• Tidak ada hasil yang ditemukan

Interaksi intelektual Islam antara Teren

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Interaksi intelektual Islam antara Teren"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Interaksi intelektual Islam antara Terengganu dan Patani

dalam memperkasakan pentadbiran negeri

oleh  Zakaria bin Mustaffa  ACIS, UiTM PUNCAK ALAM

Terengganu terletak dipantai Timur Semenanjung Tanah Melayu sebelum merdeka mengamalkan dan menjunjungi perintah Allah seperti tuntutan al-Quran dan al-Hadith. Pencerahan kearah kehidupan bertamadun ini tidak hanya digerakkan oleh ulama tempatan bahkan sokongan dari ulama dari wilayah sekitar turut saja melengkapnya.Antara ulama yang datang untuk berdakwah dan memperkukuhkan Islam dinegeri tersebut adalah dari wilayah Pattani yang cukup ramai menghasilkan ulama dulu sehingga sekarang. Ketidaksetabilan negara dengan perang memberi sebab bagi mereka mendalami ilmu. Limpahan ulama Pattani turut sampai kenegeri Terengganu Darul Iman yang membina jati diri masyarakat melalui pusat-pusat pengajian bahkan sampai diberi kepercayaan memegang jawatan tertinggi agama seperti Syeikhul Ulama,penasihat dan mufti. Antaranya Tok Syeikh Wan Qadir Bukit Bayas, Tok Syeikh Duyong, Tuan Hasan Besut disamping jaringan maklumat berlaku pada peringkat atasan dengan ulama Mekah seperti Wan Ahmad Pattani. Kehidupan yang tidak mengenal sempadan negara inilah menjadikan Terengganu negeri yang tidak asing dengan pembangunan bercirikan Islam hingga masakini. Sumbangan idea dan pengajaran amatlah membantu massa dan golongan elit untuk sentiasa mendampingi rumah-rumah Allah. Kitab yang ditulis dan digunakan mereka mampu menunduk dan mentawadu’kan hatta penguasa untuk menjadi hamba yang saleh , lantaran itu perjalanan pentadbiran negeri berada dalam harmoni dan sejahtera

Pendahuluan

(2)

pada 1457. Kerajaan Patani terus menjadi salah sebuah kerajaan Melayu Islam dengan pertumbuhan pesat sekolah-sekolah pondok pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. Malah dikatakan hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakatnya berligar di sekitar pondok dan masjid yang menyediakan pelajaran agama dan membentuk akhlak muslim. Walau bagaimanapun, keamanan Patani tergugat apabila kerajaan Siam. mula menceroboh wilayahnya. Hal ini menyebabkan ramai penduduk dan alim ulama Patani terpaksa berhijra keluar dari tanahair mereka.

Kecemerlangan pendidikan pondok di Patani

Hubungan muslim-Siam pada abad ke 18M

Kedatangan Syeikh Abdul Qadir ke Terengganu adalah kerana ketegangan politik antara penduduk Patani dengan Siam pada awal abad ke-19 itu. Siam yang mendakwa Patani di bawah kekuasaannya telah beberapa kali mengancam melaksankan perang terhadap bumi Patani. Akhirnya Siam menguasai Patani pada sekitar tahun 1832. (Hamdan Hassan, 1980:101) Realiti ini juga pernah digambarkan oleh Haji Buyong Adil dalam buku ‘Sejarah Terengganu’:

“Selain daripada menghukum orang Melayu Petani (Patani) dan daerah sekitarnya yang telah memberontak melawan Siam, kerajaan Siam telah memaksa Sultan Kelantan dan Sultan Terengganu menyerahkan raja-raja, panglima-panglima dan orang-orang Melayu yang telah melindungkan diri di negeri mereka kepada kerajaan Siam. Jika orang-orang pelarian itu tidak diserahkan, Siam akan menyerang Kelantan dan Terengganu bagi membalas perbuatan raja-raja negeri-negeri itu yang telah membantu Patani melawan Siam.”(Haji Buyong Adil, 1982:71)

Orang Patani secara beramai-ramai berhijrah ke Terengganu kerana negeri tersebut seperti juga Kelantan terletak berdekatan dengan Patani. Sungguhpun begitu, orang-orang Patani telah memilih Terenganu sebagai tempat pelindungan kerana ia pernah memberi bantuan kepada Patani dalam siri peperangan dengan Siam. Sedangkan Kelantan pula keadaan politiknya sering bergolak disebabkan pengaruh pergolakan politik di Patani. (Hamdan Hassan, 1980:101)

(3)

Jadi, apabila orang-orang Patani lain datang ke Terengganu pada abad ke-19 maka mereka akan terus menetap di perkampongan yang sedia ada itu. Selain daripada itu, ada juga rombongan yang berhijrah ke Kelantan, Kedah dan negeri-negeri lain termasuklah Indonesia dan Makkah al-Mukarramah.

Migrasi muslim Patani abad ke 19M

Penghijrahan ulama Patani yang pertama dikesan sampai ke Terengganu bermula dengan ketibaan Tok Syeikh Qadi , gelaran yang diberikan kepada Hj. Wan Mohd Amin Wan Yaakob, ayahanda kepada Tok Syeikh Duyong. Rombongan ini tiba pada dekad 1820an atau lebih awal setelah muslim Patani gagal mempertahankan wilayahnya dalam perang dengan Siam pada 1789, 1791 dan 1808. Diikuti kemudiannya oleh rombongan Syeikh Abdul Qadir (Bukit Bayas) yang merupakan ulama terkenal dari Patani. Tok Syeikh Duyong yang turut serta berpindah bersama ayahnya memilih perkampongan Paya Bunga untuk tempat tinggal dan seterusnya mendalami ilmu dengan Syeikh Qadir Bukit Bayas. Terengganu juga pernah disinggahi oleh ulama terkenal iaitu Syeikh Daud al-Patani dan Syeikh Nik Dir. Mereka berdua kemudiannya memilih Mekah untuk menetap di sana.(Ahmad Fathy,2011)

Di Besut pula terdapat beberapa orang ulama yang mempunyai kaitan dengan Patani dan berperanan daerah itu. Tuan Hasan Besut atau nama sebenarnya Syeikh Hasan Ibnu Ishak al Jawi al Patani (junior Syeikh Daud al Patani, Hj. Husin Kampong Lapu (murid Tuan Hasan Besut) dan Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng (Ahmad Fathy, 2011)

Kehidupan Keagamaan di Terengganu

(4)

Pelajaran agama disebarkan melalui sistem pondok dan menadah kitab. Lantaran itu golongan ini berada ditempat yang selayaknya sebagai ‘religious elite’ yang berpengaruh bukan sahaja diperingkat bawahan bahkan istana. Semua ini diperkukuhkan lagi bila tokoh-tokoh dari Patani yang secara kebetulan berhadapan dengan peperangan dengan Siam memilih negeri Terengganu sebagai tempat pemastautin baru sepertimana pedagang ahli tasawuf Baghdad yang menerima nasib yang sama ketika diserang Monggol 1258M. Oleh kerana agama Islam amat berpengaruh dalam masyarakat pada masa itu, maka bukanlah satu keluarbiasaan bagi sultan Terengganu mulai Sultan Zainal Abidin 1 (1725-33) hingga kini sentiasa mendekatkan diri dengan golongan agama dan mendapat nasihat sebelum keputusan kenegaraan diimplimentasikan. Tokoh agama dilantik sebagai mufti, qadi, hakim dan sebagainya disamping penghargaan pula dengan tanah wakaf sebagai balasan.

Ulama Patani di Terengganu

a) Tok Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas

Syeikh Abdul Qadir adalah anak ketiga daripada keluarga Abdul Rahim yang seramai enam orang, lima lelaki dan seorang perempuan iaitu Wan Naji, Wan Safiah, Wan Ali, Wan Osman dan Wan Omar. Syeikh Abdul Qadir dan keluarganya berasal daripada wilayah Patani.

Tentera Siam yang menindas rakyat Patani telah mendorong Syeikh Abdul Qadir dan keluarganya untuk berhijrah ke negeri lain secara beramai-ramai. Menurut Haji Wan Mohammad Saghir, beliau terus berhijrah ke Pulau Duyung Kecil, Terengganu selepas menuntut ilmu di Mekah kerana keluarganya lebih ramai dan mempunyai pertalian yang rapat berbanding dengan keluarganya di Patani. (Haji Wan Mohammad Shaghir Abdullah, 2005) Syeikh Abdul Qadir dan keluarganya mengikuti rombongan yang diketuai oleh Tok Syeikh Qadi (Wan Muhammad Amin bin Wan Yaakob), seorang ulama dari Patani

(5)

beliau telah dikurniakan dua puluh satu orang anak iaitu seperti yang tercatat dalam rajah salasilah 2. Baginda Sultan Omar terkenal dengan sifat terbukanya untuk rakyat dan sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Hal ini terbukti dengan anugerah tanah wakaf kepada Tok Syeikh Wan Abdul Kadir untuk kepentingan pendidikan di Terengganu yang kemudiannya diwarisi oleh anak cucunya. Pemberian tapak untuk pendidikan ini membantu Terengganu menarik tokoh-tokoh ulama menjalankan dakwahnya di sana. (Muhamad Saleh Haji Awang, 1361H/1942M).

Syeikh Abdul Qadir terkenal sebagai seorang intelek Islam yang warak. Beliau sentiasa mengelakkan dirinya daripada fitnah dunia. Keluhuran peribadi yang dihiasi dengan sifat warak amat membuktikan bahawa beliau bukan sahaja seorang yang menguasai bidang Usuluddin dan Tasawuf, tetapi juga mampu menghayati dan melaksanakan tuntutan ilmu yang dimilikinya. (Ambak Abdul Aziz Ismail, 1984:11)

Beliau pernah ke Mekah dan menuntut ilmu di sana dengan bergurukan kepada Syeikh Mustaffa Fatha’Llah, anak murid kepada Syeikh Ibrahim bin Hassan al-Qurani, tokoh Tarikat Syattariyyah di Mekah. (Shahridan faeiz b. Mohideen Abdul Qadir, 2001; Temubual dengan Ustaz Ambak Abdul Aziz Ismail) Menurut Haji Wan Mohammad Shaghir Abdullah, beliau juga pernah berguru dengan beberapa orang syeikh, seperti; Syeikh Muhammad Salih bin `Abdur-Rahman Pauh Bok al- Fatani., Syeikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin Aceh, Syeikh Muhammad Salih bin Ibrahim (Mufti bermazhab Shafie, di Mekah) dan Syeikh Ahmad al-Marzuqi.. (Haji Wan Mohammad Shaghir Abdullah:14 Mac 2005)

Setelah pulang dari Mekah, beliau meneruskan pengajaran di pondoknya di Bukit Bayas. Ketokohannya sebagai ulama, telah membawa kemasyhuran kepada kampung tersebut, sehingga dikenali sebagai ‘Kampung Tok Syeikh’, mengambil sempena nama beliau. Peranan yang dimainkan oleh Tok Syeikh dalam usaha membawa perubahan dalam masyarakat samalah juga dengan ulama-ulama lain di seluruh Alam Melayu.

Ketokohannya menarik minat pelajar-pelajar dari dalam dan luar Terengganu. Selain daripada itu, hasil pengajaran Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas ini telah dapat melahirkan beberapa ulama terkemuka, termasuklah empat ulama besar Terengganu iaitu; Sayyid Muhammad al-Idrus (Tok Ku Tuan Besar), (Mohd. Salleh bin Haji Awang 1985:40) PESAKA IV, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, United Selangor Press, hal.40. Wan Abdullah bin Wan Muhammad Amin ( Tok Syeikh Duyung), Tok Ku Melaka (Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad al-Idrusi yang meninggal di Cabang Tiga, Kuala Terengganu pada 1315H./1897M., mengarang 11 buah kitab antaranya ‘Tanbih al Ghafilin bi Bayan Shay'in min Fada'il Ala Sayyid al-Mursalin’.

(6)

Syeikh Abdul Qadir, memandangkan semasa kematian Tok Syeikh Abdul Qadir, beliau telahpun berusia lebih 40 tahun.

Selain itu, Tok Syeikh Abdul Qadir juga turut memberi sumbangan dalam bidang pengurusan fatwa agama negeri, apabila beliau di lantik sebagai Mufti Terengganu yang pertama, sebagaimana tercatat dalam Sejarah Darul Iman oleh Misbaha. (Muhamad Salleh Hj. Awang, 1985)

Terdapat beberapa buah kitab tulisan tangan kepunyaan Syeikh Abdul Qadir yang digunakan semasa beliau mengajar anak muridnya. Antara yang diketahui umum ialah :

1. Majmu’ Mushtamil ’Ala Ihda wa Arbain Risalah. Kitab ini panjangnya berukuran 21cm. dan lebarnya 15cm. Mempunyai 777 halaman. Kini berada dalam simpanan waris Allahyarham Hj. Wan Su Hj. Muhammad Salleh di Pulau Duyung, Kuala Terengganu.

2. Dur al-Fara’id. Kitab ini berukuran 21cm. dan lebarnya 15cm. Mempunyai 34 halaman.

3. Manhal al-Safi fi Bayani Ramzi Ahli al-Sufi. Kitab ini berukuran 21cm dan lebarnya 15cm dan mempunyai 26 halaman. (Muhammad Abu Bakar, 1991:148-149) Menurut ustaz Ambak Ismail kitab yang dikarang oleh Syeikh Dawud al Fatani selalunya dimasukkkan nama pada kitab karangannya. Oleh itu beliau percaya kitab ini adalah hasil tulisan Tok Syeikh Abdul Qadir. (Ambak Abdul Aziz Ismail: Temubual pada 27 Februari 2005).Haji Wan Muhammad Saghir Abdullah mengatakan kitab ini adalah karangan Syeikh Dawud al-Fatani. (Wan Mohammad Shaghir Abdullah,1980)

4. al-Taghrib wa al-Tarhib , diperolihi dari Pusat Manuskrip, Perpustakaan Negara Malaysia.

Dari riwayat hidupnya tadi dapatlah disimpulkan bahawa, Syeikh Abdul Qadir merupakan seorang ulama yang sangat berperanan dan banyak memberi sumbangan terhadap perkembangan Islam di Terengganu. Beliau telah meneruskan tradisi pengajian pondok yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Malik (Pulau Manis). Perkara yang lebih penting lagi ialah, kejayaan beliau dalam usaha melahirkan beberapa orang tokoh ulama tersohor; seperti Tok Ku Tuan Besar dan Tok Syeikh Duyung, sepupu Tok Syeikh Abdul Kadir yang membuka pondok di Pulau Duyong. (Wan Endut bin Wan Omar, 26 Februari 2005:Temubual) di Kampung Bukit Bayas, Kuala Terengganu Melalui dua tokoh ini, usaha pengajaran dan perkembangan ilmu agama selanjutnya berjaya diwariskan kepada tokoh-tokoh ulama yang datang silih berganti selepas ketiadaan mereka.

Syeikh Abdul Qadir meninggal dunia pada tahun 1864M. di Kampung Paya Bunga. Menurut tulisan Misbaha, Tok Syeikh Abdul Qadir meninggal pada 1853. (Muhamad Salleh Hj. Awang, 1361H/1942M:195) Beliau dikebumikan di perkuburan Syeikh Ibrahim, Kuala Terengganu

(7)

Wan Abdullah bin Wan Mohd. Amin dilahirkan lebih kurang 1802M di Kampung Chabang Tiga, Patani dan meninggal pada hari Khamis 24 Februari 1889M di Kampung Duyong Kecil, Kuala Terengganu.

Neneknya wan Selamah ialah isteri kepada seorang pembesar Kerajaan Patani. Apabila berlaku huru-hara di Patani pada 1808, Tok syeikh Qadi iaitu ayah dan keluarganya memilih Terengganu sebagai negeri perlindungan. Mulanya bertapak di Paya Bunga, Kuala Terengganu. Pendidikan agama diteruskan dengan bapanya sendiri disamping terkenal dari Patani iaitu Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas dan Tuk Ku Tuan Besar (Sayyid Muhammad Zainal Abidin). Kemudian dihantar menuntut ilmu dengan Syeikh Daud al Patani di wilayah asalnya. Pendidikan diteruskan ke Mekah antara 1832 hingga 1846 dalam bidang Tasawuf, Fiqh, Usuluddin, Tafsir, Hadis dan sebagainya. Sekembalinya dari Mekah beliau memulakan pengajaran di Duyong Kecil disebuah masjid yang didirikan beliau.Murid dari masyarakat tempatan dan luar Terengganu datang menuntut pelbagai dari beliau termasuk Sultan Omar dan Sultan Zainal Abidin 111, Haji Wan Mohammad anaknya dan ulama tempatan semasa. (Mohd. Salleh bin Hj Awang dan Mohd Yusoff Abdullah Pesaka 1v, (1987)

c) Syeikh Nik Mat Kecik

Namanya Syeikh Muhammad bin Ismail Daudy al Patani. Datuk beliau seorang pengarang terkenal Patani iaitu Syeikh Daud bin Abdullah al Patani. Tarikh kelahirannya samada 1245H/1829M atau 1260H/1844M dan meninggal di Mekah pada 1333H/1914M. Semasa kecil sempat menemui datuk saudaranya Syeikh Daud dan berguru kepada Syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas. Menuntut ilmu di Mekah yang akhirnya dengan keluasan ilmunya dilantik sebagai Hakim Mahkamah Syariah di Mekah dan bertugas sebagai ‘Syeikh Haji’. Antara kitab-kitab beliau:

1- Al Bahjatul al Mardiyah fi fawaid al ukhrawiyah (1878M) 2- Matla’ul Badrayn wa majma’ul bahrayn (1885M)

3- Al Kaukabu al Durriy fi Nuril Muhammady (1886M) 4- Al Durru al Basim fi ashbul Kahfi war Rakim (1892M) 5- Kitab al Farqadain wa Jawahirul Iqdain (1893M) 6- Wushahul Afrah wa Ashabul Falah (1894M)

7- Sawaiqul Barqi wa Luma’ al Ahkami Tayamum wal jama’I (1905M) 8- Al Bahrul Wafi wa Nahrus Safi (1912M)

9- Faedah bagi kelebihan Bertanam dan Berhuma (1010M) 10- Al Durrul Masnun wa Jawahirul Maknun

11- Surat kepada Paduka Adinda Tuan Haji Hussein bin al Marhum Latif Kelaba Beris (1324H). (Wan M. Saghir Abdullah, 2005)

d) Tuan Hasan Besut

(8)

Abdullah bernama Syeikh Abdul Rahman pernah menjadi guru kepada Syeikh Daud bi Abdullah al-Fatani dan Syeikh Abdul Samad al-Palimbani pengarang ‘Siyar al-Salikin’.

Pada peringkat awalnya berguru kepada Wan Ishak, bapanya yang mengaajar di sebuah pondok Kampong Pauh Bok. Kemudian dua beradik (Wan Hasan dan Wan Ali) meneruskan pengajiannya ke Mekah. Tarikh pemergiannya tidak dapat dipastikan namun karyanya pernah dijumpai pada 1240/1823M dan dalam masa yang sama tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani dijumpai. Tulisan beliau paling awal bertarikh 1249/1833M diselesaikan di kota suci Mekah. (Wan Saghir, 2003) Gurunya di Mekah terdiri daripada Syeikh Muhammad Saleh bin Abdul Rahman, Pauh Bok dan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani. Syeikh Muhammad Zainuddin dari Aceh yang menjadi sahabat Wan Hasan dan beliau sendiri adalah guru kepada Syeikh Nawawi al-Bantani. Oleh itu beliau bukan sahaja menjadi rujukan ulama tempatan bahkan peringkat antarabangsa. Tokoh sezamanya yang lain Haji Abdul Khaliq bin Muhammad Zainuddin al-Fatani, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Khalidi al-Minangkabawi, Syeikh Ahmad Khatib bin Abdul Ghafar Sambas, Syeikh Abdullah bin Abdul Rahim al-Fatani (Dakwah, Ogos 1989) Tok Pulai Chondong ialah Haji Abdus Shamad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong Kelantan, Abdul Malik bin Isa dan Wan Musa Terengganu (Wan Saghir). Tok Pulai Chondong pernah ke Mesir bersama tokoh. (Wan Kamal Mujani & Zuharyati Yusof;2006)

Setelah selesai pengajian di Mekah ‘Tuan Hasan Besut’ menuju ke tanahair di Kampong Pauh Bok untuk berdakwah kepada masyarakatnya. Dalam tempoh tersebut, peperangan antara Siam dan Patani sering berlaku yang mendorong beliau mencari tapak baru ke selatan iaitu ke Kelantan dan Terengganu (termasuk Kedah dan Perlis) yang memang menjadi pilihan masyarakat Patani untuk berhijrah akibat wilayah asalnya yang kurang stabil. Tokoh yang turut berhijrah ialah Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Rahim (Bukit Bayas, K. Terengganu). Beliau turut menunaikan kehendak masyarakat yang berhadapan dengan masalah, kerumitan hidup dan penyakit dengan menggunakan ilmu kebatinannya melalui doa, wirid, zikir dan selawat dan secara tidak langsung menjadi bomoh syarie kepada mereka. Beliau mendapat tempat untuk mengajar dikalangan kerabat diraja setelah tiba di Besut, Terengganu. Beliau dihormati oleh seluruh masyarakat daerah Besut lebih-lebih lagi dengan pembawakan yang bersifat tawadu’ atau tidak membesarkan diri. (Wan Mohd. Saghir Abdullah;2005)

Kepopularan ulama bermula dengan karya yang dihasilkan dan masyarkat terkemudian turut dapat menikmati buah fikirannya seperti ulama sebelumnya iaitu Syeikh Abdul Rahim bin Abdul Qadir.

Antara karya beliau:

1. Hidayat al-Mukhtar fi fadhli talab al-ilmwa fadhli sahibihi min kalam saidi al-akhyar diselesaikan pada hari Jumaat, waktu Dhuha, enam likur Muharram 1259/1833. Pernah dicetak dibahagian akhir Tajul Muluk dan dalam kitab Bad’ al-Samawat karangan Syeikh Nuruddin al-Raniri. Kitab ini pernah disyarah oleh Tuan Guru Haji Muhammad Nur yang berasal dari Minangkabau dan pernah menjadi Kadi Langkat.

2. Ayyuha al-Walad (1266/1850M)

(9)

Mutalib al-Asyi (Aceh). Terdapat banyak perbezaan antara manuskrip asal Syeikh Wan Hasan dengan kitab susunan Syeikh Ismail.

e) Tuan Guru Haji Husin Kampong Lapu

Nama lengkapnya Haji Husin bin Haji Mohd Amin. Menurut Ahmad Fathy , beliau merupakan tokoh ulong memperkenalkan sistem pondok di Besut. Berasal dari Nat Dang, Patani. Selepas menuntut di Mekah, beliau menurut jejak gurunya Tuan Hasan Besut berhijrah ke Terengganu. Pondok dimulakan pada 1905M, dengan sokongan wakil sultan di Besut, Tengku Muda untuk persiapan tapak pengajian. Pengajian disini mendapat sambutan baik, tambahan lokasinya berhampiran pecan Kuala Besut. Pada 1916 sebanyak 40 pondok didirikan oleh pelajar termasuk dari Kelantan. Beliau sering diajak oleh wakil sultan didaerah untuk menyelesaikan beberapa isu tempatan. Pengganti wakil sultan, Tengku Wok turut meraih buah fikirannya untuk menyelesaikan masalah daerah Besut. Meninggal pada 1917, pengurusan pondok dilangsungkan pula oleh Tuan Guru Haji Abdullah. (Ahmad Fathy, 2011)

f) Tuan Guru Haji Abdul Rahman Pombeng

(10)

Tokoh lain yang dikatakan berasal dari Patani seperti Tuan Guru Haji Abdul Hamid bin Fadhlullah Besut

(Wan Saghir Abdullah, 2006). Beliau pernah mengarang kitab Tariqah al Salikin li Makrifah. Beliau

menjadi murid kepada Tok Kelaba atau nama sebenarnya Tuan Haji Muhammad Hussein bin Abdul Latif bin Abdul Mukmin dan Tok Bendang Daya atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al Patani.

Penglibatan ulama dalam pentadbiran

1. Penggubalan dasar politik, social dan ekonomi

2. Keahlian dalam Majlis Mesyuarat Negeri, Anggota Jemaah Menteri

3. Penyediaan dan pelaksanaan undang-undang negeri sebagai hakim dan Kadi 4. Kepimpinan unit pentadbiran politik dikawasan tertentu atas kehendak pemerintah

1. Bekerjasama dengan sultan selaku Penasihat kerajaan mengagalkan penjajahan Siam dan British

Sultan Omar enggan tunduk kepada Siam dan British melalui perjanjian 1826. Butiran perjanjian menghendaki Sultan Terengganu tunduk kepada kekuasaan Siam sehingga berlaku perang pada 1862M. Sekali lagi pada 1890 suara ulama digunakan bila timbul konflik dengan British berhubung politik Pahang.Menurut Abdullah Zakaria bin Ghazali usaha menjajah Terengganu sering dilakukan British bersama Siam. Misalnya pada tahun 1897, 1899 dan 1902 perjanjian telah diadakan antara dua kuasa tersebut. Perjanjian ini dibuat tanpa restu daripada pemimpin Sultan Terengganu dan hanya diberitahu selepas perjanjian itu termaktub. Semua perjanjian membuat perakuan bahawa negeri-negeri Melayu di Utara Semenanjong seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu berada dibawah naungan Siam.Sir Frank Swettenham pernah dihantar oleh Inggeris untuk mendapatkan pengesahan Perjanjian 1902.Demikian juga dengan perjanjian pada 10 Mac 1909, antara British dan Siam tidak juga dimaklumkan kepada Sultan Terengganu Sultan Zainal Abidin 111 yang kemudian menimbulkan masalah (ditolak) bila Agen British, Conlay ditempatkan di Terengganu (Pesaka 111)

2. Penggerak komuniti setempat

Peningkatan kehidupan beragama melalui peranan ulama pondok turut memperkukuhkan pentadbiran negeri. Mereka memperkukuhkan kerajaan negeri melalui usaha mengerjakan tanaman dgn pembukaan tanah baru, menyertai kegiatan sosial seperti bersolat secara jemaah, pengkebumian jenazah, nikah kahwin, memimpin kerja-kerja agama seperti bacaan doa, mengepalai tahlil, menyampaikan khutbah dan berzikir. Bahkan urusan pemilikan atau pembukaan tanah baru, ternakan, pertanian dan hukuman diselia oleh pemimpim tempatan sendiri. (Sila lihat Abdullah Zakaria bin Ghazali dalam Pesaka 111)

(11)

Seramai 24 orang ahli Mesyuarat Kerajaan menandai Undang-undang Tubuh 1910 Negeri Terengganu.

Antaranya: Al-Haj Wan Muhammad Salleh bin Muhammad dan Ahli Mesyuarat.

4. Penghubung antarabangsa Patani-Terengganu dlm penyatuan fikrah ulama

Beberapa contoh pujian Syeikh Wan Ahmad Patani terhadap Sultan Zainal Abidin 111

Itulah Sultan Terengganu

Raja yang berani, bermaruah dan bertuah

Raja yang agong lagi bijaksana Pandai mentadbir

Banyak ilmu

Petunjuk jalan bahagia Kemuncak usahanya ialah

Menggali ilmu, menyelami makrifat Menunjukkan jalan hidayah

Dunia Melayu belum pernah menzahirkan Raja agong seperti baginda

Raja memiliki akhlak mulia

Baginda ialah cermin agama Wadah amanah

Neraca keadilan

Maka jangan engkau ragui (Wan Mohd Saghir Abdullah, 2002: 24-25)

Sultan Zainal Abidin iii dengan Wan abdul Qadir dan Nik Mat Kecik

Tengku Long, Raja Besut turut mengutuskan surat kepada dua ulama Patani iaitu Syeikh Ahmad al Patani dan Syeikh Daud bin Mustafa al Patani (Wan Saghir Abdullah, 2006)

5. Peranan ulama sebagai pendakwah dan penulis agama seperti Wan Hasan Besut- murid Syeikh Daud al Patani, Wan Abdul Qadir , Syeikh Nik Mat Kecik (1260/1844-1333/1914)

(12)

Tok Syeikh Duyong dan Sultan Omar, Sultan Ahmad Shah ii dan Sultan Zainal Abidin iii

7. Tok Syeikh Duyong sebagai lidah negeri Terengganu, Syeikh Ulama begitu juga Tok Syeikh

Duyong anaknya Wan Muhammad

8. Utusan damai kerajaan (Isu Besut)

Tengku Ali yang dilantik sebagai wakil Sultan di Besut tidak berhubung selama 15 tahun dengan Sultan Omar dan mengusir Tengku Hitam. Beliau mewujudkan hubungan rapat dengan Raja Kelantan dan berpakat untuk mengguling Sultan dan menggantikan dengan Tengku Chik Muda namun beliau meninggal lebih awal. Semasa perlantikan Tengku Ahmad sebagai Yam Tuan Muda, Tengku Ali tidak

hadir. Untuk mengelak ketegangan berterusan baginda Sultan Omar mengutuskan Mufti Wan Abdullah

ke Kelantan untuk berbincang.

(Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008)

Mufti Patani DiTerengganu

Tok Syeikh Abdul kadir (1839-1853)

Wan Abdullah bin Mohammad Amin(1878-1889)

Wan Mohammad bin Wan Abdullah (1890-1912)

Wan Abdul Manan bin Hj. Wan Yaakob (1976-1988)- Keturunan Tok Syeikh Duyong

Peranan ulama dalam perlantikan sultan Omar (1839) dan Sultan Zainal Abidin iii (1881)

Penggerak kesedaran sosial

(13)

Pemulihan kesultanan tradisional boleh juga ditinjau sebagai satu

gerakan suci yang dapat dikaitkan dengan seruan Perang Sabil atau

jihad memang bermatlamatkan menghapuskan akar bumi penjajahan.

Mengikut kepercayaan, adalah hak kewajipan tiap-tiap seorang penganut

Islam untuk mempertahankan agama. Kepercayaan ini merupakan tenaga

yang kuat yang dapat menggerakkan komuniti tani yang beragama Islam.

Lagipun awal bad ke 20 menyaksikan kebangkitan semangat keIslaman

Di Semenanjong Tanah Melayu. (Rahmat Saripan, Pesaka 11)

Penutup

Pentadbiran awal Terengganu dikuasai ulama Patani

Hj. Wan Saghir Abdullah, (2002), Syair yang Indah: Gubahan Syeikh Ahmad alPatani, Siri Pertama, kuala Lumpur, Khazanah Fataniah,

Haji Mohd Yusoff bin Abdullah, Rashid Hamad, SatuAbad Undang-undang bagi diri kerajaan Terengganu, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, K.Terengganu, Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

Mohd. Salleh bin Hj Awang dan Mohd Yusoff Abdullah, (1983), Pesaka , Lembaga Muzium Negeri Terengganu, K.Lumpur, United Selangor Press

Mohd. Salleh bin Hj Awang dan Mohd Yusoff Abdullah Pesaka 11, (1984), K.Lumpur, United Selangor Press

Mohd. Salleh bin Hj Awang dan Mohd Yusoff Abdullah Pesaka 1v, (1987), K.Terengganu, Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

Muhammad Abu Bakar (Penyunting), (1991), Ulama Terengganu: Suatu Sorotan, Utusan Publication

Ahmad Fathy al-Fatani, Ulama’ Patani di Terengganu: Sejarah dan Peranan (Dari Tuan Hasan Besut hingga Haji Abdul Rahman Pombeng) dalam Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV, 25-26 Nov 2011

(14)

Wan Saghir Abdullah, (2006), Ulama Nusantara, petikan dari ulama-nusantara.blogspot.com 18/4/2014

Wan Kamal Mujani & Zuharyati Yusof. (2006). Tok Pulai Chondong: Riwayat Hidup dan Sumbangan dalam Pendidikan Islam di Kelantan. Kertas kerja dibentang dalam Nadwah Ulama III pada 15 hingga 17 April 2006. Kepala Batas: Pulau Pinang.

Wan Mohd. Saghir Abdullah. (2005). Inilah Ayyuhal Walad pada bicara wasiat dan nasihat oleh al’Alammah al-Hibr al Pahamah Tuan al-Syeikh Hasan bin Ishaq al-Fatani. Cetakan kedua. Khazanah al-Fataniah: Kuala Lumpur.

Haji Buyong Adil. 1982. Sejarah Terengganu. K.Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamdan Hassan. 1980. “Sastera Melayu dan Islam” Dlm. Kesusteraan Melayu dan Islam : Satu Pertembungan Pemikiran. Kuala Lumpur: Sarjana Interprise.

Sharifah Afidah bt. Syed Hamid. 1990. Ulama Terkemuka Terengganu Abad ke 19: Pemikiran dan Peranan mereka kepada masyarakat. Latihan Ilmiah. UKM: Jabatan Sejarah.

Wan Endut bin Wan Omar. 26 Februari 2005. Temubual. Kuala Terengganu: Kampung Bukit Bayas.

Referensi

Dokumen terkait

2012 Pada Semester II Tahun 2012 BPK telah melakukan pemeriksaan atas Program Swasembada Daging Sapi khususnya pengendalian impor daging sapi Tahun 2010 s.d.. Pemeriksaan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa keterampilan proses sains dengan penguasaan konsep memiliki hubungan yang signifikan untuk siswa kelas VII bergaya kognitif field

Wawancara yang dilakukan dengan Wakil Ketua Bidang Politik dan Pemenangan Pemilu DPD PDI-P Jawa Tengah Bambang Hariyanto H menuturkan bahwasanya kepengurusan DPD PDI-P Jawa

Hasil dari metode agregat planning dalam perencanaan produksi hollow dengan ukuran 15 mm x 35 mm x 0.30 mm di PT Mulcindo Steel Industry dengan

Melumasi dengan gemuk lebih dari yang ditentukan (kira- kira 60 g; 2 ons) bisa menyebabkan mesin bobok tidak bekerja dengan baik atau rusak. Lumasi sesuai dengan yang

Untuk Jati sendiri, derajat korelasi antara warna dengan kadar ekstraktif perlu diteliti lebih dalam lagi dengan jumlah sampel yang memadai, seperti halnya

Terdapat beberapa tujuan yang ingin dicapai dalam penelitian di antaranya: (1) kondisi Kamboja dalam bidang sosial sebelum Khmer Merah berkuasa di Kamboja (1970-1975),

Penelitian ini bertujuan untuk menngetahui efektivitas metode tim quiz dalam meningkatkan pembelajaran ilmu tajwid dan keaktifan peserta didik tunanetra kelas 4 di