• Tidak ada hasil yang ditemukan

VLE FROG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "VLE FROG"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan (Teknologi Pendidikan)”

Tandatangan : ………..

Nama Penyelia : DR. ZALEHA BINTI ABDULLAH Tarikh : 16 DESEMBER 2013

(2)

CABARAN DALAM MENGIMPLEMENTASI VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE) FROG DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN OLEH GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH DI MALAYSIA

NURUL FARHANA BINTI JUNUS

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknologi Pendidikan)

Fakulti Pendidikan Universisi Teknologi Malaysia

(3)

ii

PENGAKUAN

“Saya mengaku bahawa tesis ini yang bertajuk "Cabaran Dalam Mengimplementasi Virtual Learning Environment (VLE) Frog Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Oleh Guru di Sekolah-sekolah di Malaysia" adalah hasil daripada kajian saya sendiri kecuali

yang dipetik dalam rujukan.”

Tandatangan : ……….. Nama Penulis : NURUL FARHANA BINTI JUNUS Tarikh : 16 DESEMBER 2013

(4)

iii

Teristimewa khas buat kedua ibu bapa saya, Ayahanda Junus bin Mohamad, Bonda Wan Khadijah binti Mohamad

Buat adik beradik tersayang

Mohd Dzikrullah bin Junus & Nor Fazilah binti A. Razak Mohamad Farhan bin Junus

(5)

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya akhirnya saya berjaya menyiapkan tesis ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Jutaan terima kasih saya kepada penyelia projek saya iaitu Dr. Zaleha Binti Abdullah yang telah sama-sama menyumbangkan masa dan idea-idea baru sepanjang merancang dan menyiapkan tesis saya ini. Tanpa tunjuk ajar daripada beliau tentu projek ini tidak dapat dijalankan dengan begitu lancar sekali.

Selain itu, sekalung penghargaan dan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada pihak sekolah dan guru-guru atas kerjasama yang diberikan sepanjang proses pengumpulan data.

Sekalung budi yang tidak terhingga juga kepada nadi saya Haji Junus bin Mohamad dan Hajjah Wan Khadijah binti Mohamad serta adik beradik yang selama ini banyak memberi sokongan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya ini.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari seluruh Malaysia yang telah banyak membantu dalam usaha menyiapkan kajian ini. Segala sokongan, bantuan dan perkongsian idea dari anda amatlah saya hargai dan pasti tidak akan saya lupakan.

(6)

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti cabaran utama dalam mengimplimentasi Virtual Learning Environment (VLE) Frog oleh guru di sekolah-sekolah di Malaysia. VLE Frog adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai dunia pendidikan sebenar dengan mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam persekitaran maya. Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan VLE Frog ini semenjak tahun 2012, namun pengimplementasian VLE Frog dalam kalangan guru masih belum menyeluruh. Oleh itu, cabaran-cabaran dalam mengimplementasi VLE Frog ini perlu dikenalpasti supaya pihak yang berwajib mampu membuat penambahbaikan agar VLE Frog dapat digunakan secara optimum dan mampu membawa kebaikan kepada semua pihak. Kajian dijalankan berpandukan Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang telah disesuaikan dengan isu kajian terhadap guru-guru yang pernah menggunakan VLE Frog di seluruh Malaysia. Kaedah tinjauan diskriptif digunakan dan soalselidik diedarkan kepada responden secara fizikal dan juga online. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Terdapat lima pembolehubah cabaran yang diuji iaitu kompetensi ICT, infrastruktur ICT, motivasi daripada pentadbir, antaramuka dan navigasi serta kandungan pembelajaran namun ujian regrasi gandaan (multiple regression) menunjukkan hanya infrastruktur ICT dan motivasi daripada pentadbir yang mempunyai hubungan yang positif dengan sikap terhadap penggunaan VLE Frog sekaligus menjadikannya sebagai cabaran utama dalam mengimplementasikan VLE Frog.

(7)

vi

ABSTRACT

This study has been conducted to identify the key challenges in implementing the Virtual Learning Environment (VLE) Frog among teachers in schools in Malaysia. Frog VLE is a web-based system that simulates the real world of education by integrating conventional education in a virtual environment. The Ministry of Education has introduced the Frog VLE since 2012, however its implementation has not been comprehensive enough. Therefore, the challenges in implementing the Frog VLE should be identified so that the authorities are able to make improvements to Frog VLE in order for it to be used optimally and provide benefits to all parties. The study was based on Technology Acceptance Model (TAM) which has been adapted to study the issue among teachers who have used the Frog VLE throughout Malaysia. Descriptive survey method is used and questionnaires were distributed to respondents through online and offline. Data were analyzed using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS). There are five variables tested which were ICT competencies, ICT infrastructure, the motivation from the administrator, the interface and navigation as well as learning content but multiple regression test showed that only ICT infrastructure and motivation from the administrators had positive relation towards the use of VLE Frog which defines that both factors are the main challenges in implementing VLE Frog.

(8)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

1 PENGENALAN

1.1. Pendahuluan 1

1.2. Latar Belakang Masalah 7

1.3. Pernyataan Masalah 11 1.4. Objektif Kajian 11 1.5. Persoalan Kajian 12 1.6. Kepentingan Kajian 13 1.7. Skop Kajian 14 1.8. Rumusan 14

(9)

viii

2 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 16

2.2 VLE Sebagai Platform kepada E-Learning 17

2.3 Virtual Learning Environment (VLE) dan

Kelebihannya 19 2.4 Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance

Model – TAM) 21

2.5 Model Pengaplikasian VLE Secara Holistik 22

2.6 Infrastruktur ICT di Sekolah 25

2.7 Motivasi Guru 27

2.8 Kompetensi ICT Guru 29

2.9 Kandungan Pembelajaran 30

2.10 Kerangka Konseptual 32

2.10.1 ICT Infrastructure 34

2.10.2 Motivation 34

2.10.3 ICT Competency 35

2.10.4 Percieves Ease of Use – Interface and

Navigation 35

2.10.5 Percieved Usefulness – Learning Content 36

2.11 Rumusan 36

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Lokasi Kajian 39

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Analisis Kajian 44

(10)

ix

3.7 Kajian Rintis 46

3.7.1 Kesahan 47

3.8 Prosedur Kajian dan Etika 49

3.9 Penutup 51

4 ANALISIS

4.1 Pengenalan 52

4.2 Analisa Dapatan Soal Selidik 53

4.2.1 Kaedah Analisis Data Bahagian A :

Pengetahuan Sedia Ada Tentang VLE 54 4.2.1.1Soalan A1 :

Adakah anda pernah menghadiri Kursus Penggunaan Virtual Learning Environment Frog (VLE Frog) yang

dilaksanakan di sekolah? 54

4.2.1.2Soalan A2 :

Adakah anda pernah menggunakan Virtual Learning Environment Frog (VLE Frog) sekurang-kurangnya

sekali? 55 4.2.2 Kaedah Analisis Data Bahagian B(i) : Persepsi

Terhadap Kemudahgunaan VLE Frog 55 4.2.2.1Persoalan Kajian No 1 (a) :

Persepsi guru terhadap kemudahgunaan

VLE Frog dari aspek kompetensi ICT 56 4.2.2.2Persoalan Kajian No 1 (b) :

Persepsi guru terhadap kemudahgunaan

(11)

x

4.2.2.3Persoalan Kajian No 1 (c) :

Persepsi guru terhadap kemudahgunaan VLE Frog dari aspek motivasi daripada

pihak pentadbir 60

4.2.2.4Persoalan Kajian No 1 (d) :

Persepsi guru terhadap kemudahgunaan VLE Frog dari aspek antaramuka dan

navigasi 62 4.2.3 Kaedah Analisis Data Bahagian B(ii) :

Persepsi Terhadap Kebergunaan VLE Frog 64 4.2.3.1Persoalan Kajian No 2 :

Persepsi guru terhadap kebergunaan VLE Frog dari aspek kandungan

pembelajaran 64 4.2.4 Kaedah Analisis Data Bahagian C :

Sikap Terhadap VLE Frog 66

4.2.4.1Persoalan Kajian No 3 :

Sikap guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan

pembelajaran. 67

4.2.4.2Persoalan Kajian No 4 :

Cabaran Utama Yang Dihadapi Oleh Guru-guru Untuk Mengaplikasikan VLE Frog Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. 68 4.2.5 Kaedah Analisis Data Bahagian D :

Kekerapan Penggunaan VLE Frog 71 4.2.5.1Persoalan Kajian No 3 :

Sikap guru terhadap penggunaan VLE

(12)

xi

pembelajaran.

4.2.6 Kaedah Analisis Data Bahagian E : Komen dan

Cadangan 72

4.3 Penutup 78

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN RUMUSAN

5.1 Pengenalan 79

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 80

5.2.1 Persoalan Kajian No 1 :

Persepsi Guru Terhadap Kemudahgunaan

VLE Frog 80

5.2.1.1Aspek Tahap Kompetensi Guru 80 5.2.1.2Aspek Infrastruktur ICT 83 5.2.1.3Aspek Motivasi daripada Pihak

Pentadbir 85 5.2.1.4Aspek Antaramuka dan Navigasi

Sistem 88 5.2.2 Persoalan Kajian No 2 :

Persepsi Guru Terhadap Kebergunaan VLE

Frog Dari Aspek Kandungan Pembelajaran 89 5.2.3 Persoalan Kajian No 3 :

Sikap Guru Terhadap Penggunaan VLE Frog 90 5.2.4 Persoalan Kajian No 4 :

Cabaran Utama Pengimplementasian VLE

Frog Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 91 5.2.5 Persoalan Kajian No 5 :

Langkah-langkah Menggalakkan Guru Mengimplementasi VLE Frog Dalam

(13)

xii

5.2.5.1Meningkatkan Kelajuan, Kestabilan

dan Liputan Rangkaian Internet 94 5.2.5.2Menyediakan Juruteknik di Setiap

Sekolah 95 5.2.5.3Menambah Jumlah Peralatan ICT di

Sekolah 96 5.2.5.4Meningkatkan Kesedaran Dalam

Kalangan Guru dan Pentadbir 96 5.2.5.5Mengadakan Kursus Penggunaan VLE

Frog 97 5.2.5.6Menyediakan Tenaga Pakar Dalam

Bidang Pedagogi 97

5.2.5.7Memberikan Ganjaran 98

5.3 Implikasi Kajian 98

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 100

5.5 Rumusan 101

RUJUKAN 102

LAMPIRAN A 110

(14)

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Taburan Item Dalam Borang Soal Selidik 43

3.2 Skala Likert 43

3.3 Kaedah Menganalisis Data 44

3.4 Pengelasan Skor Min 45

3.5 Pekali Saiz Cronbach’s Alpha 47

3.6 Jadual Kebolehpercayaan Instrumen 48

4.1 Kursus Penggunaan VLE Frog 54

4.2 Penggunaan VLE Frog 55

4.3 Jadual Pembahagian Soalan Bahagian B(i) 56 4.4 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(a) 56 4.5 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(b) 58 4.6 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(c) 60 4.7 Dapatan Analisis Data Bahagian B(i)(d) 62 4.8 Dapatan Analisis Data Bahagian B(ii)(a) 65

4.9 Dapatan Analisis Data Bahagian C 67

4.10 Model Summary 69

4.11 Coefficientsa 69

4.12 Dapatan Analisis Data Bahagian D 71

4.13 Ringkasan Tema 73

(15)

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Technology Acceptance Model (TAM) 21

2.2 Model Pengaplikasian VLE Secara Holistik 23

2.3 Technology Acceptance Model (TAM) Untuk VLE

Frog 33

(16)

xv

SENARAI SINGKATAN

VLE - Virtual Learning Environment

ICT - Information, Communication and Technology

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia BTP - Bahagian Teknologi Pendidikan PKG - Pusat Kegiatan Guru

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah PdP - Pengajaran dan Pembelajaran

IT - Information Technology

(17)

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang Soal Selidik 110

(18)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Cetusan idea daripada mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996 memberi inspirasi baru dalam bidang pendidikan negara. Dalam persidangan tersebut, beliau telah melancaran projek Koridor Raya Multimedia (MSC) yang secara tidak langsung telah menyuntik anjakan besar dalam bidang pendidikan nasional. Seiring dengan projek ini yang direka untuk menarik penglibatan syarikat berteknologi bertaraf dunia disamping memajukan industri ICT tempatan, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menggariskan Sekolah Bestari sebagai salah satu aplikasi perdana dalam Koridor Raya Multimedia(MSC) yang perlu dilaksanakan menjelang tahun 2000. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari yang berpusatkan pengajaran dan pembelajaran secara kritis dan kreatif. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) pula menjadi pemangkin untuk membolehkan pelajar mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri. Penggunaan ICT juga diyakini mampu meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah agar lebih efektif.

(19)

2

Kesungguhan pihak kerajaan melakukan transformasi dalam Pendidikan Malaysia dijelaskan lagi dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 30 Mac 2006. Dalam teras kedua RMK-9 iaitu ‘Memperkukuhkan Modal Insan’, submodul Program Pendidikan telah menekankan tentang Program Pembestarian Sekolah. Program Pembestarian Sekolah merujuk kepada proses memanfaatkan semua inisiatif ICT sedia ada seperi Projek Sekolah Bestari, Projek Pengkomputeran, penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, Schoolnet dan Portal MySchoolNet bagi meningkatkan kualiti pendidikan. Program Pembestarian Sekolah ini akan dilaksanakan di semua sekolah untuk membolehkan guru menyepadukan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan.

Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan Misi Nasional yang menekankan tentang pembangunan modal insan ‘minda kelas pertama’ dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status negara maju. Dua daripada kelima-lima teras Misi Nasional iaitu teras kedua dan teras ketiga ada menyatakan peranan pendidikan secara langsung. Bagi menyokong teras tersebut, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) turut meletakkan isu ICT dalam pendidikan antara isu yang diberi penekanan utama. Dalam Teras Strategik PIPP yang keempat iaitu Merapatkan Jurang Pendidikan, antara jurang-jurang pendidikan yang diberi perhatian adalah Jurang Digital. Jurang digital merupakan perbezaan daripada segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT di kalangan pelajar dan guru. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah berusaha keras untuk memastikan infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada sekolah-sekolah di kawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT. Sejajar dengan program pembestarian sekolah, semua sekolah luar bandar disasarkan untuk dilengkapi dengan makmal komputer, bilik komputer dan perkakasan yang mencukupi. Selain itu, sekolah-sekolah juga dirangkaikan dengan akses capaian internet jalur lebar SchoolNet dan pusat akses turut dibina di sebahagian sekolah luar bandar dan pedalaman.

(20)

3

Transformasi pendidikan terus dimantapkan lagi dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK-10) yang telah dibentangkan oleh YAB Dato Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang ke enam (Berita Harian, 2010). Bab 5, RMK-10 menegaskan tentang isu Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf dunia (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Dalam rancangan ini, pihak kerajaan akan memastikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiat bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar ke arah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh negara bependapatan tinggi. Sejajar dengan ini, tidak hairanlah isu pendidikan, mempertingkatkan kualiti pelajar khususnya diletakkan dalam salah satu daripada enam bidang keberhasilan negara (NKRA). NKRA menjadi titik tolak dalam usaha menambah baik sistem pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh agar pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

Bab 6 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dilancarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) turut menyentuh tentang pelan transformasi kementerian dalam memartabatkan ICT dalam pendidikan. Untuk gelombang pertama iaitu bermula pada tahun 2013 sehingga 2015, kementerian memfokuskan untuk mempertingkatkan asas ICT. Dalam fasa ini, kementerian akan membina keupayaan ICT berdasarkan asas sedia ada. Keutamaan yang akan diberi termasuk (Kementerian Pelajaran Malaysia 2012, m.s 6-22) :

(i) Memastikan murid dan guru mempunyai akses cukup kepada peralatan ICT.

(ii) Menyediakan sistem pendidikan dengan platform pembelajaran dan jaringan lebar jalur yang mencukupi bagi penggunaan perkhidmatan ICT (iii) Memastikan semua guru mempunyai kompetensi asas dalam ICT.

Langkah awal dalam merealisasikan gelombang pertama ini telah dijalankan iaitu dengan menyediakan infrastruktur untuk jaringan dan landasan pembelajaran melalui 1BestariNet. 1BestariNet merupakan projek yang diusahakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Di bawah projek ini, dijangkakan sepuluh ribu buah sekolah rendah

(21)

4

dan menengah di seluruh negara akan dilengkapi akses Internet 4G dan Persekitaran Pembelajaran Maya atau turut dikenali sebagai Virtual Learning Environment (VLE) pada penghujung 2013. Sambungan internet berkelajuan tinggi dan akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu (Integrated Learning Solution) bertaraf dunia akan menjadi pemangkin kepada penerapan ICT dalam operasi harian kementerian, dan mampu memacu Malaysia ke barisan hadapan inovasi ICT dalam pendidikan. Kementerian akan memastikan semua guru dilatih dan cekap menggunakan VLE menjelang 2015. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.

Untuk mencapai hasrat Kementerian dalam mewujudkan Persekitaran Pembelajaan Maya (VLE), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama YTL Communication telah memperuntukkan lebih dari 1 juta ringgit untuk mendapatkan lesen menggunakan VLE Frog sehingga tahun 2015 daripada syarikat yang membangunkan platfrom ini di United Kingdom. VLE Frog adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja pada bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan menggunakan ID log masuk VLE. Yes merupakan salah sebuah syarikat yang bertanggungjawab untuk membekalkan kemudahan internet kepada pengguna di Malaysia. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

VLE Frog adalah satu sistem berasaskan web yang menyerupai dunia pendidikan sebenar dengan mengintegrasikan pendidikan konvensional dalam persekitaran maya. Sebagai contoh, guru boleh berkongsi maklumat, memberi tugasan, membuat ujian dan menanda tugasan secara maya manakala pelajar pula boleh menyiapkan kerja rumah dan

(22)

5

melihat keputusan mereka melalui VLE. Pihak pentadbir sekolah pula boleh menyusuan atur kalendar aktiviti sekolah untuk dikongsi dengan pelajar, guru dan ibu bapa secara atas talian dan ibu bapa juga boleh melihat perkembangan terkini tentang sekolah secara atas talian di mana jua pada bila-bila masa.

Antara fungsi-fungsi yang disediakan dalam VLE Frog ini adalah :

(i) Akademik

a) Sumber rujukan dan pengisian kandungan

x Guru boleh memuat naik bahan pengajaran untuk kegunaan pelajar.

b) Kolaborasi dan Perkongsian

x Guru boleh saling berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran sesama guru-guru serta pelajar.

c) Tugasan dan semakan elektronik

x Tugasan boleh diberikan secara atas talian kepada pelajar dan guru juga boleh menyemak tugasan yang diberi serta memberi maklumbalas secara atas talian.

(ii) Komunikasi a) Notis

x Pihak sekolah dan guru boleh memuat naik notis pemberitahuan kepada pelajar dan guru secara atas talian.

b) Forum

x Pelajar dan guru boleh membuat perbincangan dengan menggunakan aplikasi forum.

c) Laman Web

x VLE direkabentuk sebagai sebuah laman web untuk dilayari oleh pelajar dan guru bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran.

(23)

6

(iii) Pentadbiran

a) Tempahan sumber rujukan

x VLE menyediakan kemudahan aplikasi tempahan bilik-bilik khas dan peralatan di sekolah untuk mengelakkan pertindanan tempahan.

b) Kalendar

x VLE menyediakan kemudahan aplikasi kalendar untuk membolehkan pentadbir menyusun aktiviti tahunan sekolah.

VLE Frog ini bukan sahaja boleh diakses dengan menggunakan komputer, malah boleh juga dilayari dengan menggunakan sebarang peranti elektronik yang mempunyai jaringan internet seperti telefon bimbit, tablet dan sebagainya. Persekitaran Pembelajaran Maya yang interaktif ini diyakini mampu menarik minat pelajar untuk sentiasa belajar di mana jua pada bila-bila masa. Dengan ini, diharapkan projek ini dapat menjadi salah satu pemangkin untuk mencapai matlamat kerajaan dalam RMK-10 iaitu Membangun dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf dunia.

Kini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) setiap daerah di Malaysia sedang mempergiatkan usaha dalam menyebarkan maklumat tentang VLE Frog ke sekolah-sekolah agar projek ini berjaya dimanfaatkan oleh semua pihak. Guru-guru penyelaras ICT dipanggil untuk menghadiri kursus pengaplikasian VLE Frog yang dikendalikan oleh pihak BTP dan seterusnya mereka bertanggungjawab untuk menyebarkan informasi ini kepada warga sekolah masing-masing melalui kursus dalaman.

(24)

7

1.2 Latarbelakang Masalah

Menurut Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin (2009), pendidikan negara perlu direvolusikan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi membina modal insan yang berfikiran lebih kreatif dan inovatif. Penggunaan ICT diyakini mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik, menjimatkan masa dan mudah diakses di mana sahaja pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, sekiranya pembelajaran sebegini sentiasa diamalkan nescaya budaya cintakan ilmu dapat diterapkan dalam masyarakat Malaysia sekaligus dapat membentuk masyarakat berintelektual.

Menurut Fisher (2003), fenomena pengintegrasian ICT di dalam bilik darjah di negara Barat amat memberangsangkan semenjak 30 tahun yang lalu. Burnett (2010) menyatakan, kanak-kanak pada masa kini dibesarkan dalam textual landscape iaitu mereka terdedah dengan pelbagai cara untuk berinteraksi dan bermain secara aktif dalam persekitaran digital seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia maya. Penggunaan ICT dalam pembelajaran membolehkan pelajar berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif serta mampu mencapai sesuatu ilmu secara kendiri tanpa terlalu bergantung kepada guru dalam pendidikan formal.

Alessi dan Trollip (2001) menyatakan, pengingtegrasian ICT dalam pembelajaran memberikan pelbagai kelebihan iaitu (dipetik daripada Sharifah Nor dan Kamarul Azman, 2011, m.s 27) :

i. pelajar mampu mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

ii. bahan pembelajaran boleh dirangkaikan dengan pelbagai sumber pembelajaran lain di seluruh dunia.

iii. pengurusan dan pengemaskinian bahan pembelajaran menjadi lebih cepat, mudah dan sistematik.

(25)

8

iv. pelbagai bentuk komunikasi boleh digunakan untuk kegunaan guru dan pelajar.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Alessi dan Trollip (2010) tersebut, transformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menyediakan paltform persekitaran pembelajaran maya atau Virtual Learning Environment (VLE) untuk kegunaan semua pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta ibu bapa di seluruh Malaysia ternyata merupakan suatu langkah positif untuk menjadikan pendidikan di Malaysia setaraf dengan pendidikan di negara-negara maju lain. Namun begitu, persoalannya di sini, adakah semua pihak sudah bersedia untuk menyahut cabaran transformasi yang dirancangkan oleh pihak kementerian?

Bagi memastikan kelangsungan perancangan yang dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, beberapa aspek utama perlu diberi perhatian secara terperinci. Isu pertama yang perlu diberi perhatian dalam memastikan projek VLE Frog ini dapat digunakan secara optimum adalah kesediaan dari aspek kelengkapan ICT di sekolah. Semenjak tahun 1999 hingga 2010, pihak Kementerian telah melaburkan lebih kurang RM6 bilion untuk inisiatif ICT dalam pendidikan. Sebanyak RM 2.6 bilion dari dana tersebut diperuntukkan kepada penyediaan makmal komputer tambahan bagi menyokong program PPSMI dan RM2.5 bilion diperuntukkan untuk membina makmal komputer di setiap sekolah. Walaubagaianapun, kajian yang dilaksanakan oleh pihak Kementerian pada tahun 2010 mendapati penggunaan ICT di sekolah adalah terhad. Hampir 80% guru menggunakan ICT kurang daripada 1 jam seminggu dan hanya satu pertiga pelajar menyatakan guru mereka kerap menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut kajian yang dijalankan oleh Yusof Boon dan Sani Ngatimin (2008), tahap penggunaan makmal komputer di sekolah berada pada tahap yang sederhana dan antara masalah utama yang dihadapi dalam penggunaan makmal komputer di sekolah adalah kelewatan penyelenggaraan komputer-komputer yang rosak. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, didapati pihak kementerian sudah mengambil langkah bijak dengan memperuntukkan satu nilai yang besar untuk kelengkapan infrastruktur ICT di sekolah, namun penggunaan ICT di sekolah masih lagi berada di

(26)

9

tahap yang rendah. Walaupun perancangan dan perlaksanaan di peringkat kementerian kelihatan sempurna, namun secara realitinya masih wujud kepincangan dalam proses perlaksanaan di peringkat sekolah yang perlukan penambahbaikan.

Aspek kedua yang perlu diberi keutamaan adalah kesediaan guru dalam mengintegrasikan VLE Frog dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fiskie (1991), penggunaan komputer dapat dimanfaatkan dalam tiga cara iaitu (dipetik daripada Zaidatun dan Lim, 2010, m.s 2) :

i. sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar. ii. sebagai media pengajaran dan pembelajaran.

iii. memudahkah pengurusan maklumat di kalangan guru di sekolah.

Kajian daripada Fiskie ini adalah selari dengan konsep yang cuba diterapkan dalam VLE Frog. Pihak Kementerian melalui Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru Daerah sedang giat melaksanakan kursus penyebaran penggunaan VLE Frog di kalangan guru di sekolah-sekolah agar dapat diimplementasikan di peringkat sekolah. Menurut kajian yang dijalankan oleh Zainuddin (2004), guru dan pelajar mempunyai persepsi yang positif dalam penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan besar dalam menggerakkan pelajar untuk mengintegrasikan pembelajaran dalam persekitaran maya dan sekaligus membudayakan sikap cintakan ilmu dalam kehidupan. Oleh itu, kesediaan guru adalah penting dalam memastikan pelaburan lebih dari RM1 juta oleh pihak kementerian tidak berakhir dengan pembaziran semata-mata.

Seterusnya adalah kesediaan pelajar untuk menyahut cabaran dunia pendidikan pada masa kini yang lebih kepada pembelajaran akses kendiri berbanding kebergantungan kepada guru di bilik darjah semata-mata. VLE Frog yang disediakan oleh pihak kementerian kepada warga sekolah termasuk guru, pelajar dan ibu bapa direka dengan antaramuka yang mesra pengguna dan mudah diakses tanpa perlu pendedahan yang terperinci. Konsep yang digunakan dalam mengaplikasikan VLE Frog

(27)

10

ini adalah sama dengan penggunaan laman sosial lain seperti blogspot dan laman facebook. Menurut Siti Ezaleila dan Azizah (2011), rakyat Malaysia meluangkan purata masa hampir 20 jam seminggu di laman sosial untuk tujuan komunikasi, perkongsian maklumat serta hiburan. Mereka juga bersetuju bahawa laman sosial merupakan satu platform tambahan kepada interaksi luar talian yang biasa digunakan dan diyakini mampu menggantikan komunikasi lain dalam masa terdekat. Menurut Rossafri dan Shabariah (2011), kaedah pembelajaran menggunakan laman sosial iaitu facebook dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Berdasarkan kajian tersebut, sepatutnya tidak wujud masalah yang besar kepada pelajar dari segi kemahiran untuk menggunakan platform pembelajaran maya yang disediakan oleh pihak kementerian ini. Walaubagaimanapun, sejauh mana motivasi pelajar untuk mengakses VLE Frog ini berbanding dengan laman-laman sosial yang lain? Adakah VLE Frog ini mempunyai faktor-faktor yang mampu menarik pelajar untuk menggunakannya dalam meningkatkan ilmu pengetahuan secara akses kendiri?

Perkara terakhir sekali adalah kesediaan ibu bapa dalam mengejar kepesatan perkembangan teknologi agar seiring dengan perkembangan dunia pendidikan yang dirancang untuk generasi baru umumnya dan anak-anak mereka sendiri khasnya. Melalui laman VLE Frog, ibu bapa mampu memantau aktiviti pendidikan anak-anak mereka. Selain itu, VLE Frog akan memudahkan para ibu bapa untuk berkomunikasi dengan pihak sekolah dan mengetahui aktiviti terkini sekolah. Walaupun VLE Frog menyediakan kemudahan yang bermanfaat kepada ibu bapa, namun sekiranya ibu bapa tidak mempunyai peranti elektronik berserta jaringan internet, mereka tidak mampu untuk mengakses kemudahan yang diberi. Selain itu, kemahiran ibu bapa dalam penggunaan ICT juga perlu untuk memastikan VLE Frog dapat digunakan secara optimum oleh mereka sekaligus membolehkan mereka bergerak selari dengan perkembangan pendidikan anak-anak mereka.

(28)

11

1.3 Pernyataan Masalah

Kepesatan perkembangan teknologi menuntut setiap individu untuk menjadi lebih kreatif agar tidak berada di takok lama dan perlu sentiasa bergerak seiring dengannya. Perkembangan teknologi sebenarnya mampu memberi impak yang sangat positif kepada mereka yang pandai mengambil kesempatan terhadap kemudahan yang dibawa. Menyedari hakikat itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah proaktif melalui projek 1BestariNet dalam membekalkan satu platform pembelajaran maya yang dikenali sebagai Virtual Learning Environment, VLE Frog kepada semua sekolah di Malaysia. Namun, terdapat beberapa isu yang perlu diketengahkan dalam mengimplementasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara isu-isu penting yang perlu dikenalpasti adalah cabaran-cabaran utama yang dihadapi oleh guru dalam mengimplementasi VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran. Isu ini perlu dikenalpasti supaya pihak yang berwajib mampu membuat penambahbaikan agar VLE Frog dapat digunakan secara optimum dan mampu membawa kebaikan kepada semua pihak. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengimplementasikan VLE dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.

1.4 Objektif Kajian

Terdapat lima objektif utama yang dikemukakan dalam kajian ini iaitu :

i. Mengkaji persepsi guru terhadap kebergunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TAM dari aspek :

(29)

12

a. tahap kompetensi guru b. infrastruktur ICT

c. motivasi daripada pihak pentadbir d. antaramuka dan navigasi sistem

ii. Mengkaji persepsi guru terhadap kemudahgunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TAM dari aspek kandungan pembelajaran.

iii.Mengkaji sikap guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv.Mengkaji cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru untuk mengaplikasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TAM.

v. Mencadangkan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan guru mengaplikasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang dikemukakan adalah :

i. Apakah persepsi guru terhadap kemudahgunaan VLE Frog dari aspek : a. tahap kompetensi guru?

b. infrastruktur ICT?

c. motivasi daripada pihak pentadbir? d. antaramuka dan navigasi sistem?

(30)

13

ii. Apakah persepsi guru terhadap kebergunaan VLE Frog dari aspek kandungan pembelajaran?

iii.Apakah sikap guru terhadap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv.Apakah cabaran utama yang dihadapi oleh guru-guru untuk mengaplikasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TAM

v. Apakah langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menggalakkan guru mengaplikasikan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Kepentingan Kajian

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan lebih dari RM1 juta untuk mendapatkan lesen bagi menggunakan VLE Frog ini kepada semua warga sekolah di seluruh Malaysia. Dapatan kajian ini adalah penting sebagai ukuran sejauh mana kejayaan pengaplikasian VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang diharapkan oleh pihak kementerian. Dapatan kajian ini diharap dapat :

i. memberi cadangan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membuat penambahbaikan dalam perlaksanaan VLE Frog agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan warga sekolah.

(31)

14

ii. memberi cadangan kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri tentang cabaran dan keperluan fizikal yang diperlukan oleh warga sekolah untuk mengaplikasikan VLE Frog di sekolah.

iii.memberi cadangan kepada pihak sekolah dan Pusat Kegiatan Guru untuk mengambil langkah yang perlu bagi mendedahkan penggunaan VLE Frog kepada semua pihak yang terlibat.

1.7 Skop Kajian

Kajian ini dilaksanakan dalam kalangan guru di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Kajian ini terhad di peringkat sekolah sahaja. Rasional kajian ini berfokus di sekolah kerana perlaksanaan VLE Frog ini disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia secara percuma kepada warga sekolah sahaja. Kajian ini hanya akan memfokuskan tentang cabaran yang dihadapi oleh guru sahaja memandangkan guru merupakan penggerak utama pengimplementasian VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran.

Responden terdiri daripada guru-guru yang pernah menggunakan VLE Frog sekurang-kurangnya sekali. Signifikan memilih responden yang terdiri daripada guru adalah kerana mereka adalah pihak yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan VLE Frog ini.

(32)

15

1.8 Rumusan

Bab ini memberikan gambaran awal tentang kajian yang akan dilakukan. Pengaplikasian VLE Frog memerlukan pembabitan pelbagai pihak seperti pihak kementerian, pihak pentadbiran sekolah, guru dan pelajar agar ia dapat digunakan secara optimum sekaligus dapat meningkatkan mutu pendidikan negara. Kajian akan memfokuskan aspek-aspek kesediaan kamudahan ICT, kesediaan guru, pelajar dan ibu bapa. Kajian akan dilaksanakan di sekolah-sekolah di kawasan Skudai dan membabitkan responden yang terdiri daripada guru, pelajar dan ibu bapa. Kajian ini juga akan cuba menyenaraikan segala kelemahan dalam perlaksanaan VLE Frog dan cadangan penambahbaikan yang dapat dilakukan agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan semasa pengguna.

Bab 2 pula akan membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang telah dijalankan berkenaan dengan ‘Virtual Learning Environment’ di seluruh dunia. Berdasarkan kajian lepas, pengkaji akan membandingkan tahap penggunaan VLE di luar negara dan masalah-masalah yang sering dihadapi untuk dijadikan panduan kepada penggunaan VLE dalam sistem pendidikan negara Malaysia memandangkan VLE ini masih baru disini.

Bab 3 akan membincangkan tentang kaedah yang akan digunakan dan kekangan yang dihadapi sepanjang kajian. Kaedah kajian, sampel kajian dan kaedah pemprosesan data akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab ini.

Bab 4 akan menyatakan dapatan kajian. Perbincangan lanjut, rumusan kepada dapatan kajian dan cadangan penambahbaikan agar VLE Frog ini dapat digunakan secara optimum oleh semua pihak akan dibuat dalam bab 5.

Referensi

Dokumen terkait

Mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam menyediakan bakal pendidik bersedia untuk menerima dan patuh kepada arahan penempatan yang diarahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) atau Kementerian

Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia oleh ketua panitia dan setiap

Kajian yang dijalankan berdasarkan model CIPP oleh Stufflebeam (1967) untuk melihat bagaimana program yang dirancang untuk DPLI dapat menepati keperluan dalam menyediakan Standard

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan Modul Transformasi Kepimpinan Diri Pelajar Luar Kampus (TKDPLK) dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP),

a) Kajian ini diharap dapat dijadikan sebagai maklum balas kepada jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan tahap

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008) Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dengan jelas menyatakan bahawa proses pendidikan merupakan satu usaha

Hasil kajian menunjukkan amalan pengajaran guru KBD di SABK negeri Selangor menggunakan aplikasi VLE Frog mempunyai potensi yang positif berikutan tahap kesediaan guru dan