• Tidak ada hasil yang ditemukan

KBAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KBAT"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) menurut Kementerian Pelajaran Malaysia ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

KBAT ialah satu proses kognitif asas untuk menjana dan menyusun maklumat, kemahiran analisis dan sintesis, dan proses kreativiti dan penilaian. Taxonomy Bloom mengkategorikan KBAT kepada empat peringkat di dalam enam peringkat kognitif iaitu bermula dengan aplikasi, analisis, menilai dan mencipta. Peringkat asas bagi peringkat kognitif ialah menyimpan. Apabila kognitif mendapat sebarang maklumat, perkara pertama yang berlaku ialah mengingat atau menyimpan. Setelah maklumat yang diperolehi itu diproses, maka akan wujud peringkat yang seterunya iaitu memahami.

Peringkat yang telah berlaku KBAT ialah peringkat aplikasi. Aplikasi ini adalah berdasarkan apa yang telah difahami kemudian digunakan kepada sesuatu yang seakan-akan sama kepada situasi yang difahami. Setelah aplikasi berlaku maka seakan-akan wujud proses menganalisis. Analisis sering dilakukan oleh pemikiran bagi mendapatkan sama ada perkara yangn dilakukan bersesuaian ataupun tidak dengan situasi sebelumnya. Apabila berlaku perkara sedemikian, maka proses menilai telah pun berlaku. Peringkat terakhir bagi proses kognitif ini akan menentukan kejayaan KBAT dimana berlakunya proses mencipta. Apabila berlaku suatu perubahan hasil daripada KBAT ini bersesuaian dengan situasi, maka KBAT telahpun berjaya dihasilkan.

Semasa kita hendak menjalankan KBAT untuk murid sekolah rendah mahupun menengah, terdapat tujuh perkara yang harus diambilkira iaitu kurikulum, pedagogi, penilaian, sumber, sokongan masyarakat, ko-kurikulum, dan akhir sekali ialah membina keupayaan. Ketujuh-tujuh perkara ini dibahagikan kepada dua iaitu elemen asas dan elemen sokongan. Elemen asas ialah elemen yang berlaku semasa di dalam bilik darjah iaitu kurikulum, pedagogi dan juga penilaian. Empat elemen sokongan disebut sebagai sumber, sokongan masyarakat, ko-kurikulum dan bagaimana murid tersebut membina keupayaannya.

Dapat disimpulkan KBAT amat penting untuk diterapkan kepada murid bagi memastikan setiap ilmu yang diterima di sekolah tidak hanya sekadar pada waktu itu sahaja tetapi untuk dikembangkan melalui murid itu sendiri agar murid dapat bersedia menghadapi masa yang akan datang dengan persiapan yang sempurna

(2)

Soalan Dan Penyelesaian Masalah Elemen Merentasi Kurikulum

Soalan 1

Seorang ibu telah memberikan anaknya beberapa keping wang untuk membeli 20 kg beras, 4 kg tepung dan 3 kg gula. Setelah membeli barang-barang yang dipesan oleh emaknya, dia mendapati masih terdapat baki sebanyak RM35. berapakah jumlah wang asal yang telah diberi oleh ibu tersebut sekiranya harga tepung dan gula masing-masing ialah RM4.50 dan RM3 sekilogram manakala harga beras bagi 10 kg adalah 5 kali ganda harga sekilogram tepung.

Penyelesaian

Permasalahan yang diberi sesuai dengan situasi dalam kehidupan seorang murid. Ini kerana perkara seperti yang dinyatakan jarang diambil berat oleh murid. Seperti terlupa mengira jumlah sebenar wang yang diberikan oleh ibu atau bapa mereka. Mereka hanya mendapati wang yang diberikan setelah menerima wang baki daripada penjual. Dengan menggunakan strategi penyelesaian masalah Matematik. Kaedah yang paling sesuai dengan permasalahan yang diberikan ialah kaedah bekerja ke belakang. Empat langkah harus dilakukan oleh murid ialah dengan memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan dan seterusnya menyemak semula.

Langkah pertama yang harus dilakukan oleh murid ialah mengenalpasti masalah. Masalah yang dinyatakan adalah seorang anak yang terlupa jumlah wang asal yang telah diberikan oleh ibunya untuk membeli barang-barang keperluan rumah mereka. Didapati bahawa anak tersebut menerima baki RM35 daripada penjual, harga sekilogram tepung, sekilogram gula dan harga 10 kilogram beras. Setelah mengenalpasti masalah, kita harus merancang strategi penyelesaian. Strategi yang bersesuaian ialah dengan menggunakan kaedah bekerja ke belakang.

Setelah membuat perancangan, bermula langkah tiga iaitu perlaksanaan bagi menjalankan kaedah yang bersesuaian. Bekerja ke belakang perlu mendapatkan jumlah harga barang yang dibeli ditambah dengan wang baki. Harga sekiogram tepung ialah RM4.50 dan dia telah membeli empat kilogran tepung bersamaan dengan RM4.50 darab 4 sama dengan RM 18. Bagi harga gula pula, RM3 darab dengan 3 sama dengan RM9. Harga bagi beras tidak dinyatakan dengan jelas cuma diberi lima kali ganda harga tepung bagi 10 kilogram. Ini bermaksud harga tepung RM4.30 darab lima sama dengan RM21.50. beras

(3)

yang dibeli ialah sebanyak 20 kilogram. RM21.50 darab dua sama dengan RM43. Setelah mendapat harga setiap barang, perlu dijumlahkan kesemuanya dan jumlah harga barang secara keseluruhan ialah RM18 tambah RM9 tambah RM43 sama dengan RM70. RM70 ini kemudiannya ditambah dengan jumlah baki yang diperoleh RM35 sama dengan RM105 iaitu jumlah wang asal yang diberikan oleh ibu anak tersebut.

Bagi mengetahui sama ada jumlah tersebut betul ataupun salah, langkah empat iaitu menyemak semula perlu dilaksanakan. Bagi menyemak semula, jumlah wang RM105 harus ditolak setiap harga barang yang dibeli. RM105 tolak RM18 sama dengan RM87 kemudian ditolak RM9 sama dengan RM78 dan akhirnya ditolak dengan RM43 sama dengan RM35. Jumlah baki yang diperoleh adalah sama seperti yang dinyatakan dalam soalan dan ini bermakna kaedah penyelesaian yang digunakan adalah betul dengan pengiraan yang tepat.

Soalan 2

Seorang penjual kereta telah berjaya menjual sebuah kereta pada bulan Januari. Pada bulan Februari, penjual tersebut telah meningkatkan usahanya dan berjaya menjual tiga buah kereta. Pada bulan yang seterusnya, penjual tersebut berjaya menjual lima buah kereta. Dan bulan berikutnya jualan penjual tersebut merosot iaitu dengan hanya menjual sebuah kereta sahaja Berapakah jumlah jualan setahun penjual kereta tersebut sekiranya perkara sedemikian berulang-ulang selama setahun?

Penyelesaian

Soalan yang diberikan merupakan soalan yang memerlukan pembacaan dan pemahaman dengan teliti. Soalan ini berkaitan dengan murid sekiranya murid ingin melibatkan diri dengan dunia perniagaan. Murid boleh mengaplikasikan soalan tersebut dengan menukarkan penjualan kereta kepada penjualan makanan, buku dan lain-lain lagi yang mempunyai permasalahan yang seakan-akan sama. Sebagai contoh murid boleh menjual buku cerita kepada rakan-rakannya dan menjangkakan berapa buah buku yang dapat dijual selama setahun sama seperti permasalahan penjual kereta tersebut.

Bagi menyelesaikan permasalahan ini, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti masalah. Masalah yang dihadapi oleh penjual kereta ialah mendapatkan jumlah kereta yang mempu dijualnya sekiranya perkara yang terjadi berulang-ulang selama setahun. Setelah mengetahui permasalahan, kita perlu untuk merancang strategi yang paling

(4)

tepat bagi memudahkan kita memahami situasi masalah yang diberi. Permasalahan ini amat sesuai dengan menggunakan kaedah mengenalpasti pola ataupun corak.

Setelah membuat perancangan, kita harus melaksanakan strategi yang dirancang atau menjalankan langkah ketiga. Telah diberikan di dalam soalan bahawa pada bulan Januari, penjual tersebut menjual sebuah kereta, bulan yang berikutnya dia berjaya menjual tiga buah kereta dan bulan seterusnya berjaya menjual lima buah kereta. Bulan terakhir yang diberikan ialah penjual tersebut hanya mampu menjual sebuah kereta sahaja. Apabila perkara ini berterusan selama setahun maka penjual tersebut telah mencipta pola hasil jualannya. Pola yang dikenalpasti ialah terdapat dua penambahan pada bulan Januari dan juga pada bulan Februari. Pada bulan yang berikutnya hanya menambahkan sebuah sahaja kereta yang berjaya dijualnya. Dapat dilihat pola jualan dimana pada bulan yang kedua, penjual berjaya menambahkan jualannya sebanyak tiga buah kereta dan bulan seterusnya dia berjaya menjual lima buah dan kemudiannya kembali kepada sebuah kereta sahaja. Perkara tersebut berulang-ulang sehingga setahun. Ini bermakna terdapat satu pusingan setiap empat bulan iaitu sebuah, tiga buah, lima buah dan kembali kepada sebuah. Hasil tambah jualan selama empat bulan iaitu dari bulan Januari hingga April ialah sebanyak 10 buah kereta. Dari bulan Mei hingga Ogos merupakan pusingan kitaran yang kedua dan September hingga Disember merupakan pusingan yang ke tiga. Hasil tambah ketiga-tiga pusingan ini iaitu 10 tambah 10 tambah 10 sama dengan 30 buah kereta yang berjaya dijual oleh penjual tersebut.

Langkah empat adalah bagi memastikan jawapan yang diberikan adalah betul. Setahun mempunyai 12 bulan, setiap pusingan melibatkan empat bulan. Dibahagi 12 bulan dengan empat sama dengan 3 kali pusingan. Setiap pusingan penjual berjaya menjual 10 buah kereta. 10 buah kereta didarab dengan tiga sama dengan 30 buah. Setelah menyemak jawapan, didapati bahawa jawapan adalah sama dengan jawapan di penyelesaian masalah.

(5)

RUMUSAN

Berdasarkan perkara-perkara yang telahpun dijelaskan di dalam tugasan ini, dapat dibuktikan bahawa kepentingan KBAT diterapkan bermula pada murid di peringkat sekoah rendah lagi. Keperluan untuk berfikir di luar dari kebiasaan adalah amat perlu bagi murid disebabkan oleh persekitaran yang semakin berkembang maju. Murid harus tahu setiap apa yang dilakukan semasa menjalankan aktiviti seharian banyak membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

KBAT memerlukan kepada satu permasalahan baru yang wujud dan tidak hanya sekadar untuk menyelesaikan permasalahan tersebut dengan menggunakan kaedah yang sedia ada, tetapi perlu kepada suatu teknik penyelesaian masalah yang baru. Setiap penyelesaian haruslah menggunakan strategi dan langkah-langkah yang mudah agar penyelesaian dapat dilaksanakan dengan mudah. KBAT mementingkan murid untuk menyelesaikan sendiri permasalahan yang berlaku, ini kerana dalam menerapkan pemikiran aras tinggi, guru hanya berfungsi sebagai pembimbing. Kaedah yang diterapkan untuk menguasai KBAT adalah dengan berpusatkan kepada murid. Menjadi peranan guru untuk membimbing setiap murid agar dapat menguasai KBAT dengan cara yang bersistem sesuai mengikut teori-teori pembelajaran. Guru tidak hanya memberikan soalan-soalan yang rumit, tetapi haruslah diselarikan dengan beberapa contoh situasi semasa agar setiap murid akan mempunyai pengalaman baharu dari masa ke semasa.

(6)

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNYA saya berjaya melaksanakan Kerja Kursus Projek (KKP) pada masa yang telah ditetapkan. Sekalung penghargaan buat pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran WAJ3103 Literai Nombor iaitu En. Mohd Naim Bin Hj Abd Rahim kerana banyak membantu dan memberikan penerangan yang jelas sebagai panduan untuk menyiapkan kerja kursus mata pelajaran ini.

Dalam melaksanakan KKP yang diberi, saya mendapati bahawa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) merupakan suatu keperluan yang seharusnya diterapkan kepada murid sejak di bangku sekolah rendah lagi. Ini kerana, dengan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi, seseorang murid itu akan dapat menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi sama ada berlaku disekolah iaitu semasa guru memberikan latihan ataupun semasa sedang melakukan ativiti seharian mereka. Murid yang masih lagi pada peringkat kanak-kanak tidak hanya mengisi masa mereka dengan hanya berseronok, tetapi penuh dengan pemikiran-pemikiran yang boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi.

KBAT ialah satu proses dimana berlaku pemikiran yang memerlukan kefahaman yang mendalam tentang sebuah permasalahan. Kesukaran permasalahan yang diwujudkan menjadi penentu kepada pemikiran yang tinggi. Tidak hanya berada pada kognitif kanak-kanak, mereka juga harus tahu mengaplikasikan pemikiran, membuat anasis, menilai dan seterusnya menghasilkan sesuatu yang baharu di luar dari kebiasaan mereka. Seseorang murid yang berjaya melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman sedia ada yang seakan-akan pengalaman tersebut boleh dikatseakan-akan sudah menguasai KBAT dan hanya memerlukan bimbingan daripada guru. Kesimpulannya, KBAT memerlukan pengalaman sedia ada murid kemudian murid tersebut mengolah pengalaman yang dimilikinya dalam satu situasi yang baharu bagi murid tersebut. Pemikiran ini berperanan sebagai panduan kepada murid dalam menyelesaian permasalahan-permasalahan dengan menggunakan kaedah yang baru.

Ini jelas menunjukkan bahawa KBAT sangat penting untuk diterapkan dalam setiap pembelajaran yang berlaku semasa PdP. Saya sangat bersetuju dengan penerapan KBAT pada murid sekolah rendah dan akan mengaplikasikan KBAT dan juga EMK ini semasa saya berada di sekolah kelak. Ini adalah kerana saya merasakan perkara tersebut perlu bagi melahirkan insan yang berkualiti di masa akan datang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang dari pelbagai aspek.

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil model perhitungan simulasi ini, selain proses pengelasan dan pengaruh material, bentuk kampuh las akan berpengaruh pada besarnya tegangan sisa yang terjadi dalam

Hasil penelitian menunjukkan bahwa pembentukan karakter tanggung jawab dan bersahabat melalui kegiatan karawitan di SMAN 3 Klaten adalah sebagai berikut: pemahaman

Puji dan syukur penulis panjatkan kepada Tuhan yang Maha Esa yang telah memberikan rahmat dan karunia-Nya yang begitu besar sehingga penulis dapat menyelesaikan

Pasien yang dirawat pada instalasi rawat inap dapat mendaftar sebagai pasien rawat inap dengan dua cara, yang pertama mendaftar sebagai pasien rawat jalan lalu jika setelah

Dari hasil studi pendahuluan yang dilakukan di RS PKU Muhammadiyah Delanggu periode januari 2011 hingga desember 2011 terdapat persalinan sebanyak 1272 orang

MUHAMAD FAJAR ZARKAZI, 201210225228, Fakultas Teknik Informatika Universitas Bhayangkara Jakarta Raya, Dengan Judul Skripsi : Sistem Informasi Manajemen Proposal dan Laporan

Floyd-Warshall merupakan salah satu algoritma yang dapat digunakan sebagai metode pencarian path terpendek yang diterapkan pada aplikasi permainan Help Your Mom.. Algoritma

Pada Gambar 4.6 merupakan model reservoir panas bumi hasil inversi 3D dengan hanya menampilkan densitas total 2,5 gr/cm 3 sampai dengan 2,7 gr/cm 3 , dapat dilihat