• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH MEMBAIKPULIH MOTOR 3 FASA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAEDAH MEMBAIKPULIH MOTOR 3 FASA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Jenis-jenis Kerosakan Yang Berlaku Pada Motor Elektrik Tiga Fasa

1. Motor tidak dapat dihidupkan. 2. Motor bising dan gegeran yang kuat.

3. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasap.

4. Pemutus litar akan terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja ia dihidupkan. 5. Motor tidak mencapai kepada kelajuan yang dikadarkan.

6. Bagi motor AT, terdapat arka-arka diberus-berus karbon.

Kaedah membaikpulih Kerosakan Motor Elektrik Tiga Fasa

Motor Aruhan

- Motor jenis sangkar tupai tidak dapat dihidupkan.

Sebab-sebab Tindakan

CB terpelantik @ fius terputus disebabakan lebihan beban.

Rujuk carta tindakan mekanikal tertentu untuk kesan punca lebihan beban. Kurangkan beban kepada peringkat yang boleh dikawal. - Motor tidak dapat dihidupkan.

Sebab-sebab Tindakan

Voltan rendah

Litar terbuka @ litar pintas dililitan motor

Grease didalam alas menjadi kejal

Sambungan tidak kemas dipunca sambungan

Periksa nilai voltan pada belitan nama. Naikkan voltan kepada peringkat yang diperlukan dengan beberapa cara. Jika ini disahkan dengan beberapa ujian, lilitan baru pada motor hendaklah dilakukan.

Sistem pelinciran dibersihkan dan grease baru dimasukkan ke dalam alas. Periksa dipunca sambungan serta ketatkan sambungan yang tidak kemas.

(2)

Rotor dan stator bersentuhan

Kerosakan pada alas

Perbetulkan kelawasan antara rotor dan stator mengikut nilai tersebut. Pastikan alas digandingkan dengan yang baru.

- Motor mengeluarkan bunyi yang kuat

Sebab-sebab Tindakan

Motor beroperasi dalam satu fasa

Aci tidak berputar dengan betul di alas (sleeve bearing)

gegaran disebabkan oleh rotor tidak seimbang atau gegaran berpunca dari mesin yang dipandu.

Kelawasan tidak sama disekeliling antara rotor dan stator.

Motor memandu mesin melalui coupling yang tidak kemas.

Kemasukan benda asing.

Kerosakan pada alas.

Matikan motor, jika ia beroperasi dalam satu fasa, ia tidak dapat dihidupkan semula. Periksa jika ada litar terbuka. Periksa pelurusan (aligment) aci, Asingkan motor dari mesin yang dipandu. Jika ia masih lagi bunyi bising atau lagi bising atau bergeegaran ketika bersendirian, rotor hendaklah

diseimbangkan semula. Periksa bar-bar yang longgar, patah.

Perhatikan rotor jika ia terletak betul-betul dipusatnya. Gantikan alas baru, jika perlu, untuk mendapatkan

pemusatan yang betul.

Periksa pelarasan coupling dengan menggunakan tolok perasa (feeler gauge)

Ketatkan coupling jika perlu.

Keluarkan benda asing dari motor dan pastikan sesekat berkeadaan baik. Pastikan punca kerosakan pada alas seterusnya digantikan dengan yang baru.

(3)

- Motor panas dan kadangkala berasap

Sebab-sebab Tindakan

Motor beroperasi dalam lebihan beban yang berat

Motor beroperasi didalam satu fasa

Kedudukan motor tidak sesuai; peredaran udara tersekat atau ruang udara melalui motor tersumbat. Motor beroperasi didalam voltan dan ulangan yang tidak sesuai.

Alas terlalu ketat.

Jika motor memandu melalui tali (belt), mungkin tali terlalu ketat.

Grease berlaian dari yang disyorkan oleh pembuat motor.

Grease berlebihan dialas.

Kelunturan sifat pelincir.

Rujuk kepada bahagian mekanikal yang mempunyai keterangan mengenai lebihan beban. Kurangkan beban jika terdapat lebihan beban yang berat. Periksa semua litar tersebut. Bagi mengetahui samada motor beroperasi dalam 1 fasa ialah ketika motor tidak dapat dihidupkan semula setelah ia dimatikan.

Baiki kawasan sekeliling motor supaya peredaran udara lebih baik serta bersihkan ruang udara motor.

Perbetulkan voltan dan ulangan seperti tercatat pada pelit nama motor.

Catat suhu alas. Periksa geseran ketika rotor diputar dengan tangan serta diperbetulkannya. Sahkan jenis pelincir pada alas.

Periksa ketegangan tali. Longgarkan jika ia terlalu ketat.

Bersihkan sistem pelinciran dan grease semula dengna bahan yang ditentukan. Keluarkan grease lama dan gantikan grease baru sebanyak ½ hingga ¼ isipadu ruang.

Kelunturan disebabkan oleh suhu alas yang tinggi, bendasing dalam grease dan grase tidak ditukar mengikut jadual. Gantikan grease baru.

(4)

Coupling yang tidak kemas.

Daya tujah dari mesin yang dipandu.

Pastikan coupling dijajar dan diikat dnegan kemas.

Pastikan aci mempunyai kelawasan untuk bergerak sepanjang paksinya. - Motor rotor berlilit beroperasi kurang dari kelajuan ditetapkan walaupun tanpa

beban.

Sebab-sebab Tindakan

Terdapat litar buka di lilitan rotor, termasuk kabel ke panel kawalan.

Periksa setiap litar. Perbaiki litar

setelah mengesan kerosakan tersebut. - Getaran kuat

Sebab-sebab Tindakan

Coupling yang tidak kemas.

Rotor tidak seimbang.

Alas tidak dipasang dengan betul.

Voltan bekalan tidak seimbang.

Penjajaran coupling dibetulkan dan diikat kemas.

Periksa punca masalah ini dan rotor dikeluarkan untuk di imbang semula. Periksa nombor alas dan betulkan kedudukannya.

Mungkin disebabkan

ketidakseimbangan beban. Pastikan sambungan adalah kemas dan voltan bekalan seimbang.

- Kenaikan suhu yang tinggi didalam gelung stator dan badan motor.

Sebab-sebab Tindakan

Lebihan beban. Uji geganti lebihan beban dan laraskan semula jika perlu. Kurangkan beban mekanikal mengikut keupayaan motor.

(5)

Kenaikan arus disebabkan oleh voltan rendah.

Voltan bekalan tidak seimbang.

Kendalian dalam satu fasa. Suhu sekeliling yang tinggi.

Peredaran udara sejuk tersekat oleh selaput habuk.

Periksa punca bekalan dan naikkan voltan mengikut kadaran.

Pastikan punca sambungan adalah kemas dan voltan bekalan di imbang semula.

Periksa litar jika ada litar terbuka. Pastikan peredaran udara disekitar motor beredar dengan baik dan pastikan sesekat tidak tersumbat. Cuci bersih saluran penyejuk dan pastikan ia tidak tersumbat.

- Motor segerak tidak dapat dihidupkan

Sebab-sebab Tindakan

litar terbuka disatu fasa

Motor yang tidak dapat mengatasi geseran yang terlalu kuat ketika ia mula dihidupkan.

Voltan rendah.

Uji tiap-tiap fasa untuk mengesan kerosakan serta baikinya.

Periksa geseran alas dimotor serta pelinciran alas (bearing lubrication). Periksa pelurusan couling antara motor dengan mesin.

Periksa voltan yang tercatit di pelit nama dengan voltan bekalan. Jika ada perbezaan , voltan bekalan hendaklah diubahkan supaya sama dengan voltan di motor.

(6)

- Pemutus litar terpelantik sebaik sahaja dihidupkan.

Sebab-sbeab Tindakan

Voltan penguja rendah.

Litar terbuka atau litar pintas didalam medam motor.

Perubahan beban terlalu ketara.

Tinggikan nilai pengujaannya.

Uji untuk mengesan litar pintas terbuka @ litar pintas dan perbetulkannya. Gunakan penunjuk kutub (polarity indicator) untuk mengesan litar pintas. Rujuk kepada bahagian mekanikal bagi mengawal beban.

- Motor panas dibahagian-bahagian tertentu.

Sebab-sebab Tindakan

Panas dictator yang mungkin

disebabkan oleh rotor yang terkeluar dari titik pusatnya (off-centre)

Litar terbuka disatu fasa.

Panas tertumpu kepada satu @ lebih gelung motor.

Panas tertumpu digelung medan.

Periksa kedudukan motor. Alas ditukar , jika perlu, bagi membetulkan titik pusatnya.

Periksa difasa yang rosak dan perbetulkan.

Ini berpunca dari litar pintas. Gelung yang rosak boleh dikeluarkan dari litar sebagai langkah pembetulan

sementara.

Tukar @ perbetulkan gelung tersebut oleh kerana ia berpunca dari litar pintas digelung. Juga kepanasan tersebut boleh berpunca dari arus medan yang mempunyai nilai yang tinggi.

Perbetulan ini dengan mengurangkan arus kepada nilai yg tercatat dipelit nama.

(7)

- Motor panas disemua bahagian.

Sebab-sebab Tindakan

Beroperasi didalam lebihan beban yang tinggi

Pengujaan tidak mengikut seperti dipelit nama @ tidak ada pengujaan langsung.

Suhu disekitar motor adalah tinggi dari nilai suhu yang boleh diterima oleh motor mengikut rekaannya.

Ruang udara dimotor tersumbat dengn habuk @ lain-lain bahan.

Rujuk kepada bahagian mekanikal untuk mengawal beban. Jika beban tidak boleh dikurangkan, motor hendaklah ditukarkan kepada yang lebih besar. Nilaikan tahap geseran dialas serta keupayaan pelinciran. Laraskan pengujaan mengikut nilai dipelit nama.

Adakan kawasan dimana ia dapat member suhu yang berpatutan kepada motor.

Bersihkan motor dibahagian ruang motor tersebut.

- Motor arus terus tidak dapat dihidupkan.

Sebab-sebab Tindakan

Litar terbuka disistem kawalan

Voltan dipunca rendah.

Lebihan beban dimotor.

Terdapat geseran dalam yang amat ketara dimotor.

Periksa perintang penghidup, dan perhatikan jika ada suis terbuka @ fius terputus.

Bandingkan voltan bekalan dengan voltan dipelit nama dan ubah jika perlu. Bandingkan beban yang dikadarkan dengan beban yang sebenar, keatas mesin ayng dipandu (pam, pemampat, dsb). Kurangkan beban. Jika ini tidak boleh dilakukan, gantikan dengan motor yang lebih besar.

Sahkan ini dengan mengasingkan motor dari mesin yang dipandu.

(8)

rotor dan kenaikan suhu. Periksa

pelinciran di alas @ sesuatu gegas yang terlalu ketat. Baiki apa yang perlu. Jika terdapat juga geseran, buka motor dan periksa kelawasannya dan gegas bagi tiap-tiap bahagian. Jika ia berpunca dari aci yang bengkok, perbetukan @

tukarkan kepada yang baharu. - Motor hidup tetapi geganti beban lampau terpelantik dengan serta merta dna

motor berhenti.

Sebab-sebab Tindakan

Medan electromagnet digelung lemah atau tiada.

Beban melebihi daya kilas mula motor

Bagi motor yang mempunyai kawalan kelajuan periksa perintang jika terdapat setting yang tidak betul atau ada

kerosakan. Periksa gelung medan untuk mengesan liatr terbuka serta

sambungan dawai yang longgar atau putus.

Gantikan dengan suatu motor yang boleh menanggung mula dan ketika kendalian.

- Motor tidak mencapai kepada kelajuan yang dikadarkan ketika ada beban.

Sebab-sebab Tindakan

Motor didalam keadaan lebihan beban.

Voltan rendah.

Bandingkan beban yang dikadarkan dengan beban yang sebenar.

Kurangkan beban atau gantikan dengan motor yang lebih besar.

(9)

Berus karbon tidak berada dineutralkan yang tepat, terutama bagi agak lama tidak diseraggarakan dimana ia akan mendahului neutral.

terdapat dipelit nama. Jika ia terlalu rendah, periksa rintangan dibahagian-bahagian yang susutan voltan tersebut. Perbetulkan berus karbon kepada kedudukan neutral.

- Motor beroperasi pada kadar kelajuan yang tinggi ketika beban penuh.

Sebab-sebab Tindakan

Berus karbon tidak berada dikedudukan neutral tetapi dibelakang neutral. Voltan lebih tinggi dari yang dikadarkan.

Medan gelombang motor lemah.

Perbetulkan berus karbon kepada kedudukan neutral.

Periksa voltan dipunca dan bandingkan dengan pelit nama.

Periksa punca negatif yang dibumikan.

- Motor membuat arka-arka yang besar diberus karbon.

Sebab-sebab Tindakan

Permukaan komutator tidak berada didalam keadaan baik.

Angker tidak seimbang.

Bersihkan dan canaikan komutator dan berus karbon. Tentu letakkan berus karbon betul. Jangan gunakan kain emery. Habuknya berlogam dan akan menyebabkan pintasan (short).

Ini akan membentuk geseran yang kuat. Asingkan motor dengan mesin dan pastikan gegaran itu berpunca dari motor dan bukan dari mesin. Angker hendaklah diseimbangkan semula.

(10)

Litar pintas dimotor.

Berus kardon tidak diletakkan dengan betul.

Cat atau bahan kimia mendak diatas komutator.

Uji untuk pintasan (short) diangker. Bersihkan dari cebis-cebis bahan logam yang bebas dimana mungkin telah terkumpul dicelah-celah.

Bersihkan berus serta pemegangnya dan letakkannya dengan betul. Bersihkan dengan sempurna. Anggap motor digantikan dengan motor yang direka untuk dikendalikan terhindar dari pencemaran udara.

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan kondisi ini, maka penelitian ini dimaksudkan untuk merancang metode dalam mengoperasikan motor induksi 3 fasa pada sistem tenaga listrik 1 fasa dengan cara

Soft starting motor induksi 3 fasa hampir sama dengan metode auto trafo, namun terdapat perbedaan pada rugi-rugi,dan nilai slip , pada auto trafo terdapat slip

Salah satu proses perbaikan motor listrik yaitu rewinding atau penggulungan ulang kumparan pada stator atau rotor motor.. Laporan akhir ini akan membahas bagaimana

Motor listrik 1 fasa terbagi menjadi 3 jenis yaitu motor kapasitor yang dilengkapi dengan kapasitor sebagai pembantu kumparan bantu, motor shaded pole yang berkontruksi

Tingkat keandalan motor yang dapat diketahui dengan cara melakukan pengukuran arus bocor pada lilitan motor menuju kerangka yang selanjutnya ke tanah, akan dapat

Motor akan berhenti sesuai waktu yang diberikan dan akan bekerja membalik arah putaran misalnya dari putaran maju menjadi putaran mundur. Membalik arah putaran motor

Hampir semua motor (AC) yang digunakan adalah motor induksi, Sebagian besar alat industri menggunakan tenaga listrik sebagai energi penggerak utamanya, dan di berbagai

Setelah timer 4 KT23 selesai bekerja, maka selesai sudah proses pengasutan, maka motor akan dihubungkan pada tegangan sumber secara langsung : Pada kondisi ini, motor akan lamgsung