• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kedayatahan masyarakat bandar dan pemiki

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kedayatahan masyarakat bandar dan pemiki"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

1

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HGM511/3

(BANDAR DAN KOMUNITI LESTARI)

TAJUK:

KEDAYATAHANAN SESUATU BANDAR DIKATAKAN BERKAIT DENGAN PEMIKIRAN KREATIF MASYARAKAT BANDAR TERSEBUT DALAM MENCARI PENYELESAIAN MASALAH ATAU KONFLIK YANG TIMBUL DALAM PELBAGAI ASPEK SEPERTI EKONOMI, BUDAYA, PERSEKITARAN, BENCANA SEMULAJADI DAN SEBAGAINYA. BINCANGKAN.

SITI NUR ROHANI BINTI HASBIE

SARJANA SAINS BANDAR DAN KOMUNITI LESTARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

(2)

2

Visi untuk keselamatan kesihatan telah diterangkan dalam National Health Security Strategy (NHSS) yang telah dibina di atas asas daya tahan komuniti. Malahan, National Health Security Strategy (NHSS) turut menerangkan bahawa komuniti berdaya tahan di mana ia adalah keupayaan berterusan masyarakat untuk bertahan dan pulih daripada kesukaran1. Komuniti yang berdaya tahan adalah termasuk dalam kalangan individu yang

sihat dan keluarga yang mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, kedua-dua fizikal dan psikologi, dan memiliki pengetahuan dan sumber untuk menjaga diri sendiri serta orang lain kedua-dua keadaan rutin seharian mahupun dalam keadaan kecemasan. Daya tahan juga telah dipertingkatkan dan dianggap sebagai kritikal dalam mengurangkan kelemahan, mengurangkan kesan-kesan kesihatan yang negatif dan cepat memulihkan sesuatu fungsi dalam sesebuah komuniti tersebut.

Dalam konsep pembangunan bandar era paska moden masa kini telah diberikan berbagai filosofi seperti bandar mampan, bandar sejahtera, bandar berdaya huni, bandar selamat dan bandar pintar di mana telah terdapatnya penduduk yang mendiaminya sebagai tempat untuk mereka bergantung hidup. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa pemikiran kreatif sesebuah masyarakat bandar itu tidak dapat dinafikan hak mereka. Ini kerana pemikiran kreatif masyarakat bandar itu adalah penting dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Malahan, tanpa masalah yang dihadapi oleh mereka ini secara langsung telah mendorong pelbagai inisiatif dari dalam diri mereka dalam menggerakkan keupayaan mereka untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Contohnya, dengan masalah yang timbul ia memberikan peluang kepada mereka untuk beradaptasi

(3)

3

bagi membantu diri sendiri dalam menyesuaikan diri mereka dengan kesukaran2. Namun

begitu, untuk menyelesaikan setiap permasalah yang berlaku hendaklah sesebuah masyarakat itu memiliki maklumat serta pendidikan dalam kehidupan mereka agar mereka dapat mencari peluang ataupun jalan penyelesaian untuk permasalahan yang berlaku.

Justeru, dengan pemikiran yang kreatif masyarakat pada masa kini ia secara langsung dapat melestarikan kedayatahanan sesebuah komuniti. Namun begitu tidak dinafikan di mana untuk memperoleh kedayatahanan dalam sesebuah masyarakat bandar tersebut, komuniti haruslah menyesuaikan diri mereka dengan penglibatan dan pendayaupayaan dalam kehidupan mereka. Ini kerana dengan penglibatan dan pendayaupayaan yang mereka miliki secara langsung dapat memberikan impak yang besar kepada komuniti tersebut. Mengikut The Community and Regional Resilience Institute (CARRI) menyatakan bahawa daya tahan sesebuah masyarakat adalah di mana mereka mempunyai keupayaan untuk menjangka sesuatu risiko, mengehadkan kesan dan bangkit semula dengan cepat melalui kelangsungan hidup, penyesuaian, perubahan dan pertumbuhan dalam menghadapi perubahan yang bergelora3. Ini secara langsung telah membuktikan

bahawa penglibatan dan pendayaupayaan sesebuah komuniti itu dapat dijana di mana setiap masalah atau konflik yang timbul dalam diri atau komuniti mereka ia boleh memberikan peluang kepada mereka untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang mereka hadapi.

2 Community & Regional Resilience Institute. Definitions of Community Resilience : An Analysis : A CARRI REPORT, 2013. Page 2 of 10

(4)

4

(5)

5

Selain itu, dengan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang ada, tidak mustahil ia turut mempengaruhi gaya hidup serta cara masyarakat bandar untuk berfikir secara lebih kritis, optimis, kreatif, inovatif dan sebagainya. Ini kerana masyarakat bandar pada masa kini amatlah memerlukan teknologi dalam kehidupan seharian mereka tidak kira dari segi teknologi material ataupun bukan material. Namun apa yang boleh kita lihat pada masa kini adalah telah lahirnya ‘techno cities’ seperti dalam kajian Wacana pemikiran ‘techno cities’ tentang bandar pengetahuan oleh (Jalaludin Abdul Malik,2014). Techno cities adalah merupakan satu bentuk budaya pemikiran yang berasaskan teknologi di mana budaya pemikiran ini lahir sebagai kesan daripada pembangunan bandar yang berteknologi termaju khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam pemikiran ‘tehcno cities’ ini juga lebih dikenali sebagai pemikiran etnik maya ataupun virtual ethnicity. Secara umumnya, pemikiran techno cities ini lahir di dalam bandar pengetahuan, bandar pintar dan bandar ilmu. Tidaklah mustahil di mana pemikiran kreatif sesebuah masyarakat bandar itu mempunyai kaitan dalam ‘techno cities’ serta kedayatahanan komuniti itu turut berkait rapat.

(6)

6

tingkahlaku, fungsi dan kualiti kehidupan. Di samping itu juga, daya tahan masyarakat muncul daripada empat set yang utama dalam kapasiti penyesuaian iaitu pembangunan ekonomi, modal insan, maklumat dan komunikasi dan kecekapan komuniti yang mana ia bersama-sama dalam menyediakan strategi untuk kesediaan bencana dan lain-lain konflik ataupun permasalahan yang berlaku dalam kalangan komuniti bandar mahupun komuniti setempat. Dalam mengurangkan risiko dan sumber ketidaksamaan yang di hadapi, ia melibatkan penduduk tempatan dalam pengurangan, mewujudkan rangkaian sosial, meningkatkan dan melindungi sokongan sosial dan merancang untuk mempunyai pelan di mana ia memerlukan fleksibiliti , kemahiran membuat keputusan dan sumber maklumat yang dipercayai oleh komuniti ataupun masyarakat tersebut serta mereka juga harus memastikan bahawa segala fleksibiliti, kemahiran dalam membuat keputusan dan sumber maklumat yang mereka perolehi itu haruslah berfungsi secara sepenuhnya dalam membantu mereka sendiri terhadap permasalahan ataupun konflik yang mereka alami. Ini kerana dengan kefungsian tersebut ia secara langsung dapat membantu mereka untuk mencapai tahap atau matlamat itu berjalan seperti yang mereka telah tetapkan agar konflik atau masalah itu boleh selesai seperti yang telah dirancang.

(7)

7

superego. Masyarakat bandar juga tidak ketinggalan daripada struktur personaliti ini kerana telah menjadi lumrah di mana setiap manusia itu mempunyai konflik atau permasalahan yang bakal mereka hadapi. Namun begitu, ia menjadi tanggungjawab sesebuah komuniti atau masyarakat bandar itu sendiri dalam menyelesaikan setiap konflik yang mereka alami.

Dalam kehidupan seharian masyarakat sama ada di bandar mahupun luar bandar ataupun pinggir bandar, kegiatan ekonomi merupakan keperluan asas dalam kehidupan manusia. Kegiatan ekonomi pada masa kini telah bergerak mengikut matlamat-matlamat individu ekonomi yang telah ditetapkan dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana dengan aktiviti ekonomi itulah, setiap masyarakat itu memperoleh sumber keperluan dan sumber pendapatan mereka ia selari dengan Teori Keperluan Abraham Maslow di mana ekonomi adalah termasuk dalam keperluan asas manuasia (Maslow, 1954). Walaupun pada zahirnya terdapat perbezaan antara seseorang individu dengan individu ekonomi yang lain namun pada asasnya ia adalah bermatlamatkan kepada kesejahteraan. Oleh sebab itu, dalam sistem ekonomi juga terdapatnya konflik ataupun masalah yang wujud. Ini sangat penting kerana, ia adalah satu kemestian bagi penduduk mahupun masyarakat bandar mengenai bagaimana ataupun apa cara yang perlu mereka lakukan atau gunakan dalam mencari penyelesaian masalah yang mereka hadapi.

(8)

8

sejak sebelum merdeka lagi di mana Dasar Pecah dan Perintah yang telah diwujudkan oleh penjajah British pada sebelum merdeka iaitu sejak dari tahun 1940 semasa berakhirnya Perang Dunia Pertama4. Bermula daripada situ sehingga ke selepas merdeka

yang dikecapi oleh negara kita, telah wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam negara tetapi itupun berlaku setelah berlakunya Peristiwa Berdarah pada 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini telah dilaksanalan dalam Rancangan Malaysia Kedua pada tahun 1970.

Namun begitu, Dasar Ekonomi Baru telah digubal dengan tujuan untuk mencapai perpaduan kaum. DEB telah menetapkan dengan pencapaian perpaduan nasional sebagai matlamat utama dalam dasar ini. Malahan, integrasi sosial melalui pengagihan pendapatan yang adil turut ditekankan dalam DEB kerana sumber-sumber kekayaan negara pada masa tersebut adalah tidak seimbang di antara kaum etnik di Malaysia. Amnya, DEB adalah bertujuan untuk melaksanakan dua matlamat iaitu yang pertama adalah mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan membanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan matlamat yang kedua adalah untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Walaupun DEB ini telah sekian lama, namun negara masa kini yang telah berada pada abad ke-21 turut mengalami konflik dan masalah dalam ekonomi dalam kalangan

(9)

9

masyarakat bandar. Contohnya, masalah ekonomi yang makin meruncing di bandar pada masa kini boleh ditakrifkan sebagai kemiskinan yang berlaku dalam bandar di mana ia berlaku akibat daripada krisis di kawasan bandar disebabkan oleh sektor pembinaan dan sektor pembuatan merombak cara pengurusan yang telah menyebabkan pemberhentian kerja dan pengangguran yang berlebihan dalam negara dan ini telah menyebabkan berlakunya inflasi menjadi lebih besar. Sehubungan itu, turut berlaku juga kegawatan ekonomi dunia pada tahun 1997 di mana ia secara langsung mempengaruhi kejatuhan nilai ringgit Malaysia di mana ia memberi kesan kepada pertumbuhan dan pembangunan bagi semua sektor di dalam negara (Syuhaily Osman, 2000). Situasi kegawatan ekonomi pada masa tersebut jika kita lihat balik amat sukar bagi sesebuah negara itu untuk bangkit semula serta berdaya tahan di mana ia secara amnya turut merangkuni masalah global. Pada masa tersebut juga telah menggambarkan di mana pemimpin negara pada masa tersebut adalah Tun Dr. Mahathir Mohammad berusaha untuk tidak menerima ataupun menolak bantuan daripada IMF (Ukin et al., 2012).

Di samping itu juga, turut terdapat kadar pengangguran yang jelas kelihatan seperti yang dilaporkan dalam Utusan Online pada tahun 2009 iaitu meningkat kepada 4.5 peratus berbanding dengan tahun 2008 sebanyak 3.7 peratus5. Mengikut akhbar Utusan

Online juga faktor ini adalah disebabkan oleh kesan langsung daripada kelembapan ekonomi yang telah menyebabkan permintaan daripada luar negara terus susut sejak akhir 2008. Ia telah menunjukkan di mana kekuatan untuk sesebuah masyarakat itu dalam berdaya tahan amat sukar untuk dicapai jika sesebuah masyarakat itu tidak mempunyai

5 Akhbar Utusan Online. Kadar Pengangguran Meningkat, 2009. Dari laman web :

(10)

10

alternatif lain dalam menghadapi keadaan pengganguran yang berlaku.

Sehubungan itu, masalah dalam ekonomi ini turut berlaku adalah kerana kekurangan peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang. Namun begitu, kekurangan peluang pekerjaan ini tidak menghalang masyarakat bandar untuk tidak bekerja. Malahan, mereka lebih inovatif dalam segala hal di mana mereka lebih bersedia ke arah untuk menghadapi setiap konflik yang timbul walaupun menghadapi tipis peluang pekerjaan. Contohnya, ramai masyarakat bandar masa kini yang menceburi bidang perniagaan tidak kira perniagaan secara langsung mahupun tidak iaitu seperti melibatkan diri dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana seperti yang disarankan oleh kerajaan iaitu fail Dalam Ekonomi Malaysia Pada Tahun 2005 terdapat usul pengurusan makroekonomi pada tahun 2005 yang tertumpu pada mengekalkan pertumbuhan ekonomi di samping meningkatkan kapasiti ekonomi untuk menjana pertumbuhan mampan6.

Ini menunjukkan bahawa masyarakat bandar mempunyai keupayaan untuk bangkit semula dan menggunakan sumber-sumber fizikal dan ekonomi secara berkesan untuk pemulihan bantuan (Paton, 2001). Walaupun begitu, peluang pekerjaan yang sukar di bandar tidak menghalang masyarakat tersebut untuk tidak berupaya menggunakan segala fizikal alam yang ada. Contohnya, dengan kegawatan ekonomi yang dialami oleh negara seperti kadar minyak petrol dinaikkan serta harga barang turut terjejas akibat daripada kenaikan harga minyak, masyarakat bandar masih lagi mempunyai kreativiti di mana mereka mempunyai kemampuan dari segi menggunakan sumber-sumber fizikal alam yang ada. Contohnya, mereka menggunakan sumber tanah yang ada untuk dimanfaatkan untuk kepentingan mereka sendiri seperti berinovasi dari segi memanfaatkan sumber

(11)

11

tanah iaitu dengan “kebun dapur” dalam penjimatan perbelanjaan sampingan. Ia bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk menggalakkan masyarakat bandar dan pinggir bandar untuk bertani di rumah sendiri7.

Tidak hanya ekonomi turut mempunyai konflik dan masalah namun begitu, budaya dalam masyarakat bandar juga turut mendapat tempat dalam konflik dan permasalahan. Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, budaya merupakan keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi. Masyarakat Malaysia telah mengalami proses transformasi sejarah yang besar dan mendalam dalam suatu abad lebih, khasnya semenjak memperoleh kemerdekaan pada tahun 1957. Justeru, di antara proses yang telah merombak struktur masyarakat dan cara kehidupan penduduk pelbagai kaum ini adalah pemodenan, pembandaran dan perindustrian. Dalam ketiga-tiga proses ini ia bukan sahaja telah mencetuskan penghijarahan dalam kalangan penduduk secara besar-besaran namun ia turut merubah struktur penghijrahan itu dari migrasi masyarakat desa ke bandar dan migrasi dari bandar kecil ke bandar besar, namun ia turut merombak struktur pekerjaan, pendapatan serta struktur pekerjaan, pendapatan serta struktur kelas dan gaya hidup mereka (Abdul Rahman Embong, 2011). Ini memberikan kesan secara langsung kepada masyarakat bandar tersebut dalam kehidupan mereka. Menurut (Abdul Rahman Embong, 2011) juga, perkara sebegini merangkumi beberapa kesan besar dalam keseluruhan proses ini. Pertama ialah perubahan ke atas stratifikasi sosial dengan kemunculan kelas-kelas

(12)

12

baru dalam masyarakat yang tinggal di bandar; kedua, kemunculan cara hidup baru yang dikenali sebagai gaya hidup bandar dan ketiga, perubahan ke atas ciri-ciri masyarakat daripada ‘masyarakat majmuk’ (mengikut falsafah Furnivall) (Furnivall, 1948) di mana penduduk berlainan kaum yang lebih berintegrasi dalam merentasi sempadan kaun sungguhpun terdapatnya ciri-ciri keterpisahan di antara kaum masih lagi wujud dalam masyarakat bandar kita hari ini.

Konflik yang timbul dalam budaya ataupun gaya hidup masyarakat bandar masa kini salah satunya adalah budaya organisasi. Dalam sesebuah organisasi mengamalkan sesebuah budaya, malah budaya yang diamalkan oleh sesebuah organisasi adalah bersifat subjektif. Ini kerana penerimaan terhadap budaya yang diamalkan adalah bergantung kepada persepsi individu di dalam organisasi itu sendiri. Selain itu, sekiranya pekerja di dalam organisasi tidak dapat berkongsi budaya atau norma yang diamalkan oleh ahli lain di dalam organisasi maka individu itu berkecenderungan untuk meninggalkan organisasi manakala pekerja yang dapat menerima budaya dalam sesebuah organisasi tersebut akan terus kekal di dalam pekerjaan mereka8. Permasalahan dalaman organisasi ini merujuk

kepada penyesuaian di antara budaya organisasi yang wujud di dalam organisasi dengan ahli kerja di dalam organisasi tersebut. Malahan, penyesuaian perlu dalam memastikan agar individu di dalam organisasi tersebut berpuas hati dengan tugas yang mereka peroleh serta lakukan bagi mencapai kepuasan kerja yang mereka inginkan. Di mana kepuasan kerja ini amatlah penting dalam memastikan ahli-ahli pekerja atau komuniti dalam organisasi tersebut menerima dan mengamalkan budaya yang terdapat di dalam organisasi tersebut untuk mencapai kesejahteraan antara ahli di dalam organisasi tersebut.

(13)

13

Oleh itu, budaya dalam organisasi ini bertepatan dengan falsafah yang dibawa oleh (Gunderson, 2005) dalam komuniti daya tahan, iaitu menyatakan bahawa pulangan atau pemulihan masa dalam sistem sosial ekologi, ditentukan oleh dua perkara iaitu yang pertama adalah kapasiti sistem untuk pembaharuan di dalam persekitaran yang dinamik dan yang kedua adalah kemampuan orang atau ahli dalam untuk belajar dan perubahan di mana yang seterusnya atau sebahagiannya ditentukan oleh konteks institusi bagi perkongsian pengetahuan, pembelajaran dan pengurusan dana sebahagiannya oleh modal sosial dalam kalangan manusia. Falsafah yang diketengahkan oleh Gunderson ini adalah di mana modal sosial dalam diri pekerja itu sebenarnya adalah penyumbang kepada diri seseorang ahli itu untuk beradaptasi dengan budaya organisasi yang berlaku di dalam persekitaran mereka dengan menggunakan pengetahuan, pembelajaran dan pengurusan yang ada pada mereka untuk ditingkatkan ataupun untuk dinaiktarafkan dalam budaya organisasi mereka. Malahan, boleh dikaitkan juga dengan Prinsip 23 dalam Agenda 21 iaitu lingkungan dan sumberdaya alam masyarakat yang mengalami penindasan, dominasi dan pendudukan harus dilindungi. Maka dengan itu budaya dalam organisasi sesebuah masyarakat itu juga harus dilindungi dalam bidang pekerjaan mereka agar mampu mencapai kemampanan dalam budaya organisasi mahupun bidang pekerjaan masyarakat bandar itu agar konsep kelestarian dalam budaya kerja akan berterusan.

(14)

14

bandar itu sendiri. Namun begitu, setiap permasalahan atau konflik yang dialami oleh sesebuah masyarakat itu mempunyai jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Tetapi setiap penyelesaian itu adalah bergantung kepada bagaimana pemikiran kreatif yang ada pada masyarakat bandar itu untuk menyelesaikannya dengan ilmu, pengetahuan, pembelajaran dan pengalaman yang mereka sendiri perolehi.

Satu fenomena yang telah berlaku akibat kesan daripada kepesatan pembangunan masa kini adalah telah berlakunya limpahan pembandaran dalam bentuk penyelerakan aktiviti guna tanah bandar ataupun lebih dikenali sebagai ‘urban overspill’ ke kawasan petempatan luar bandar seperti kampung-kampung dan petempatan tradisi di pinggir bandar. Limpahan pembandaran ini berlaku adalah dalam pembangunan pesat pembandaran ke luar melebihi sempadan bandar yang telah ditentukan oleh sesetengah pihak. Justeru, ini telah mengakibatkan sebahagian besar kawasan pinggir bandar telah dianggap sebagai zon peralihan iaitu transition zone di mana ia telah bertukar kepada ciri-ciri bandar dalam aspek fizikal dan juga aspek bukan fizikal (Anuar Amir,1990).

(15)

15

Menurut (Abdul Hadi Harman et al., 2010) menyatakan bahawa persekitaran fizikal tertumpu kepada kedua-dua persekitaran semulajadi dan binaan, pengekalan warisan bandar dan daya tampung alam sekitar. Elemen-elemen ini selalunya terikat dalam konteks kekentalan budaya, persekitaran dan ekonomi yang memanfaatkan kepelbagaian dan keseimbangan dalam setiap sub kategori bandar. Malahan, menurut (Abdul Hadi Harman et al., 2010) juga, menyatalan bahawa bandar merupakan persekitaran yang unik dan persekitaran merupakan sebagai suatu kerangka sosial yang telah dikategorikan dalam (Barry, 1999)9. Di antara kategorinya adalah telah ditetapkan kepada empat

(16)

16

tekanan kronik ataupun berikutan trauma yang berpanjangan atau teruk. Ini boleh diselarikan dengan masalah persekitaran yang dihadapi oleh masyarakat bandar di mana mereka perlu mempunyai penyesuaian yang berjaya, berfungsi positif ataupun kecekapan kepada masyarakat mereka agar mereka dapat berdaya tahan ke arah pembangunan yang lestari dengan pengamalan gaya hidup bandar yang sihat, sejahtera dan harmoni.

Bencana semulajadi acapkali berlaku dalam kawasan yang menuju ke arah proses pembandaran. Ia bukanlah isu yang kecil bagi sesebuah negara namun ia seringkali memberikan impak atau kesan yang amat meruncingkan bagi semua pihak. Seperti yang kita sedia ketahui pada masa kini, kegiatan pembalakan yang kian tidak terkawal semakin giat diperlakukan oleh pihak-pihak yang mementingkan keuntungan semata tanpa memikirkan kesan kepada ekosistem. Pembalakan yang dilakukan telah mengakibatkan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menjalankan fungsi ekosistem mereka sendiri sebagai pencengkam malah untuk mengukuhkan struktur asas tanah khasnya bagi akar kepada tumbuh-tumbuhan tersebut. Di samping itu, kegiatan pembalakan yang dilakukan secara berleluasa ini telah menjadikan struktur asas tanah itu menjadi longgar dan tidak kukuh kerana cengkaman akar daripada pokok itu sudah terhakis dan ia menjadi punca utama kepada fenomena tanah runtuh, contohnya tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Highland Towers dan Cameron Highland (Utusan Malaysia, 2011)11.

Impak daripada kejadian tanah runtuh ini telah memberikan impak yang sangat besar kepada masyarakat setempat bahkan juga kepada pihak-pihak berkepentingan.

(17)

17

Namun begitu, pengurusan bandar masa kini masih lagi belum sepenuhnya terjamin untuk mengelakkan berlakunya bencana semulajadi ini walaupun bencana tersebut hasil daripada perbuatan manusia itu sendiri. Di antara langkah penyelesaian untuk menghadkan pembalakan adalah perlu dibuat oleh semua kerajaan negeri iaitu dengan mematuhi kuota pembalakan yang telah ditetapkan dalam usaha untuk memastikan sistem pengurusan dan pembangunan hutan yang berkekalan dalam negara. Malahan, pihak kerajaan negeri juga disarankan supaya untuk menanam pokok sebagai langkah untuk pemeliharaan semula hutan bagi tujuan pembalakan di masa akan datang. Di samping itu juga, tabung penanaman semula hutan diwujudkan ke arah memastikan semua pihak agar mematuhi peraturan undang-undang yang telah ditetapkan.

Di bawah garis panduan yang telah disediakan oleh International Tropical Timber Agreement (ITTA) 1994, pula menitikberatkan beberapa aspek ke arah meningkatkan kesedaran pemeliharaan hutan tropika dalam kalangan negara anggota. Ini termasuklah dalam menurunkan aktiviti dan kadar pembalakan secara sistematik dari tahun ke tahun, membentuk pelan penggunaan tanah di peringkat kebangsaan bagi pemeliharaan hutan dan pengeluaran balak yang berkekalan, mempelbagaikan penggunaan sumber-sumber hutan dengan meningkatkan kayu, getah, buluh, rotan dan produk hutan lainnya dan menghadkan eksport kayu balak mentah tanpa diproses.

(18)

18

terdapat juga sebarang peraturan yang telah diwartakan diperingkat kerajaan persekutuan tidak semestinya harus dilakukan serentak di semua negeri. Dengan itu, terdapat juga beberapa peruntukan dan kelonggaran yang telah diberikan kepada kerajaan negeri bahawa penebangan dan pemeliharaan hutan serta balak adalah bidang kuasa kerajaan masing-masing dan semua ini banyak membantu ke arah ketidakcekapan dan permasalahan dalam menguruskan sumber hutan dan pembalakan di negara ini.

Kesimpulannya, setiap permasalahan ataupun konflik yang wujud dalam sesebuah masyarakat di bandar ia sememangnya mempunyai perkaitan dengan kedayatahanan masyarakat. Ini kerana secara amnya, setiap masalah atau konflik yang wujud itu haruslah diselesaikan dengan pelbagai cara agar ia mampu memberikan jaminan yang mampan kepada masyarakat bandar itu. Mengikut (Adger, 2000) dalam teorinya mengenai ekologikal dan sistem sosial adalah merujuk kepada keupayaan masyarakat untuk menghadapi kejutan luaran untuk infrastruktur sosial mereka. Dengan kedayatahanan yang ada pada masyarakat ia secara langsung mampu untuk mempertahankan kesejahteraan alam sekitar, bandar dan sesebuah masyarakat itu mendapat kelestarian yang berkekalan dalam ekosistem.

(19)

19

Abdul, R.,E. (2011). Pembadaran dan Kehidupan Bandar di Semenanjung Malaysia. Academika 81(2) 2011:23-39

Abdul, H., H., S. et, al. (2010). Kelestaarian Bandar sebagai Habitat Manusia. Sari-International Journal of the Malay World and Civilisation 28(2)(2010):175-194

Abraham Maslow (1954). Motivation And Personality. New York: Harper

Adger, W. (2000). Social and ecological resilience: Are they related? Progress in Human Geography, 24, 347–364.

Akta Perhutanan Negara 1984. Undang-Undang Malaysia, Akta 313. Dari laman web http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%207/Akta_313.pdf

Anuar Amir (1990), Pembentukan Konsep dan Ciri-ciri Kawasan Pinggir Bandar, M.Phil Thesis, Universiti Teknologi Malaysia. Sekudai.

Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Bryant & Johnson (1992), Agriculture in the City's Countryside, Belhaven, London.

Egeland, B., Carlson, E., & Sroufe, L. (1993). Resilience as process. Development and Psychopathology, 5, 517–528.

Ekonomi Malaysia pada tahun 2005. Bank Negara Malaysia. Diakses pada 26 Oktober 2015 dari laman web http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2005/cp01.pdf

(20)

20

Furnivall, John S. (1948), Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma and Netherlands India. New York: New York University Press

Gunderson, L. H., and C. Folke (2005). Resilience—Now More than Ever (editorial).

Ecology and Society, 10 (2), at http://www.ecologyandsociety.org/vol10/iss2/art22/.

Kamus Dewan Edisi Keempat

Musa, A., H. (2002). Peranan dan Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat . Universiti Putra Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Malaysia, Rancangan Malaysia Kedua, 1971-1975, Jabatan Percetakan Negara, Kuala Lumpur, 1971, ms. 3.

Paton, D., & Johnston, D. (2001). Disasters and communities: Vulnerability, resilience, and preparedness. Disaster Prevention and Management, 10, 270–277.

United Nations Conference for the Negotiation of a Successor Agreement to the International Tropical Timber Agreement (ITTA), 1994. Forth part Geneva, 16-27 january 2006. Agenda Item 7.

U.S Department of Health and Human Services Office of the Assistant Secretary for Preparedness and Response. Dari laman web www.google.com

website:www.phe.gov/abc

Osman., S. (2000). Tahap Tekanan Ekonomi dan Impaknya ke atas Perbelanjaan Keluarga. Thesis Ijazah Master Sains, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor. Thesis Sarjana yang tidak diterbitkan Universiti Putra Malaysia.

(21)

Referensi

Dokumen terkait

Nitrat memberikan pengaruh terhadap kelimpahan diatom sebesar – 0,5807% dengan nilai negatif, yang mana semakin tinggi konsentrasi nitrat, maka kelimpahan diatom

Pemberian ekstrak daun beberapa jenis sirih memberikan pengaruh tidak nyata terhadap rerata persentase daya kecambah benih kacang tanah pada kertas tensil dapat dilihat

Tetel goreng ini berbeda dengan olahan beras ketan putih lainnya yang ada di pasaran, karena tetel goreng ini memiliki aneka rasa seperti pedas, jagung bakar, balado, dan

berbelit. Perbedaan mendasar dari program ini dengan sistem sebelumnya yaitu mekanisme pelayanan yang paralel. Beberapa ijin yang dapat diproses secara bersamaan tanpa

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui adanya pengaruh yang signifikan penggunaan metode Yanbu’a terhadap kemampuan membaca Al- Qur’an pada mata pelajaran

Keempat, Pada siswa yang memiliki sikap sosial rendah, perbedaan prestasi belajar Pendidikan Kewarganegaraan siswa antara siswa yang mengikuti pembelajaran dengan

Penelitian yang dilakukan Rosmiati dan suprihhadi (2016) yang berjudul “Pengaruh Kinerja Keuangan Terhadap Harga Saham Pada Perusahaan Makanan Dan Minuman Yang

Ibu Endang menuturkan bahwa tidak selalu solusi yang diberikan oleh kepala madrasah dapat menyelesaikan masalah, terkadang guru dan staf lebih tahu solusi apa yang harus