• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUDAYA BENDA PENGENALAN DAN PERMULAAN KE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BUDAYA BENDA PENGENALAN DAN PERMULAAN KE"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

BUDAYA BENDA: PENGENALAN DAN PERMULAAN KEPADA KAJIAN SENI DAN BUDAYA MELAYU SARIBAS

Faridah Sahari (UNIMAS) dan Rahah Hj. Hasan (UNIMAS)

ABSTRAK

Kajian ini menyingkap penggunaan dan pengaplikasian metod kajian budaya benda untuk mendokumentsi dan mengorginasasi koleksi budaya benda masyarakat Melayu Saribas di Bahagian Betong, Sarawak. Kajian ini juga cuba menyediakan garis panduan pendokumentasian yang berasaskan teori budaya benda untuk mengekalkan dan melestarikan budaya benda, bermula dengan pendekatan yang praktikal di mana pengaplikasian

nya boleh digunapaikai secara mudah dan efektif. Praktis ini yang bermula dari peringkat yang paling asas hingga peringkat yang lebih tinggi akan mampu mewujudkan satu dokumentasi yang mempunyai kesahihan yang membolehkannya dirujuk dari sudut akademik, komersil dan koleksi antikuiti yang bergantung sepenuhnya kepada kenadiran dan sejarah setiap satu benda yang lahir dalam sesebuah masyarakat.

KATA KUNCI

Budaya Benda, Budaya Benda Saribas, Budaya Benda Borneo, Budaya Saribas, Melayu Saribas, Budaya Visual Melayu Saribas.

PENGENALAN

Budaya benda (Material Culture) atau budaya material pada awalnya berasal dari dalam lingkungan ilmu arkiologi dan etnologi sering digunakan dalam kajian berkenaan artifak yang dijumpai dan yang terdapat dalam kesenian dan kebudyaan sesebuah

masyarakat (Prown, 1982). Namun dalam wacana baru kajian berkenaan bahan budaya

kebelakangan ini pendekatan kajian budaya benda sering digunakan dan diperluaskan dalam

kajian lain seperti kebudayaan, antikuiti dan kesenian kerana kesuaian metod ini untuk kajian

yang berkaitan bahan budaya dan budaya visual yang dikaitkan dengan warisan dan identiti masyarakat.

Dalam kajian ini fokus bahan budaya yang diketengahkan akan dipusatkan kepada

(2)

kebudayaannya. Kajian bahan budaya masyarakat Melayu Saribas boleh dianggap kritikal

kerana hingga kini Saribas masih tidak mempunyai muzium sendiri yang mengumpulkan

koleksi-koleksi spesifik kepada masyarakat mereka yang boleh dianggap kompleks kerana

mereka mempunyai kepelbagaian dari segi sumber pendapatan, yang darinya terhasil atau wujud atas dasar keperluan dan pelestarian kehidupan seharian pelbagai bahan budaya yang

mempunyai maksud dan kenadiran yang tersendiri. Pastinya tanggungjawab ini terletak

pada setiap warganya yang merupakan pengamal dan ahli dalam masyarakat, di mana

mereka secara berterusan memindahkan amalan yang berkaitan budaya daripada pengamal

sebelumnya kepada pengamal baru iaitu generasi yang seterusnya. Atau, sekiranya ada

institusi yang lebih terancang maka bolehlah diwujudkan galeri atau muzium yang khusus kepada keperluan ini, namun sebelum semua ini boleh diwujudkan, ia memerlukan kabinet

koleksi (Cabinet Of Curiosity) dan aktiviti mengumpul koleksi yang akan membuka pintu kepada pendefinasian terhadap antikuiti Melayu Saribas yang lebih fokus serta merangsang

penyelidikan dan kajian berterusan secara spesifik kepada bidang ini.

Seperti yang berlaku kepada kebanyakan masyarakat di dunia, modernisasi dan globalisasi banyak mendatangkan perubahan dan pembaharuan yang menyentuh pelbagai

aspek kehidupan masyarakat secara langsung atau tidak langsung. Dalam perubahan ini

banyak perkara yang berbentuk kebendaan atau yang tidak tangible, umpamanya amalan, adat, ritual yang ditinggalkan atau diperkecilkan kepentingannya yang lama kelamaan akan

menyebabkan ia tidak lagi signifikan kepada masyarakat secara keseluruhan, kerana

kesamaan dalam kepercayaan dan amalan amat penting untuk identiti sesebuah masyarakat dan ini menyebabkannya tidak boleh hanya diamalkan oleh seseorang individu atau

sekelompok manusia dalam sebuah masyarakant yang besar (Lihat Gambar 1). Amalan yang ditinggalkan sedikit demi sedikit ini bukan sahaja menghilangkan aspek intrinsik dalam

(3)

berkaitan, malahan akan menghapuskan sekali pembuat, kemahiran dan nilai pembuatan,

ilmu dan teknik pembuatan dan yang lebih merugikan adalah pelbagai potensi

perkembangan dan kelestarian sesebuah kesenian. Seperti kenyataan Fiona Leiberick di

bawah yang menyatakan tentang keperluan kritikal terhadap kajian ini kepada sesebuah kaum atau masyarakat perlu dilaksanakan demi kepentingan beberapa perkara iaitu

kesinambungan sesebuah masyarakat, keberadaan warisan masyarakat dan mempromosi

serta memartabatkan identiti masyarakat.

There is a vital need for more wide spread recognition of the imporance of material culture ini shaping and buttressing cultural worlds, in maintaining social continuity, in providing a sense of heritage, and in promoting and reinforcing ethnic indentity .Such programmes would provide an accurate and informed foundation and for further promoting awareness and appreciation of ..cultural heritage and ethnicity through such avenues as publication, arts and crafts development, travelling exhibitions, regional museums and school worckshops in traditional skills (Leibrick 1989:199)

Gambar 1: Contoh gambaran sesebuah amalan dalam masyarakat.

OBJEKTIF KAJIAN BAHAN BUDAYA

Kajian ini pastinya telah mencapai masa yang tepat untuk dimulakan memandangkan

masyarakat kita telah terlalu lama mempertanggungjawabkan aktiviti pelestarian budaya dan

(4)

menyerahkan tanpa persoalan, kepada pihak pemerintah dan badan-badan kerajaan untuk

menjalankan aktiviti pemeliharaan dan pendokumentasian budaya masyarakat tempatan.

Dengan adanya ahli yang berpendidikan dalam setiap rumah pada masa kini maka telah tiba

masanya aktiviti ini boleh dijalankan secara persendirian dan dipraktikkan sebagai amalan dan boleh dibudayakan dalam setiap rumah seperti yang dilakukan oleh masyarakat barat

yang menggarap kemodenan dari era Renaisan, Baroque dan Rococo iaitu era yang

mempunyai peninggalan bahan budaya yang sangat terperinci dan menyeluruh dalam

pelbagai aspek kehidupan masyarakatnya. Daripada bahan budaya ini juga wujudnya

kajian-kajian dari pelbagai sudut seperti antikuiti, budaya visual, sejarah seni, ikonologi dan

ikonografi, aestetik dan banyak lagi.

Tidak dinafikan budaya atau amalan menggumpul dan membuat koleksi bahan

budaya wujud dalam keluarga dan rumah penempatan orang Melayu, terutama golongan

aristokrat sejak dahulu, contohnya seperti barangan tembaga, tembikar, kain songket dan

bahan tenunan lain. Tetapi malangnya aktiviti ini tidak melibatkan dokumentasi dan

perekodan seperti rekod pembelian atau pemberian yang berbentuk penulisan atau yang berbentuk rekod yang berbentuk visual seperti fotografi, lakaran atau lukisan.

Apa-apa dokumentasi sekiranya ada tidak pernah diorganisasikan secara sistematik

dan terancang oleh pemiliknya, atau oleh pemegang amanah yang menjaga harta benda

sesebuah keluarga. Dalam setiap rumah, kewujudan koleksi ini dilihat sebagai pemandangan

lazim dalam rumah orang Melayu. Nilai yang wujud disekitar perkembangan ini juga tidak

pernah diambil kira secara serius oleh mana-mana pihak, sebagai bahan yang mempunyai signifikasi sejarah, atau paling tidak pun setakat catatan yang paling asas iaitu nilai

sentimental pemiliknya terhadap koleksi yang dimiliki.

Penglibatan masyarakat itu sendiri dalam aktiviti pendokumentasian dan

(5)

generasi baru yang merupakan mekanisma penting dalam memastikan kesinambangan

budaya dan identiti masyarakat Melayu Saribas supaya tidak kabur atau dikorupsi oleh

amalan budaya yang tidak berkenaan, lebih-lebih lagi dalam era yang sentiasa

mempermudahkan dan mengambil jalan pintas dalam melaksanakan pelbagai ritual dan adat budaya.

Garis panduan yang diwujudkan dalam kajian ini yang didasarkan pada metod dan

teori yang telah dipermudahkan dan diperhaluskan bersesuaian dengan penggunaan

tempatan dan menjurus kepada keperluan bahan budaya yang relevan. Pengaplikasian yang

realistik dan mudah amat perlu supaya ia boleh diterima dan diguna pakai oleh setiap

golongan masyarakat Melayu Saribas, tidak kira mereka mempunyai koleksi yang pelbagai atau hanya memiliki bahan budaya yang terhad dalam rumah mereka. Garis panduan ini

hanyalah satu permulaan yang rendah diri kerana kajian ini mengharapkan kepada siri kajian

yang panjang yang akan diteruskan hingga wujudnya pangkalan data yang lengkap dan

menyeluruh untuk rujukan setiap aspek budaya Melayu Saribas. Dalam perkembangan ini

juga dikemukakan secara berterusan dokumentasi pembangunan dan perkembangan garis panduan ini, supaya ia sentiasa diperbaiki dan berinovasi untuk penggunaan yang

bersesuaian dengan perubahan dan keperluan semasa masyarakat Melayu Saribas itu sendiri

(6)

KEPENTINGAN KAJIAN BUDAYA BENDA

Budaya benda diterjemahkan dalam pelbagai bentuk oleh para sarjana mengikut

bidang masing-masing termasuk objek, artifak dan benda. Walaubagaimanapun, para

sarjana bersependapat bahawa budaya benda adalah objek yang diperbuat dan digunakan oleh manusia yang disesuaikan dengan konteks budaya, kepercayaan dan nilai kehidupan

yang membentuk identiti dan kelestarian sesebuah kelompok masyarakat dan bangsa itu

sendiri (Dant, 2005; Geertz, 1973; Hodder, 2012; Malinowski, 1932; Fleming, 1974).

Menurut Prown (1982), kepentingan terhadap kajian budaya benda berdasarkan

kepada empat elemen: 1) tahap kognitif kepakaran/kearifan, 2) kegiatan aktiviti, 3) aksesibiliti bahan dan teknologi pembuatan dan 4) nilai, kepercayaan dan kecenderungan pilihan pembuat dan pengguna objek. Dalam kajian budaya benda, objek digunakan sebagai

data primer, mengaitkan hubungan manusia dengan kebendaan dalam memahami pelbagai

aspek budaya dan sosial, kepercayaan, nilai serta persekitaran.

Manakala dalam bidang antropologi dan arkeologi, budaya benda digunakan sebagai

bukti fizikal untuk memahami sejarah manusia dan aktiviti-aktiviti kebudayaan (Lavenda & Schultz, 2010). Dalam aspek teknologi pula, kajian budaya benda digunakan sebagai kaedah

investigasi untuk mengesan bagaimana sesuatu objek itu digunakan, dibuat dan direka

bentuk yang seterusnya untuk mengaitkannya dengan paten dan perubahan penggunaan,

perkembangan teknologi dan inovasi (Schiffer & Skibo, 1987; Schiffer et. al, 1994; Skibo &

(7)

KAJIAN BUDAYA BENDA MELAYU SARAWAK

Kajian budaya benda masyarakat Melayu Sarawak masih lagi baru. Walaupun

Sarawak adalah sebahagian daripada Malaysia, namun terdapat perbezaan yang amat ketara

dari segi kearifan lokal dan warisan antara Melayu Sarawak dan Melayu di Semenanjung Malaysia (Awang Azman, 2010). Kajian budaya benda Melayu Sarawak yang ada kebanyakan

hanya tertumpu kepada Melayu di bahagian Kuching seperti buku oleh Hajjah Maimunah

(1999) Glimpses of Malay Life in Sarawak dan Siti Zaharah Abang Husaini (1991 cited in

Awang Azman, 2010). Kedua-dua buku tersebut memaparkan kehidupan masyarakat Melayu

Sarawak di kampung-kampung sekitar Kuching secara am meliputi aktiviti-aktiviti kebudayaan, budaya benda, bahasa, warisan dan tradisi. Manakala, kajian budaya benda

masyarakat Melayu di bahagian-bahagian lain di Sarawak adalah amat kurang. Justeru

keperluan untuk kajian ini dilihat amat kritikal.

Oleh kerana kekurangan kajian dan hasil dapatan mengenai budaya benda

masyarakat Melayu Saribas, ia menjadi halangan dan cabaran utama para pengkaji untuk

mendapatkan data. Maka, dokumentasi dan katalog untuk penghasilan inventori budaya

benda masyarakat Melayu Saribas dilihat langkah drastik dan tindakan jangka pendek yang boleh dipertimbangkan. Hasil dapatan daripada kajian fundamental budaya benda ini akan

menjadi titik tolak kepada kajian-kajian lanjut berkaitan hubungan antara masyarakat Melayu

Saribas dan budaya bendanya dalam membantu memahami pelbagai aspek budaya, sosial,

ekonomi, nilai, kepercayaan, bahasa dan kearifan lokal masyarakat itu sendiri. Seterusnya,

(8)

METODOLOGI KAJIAN BUDAYA BENDA

Para sarjana dalam pelbagai disiplin telah banyak memformulasi metodologi kajian budaya benda dalam penganalisaan objek seperti Finley (1990), Fleming (1974), Prown

(1980) dan Skibo and Schiffer (2009). Model analisa Fleming, Prown dan Skibo & Schiffer

yang menjadi asas kepada methodologi kajian dalam mendokumentasi dan pengkatalogan

yang disarankan dalam artikel ini kerana kombinasi ketiga-tiga model ini mengambil kira

hubungan objek dengan manusia, budaya, nilai dan teknologi selain daripada aspek-aspek

asas dalam kaedah penganalisaan dalam model-model sedia ada seperti pemerhatian terhadap rekabentuk fizikal, kaedah dan bahan pembuatan dan fungsi objek.

METODOLOGI PENGKATALOGAN & PENDOKUMENTASIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menkodumentasikan budaya benda dalam kalangan

masyarakat Melayu Saribas; samada di peringkat individu ataupun komuniti kampong

sebagai satu langkah awal usaha pelestariannya. Untuk tujuan kajian ini, penggunaanj adual disaran untuk memudahkan aktivit ipengdokumentasian dan memastikan aspek-aspek

penting telah direkodkan. Oleh kerana budaya benda merangkumi kepelbagaian objek yang

sangat luas, maka Prown (1980) menyarankan agar klasifikasi objek dilakukan mengikut

fungsi selain untuk tujuan pengkatalogan untuk kemudahan pengaksesan maklumat. Enam

kategori yang disarankan oleh Prown ialah:

1. Art (paintings, drawings, print, sculpture, photography)

2. Diversions (books, toys, games, meals, theatrical performances) 3. Adornment (jewellery, clothing, hairstyles, cosmetics)

(9)

5. Applied arts (furniture, furnishings, receptacles)

6. Devices (machines, vehicles, musical instruments, implements, scientific instruments)

Namun begitu, kategori-kategori ini, masih boleh dimodifikasikan mengikut keperluan kajian

dan kepentingan budaya masyarakat yang dikaji. Jadual 1 memaparkan jadual yang akan digunakan untuk merekodkan maklumat asas objek yang dikaji untuk tujuan pengkatalogan

dan pendokumentasian.

Jadual 1 Jadual Pengkatalogan dan Pendokumentasian

Objek Maklumat Asas Catatan

Nama: Kategori:

Sejarah/Latarbelakang

Bahan Pembuatan

Kaedah Pembuatan

Reka bentuk Dimensi:

Struktur/bentuk/stail/ornament:

Fungsi

Maklumat Panggilan

(Klasifikasi objek) Contoh-seramik

(10)

JADUAL APLIKASI PENGKATALOGAN & PENDOKUMENTASIAN

Jadual 2 menunjukkan contoh jadual aplikasi pengkatalogan dan pendukementasian untuk ingeniaitu bakul Orang Ulu.

Jadual 2 Jadual Aplikasi Pengkatalogan dan Pendokementasian

Objek Maklumat Asas Catatan

Nama:Ingen Kategori:Bakul

Sejarah/Latarbelakang

Bakul yang dibuat dan digunakan oleh masyarakat Orang Ulu iaituKayan dan Kenyah ketika menuai padi.

Sedikit perubahan dari segi saiz dan penambahan bahagian pada ingenkerana perubahan

terhadap fungsi; i) sebagai bakul pengankut muatan hasil tuaian dari humake ruang penyimpanan dan ii) untuk penyimpan padi di ruang penyimpanan BahanPembuatan

Rotan Wei letikan (Calamus caesius) untuk struktur utama bakul

Wei seringan (Daemonorops sabut) untuk rangka dan tiang

KaedahPembuatan Anyaman

Rekabentuk

Dimensi: Ø30cm and ↨50cm tinggi.

Struktur/bentuk/stail/ornament:

Bakul yang berbentuk silinder dan berdasar segiempat.

Mempunyai taket (tiang) pada setiap empat sudut bakul berfungsi untuk menyokong dan menstabilkan struktur ketika bermuatan.

Fungsi

Bakul untuk memuatkan hasil tuaian padi Maklumat Panggilan

(11)

KESIMPULAN

Kajian budaya benda penting dalam memahami pelbagai aspek penting sesebuah

kelompok masyarakat meliputi budaya, sosial, kegiatan ekonomi, kepercayaan, nilai, kearifan

dan teknologi. Memandangkan pada masa kini kajian dalam bidang ini masih ditahap yang kurang memuaskan dan belum menyeluruh maka, kajian budaya benda Melayu Sarawak

terutamanya dari Bahagian Saribas perlu dijalankan pada kadar segera dan diberikan

keutamaan. Kajian ini juga bertujuan untuk membuat inventori budaya benda masyarakat

Melayu di Saribas sebagai titik permulaan dan langkah drastik dalam usaha pendokumentasian

objek yang masih wujud dan yang sedang diancam kepupusan dalam dunia kehidupan

masyarakat sekarang. Hasil daripada pengkatalogan dan pendokumentasian diharap dapat membantu para penyelidik mendapatkan data dan membuat analisa, seterusnya memahami

budaya, sosial, kegiatan ekonomi, kepercayaan, nilai, kearifan dan teknologi masyarakat

Melayu Saribas daripada pelbagai situasi samada dahulu mahupun sekarang.

CADANGAN

Pusat penyelidikan yang spesifik kepada kajian budaya Melayu Saribas dalam pelbagai sudut pengkajian yang boleh merangsang bukan sahaja dokumentasi tetapi aktiviti

ransangan seperti latihan, program kesedaran dan penerangan terhadap warisan dan identiti

Melayu Saribas dilihat sebagai satu keperluan yang harus diwujudkan. Memperbanyakkan

penerbitandokumentasi dalam pelbagai peringkat bukan sahaja yang berbentuk akademia tetapi yang lebih menyeluruh dan dekat dengan hati masyarakatnya iaitu Melayu Saribas itu sendiri seperti pantun, rima dan seloka. Mewujudkan sebuah muzium pameran, pusat koleksi dan interpretasi yang boleh menjadi pangkalan data dan koleksi fizikal, yang boleh menerangkan dan memberikan pemahaman secara holistik secara berterusan tentang

(12)

RUJUKAN

Abang Yusuf bin Abang Puteh. (1998).The Malays of Sarawak: a socio-political portrait. Kuching: Shobra Publications.

Awang Azman Awang Pawi. (2014). Adat Istiadat Tradisi Melayu Sarawak. Wajah Melayu Sarawak: Rampaian Ilmu Budaya. Sarawak. Institut Pengajian Asia Timur dan Universiti Malaysia Sarawak.

Awang Azman Awang Pawi. (2014). Sarawak Malay Material Culture and their Weltanschauung: Some Preliminary Research Themes and Findings. Faculty of Liberal Arts, Prince of Songkla University.

Collins, J. T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dant, T. (2005).Materiality and Society. New York: Open University Press.

Finley, Gregg. (1990). The Gothic Revival and the Victorian Church in New Brunswick: Toward a Strategy for Material Culture Research."Material History Bulletin 32, 1-16.

Flemming, E. McClung. (1974). Artifact Study: A Proposed Model. Winterthur Portfolio 9, 153-173.

Geertz, C. (1973).The Interpretation of Cultures.New York: Basic Books Inc.

Hodder, I. (2012). Entangled An Archaeology of The Relationships Between Humans and Things.Wiley-Blackwell.

(13)

Maimunah Daud. (1999). Glimpses of Malay Life in Sarawak. Kuching: Yayasan Budaya Melayu Sarawak.

Malinowski, B. (1932).Agronauts of Western Pacific. London: George Routledge & Sons Ltd.

Lavenda, R. H., & Schultz, E. A. (2010). Core Concept in Cultural Anthropology (4th ed.). New York: McGraw-Hill.

McCracken, Grant. (1988). Meaning and Manufacture in the World of Goods. Culture and Consumption,71-89. Bloomington: Indiana University Press.

Prown, Jules. (1982). Mind in Matter: An Introduction to Material Culture Theory and Method.Winterthur Portfolio,1-19.

Schiffer, M. B., & Skibo, J. M. (1987, December). Theory and Experimenting: The Study of Technological Change. Current Anthropology, 28(5), 595-622.

Schiffer, M. B., Hollenback, K. L., Skibo, J. M., & Walker, W. H. (2010). Behavioral Archaeology: Principles and Practice.London: Equinox Publishing Ltd.

Schiffer, M. B., Skibo, J. M., Boelke, T. C., Neupert, M. A., & Aronson, M. (1994). New Perspectives on Experimental Archaeology: Surface Treatmnents and Thermal Response of the Clay Cooking Pot.American Antiquity, 59(2), 197-217.

Skibo, J. M., & Schiffer, M. B. (2009). People and Things A Behavioral Approach to Material Culture.New York: Springer.

Gambar

Gambar 1: Contoh gambaran sesebuah amalan dalam masyarakat.

Referensi

Dokumen terkait

Pengertian Retribusi Daerah dalam pasal 1 baik menurut Undang – undang Nomor 34 tahun 2000 Tentang Perubahan Undang – undang Nomor 18 Tentang Pajak Daerah dan retribusi

Puji syukur kepada Allah SWT atas rahmat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan skripsi dengan judul “FAKTOR - FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

Sehubungan dengan hal tersebut maka timbul permasalahan bagaimana prinsip dan alasan yang menjadi dasar bagi bank sebelum melakukan perikatan dengan asuransi, bagaimana

Dekomposisi serasah memainkan peran yang sangat penting dalam kesuburan tanah, seperti regenerasi dan keseimbangan nutrisi dari senyawa organik yang ada di

Di dalam kasus ahli waris pengganti di desa Kalisoka, peneliti menyimpulkan bahwa pembagian harta ahli waris pengganti tidak sesuai dengan pembagian yang ada di

simultan terhadap Organization al Citizenship Behavior (OCB) 2) Tidak terdapat pengaruh Komitmen Afektif terhadap Organization al Citizenship Behavior (OCB) 3) Terdapat

o Clip, digunakan untuk ‘memotong’ dan ’menggunting’ suatu layer (layer yang bertindak sebagai objek) berdasarkan (batas- batas yang di miliki oleh) layer yang lain

Maka dari itu, penulis mengadakan suatu penelitian untuk dapat memahami lebih lanjut tentang Evaluasi Kinerja BPBD Kabupaten Badung dan faktor pendukung serta penghambat