• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perincikan Kronologi dan faktor faktor p

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Perincikan Kronologi dan faktor faktor p"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

AH10203

SEJARAH PERBURUHAN DI MALAYSIA

Soalan Tutorial Ke-8:

Perincikan Kronologi

dan

faktor-faktor penyebab

setiap

insiden-insiden berikut:

Insiden Soviet Batu Arang

(1937)

Insiden Bedong

(1947)

Insiden Bukit Sembilan

(1947)

Peristiwa Estet Bukit Asahan

(1966)

PENSYARAH :

AZIZAN BIN MORSHIDI

TUTOR :

EN. MOHD KHAIRUL NABIL

MASA DAN TEMPAT TUTORIAL :

KHAMIS, BT 1.7 (11-12 TENGAH HARI).

PEMBENTANG :

(2)

1.0Pendahuluan

Di Tanah Melayu, gerakan pekerja pada awalnya dipelopori oleh pertubuhan Nanyang General Labour Unions (NGLU). NGLU Ditubuhkan pada 1927, di tanah Melayu yang bergerak di bawah pengaruh “Profintern” 1, mempunyai 42 kesatuan sekerja Malaya dengan 5000 ahli. Persatuan ini memberi fokus terhadap pemilikan kuasa dalam politik bagi memperjuangkan hak pekerja. Seterusnya, kurangnya sokongan terhadap NGLU telah membawa kepada penubuhan Malayan General Labour Unions (MGLU) pada 1930 yang lahir daripada kesedaran para pekerja tentang kegagalan tumpuan terhadap penguasaan politik di saat krisis ekonomi semakin meruncing. Bermula pada tahun 1931, terdapat hampir 724,000 pekerja industri di Tanah Melayu (16% daripada keseluruhan populasi T.M). Pengaruh MGLU mula berkembang dan beberapa siri rusuhan serta pemberontakan berjaya dilakukan.

2.0Insiden Soviet Batu Arang 1937(A State, within a State)

2.1Kronologi Peristiwa

Sebelum berlakunya Insiden Soviet Batu Arang, pada 9 November 1936 seorang ahli parti komunis malaya (PKM) iaitu Chan Han telah tiba di kawasan perlombongan Batu Arang. Chan Han ditugaskan untuk memahami situasi pekerja Batu Arang bagi mempengaruhi buruh-buruh Batu Arang dengan ideologi komunis. Pada awalnya, insiden yang tercetus adalah disebabkan tindakan pegawai eropah yang bertugas di lombong batu arang yang menggunakan kuasa pihak polis untuk membubarkan perhimpunan pekerja lombong. Perhimpunan yang dilakukan adalah bagi membincangkan langkah untuk memperbaiki keadaan mereka dan peningkatan kadar upah dan perkara ini telah membawa kepada membawa kepada rusuhan pekerja lombong Batu Arang. Namun, rusuhan yang berlaku telah berjaya ditamatkan dan tiada sebarang penangkapan dilakukan.2 Hasil daripada rusuhan ini, pada 20 November 1936 kadar upah pekerja telah dinaikkan kepada 10% dan aktiviti pekerjaan harian diteruskan seperti biasa. PKM tahu bahawa perlombongan arang

1 An international body established by the Communist International with the aim of coordinating Communist activities within trade unions. Formally established in 1921, the Profntern was intended to act as a counterweight to the infuence of the so-called "Amsterdam International," the Social Democratic International Federation of Trade Unions, an organization branded as class collaborationist and an impediment to revolution by the Comintern. After entering a period of decline in the middle 1930s, the organization was fnally terminated in 1937 with the advent of the Popular Front

2 Yeo Kim Wah. The Communist Challenge in The Malayan Labour Scene. JAMBRAS.

(3)

merupakan kunci kepada pergerakan industri di Tanah Melayu yakni sebagai penggerak kepada industri di Tanah Melayu, oleh itu bagi mendapatkan perhatian daripada pihak kerajaan British, PKM perlu menguasai perlombongan di Batu Arang yang merupakan kawasan utama penghasilan arang batu. Tindakan PKM dalam insiden soviet batu arang bermula apabila pada December 1936, Chan Han mula menubuhkan Coal Workers Union (CWU). Era 1930-an merupakan saat genting bagi seluruh dunia apabila berlakunya kemelesetan ekonomi yang memberikan impak yang besar terhadap setiap negara termasuklah Tanah Melayu. Antara masalah yang dihadapi oleh para pekerja adalah kekurangan bekalan makanan, pemberhentian kerja oleh majikan, kadar gaji rendah dan lain –lain yang mengakibatkan tekanan sosial terhadap pekerja. Namun, apabila ekonomi semakin pulih, berlaku pula kenaikan harga barang dan perkara ini telah membawa kepada ketidak puashatian pekerja. Seterusnya pada Mac 1937, hasil daripada suara para pekerja Bukit Arang, majikan telah menawarkan 5% peningkatan gaji. Namun apa yang berlaku adalah , pemegang saham memperolehi 12% dividen dan bonus. Pekerja sedar bahawa kenaikan gaji sebanyak 5% tidak membawa apa-apa faedah kepada mereka sebaliknya para pekerja Batu Arang melihatnya sebagai satu penipuan.

(4)

pintu utama telah dihadang menggunakan kayu yang berat dan tali, perkara ini menyebabkan tiada pegawai eropah yang berani untuk masuk ke kawasan lombong.

Seterusnya keadaan bertambah teruk telah menyebabkan kerajaan British di Tanah Melayu mula melakukan untuk campur tangan. Akhirnya pada 26 Mac 1937 sejumlah 200 anggota polis dan 2 kompeni regim melayu telah ditugaskan bagi menamatkan pemberontakan. Dalam peristiwa pertembungan di antara pihak penguatkuasa dan penentang tersebut, beberapa tembakan telah dilepaskan menyebabkan beberapa orang pekerja yang menjadi penggerak pemberontak mati dan 2 daripada anggota pegawai penguatkuasa telah cedera. Menjelang petang 26 mac 1937, ketua pemberontak telah lari ke dalam hutan dan sejumlah 116 ahli CWU telah ditahan kerana terlibat dalam pemberontakan yang berlaku dan perkara ini melemahkan pergerakan komunis di kawasan batu arang.3

2.2Faktor penyebab insiden Soviet Batu Arang( 1937)

Setelah meneliti insiden Batu Arang (1937) terdapat beberapa faktor utama yang telah menyebabkan insiden ini berlaku antaranya ialah sistem kontrak yang disalahgunakan. Berbeza dengan sistem di kawan perlombongan bijih timah, persetujuan dan sistem kerja yang dilaksanakan di kawasan perlombongan Batu Arang adalah berbentuk “perkongsian”. Dalam sistem ini, majikan akan menolak beberapa peratus daripada pembayaran gaji pekerja bagi menampung perbelanjaan am seperti gaji para kerani, kos makanan pekerja, dan kontraktor-sub (kepalas). Keadaan bertambah teruk apabila pihak pengurusan bertindak menyewa lebih ramai kontraktor luar (kepalas) kerana tindakan ini menyebabkan kadar peratusan penolakan gaji yang diberikan akan menjadi tinggi dan mengakibatkan kadar upah yang diberikan kepada pekerja adalah tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Sikap kontraktor yang tidak adil dan kejam juga menjadi punca berlakunya insiden ini, sebagai contoh, pegawai eropah yang ditugaskan memantau lombong Batu Arang telah menggunakan kuasa pihak polis untuk membubarkan perhimpunan yang dilakukan oleh pekerja lombong walhal perhimpunan yang dijalankan adalah bagi membincangkan langkah untuk memperbaiki keadaan mereka dan peningkatan kadar upah tanpa sebarang ancaman yang berlaku. Seterusnya, pada 1930-an juga apabila berlakunya krisis kemelesetan ekonomi kadar Upah dan keadaan yang rumit para pekerja dan pekerja lombong Batu Arang tidak terkecuali terkena tempiasnya. Krisis ekonomi telah memberi

(5)

impak besar terhadap kaum Cina di lombong Batu Arang yang merupakan majoriti mendominasi pekerjaan.

Selain itu juga, tindakan PKM yang menghasut ahli-ahli pekerja juga merupakan faktor mengapa para pekerja mula bersikap radikal.4 Pengaruh komunis telah berada di tanah melayu sejak 1924 merupakan satu faktor yang menjadi pemangkin kepada gerakan dan kesedaran persatuan sekerja. Melihat insiden yang berlaku di lombong Batu Arang 1937, PKM tahu bahawa perlombongan arang batu merupakan kunci kepada pergerakan industri di Tanah Melayu, oleh itu penguasaan terhadap kawasan batu arang merupakan keutamaan pertama yang perlu dilakukan bagi memaksa campurtangan kerajaan terhadap pemberontakan yang dilakukan. Sebagai contoh, pada 9 November 1936, Chan Han telah dihantar ke Batu Arang bagi meneliti situasi/permasalah yang berlaku sebelum melaksanakan rancangan pemberontakan, manakala Chui Tong pula ditugaskan untuk menubuhkan Soviet Batu Arang pada 24 Mac 1937. Faktor luar terutamanya pengaruh kuat gerakan kesatuan sekerja di China juga dapat dilihat mempengaruhi kesedaran pekerja dalam insiden Batu Arang. Selepas perang dunia pertama, gerakan kesedaran kesatuan sekerja di China adalah bersifat radikal dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Oleh itu,keadaan ini secara tidak lansung telah memberi sedikit sebanyak kesedaran terhadap buruh di Tanah Melayu khusunya kaum cina secara berorganisasi. Sebagai contoh, pembentukan Nanyang General Labour Union (May 1926), Malayan General Labour Union (1930).

3.0 Insiden Bedong 1947

3.1 Kronologi

28 Februari 1947.

 Insident Bedong berlaku sekitar 3.00 petang

 Sejumlah 30 wanita dan 50 (remaja lelaki dan perempuan) daripada estet-estet di sekitar kedah telah berkumpul di hadapan “Toddy Shop” Bedong, 10 kilometer daripada sungai petani.

(Tujuan : Mogok/Menghalang kaum lelaki untuk masuk minum di “Toddy Shop”)

 Pergaduhan mula tercetus dihadapan kedai Toddy.

 Unlaw Assembly : Bukti daripada pihak polis mengatakan bahawa tidak ada kaitan dengan mogok.

(6)

 100 polis dan tentera: Gurkha, Singh dan Punjabi bersenjatakan pistol, senapang,

bayonet, kayu cota dan sebagainya.

 Himpunan dianggarkan seramai 500 orang. Bukan sahaja melibatkan orang India,

tetapi juga masyarakat sekitar.

 Perhimpun diarahkan untuk beredar tetapi berkeras: “The Picketers explained that they had come to do social servise for their community, that they sought social reform, and that picketing was not illegal”.5

 Seorang polis masuk kedalam kedai todi dan meminum todi sebagai tanda provokasi.

 Swaminatha Samy: Mangsa pertama.

 Polis mengejar sehingga ke Bandar Bedong dan sepanjang jalan estet.

 12 orang India sahaja yang telah ditahan walaupun terdapat pelbagai kelompok masyarakat disitu yang terlibat.

2 Mac 1947:

 Perbicaraan 12 orang tahanan. Tiada saksi yang dibenarkan masuk ke mahkamah.

 Didapati bersalah memukul anggota polis dengan menggunakan batu. 3 bulan

penjara.

 Mayat Swaminatha Samy yang menjadi mangsa pertama: Keluarga mangsa dilarang

untuk menziarahi dan menuntut mayat tersebut.

 Mogok-mogok yang berlaku di Kedah pada awal tahun 1947 telah menunjukkan bahawa pihak buruh telah menolak kawalan pihak pengurusan terhadap mereka. Selepas tragedi tersebut, ramai pemilik-pemilik estet menghilangkan diri.

3.2 Faktor penyebab Insiden Bukit Bedong(1947)

3.2.1 Elemen sosial

 Pembangunan di kawasan estet: Kuaters buruh, penempatan pengurus estet dan staff, kilang, pejabat, kedai estet, kedai Toddy, sekolah dan pusat perubatan.6 Sebagai contoh:

5 Dass, A., Not Beyonf Repair: Refections of a Malaysian trade unionist, Hong Kong: Asia Monitor Resource Center Ltd., 1991, hlm. 46.

(7)

1951; 107 buah kedai todi, 1955; 286 buah kedai todi.7 Menggalakkan hutang dalam kalangan pekerja estet.

 Selain itu, wujud penempatan kecil di kawasan estet yang dibina di sekitar

jalan-jalan estet.

 Penggunaan buruh berkasta rendah agar mudah dikawal.

 Kehidupan di estet perladangan mempunyai strata sosial: Pertama, orang-orang Eropah berjawatan tinggi di Estet. Kedua, orang-orang Asia yang memegang jawatan pertengahan. Ketiga, buruh kasar.8

 Golongan bawahan iaitu buruh kasar di ladang ditekan oleh pemodal-pemodal.

 Hutang dalam kalangan buruh di estet perladangan dan gaji yang sedikit.

 Kehidupan yang hanya tertumpu di dalam kawasan estet sahaja.

 Di sesetengah kawasan, hampir separuh daripada pekerja buruh estet meninggal

dunia dalam tempoh setahun sejak kedatangan mereka ke Tanah Melayu. Perkara tersebut adalah disebabkan oleh gaya hidup buruh asing yang tidak mementingkan tahap kesihatan dan kebersihan.

...the cooly cares little or nothing about cleanliness or ordinary sanitary precautions, and Tamil labourers were reputed to be poorly nourished because of strict dietary regulations, preference for toddy (distilled palm wine or other alcohol) over food, 'stinting' on food, and the alleged disinclination of unmarried men to cook for themselves or employ a cook. Further, the selection of labourers was not well supervised. While emigration officers denied that selection procedures were remiss, immigration workers were often sick on arrival...A 1900 account also described arriving labourers as emaciated , 'famine stricken', and 'old decrepit men who should never have been allowed through the depot in India'.9

3.2.2 Pergerakan Buruh India

 Selepas pendudukan Jepun: IIL (Indian Independence League) dan INA (Indian

National Army) dihapuskan. Keanggotannya menyertai MPAJA, MPAJU dan MCP.

7 Prakash Chand Jain, Racial Discrimination Against Overseas Indians: A Class Analysis, India: Ashok Kumar Mittal, 1990, hlm. 104.

8 P. Ramasamy, op. cit., hlm. 76.

9 Enakmen Imigrasi Buruh India Selangor, 1884, seksyen 26, Bahagian IV. Dalam Aiza Maslan, Sistem Kuarantin dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu pada

Sekitar Abad Ke-19, Atas Talian,

http://www.myjurnal.my/flebank/published_article/25261/Article__4.PDF.

(8)

 Pertengahan tahun 1946: Perpecahan dari ILU telah membawa keanggotaannya

menyertai General Labour Unions.

 Majoriti buruh India menyertai organisasi/kesatuan buruh dan berjaya mengadakan

mogok bagi memperbaiki keadaan di estet dan juga gaji.

 Kedatangan British selepas pendudukan Jepun: Dasar penjimatan iaitu dengan

mengurangkan kadar upah dan buruh berada dalam keadaan yang sangat teruk.

 A.M Samy: Kedah Indian Labour Unions. Sebelum: Menjadi keanggotaan ILA.

 Thondar Padai (Youth Corps): Penyertaan keanggotaan dari kumpulan buruh India

terutamanya dari kawasan estet.

 Berbentuk pergerakan militan: Mengetuai mogok, social reform, memaksa penghapusan minuman Todi, memperbaiki taraf kesihatan buruh dan sebagainya.10

 Thondar Padai berada dibawah pimpinan A.M Samy.

 Berdasarkan prinsip gerakan pembebasan India, gerakan Gandhian, dan

memperjuangkan aspek kasta dan displin.11

 Bergerak bersama kaum wanita (Gandhian Reformist movement).12

 Selain itu, perjuangan buruh ladang selepas Perang Dunia Kedua telah disalurkan

melalui Kesatuan Pekerja-pekerja Getah (Rubber Workers' Union) yang dibentuk di setiap negeri.

 Kesatuan inilah yang menggalakkan pekerja-pekerja ladang untuk menuntut gaji

yang adil dan kemudahan-kemudahan asas yang memuaskan.

 Guru sekolah Tamil, estet Kangani, buruh India membekalkan maklumat kepada

gerakan buruh India di estet.13

 Pergerakan Thondar Padai dihapuskan pada Mac 1948.14

4.0 Insiden Bukit Sembilan 1947

10 Stenson, M., Class, Race, and Colonialism in West Malaysia, Australia: University of Queensland Press, 1980, hlm. 136.

11 Parvati Raghuram, Tracing an Indian Diaspora: Contexts, Memories, Representation, India: SAGE Publications India Pvt Ltd., 2008, hlm. 61.

12 Weiss, M. L., Protest and Possibilities: Civil Society and Coalitions for Political Change in Malaysia, California: Stanford University Press, 2006, hlm. 68.

13 Lim Pui Huen & Diana Wong, War and memory in Malaysia and Singapore, Singapore: Institute of Shouthest Asian Studies, 2000, hlm. 99-100.

(9)

4.1 Kronologi

3 Mac 1947

 Pada pukul 9.00 pagi pasukan anggota polis telah pergi ke Estet Bukit Sembilan dan

mengepung kawasan tempat tinggal pekerja di estet tersebut.

 Tindakan ini diketuai oleh seorang pegawai eropah yang secara paksa memasuki dan

menggeledah setiap bilik dalam rumah-rumah buruh estet. Buruh-buruh estet tersebut tidak mengetahui apa tujuan pasukan polis itu berbuat sedemikian dan mengepung kawasan tersebut bersama senjata.

 Setelah menggeledah selama sejam, ketika polis telah memecahkan pintu-pintu dan

menghempas atau memusnahkan barang-barang rumah. Pegawai polis itu kemudiannya mengumumkan melalui pembesar suara bahawa pihak polis datang bersama waran untuk mencari dan menahan seorang pemuda bernama Balaya.

 Polis mengarahkan mereka memberitahu di mana Balaya, & mereka memberitahu Balaya telah pergi melawat kawannya di Penang. Pihak polis tidak dapat menemuinya selepas membuat kepungan serta menggeledah setiap rumah.

 Semasa hari kejadian, beberapa orang pekerja telah merancang untuk pergi ke

Sungai Petani untuk memenuhi kewajipan mereka sempena festival Thaipusam yang mana mereka sama sekali terlepas untuk melakukannya disebabkan insiden ini. Malah beberapa orang telah siap berpakaian yang sesuai untuk pergi dan telah menyediakan makanan.

 Keganasan yang dilakukan oleh pihak polis membawa kepada pertembungan antara

pihak polis dengan para pekerja estet.

 Situasi Penentangan : wanita yang bersenjatakan lada (pepper), air panas yang telah

sedia dimasak sehingga mendidih; lelaki pula bersenjatakan kayu, batu, dan botol-botol yang dipenuhi dengan pasir; pokok-pokok turut ditebang bagi membuat sekatan jalan. (Tim Harper: 2008)

 Pihak polis kemudiannya menyerang penduduk di situ. Akibatnya ramai yang cedera teruk, 66 orang lelaki & wanita di bawa pergi dan ditahan atas sebab membuat rusuhan dan dipenjarakan pada hari berikutnya.

 Setelah insiden tersebut berlaku, Badan Siasatan telah melawat estet tersebut

(10)

pengurusan dan polis. Badan Siasatan juga mendapati kemusnahan harta benda yang teruk.

 Malah mereka turut menerima aduan tentang kehilangan wang, pakaian dan

barang-barang pekakas rumah.

 Badan bebas siasatan menyimpulkan

“ How such a result can be called a fight between two armed parties is beyond our comprehension. Even the police evidence does not say that the people attacked first.” “In our opinion, this is the worst case of its kind that we have had the painful duty to investigate. It was premeditated, provocative, destructive and humiliating.”

4.2 Faktor penyebab insiden Bukit Sembilan 1947

4.2.1 Kes Ananthavee

 Ananthavee yang telah bekerja dengan estet tersebut selama 25 tahun telah membuat aduan kepada pengurus estet tentang kehilangan 2 ekor lembu jantannya. Namun dia telah diserang oleh pengurus dan kerani estet dan diarahkan untuk meninggalkan estet.

4.2.2 Kes Balaya

 Balaya, seorang pekerja estet & merupakan individu yang disenangi oleh pihak pengurusan, telah diarahkan oleh pengurus untuk mengangkut semua barang-barang Ananthavee dan membawanya keluar. Namun beliau enggan.

 Pekerja-pekerja yang lain turut memihak kepada Balaya dalam menentang

ketidakadilan tersebut. Justeru, mereka semua masih menetap di estet. Empat hari sebelum kedatangan pihak polis, Balaya telah pergi ke Penang atas jemputan rakannya.

 Ketika kedatangan polis bersama beberapa buah lori siap bersenjatakan senapang,

(11)

4.2.3 Tuntutan Hak Pekerja

 Tuntutan pekerja dalam insiden ini adalah tertumpu kepada keperluan keluarga,

seperti pusat jagaan bayi, perumahan yang lebih baik dan pemberian gaji yang sama dengan wanita.

 Pemecatan pekerja : apabila pengurus menganggap sekiranya mereka bekerja

dengan estet, maka mereka juga tidak kurang seperti harta estet yang lain seperti pokok getah.

(Tim Harper, Christopher Bayly. 2008. Forgotten Wars: The End of Britain's Asian Empire, UK: Penguin.)

5.0 Peristiwa Estet Bukit Asahan 1966

5.1 Kronologi

Nation Union Plantation Worker (NUPW) merupakan satu kesatuan yang ditubuhkan pada tahun 1954 yang diketuai oleh P.P Narayanan iaitu melalui pengabungan lima buah kesatuan. Walaubagaimanapun kesatuan ini telah lari dari landasan dalam menjaga kebajikan dan kepentingan pekerja peladang dan sumbangan kesatuan ini telah menjadi minimum.15

Januari 1961

The Malayan Estet Workers Union (MEWU) telah ditubuhkan dan berjaya didaftarkan walaupun mendapat bantahan daripada timbalan menteri buruh V. Manickavasagam. Walaubagaimanapun apabila pendaftar Perdagangan Kesatuan iaitu K.C George bertemu dengan P.P Narayan akhirnya pada bulan Januari 1962, MEWU telah dibatalkan penyertaannya. Walaupun begitu kesatuan ini berjaya digantikan peranannya dengan penubuhan The United Malayan Estate Workers Union (UMEWU) yang didaftarkan pada April 1963.

Estet di Bukit Asahan merupakan kawasan ladang yang berhampiran dengan Bandar Asahan dan mempunyai kira-kira 800 pekerja yang mana 50 peratus terdiri daripada

(12)

India, 40 peratus Cina dan 10 peratus Melayu.16 Menjelang tahun 1966, 80 peratus pekerja di ladang ini telah menyertai UMEWU. Hal ni disebabkan rasa tidak puas hati peladang terhadap NUPW menyebabkan mereka menyertai UMEWU. Keadaan ini akhirnya telah membawa pemecatan seramai 70 orang pekerja ladang di Bukit Asahan.17

Pada 3 Mac 1967,

Akibat daripada pemecatan ini UMEWU menganjurkan demonstrasi bantahan yang dianggotai oleh Pekerja estet Bukit Asahan di Kuala Lumpur. Namun tindakan kesatuan bertemu dengan kuasa penuh Negara dibawah Federal Reserve Unit (FRU) dan Menteri buruh enggan merujuk pertikaian itu kepada timbang tara tribunal industri dan kemudiannya UMEWU telah dibatalkan pendaftarannya.18

Pada pagi 14 April 1967

Kira-kira 300 pekerja telah meninggalkan Bukit Asahan dan berarak panjang ke Kuala Lumpur melalui Melaka, Tampin dan Seremban. Pihak polis dan FMU telah menghalang perarakan ini di bukit Kajang Melaka dan menyebabkan mereka telah bermalam di sebuah kuil Hindu di Bukit Kajang. Perarakan di sambung semula pada pukul 4 pagi dan walaupun pelbagai sekatan polis terutamanya di Tampin dan Seremban. Akhirnya pada 20 April peguam UMEWU, Karam Singh telah ditahan dibawah akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pada 20 April 1967

Perarakan telah sampai ke Kuala Lumpur dan mereka telah melakukan protes di hadapan British High Commision. Beberapa hari kemudian telegram telah dihantar

16 Arokia Dass, Refection of a Malaysian Trade Unionist, Hong Kong: Asia Monitor Resource Center, 1991, hlm. 77.

17 K.S Sandhu And A. Mani, op.cit., hlm. 329.

(13)

kepada Perdana Menteri, dan beliau telah mengarahkan Menteri Buruh untuk campur tangan.

Pada 5 Mei 1967

Selepas perbincangan dijalankan semua pekerja yang telah dipecat diterima semula bekerja dan pada masa yang sama kesatuan UMEWU telah dibatalkan pendaftarannya oleh kerajaan dan pegawai-pegawainya termasuk Setiausaha Agung Lim Joo dan S.N. Rajah, telah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).19

5.2 Faktor penyebab Insiden Estet Bukit Asahan

5.2.1 Kelemahan NUPW

 Para pegawai telah diberikan kemewahan terutamanya kelengkapan pejabat moden,

ketera, dan lawatan keluar Negara

 Para pegawai telah menjadi golongan borguis Bandar dan telah mengabaikan kepentingan dan kebajikan peladang.

 Sumbangan tenaga kerja kesatuan ini telah mencapai tahap minimal kepada para

peladang dan kesatuan ini gagal meninggikan kualiti hidup buruh ladang.

5.2.2 Peranan UMEWU

 Penubuhan kesatuan ini akhirnya telah berjaya menjadi pencabar dan mengancam

NUPW dalam menjalankan fungsinya.

 Kesatuan ini mendapat sambutan yang baik dan berupaya memiliki ramai ahli dalam masa yang singkat dan menarik ahli NUPW

 Akibat daripada peristiwa tersebut, NUPW telah memecat seramai 70 orang pekerja

ladang

 Keadaan ini akhirnya telah membawa satu demontrasi oleh UMEWU yang dianggotai

pekerja Estet dengan melakukan perarakan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

6.0 Analisis dan Kesimpulan.

Hasil penelitian yang dilakukan, adalah dapat dilihat bahawa insiden-insiden yang berlaku memperlihatkan buruh mula berjuang secara berorganisasi dengan adanya pertubuhan,

(14)

perancangan serta pengaruh ideologi. Perjuangan yang dilakukan adalah bagi menuntut apa yang dikatakan sebagai hak SEBENAR buruh setelah pelbagai penindasan berlaku tehadap mereka seperti kadar upah yang tidak setimpal, kekejaman majikan, ancaman sosial, kebuluran dan lain-lain. Kebergantungan para buruh terhadap NGLU mula pudar kerana segala penentangan yang dilakukan tidak memberi kesan ketara, perkara ini membawa kepada bangkitnya MGLU yang lebih bersifat radikal dan militan. Gerakan militan buruh ini mula muncul di tanah melayu se-awal 1937 melalui insiden di lombong Batu Arang,Selangor. Menurut Amarjit Kaur (1990), pekerja lombong batu arang merupakan sasaran awal bagi mencetuskan pemberontakan adalah disebabkan kebergantungan pihak British terhadap sumber arang batu dalam menjamin pergerakan industri yang lancar di Tanah Melayu. Peristiwa ini turut memperlihatkan pengaruh ideologi komunis melalui PKM mula menular masuk ke dalam pemikiran buruh dan menyebabkan buruh-buruh mula bertindak agresif. Menurut R.K.Jain (1970) Semasa tahun-tahun akhir penguasaan Jepun di Tanah Melayu, buruh cina dan india yang terlibat dalam Malayan People’s Anti-Japanese Union (MPAJU), mula menuntut kadar gaji yang tinggi dan keadaan yang baik untuk buruh. Insiden Bukit Bedong dan Bukit Sembilan yang berlaku di Kedah pada 1947 dapat dinilai sebagai pemangkin kepada gerakan radikal para buruh India kerana kedua-dua insiden yang berlaku adalah disebabkan perjuangan kaum India di Tanah Melayu. Insiden Bedong 1947 merupakan pemberontakan atas permasalahan sosial yang diperjuangkan, manakalah Insiden Bukit Sembilan pula berlaku disebabkan penindasan oleh pihak British terhadap para buruh estet. Selepas kemerdekaan dicapai pada 1957, Insiden estet Bukit Asahan yang berlaku pada 1967 telah menunjukkan bahawa gerakan kesatuan sekerja mula lari dari landasan asal perjuangannya yang jelas berlaku terhadap NUPW. Rasa tidak puas hati buruh estet Asahan pula telah membawa kepada penubuhan UMEWU mula bersaing dengan NUPW dan seterusnya mewujudkan pemberontakan.

RUJUKAN

Arokia Dass. 1991. Reflection of a Malaysian Trade Unionist. Hong Kong: Asia Monitor Resource Center.

Dass, A. 1991. Not Beyonf Repair: Reflections of a Malaysian trade unionist, Hong Kong: Asia Monitor Resource Center Ltd.

Enakmen Imigrasi Buruh India Selangor. 1884. seksyen 26. Bahagian IV. Dalam Aiza Maslan. Sistem Kuarantin dan Pelaksanaannya di Tanah Melayu pada Sekitar Abad

Ke-19. Atas Talian.

(15)

Kernial Singh Sandhu. 2010. Indians in Malaya: Aspects of Their Immigration and Settlement (1786-1957). London: Cambridge University Press.

K.S Sandhu and A. Mani. 1993. Indian Communities in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asia Studies (ISEAS).

Lim Pui Huen & Diana Wong. 2000. War and memory in Malaysia and Singapore. Singapore : Institute of Shouthest Asian Studies.

Malayan Collieries. 1939. Proceedings at the Twenty-Fifth General Meeting of Shareholders. 3I March.

Yeo Kim Wah. 1976. The Communist Challenge in The Malayan Labour Scene. JAMBRAS. 65(2): 36-79

Parvati Raghuram. 2008. Tracing an Indian Diaspora: Contexts, Memories, Representation. India : SAGE Publications India Pvt Ltd.

Prakash Chand Jain. 1990. Racial Discrimination Against Overseas Indians: A Class Analysis. India: Ashok Kumar Mittal.

Peter Claus. 1998. Third Words Workers: Comparative International Labour Studies. Nedherland : Leiden.

Stenson, M. 1980. Class, Race, and Colonialism in West Malaysia. Australia: University of Queensland Press.

Referensi

Dokumen terkait

The aim of this study are to analyze the text of female sexuality articles that realized in the women magazines (i.e. vocabulary, grammar, cohesion and text

Adapun permasalahan dalam penelitian ini yaitu bagaimana Peran Kepolisian Sektor Tampan dalam mengimplementasi Undang-undang Nomor 22 Tahun 2009 Tentang Lalu Lintas dan Angkutan

Berdasarakan teori yang ditulis oleh Stufflebeam mennyatakan evalausi konteks adalah sebuah fokus institusi dengan mengindetifikasi peluang dan kebutuhan , jadi

Rahyono (2003) menyatakan intonasi sebuah bahasa memiliki keteraturan yang telah dihayati bersama oleh para penuturnya.Penutur sebuah bahasa tidak memiliki kebebasan yang

2. Kongres Pemuda Kedua adalah kongres pergerakan pemuda Indonesia yang melahirkan keputusan yang memuat ikrar untuk mewujudkan cita-cita berdirinya negara Indonesia, yang

Latar Belakang www.themegallery.com PENDAHULUAN Latar Belakang Rumusan Masalah Batasan Masalah Tujuan Penelitian Manfaat Penelitian TINJAUAN PUSTAKA METODE PENELITIAN PENUTUP

Tujuan penelitian peng- embangan ini adalah menghasilkan modul interaktif dengan menggunakan learning content development system pada materi pokok usaha dan energi untuk

Columns 2 and 4 report estimates of the average difference between the control and treatment students’ test scores from the fi rst and second followup surveys,