RUJ. SURAT KAMI: KOP TNB/MII/1/2015 2 JANUARI 2015
KEPADA SEMUA ANGGOTA
MESYUARAT AGUNG KAWASAN 2015 / 2017
I. PEMBAHAGIAN KAWASAN DAN TEMPAT MESYUARAT II. PENCALONAN PERWAKILAN
Adalah dimaklumkan, Pembahagian Kawasan untuk Mesyuarat Agung Kawasan 2015 adalah sebanyak 37 kawasan yang mana setiap kawasan mempunyai minimum 200 orang anggota, sejajar dengan Undang-undang Kecil 26 (1). Pembahagian ini dibuat berdasarkan kedudukan dan pergerakan anggota koperasi di beberapa bandar telah ditukar dan disusun semula kawasan dan tempat mesyuaratnya demi untuk kebaikan anggota-anggota di kawasan tersebut.
2. Pembahagian kawasan ini adalah bertujuan untuk penyertaan yang lebih menyeluruh dan memberi kemudahan kepada anggota menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan dan berpeluang untuk menjadi wakil ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 64.
3. Merujuk kepada Undang-undang Kecil 26 (2), setiap Jabatan / Stesen di dalam setiap kawasan layak diperuntukkan perwakilan dengan syarat ianya mempunyai anggota tidak kurang dari 75 orang untuk kelayakan seorang wakil. Bagi Jabatan / Stesen yang mempunyai kurang dari 75 orang ianya digabungkan dengan Jabatan / Stesen yang lain untuk mendapatkan kelayakan perwakilan.
4. Sebagai panduan setiap Jabatan / Stesen yang disenaraikan di lampiran adalah layak diperuntukkan wakil samada secara berasingan ataupun berkumpulan dengan Jabatan / Stesen yang lain.
5. Merujuk UUK 26 (11), Menurut Peraturan, Mesyuarat Agung Kawasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua tahun sekali iaitu dua bulan sebelum Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. Agenda yang akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Kawasan 2015 adalah seperti berikut :
a. Memilih seorang pengerusi untuk mempengerusikan Mesyuarat; b. Memilih seorang setiausaha untuk merekodkan butir-butir Mesyuarat;
c. Memilih pengira undi dikalangan anggota yang tidak bertanding sebagai perwakilan; d. Membentangkan ringkasan Deraf Akaun bagi tahun 2014;
e. Membentangkan Belanjawan Tahunan 2015;
f. Membentangkan cadangan pindaan kepada Undang-Undang Kecil dan aturan-aturan aktiviti, jika ada;
g. Melantik perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 64 & 65; KOPERASI TENAGA NASIONAL BERHAD
h. Membentangkan usul daripada Lembaga dan Anggota Koperasi jika ada, yang diterima tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Kawasan berlangsung.
6. Selaras dengan pelaksanaan Mesyuarat Agung Kawasan Dwi Tahunan mulai tahun 2013 yang lalu, berkuat kuasa mulai Feb 2015, anggota yang telah dilantik sebagai perwakilan akan kekal sebagai perwakilan sehingga Mesyuarat Agung Kawasan Dwi Tahunan 2017. Dilampirkan Borang Pencalonan Perwakilan 2015 – 2017. Borang Pencalonan Perwakilan 2015 – 2017 hendaklah diterima oleh Koperasi sebelum 30 Januari 2015 (Jumaat) jam 5.15 petang.
Sekian, harap maklum.
”Dengan Salam Koperasi” Yang benar
MOHD ROSZELI BIN MAJID Setiausaha
s.k. - 1) KEPADA SEMUA KETUA JABATAN
Adalah diminta jasa baik tuan / puan agar dapat meletakkan pekeliling ini di papan kenyataan di Jabatan tuan / puan untuk makluman anggota-anggota Koperasi. Segala Kerjasama tuan / puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
2) KEPADA SEMUA PERWAKILAN
Kawasan-kawasan Mesyuarat Agung Kawasan 2015 untuk Jabatan / Stesen adalah seperti berikut:
Bil KAWASAN TEMPAT MESYUARAT
1. KANGAR Jitra
Pulau Langkawi
KANGAR
2. ALOR SETAR
Kuala Nerang / Pendang
ALOR SETAR
3. KULIM
Bandar Baru / Sik Nibong Tebal
KULIM
4. SUNGAI PETANI
Guar Cempedak / Baling
SUNGAI PETANI
5. PULAU PINANG Bayan Baru / Gelugor
JALAN ANSON, PULAU PINANG 6. SEBERANG JAYA / Perda
Bukit Mertajam / Bertam
SEBERANG JAYA
7. IPOH / Batu Gajah / Bandar Sri Iskandar Tanjung Rambutan / Sungai Siput
IPOH
8. TAIPING / Kuala Kangsar / Sauk Bagan Serai
Grik
TAIPING
9. KAMPAR / Malim Nawar / Bidor
Stesen Janaelektrik Cameron Highlands (JOR) / (WOH) / Tanah Rata
KAMPAR
10. STESEN JANAELEKTRIK JANAMANJUNG Sri Manjung
Teluk Intan / Hutan Melintang
S/J JANAMANJUNG
11. PETALING JAYA, Jalan Timur Jalan Selangor MPE Crystal Plaza Amcorp Subang Jaya Puchong Wisma Bintang JALAN TIMUR, PETALING JAYA
Bil KAWASAN TEMPAT MESYUARAT 12. SHAH ALAM
TPK (T) Persiaran Damai
SHAH ALAM
13. BANGI
Balakong (Cheras jaya)
Putrajaya / Stesen Janaelektrik Putrajaya / Sepang
BANGI
14. UNITEN TNRD
Yayasan / ILSAS / LDC / ICT TCI
UNITEN
15. KLANG
Stesen Janaelektrik Jambatan Connaught
KLANG
16. BANTING
Pelabuhan Klang
BANTING
17. STESEN JANAELEKTRIK KAPAR Kuala Selangor
Sg Besar
S/J KAPAR
18. RAWANG
Gudang Simpanan / Tanjung Malim
RAWANG
19. IBU PEJABAT
Menara Telekom / Wisma UOA
IBU PEJABAT
20. KEPONG / Kota Damansara KEPONG
21. TAMAN MELAWATI
Malaysia Transformer Manufacturing Sdn Bhd
TAMAN MELAWATI
22. 2 SENTRAL
Bedford Business Park / KL Pusat
2 SENTRAL
23. SEREMBAN SEREMBAN
24. KUALA PILAH / Kuala Kelawang / Tampin / Rembau Bahau / Gemas
KUALA PILAH
25. STESEN JANAELEKTRIK PORT DICKSON Port Dickson, Daerah
Nilai
Bil KAWASAN TEMPAT MESYUARAT 26. MELAKA, Daerah / Peringgit
Masjid Tanah / Alor Gajah Jasin / Merlimau / Ayer Keroh
MELAKA
27. JOHOR BAHRU Johor Jaya Kulai
JOHOR BAHRU
28. STESEN JANAELEKTRIK PASIR GUDANG Pasir Gudang Kota Tinggi S/J PASIR GUDANG 29. MUAR Segamat / Tangkak MUAR 30. BATU PAHAT Pontian / Yong Peng
BATU PAHAT
31. KLUANG Mersing
KLUANG
32. KUANTAN
Pekan / Kuala Rompin / Pulau Tioman/ Bandar Muadzam Shah
KUANTAN
33. TEMERLOH Raub
Bentong
Kuala Lipis / Jerantut Jengka / Teriang / Maran
TEMERLOH
34. KOTA BHARU
Bachok / Machang / Pasir Puteh
KOTA BHARU
35. TANAH MERAH Pasir Mas / Tumpat
Kuala Krai / Gua Musang / Jeli
TANAH MERAH
36. KUALA TERENGGANU Besut / Setiu
Kenyir / Kuala Berang / Marang
KUALA TERENGGANU
37. DUNGUN Paka
Kemaman / Kerteh
KAWASAN: ... Kod Gaji: ...
Saya ... dengan ini bersetuju untuk bertanding sebagai perwakilan untuk sesi 2015 - 2017 di Mesyuarat Agung Kawasan 2015 yang akan diadakan pada bulan Feb/Mac 2015. Saya dengan ini, mengumumkan bahawa saya adalah layak untuk bertanding di dalam pemilihan perwakilan ini tertakluk kepada Undang-undang Kecil 20, 21, 26 (4) dan Aturan-aturan Pemilihan Perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan.
Tandatangan Calon :...No.K/P... Nama : ... No. Pekerja : ...No. Anggota: ...Tarikh Lahir : ... Alamat Pejabat : ... Jawatan : ...Tel. Pej : ... Alamat E-mail : ... No. H/P: ...
Tandatangan Pencadang : ... Nama : ... No. Pekerja : ...No. Anggota : ...No. K/P : ... Alamat Pejabat : ... No. H/P: ...
Tandatangan Penyokong : ... Nama : ... No. Pekerja : ...No. Anggota : ...No. K/P : ... Alamat Pejabat : ... No. H/P: ... MUSTAHAK
Sila nyatakan kawasan mesyuarat dan kod gaji [contoh W00 (Wilayah Persekutuan), A01(Perak), T01
(Terengganu) dan lain-lain] yang diwakili berpandukan kawasan yang telah ditetapkan.
Koperasi akan mengesahkan penerimaan borang pencalonan anda melalui SMS. Sekiranya dalam tempoh tiga (3) hari, anda tidak menerima pengesahan penerimaan borang pencalonan dari Koperasi TNB, Sila hubungi Koperasi TNB di 03-22824660. (Slip faks atau pos tidak boleh dijadikan bukti penerimaan borang ini)
Sila hantar SALINAN ASAL borang ini kepada Koperasi. Walau pun Koperasi telah mengesahkan penerimaan borang pencalonan anda melalui faks atau emel.
Sila pastikan borang pencalonan lengkap diisi dan Calon / Pencadang / Penyokong mematuhi Undang-undang Kecil 20, 21, 26 (4) dan Aturan-aturan Pemilihan Perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan bagi menggelakkan pencalonan anda ditolak.
Anggota yang bersara sebelum atau pada tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan tidak layak hadir ke
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke 64.
Borang pencalonan ini hendaklah diterima oleh Koperasi TNB sebelum 30 JANUARI 2015 (JUMAAT), JAM 5.15 PETANG