• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Hipokolesterolemik Buah-Buahan Tempatan Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan Hipokolesterolemik Buah-Buahan Tempatan Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KESAN HIPOKOLESTEROLEMIK BUAH-BUAHAN TEMPATAN

DALAM MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT

KARDIOVASKULAR

FADHILAH BT LAMUN @ JAILANI

(2)

KESAN IDPOKOLESTEROLEMIK BUAH-BUAHAN TEMPATAN DALAM MENGURANGKAN RISIKO PENY AKIT KARDIOV ASKULAR

FADIDLAH BT LAMUN @ JAILANI

MASTER SAINS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 2003

(3)

KESAN HIPOKOLESTEROLEMIK BUAH-BUAHAN TEMPATAN DALAM MENGURANGKAN FAKTOR RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR

Oleh

F ADHILAH BT LAM UN @ JAILANI

Tesis ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia, Sebagai Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Master Sains

(4)

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Master Sains

KESAN HIPOKOLESTEROLEMIK BUAH-BUAHAN TEMPATAN DALAM MENGURANGKAN F AKTOR RlSIKO PENY AKIT KARDIOV AS KULAR

Oleh

FADIDLAH BT LAMUN @ JAILANI April 2003

Pengerusi: Rokiah Mohd Yusof, Ph.D. Fakulti: Perubatan dan Sains Kesihatan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih daripada lima hidangan sehari dicadangkan oleh

American Heart Association

berdasarkan kandungan mikronutrien, antioksidan, fitokimia dan fiber diet yang terdapat di dalamnya. Kajian-kajian lepas telah membuktikan pengambilan buah-buahan mempunyai perkaitan songsang dengan kejadian penyakit kronik terutarnanya penyakit kardiovaskular. Objektif utarna kajian ini adalah untuk menganalisis komposisi nutrien dan aktiviti antioksidan serta mengkaji potensi hipokolesterolemik buah-buahan tempatan iaitu jambu batu

(Psidium guajava L.),

betik

(Carica papaya L.)

dan nenas

(Ananas comosus L.)

dalam mengurangkan faktor risiko penyakit kardiovaskular secara

in vivo

dan klinikal. Sebanyak 8 1 ekor tikus

Sprague Dawley

jantan telah dibahagikan sarna banyak kepada sembilan kumpulan dalarn kajian

in

vivo.

Pada minggu pertarna kajian lapan daripada sembilan kumpulan tersebut telah diaruh hiperkolesterolemia dengan menarnbah 1 % kolesterol dan 0. 1 % asid kolik dalam diet masing-masing. Kumpulan tikus yang tidak diaruh hiperkolesterolemia dijadikan sebagai kumpulan kawalan normal dan satu kumpulan tikus yang telah

(5)

diaruh dijadikan sebagai kumpulan kawalan hiperkolesterolemik. Kedua-dua kumpulan ini diberi diet 9% selulosa bagi mengesahkan model hiperkolesterolemik. Empat minggu seterusnya, lima kumpulan tikus diberi rawatan jambu batu yang mengandungi dos fiber berlainan iaitu 3%, 6%, 9%, 12% dan 15%. Manakala dua kumpulan tikus lain diberi rawatan fiber daripada buah betik dan nenas pada dos 9%. Profil lipid serum dan berat badan dipantau sepanjang lima minggu kajian dijalankan. Bagi kajian klinikal pula, seramai 42 orang subjek hiperkolesterolemia (5.4 - 6.4 mmolll) telah dipilih untuk mengikuti kajian ini secara sukarela. Kajian berbentuk

crossover trial

ini dijalankan selama sembilan minggu termasuk satu minggu berehat. Responden diberi diet rawatan sebanyak 400g buah jambu batu (n=29) atau buah betik (n=13) dan tiada sebarang suplemen diberi semasa minggu kawalan. Profil lipid, aktiviti antioksidan, tekanan darah dan berat badan dipantau sepanjang kajian (minggu 0, 4, 5 dan 9). Basil kajian menunjukkan jambu batu sangat kaya dengan asid askorbik (159.64mg) dan fiber diet (5.8g) dalam setiap 100g berat basah berbanding buah betik dan nenas

(p<O.Ol).

Sumber terbaik beta karotena adalah buah betik iaitu sebanyak 1255.7ug/100g berat basah. Kandungan mineral seperti kalsium, ferum, zink dan magnesium adalah sangat tinggi di dalam buah nenas berbanding buah-buahan yang lain

(p<O.Ol).

Basil kajian menunjukkan aktiviti antioksidan ekstrak akues buah nenas (81.7%) lebih tinggi daripada jambu batu (66.1 %) dan betik (25.6%)

(p<O.Ol).

Kesemua diet rawatan yang diberi telah berjaya menunjukkan potensi kesan hipokolesterolemik dengan menurunkan paras kolesterol dan lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) secara signifikan berbanding kumpulan kawalan hiperkolesterolemik

(p<O.Ol).

Bagi rawatan dos jambu batu, kumpulan 3% telah menunjukkan peratus penurunan paras kolesterol tertinggi iaitu sebanyak 33.7% manakala kumpulan rawatan dos jambu batu 15% mengalami

(6)

penurunan LDL paling tinggi iaitu 50.5% berbanding minggu awal kajian. Antara ketiga-tiga jenis buah-buahan tempatan, nenas menunjukkan peratus penurunan paling tinggi iaitu 54% bagi paras kolesterol dan LDL pula sebanyak 61 %. Walau bagaimanapun tiada perbezaan yang signifikan bagi perubahan paras kolesterol dan LDL antara pemberian rawatan dos jambu batu dan ketiga-tiga jenis buah-buahan tempatan. Hasil kajian klinikal mendapati selepas menjalani rawatan buah jambu batu dan betik paras kolesterol turun dengan signifikan iaitu sebanyak 18.8% dan 19.2% masing-masing berbanding minggu awal kajian (p<0.01). Manakala paras LDL pula menurun secara signifikan sebanyak 19.4% bagi kumpulan jambu batu dan 23.3% bagi kumpulan betik berbanding minggu awal kajian (p<0.01). Paras lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) juga didapati menurun bagi kedua-dua kumpulan tetapi hanya signifikan bagi kumpulan jambu batu iaitu 1.38 mmolll pada minggu rawatan berbanding 1.60 mmolll pada minggu kawalan. Pemberian buah jambu batu dan betik tidak memberi kesan yang signifikan ke atas paras trigliserida, aktiviti antioksidan, tekanan darah dan berat badan sepanjang kajian dijalankan. Walau bagaimanapun tiada sebarang perbezaan yang signifikan di antara kesan kedua-dua pengambilan buah-buahan ini sebagai rawatan. Kesimpulan daripada hasil kajian ini mencadangkan bahawa buah-buahan tempatan seperti jambu batu, betik dan nenas sangat berpotensi sebagai suplemen dalam diet untuk merendahkan paras lipid seterusnya mengurangkan risiko kejadian penyakit kardiovaskular jika dimakan pada amaun yang mencukupi bagi keperluan tubuh.

(7)

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fulfilment of the requirement for the degree of Master of Science

THE HYPOCHOLESTEROLEMIC EFFECT OF LOCAL FRUITS IN REDUCING THE RISK FACTORS OF CARDIOVASCULAR DISEASE

By

FADHILAH BT LAMUN @ JAILANI April 2003

Chairman: Rokiah Mohd Yusof, Ph.D. Faculty: Medicine and Health Sciences

The American Heart Association recommended a diet that include more than five servings of fruits and vegetables daily. It is based on the belief that fruit and vegetables intakes may reduce cardiovascular disease through the beneficial combination of micronutrient, antioxidants, phytochemicals and dietary fiber in these foods. Recent studies have indicated a relationship between fruit intake and various chronic diseases especially cardiovascular disease. The present study therefore designed to determine the nutrient composition, antioxidant activity and hypocholesterolemic potential of local fruits such as guava

(Psidium guajava L.),

papaya

(Carica papaya L.)

and pineapple

(Ananas comosus L.)

in reducing the risk factors of cardiovascular disease. Eighty ones male

Sprague Dawley

rats were randomly assigned into nine groups. Hypercholesterolemia was induced in eight of the nine groups of rats by adding 1 % cholesterol and 0.1 % cholic acid to the treatment diet. To verify the hypercholesterolemic model two cellulose diet were compared: one with cholesterol and cholic acid diet (hypercholesterolemic control) and one without (normal control). There were five different dose of guava fiber

(8)

given to the treatment groups of rats for the following four weeks (3%, 6%, 9% 12% and 15%). The other two groups of rats were fed a diet containing 9% of pineapple and papaya fiber. Lipid profile and body weight were monitored during the study. For human clinical trial forty-two hypercholesterolemic subjects were selected based on health screening and willingness to eat guava and papaya for four weeks. The experimental design used was crossover trial and was conducted for nine weeks including one week rest. Subjects were given 400g guava (n=29) or papaya (n=13) per day for four weeks and following with no supplementation the next four weeks with one week rest in between study period. Lipid profiles, total antioxidant activity, blood pressure and body weight were recorded at weeks 0, 4, 5 and 9. It was found that guava has 159.64mg ascorbic acid and 5.8g total dietary fiber in 100g fresh fruits and the value was significantly higher than other local fruits (p<0.01). Papaya is a good source of p-carotene (1255.7j.lg/100g). The highest values for calcium, iron, zinc and magnesium were found in pineapple as compared to papaya and guava (p<0.01). Results showed that the aqeous extract of pineapple (81.7%) had higher antioxidant activity compared to guava (66.l %) and papaya (25.6%) (p<0.01). Results showed that the level of total cholesterol and low density lipoprotein (LDL) in all treatment groups reduced significantly as compared to hypercholesterolemic control group (p<0.01). The 3% showed a significant reduction with changes about 33.7%. While group fed with 15% diet showed a significant reduction in LDL with maximum reduction of 50.5% at the end of the study. It was found that pineapple had the highest reduction for total cholesterol (54%) and LDL (61%). However, there is no significant difference for total cholesterol and LDL level between five different doses of guava fiber and three different local fruits. Results indicated that after supplementing guava or papaya in

(9)

the diet, the level of total cholesterol reduced significantly about 18.8% (guava) and 19.2% (papaya) respectively as compared with the baseline level (p<0.01). LDL level reduced significantly at 19.4% (guava) and 23.3% (papaya) as compared with the baseline level. The high density lipoprotein (HDL) for the two groups reduced significantly for the guava group during treatment week by 1.38 ± 0.08mmolll as compared with 1.60 ± 0.09mmolll during control weeks. S upplementation of guava or papaya did not give any significant difference on the triglyceride level, total antioxidant activity, blood pressure and body weight. However, there was no significant difference between the two supplemented fruits. In conclusion, this study suggests that local fruits such as guava, papaya and pineapple have the potential in lowering lipid levels thus may reduce cardiovascular disease if consumed in appropriate amount in the diet.

(10)

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T., selawat dan salam bagi junjungan kita Nabi Muhammad S.a.w. serta keluarga dan para sahabatnya sekalian. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan daya dan izin-Nya maka dapatlah saya menyiapkan tesis ini dengan sebaiknya. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Dr Rokiah Mohd Yusof, Prof Madya Dr Asmah Rahmat dan Prof Madya Dr Zaitun Yassin di atas kesudian membimbing dan menyelia dengan penuh kesabaran serta tanpa rasajemu.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan terutamanya Pn Siti Muskinah, En Simon, Pn Noraina, Pn Rohana, En Zhahir Hussain, Pn Maznah, En Abidin dan En Jamal kerana telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Prof Madya Dr Zarida Hambali dan Pn Safarina dari Jabatan Sains Makmal Klinikal kerana sudi membantu dan menunjukajar dalam menganalisis ujian biokimia menggunakan mesin Cobas MIRA.

Setinggi-tinggi penghargaan buat En Abd. Malek Mohd Noor dan kakitangan, En Mohd Ali Haron dan kakitangan, En Ariffin Abd Wahab dan kakitangan, En Saidinar dan kakitangan juga En Wan Muhamad Bakar dan kakitangan di atas keIjasama, pertolongan serta bimbingan yang diberikan semasa menjalankan kajian di Felda Mempaga, Karak, Pahang. Begitu juga kepada En Mohd Mokhtiar Yaakob dan Pn Hasmah Ishak sekeluarga serta En Mohamad Veeran Kutty kerana telah sudi menumpangkan rumah beliau serta membantu saya ketika menjalankan kajian ini. Tidak lupa juga pada responden-responden yang

(11)

telah melibatkan diri, jutaan terima kasih diucapkan di atas segala keIjasama dalam menjayakan kajian ini.

Ucapan terima kasih ini juga saya tuj ukan buat keluarga dikasihi terutamanya bapa saya, Hj J ailani b Abd Rahman, yang sentiasa memberi dorongan dan semangat sepanjang tempoh pengajian di UPM. Buat sahabat-sahabat saya, Feza, Kak Susi, Siti, Kak Zai, Kak Ros, Abang Herman, Hasral, Zuhairi, Shikin, Shashi dan rakan-rakan sepeIjuangan lain yang telah banyak memberi semangat, galakan serta tunjuk ajar sepanjang pengajian di sini tidak akan saya lupakan. Tidak lupa j uga penghargaan buat Pn Abdah dan Pn Rabeta.

Jutaan terima kasih buat Pn Zahrah Hj Talib di atas bantuan serta tunjuk ajar beliau dalam menganalisis data-data kajian ini. Begitu j uga kepada Yayasan Jantung Malaysia di atas pemberian anugerah penyelidikan pada tahun 2001.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan penghargaan ini kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kajian ini.

(12)

Saya mengesahkan bahawa Jawatankuasa Pemeriksa bagi Fadhilah Lamun

@

Jailani telah mengadakan pemeriksaan akhir pada 14hb. Mac 2003 untuk menilai tesis Master Sains beliau yang bertaj uk "Kesan Hipokolesterolemik Buah-buahan Tempatan Dalam Mengurangkan Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular" mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan-Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanj utan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahkan ijazah tersebut. Anggota J awatankuasa Pemeriksa adalah seperti berikut:

Dato' Abdul Salam Abdullah, Ph.D.

Profesor

Jabatan Pengajian Klinikal Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)

Rokiah Mohd Yusof, Ph.D.

Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

Zaitun Yassin, Ph.D.

Profesor Madya

J abatan Pemakanan dan Sains Kesihatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

Asmah Rahmat, Ph.D.

Profesor Madya

J abatan Pemakanan dan Sains Kesihatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

A'-C:LILAUAAT ALI, Ph.D. Profesor / Timbal Dekan

Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia Tarikh:

rr

0 APR 2003

(13)

Tesis ini telah diserahkan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat-syarat keperluan untuk Ijazah Master Sains. Anggota

J awatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:

Rokiah M ohd Yusof, Ph.D.

J abatan Pemakanan dan Sains Kesihatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia

(pengerusi)

Zaitun Yassin, Ph.D. Profesor Madya

J abatan Pemakanan dan Sains Kesihatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

Asmah Rahmat, Ph.D. Profesor Madya

J abatan Pemakanan dan Sains Kesihatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia

(Ahli)

AINI IDERIS, Ph.D. Profesor / Dekan,

Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia.

Tarikh:

t12

JUN 2003

(14)

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tesis ini adalah basil keIja saya yang asli kecuali petikan dan sedutan yang telah diberi penghargaan di dalam tesis. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak dimajukan untuk ijazah-ijazah lain di Universiti Putra Malaysia atau di institusi-institusi lain

FADHlLAH BT LAMUN @ JAlLANI

Tarikh: 4- APRiL 1.003

(15)

JADUAL KANDUNGAN ABSTRAK ABSTRACT PENGHARGAAN SURAT PENGESAHAN SURAT PENGAKUAN JADUAL KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH DAFTAR ISTILAH BAB 1 PENDAHULUAN Latarbelakang Kajian Kepentingan Kajian Objektif Kajian Objektif Am

Obj ektif Khusus

2 SOROTAN LITERATUR

Pengenalan Atherosklerosis Lipid dan Lipoprotein

Pengaruh Kolesterol Ke Atas Penyakit Kardiovaskular Fiber Diet

Fiber Diet Dalam Pencegahan dan Rawatan Penyakit Kesan Fiber Ke Atas Paras Lipid

Mekanisme Fiber Dalam Menurunkan Kolesterol Serum Radikal Bebas

Antioksidan

Vitamin Antioksidan

Antioksidan Dalam Pencegahan dan Rawatan Penyakit Buah-Buahan dan Kepentingan Terhadap Kesihatan

Jambu Batu Betik Nenas

3 KOM POSISI NUTRIEN DAN AKTIVITI ANTIOKSIDAN

Pengenalan Metodologi

Penyediaan Sampel Analisis Proksimat

Analisis Vitamin Antioksidan

M uka surat 11 V Vlll X XlI Xlll XVl XVlll XXl 1 6 8 8 9 10 13 21 23 25 26 29 30 34 35 39 43 44 48 50 53 54 56 57 Xlll

(16)

Penentuan Mineral 58

Penentuan Fiber Diet Larut, Fiber Diet Tak Larut dan Jumlah 59

Fiber Diet

Asai Aktiviti Antioksidan 61

Analisis Statistik 63

Hasil dan Perbincangan

Komposisi Nutrien 64 Aktiviti Antioksidan 68 Kesimpu1an 72 4 KAJIAN IN VIVO Pengena1an 74 Objektif Khusus 75 Hipotesis Kajian 76 Metodologi Haiwan 77

Kumpu1an dan Diet Rawatan 78

Penyediaan Diet Rawatan 81

Analisis Profil Lipid 82

Ana1isis Statistik 85

Hasil dan Perbincangan

Berat Badan Tikus 86

Model Hiperkolestero1emik: Paras Profil Lipid (Jumlah Kolesterol, Trigliserida, HDL, LDL) Serum Sebelum dan Selepas Rawatan

Paras Jum1ah Kolesterol Serum 88

Paras Trigliserida Serum 88

Paras HDL Serum 90

Paras LDL Serum 90

Perbandingan Paras Profil Lipid Serum 92

Dos Fiber Jambu Batu: Paras Profil Lipid (Jumlah Kolesterol, Trigliserida, HDL, LDL) Serum Sebelum dan Selepas Rawatan

Paras Jum1ah Kolesterol Serum 94

Paras Trig1iserida Serum 97

Paras HDL Serum 99

Paras LDL Serum 102

Fiber Buah-Buahan Tempatan: Paras Profil Lipid (Jumlah Kolestero1, Trigliserida, HDL, LDL) Serum Sebelum dan Selepas Rawatan

Paras Jumlah Ko1esterol Serum 105

Paras Trigliserida Serum 108

Paras HDL Serum 110 Paras LDL Serum 113 Nisbah LDL:HDL 116 Kesimpulan 118 5 KAJIAN KLINIKAL Pengenalan 119

Obj ektif Khusus 120

Hipotesis Kajian 120

Metodologi

Lokasi dan Pemilihan Responden 121

(17)

Diet dan Rekabentuk Kajian Pengumpulan dan Analisis Plasma Pengumpulan Data

Instrumen Kajian Analisis Statistik Hasil dan Perbincangan

Latar Belakang Responden

Kekerapan Pengambilan Makanan Rekod Diet 24 Jam

Aktiviti Fizikal (Penggunaan Tenaga)

Paras Profil Lipid dan Aktiviti Antioksidan Plasma Tekanan Darah dan Berat Badan

Kesimpulan

6 PERBINCANGAN DAN KESIM PULAN

Perbincangan dan Kesimpulan Cadangan BIBLIOGRAFI LAM PIRAN VITA 122 123 126 128 130 131 135 140 143 145 153 156 157 166 168 184 204 xv

(18)

Jadual 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 3.1 3.2 4.1 4.2 4.3 4.4 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 SENARAI JADUAL

Ciri-ciri dan fungsi lipoprotein plasma Profil lipid darah yang disyorkan Kandungan nutrien dalam jambu batu

Kandungan nutrien dalam betik Kandungan nutrien dalam nenas

Kandungan nutrien dalam buah j ambu batu, betik dan nenas (bahagian yang boleh dimakan)

Peratus aktiviti antioksidan ekstrak buah-buahan terpilih Kumpulan tikus dan perlakuan diet

Penyediaan diet rawatan

Berat badan tikus kumpulan kawalan dan rawatan sepanjang minggu kajian

Perbandingan nisbah LDL:HDL pada minggu 0 dan minggu 4 bagi kesemua kumpulan tikus kawalan dan rawatan

Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang dikategorikan oleh WHO

(1995)

Maklumat demografi dan sosioekonomi responden Ciri -ciri fizikal responden

Skor kekerapan pengambilan makanan responden kumpulan A

Skor kekerapan pengambilan makanan responden kumpulan B

Purata pengambilan nutrien responden pada minggu rawatan dan kawalan

Purata penggunaan tenaga bagi responden pada minggu rawatan dan kawalan berdasarkan aktiviti fizikal yang dilakukan Muka surat 19 23 47 49 51 65 70 79 81 87 117 127 132 134 136 137 141 144 XVI

(19)

5.8

5.9

6.1

C-l

D-l

Paras profil lipid dan aktiviti antioksidan plasma serta tekanan darah dan berat badan pada setiap minggu kajian bagi kumpulan rawatan buah jambu batu (A) dan betik (B) Perubahan paras profil lipid dan aktiviti antioksidan plasma serta tekanan darah dan berat badan pada setiap minggu kajian bagi kumpulan rawatan buah jambu batu (A) dan betik (B)

Perbandingan paras profil lipid bagi kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan hiperkolesterolemik pada minggu ke empat kajian

Perbezaan berat tikus pelbagai rawatan pada minggu 0

berbanding minggu 4

Purata profil lipid bagi setiap kumpulan tikus sepanjang minggu kajian 146 147 160 186 184 XVll

(20)

Rajah 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 3.1 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7 SENARAI RAJAH Pembentukan atherosklerosis

Teori multifaktorial pembentukan atherosklerosis

Sumber (endogenus dan eksogenus) dan kesan radikal bebas ke atas tubuh manusia

Struktur kimia vitamin A Struktur kimia vitamin C Struktur kimia vitamin E

Perubahan nilai absorbans bagi ekstrak buah-buahan, kawalan dan vitamin E bagi setiap minit inkubasi menggunakan kaedah sistem model �-karotena dan asid linoleik

Paras jumlah kolesterol bagi kumpulan kawalan (K) dan kawalan hiperkolesterolemik (KH) sebelum dan selepas rawatan

Paras trigliserida bagi kumpulan kawalan (K) dan kawalan hiperkolesterolemik (KH) sebelum dan selepas rawatan Paras HDL-kolesterol bagi kumpulan kawalan (K) dan kawalan hiperkolesterolemik (KH) sebelum dan selepas rawatan

Paras LDL-kolesterol bagi kumpulan kawalan (K) dan kawalan hiperkolesterolemik (KH) sebelum dan selepas rawatan

Peratus perubahan profil lipid bagi kumpulan kawalan (K) dan kawalan hiperkolesterolemik (KH) pada minggu 4

berbanding minggu 0

Paras jumlah kolesterol bagi kumpulan kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan dos jambu batu sebelum dan selepas rawatan

Peratus perubahan paras jumlah kolesterol bagi kumpulan kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan dos jambu batu pada minggu 4 berbanding minggu 0

Muka surat 12 14 32 36 38 39 70 89 89 91 91 93 95 95 XVlll

(21)

4.8 Paras trigliserida bagi kumpulan kawalan 98

hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan dos jambu batu sebelum dan selepas rawatan

4.9 Peratus perubahan paras trigliserida bagi kumpulan 98

kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan dos jambu batu pada minggu 4 berbanding minggu 0

4. 1 0 Paras HDL-kolesterol bagi kumpulan kawalan 1 00

hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan dos jambu batu sebelum dan selepas rawatan

4. 1 1 Peratus perubahan paras HDL-kolesterol bagi kumpulan 1 00

kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan dos jambu batu pada minggu 4 berbanding minggu 0

4. 12 Paras LDL-kolesterol bagi kumpulan kawalan 1 03

hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan dos j ambu batu sebelum dan selepas rawatan

4. 1 3 Peratus perubahan paras LDL-kolesterol bagi kumpulan 1 03

kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan dos jambu batu pada minggu 4 berbanding minggu 0

4. 1 4 Paras jumlah kolesterol bagi kumpulan kawalan 1 06

hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan buah-buahan terpilih (JB=jambu batu, BE=betik, NE=nenas)

sebelum dan selepas rawatan

4. 1 5 Peratus perubahan paras jumlah kolesterol bagi kumpulan 1 06

kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan buah-buahan terpilih (JB=jambu batu, BE=betik,

NE=nenas) pada minggu 4 berbanding minggu 0

4. 1 6 Paras trigliserida bagi kumpulan kawalan 1 09

hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan buah-buahan terpilih (JB=jambu batu, BE=betik, NE=nenas) sebelum dan selepas rawatan

4. 1 7 Peratus perubahan paras trigliserida bagi kumpulan 1 09

kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan buah-buahan terpilih (JB=jambu batu, BE=betik, NE=nenas) pada minggu 4 berbanding minggu 0

(22)

4. 1 8 4. 1 9 4.20 4.21 5 . 1 A-I J-l

Paras HDL-kolesterol bagi kumpulan kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan buah­ buahan terpilih (JB=jambu batu, BE=betik, NE=nenas) sebelum dan selepas rawatan

Peratus perubahan paras HDL-kolesterol bagi kumpulan kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan buah-buahan terpilih (JB=jambu batu, BE=betik, NE=nenas) pada minggu 4 berbanding minggu 0

Paras LDL-kolesterol bagi kumpulan kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan buah­ buahan terpilih (JB=jambu batu, BE=betik, NE=nenas) sebelum dan selepas rawatan

Peratus perubahan paras LDL-kolesterol bagi kumpulan kawalan hiperkolesterolemik (KH) dan kumpulan rawatan buah-buahan terpilih (JB=jambu batu, BE=betik, NE=nenas) pada minggu 4 berbanding minggu 0

Ringkasan penerangan bagi rekabentuk dan prosedur pengumpulan data

Gambar buah-buahan tempatan yang dikaji

Carta bar bagi paras profil lipid, aktiviti antioksidan, tekanan darah dan berat badan sepanjang kajian bagi kumpulan rawatan jambu batu dan betik

1 1 1 1 1 1 1 14 1 14 1 24 1 84 200 xx

(23)

AAS ABTS ACAT EDTA FRAP HCI HDL HMG CoA reduktase HPLC HSDA IDL LCAT LDL NaCl TPTZ VLDL D AFT AR ISTILAH

Spektrofotometri penyerapan atom

2,2' -azino-bis-(3-ethylbenzthiazoline-6-sulfonic acid) Asilkoenzim A: kolesterol asil transferase

Asid etilendiamintetraasetat Ferric Reducing Ability of Plasma Asid hidroklorik

Lipoprotein ketumpatan tinggi 3-hidroksi-3metilglutaril koenzim A Kromatografi cecair perlaksanaan tinggi

N-(2-hydroxy-3-sulfopropyl)-3,5-dimethoxyaniline Lipoprotein ketumpatan sederhana

Lesitin kolesterol asil trasnferase Lipoprotein ketumpatan rendah Natrium klorida

2,4,6-tripiridil-s-triazine

Lipoprotein ketumpatan sangat rendah

(24)

BABl PENDAHULUAN

Latarbelakang Kajian

Malaysia, negara yang sedang membangun, telah mengalami perubahan corak penyakit. Suatu masa dahulu, masalah utama kesihatan adalah penyakit berjangkit terutamanya yang berkaitan dengan sanitasi yang tidak memuaskan dan status ekonomi serta pemakanan yang rendah. Kini, penyakit tersebut semakin berkurangan dan telah digantikan dengan penyakit kronik yang tidak berjangkit. Ianya sering dikaitkan dengan faktor gaya hidup seperti diet, merokok, tekanan dan gaya hidup sedentari (Narimah,1993).

Kemajuan yang dicapai terutamanya daripada segi pembangunan ekonomi telah meningkatkan pendapatan penduduk. Peningkatan pendapatan ini telah membawa kepada perubahan yang ketara pada tabiat diet dan cara gaya hidup populasi. Wahlqvist ( 1 99 1 ) menyatakan terdapat perkaitan yang signifikan di antara penyakit akibat pemakanan dengan komuniti, masa, taraf pendidikan dan faktor

sosioekonomi. Peningkatan taraf pendidikan dan faktor sosioekonomi secara tidak langsung mengubah corak pemilihan makanan. Pengambilan makanan populasi kini lebih tinggi kepada lemak dan gula serta rendah karbohidrat kompleks. Secara tidak langsung, tabiat ini membawa kepada masalah kesihatan seperti kegemukan, diabetes, hipertensi dan penyakit jantung.

(25)

Penyakit sistem peredaran mengetuai punca kematian di negara ini sejak awal 1 970an terutamanya penyakit kardiovaskular. Menurut Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia (1 999), jumlah kes kemasukan ke hospital kerajaan akibat penyakit kardiovaskular telah meningkat daripada 77. 10 per 1 00,000 populasi pada tahun 1 987 kepada 1 58.58 per 100,000 populasi pada tahun 1997. Pada tahun 1 997, penyakit sistem peredaran merupakan penyebab utama yang keempat kemasukan ke hospital keraj aan. Statistik menunjukkan kadar kematian penyakit jantung iskemik di hospital kerajaan sahaja adalah sebanyak 1 0.34 per 100, 000 populasi. Sekiranya tiada langkah intervensi yang serius dijalankan, kadar ini mungkin akan terus meningkat pada tahun-tahun yang akan datang.

Penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung danJatau salur darah. Kebanyakannya berkait dengan gangguan degeneratif atau berkaitan dengan diet atau gaya hidup. Oleh itu, kajian ini lebih menumpukan kepada penyakit jantung koronari. Tambahan lagi, penyakit ini menunjukkan peningkatan di kalangan penduduk Malaysia. Penyakit jantung koronari terjadi apabila j antung gagal berfungsi secara normal. Penyakit ini akan terjadi dalam keadaan yang berbeza iaitu angina pektoris, infarksi miokardium,

kegagalan kardiak, ritma jantung tidak teratur dan kematian secara tiba-tiba

(Narimah, 1 993).

Terdapat banyak faktor risiko yang mengakibatkan penyakit jantung koronari termasuklah jantina, umur, genetik, tabiat merokok, gaya hidup sedentari, tekanan, diabetes, hipertensi, obesiti dan dislipidemia. Namun begitu, sebahagian daripada faktor risiko ini dipengaruhi oleh faktor pemakanan. Oleh itu, us aha pencegahan

Gambar

Gambar buah-buahan tempatan yang dikaji

Referensi

Dokumen terkait

Kemudian pada tanggal 6 April 2015, pemerintah telah menerbitkan Peraturan Pemerintah (PP) No 20 tahun 2015 tentang Praktik Akuntan Publik Akuntan Publik yang merupakan

Pemerintah Provinsi dan/ atau Pemerintah Kabupaten/ Kota dapat melakukan pemantauan secara berkala dan / atau sewaktu-waktu terhadap perkembangan pelaksanaan program /

Urguhart dan Mcgroarty (2014) dalam penelitiannya mengenai anomali menyatakan bahwa Adaptive market hypothesis lebih dapat menjelaskan eksistensi kinerja anomali

sekolah/madrasah di Provinsi Daerah Khusus Ibukota Jakarta yang bersumber dari Anggaran Pendapatan dan Belanja Daerah Tahun Anggaran 2016, perlu dilakukan penetapan hasil

Berdasarkan studi tektonika yang dilakukan Frampton, tektonika juga memiliki relasi dengan maksud dari bangunan, yaitu maksud dari distribusi ruang, maksud dari konstruksi, dan

Bukit Asam Tbk yang terkait dalam urusan perjalanan dinas sopir, sehingga akan tercipta sebuah system computer yang bisa melakukan tugas-tugas yang di... Dokumen inilah

Hasil kajian menunjukkan bahwa untuk mengatasi masalah pasokan batubara untuk PLTU Suralaya unit 1-4, sistem blending dapat dilakukan antara batubara peringkat rendah (lignit)

Dari penelitian yang dilakukan oleh Sari (2012) dengan judul “ Pengaruh Kepemimpinan, Motivasi, dan Stres Kerja Terhadap Kinerja Karyawan Pada Bank Syariah Mandiri Kantor