi ini.

10. Menetapkan Polisi dan Prosedur

Polisi dan prosedur merupakan garis panduan yang digunakan untuk menyeragamkan kaedah dan cara bagi pelaksanaan sesuatu tindakan dalam sesebuah organisasi seperti di sekolah. Dalam konteks komunikasi berkesan, polisi dan prosedur digunakan untuk meningkatkan kelicinan operasi dan perjalanan aktiviti sekolah. Sehubungan dengan itu, peranan pentadbir adalah sangat penting dalam menentapkan polisi dan prosedur yang perlu diikuti oleh setiap subordinatnya. Sama ada menggunakan telefon, faks, e-mel, SMS, persidangan audio, persidangan komputer atau telesidang; memerlukan polisi dan prosedur yang khusus agar keberkesanan komunikasi berada pada aras yang sangat optimum. Oleh itu, penguatkuasaan polisi dan prosedur perlu dipatuhi oleh semua warga sekolah dalam usaha mengoptimumkan keberkesanan proses komunikasi yang berlangsung. Pentadbir sekolah seharusnya memastikan subordinat mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kesalahan subordinat yang tidak mematuhi peraturan seharusnya diambil tindakan yang bersesuaian. Dengan ini, semua subordinat akan sentiasa berwaspada agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Seterusnya, setiap individu di sekolah akan bertindak berdasarkan peraturan yang sama. Keseragaman tindakan ini akan membolehkan mereka membentuk kumpulan kerja yang dinamik dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Dapat dirumuskan di sini bahawa penetapan polisi dan prosedur akan menyebabkan semua warga sekolah dapat bertindak di bawah kawalan peraturan yang sama. Faktor keseragaman ini akan membuatkan tindakan yang dilaksanakan adalah selari dengan peraturan yang ditetapkan. Justeru itu, kumpulan kerja yang dinamik dapat diwujudkan di sekolah, sama ada disedari atau tidak.

SUBMODUL 5.3 – MENJALIN HUBUNGAN DENGAN PIHAK LUAR MODEL PENGLIBATAN IBU BAPA / KOMUNITI OLEH JOYCE EPSTEIN

Penglibatan keluarga dapat dilihat dalam pelbagai cara bergantung kepada konteks. Epstein mencadangkan enam jenis penglibatan ibu bapa. Teori Epstein yang menggambarkan kerjasama yang

(19)

perlu wujud antara sekolah, keluarga dan masyarakat. Jenis penglibatan bukan hierarki tetapi ia adalah satu rangka kerja untuk menghubungkan keluarga, anggota masyarakat dan profesional pendidikan awal kanak-kanak.

Enam Jenis Kerjasama yang Digariskan : 1. Keibubapaan (Parenting)

Merangkumi semua aktiviti yang ibu bapa melibatkan diri dalam meningkatkan gembira, kanak-kanak yang sihat yang menjadi pelajar yang berkebolehan. Tidak seperti guru, pengaruh yang atas kkanak yang agak terhad, ibu bapa mengekalkan komitmen sepanjang hayat kepada anak-anak mereka. Aktiviti yang menyokong ini jenis penglibatan memberi maklumat kepada ibu bapa mengenai keadaan pembangunan, kesihatan, keselamatan, atau rumah anak mereka yang boleh menyokong pembelajaran pelajar. Oleh itu pihak sekolah perlu membantu ibu bapa menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran di rumah. Aktiviti yang dianjurkan oleh ibu bapa di rumah mampu tingkatkan kesediaan murid untuk belajar di sekolah. Contohnya, membantu keluarga dengan kemahiran keibubapaan, sokongan keluarga, memahami kanak-kanak dan perkembangan remaja, dan menetapkan syarat-syarat di rumah untuk menyokong pembelajaran pada setiap peringkat umur dan gred. Membantu sekolah dalam memahami latar belakang keluarga, budaya, dan matlamat untuk kanak-kanak.

2. Berkomunikasi (Communication)

Keluarga dan sekolah perlu berkomunikasi antara satu sama lain dalam pelbagai cara. Sekolah menghantar nota rumah dan risalah mengenai peristiwa-peristiwa dan aktiviti-aktiviti penting. Ibu bapa juga perlu memberi guru maklumat tentang kesihatan anak mereka dan sejarah pendidikan. Sebuah laman web sekolah ialah medium tambahan komunikasi dengan ibu bapa dan keluarga. Contohnya, ibu bapa boleh melanggan kemas kini kalendar dinamik menggunakan iCal atau suapan RSS yang lain hanya menyemak kalendar laman web secara kerap (Piper, 2012). Dari perspektif penglibatan yang positif, komunikasi mesti dua hala, sekolah kepada ibu bapa dan ibu bapa kepada sekolah, untuk menjadi yang paling berkesan. Selain itu juga, berkomunikasi dengan keluarga mengenai program-program sekolah dan kemajuan pelajar. Mewujudkan saluran komunikasi dua hala antara sekolah dan rumah.

(20)

Sekolah mengalu-alukan bantuan ibu bapa disekolah. Penglibatan ibu bapa secara tidak langsung semasa pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah dan persekitaran sekolah. Terdapat tiga cara asas bahawa individu secara sukarela dalam bidang pendidikan. Pertama, mereka mungkin secara sukarela di sekolah atau bilik darjah dengan membantu guru-guru dan pengkritik/juri sebagai tutor atau pembantu. Kedua, mereka mungkin menawarkan diri untuk sekolah misalnya, mengumpul dana untuk acara atau mempromosikan sekolah di masyarakat. Akhirnya, mereka mungkin menawarkan diri sebagai ahli penonton, menghadiri program-program sekolah atau persembahan.

4. Pembelajaran Di Rumah (Learning At Home)

Apabila ibu bapa membantu anak-anak mereka dengan kerja rumah atau membawa mereka ke muzium, mereka yang mengambil bahagian dalam jenis empat penglibatan. Aktiviti ini menghasilkan sebuah keluarga seperti sekolah dan menggalakkan ibu bapa untuk berinteraksi dengan kurikulum sekolah. Aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran di rumah menyediakan ibu bapa dengan maklumat tentang apa yang kanak-kanak lakukan di dalam kelas dan bagaimana untuk membantu mereka dengan kerja rumah. Contohnya, melibatkan keluarga dengan anak-anak mereka dalam pembelajaran akademik di rumah, termasuk kerja rumah, penetapan matlamat, dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan kurikulum yang lain. Menggalakkan guru-guru untuk mereka bentuk kerja rumah yang membolehkan pelajar untuk berkongsi dan membincangkan tugas yang menarik.

5. Pembuat Keputusan (Decision making)

Ibu bapa mengambil bahagian dalam sekolah membuat keputusan apabila mereka menjadi sebahagian daripada jawatankuasa tadbir sekolah atau menyertai organisasi, seperti ibu bapa atau guru persatuan. Lain-lain aktiviti membuat keputusan termasuk mengambil peranan kepimpinan yang melibatkan menyebarkan maklumat kepada ibu bapa lain.

6. Bekerjasama dengan Komuniti (Colaboration With Community)

Pihak sekolah mewujudkan kerjasama dengan komuniti sekitar. Kerjasama ini harus membawa kebaikan kepada pihak yang terlibat terutama pelajar. Penglibatan individu-individu berjaya dalam bidang tertentu supaya pelajar dapat manfaat dan meningkatkan motivasi mereka. Contohnya, melaksanakan program mentor-mentee antara komuniti dengan pelajar. Menyelaras sumber dan perkhidmatan untuk keluarga, pelajar dan sekolah dengan kumpulan masyarakat, termasuk perniagaan, agensi, pertubuhan kebudayaan dan sivik, dan kolej atau universiti. Membolehkan semua untuk menyumbang perkhidmatan kepada masyarakat.

(21)

SUBMODUL 5.4 - KERJA SEPASUKAN

Pengetua dan guru besar mempunyai peranan yang mencakupi pelbagai aspek dalam memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila pemimpin melaksanakan peranannya secara kreatif dan inovatif, beliau dapat mengorganisasikan pasukannya dengan baik. Antara peranan pemimpin pasukan adalah :

1) Perancang

Pengetua yang baik perlu bijak merancang dan menyusun perancangan. Perancangan yang dibuat perlu diteliti dan mempunyai tujuan yang jelas. Dalam merancang kerja, pengetua perlu mendapatkan idea-idea daripada ahlinya supaya kualiti kerja dapat ditingkatkan lagi. Beliau juga perlu bertindak dengan berkesan bagi menggerakkan ahli-ahli yang lain supaya bekerja secara aktif baik dari aspek menjana idea, tenaga dan sebagainya. Dalam perancangan, banyak perkara yang perlu difikirkan, diurus dan ditadbir dengan dimensi dan perspektif yang baru oleh ketua dan pasukannya. Warga sekolah perlu memikirkan berkenaan perjalanan, kos sama ada dalam bentuk kewangan, ataupun bukan kewangan serta risiko yang bakal dihadapi kemudian hari.

2) Pelaksana

Pengetua sebaik-baiknya tidak menggunakan kuasa yang diperolehi bagi memaksa ahli-ahlinya melaksanakan kehendaknya yang bersifat peribadi. Sebagai pelaksana, pengetua perlu berusaha menjalankan ataupun memenuhi kehendak ahli-ahlinya. Mereka juga perlu melaksanakan program yang ditetapkan bersama. Dalam aspek ini, pengetua perlu mengambil kira susunan tugas ahli kumpulan mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras dengan matlamat organisasi. Bagi meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja, faktor-faktor seperti minat, kepakaran dan kemahiran setiap ahli kumpulan perlu diambil kira dalam menstrukturkan tugasan. Melalui cara ini, pasukan kerja itu akan memperoleh kejayaan.

3) Ahli ataupun sebahagian daripada ahli kumpulan

Pengetua tidak dapat berdiri dengan sendiri tanpa ahli-ahli dibelakangnya. Warga sekolah adalah sebahagian yang tidak terpisah daripada kumpulannya. Walaupun sebagai ketua, pengetua juga perlu bertindak sebagai ahli dalam pasukan kerja itu.

(22)

Pengetua perlu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Beliau tidak sepatutnya mewujudkan jurang perbezaan bagi mengasingkan diri daripada bergaul dan berinteraksi dengan orang bawahannya. Ketua yang baik bukan memberi arahan, tetapi bersama-sama dengan ahli pasukannya memberi tunjuk ajar dan melaksanakan tugas.

4) Mengawasi hubungan antara ahli kumpulan

Dalam pasukan kerja di sekolah, terdapat pelbagai ragam dan perbezaan sifat atau tingkah laku antara setiap ahli. Perbezaan ini mewujudkan pelbagai pendapat dan menimbulkan konflik sehingga mencetuskan suasana tegang dalam pasukan kerja itu. Tugas pengetua adalah menjaga ahlinya supaya tidak berlaku perselisihan dan berusaha membangunkan hubungan yang harmoni serta semangat bekerjasama antara setiap ahlinya.

5) Pemberi ganjaran, pujian ataupun hukuman

Pengetua sebaik-baiknya dapat menggembirakan hati ahli-ahlinya yang kuat bekerja serta memberi banyak sumbangan kepada kempulannya melalui ganjaran. Pengetua boleh memberikan ganjaran berbentuk pujian apabila ahli kumpulannya melaksanakan tugas dengan jayanya. Apabila pengetua menunjukkan sikap menghargai sumbangan para ahlinya, secara tidak langsung beliau mendapat kerjasama yang padu daripada orang bawahannya. Orang bawahan juga akan terus meningkatkan sumbangan kerana hasil penat lelah warga sekolah selama ini dihargai oleh pihak pentadbir. Melalui cara ini, tidak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan. Di samping itu, pengetua juga perlu berani dan bertindak tegas ke atas ahli-ahli yang merugikan kumpulan kerja. Namun, hukuman tidak digalakkan dikenakan ke atas ahli yang melanggar arahan dan tidak melaksanakan tugasan. Pengetua perlu menggunakan jalan penyelesaian dan pendekatan yang berhemah bagi mengatasi masalah ini. Contohnya, pengetua perlu menegur orang bawahannya terlebih dahulu di samping membimbing warga sekolah membetulkan kesilapan yang dilakukan. Jika jalan penyelesaian yang diambil tidak mampu mengatasi masalah itu, maka tindakan tegas perlu diambil. 6) Pengantara

Dalam menyelesaikan perselisihan atau menerima aduan daripada anggota kumpulannya, pengetua perlu bertindak tegas, tidak pilih kasih ataupun hanya mementingkan satu pihak sahaja. Pengetua sebagai pengantara mampu membantu menyelesaikan konflik yang dihadapi oleh ahli pasukan itu. Konflik yang berlaku dalam pasukan kerja yang tidak dapat diselesaikan memerlukan bantuan daripada pihak ketiga untuk mengatasinya. Konflik menjejaskan semangat kerjasama setiap

(23)

ahli dan merugikan pasukan. Apabila konflik tidak di atasi dengan cara yang bijak, pembentukan kerja berpasukan menjadi sia-sia. Peranan pengetua adalah bertindak sebagai orang tengah dalam menjaga keharmonian pasukan kerja, seterusnya dapat menyumbang kepada kecemerlangan pasukan itu. Pengetua juga perlu bertindak sebagai pengantara kepada orang bawahannya dengan pihak atasan. Sebarang maklumat daripada pihak atasan perlu disampaikan kepada ahlinya.

7) Pemegang tanggungjawab ahli

Pengetua perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan ahlinya yang dilakukan atas nama kumpulannya. Ini kerana, pengetua sudah diamanahkan bagi menjaga ahli-ahli di bawah pimpinannya. Apabila sesuatu berlaku pada ahlinya, pengetua harus bertanggungjawab bagi memastikan ahli-ahlinya berada dalam keadaan baik.

8) Bertindak sebagai ‘ayah atau ibu’

Tindakan pengetua kepada anak buah atau kumpulannya perlu menggambarkan seolah-olah tindakan ayah ataupun ibu kepada anggota keluarganya. Begitu juga perumpamaan yang diberikan kepada pengetua dalam pasukan kerja. Pengetua perlu menganggap orang bawahannya seperti ahli keluarga yang perlu diberi perhatian sepenuhnya. Pengetua perlu mengambil berat hal ehwal ahli pasukannya seperti kebajikan, penyediaan kemudahan dan sebagainya. Hubungan sesama ahli juga perlu dititikberatkan. Pemimpin kerja berpasukan perlu berusaha mewujudkan hubungan bersikap kekeluargaan yang mesra antara satu sama lain. Ini bertujuan bagi menjamin sifat kerukunan pasukan itu sepanjang masa.

9) Penanggung risiko

Sama ada pasukan yang dipimpin berjaya atau tidak, pemimpin perlu menanggung setiap risiko yang bakal dihadapinya. Warga sekolah perlu menyedari dirinya adalah tempat melemparkan kesalahan dan keburukan yang terjadi dalam kumpulannya. Warga sekolah perlu berani bertanggungjawab atas kesalahan orang lain. Para pengetua perlu mengetahui ciri-ciri keterampilan dan peranan masing-masing sekiranya ingin menjadi pemimpin yang efektif. Apabila pengetua dapat memupuk sifat-sifat kepimpinan yang positif dan melaksanakan peranan warga sekolah dengan sebaiknya, warga sekolah mempunyai peratus kejayaan yang tinggi bagi memimpin pasukannya melangkah ke arah yang lebih

(24)

berdaya saing. Ini kerana pengetua adalah individu paling penting bagi mengemudi dan mencorakkan pasukannya mengikut acuan yang sudah dibentuk. Pengetua perlu mencari kaedah yang berkesan bagi berurusan dan berhadapan dengan perubahan bagi mengekalkan keberkesanan organisasi. Pengetua perlu menghormati dan mengintegrasikan faktor persekitaran seperti individu, kumpulan, organisasi dan komuniti dalam meningkatkan pencapaian matlamat demi keuntungan bersama.

Peranan pengetua sebagai pemimpin dalam kehidupan seseorang guru haruslah diserlahkan melalui peranan role model atau mentor. Pengetua boleh bertindak dalam pelbagai cara agar warga sekolah dapat melabel mereka sebagai tempat rujukan yang boleh dicontohi atau dijadikan idola. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka sebagai mentor yang boleh diteladani oleh seluruh warga sekolah. Pengetua juga perlu mentranformasikan kepimpinan melalui kerja berpasukan terlebih dahulu dalam membentuk wawasan dan matlamat yang jelas. Wawasan ini perlulah mempunyai gambaran yang realistik dan mampu menaikkan semangat serta komitmen setiap warga sekolah.

Kepimpinan seorang pengetua perlu mencakupi pelbagai aspek dalam memastikan pasukannya bergerak ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Apabila pemimpin melaksanakan peranannya dengan berkesan, beliau dapat mencapai matlamat pasukannya dengan baik. Selain itu, setiap pengetua perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang lengkap dari segi fizikal dan teknikal kerana sebagai pengetua, mereka perlu bersikap proaktif dan bersedia mengambil risiko serta berani keluar daripada kepompong keselesaan. Pengetua yang melakukan transformasi kepimpinan seharusnya sentiasa memahami dan melibatkan orang lain dalam apa jua keadaan sekali pun kerana di sinilah mereka mendapat mandat dan kepercayaan daripada setiap ahli dalam organisasi. Proses pengagihan kepimpinan ini tidak boleh bergantung pada arahan dan kawalan sahaja tetapi perlulah mendapat kerjasama dan persefahaman bersama. Jika guru mampu mentadbir dan mengurus secara sendiri, ini dapat meningkatkan profesionalisme guru sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap kepimpinan.

SUBMODUL 5.5 – PROTOKOL DAN ETIKET

Protokol berasal dari perkataan Yunani, iaitu cantuman dua perkataan dasar, Protos - yang Pertama dan Kolla – Pelekat. Oleh itu protokol membawa maksud pelekat yang pertama iaitu satu “tanda taraf” atau “status ”. Protokol juga dapat ditakrifkan sebagai tatacara atau tatatertib dalam istiadat rasmi (pegawai kerajaan), peraturan-peraturan dan istiadat rasmi seperti penyambutan

(25)

tetamu-tetamu dan lain-lain, peraturan-peraturan upacara di istana ketua negara atau berkenaan dengan penyambutan tetamu-tetamu negara dan sebagainya. Ia juga merupakan satu sistem upacara tentang peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan tingkahlaku oleh wakil-wakil kerajaan di dalam upacara rasmi. Protokol juga melambangkan sebagai imej di mana imej seseorang Pegawai Perkhidmatan Awam dibentuk dari cara pegawai itu menguruskan dirinya dari segi pakaian, cara menyimpan rambut dan misai, bagi setengah pegawai cara bertutur, gerakgeri, sopan santun dan budi bahasa serta kesihatan diri. Ia juga merupakan kepatuhan terhadap peraturan dan etika rasmi.

Kepentingan protokol :

• Menjaga status dan kedudukan Orang Orang Kenamaan. • Menjaga sensitiviti dan perasaan.

• Memastikan kelancaran dan keharmonian majlis.

• Memastikan supaya keutamaan dan penghormatan diberi setimpal dengan jawatan seseorang VIP. Pengetahuan dan kemahiran tentang protokol boleh membawa kepada suatu tahap hidup yang sempurna dalam sesuatu kelompok keluarga. Seseorang itu tidak boleh secara persendirian, ia perlu hidup dalam masyarakat. Jika dalam masyarakat hendak ia mengikut amalan masyarakat itu supaya tidak dipencilkan. Dalam masyarakat ketertiban dan kesopanan amatlah penting kerana itulah cermin keperibadian seseorang yang menjadi pengukur sama ada seseorang itu boleh diterima dalam masyarakat yang berkenaan. Dalam majlis, ia dapat menyesuaikan diri jika ia tahu protokol sama dari segi pergaulan, perbualan, tingkah laku, pakaian dan sebagainya. Protokol penting bagi pengendalian sesuatu majlis untuk menjamin kelicinan perjalanan majlis.

Manakala etika berasal daripada perkataan Yunani, iaitu ethos yang bermaksud cara, rutin, kebiasaaan, adat resam dan budi pekerti. Di dalam Islam maksud etika menghampiri dengan apa yang digariskan di dalam perbicaraan akhlak Islam. Etika adalah suatu aturan yang dicipta dengan tujuan untuk menjaga hubungan dengan orang lain agar terjalin komunikasi yang baik dan akrab.

Kepentingan etiket sosial :

• Mengambarkan betapa murni baiknya tatacara manusia.

(26)

• Menjaga kemuliaan dan kedudukan seseorang yang menghadiri majlis. • Mengutamakan dan memuliakan tuan rumah atau penganjur majlis.

Referensi

Dokumen terkait

Pemanfaatan teknologi akustik pada pengoperasian bagan perahu belum optimal bahkan dapat dikatakan nelayan tidak mengetahui instrumen akustik sebagai alat bantu penangkapan ikan

[r]

160 sõnõfõ niteli ğ inde veya daha iyi nitelikte bir beton olmalõdõr. Bodrum katõn duvarlarõnõn su basman kotuna kadar olan kõsõmlarõnõn yapõmõnda kulanõlacak yapay ta

Muhammadiyah Surakarta, 2012, xiv+121 halaman. Tujuan penelitian ini untuk menggambarkan muatan materi prestasi diri dalam buku ajar PKn karangan Saptono dan

Sedangkan untuk koefisien determinasi Adj (R²) adalah sebesar 0,457 yang menunjukkan bahwa sekitar 45,7% Retrun On Asset dipengaruhi oleh kepemilikan instirusional,

Meningkatnya aktivitas perekonomian yang bersahabat dengan lingkungan (green economy) PERANGKAT DAERAH PENGAMPU 3 2.. Terwujudnya tata kelola daerah yang

Kerjasama dengan dealer lebih diarahkan untuk kerjasama secara avalist agar tidak menimbulkan kerugian di pihak PT. Tamsan Dharma dimana tanggung jawab untuk

Dari kegiatan yang dilakukan oleh mahasiswa KKN PPM Tematik dalam membuat bak sampah, maka hasil yang didapatkan adalah sebuah bak sampah beton yang saat ini