• Tidak ada hasil yang ditemukan

ISU ISU PENGENDALIAN MAKANAN ARAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ISU ISU PENGENDALIAN MAKANAN ARAK"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Isu isu logo halal

Lembaga Pelindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM)

mengenal pasti antara 20 hingga 30 barangan keluaran dan edaran syarikat bukan Islam di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Presidennya, Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, paling

mengejutkan apabila ada di antara barangan itu terutama produk makanan didapati memiliki logo halal sedangkan jenis, perisa dan kandungannya berasaskan sumber meragukan.

“Isu ini kian meruncing walaupun Jakim telah melarang penggunaan logo dan ungkapan halal serta lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan dan memperdayakan orang Islam.

Persoalannnya , walaupun selepas larangan penguatkuasaan dikeluarkan , kenapa isu logo halal ini masih berlarutan. Jakim ingin menasihati pihak pengusaha premis makanan yang tidak mempunyai pensijilan Halal

Malaysia oleh Jakim/ MAIN/ JAIN agar tidak mempamer atau menggunakan sebarang logo atau penandaan atau ungkapan berkaitan halal seperti

‘ditanggung halal’ atau ‘makanan orang Islam’ dan seumpamanya di premis mereka kerana ia merupakan satu kesalahan di bawah perundangan yang dijelaskan di atas.

Jakim menyaran dan menggalakkan pengusaha premis makanan memohon pensijilan Halal Malaysia dengan pihak berkuasa berwibawa di peringkat Persekutuan (Jakim) atau di peringkat negeri (MAIN/ JAIN). Pensijilan Halal Malaysia yang dimiliki oleh pengusaha premis makanan ini menjadi suatu bentuk pengesahan yang diiktiraf undang-undang bahawa makanan dan minuman berserta bahan mentah/ bahan ramuan, peralatanpenyediaan makanan serta perkhidmatan premis makanan itu dapat disahkan kehalalannya, selaras dengan keperluan prinsip halalan

(2)

Pada masa yang sama, berdasarkan persetujuan Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar gerak kerja pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan Halal Malaysia kepada premis makanan akan dilaksanakan secara berperingkat.Buat masa ini Jakim masih dalam proses memberikan pendidikan dan nasihat kepada pengusaha dan pemilik premis.

Pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan secara berperingkat kepada premis makanan ini juga akan memberi peluang dan masa yang secukupnya kepada semua pengusaha premis makanan melaksanakan perubahan dan mendapatkan pensijian Halal Malaysia sewajarnya selaras dengan

keperluan undang-undang berkenaan.

Isu isu penggunaan wain dan alcohol dalam makanan

Sekitar tahun 2005, timbul isu penggunaan arak seperti rum dan wisky dalam masakan laut (seafood) sebagai penambah rasa tambahan supaya lebih enak dan lazat untuk dimakan. Pada tahun berikutnya, arak juga dikatakan digunakan dalam pembuatan kek dan pastri sebagai agen penaik dan pengilat.2 Manakala di awal tahun 2010, akhbar pernah melaporkan alkohol dikenalpasti dalam produk minuman ringan seperti air bikarbonat, malta, barbican, hoffagman, air nira serta produk berasaskan pemeraman lain seperti kicap, dan tapai. Secara umumnya, alkohol banyak digunakan dalam barang gunaan. Penggunaannya tidak terhad untuk produk yang diguna pakai secara dalaman (orally) seperti makanan dan minuman sahaja, ia juga digunakan dalam penghasilan produk luaran seperti farmaseutikal, kosmetik dan dandanan diri. Wain masakan mengandungi garam sebagai bahan pengawet untuk mengelakkan etanol bertukar kepada asid asetik (cuka) yang secara tidak langsung akan menukarkanya kepada cuka masakan.

Walaupun dipercayai semua alkohol yang ditambah dalam masakan ini akan tersejat semasa memasak, sebenarnya tidak berlaku sedemikian. (Riaz & Chaudry 2004). MAJORITI restoran atau hotel yang menyediakan

(3)

pewarna (pembuatannya menggunakan alkohol sebagai bahan pelarut) yang digunakan secara meluas di dalam pembuatan kek, roti, biskut, coklat dan ais krim. Alkohol (etanol) akan meruwap apabila mencapai suhu takat didih 78 darjah Celsius. Walaupun ketika proses memasak akan menyebabkan alkohol meruwap daripada makanan, tetapi ia tetap meninggalkan sedikit rasa pada makanan. Contohnya, wain akan

ditambah ke dalam sos di akhir proses masakan dan dibiarkan 20 hingga 30 saat sebelum api dipadam. namun sebenarnya ia meninggalkan kesan kepada makanan. Ini dibuktikan kajian Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Seperti dijelaskan, arak walaupun sedikit dan tidak memabukkan tetap haram. Sabda Rasulullah : “Apa yang banyaknya memabukkan maka yang sedikitnya pun haram”. (Hadis Abu Daud dan An-Nasai’i)

Dalam hal ini, kita tidak harus menyalahkan chef berkenaan

keseluruhannya mungkin kerana kekurangan ilmu berhubung hukum alkohol dan arak. Ilmu masakan ini kebiasaannya adalah dari barat yang tidak melihat syarak sebagai asas. Oleh itu, tanggungjawab chef Muslim adalah penting dalam penentuan halal haram dalam masakan.

Alkohol banyak digunapakai dalam industri pemprosesan barangan gunaan masa kini sama ada ia melibatkan produk berasaskan makanan dan

minuman serta bukan makanan. Namun, produk berasaskan minuman lebih mendominasi isu yang mendasari polemik alkohol terhadap pemilihan

produk halal dalam kalangan pengguna. Dalam mendepani isu ini, para fuqaha telah menggariskan panduan yang jelas bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Di samping diperkukuhkan lagi dengan beberapa fatwa semasa terutama penetapan kadar untuk penggunaannya sama ada digunakan untuk tujuaan dalaman atau luaran. Justeru, isu-isu berasaskan produk gunaan terutama dalam penentuan halal haram dapat ditangani dengan lebih tepat lagi berkesan dengan memperbanyakkan kajian semasa dengan bantuan disiplin sains dan teknologi.

Terdapat dua jenis penggunaan alkohol sama ada melibatkan dalaman (internal) atau luaran (external). Hal ini kerana wujud perbezaan terhadap pengklasifikasian tersebut apabila bahan ini diproses dalam industri

tersebut. Penggunaan dalaman atau unnatured alcohol (tidak dinyah-aslikan)18 termasuklah sebagai bahan minuman seperti minuman

(4)

Dalam industri pemprosesan makanan, alkohol digunakan sebagai bahan pelarut yang penting selain air. Ia berfungsi sebagai perasa tambahan dalam makanan seperti kek, masakan makanan laut dan seumpamanya.20 Dalam penghasilan perasa makanan, bahan yang dipanggil sebagai minyak essential dilarutkan dalam alkohol dengan tujuan supaya tahan lebih lama serta mampu mengekalkan bauannya.21Selain itu, dalam penghasilan produk makanan seperti kek biasanya ia disapu atau dicampur untuk menghasilkan kek yang lebih bermutu. Begitu juga dalam industri penternakan, alkohol juga digunakan untuk menambah kualiti daging. Contohnya, lembu Kobe.

Penggunaan gelatin dalam makanan

Gelatin adalah satu bahan yang digunakan di dalam industri makanan dan perubatan kerana sifatnya yang unik. Manusia telah menggunakan gelatin sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Kini,kegunaannya telah diperluaskan ke dalam industri farmaseutikal, kosmetik dan teknikal pula. Tanpa gelatin, sesetengah produk tidak mungkin dapat dihasilkan.

Terdapat dua jenis gelatin. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati dari kulit babi. Gelatin ‘Type B’ pula didapati dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan ‘bovine’ seperti lembu, kambing dan kerbau.

Berdasarkan sifat bahan dasarnya pembuatan gelatin dapat dikategorikan dalam 2 prinsip dasar yaitu cara alkali dan asam

1. Cara alkali dilakukan untuk menghasilkan gelatin tipe B (Base), yaitu bahan dasarnya dari kulit tua (keras dan liat) maupun tulang. Mula-mula bahan diperlakukan dengan proses pendahuluan yaitu direndam beberapa minggu/bulan dalam kalsium hidroksida, maka dengan ini ikatan jaringan kolagen akan mengembang dan terpisah/terurai. Setelah itu bahan dinetralkan dengan asam sampai bebas alkali, dicuci untuk menghilangkan garam yang terbentuk. Setelah itu dilakukan proses ekstrasi dan proses lainnya.

(5)

Gelatin telah menjadi isu hangat bagi seluruh penduduk dunia termasuk orang-orang Islam, Yahudi, Vegetarian, Buddha dan lain-lain apabila mereka mengetahui sumber gelatin adalah dari tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan. Bagi orang-orang Islam, walaupun sumbernya dari binatang yang halal dimakan, mereka harus memastikan bahawa haiwan-haiwan tersebut disembelih oleh orang Islam dan mengikut syariah.

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah:

 Konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain)  Puding, kek dan pai

 Gummi jelli, Pastil berperisa  Yogurt, keju dan butter  Ais-krim

 Pencuci mulut segera

 Gula-gula getah (Chewing gum)  Produk-produk daging yang diproses

"Dengan itu masyarakat Islam wajib BERHATI-HATI dalam

memilih dan membeli makanan kerana dikhuatiri mengandungi gelatin dari lemak babi atau haiwan yang tidak disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)"

Untuk keperluan industri dalam negeri Malaysia setiap tahun mengimport gelatin . Sebagai contoh dapat dikemukakan bahwa pada tahun 2000, Indonesia mengimport gelatin 3.092 ton dari Amerika Serikat, Perancis, Jerman, Brasil, Korea, Cina dan Jepang. (www.iptekda.lipi.go.id) Menurut Nur Wahid, anggota LPPOM MUI, seratus persen gelatin di Indonesia merupakan produk impor. Di luar negeri, sebanyak 70 persen gelatin terbuat dari kulit babi. (www.republika.co.id)

(6)

mengandung kira-kira 84 – 86 % protein, 8 – 12 % air dan 2 – 4 % mineral. Dari 10 asam amino essensial yang dibutuhkan tubuh, gelatin mengandung 9 asam amino essensial, satu asam amino essensial yang hampir tidak terkandung dalam gelatin yaitu triptofan.

Fungsi-fungsi gelatin dalam berbagai contoh jenis produk yang biasa menggunakannya antara lain :

1. Jenis produk pangan secara umum: berfungsi sebagai zat pengental, penggumpal, membuat produk menjadi elastis, pengemulsi, penstabil, pembentuk busa, pengikat air, pelapis tipis, pemerkaya gizi.

2. Jenis produk daging olahan: berfungsi untuk meningkatkan daya ikat air, konsistensi dan stabilitas produk sosis, kornet, ham, dll.

3. Jenis produk susu olahan: berfungsi untuk memperbaiki tekstur, konsistensi dan stabilitas produk dan menghindari sineresis pada yoghurt, es krim, susu asam, keju cottage, dll.

4. Jenis produk bakery: berfungsi untuk menjaga kelembaban produk, sebagai perekat bahan pengisi pada roti-rotian, dll

5. Jenis produk minuman: berfungsi sebagai penjernih sari buah (juice), bir dan wine.

6. Jenis produk buah-buahan: berfungsi sebagai pelapis (melapisi pori-pori buah sehingga terhindar dari kekeringan dan kerusakan oleh mikroba) untuk menjaga kesegaran dan keawetan buah.

7. Jenis produk permen dan produk sejenisnya: berfungsi untuk mengatur konsistensi produk, mengatur daya gigit dan kekerasan serta tekstur produk, mengatur kelembutan dan daya lengket di mulut.

Isu pemprosesan ayam di Malaysia

“Seorang pakar genetik Israel, Avigdor Cahaner, telah menghasilkan genetik ayam tidak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel.Ayam dengan kulit tanpa bulu diciptakan dengan perkawinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang mempunyai leher tak berbulu.Idea di sebalik pembangunan ayam tanpa bulu ini bertujuan menghasilkan spesies ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas, dengan kata lain ayam yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan memproses ayam.Dan tentu saja, ayam ini tidak perlu dicabut bulu sebelum dimasak, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang

(7)

haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu ini lebih buruk.”

Berikut adalah cerita yang berlaku di luar Malaysia. Bagaimana pula dengan Malaysia? Bagaimana dengan pemprosesan ayam yang hari hari kita makan?

Menutut Profesor Avignor Cahaner, beliau mengatakan itu bukanlah ayam kejuruteraan genetic, itu berasal dari keturunan alam yang ciri-ciri telah selama 50 tahun. Ayam broiler ini ayam normal, kecuali untuk fakta ia tidak mempunyai bulu. Para saintis juga berharap generasi baru akan membesar lebih cepat kerana tidak perlu menggunakan tenaga untuk menuumbuhkan bulu di tubuhnya, sehingga ayam akan memfokuskan makanan yang

diserapnya untuk dijadikan daging sehingga ayam boleh lebih gemuk. Inovasi sebegini cukup memeranjatkan kerana ia bertentangan dengan lumrah semulajadi dan ciptaan Tuhan. Sudah kita ketahui, seekor ayam tanpa bulu pasti tersiksa kerana ia akan kesejukan dan tidak dapat untuk terbang. Ia benar benar bertentangan meskipun ia adalah hasil inovasi yang terbaharu.

Umat Islam menjangkakan produk prduk yang dikilangkan di Malaysia adalah halal belaka. Namun demikian, segelintir kilang yang dikendali oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap itu.Meskipun dikendali oleh pihak yang beragama Islam, namun, cara pemprosesan masih menjadi tanda tanya.

Berikut adalah hasil pemeriksaan dan tinjauan cara pemprosesan ayam di kilang kilang di Malaysia. Kebanyakan adalah tertumpu di sekitar Johor, Selangor, Pulai Pinang.

URUTAN

PROSES PEMPROSESAN AYAM INDUSTRI

1 Menggunakan Stunning (stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan elektrik sebelum disembelih) 2 Usus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga

ayam disiap diproses.

3 Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam.

(8)

darah boleh menembusi daging ayam.

5 Ayam dimasukkan ke dalam air sejuk yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatam segar untuk beberapa hari

apabila dijual di pasaran.

6 Teknik ‘water induce’ (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut

keuntungan dengan menipu.

7 Ayam dihantar kepada pusat jualan , pasar basah,pasaraya , kedai runcit dan pasar malam.

8 Kebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan

bakteria.

Jika mengikut syarak, ayam sepatutnya dikendali dengan penuh tertib. Ia wajib disembelih. Penyembelihan dari segi bahasa bererti potong atau belah bagi menghilangkan nyawa binatang.Dari segi syara‘ bermaksud

menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan menggunakan alat yang tajam selain dari kuku, gigi, dan tulang untuk membolehkan haiwan itu halal dimakan oleh orang Islam. Jika tidak disembelih dan mengikut hukum Islam ia diistilahkan sebagai bangkai dan najis.

Sabda Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam :

Maksudnya:

“Sembelihan adalah di antara pangkal dagu dan pangkal leher”

(9)

2.0 Garis Panduan Produk Halal dan Ruang Lingkup Undang-undang 2.1 Garis Panduan Produk Halal

Secara umumnya, JAKIM merupakan badan yang telah menyediakan garis panduan produk halal secara komperehensif. Garis panduan ini

merangkumi prosedur pemeriksaan, pengesahan dan permohonan sijil halal, kelulusan, syarat-syarat, pemantauan dan penguatkuasaan4 .

(10)

pemeriksaan awal ke atas kilang pengeluar produk dan premis makanan, pemeriksaan akan dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang pegawai iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam dan PegawaiTeknikal (Pegawai Teknologi Makanan) manakala pemeriksaan bagi rumah sembelihpula boleh dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang Pegawai Hal Ehwal Islam dan seorang Pegawai Teknikal.

Di antara skop pemeriksaan yang dibuat ialah dokumentasi, pemerosesan, pengendalian dan pengedaran produk, peralatan, perkakasan, mesin dan bahan bantuan pemerosesan, penyimpanan, peragaan dan penyajian

produk, kebersihan, sanitasi dan keselamatan makanan, pembungkusan dan pelabelan dan keseluruhan premis. Pemeriksaan semula akan dilakukan jika terdapat perubahan-perubahan pada produk, seperti penambahan atau perubahan bahan-bahan ramuan, premis seperti perpindahan premis atau perubahan teknologi pemerosesan dan pengeluaran. Pemeriksaan semula ini dilakukan untuk memastikan tindakan pembetulan yang dikehendaki telah dipatuhi. Laporan pemeriksaan atas akan dikemukakan dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal dan panel menolak atau meluluskan mana- mana permohonan.

(b) Prosedur Permohonan Sijil Pengesahan Halal

Bagi mendapatkan kelulusan sijil pengesahan halal, ianya hanya akan dikeluarkan setelah permohonan yang berkenaan diluluskan oleh Panel Pengesahan Halal. Sebarang rayuan berkaitan dengan pensijilan halal hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah JAKIM atau Pengarah Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri..

Tempoh sahlaku bagi Sijil Pengesahan Halal ialah dua tahun dan terbatal bila-bila masa sahaja apabila didapati bercanggah dengan prosedur pensijilan halal Malaysia. Pemegang Sijil Pengesahan Halal hendaklah mengemukakan permohonan pembaharuan empat (4) bulan sebelum tamat tempoh dan mana-mana pihak yang gagal memperbaharuinya tidak dibenar menggunakan logo halal bagi premis atau produk yang dikeluarkan.

(11)

Bagi premis makanan, logo halal hendaklah dipamerkan di premis

berkenaan dan bagi hotel ianya hendaklah dipamerkan di bahagian dapur atau di seksyen halal di restoran yang disahkan halal sahaja. Pihak syarikat walaubagaimanapun dibenarkan mencetak warna logo mengikut kesesuaian pembungkusan produk masing-masing selagi mana tidak mengubah

spesifikasi logo asal yang dikeluarkan.

(c) Syarat-syarat penggunaan sijil pengesahan dan logo halal

Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini tidak boleh diniaga, diberi pinjam, ditukarmilik, dipalsukan, disalahgunakan atau dipinda dengan apa caranya sekalipun. Sebarang perubahan ke atas nama dan alamat syarikat, premis, jenama produk, bahan ramuan, pengeluar-pengeluarnya dan yang berkaitan dengannya, hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah, Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia atau Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri atau Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri secara bertulis untuk tindakan selanjutnya.

(d) Pemantauan Dan Penguatkuasaan

Pelaksanaan pemantauan dilakukan dalam dua keadaan iaitu berkala dan aduan. Iaitu pemeriksaan yang dilakukan secara terancang dan berterusan dari semasa ke semasa dan berdasarkan aduan awam. Pemeriksaan

pemantauan berkala akan dibuat oleh sekurang kurangnya dua orang Pegawai Hal Ehwal Islam yang diberi kuasa manakala Pemeriksaan pemantauan berdasarkan aduan dilakukan oleh seorang Pegawai dari Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN dan HEP) atau Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

(12)

Sesungguhnya Islam amat menekankan aspek halal dan haram tentang apa jua perkara di

dalam kehidupan sama ada dalam betuk perbuatan, pemakanan, percakapan dan

sebagainya. Konsep halal ini telah dirakamkan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam

surah al-Baqarah ayat 172-173 yang bermaksud: Hai orang-orang yang beriman!

Makanlah yang baik-baik daripada apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta

bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepada-Nya. Allah hanya

mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih

bukan kerana Allah. Maka barang siapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja

dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, kerana sesungguhnya Allah

Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Firman ini menghuraikan falsafah dan prinsiphalal dalam Islam yang menyebut bahawa golongan orang yang beriman di sisi Allah

ialah mereka yang memelihara aspek halal dan haram dalam dirinya. Bersesuaian dengan

roh firman Allah di atas, dapatlah difahami bahawa perlunya ada usaha-usaha berterusan

oleh umat Islam untuk memelihara dan memastikan aspek halal ini dapat dijaga dalam

Referensi

Dokumen terkait

722 Tahun 1988, bahan tambahan makanan (food additive) adalah bahan yang biasanya tidak digunakan sebagai makanan dan biasanya bukan merupakan komponen khas makanan, mempunyai

Bahan tambahan makanan berarti bahan apapun yang biasanya tidak dimakan sendiri sebagai suatu makanan dan biasanya tidak digunakan sebagai bahan-bahan khas

Bahan Tambahan Makanan adalah bahan yang biasanya tidak digunakan sebagai makanan dan biasanya bukan merupakan komponen khas makanan, mempunyai atau tidak

Hubungan Sumbangan Zat Gizi Makro Dari Pemberian Makanan Tambahan (PMT) Biskuit Lapis Sandwich Ibu Hamil Kekurangan Energi Kronis (KEK) Dengan Berat Badan Bayi Lahir Di

Bahan tambahan makanan adalah bahan yang biasanya tidak digunakan sebagai makanan dan biasanya bukan merupakan ingredien khas makanan mempunyai atau tidak mempunyai nilai gizi,

Penelitian ini dilakukan untuk mengetahui hubungan kehadiran konseling gizi dan konsumsi PMT (Pemberian Makanan Tambahan) program dengan pertambahan BB Ibu hamil KEK

(2) Selain yang disebut pada ayat (1), khusus untuk bahan pewarna yang dilarang digunakan sebagai bahan tambahan makanan, ditetapkan dengan Peraturan Menteri

Pemerintah bertanggungjawab selama calon jemaah haji singgah di asrama haji, salah satunya ialah dengan menyediakan masakan yang higienis, karena makanan merupakan tempat yang sangat