• Tidak ada hasil yang ditemukan

EMPANGAN. dan KESAN- KESANNYA JANGAN RAMPAS HAK KAMI! KEBERSATUAN ADALAH KEKUATAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "EMPANGAN. dan KESAN- KESANNYA JANGAN RAMPAS HAK KAMI! KEBERSATUAN ADALAH KEKUATAN"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Diterbitkan oleh: Sahabat Alam Malaysia

No. 258 Jalan Air Itam, 10460 Penang Tel: +6 04 228 6 930 Fax: +6 04 228 6 931 Email: sam_inquiry@yahoo.com

(SAM MARUDI OFFICE) 129A, First Floor, Jalan Tuanku Taha’ P.O. Box 216 98058 Marudi, Baram. Sarawak

Tel & Fax: +6 085 758 973 Email: sarawakoffice@gmail.com

Dicetak oleh: Jutaprint

2 Solok Sungei Pinang 3, 11600 Penang. Tel: 604-‐2820327 & Fax: 604-‐2820343

Lakaran & Grafik: Ummi Junid email: ummijunid@gmail.com

SAM mengucapkan terima kasih kepada International Rivers kerana memberi kebenaran untuk menggunakan beberapa teks

dan imej dalam risalah ini

JANGAN

RAMPAS

HAK KAMI!

KEBERSATUAN

ADALAH

KEKUATAN

EMPANGAN

EMPANGAN

dan

KESAN-‐KESANNYA

KESAN-‐KESANNYA

(2)

Empangan merupakan sebuah dinding yang dibina merentasi sungai. Ia menghalang aliran sungai dan mewujudkan tasik-‐tasik takungan buatan.

APAKAH ITU EMPANGAN?

EMPANGAN

Alur limpah

(3)

Adakah Empangan Betul-Betul

Berkesan dan Berkekalan?

Tiada empangan yang dapat kekal

selama-‐lamanya. Jika ia mengalami

pelbagai gangguan teknikal, ia tidak

akan dapat beroperasi seperti yang

diharapkan. Setelah beberapa dekad,

apabila begitu banyak kelodak

sudah terkumpul dalam tasik,

operasinya terpaksa dihentikan.

(Sungai-‐sungai di Sarawak mempunyai

kelodak yang tinggi akibat daripada

kegiatan pembalakan dan

perladangan tidak terkawal)

Empangan kuasa hidro menggunakan aliran

air sungai untuk memutar roda ‘turbin’ bagi

menjana elektrik. Selepas melepasi roda

‘turbin’, air sungai akan dilepaskan ke

bawah.

#1

Empangan untuk bekalan air dan pengairan

menyimpan air untuk disalirkan ke bandar atau

ladang-‐ladang, sama ada melalui saluran paip

atau terusan.

#2

Empangan untuk mengawal banjir

menyimpan air semasa hujan lebat

untuk mengurangkan kejadian banjir

di hilir sungai.

#3

(4)

Empangan-‐empangan besar bukan dibina untuk memenuhi sebarang keperluan sebenar. Kebanyakan empangan besar dibina atas sebab-‐sebab politik dan untuk memanfaatkan syarikat-‐syarikat pembinaan dan kejuruteraan serta industri-‐industri kotor. Para pembalak juga akan mengaut keuntungan apabila hutan di tasik takungan empangan ditebang bersih.

Di Sarawak, empangan Bakun dibina walaupun ia tidak diperlukan. Sekarang, 12 lagi projek hidroelektrik telah dirancang di Sarawak. Kebanyakan bekalan elektrik daripada empangan-‐empangan ini akan dijual kepada industri-‐industri yang menggunakan tenaga elektrik yang tinggi sementara kawasan pedalaman Sarawak masih kekal dalam kegelapan.

Siapa yang memerlukan

empangan yang besar

(5)

EMPANGAN MEMUSNAHKAN

MASYARAKAT

Masyarakat yang terusir akan kehilangan rumah, tanah, mata pencarian dan warisan adat mereka. Pemindahan ini seringkali dilakukan tanpa kerelaan mereka, peluang untuk berunding dan pemberian maklumat juga mungkin amat kurang.

Masyarakat yang dipindahkan seringkali mengalami pelbagai tekanan hidup – dibebani kemiskinan, kekurangan makanan, kebimbangan berlanjutan, pertikaian antara kampung dan ahli keluarga dan kadangkala, tekanan jiwa menyebabkan ramai yang akan ketagihan arak.

Masyarakat yang dipindah secara paksa ke kawasan penempatan semula sering mendapati rumah dan kemudahan awam yang disediakan buruk sekali. Tanah kebun baru mungkin tidak subur dan kecil. Mereka akan mengalami kesulitan untuk mencari pendapatan, bergerak bebas dan memperolehi sumber-‐sumber alam (terutamanya untuk wanita dan orang-‐orang tua). Warisan adat juga akan hilang.

Prosespampasanseringkalitidakbegitutelus–perundin-‐ ganbersamayangadilmungkinamatterhad.Jumlah pampasanyangditerimaseringkalitidaklahbegitutinggi. Iatidakakankekaluntuktempohmasayanglama.

KESAN-‐KESAN EMPANGAN

TEMPAT TINGGAL

KURANG SELESA

TANAH

KURANG SUBUR

PENGANGGURAN

MASALAH

PENGANGKUTAN

KEKURANGAN

HASIL HUTAN &

SUNGAI

(6)

Tumbuh-‐tumbuhan yang mereput dalam takungan tasik mungkin akan mengeluarkan gas-‐gas yang busuk.

GAS BUSUK DILEPASKAN

Empangan memusnahkan

alam sekitar

KESAN-‐KESAN EMPANGAN

Kelodak yang terperangkap dalam takungan tasik mungkin akan menggalakkan pembiakan

lumut dan rumpair. Racun perosak mungkin digunakan untuk membunuh mereka. RACUN PEROSAK MUNGKIN DIGUNAKAN

DENGAN BANYAK

Hutan, tanah bencah dan lain-‐lain kawasan berharga akan ditenggelami dan hilang selama-‐lamanya. Sarang haiwan dan laluan

mereka akan terpecah-‐pecah. KEHILANGAN SUMBER ASLI SECARA KEKAL

Air tasik takungan yang sejuk, berasid (masam), kotor dan kurang udara mungkin

akan membunuh ikan-‐ikan, kehidupan air dan binatang yang meminum air sungai. Ini akan menjejaskan sumber pemakanan

dan pendapatan masyarakat. KEHILANGAN SUMBER AIR

(7)

kawasan hilir sungai

akan terjejas

Kelodak dan tanah-‐tanih penyubur akan terperangkap di dalam tasik takungan. Ini akan mengurangkan kesuburan tanah di kawasan hilir.

KESUBURAN TANAH DI HILIR SUNGAI

AKAN TERJEJAS

AIR MASIN MASUK KE MUARA,

HUTAN PAYA BAKAU MENGECIL

Air tasik perlu sentiasa penuh ke paras yang ditentukan. Semasa musim kemarau, bot-‐bot besar mungkin tidak akan dapat melalui sesetengah kawasan di hilir sungai yang kekeringan.

PENGANGKUTAN AIR AKAN TERGANGGU

Akibat kekurangan aliran sungai, tebing-‐ tebing sungai di hilir mungkin akan runtuh. Kawasan pinggir laut juga mungkin mengecil. Dasar sungai juga mungkin akan terhakis teruk – sungai akan menjadi lebih dalam.

HAKISAN

Kekurangan aliran sungai dan kelodak mungkin akan menyebabkan air laut masuk lebih dalam daripada biasa ke muara sungai. Kegiatan perikanan dan pertanian di sini mungkin akan terganggu. Hutan paya bakau di pantai, iaitu tempat pembiakan sumber perikanan laut mungkin akan mengecil dan kering.

(8)

Air tasik yang masam berasid berkemungkinan

tercemar dengan ‘merkuri’, sejenis logam berat yang

mungkin terserap ke dalam ikan sungai yang dimakan

oleh manusia.

Merkuri boleh menyebabkan kerosakan kepada otak,

paru-‐paru, pundi hempedu dan sistem saraf serta

kecacatan bayi.

Penyakit seperti malaria dan skistomiasis

selalunya meningkat di sekitar tasik takungan.

Air kotor ini boleh menyebabkan ceret-‐beret,

jangkitan kulit, telinga, hidung, kerongkong

dan juga cacat penglihatan.

EMPANGAN BOLEH MENGGANGGU

KESIHATAN KITA

KESAN-‐KESAN EMPANGAN

SELAMAT UNTUK

DIMINUM TANPA

DIRAWAT

TIDAK

(9)

EMPANGAN BOLEH MENGANCAM

NYAWA DAN HARTA BENDA KITA

PARAS AIR YANG TIDAK MENENTU

RUNTUHAN EMPANGAN

KESAN-‐KESAN EMPANGAN

Empangan besar boleh menyebabkan gempa bumi. Empangan Kenyir di Terengganu telah menyebabkan 28 gempa bumi sekitar tahun-‐tahun 1980-‐an. Pada awal 2010, Batu Niah telah mengalami gegaran bumi yang disyaki berhubungkait dengan empangan Bakun.

Gempa bumi, cuaca yang keterlaluan dan binaan empangan yang tidak kukuh, semuanya boleh menyebabkan dinding empangan pecah.

Tindakan mengawal paras air di tasik empangan boleh menyebabkan aliran sungai di hilir berubah secara tiba-‐tiba dan menjadi tidak menentu. Di kawasan luar bandar yang luas, bagaimanakah amaran berkaitan gangguan paras air ini dapat disebarkan dengan cepat? Kegagalan menyebarkan amaran boleh mengancam nyawa pengguna sungai, bot-‐bot, alatan perikanan dan harta benda kita.

GEMPA BUMI

AMARAN! Sila Tinggalkan rumah & kawasan anda!

(10)

Kerajaan yang telus, bertanggungjawab, membenarkan perundingan bersama dan penyebaran maklumat. (Empangan besar boleh menggalakkan perbuatan rasuah dan

pencabulan hak asasi manusia, kerana pembinaannya melibatkan banyak kontrak-‐

kontrak yang lumayan dan bertempat di kawasan terpencil.)

Penilaian keperluan air dan tenaga yang sebenar secara menyeluruh. Ini mesti disertai oleh pihak awam.

Mengkaji dengan teratur cara-‐cara untuk meningkatkan keberkesanan segala empangan

dan prasarana pembekalan tenaga dan air yang sedia ada. Langkah-‐langkah juga mesti

diambil untuk meningkatkan penjimatan sumber-‐sumber ini dan meningkatkan penjanaan tenaga bersih dan boleh di perbaharui seperti empangan mini-‐hidro untuk

masyarakat luar bandar dan solar. (Tenaga hidro dari empangan besar bukanlah tenaga

bersih serta TIDAK boleh diperbaharui!)

Empangan hanya

boleh dibina dengan:

Penerimaan projek oleh masyarakat terjejas secara jelas. Persetujuan mereka mesti diberi dengan bebas tanpa sebarang tekanan atau paksaan.

Mereka berhak mendapatkan segala maklumat penting dari awal lagi.

Mereka berhak menyatakan keengganan untuk berpindah.

(11)

JIKA ANDA TERJEJAS ATAU TIDAK

BERSETUJU DENGAN PEMBINAAN

SEBUAH EMPANGAN

Mendapat sokongan daripada penduduk kampung anda dan kampung-‐kampung berjiran dan mewujudkan satu Jawatankuasa Bertindak untuk menyampaikan bantahan semua. Pada mulanya, mungkin ramai yang akan takut-‐ takut, tetapi perlahan-‐lahan mereka mungkin

akan menyertai anda apabila sedar kesulitan yang bakal dialami jika mereka berdiam diri.

Penduduk mungkin akan ditekan oleh pihak-‐pihak tertentu untuk berpindah. Tetapi pada hakikatnya, selagi penduduk kuat bersatu mengatakan TIDAK, amat sukar untuk

sesebuah projek tersebut bermula dan beroperasi.

1. Tubuhkan Jawatankuasa bertindak

2. Katakan TIDAK MAHU

INGATLAH!

KEBERSATUAN

ADALAH

KEKUATAN

(12)

Ada beberapa kumpulan yang boleh membantu anda. Penyokong-‐penyokong ini boleh membantu anda dalam pelbagai hal – dari memberikan sokongan sehinggalah menyalurkan nasihat guaman.

Banyak pihak akan menaburkan pelbagai janji manis tentang tempat kampung anda akan dipindahkan – pampasan yang lumayan, perumahan dan kemudahan awam yang baik, tanah ladang yang mencukupi, peluang pekerjaan, malah bekalan elektrik yang percuma atau murah.

4.Berkerjasama dengan penyokong lain

3. Jangan mudah terpedaya

dengan pelbagai janji manis

Sumber kewangan untuk pembinaan empangan ini selalunya diperolehi

daripada pinjaman bank atau tabungan awam. Oleh itu,

WANG ANDA SENDIRI AKHIRNYA AKAN DIGUNAKAN!

Kemusnahan sumber hutan dan air boleh mengganggu kehidupan

sesiapa juga, termasuklah penduduk di bandar. Oleh itu, kesemua lapisan masyarakat berhak untuk menyuarakan bantahan mereka.

INGATlah!

Seringkali banyak antara janji

ini ternyata palsu belaka!

Referensi

Dokumen terkait

Halim,dkk (2013:47), menyatakan bahwa M etode penentuan harga pokok produk adalah dengan membebankan semua unsur biaya produksi (biaya bahan baku, biaya tenaga kerja,

Ada hal kedua yang saya ketahui tentang Anda. Saya tahu bahwa saat-saat yang paling menyedihkan dan paling menggembirakan di dalam hidup Anda disertai dengan perkataan. Ketika

Alhamdulillah, puji dan syukur Penulis panjatkan kepada Allah swt, Tuhan Semesta Alam serta seruan bagi Umat Nya, berkat kasih sayang dan atas petunjuk-Nya Penulis dapat

Perjanjian Pengelolaan adalah kesepakatan tertulis antara Pemerintah, Pemerintah Daerah Provinsi dan Kabupaten/Kota dengan pihak ketiga untuk mengelola pulau-pulau kecil dalam

PENGARUH HARGA, SOSIAL MEDIA MARKETING DAN BRAND EQUITY TERHADAP CUSTOMER PURCHASE DECISION MELALUI CONSUMER RESPON SEBAGAI VARIABEL INTERVENING PADA JAMAAH UMROH PT.. SARAYA

Faktor internal perusahaan dalam mencapai keunggulan bersaing Bank XYZ Purna Bakti yaitu memiliki sumber daya dengan reputasi tinggi, memiliki kompetensi inti

Penelitian mengenai “Rancang Bangun Perangkat Praktikum Perpindahan Panas Konveksi Paksa pada Berkas Pin Fin Berpenampang Circular dengan Susunan Aligned” bertujuan untuk

selaku ketua Departemen Sastra Daerah Fakultas Ilmu Budaya Universitas Sumatera Utara, serta sebagai dosen pembimbing II yang telah memberikan bimbingan kepada penulis