• Tidak ada hasil yang ditemukan

PRODUK MAKANAN ORGANIK MENSEJAH TERAKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PRODUK MAKANAN ORGANIK MENSEJAH TERAKAN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

“PRODUK MAKANAN ORGANIK MENSEJAHTERAKAN KEHIDUPAN

MANUSIA”

PENGENALAN

Setiap manusia di muka bumi ini memerlukan makanan untuk meneruskan kehidupan. Namun dalam arus pemodenan pada masa kini, syarikat-syarikat pengeluar produk makanan semakin alpa tentang kandungan yang terdapat dalam produk makanan tersebut. Misalnya, Racun perosak yang digunakan dalam industri pertanian mampu menyumbang kepada peningkatan bahan kimia di dalam tubuh badan manusia. Lantaran dari kesedaran peri pentingnya nilai kehidupan dalam diri manusia dan juga alam sekitar, telah timbul satu industri yang dipercayai mampu memberikan hidup yang lebih harmoni dan sejahtera kepada manusia.

Industri yang mampu memberikan gaya hidup sihat kepada pengguna diperkenalkan sebagai produk organik. Menurut Kamus Dewan Edisi empat (2007), organik ditakrifkan sebagai bahan bukan kimia yang mengandungi unsur karbon dan juga tanaman yang tidak menggunakan baja daripada sumber haiwan atau tumbuhan iaitu bukan daripada bahan kimia buatan. Jadi tidak menghairankan sekiranya produk organik kian mendapat tempat di hati pengguna pada masa kini. Eisha Dunn – Georgion (2002) menyatakan trend untuk mendapatkan makanan dan produk yang diyakini selamat kepada diri dan alam sekitar semakin meluas. Faktor gaya hidup dan kesedaran tentang kesan bahan kimia terhadap produk yang digunakan menjadikan produk organik pilihan ramai pengguna di Malaysia.

(2)

organik sebanyak 210 juta USD dalam tempoh 5 tahun. Menteri pertanian juga telah merancang pelbagai strategi untuk menambah keluasan tanah bagi perusahaan produk organik. Perancangan bagi memperluaskan kawasan perusahaan organik ini haruslah mendapat sokongan pengguna yang ingin menikmati hasil produk yang terbaik. Seterusnya, kerajaan mengharapkan agar perusahaan organik yang semakin berkembang ini turut mendapat kejasama daripada masyarakat.

Bahan Kimia menjadi Penyebab Kanser

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Kanser Kebangsaan menyatakan bahawa hampir 70, 000 kes baru bagi penyakit kanser di diagnosis dikalangan rakyat Malaysia antara tahun 2003 dan 2005 (MAKNA, 2013). World Health Organization (WHO) juga menyatakan kanser menjadi penyebab utama kematian di dunia kerana dianggarkan kira-kira 13 pertaus kematian pada tahun 2008 adalah disebabkan kanser (Globocan 2008, IARC 2010). Punca sebenar penyakit kanser masih belum dikenalpasti, namun beberapa penyebab yang boleh dikenalpasti ialah melalui pendedahan terhadap sinaran ultra ungu yang berlebihan, jangkitan melalui virus-virus tertentu serta pendedahan terhadap bahan kimia yang boleh melibatkan pencemaran makanan dan air minuman.

Oleh hal yang demikian, World Health Organization (November 2011) dalam artikel ‘Persistent Organic Pollutants’ menyatakan bahan pencemar organik secara berterusan telah

(3)

KEPENTINGAN PRODUK ORGANIK

Produk organik mengurangkan risiko terhadap pendedahan penyakit-penyakit kronik

Terdapat pelbagai jenis bahan dalam pembajaan dan penyuburan tanah serta bahan kawalan perosak dan penyakit tumbuhan yang digunakan bagi menghasilkan sesuatu produk makanan. Bahan-bahan seperti mineral kalium, magnesium sulfat, natrium klorida dan bahan berunsurkan mikro seperti zink digunakan sebagai bahan dalam pembajaan dan penyuburan tanah. Bagi menghasilkan tanaman yang berkualiti, pelbagai kaedah dilakukan oleh petani. Petani yang berorientasikan keuntungan semata akan mengabaikan keharmonian alam dan manusia. Bahan-bahan kimia digunakan sewenang-sewenangnya dalam pemprosesan tanaman tersebut. (Winnie Lau,2008)

Justeru, dalam jangka masa yang panjang, bahan kimia tersebut bakal mengundang risiko pelbagai penyakit kepada manusia dan seterusnya melemahkan sistem imunisasi manusia. Dalam penghasilan produk makanan organik, petani hanya menggunakan baja kompus iaitu baja yang dihasilkan menerusi sistem pereputan secara semulajadi. (Brian Halweil, 2001)

Produk organik mampu melindungi generasi masa hadapan

(4)

Lantaran itu, kesan yang baik dari penggunaan produk organik ini tidak sewajarnya dilihat sebagai hiasan di pasaran semata-mata. Kaedah penanaman organik ini mampu mengubah kehidupan manusia menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Rasa produk organik yang sangat hebat

Pentingnya produk makanan organik terhadap kehidupan manusia kerana rasa produk organik yang sangat hebat yang telah diakui oleh pengguna produk organik. Kelebihan rasa dan kualiti produk organik telah membawa kepada penambahan bilangan petani yang mengusahakan produk organik khususnya dan seterusnya penambahan bilangan kedai yang berasaskan produk organik.

Pembukaan kedai baru berasaskan produk organik seperti organic bistro dan organic shop telah membuka mata segenap masyarakat yang dahagakan makanan sihat dan berkhasiat. Organic bistro menawarkan makanan khususnya kepada individu vegetarian. Terdapat pelbagai jenis menu sayur-sayuran organik yang boleh dijadikan pilihan kepada individu vegetarian. Memandangkan kepelbagaian produk berasaskan organik telah berada di pasaran,

jadi tiada sebab untuk pengguna meragui keberkesanan produk organik terhadap kesihatan mereka. (Winnie Lau, 2008)

Produk organik sangat berbaloi dan bukan kategori mahal

(5)

panjang. Jika menjadi seorang jutawan sekalipun, seseorang itu masih tidak dapat menandingi tahap kesihatan seseorang yang berada pada tahap baik tanpa sebarang penyakit kronik yang merbahaya. Jika tubuh badan menderita sakit kronik, misalnya penyakit kanser, wang berjuta akan lenyap begitu sahaja dalam usaha mengurangkan penderitaan kesakitan dan menyahkan penyakit tersebut dalam tubuh badan seseorang. Hal ini berbeza bagi individu yang melaburkan wang demi mendapatkan makanan yang berkhasiat bagi mencegah pelbagai penyakit kronik yang tidak dapat disangka. Pencegahan awal harus dilakukan bagi mendapatkan hidup yang lebih sempurna pada masa akan datang. Sempurnanya hidup seseorang manusia adalah apabila dapat hidup bahagia dan harmoni disamping dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Bukanlah produk organik dapat memberi jaminan bahawa pengguna tidak akan diserang penyakit kronik yang mengancam nyawa, tetapi penggunaan produk ini sekurang-kurangnya telah mengurangkan risiko pelbagai penyakit. Laburkan wang yang ada demi kesihatan yang sempurna pada masa akan datang. Pelaburan ini akan berbaloi dan anda akan mengakuinya apabila tiba saatnya nanti.

Produk Organik mampu melindungi kesihatan pekerja di ladang

World Health Organization (WHO) menganggarkan racun perosak sintetik akan meracun tiga

juta orang setiap tahun. Angka tersebut amat menakutkan dan membimbangkan banyak pihak. WHO juga menjangkakan 20,000 kematian dikalangan pekerja pertanian. Pekerja pertanian berisiko tinggi kerana mereka ialah individu yang hampir dengan bahan-bahan kimia tersebut semasa proses penanaman dan pengeluaran produk tanaman. Mahu atau tidak, pekerja tersebut harus berhadapan dengan proses yang memerlukan mereka memegang dan menghidu pelbagai jenis bahan racun perosak sintetik saban hari.(Brian Halweil, 2001)

(6)

umum kajian ini menegaskan bahawa pertanian organik adalah kurang merosakkan alam sekitar kerana beberapa faktor;

1) Ladang organik adalah lebih baik daripada ladang konvensional untuk mengekalkan pelbagai ekosistem (haiwan serta populasi serangga dan tumbuh-tumbuhan).

2) Ladang organik tidak menggunakan racun perosak sintetik.oleh itu, racun tersebut tidak dilepaskan terhadap alam sekitar. Sesetengah racun perosak sintetik boleh merosakkan air, tanah dan hidupan liar daratan dan akuatik tempatan.

3) Pertanian organik menghasilkan sisa dan tenaga yang kurang.

Justeru itu, pengharmonian sumber alam dan kesihatan pekerja akan memberi kesan kepada pengurangan angka kematian yang dijangkakan oleh WHO. Perubahan ini akan membantu pekerja ladang pertanian untuk mendapatkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Cadangan memperkembangkan produk organik

Kehebatan produk organik yang memberi impak positif terhadap tahap kesihatan manusia tidak harus dipandang remeh. Kesihatan manusia diibaratkan sebagai batu permata yang tiada tandingan nilainya.

(7)

kepada taraf kesihatan yang baik dan alam sekitar yang selamat untuk dihuni ialah pengguna yang bijak dan sangat menyayangi kehidupan mereka. Justeru, dalam proses penyampaian maklumat dan kempen kesedaran di kalangan pengguna, banyak pihak harus mengambil bahagian. Pihak sekolah mempunyai tanggungjawab yang besar dalam menyampaikan ilmu gaya hidup sihat kepada golongan pengguna muda yang masih belum terdedah kepada dunia luar yang penuh cabaran. Media massa seperti media cetak dan media elektronik, harus menghebahkan kebenaran mengenai produk organik kepada semua pengguna.

Minou Yussefi (2006) menyatakan, berdasarkan statistik yang diperoleh pada tahun 2006 oleh ‘The World of Organic Agriculture’, menyatakan Malaysia berada di tangga ke 97 daripada

119 negara yang tersenarai dalam aspek penyediaan kawasan tanah untuk tanaman organik iaitu menawarkan keluasan tanah hanya sebanyak 600 hektar. Keluasan tanah yang disumbangkan dilihat amat sedikit jika dibandingkan dengan negara eropah, negara-negara amerika selatan, negara-negara-negara-negara afrika dan negara-negara-negara-negara lain. Namun statistik itu diperoleh pada tahun 2006, kini pada tahun 2013, pelbagai jenis ladang tanaman organik telah dibuka sama ada sumbangan kerajaan mahupun usaha petani-petani sendiri dalam mengaut keuntungan hasil daripada tanaman produk organik.

(8)

KESIMPULAN

Pengenalan dan pendedahan khasiat produk organik mampu mengubah pengguna kepada amalan gaya hidup sihat. Terdapat pelbagai rasional dan alasan kepada pemilihan penggunaan produk makanan organik. Terpulanglah kepada setiap pengguna untuk mentafsirkan faedah dan kepentingan produk makanan organik terhadap kehidupan manusia. Walaupun pemilihan produk makanan organik pada masa kini lebih kepada mengikut trend semasa, namun masih terdapat beberapa sebab pemilihan produk ini. Alasan untuk perlindungan fizikal diri pengguna, alasan kemanusiaan, alasan kerana pengguna sangat peduli tentang ekologi persekitaran dan tentunya alasan yang sangat kuat digunakan untuk memilih produk organik kerana ingin mengelakkan diri daripada bahan kimia.

(9)

RUJUKAN

Brian Halweil (2001). World Watch - Working for a sustainable future - Organic Gold Rush David C.Dugdale(2012) . Cancer. Penerbit: The New York Times.

Eisha Dunn – Georgion (2002). Everything you need to know about organic foods. Penerbit:The Rosen Publishing Group, Inc.

Globocan (2008), IARC (2010). World Health Organization (WHO) – Cancer. Dicapai daripada laman sesawang WHO pada Januari 2013.

Helba Willer, Minou Yussefi-Menzler & Neil Sorensen (2008).The World of Organic Agriculture – Statistics and emerging trends 2008. Penerbit: Earthscan, London, UK.

Majlis Kanser Negara (MAKNA). The latest cancer statistics. Dicapai daripada laman sesawang MAKNA pada 27/05/2013.

Manuel Handlechner (2008). Organic Food – Essay. Penerbit: Druck and Bindung: Books on Demand GmbH, Norderstedt Germany. ISBN 978-3-640-14678-9.

Maurizio Canavari (2007). Organic Food –Consumer’s choices and farmer’s opportunities. Penerbit: Springer

Minou Yussefi (2006). The World of Organic Agriculture – Statistics and Emerging Trends 2006. Penerbit: Earthscan,London, UK.

Ong Kung Wai (2006). Organic Farming in Asia – Statistics and Emerging Trends 2006. Penerbit: Earthscan,London, UK.

Kamus Dewan Edisi ke 4 (2007). Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Winnie Lau (2008). Produce Green Foundation, Hong Kong Organic Living Directory World Health Organization (November 2011). Persistent Organic Pollutants (POPs)

______(2011). The Report – Sabah 2011. Penerbit: Oxford Business Group

Nor Mazlina binti Mohamad Amin

Referensi

Dokumen terkait

Kepemimpinan Desa, Kementerian Desa PDTT ), dengan indikator mengemudikan organisasi yang mana kepala desa mengatur arah tujuan organisasi agar tercapai suatu

Dalam formulasi strategi internasional, manajer mengembangkan, memperhalus, dan menyetujui dimana pasar yang akan mereka masuki atau keluar dan bagaimana cara yang baik

Alhamdulillahirabbil ‘alaminn, puji syukur kepada Allah SWT yang senantiasa memberikan limpahan rahmat, taufik, inayah dan hidayah-Nya sehingga penulis dapat

Berdasarkan uraian tersebut, analisa peneliti bahwa pada klien isolasi sosial dengan skizofrenia tentu akan menunjukkan peningkatan kemampuan dalam melakukan sosialisasi yang

Alat ini menggunakan regulator 5V sebagai input untuk melakukan proses switching yang berfungsi untuk mendeteksi tegangan listrik dari PLN yang mengalir pada sistem yang

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemberian Pekerjaan Rumah (PR) dan perhatian orang tua terhadap prestasi belajar Biologi siswa kelas VIII SMP Muhammadiyah

Kegiatan telah dilaksanakan dengan anggaran sebesar Rp.. 41 | Jumlah kabupaten/kota yang mendapat pembinaan tentang klinik B.2. INDIKATOR KINERJA TUPOKSI. Indikator Kinerja

Anak-anak mengabsorbsi timbal lebih banyak dari orang dewasa dan lebih rentan sehingga dapat terjadi efek keracunan pada kandungan timbal yang rendah dalam