• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan 1 : Rumusan [30 markah]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan 1 : Rumusan [30 markah]"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan telitinya, kemudian buat satu rumusan berkenaan

langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu dan kekangan penggunaannya di Malaysia.

Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Sejak beberapa dekad yang lalu, Malaysia telah melalui beberapa fasa pembangunan. Bermula daripada Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara, dan mutakhir Model Ekonomi Baru. Namun hakikat yang menyedihkan, perkembangan dan penggunaan bahasa Melayu seolah-olah dipinggirkan daripada pakej pembangunan tersebut. Walaupun pembangunan negara berjaya membawa perubahan dari aspek sosiopolitik, sosioaekonomi, dan tuntutan masyarakat, namun bahasa Melayu masih tidak berubah walaupun suatu ketika dahulu pernah menjadi bahasa sarwajagat terhebat di Nusantara.

Tuntutan ekonomi kapitalisme telah menghanyutkan perjuangan nasiolisme sehingga Universiti Kebangsaan Malaysia yang suatu ketika dahulu menjadi pemangkin dalam memartabatkan bahasa Melayu kini sama seperti universiti lain di Malaysia. Era digital dan globalisasi tanpa sempadan menyaksikan bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Aplikasi dan dasar liberalisasi sejak 1980-an melihat penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan bahasa Melayu pula seolah-olah perlu bersedia untuk diturunkan ke liang lahat.

Melihat kepada senario yang berlaku pada hari ini, usaha bersepadu perlu dilakukan untuk mengembalikan semula semangat nasiolisme dan jati diri negara bangsa. Langkah pertama adalah dengan meletakkan keagungan bahasa dan sastera Melayu pada tempat selayaknya. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mempunyai kematangan, sumber, kepakaran, dan kemampuan perlu melaksanakan hasrat ini tanpa membataskan sasaran terhad kepada sekolah kerajaan semata-mata. Sekolah-sekolah persendirian, sekolah Cina dan sekolah Tamil yang mempunyai silibus bahasa kebangsaan yang berbeza dengan sekolah kerajaan sepatutnya diberi perhatian yang lebih dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu.

Dalam usaha negara mencapai status negara maju, adunan bahasa Kebangsaan dan jati diri bangsa perlu diacu serentak memandangkan usaha memartabatkan bahasa Melayu harus melalui satu anjakan paradigma. DBP sebagai badan induk yang bertanggungjawab perlu melipatgandakan promosi di segenap lapisan masyarakat, malah penglibatan semua kaum dalam usaha membudayakan bahasa Melayu perlu giat dijalankan bagi menyemai semangat dan rasa cinta terhadap bahasa Melayu kepada semua kaum

Penubuhan Bahagian Pengembangan Bahasa Pelbagai Kaum yang dilakukan DBP merupakan satu langkah awal yang sungguh baik kerana usaha mengembangkan bahasa Melayu, khususnya kepada masyarakat bukan Melayu perlu diperhebatkan. Antara isu pertama yang perlu diselesaikan ialah menangani 20% daripada kanak-kanak yang ketinggalan dari segi literasi.

(2)

Ukuran bagi kejayaan ini dinilai dengan melihat keyakinan ibu bapa sebagai penanda aras untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan dan bukan sekolah swasta.

“Satu Bahasa, Satu Malaysia” yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dilihat sebagai satu langkah yang meyakinkan untuk mengembalikan peranan Asia sebagai generasi dunia. Jepun sebagai contoh yang paling berjaya membentuk negaranya melalui acuan sendiri melalui budaya dan bahasa. Tidak mustahil Malaysia mampu mengikut langkah Jepun sekiranya rakyat berbilang bangsa di negara ini bersatu untuk memulihhara budaya bansa. Perlu ditegaskan bahawa bahasa Kebangsaan bukan milik mutlak DBP, tetapi milik bersama masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia kerana bahasa adalah jiwa bangsa.

(Dipetik daripada “Bahasa Melayu Hak Rakyat Malaysia” Dewan Masyarakat, September 2010)

Soalan 2 : Pemahaman

[ 35 markah ]

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

i. Berikan maksud mengembalikan peranan Asia. [2 markah]

ii. Nyatakan faktor-faktor bahasa Melayu dipinggirkan. [3 markah] iii. Cadangkan dua langkah untuk mermartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan murid

(3)

Soalan 2 (b) – Drama “ Berkhidmat untuk Negara”

Baca petikan drama di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

MASNAH : Apa yang dua beranak ini bicangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat saja? KHIR GHAZALI : Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak bermanja saja. Cuba awak ajar

supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini.

MASNAH : Apa masalahnya?

AIMAN : Aiman terpilih untuk penempatan pelatih PLKN nanti. Aiman minta daddy dapatkan

pengecualian tapi daddy tak mahu tolong.

MASNAH : Hah abang, bukankah itu masalah kecil sahaja? Abang boleh gunakan kedudukan dan

pengaruh abang untuk dapatkan pengecualian untuk Aiman ini. Abang tak sayangkan Aiman? Sanggup abang biarkan dia masuk kem latihan?

KHIR GHAZALI : Sebab saya sayang akan Aimanlah saya nak dia terlibat dengan PLKN. MASNAH : Bahayakan nyawa anak kita nanti.

KHIR GHAZALI : Apa yang awak merepek? Daripada dia terlibat dengan perkara yang tak berfaedah

pada masa cuti sekolah nanti, ada baiknya dia terlibat dengan PLKN. Bukan lama pun, tiga bulan saja. Sudahlah, hari ini saya bercadang untuk berehat di rumah dengan aman tenteram. Kalau macam ini baik saya berehat di kelab golf.

(Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

i. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam petikan drama di atas. [ 4 markah ]

ii. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) wajib disertai oleh remaja yang terpilih. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah menyertai PLKN selain dapat mengisi

(4)

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan telitinya, kemudian jawab soalan –soalan yang berikutnya dengan menggun akan ayat anda sendiri.

Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda.Maka baginda memberititah kepada bentara Seri Amerta, menyuruhberkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak,”Orang ini, ya Tuan Tun Perak,mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekertituan hamba?”

Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, ”Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya: baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?”

Syahadan, maka berkenan Suktan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, ”Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri.”

Dipetik daripada prosa tradisional ”Burung Terbang Dipipiskan Lada” Dalamantologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn.Bhd.

(i) Berikan maksud mengatakan dirinya teraniaya. [ 2 markah ]

(ii) Jelaskan tentang jawapan yang diberikan oleh Tun Perak kepada Seri Amerta.

[ 3 markah ]

(5)

Soalan 2(d) – Syair Bidasari

Baca syair di bawah dengan telitinya,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, Supaya menjadi tamsil ibarat. Ada raja suatu negeri,

Sultan halifah akas bestari, Asalnya baginda raja yang bahari, Melimpah ngadil dagang senteri. Hairan orang empunya temasya, Baginda itulah raja perkasa, Sangat tiada merasai suasah, Entah pada esok dan lusa. Seri sultan raja bestari, Setelah ia sudah beristeri, Beberapa bulan beberapa hari, Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalamkerajaan, Baginda duduk bersuka-sukaan, Datanglah beroleh kedukaan,

Baginda meninggalkan takhta kerajaan. Datanglah kepada suatu masa,

Melayanglah unggas dari angkasa, Unggas gurda sangat perkasa, Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana, Gempar sekalian mulia dan hina

Seisi negeri gundah-gulana, Membawa diri ke mana-mana. Baginda pun sedang dihadap orang, Mendengar gempar seperti perang, Bertitah baginda raja yang garang, “Gempar ini apakah kurang.”

Jamilah Hj.Ahmad ( Penyelenggara ) Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Huraikan dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair ini. [ 4 markah ]

(ii) Negara jiran sering dilanda bencana alam berbanding dengan Negara kita. Pada

pendapat anda,apakah bantuan yang patut diberikan kepada negara yang dilanda bencana? [KBAT]

(6)

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) teras – terap

(ii) keras – kebas (iii) salut – selut

[6 markah]

(b) Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Orang ramai tidak mandi disungai tersebut kerana arus sungai tersebut deras. (ii) Saya dan adik berbasikal ke sekolah setiap hari.

(iii) Walaupun badannya bersaiz besar, dia cergas melakukan aktiviti hariannya.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan

penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap

ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan lebih daripada satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kesah itu memberikan pedoman kepada pembaca agar memikirkan rasional dan tidak mengikutkan perasaan apabila membuat sesuatu keputusan.

(ii) Aktiviti senaman masih dilakukan pada bulan Ramadhan ketika umat Islam menjalankan ibadah puasa.

(iii) Cendikiawan dari seluruh negara ASEAN berkumpul di Malaysia untuk bincang masalah pencemaran alam pada hari ini.

(7)

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Air dalam balang ikan itu kelihatan kabur kerana sudah dua minggu tidak

dibersihkan.

(ii) Pemeriksaan terhadap kenderaan awam dilakukan oleh pihak berkuasa dari masa ke semasa untuk mengelakkan bencana yang melibatkan para penumpang.

(iii) Siapa sahaja tidak wajar menggadai kedudukan dan kepentingan negara untuk memenuhi kepentingan peribadi dan kelompok masing-masing.

[ 6 markah ]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat tersebut.

i. Semasa dalam perjalanan ke pejabat, Aidil terlibat dalam kecelakaan jalan raya kerana kereta yang dipandunya tiba-tiba hilang kawalan.

ii. Prestasi kerja Salim sangat lemah kerana dia hanya akan melakukan sesuatu kerja apabila diarahkan oleh majikannya.

iii. Suzana tidak lagi diterima oleh keluarga Rizal kerana sikapnya sombong dan suka menunjuk-nunjuk kekayaannya. Rizal tidak lagi menemuinya atau menjemputnya ke rumah tetapi Suzana tidak malu, dia masih datang ke rumah

Rizal walaupun tidak dijemput.

(8)

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (i) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (ii) Tirani karya Beb Sabariah

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab.

[7 markah] (b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, bandingkan dua persamaan watak utama dalam kedua-dua novel tersebut

[8 markah]

Referensi

Dokumen terkait

Untuk membuktikan kebenaran hipotesis, peneliti menggunakan uji F yaitu kelayakan model untuk mengetahui pengaruh variabel-variabel independen Current Ratio, Return On

Mengetikkan salah, pada salah satu kondisi username atau password kemudian klik tombol login Username : chomsyia (benar) Password: 888 (salah) Sistem akan menolak akses user

Contoh sebagaimana disebut dalam penjelasan Pasal 11 ayat (2), 5 (Lima) tahun kemudian, yaitu pada tahun pajak 2003, kepada Wajib Pajak yang bersangkutan dapat diterbitkan

Pada pertemuan kedua, peneliti memberikan strategi scaffolding berbasis multirepresentasi melalui wawancara personal yang bertujuan untuk memberikan suatu bimbingan dalam

Sebelum dilakukan intervensi pemberian gabungan sugesti dan musik instrumentalia, semua responden pada kelompok perlakuan dan kelompok kontrol yaitu sebanyak 22 orang,

23 Tahun 2006 tentang Pedoman Teknis dan Tata Cara Pengaturan Tarif Air Pada Perusahaan Daerah Air Minum, maka manajemen PDAM Tirta Mountala mengadopsi regulasi tersebut

Sesi temuramah dijalankan kepada golongan pengguna yang dljangka akan menggunakan sistem ini. Di antara golongan pengguna tersebut ialah individu yang mempunyai latar

perpajakan atas bunga simpanan anggota yang diberikan oleh credit union yang seharusnya setiap bulan pada saat akan memberikan balas jasa simpanan (bunga) setiap