• Tidak ada hasil yang ditemukan

Manusia dan kuasa : meneliti politik perpartian dalam beberapa novel Melayu 1970-an hingga 1980-an

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Manusia dan kuasa : meneliti politik perpartian dalam beberapa novel Melayu 1970-an hingga 1980-an"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Manusia dan Kuasa:

Meneliti Politik Perpartian dalam Beberapa Novel

Melayu 1970-an hingga 1980-an

CHE ABDULLAH CHE YA MAWAR SHAFIE MISRAN ROKIMIN

A

BSTRAK

Makalah ini meneliti politik perpartian dalam beberapa buah novel Melayu yang dihasilkan pada dekad 1970-an dan 1980-an. Novel-novel yang diteliti ialah

Sutan Baginda dan Tunggul-tunggul Gerigis karya Shahnon Ahmad, Juara

karya S.Othman Kelantan, Tokoh Terpilih karya Rahman Shaari, dan Buai Diayun Anak Dicubit karya Marwilis Haji Yusof. Persoalan politik digarapkan dengan menggunakan pendekatan politik kuasa kerana dunia politik itu sendiri berkisar di sekeliling persoalan percanggahan-percangahan pendapat dan kepentingan sesama ahli masyarakat yang melibatkan pula persoalan kuasa. Berdasarkan novel-novel ini sebagai fakta, makalah ini mendapati politik perpatian dalam novel Melayu adalah pantulan atau manifestasi realiti kehidupan sebenar. Novel-novel ini membayangkan perebutan kuasa, permusuhan, pertentangan, lobi-melobi, penyelewengan, dan penganiayaan adalah perkara lazim berlaku dalam kehidupan sebenar, terutamanya sekali daripada segi politik perpatian. Kata kunci: Kuasa, politik perpartian, perebutan kuasa, permusuhan dan penyelewengan.

A

BSTRACT

This paper investigates partisan politics in some of Malay novels written in 1970s to 1980s. The selected novels are Sutan Baginda and Tunggul-tunggul Gerigis by Shahnon Ahmad, Juara by S.Othman Kelantan, Tokoh Terpilih by Rahman Shaari, and Buai Diayun Anak Dicubit by Marwilis Haji Yusof. Political issues were analysised from the politics of power perspective because the political world is by itself about the conflicts of ideas and group interest which involved power. Based on this novels as the sources of data, it is found that partisan politics in the Malay novels manifested the reality of life. These novels shade light that power struggle, hostility, conflict, lobbying, distortion, and maltreatment are realities that prevailed in real life, particularly in partician politics. Key words: Power, partisan politics, power struggle, hostility and maltreatmen.

(2)

Pengenalan

Hubungan antara sastera dengan politik bukanlah perkara baru dalam sastera Melayu. Karya-karya yang mengandungi semangat nasionalisme pastinya terkait dengan politik. Novel-novel karya Pak Sako (Anak Mak Lela Gila dan Putera Gunung Tahan), Ahmad Boestaman (Gelap Menjelang Terang, Kabus Pagi, dan Pacar Merah Melaya), Shahnon Ahmad (Protes, Tunggul-tunggul Gerigis dan Sutan Baginda) dan S.Othman Kelantan (Juara) adalah antara sekian banyak novel Melayu berunsur politik.

Walau bagaimanapun, Keris Mas (Keris Mas, 1997) membezakan antara konsep ‘politik sastera’ daripada ‘sastera politik.’ Menurut beliau politik sastera adalah pendirian politik atau keazaman politik terhadap sastera. Sebaliknya, sastera politik adalah sastera yang diperalatkan untuk tujuan politik kepartian, sebagai alat propaganda untuk menegakkan ideologi sesebuah parti politik tertentu bagi membolehkan ia mendapat kuasa.

Makalah ini meninjau hubungan sastera dengan politik daripada perspektif ‘politik perpartian’ itu dengan melihat novel politik dalam pengertian tersebut luas iaitu novel-novel yang mengangkat persoalan politik dalam teksnya dan persoalan kuasa itu adalah dominan. Sehubungan itu, perbicaraan tentang politik dalam karya sastera seperti novel kita tidak boleh memisahkannya daripada kuasa kerana semua persoalan yang dikemukakan adalah bertolak daripada persolan kuasa. Situasi yang digambarkan seperti pertentangan ideologi, permusuhan, perebutan dan penyelewengan semuanya berkait rapat dengan kuasa yang dituntut dan dimiliki oleh individu atau kelompok tertentu. Naluri manusia sentiasa memerlukan kuasa dalam kehidupannya. Manusia memerlukan kuasa untuk melakukan sesuatu tindakan atau memutuskan sesuatu hal seperti yang diingininya. Dengan kuasa manusia boleh melakukan tindakan-tindakan yang dipersetujuinya.

Dalam konteks pentadbiran, kuasa memberi seseorang individu atau sekelompok individu untuk meminpin sesebuah organisasi, intitusi atau sesebuah masyarakat atau negara. Pemimpin ini akan mempunyai kuasa dalam menentukan dan melaksanakan sebarang dasar sesuai dengan keinginannya. Sebagai salah seorang anggota masyarakat, keinginan memiliki kuasa ini diperhatikan dan dilukiskan oleh para penulis lewat karya-karya mereka. Keinginan-keinginan memiliki kuasa ini mewujudkan pertentangan mendapatkan kuasa atau sahaja berlaku perebutan kuasa dalam sesebuah masyarakat. Perebutan ini berlaku sama ada secara

(3)

kekerasan ataupun secara halus dan inilah yang dapat kita jumpa dalam novel-novel berunsur politik ini.

Novel Politik dari Teori kuasa

Dilihat dalam konteks yang umum, konsep politik itu sendiri berkait rapat dengan kuasa. Menurut Deutsch (1970: 4), istilah politik berasal daripada perkataan Greek “polis” yang bermaksud negara kota, lantaran itu politik tidak dapat lari daripada aspek kemasyarakatan yang melibatkan kekuasaan, kewibawaan dan juga negara serta kerajaan. Sebagai satu ilmu yang mengkaji kelakuan manusia, sains politik tentu sahaja tidak dapat lari membicarakan tentang kuasa. Ramai tokoh sains politik mengemukakan pengertian politik dari sudut kuasa. Lasswell (1978) misalnya, mentakrifkan politik sebagai “siapa mendapat apa, bila dan bagaimana,” kuasa adalah soal pokok dalam urusan itu. Robson (1954: 17-18) menegaskan, “ilmu politik sebagai ilmu yang memusatkan perhatian pada perjuangan untuk memperoleh dan mempertahankan kekuasaan, melaksanakan kekuasaan, mempengaruhi pihak lain ataupun menentang perlaksanaan kekuasaan. Ilmu politik mempelajari segala hal yang berkaitan dengan kekuasaan dalam masyarakat iaitu sifat, hakikat, dasar, proses-proses, ruang lingkup dan hasil-hasil kekuasaan. Fokus perhatian seorang sarjana politik tertuju pada perjuangan untuk mencapai atau mempertahankan kekuasaan, melaksanakan kekuasaan atau pengaruh atas orang lain atau menentang perlaksanaan kekuasaan itu.”

Kuasa pada asasnya dimaksudkan dengan kemampuan seseorang atau sekelompok manusia mempengaruhi pihak lain untuk berfikir dan berperilaku sesuai dengan kehendak dan tujuan mereka yang mempengaruhi itu. Kekuasaan dilihat sebagai interaksi antara pihak yang mempengaruhi dan yang lain mematuhi. Semua ideologi politik di dunia mementingkan soal kuasa. Kekuasaanlah yang dicari oleh pemimpin-pemimpin politik kerana dengan kekuasaan itulah mereka dapat memimpin. Secara semulajadi setiap manusia inginkan kuasa bagi memenuhi keinginannya yang tidak terhad. Thomas Hobbes dalam menerangkan sifat semulajadi manusia menegaskan, “kecederungan umum manusia adalah keresahan nafsu yang tidak terbatas untuk mendapatkan kuasa yang lebih banyak, kuasa yang akan haanya berakhir dengan kematian” (Ball 1993: 5). Dengan memiliki kuasa seseorang individu itu boleh menguasai orang lain mengikut kemahuannya atau akur dengan setiap peraturan yang diciptanya. Dalam hal ini Flechtheim (1952: 16) berpendapat, “kekuasaan adalah keseluruhan dari kemampuan,

(4)

hubungan-hubungan dan proses-proses yang menghasilkan ketaatan dari pihak lain untuk tujuan yang ditetapkan oleh pemegang kekuasaan.”

Pada pandangan masyarakat umum, pengertian politik sering kali difahami sebagai pembahagian kuasa, penyalahgunaan kuasa dan juga perebutan kuasa. Ia melibatkan proses dan perlakuan politik yang melibatkan pula pelbagai golongan masyarakat, baik mereka yang mempunyai kuasa ke atas sumber-sumber masyarakat ataupun mereka yang inginkan kuasa, yang ingin mempengaruhi guna kuasa atau yang menjadi tumpuan guna kuasa itu. Kuasa juga melibatkan unsur-unsur paksaan dan sekatan, pengorbanan dan pelucutan hak yang ketara (Syed Ahmad Hussin 1994: 22-23).

Kuasa adalah satu elemen politik yang cukup penting. Kuasa politik misalnya bertujuan membentuk sesebuah negara yang menampung sebuah masyarakat yang tenteram dan makmur. Kuasalah yang digunakan bagi menjalankan usaha-usaha pembangunan. Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk memupuk keadilan, kebebasan dan tanggungjawab terhadap masyarakat. Untuk tujuan itu, pihak yang berkuasa menggubal satu dasar yang dipanggil undang-undang. Sebaliknya kuasa juga membawa banyak unsur negatif kerana matlamat utama setiap individu atau pihak yang melibatkan diri dalam kancah politik adalah untuk mendapatkan kuasa. Pihak yang berkuasa akan cuba mempertahankan kuasa yang dipegangnya manakala pihak lain berusaha untuk mendapatkan kuasa itu. Keadaan ini menyebabkan wujudnya beberapa konflik seperti perebutan kuasa yang melibatkan pula permusuhan dan juga kekejaman dalam mempertahankan dan mendapatkan kuasa. Dengan kuasa juga individu atau kumpulan yang berkuasa bertindak mengikut nafsu. Berlakulah penyelewengan demi penyelewengan dalam masyarakat.

Kuasa juga berkait langsung dengan ekonomi. Isu-isu ekonomi seperti kemiskinan dan pembangunan sering kali dipergunakan untuk mencari pengaruh dalam mempertahankan kuasa atau penentangan mendapatkan kuasa. Biasanya pemilikan harta akan memberi peluang kepada seseorang individu dalam usaha mengekalkan kuasa atau mencari kejayaan dalam penentangan terhadap pihak yang berkuasa. Harta juga menyebabkan wujudnya penyelewengan demi penyelewengan dalam perjalanan politik. Bagi negara kita yang pernah dijajah, permasalahan ekonomi sering pula menjadi konflik antara masyarakat pribumi dengan masyarakat pedatang. Hal ini berkait pula dengan sejarah kerana sejarahlah yang boleh membuktikan hak masyarakat pribumi tersebut.

Dari sudut kajian sastera, pendekatan kuasa ini merupakan satu kajian politik yang berkisar di sekitar percanggahan sesama ahli

(5)

masyarakat yang melibatkan persoalan kuasa seperti perebutan kuasa, penyalahangunaan kuasa, pembahagian kuasa dan juga kewibawaaan kuasa. Persoalan kuasa inilah yang dilukiskan oleh pengarang lewat novel-novel mereka. Keadaan ini wujud kerana kesusasteraan merupakan bidang yang amat luas dan menjangkau ke dunia luar realiti. Kesusasteraan juga digunakan untuk menyampaikan perasaan dan pemikiran kepada rakyat. Sebagai anggota masyarakat, pengarang juga berhak berpolitik dan karya-karya mereka itu menjadi hasil politik mereka. Pada peringkat awalnya kesusasteraan digunakan untuk memperjuangkan kemerdekaan. Melalui hasil-hasil sastera para pengarang cuba menyemai semangat nasionalisme kepada masyarakat. Selepas kemerdekaan, para pengarang melukiskan fenomena politik yang berlaku seperti perebutan kuasa, pertentangan, pemusuhan, penyelewengan, penindasan dan berbagai lagi fenomena yang berlaku dalam masyarakat

Permasalahan-permasalahan kuasa inilah yang dimuatkan oleh pengarang dalam menghasilkan novel politik. Segala perlakuan pemimpin dan pengikut parti politik, konflik demi konflik yang timbul seperti pertentangan ideologi, perebutan kuasa, kekejaman dan lain-lain yang berlaku di pesekitaran lain-lain dipungut, dianalisis dan diadun pula dengan imaginasi seseorang pengarang lalu terhasillah sebuah karya yang berunsur politik. Dalam hal ini, sejarah memainkan peranan penting kerana daripada sejarah tercatat apa yang berlaku pada masa lalu. Sejarah dengan fakta-faktanya yang lengkap akan membentuk perjalanan politik. Segala permasalahan kuasa inilah yang harus diperhatikan dan dianalisis oleh setiap pengkaji yang mahu melihat unsur-unsur politik dalam karya sastera. Apa yang dilukiskan oleh pengarang dalam karya sastera dipungut daripada persekitarannya yang diadun dengan daya kreatif dan imaginatif. Menjadi tugas pengkaji sastera untuk melihat dan menilai kembali segala permasalahan yang dikemukakan oleh pengarang itu. Dalam realiti politik, perlakuan manusia politiklah yang merwarnai perjalanannya. Pelaku-pelaku politik inilah yang sering berkonflik di antara mereka dalam memenuhi segala keinginan yang tidak terhad. Tingkah laku pelaku politik inilah yang diwakili oleh watak-watak dalam karya-karya berunsur politik.

Novel-novel yang Diteliti

Penelitian ini akan melihat persoalan kuasa yang terdapat dalam beberapa novel Malaysia yang dihasilkan dekad 1970-an dan 1980-an. Novel-novel

(6)

itu ialah Sutan Baginda dan Tunggul-tunggul Gerigis karya Shahnon Ahmad, Juara karya S.Othman Kelantan, Tokoh Terpilih karya Rahman Shaari, dan Buai Diayun Anak Dicubit karya Marwilis Haji Yusof.

Sutan Baginda memaparkan perebutan kuasa yang cukup ketara dalam nada yang cukup sinis. Kuasa yang direbuti dalam Sutan Baginda adalah kuasa tertinggi pemerintahan. Sutan Baginda memaparkan watak utamanya Sutan Baginda seorang pemimpin parti PERAYU sebuah parti yaang lebih bersifat liberal sosialis. Beliau sebenarnya berasal daripada parti TRTI yang lebih cenderung kepada fahaman Islam. Nasib meyebelahi Sutan Baginda di mana beliau telah mendapat kepercayaan parti (khasnya Nirwan Safari) untuk menduduki kerusi kedua tertinggi parti. Namun kemujuran itu tidak pernah memuaskan hati Sutan Baginda, beliau berazam untuk merampas kedudukan Nirwan Safari sebagai pemimpin tertinggi parti. Perbuatan Sutan baginda ini ibarat ‘kacang lupakan kulit’ kerana melalui pertolongan Nirwanlah dia dapat memasuki PERAYU, “...Naik saja Nirwan memegang tampuk PARAYU, Sutan pun melompatlah” (hal. 5).

Sebagai persiapan merebut kuasa, Sutan Baginda memperlengkapkan diri dengan cara yang cukup profesional. Beliau berkahwin dengan Dahlia, seorang pensyarah Sains Politik di sebuah universiti. Dahlia yang banyak mengetahui tentang teori politik banyak membantu Sutan Baginda dalam membentuk imej diri. Melalui Dahlia jugalah akhirnya Sutan Baginda bertemu dengan Fidah. Cadangan Dahlia agar Sutan Baginda menggunakan wanita untuk menjatuhkan Nirwan disambut oleh Sutan Baginda. Fidah janda muda yang menjadi penyanyi sebuah kumpulan rock di sebuah kelab malam didekati bagi dipergunakan untuk memerangkap Nirwan. Fidah diminta menggoda Nirwan untuk dijadikan skandal bagi menjatuhkan Nirwan. Malangnya hasrat Sutan Baginda tidak kesampaian. Fidah akhirnya berpaling tadah menyebelahi Nirwan. Musnahlah harapan Sutan Baginda dan akhirnya dia menerima tekanan perasaan kerana hasrat yang tidak kesampaian itu.

Jika Sutan Baginda secara langsung memaparkan perlakuan Sutan Baginda dalam mecari kekuasaan yang tertinggi, Tunggul-Tunggul Gerigis pula memaparkan tingkah laku pemimpin di peringkat bawahan serta pengikut-pengikutnya. Mahmud seorang pemimpin Parti Bumi Bertuah peringkat cawangan bercita-cita untuk menjadi pemimpin yang lebih tinggi. Mahmud telah meletakkan syarat dipilih sebagai calon akan datang sekiranya pihak atasan mahukan dia menutup mulut di atas kematian anaknya Bedul yang dilanggar lori balak kepunyaan orang atasan. Persoalan perebutan kuasa tidaklah terlukis secara langsung

(7)

seperti mana yang terlukis dalam Sutan Baginda kerana Shahnon Ahmad lebih menekankan kepada pertentangan ideologi. Meski pun begitu pertentangan ideologi ini jua menjurus kepada perebutan kuasa kerana masing-masing ideologi bertujuan memerintah negara.

Buai Diayun Anak Dicubit yang memaparkan kegelisahan para pemimpin UMNO dalam menunggu senarai calon yang akan mewakili UMNO dalam pilihanraya melukiskan perebutan kuasa ini secara tidak langsung. Dalam mempastikan nama-nama mereka tersenarai sebagai calon, berbagai-bagai cara dilakukan oleh para pemimpin ini seperti melobi pihak-pihak atasan agar menyenaraikan nama mereka.

Kudus diam. Bagaimana dia harus menjawab? Bagaimana dia harus memberitahu isterinya bahawa sehari dua ini orang semakin hebat melobi? Mendesak sana sini. Bagaimana dia hendak membayangkan pada isterinya dia tiada tempat melobi. Nasibnya mungkin bagai telur di hujung tanduk. Nasibnya tidak membawa sebarang jaminan.

(Buai Diayun Anak Dicubit: 6)

Sesuai dengan budaya Melayu yang masih tebal semangat animismenya, para pemimpin ini turut menggunakan khidmat bomoh untuk mendapat jawatan. Rumah YB. Kudus, misalnya, ditabur orang dengan beras pulut dan pasir sungai, begitu juga pejabatnya. Kononnya perbuatan itu bertujuan agar pihak atasan terlupa nama Kudus dan tidak menyenaraikan beliau dalam senarai calon UMNO yang akan bertanding (hal. 14-19). Kudus juga beberapa kali terlibat dalam pemilihan jawatan di peringkat bahagian tetapi sentiasa tewas. Pemusuhan dingin akibat perebutan kuasa ini berlaku antara Kudus dengan Datuk Azmir, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat.

Perebutan kuasa juga secara tidak langsung berlaku antara Datuk Haji Ahmad Razali dengan Datuk Abu Hassan. Kedua-dua mereka menjadi calon untuk memegang jawatan Menteri Besar. Mereka juga telah mengemukakan senarai nama calon-calon pilihan masing-masing yang sedikit sebanyak pastinya berbeza. Calon-calon yang disenaraikan oleh mereka adalah pengikut masing-masing. Pada peringkat awalnya kemenangan hampir pasti memihak kepada Datuk Abu Hassan Omar apabila dia dicalonkan di kawasan negeri Jeram manakala Datuk Haji Ahmad Razali pula di parlimen Ampang. “Saya ditawarkan bertanding di parlimen Ampang. Datuk Abu Hassan bertanding kawasan negeri di Jeram. Nampaknya Datuk Abu Hassan yang akan menjadi Menteri Besar Selangor,” kata Datuk Haji Ahmad Razali (hal. 51). Menyedari perubahan tersebut, pengikut-pegikut Datuk Haji Ahmad Razali telah mengemukakan rayuan kepada Perdana Menteri agar mengekalkan Datuk Haji Ahmad

(8)

Razali sebagai Menteri Besar Selangor dengan meletakkan dia di kerusi Dewan Undangan negeri. Perdana Menteri kemudiannya bersetuju dengan rayuan ini apabila Datuk Haji Ahmad Razali kembali ditawarkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri,

Wakil-wakil rakyat yang ada di rumah Datuk Haji Ahmad Razali bertepuk seperti memperoleh satu kejayaan. Usaha merayu Datuk Haji Ahmad Razali malam tadi rupa-rupanya tidak sia-sia. Dia dikekalkan semula menjadi Menteri Besar Selangor.

(Buai Diayun Anak Dicubit: 87)

Entah apa pula tindakan yang dilakukan oleh pengikut-pengikut Datuk Abu Hassan Omar menyebabkan Datuk Haji Ahmad Razali akhirnya tidak langsung disenaraikan baik di kawasan negeri mahupun kawasan parlimen (Kudus, watak utama novel ini lebih menyebelahi Datuk Haji Ahmad Razali jadi pergerakan kumpulan Datuk Abu Hassan tidak dilukiskan oleh pengarang).

Tokoh Terpilih pula menampilkan perebutan jawatan yang berlaku di kalangan sebuah parti politik iaitu Parti Am. Pemimpin-pemimpin ini saling berusaha menempatkan diri mereka sebaik mungkin di mata para atasan agar dipilih sebagai calon pilihanraya. Untuk tujuan itu, mereka harus pula menjatuhkan orang lain agar kedudukan mereka terjamin, dan inilah yang dilakukan oleh Samad seorang wakil rakyat dalam Tokoh Terpilih. Samad berusaha keras dengan cara yang tidak betul untuk naik kerana menyedari ada orang yang lebih layak daripadanya. Beliau telah mengupah Mustafa seorang wartawan akhbar Ibunda agar menulis segala kebaikannya dengan harapan tulisan itu akan membantu kerjaya politiknya. Samad juga berusaha keras untuk menjatuhkan lawannya dalam politik,

Samad berusaha kuat agar timbalan ketua exco digugurkan. Dia menemui pihak KL melaporkan keburukan calon popular itu. Usahanya hampir berjaya. Darwis menentang usaha Samad. Darwis mengesa Mat Ali membuat laporan balas kepada pihak KL. Akhirnya timbalan ketua exco dikekalkan juga. Darwis sendiri yang diketepikan.

(Tokoh Terpilih: 28)

Kedudukan Samad semakin terancam apabila pihak atasan mahu melantik Darwis sebagai setiausaha politik menggantikan tempatnya. Walau pun Darwis adalah kawan karibnya sejak kecil, Samad berusaha menjatuhkan Darwis. Dengan menggunakan Zaharaton sebagai umpan, Darwis akhirnya terperangkap di selatan Thailand apabila di tahan pihak berkuasa Thailand kerana memasuki negara itu tanpa (pasport.

(9)

Sebenarnya, semua itu telah dirancang dengan teliti oleh Samad melalui orang upahannya Ismail Bell-Bottom,

Darwis baru tahu bahawa bagi Samad politik itu segala-gala. Tidak ada kawan tidak ada sahabat. Yang ada ialah hasrat untuk naik. Semua cara boleh difikirkan untuk naik. Jadi kawan perlu dimusnahkan, musnahkan.Ketika berhadapan alangkah baiknya Samad. Dia tidak dapat membaca hati Samad. Hati yang busuk telah dilindungi oleh bahasa dan wajah yang memaparkan kemesraan.

(Tokoh Terpilih: 100)

Kuasa dalam Parti Politik

Kuasa memberi sesuatu kekuatan untuk menusia bertindak megikut keinginannya. Mereka yang berkuasa juga sering kali memaksa orang lain untuk mengikut apa yang mereka putuskan. Kekuasaan sering kali mengaburkan mata manusia yang berkuasa, lantaran itu wujudlah penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh orang-orang yang berkuasa. Dengan kuasa manusia boleh melakukan apa sahaja dan inilah yang dilakukan oleh para pemimpin dalam Tunggul-Tunggul Gerigis. Sebahagian besar kawasan pembalakan adalah milik bersama para wakil rakyat bermula dengan PM, MB dan wakil-wakil Rakyat. Mereka mengambil semuua hasil bumi Poseng tanpa menilai kesan kepada penduduk kampung, percemaran alam sekitar dan lain-lain tidak diimbangi dengan baik. Anak Mahmud, Bedul, menjadi korban lori balak yang berlarian laju merentasi bumi Poseng setiap hari dan untuk menutup mulut Mahmud akhirnya mendapat pampasan sebanyak seribu ringgit dengan janji akan diangkat menjadi calon dalam pilihanraya akan datang.

Sebagai pemimpin peringkat cawagan Mahmud telah menggunakan kuasanya untuk menekan penduduk yang tidak mengikut partinya. Segala kemudahan yang dibekalkan oleh kerajaan seperti subsidi baja dan lain-lain hanya diberi kepada pengikut-pengikut PBB sahaja,

... kalau mereka nak berkepala batu juga sampai kiamat, biar mereka kepala batu. Tak usah beri habuan apa-apa. Kita tengok siapa yang terkeok, siapa yang tak terkeok. Kitakah yang gagah, merekakah yang gagah. Celaka punya manusia. Tak guna ...

(Tunggul-Tunggul Gerigis: 41)

Mahmud dan pengikutnya turut menyebarkan berbagai fitnah terhadap pengikut PSS hingga menyebabkan kerajaan mengambil beberapa tindakan susulan seperti memecat Imam Itam sebagai Imam Poseng. Mahmud juga dengan lagak yang penuh keegoan telah

(10)

mengambil langkah yang cukup dramatik dalam menamatkan segala permasalahan yang menimpa mereka iaitu ancaman daripada pengikut Partai PSS yang semakin ramai. Pengikut-pengikut PSS telah dibunuh dengan kejam tanpa peri kemanusiaan oleh kerajaan.

Dan di kala itulah seratus soldadu mengorak langkah menuju madrasah yang bakal menjadi sasaran. Tiba-tiba saja madrasah dikepung di empat-empat penahap. Meriam dan tank menghulur mucung menunggu detik untuk memuntahkan belereng. Semua siap siaga dengan bazuka, senapang, mesingun, bom tangan bagaikan benar-benar hendak meruntuhkan gunung-ganang; bukan menundukkan kuman-kuman yang kerdil-kerdil. Dan bila dinihaari jauh merayap ke hujung daan kokok ayam mulai rancak bersahutan, madrasah dihujani peluru dan peluru. Semua menjadi gamat dan gawat...Dan belulang-belulang yang terkulai rapuh itu terus-menerus ditembusi besi-besi waja yang berbisa, menikam hati dan jantung, menojah tulang-tulang dan tengkorak-tengkorak yang masih mengepung otak-otak. Para kuku besi terus menjunamkan kuku ke atas madrasah...

(Tunggul-Tunggul Gerigis: 302)

Sebagai pihak yang memiliki kuasa ternyata kerajaan telah menyalahgunakan kuasa yang ada pada mereka. Sepatutnya mereka terlebih dahulu mengadakan proses penyiasatan dan perbincangan dengan mereka yang terlibat. Untuk mematahkan kumpulan yang tidak sebegitu besar, tidak perlu kerajaan menggunakan kelengkapan yang ternyata sangat zalim untuk diterima oleh rakyat.

Penyelewengan kuasa turut dilakukan oleh Imam Itam dan lain-lain pemimpin agama yang dilantik oleh pihak kerajaan seperti Ustaz Lahadi dan Lebai Mawardi. Mereka telah menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk mempengaruhi rakyat (pengikut mereka). Ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis telah digunakan oleh mereka untuk kepentingan diri dan parti. Mereka telah memutar belitkan taksiran ayat-ayat ini sehingga menampakkan hanya mereka yang betul. Sebagai penduduk kampung ternyata penduduk Poseng begitu senang dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin agama ini. Kesempatan ini diambil oleeh pemimpin-pemimpin agama ini bagi mempengaruhi rakyat agar bangkit menentang kerajaan.

Masing-masing diselimuti kekentalan dan kepejalan keyakinan yang beberapa tahun ini ditanam oleh Imam Itam, jalannya hanya satu; tak ada selekoh, tak simpang, tak ada tanah cunggang-cunggit. Jalan begitu lurus seperti lurusnya sebatang jari. Dan kalau kelurusan jalan itu terhadang apa saja, apa saja itu adalah laknat dan bedebah yang pasti dihukum. Lain tidak ada. ...

(11)

Sutan Baginda turut mendedahkan beberapa penyelewangan yang dilakukan oleh ahli politik. Sutan Baginda misalnya telah mempergunakan kedudukan sebagai orang nombor dua parti untuk kepentingan diri. Dengan kedudukan itu beliau cuba merapati Fidah, seorang penyanyi kelab malam untuk memerangkap Nirwan Safari. Namun sebelum Fidah dihantar kepada Nirwan, Sutan terlebih dahulu menikmati tubuh Fidah yang menarik itu. Dengan kedudukan itu juga dia mendekati Dahlia yang kemudian dikahwini beliau kerana mahu membina imej diri. Sebagai seorang pensyarah Sains Politik di UZM, Dahlia amat berguna bagi Sutan membina imej dirinya. Melalui Dahlia dia banyak memahami dan mempraktikkan teori-teori politik barat. Nirwan Safari pula mempergunakan kedudukan sebagai orang nombor satu PERAYU untuk terus mengekalkan jawatannya. Sesiapa yang berani menentangnya akan dicatas. Dia menjalankan sistem pentadbiran kuku besi di mana tiada siapa pun yang boleh menentangnya.

Tokoh Terpilih turut memaparkan penyelewengan kuasa yang dilakukan para pemimpin. Selaku seorang wakil rakyat telah dipergunakan oleh Samad sepenuhnya. Perempuan demi perempuan saling berganti dan dengan menggunakan kedudukannya sebagai wakil rakyat dia telah memerangkap Norlia. Dengan janji mencari perkerjaan buatnya dan kepercayaan Norlia terhadap seorang wakil rakyat maka Samad telah menodai gadis bawah umur itu. Samad juga memberi rasuah kepada wartawan agar menyiarkan segala kebaikannya di dalam akhbar. Mustafa,

columnist dari akhbar Ibunda bukan sahaja menerima wang ringgit daripada Samad tetapi juga perempuan untuk ditiduri.

...dalam satu perbualan di restoran, Mustafa terlanjur cakap. Katanya, Samad menyediakan tempat yang special untuk dia menulis. Bilik penginapannya di hotel yang baik sekali. Tukang urutnya cantik sekali. Mustafa dapat dua bayaran. Pertama dari Samad. Kedua dari akhbar Ibunda. Zamri tidak hairan dengan peristiwa itu. Semua itu, bagi Zamri, berada di dalam daerah politik wang.

(Tokoh Terpilih: 11)

Penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan seperti ponteng kerja, menipu, membuat tuntutan yang bukan-bukan dan sebagainya turut dipaparkan oleh pengarang. Hal ini digambarkan melalui watak Darwis. Darwis seorang pegawai kebudayaan, pada mulanya membawa imej yang positif namun kerana desakan nafsu, Darwis akhirnya terperangkap dengan perangkap Samad. Mendengar bahawa Samad sering kali mengumpan Zaharaton kepada orang lain, Darwis cuba mendapatnya. Tanpa menyedari segalanya adalah

(12)

rancangan Samad, Darwis telah mengikut kemahuan Zaharaton untuk ke Thailand. Darwis sebenarnya sedang bertugas pada waktu itu tetapi beliau telah membuat alasan mahu ke Pulau Pinang menempah dewan kesenian untuk pertunjukan. Darwis telah meminta pertolongan kawannya menempah dewan tersebut sedangkan beliau langsung ke Thailand,

Darwis berasa lega. Sekurang-kurangnya, kalau ditanya oleh pengarah, dia boleh menjawab Dewan Kesenian itu telah ditempah. Razak tentu tidak akan banyak soal. Bahkan, dia akan membuat tuntutan perjalanan seperti biasa. Dari Indera Keh ke Pulau Pinang dan tidur semalam membolehkan dia membuat tuntutan melebihi seratus ringgit. Wang sebanyak itu tidak begitu penting bagi Darwis. Yang penting dia dianggap bekerja.

(Tokoh Terpilih: 57)

Juara antara lain mengambarkan beberapa penyelewengan yang berlaku dalam sebuah pertubuhan politik Melayu. Pemimpin-pemimpin pertubuhan ini telah melakukan beberapa penyelewengan seperti memberi pekerjaan kepada saudara mara mereka. Lantaran novel ini lebih memfokuskan kepada gelanggang laga lembu tidak banyak pemaparan penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh para pemimpin. Penyelewengan kuasa juga tidak mendapat tempat dalam Buai Diayun Anak Dicubit kerana ia lebih menumpukan kepada kegelisahan tokoh politik dalam menunggu senarai calon untuk pilihanraya dikemukakan.

Kesimpulan

Meneliti novel-novel Malaysia yang berunsur politik memperlihatkan bahawa persoalan politik yang digarapkan adalah sangat berkait rapat dengan persoalan kuasa. Justeru itu, mengkaji sesebuah novel berunsur politik adalah sesuai menggunakan pendekatan kuasa kerana dunia politik itu sendiri berkisar di sekeliling persoalan percanggahan-percangahan pendapat dan kepentingan sesama ahli masyarakat yang melibatkan pula persoalan kuasa seperti perebutan kuasa, penyelewengan kuasa dan lain-lain. Segala permasalahan ini menyebabkan timbulnya konflik demi konflik seperti pertentangan, permusuhan dan wujud pula beberapa idea untuk menyelesaikan konflik tersebut. Sesungguhnya pendekatan kuasa ini menjurus ke arah proses dan kelakuan sebenar politik, jadi ia amat sesuai untuk digunakan sebagai pendekatan dalam mengkaji novel-novel berunsur politik.

(13)

Rujukan

Ball, A.R. 1993. Politik dan Kerajaan Moden. Terj. S.Ahmad Hussin, Loh Fong Fong dan Wong Seat Tho. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Deutsch, K.W. 1970. Politics and Government: How People Decide Their

Fate. Boston: Houghton Mifflin Co.

Flechtheim, O.K. 1952. Fundamentals of Political Science. New York: Ronald Press Co.

Keris Mas. 1997. Politik Sastera dan Sastera Politik dalam Sastera dan Kemanusiaan: Pidato Umum dan Pidato Penerimaan Sasterawan Negara 1981–1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lasswell, H. 1978. (Terj.) Politik: Siapa Mendapat Apa, Bila, Bagaimana.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lukes,S. 1985. Kuasa Satu Pandangan Radikal. Terj. Wan Azmi Ramli. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marwilis Haji Yusof. 1987. Buai Diayun Anak Dicubit. Selangor: Marwilis Publisher.

Miriam Budiardjo. 1977. Dasar-dasar Ilmu Politik. Jakarta: Penerbit PT Gramedia. Rahman Shaari. 1987. Tokoh Terpilih. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Robson, W.A. 1954. The University Teaching of Social Sciences: Political

Science. Paris:UNESCO.

Shahnon Ahmad. 1988. Tunggul-tunggul Gerigis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. 1989. Sutan Baginda. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.Othman Kelantan. 1976. Juara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syed Ahmad Hussin. 1994. Pengantar Sains Politik.Kuala Lumpur: Dewan

Referensi

Dokumen terkait

Surga di bawah telapak kaki ibu, al-jannatu tahta aqdamil ummahati. Begitulah Rasulullah saw. mengajarkan kepada umatnya akan kemuliaan kaum ibu. Wanita dalam Islam mendapat tempat

Jadi, pada penelitian ini hasil density yang paling mendekati dengan density material adalah pada temperatur nozzle 190 °C dan temperatur base plate 50°C

Pasar kerajinan mi menekankan pada citra bangunan yang diambil dari seni tari Jaipong sebagai konsep yang diterapkannya. Tari Jaipong di ambil karena tarian ini yang berasal dari

Sehubungan dengan hal itu maka peneliti tertarik mengangkat topik tersebut ke dalam penelitian dengan judul “Analisis Pengaruh Rasio Leverage Keuangan, dan Pangsa Pasar

Beras merah diolah menjadi mie dengan tujuan agar masyarakat dapat hidup lebih sehat dan terhindar dari berbagai penyakit akibat mengkonsumsi mie instan..

Penelitian ini ditujukan untuk menguji pengaruh faktor faktor yang mempengaruhi Indeks Saham Syariah Indonesia (ISSI) seperti Inflasi, Sertifikat Bank Indonesia

data tersebut adalah 2,32. Setelah mengetahui rata-rata hitung dan standar deviasi data hasil tes servis bawah dalam permainan sepaktakraw tersebut maka dimasukkan kedalam