• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial Kemudahan Kewangan Hijau Pemangkin ASEAN Program Pemulihan Hijau (ACGF GRP)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial Kemudahan Kewangan Hijau Pemangkin ASEAN Program Pemulihan Hijau (ACGF GRP)"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Dikemas kini: 11 November 2020

NOTA: Dokumen ini disokong oleh Dokumen Pautan berikut:

• Dokumen Pautan 1 ‘Kenyataan Dasar Perlindungan ADB (2009)’

• Dokumen Pautan 2 ‘Templat ADB bagi pengkategorian dan pemantauan’

Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

Kemudahan Kewangan Hijau Pemangkin ASEAN – Program

Pemulihan Hijau (ACGF GRP)

(2)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

Singkatan

ACGF Kemudahan Kewangan Hijau Pemangkin ASEAN ADB Bank Pembangunan Asia

AIF Dana Infrastruktur ASEAN

ASEAN Persatuan Negara-negara Asia Tenggara CAP Pelan Tindakan Pembetulan

EIA Penilaian Impak Alam Sekitar EIB Bank Pelaburan Eropah

EHS Alam Sekitar, kesihatan dan keselamatan EMP Pelan pengurusan alam sekitar

E&S/ES Alam Sekitar dan Sosial

ESMF Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

FI Perantara Kewangan

GCF Dana Iklim Hijau

GRM Mekanisme Penyelesaian Rungutan IEE Pemeriksaan awal alam sekitar IFC Perbadanan Kewangan Antarabangsa

IP Orang Asli

IPP Pelan Orang Asli

IR Penempatan Semula Luar Kawalan PAP Orang Yang Terkesan oleh Projek PIAL Senarai aktiviti pelaburan yang dilarang PSs Piawaian Prestasi

REA Penilaian Alam Sekitar Yang Pesat RP Rancangan Penempatan Semula SIA Penilaian Impak Sosial

SPS Kenyataan Dasar Perlindungan TNA Penilaian Keperluan Latihan

(3)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

ISI KANDUNGAN

I. PENGENALAN ... 4

A. Latar belakang Program Pemulihan Hijau ACGF ... 4

B. Pengkategorian risiko ACGF GRP ... 6

C. Prinsip yang menyokong Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial ACGF GRP ... 7

II. RANGKAKERJAPENGURUSANALAMSEKITARDANSOSIALUNTUKACGFGRP... 9

A. Matlamat ESMF... 9

B. Tatacara perlindungan ... 10

C. Usaha Wajar Perlindungan ... 14

D. Pendedahan Maklumat, Perundingan dan Penyertaan ... 16

E. Pematuhan Penilaian dan Pelaporan... 18

F. Mekanisme Penyelesaian Rungutan ... 19

G. Mekanisme Kebertanggunjawaban ... 19

H. Aturan pelaksanaan ... 19

LAMPIRAN 1. TEMPLAT DAN SENARAI SEMAK ADB BAGI PENGKATEGORIAN, USAHA WAJAR DAN PEMANTAUAN 21

(4)

4

I. PENGENALAN

1. Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial (ESMF) bagi Program Pemulihan Hijau Kemudahan Kewangan Hijau Pemangkin ASEAN (ACGF GRP) telah dibangunkan bagi memastikan supaya risiko dan impak alam sekitar dan sosial daripada semua projek di bawah program tersebut dikurangkan dan diringankan ke tahap yang dapat diterima . ESMF menetapkan prinsip, peraturan, tatacara dan garis panduan bagi melaksanakan usaha wajar alam sekitar dan sosial bagi projek ACGF GRP yang berpotensi. Semua projek ACGF GRP tertakluk kepada dasar dan keperluan perlindungan ADB seperti yang digariskan di dalam Kenyataam Dasar Perlindungan ADB (SPS).1 Sekiranya dasar perlindungan ADB dipinda sepanjang program ini berlangsung, syarat perlindungan yang digunakan oleh ADB sewaktu persiapan projek akan diguna pakai.

2. SPS ADB bertujuan membantu negara anggota membangun (DMC) menangani risiko alam sekitar dan sosial dalam projek pembangunan serta mengurangkan dan meringankan, jika tidak dihindari, impak buruk projek ke atas manusia dan alam sekitar. Diluluskan oleh Lembaga Pengarah ADB pada Julai 2009, SPS ADB berasaskan tiga dasar perlindungan terdahulu berkenaan alam sekitar, penempatan semula luar kawalan, dan Orang Asli, dan digabungkan menjadi rangka kerja dasar yang menambah baik keberkesanan dan kesesuaiannya. Dalam pelaksanaan SPS, ADB bekerjasama dengan peminjam bagi mempraktikkan prinsip dan keperluan dasar melalui kajian semula dan penyeliaan projek, serta sokongan pengembangan keupayaan. SPS juga menyediakan platform untuk penyertaan golongan yang terkesan serta pihak berkepentingan lain dalam reka bentuk dan pelaksanaan projek.

3. SPS ADB melibatkan proses berstruktur saringan impak, penilaian, perancangan dan pengurangan bagi menangani impak buruk ke atas projek sepanjang kitaran projek tersebut. Dasar perlindungan ini memerlukan supaya (i) impak dikenal pasti dan dinilai di peringkat awal kitaran projek; (ii) perancangan bagi menghindari, mengurangkan, meringankan, atau mengimbangi impak buruk yang mungkin wujud dibangunkan dan dilaksanakan;

dan (iii) mereka yang terkesan dimaklumkan dan dibawa berunding sepanjang persediaan dan pelaksanaan projek.

Latar Belakang Program Pemulihan Hijau ACGF

4. Program Pemulihan Hijau Kemudahan Kewangan Hijau Pemangkin ASEAN (ACGF GRP) merupakan platform inovatif, pelbagai instrumen, milik negara yang direka untuk merancakkan pelaburan pelepasan rendah sebagai sebahagian daripada rangsangan ekonomi COVID-19. Dengan melabur dalam insfrastruktur hijau2 pelepasan rendah yang khususnya menyasarkan pemulihan pascaCovid-19, program ini akan membantu negara-negara mengelak daripada berulang lagi pelepasan dan pencemaran alam sekitar, sambil merangsang pertumbuhan ekonomi dengan mewujudkan peluang pekerjaan hijau.

5. Program ini akan menggunakan pembiayaan GCF bagi memanfaatkan sumber daripada ADB, Dana Infrastruktur ASEAN, rakan biaya bersama yang lain dan kerajaan. Pelaburan program ini akan menunjukkan tindakan praktikal bagi pemulihan hijau dengan menyepadukan piawaian antarabangsa bagi impak iklim, dengan itu membuka jalan bagi pembinaan saluran perhubungan projek karbon rendah berjangka lebih panjang, membuka ruang untuk anjakan paradigme yang luas di Asia Tenggara.

1 ADB. 2009. Kenyataan Dasar Perlindungan. Manila.

2 Bagi tujuan Program Pemulihan Hijau ACGF, infrastruktur Hijau ditakrifkan sebagai infrastruktur yang mempunyai faedah iklim y ang signifikan dan memberi sumbangan wajar terhadap matlamat alam sekitar lain seperti pengurangan pencemaran, peningkatan keberk esanan penggunaan sumber dan pengurusan modal semula jadi.

(5)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

6. ACGF GRP disusun sebagai dana pusingan yang akan memusingkan penggunaan GCF melalui dua pusingan pelaburan. Program ini akan menggunakan pembiayaan GCF berjumlah AS$350 juta (pinjaman AS$320 juta + AS$30 juta geran bantuan teknikal) bagi melengkapkan sumber AGGF untuk menyokong projek impak iklim tinggi dan infrastruktur hijau pascaCovid -19 yang mewujudkan pekerjaan dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

7. ACGF GRP akan merangkumi tiga komponen:

Komponen 1: Menghapus risiko dana bagi projek pelepasan rendah

8. Pinjaman GCF akan melengkapkan pembiayaan ACGF dan ADB, serta pembiayaan daripada rakan pembangunan lain (mengikut kesesuaian), bagi menghapus risiko untuk meningkatkan peluang pembiayaan projek infrastruktur hijau pelepasan rendah. Program ini akan menyokong pinjaman kepada 23 projek berdaulat pelepasan rendah antara 2021 dan 2050, yang mana setiap projek memenuhi kriteria khusus berkaitan impak iklim, peluang pembiayaan, mobilisasi swasta dan pengwujudan pekerjaan hijau.

9. Projek di bawah program ini akan dipilih daripada perancangan projek ADB di setiap negara, tertakluk kepada saringan daripada kriteria kelayakan ACGF, dan rundingan bersama kerajaan, serta pasukan bahagian dan negara ADB.

Komponen 2: Pembangunan model dan struktur pembiayaan iklim inovatif

10. Pembiayaan GCF (geran bantuan teknikal) akan menyokong, mempersembahkan dan menambah baik instrumen dan struktur pembiayaan inovatif, dengan tumpuan kepada: a) bon hijau dan lestari; b) model PPP hibrid untuk tenaga boleh baharu dan bandar lestari; serta c) mekanisme pembiayaan pemulihan hijau inovatif.

Komponen 3: Sokongan dasar, pengetahuan dan pembinaan keupayaan

11. Pembiayaan GCF (geran bantuan teknikal) juga akan digunakan bagi membantu meningkatkan kesedaran, pengetahuan serta dialog dasar selanjutnya berkenaan dengan pembiayaan hijau di negara-negara ASEAN, dengan matlamat khusus untuk menyokong urus niaga yang bertambah dan membina keupayaan bagi mengenal pasti, menstruktur dan melaksanakan peluang projek karbon rendah dengan lebih mudah. Selain daripada membangunkan strategi pembiayaan hijau dan menjalankan majlis ilmu, latihan yang disasarkan kepada pembiayaan inovatif akan dilaksanakan melalui program ‘6 Champions’ ACGF.

12. Pembinaan keupayaan di bawah komponen ini juga akan menyokong pelaksanaan perlindungan berkesan melalui latihan disasarkan kepada pekerja tajaan projek bagi membina kesedaran mengenai keperluan perlindungan ADB dan GCF (alam sekitar dan sosial), dan bagi meningkatkan kemahiran, keupayaan dan pengetahuan mengenai pemantauan dan pelaksanaan rancangan pengurusan berkaitan dengan alam sekitar, penempatan semula dan orang asli.

Aturan pelaksanaan

13. Program ini akan diuruskan oleh ADB sebagai Entiti Bertauliah GCF dan Entiti Pelaksana (seperti yang dijelaskan oleh GCF). ADB akan bertanggungjawab untuk memberi pinjaman dan dana bantuan teknikal daripada GCF di bawah ACGF GRP. Dana GRP akan diberikan di samping dana ADB bagi projek yang terangkum dalam Strategi Perkongsian Negara ADB dan Pelan Perniagaan Operasi Negara ADB. ADB akan mengurus dan mengawasi Pasukan Penstrukturan Projek ACGF tertentu, yang dianggotai oleh pakar sepenuh masa dan selang-seli, untuk melaksanakan program.

14. Program ini akan dikaitkan dengan ACGF, kemudahan di bawah Dana Infrastruktur ASEAN milik negara-negara ASEAN dan ADB. ACGF telah dilancarkan pada 4hb April 2019 di Chiang Rai, Thailand oleh menteri-menteri kewangan ASEAN ketika Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN.

(6)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

Pengkategorian risiko ACGF GRP

Risiko alam sekitar dan sosial yang dijangka daripada projek kecil di bawah ACGF GRP 15. Sektor utama bagi program ini termasuk:

Sistem tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga bagi industri dan bangunan, kecekapan tenaga bagi pengangkutan, penyimpanan dan penghantaran tenaga bagi menyokong peningkatan integrasi boleh baharu ke dalam grid

• Sistem pengangkutan bandar rendah karbon (rel ringan, rel metro, bas transit laju), perkembangan peralihan mod dan kereta api antara bandar, sistem pengangkutan awam, sistem pengangkutan aktif (termasuk berbasikal dan berjalan kaki), infrastruktur kenderaan elektrik

• Projek pertanian lestari dan sumber asli (termasuk elemen infrastruktur), cthnya pengurusan penghutanan semula dan paya bakau lestari, pembinaan rantaian nilai karbon rendah, perikanan lestari dan kesihatan lautan

• Projek bandar pelbagai sektor hijau termasuk bekalan air dan rawatan kumbahan yang tahan iklim dan cekap tenaga, sanitasi, sistem pengurusan sisa, kawalan dan penghapusan pencemaran

16. Walaupun risiko alam sekitar dan sosial adalah khusus untuk negara dan konteks tertentu, secara amnya, projek bagi sektor utama di bawah program ini boleh melibatkan pelbagai risiko yang perlu dikurangkan dan diringankan melalui ACGF GRP ESMF. Hal ini dirumuskan dalam Jadual 1.

Jadual 1. Risiko alam sekitar dan sosial yang dijangkakan dalam projek sektor utama

Sektor Utama

Contoh Risiko Yang Dijangkakan dalam Projek Kemungkin

an Kategori Risiko ADB

*

Alam Sekitar Sosial

Penempatan semula luar kawalan (IR)

Orang Asli (IP)

Sistem Tenaga Boleh Baharu

Pengambilan tanah (terutamanya bagi tapak projek, kawasan penghantaran dan penyimpanan tenaga)

Sisa berbahaya (bahan letupan dan kumbahan) dan pengeluaran, bunyi bising semasa pembinaan

Pengeluaran GHG

Pengurusan bahan rosak baharu Bunyi bising dan impak bayangan Isu berkaitan buruh

Lalu lintas, keselamatan dan jaminan dalam tempoh pembinaan

Pengurusan air banjir dan ribut tempatan Kekurangan infrastruktur sokongan

Pengambilan tanah boleh mengakibatkan anjakan fizikal dan ekonomi.

Penempatan sementara juga mungkin berlaku

Penerimaan jiran tetangga dan perniagaan (tentangan orang ramai)

Kemampuan memiliki sistem tenaga baharu

Impak kemasukan pekerja/buruh Penerimaan visual

Mungkin berisiko sekiranya terdapat IP (cthnya. bandar Manila mempunyai beberapa kawasan yang didiami IP, dan enklaf nenek moyang)

jaminan proses bagi sokongan komuniti secara meluas diguna pakai

A, B dan C

Pengangkut an Bandar Rendah Karbon

Pengambilan Tanah

Sisa berbahaya (bahan letupan dan kumbahan), pengeluaran, bunyi bising,habuk dan pencemaran.

Rosak

Perubahan sementara laluan (kenderaan lalu lintas) dan risiko pengangkutan pembinaan

Buruh, keselamatan dan kesihatan (tempoh pembinaan)

Kekurangan infrastruktur sokongan

Penempatan semula (sementara dan tetap) Sumber rezeki

Perubahan laluan sementara, Kemampuan memiliki pengangkutan baharu (bagi golongan lemah dan belia) Pengurusan banjir dan ribut tempatan yang menjejaskan kehidupan

Impak kemasukan pekerja/buruh

IP mungkin terjejas di sesetengah bandar (cthnya. Filipina, Myanmar, Vietnam) Jaminan proses bagi sokongan komuniti secara meluas diguna pakai

A, B dan C

(7)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

Pertanian Lestari dan Sumber Asli

Pengambilan Tanah Biodiversiti Ekologi akuatik Pencemaran Pantai Eksploitasi sumber haram

Perubahan penggunaan tanah dan kehidupan

Penempatan semula mungkin berlaku sekiranya terdapat pengurusan hutan Perubahan sumber rezeki (disebabkan akses kepada penanaman dan perikanan pesisir pantai)

Kumpulan Yang Lemah

IP, Kawasan nenek moyang

Jaminan proses bagi sokongan komuniti secara meluas diguna pakai

A

(kemungkin an besar bagi Alam Sekitar), B dan C

Bandar Pelbagai sektor Hijau

Pengambilan Tanah (termasuk pertanian atau tapak tanah berumput/hutan) Sisa berbahaya dan toksik.

Bau udara dan sampah Kualiti dan habitat/ekologi air Pengeluaran GHG

Pengurusan pencemaran dan bahan sisa Pengurusan laluan kenderaan (berkaitan pengangkutan dan pembinaan sisa) Buruh, keselamatan dan kesihatan

Penggunaan dan pengambilan tanah.

Penempatan semula Keselamatan sepanjang pembinaan

Kesihatan dan hasil keluaran/sisa

Perubahan akses sumber air sementara.

Impak lambakan kemasukan pekerja/buruh

Penerimaan jiran tetangga dan perniagaan (tentangan orang ramai)

Gangguan visual

IP mungkin terjejas di bandar-bandar tertentu

Jaminan proses bagi sokongan komuniti secara meluas diguna pakai

A, B dan C

*lihat titik potong bagi penempatan semula antara kategori A dan B dalam Jadual 2, selaras dengan ADB SPS (2009).

Pengkategorian risiko di bawah rangka kerja GCF

17. ACGF GRP dikategorikan sebagai I-1 di bawah pengkategorian risiko alam sekitar dan sosial. Di bawah program ini, ADB akan menawarkan bantuan pinjaman dan teknikal daripada dana GCF di samping dana ADB.

Memandangkan program ini tertumpu kepada infrastruktur pelepasan rendah dan mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu 30 tahun, projek kecil yang dikelaskan di bawah semua kategori perlindungan ADB (A, B dan C) berkemungkinan akan dibiayai sepanjang tempoh program. Portfolio masa depan program projek kecil ini mungkin merangkumi pendedahan kepada aktiviti yang mempunyai ‘potensi risiko alam sekitar dan sosial buruk yang ketara serta impak yang, sama ada secara individu atau kumulatif, adalah pelbagai, tidak dapat dipulihkan, atau belum pernah berlaku’ sebagaimana yang dijelaskan oleh GCF.

Prinsip yang menjadi asas Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial ACGF GRP

18. Sebagai langkah untuk mengenal pasti dan menangani impak yang mungkin ditinggalkan oleh projek biayaan dana GCF (melalui ACGF GRP), suatu Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial (ESMF) secara berkesan telah dirumus dengan mematuhi SPS ADB. Setiap projek akan disemak pada peringkat awal mengikut sudut teknikal dan kewangan sebelum saringan perlindungan, kajian semula dan penilaian dilakukan selaras dengan ESMF ini. Sistem ini akan diguna pakai bagi mana-mana projek yang menggunakan dana GCF (melalui ACGF GRP).

(8)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

19. ESMF membentangkan peranan, tanggungjawab, dan tatacara yang ditetapkan bagi menghindari, mengurangkan dan meringankan secara langsung, tidak langsung, kumulatif, dan terangsang perkara-perkara berikut:

a) impak buruk dan/atau risiko ke atas alam sekitar;

b) impak buruk dan risiko penempatan semula luar kawalan; dan

c) impak buruk ke atas Orang Asli3 dan komuniti mereka yang mungkin wujud berikutan pelaksanaan projek dan projek kecil.

20. Semua projek di bawah ACGF GRP akan dibiayai bersama dan diproses oleh ADB, dan tertakluk kepada pencapaian matlamat dan syarat SPS ADB. Selain itu, dan seperti mana yang dikehendaki mengikut SPS ADB, ADB akan merujuk kepada Garis Panduan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan IFC (EHS) bagi memastikan terdapat langkah-langkah yang mencukupi bagi projek4 tersebut.

21. Mengikut syarat SPS ADB, ADB tidak akan membiayai projek yang tidak mematuhi kenyataan dasar perlindungannya, dan juga tidak akan membiayai projek yang tidak mematuhi undang-undang dan peraturan sosial dan alam sekitar negara tuan rumah, termasuk undang-undang yang melaksanakan tanggungjawab negara tuan rumah di bawah undang-undang antarabangsa. Selain itu, tidak akan membiayai aktiviti yang disenaraikan dalam senarai aktiviti pelaburan yang dilarang (Lampiran 5 SPS). Semua kategori perlindungan ADB (A, B dan C) bagi projek akan diambil kira dan syarat perlindungan ADB akan diguna pakai bagi menghindari, mengurangkan, meringankan dan memberi pampasan bagi risiko dan impak yang mungkin wujud.

22. Dalam melaksanakan ESMF ini dan SPS ADB, ADB akan bekerjasama dengan kerajaan peminjam bagi memastikan semua bakal projek ACGF GRP akan:

i. disaring, dikategorikan, dan dinilai secara teliti dari segi impak dan risiko alam sekitar dan sosial mereka selaras dengan SPS ADB dan tindakan yang dipersetujui, sekiranya ada, dikenal pasti bagi merapatkan jurang . ii. disemak semula dan dinilai berpandukan dasar, undang-undang, peraturan dan piawaian negara berkenaan

alam sekitar, kesihatan, keselamatan; penempatan semula luar kawalan dan pengambilan tanah; Orang Asli dan sumber kebudayaan fizikal; serta rundingan bermakna bersama orang ramai;

iii. menangani isu gender dan pembangunan, termasuk melalui rundingan bermakna di mana sesuai (termasuk wanita dan disesuaikan dengan keperluan golongan yang kurang bernasib baik dan lemah);

iv. menetapkan mekanisme penyelesaian rungutan (GRM) bagi menerima dan memudahkan penyelesaian kebimbangan dan rungutan golongan yang terkesan berkenaan dengan prestasi perlindungan alam sekitar dan sosial projek;

v. turut dimasukkan dalam kontrak bersama kontraktor kerja-kerja awam, subkontraktor, serta pembekal barangan dan perkhidmatan lain, ialah peruntukan untuk menggajikan buruh tempatan di mana mungkin, dan memastikan pematuhan keperluan perlindungan sosial ADB dan piawaian buruh teras antarabangsa, seperti yang dijelaskan dalam Buku Panduan Piawaian Buruh Teras ADB.5

23. Piawaian Sementara ESS yang kini diguna pakai oleh GCF adalah Piawaian Prestasi Alam Sekitar dan Sosial Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC). Sebagai entiti bertauliah GCF, SPS ADB dan tatacara di peringkat institusi diselaraskan dengan piawaian ESS GCF.

3 Dinyatakan bahawa negara-negara menggunakan pelbagai istilah untuk merujuk kepada orang asli yang mungkin merangkumi minoriti etnik asli, komuniti budaya asli, orang asli, suku bukit, bangsa minoriti, suku berjadual, atau kumpulan suku.

4 Perbadanan Kewangan Antarabangsa. Garis Panduan Alam Sekitar, Kesihatan dan Keselamatan. www.ifc.org/ehsguidelines

5 ADB, ILO. 2006. Buku Panduan Piawaian Buruh Teras. Manila.

(9)

9

II. RANGKA KERJA PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN SOSIAL UNTUK ACGF GRP

Matlamat ESMF

24. Kenyataan Dasar Perlindungan ADB (SPS) bermatlamat untuk menggalakkan kelestarian hasil projek dengan melindungi alam sekitar dan orang ramai daripada kemungkinan impak buruk daripada projek. SPS menetapkan matlamat, skop, pencetus, dan prinsip dasar bagi tiga bahagian perlindungan utama: perlindungan alam sekitar (11 prinsip dasar), perlindungan penempatan semula luar kawalan (12 prinsip dasar), dan (iii) perlindungan Orang Asli (9 prinsip dasar).

25. Matlamat perlindungan6 ADB adalah untuk:

• menghindari impak buruk projek ke atas alam sekitar dan golongan yang terkesan, di mana mungkin;

• mengurangkan, meringankan, dan/atau memberi pampasan bagi impak buruk projek ke atas alam sekitar dan golongan yang terkesan sekiranya tidak dapat dihindari; dan

• membantu peminjam/pelanggan untuk memperhebatkan sistem perlindungan mereka dan meningkatkan keupayaan bagi mengurus risiko alam sekitar dan sosial.

26. Berdasarkan perkara ini, matlamat ESMF adalah untuk:

• menghindari sebarang kemungkinan impak buruk E&S secara langsung, tidak langsung dan kumulatif dan/atau risiko projek yang disokong;

• mengurangkan atau meringankan impak/risiko buruk E&S;

• memastikan bahawa pengurangan atau keringanan impak dan risiko E&S memenuhi keperluan undang- undang dan peraturan negara, dan E&S melindungi keperluan ADB, menerapkan amalan terbaik antarabangsa;

• memberi panduan kepada kerajaan peminjam dalam persiapan projek untuk dinilai oleh ADB, dan dalam memantau, melapor, dan melaksanakan tindakan pembetulan, jika ada;

• memastikan bahawa mekanisme yang berkesan ditetapkan untuk melindungi pematuhan sepanjang pelaksanaan projek, dan melaksanakan tindakan pembetulan, jika perlu;

• membina keupayaan institusi dalam kalangan pekerja perlindungan alam sekitar dan sosial kerajaan peminjam demi pematuhan perlindungan; dan

• Dalam mengguna pakai perkara di atas, pastikan semua projek yang ditampung oleh dana GCF diselaraskan dengan piawaian GCF ESS.

Peranan, tanggungjawab dan keupayaan

27. SPS ADB menggariskan peranan dan tanggungjawab ADB serta kerajaan peminjam. Kerajaan peminjam dikehendaki melaksanakan penilaian sosial dan alam sekitar, mengadakan rundingan bermakna bersama golongan

6 ADB mematuhi matlamat perlindungan dan pelaksanaannya. ADB memikul tanggungjawab menjalankan usaha wajar serta mengkaji semula, memantau, dan menyelia projek sepanjang kitaran projek ADB selaras dengan prinsip dan syarat-syarat yang termaktub dalam SPS. Dengan mematuhi perlindungan sosial dan alam sekitarnya, ADB mempertingkatkan ramalan, ketelusan, dan kebertanggungjawaban bagi tind akan dan pengambilan keputusannya; membantu peminjam/pelanggan mengurus impak dan risiko sosial dan alam sekitar; serta menggalakk an kelestarian jangka panjang pelaburan. Mengubah komitmen ini menjadi hasil di lapangan bergantung pada usaha bersama, yang ber beza, oleh ADB dan peminjam/pelanggannya.

(10)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

dan komuniti yang terkesan, menyediakan dan melaksanakan pelan perlindungan, memantau pelaksanaan pelan ini, serta menyedia dan mengemukakan laporan pemantauan. Peranan ADB adalah untuk menerangkan keperluan dasar kepada peminjam/pelanggan, membantu peminjam/pelanggan memenuhi keperluan tersebut sepanjang pemprosesan dan pelaksanaan projek melalui program pembinaan keupayaan, memastikan usaha wajar dan semakan semula dilakukan, serta menawarkan pemantauan dan penyeliaan. Peranan ADB dalam memantau pematuhan perlindungan diteruskan sepanjang pelaksanaan projek. Laporan penyiapan projek dan laporan penilaian prestasi projek merangkumi semakan semula tentang pelaksanaan perlindungan.

Syarat Pengurusan Perlindungan untuk Kerajaan

28. ESMF disepadukan sepenuhnya dengan keperluan kitaran projek ADB. Proses usaha wajar yang dinyatakan dimulakan di peringkat awal kitaran projek apabila projek dipertimbangkan untuk pembiayaan daripada ADB.

Sekiranya pematuhan kepada semua keperluan perlindungan ADB tidak dapat dipenuhi, projek tidak akan dibiayai oleh ADB, dan juga tidak akan mendapat pembiayaan di bawah ACGF GRP. Bagi semua projek ADB yang dibiayai, proses seperti yang dijelaskan dalam ESMF akan kekal aktif sehingga pendedahan Kerajaan kepada projek tersebut lengkap.

29. Tatacara yang perlu dipatuhi di bawah ESMF ini dirumuskan di sini dan dijelaskan secara terperinci di dalam ADB SPS. Langkah-langkah utama termasuk saringan, pengkategorian, usaha wajar, pemantauan pematuhan, dan pelaporan, semuanya dijelaskan di dalam bahagian berikutnya. Templat dan panduan untuk penyediaan EIA, IEE, pelan penempatan semula dan Orang Asli7 disediakan dalam ADB SPS. Memandangkan saringan dan pengkategorian ADB adalah penting untuk menggariskan jenis penilaian/pelan khusus dan pelaporan yang diperlukan, peminjam/pelanggan akan dinasihatkan agar tidak menyediakan pelan sebelum pengkategorian projek diluluskan oleh ADB.

30. Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ADB SPS, penilaian dasar, peraturan dan piawaian negara berkenaan alam sekitar, penempatan semula dan Orang Asli akan dijalankan di peringkat projek. Ini juga termasuk penilaian keupayaan pelaksanaan bagi peminjam, dan sekiranya terdapat kekurangan, ADB boleh menyokong pembinaan keupayaan jika perlu.

Tatacara perlindungan

31. Keperluan dan proses yang dijelaskan di sini membentangkan tatacara yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan SPS ADB dan seperti yang diperlukan untuk Perantara Kewangan (FI)8. ADB memerlukan perantara kewangan untuk menetapkan tatacara perlindungan yang digariskan dalam SPS, termasuk: (i) tatacara saringan, pengkategorian dan semakan semula; (ii) dokumen perlindungan (cthnya., EIA, IEE, IR dan IPP); (iii) kecekapan pekerja; dan (iv) pemantauan dan pelaporan bagi kategori risiko A, B dan C (Jadual 2).

7 Istilah Orang Asli digunakan dalam erti kata umum bagi merujuk kepada kumpulan sosial dan budaya yang berlainan dan lemah, yang mempunyai ciri-ciri berikut dalam pelbagai tahap: (i) pengenalan diri sebagai ahli sesebuah kumpulan budaya orang asli yang berbeza dan pengiktirafannya oleh orang lain; (ii) keterikatan kolektif terhadap habitat yang berbeza mengikut kawasan atau jajahan nenek moyang dalam kawasan projek dan terhadap sumber asli dalam habitat dan wilayah ini; (iii) institusi budaya, ekonomi, sosial, atau politik lazim yang terasing daripada masyarakat dan budaya dominan; dan (iv) bahasa yang berbeza, selalunya berbeza daripada bahasa rasmi negara atau wilayah tersebut. (SPS ADB 2009).

SPS ADB (2009), Lampiran 4: Keperluan Khas 4: Keperluan Khas bagi Kaedah Kewangan Berbeza; Buku Panduan Operasi (Dasar Bank) OM Bahagian D6/BP (Dis 2003)

8 SPS ADB (2009), Lampiran 4: Syarat-syarat Khas 4: Syarat-syarat Khas bagi Kaedah Kewangan Berbeza; Buku Panduan Operasi (Dasar-Dasar Bank) OM Bahagian D6/BP (Dis 2003)

(11)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

Saringan dan Pengkategorian

32. ADB membuat saringan ke atas semua projek bagi pengkategorian perlindungan sosial dan alam sekitar seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Pautan kepada borang pengkategorian yang digunakan oleh pekerja ADB untuk tujuan ini diberikan dalam Lampiran 1.

Jadual 2. Kategori saringan risiko ADB bagi alam sekitar, penempatan semula luar kawalan dan Orang Asli

ALAM SEKITAR Kategori alam sekitar bagi sesebuah projek ditentukan oleh kategori komponen yang paling peka terhadap alam sekitar, termasuk impak langsung, tidak langsung terangsang, dan kumulatif. Setiap projek yang dicadangkan diteliti dari segi jenisnya, lokasi, skala, kepekaan dan magnitud potensi impak alam sekitarnya. Tahap perincian dan keterangkuman EIA atau IEE dipadankan dengan kepentingan potensi impak dan risiko (SPS ADB 2009).

Kategori A.

Sesebuah projek yang dicadangkan diklasifikasikan sebagai kategori A jika ia mungkin mempunyai impak buruk yang ketara terhadap alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan, yang pelbagai, ataupun yang belum pernah berlaku. Impak-impak ini mungkin menjejaskan satu kawasan yang lebih luas daripada tapak atau kemudahan yang menjalankan kerja-kerja fizikal. Satu penilaian impak alam sekitar (EIA), termasuk pelan pengurusan alam sekitar (EMP), diperlukan.

Kategori B.

Sebuah projek yang dicadangkan diklasifikasikan sebagai kategori B sekiranya kemungkinan impak buruk alam sekitarnya kurang buruk daripada impak projek kategori A. Impak-impak ini khusus untuk tapak tertentu, sedikit jika ada di antaranya yang tidak dapat dipulihkan, dan dalam kebanyakan kes langkah-langkah pengurangan boleh direka dengan lebih mudah berbanding dengan projek kategori A. Satu pemeriksaan awal alam sekitar (IEE), termasuk EMP, perlu dilaksanakan.

Kategori C.

Sebuah projek cadangan diklasifikasikan sebagai kategori C sekiranya ia berkemungkinan mengalami impak alam sekitar yang minimum atau tiada impak buruk langsung. EIA atau IEE tidak diperlukan, walaupun implikasi alam sekitar perlu disemak semula.

Kategori FI.

Sebuah projek cadangan melibatkan pelaburan dana ADB melalui FI. Keperluannya digariskan di perenggan 51.

PENEMPATAN SEMULA LUAR KAWALAN

Kategori penempatan semula luar kawalan bagi sesebuah projek ditentukan oleh kategori komponen yang paling sensitif dari segi impak penempatan semula luar kawalan. Tahap keterperincian dan menyeluruh Rancangan Penempatan Semula setimpal dengan ketaranya potensi impak dan risiko. (SPS ADB 2009).

Kategori A.

Sebuah projek cadangan diklasifikasikan sebagai kategori A sekiranya ia berkemungkinan mengalami impak penempatan semula luar kawalan yang ketara. Impak penempatan semula luar kawalan bagi projek yang disokong oleh ADB dikira ketara (kategori A) sekiranya 200 atau lebih orang akan mengalami impak utama, yang ditakrifkan sebagai (i) dipindahkan secara fizikal daripada perumahan, atau (ii) kehilangan 10% atau lebih aset produktif mereka (yang menjana pendapatan).

Satu rancangan penempatan semula, termasuk penilaian impak sosial, diperlukan.

Kategori B.

Sebuah projek cadangan diklasifikasikan sebagai kategori B sekiranya ia merangkumi impak penempatan semula luar kawalan yang tidak dianggap ketara. SPS ADB mengkategorikan B sekiranya kurang daripada 200 orang akan mengalami impak utama, yang ditakrifkan sebagai (i) dipindahkan secara fizikal daripada perumahan, atau (ii) kehilangan kurang daripada 10% daripada aset produktif mereka (yang menjana pendapatan).

Sebuah Rancangan Penempatan Semula (RP), termasuk penilaian impak sosial, diperlukan Kategori C.

Sebuah projek cadangan diklasifikasikan sebagai kategori C sekiranya tidak mengalami impak penempatan semula luar kawalan. Tiada tindakan lanjutan diperlukan.

Ketegori FI.

Sebuah projek cadangan melibatkan pelaburan dana ADB melalui sebuah FI. Keperluannya digariskan di perenggan 49-50.

ORANG ASLI Kategori Orang Asli bagi sesebuah projek ditentukan oleh kategori komponennya yang paling sensitif dari segi impak ke atas Orang Asli. Kepentingan impak projek yang disokong oleh ADB ke atas Orang Asli ditentukan dengan menilai (i) magnitud impak dari segi (a) hak lazim penggunaan dan akses kepada tanah dan sumber asli; (b) status sosioekonomi; (c) keutuhan budaya dan perkauman; (d) status kesihatan, pendidikan, rezeki, keselamatan sosial; dan (e) pengiktirafan pengetahuan orang asli; dan (ii) tahap

(12)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

kelemahan komuniti Orang Asli yang terkesan. Tahap keterperincian dan menyeluruh IPP adalah setimpal dengan kepentingan kemungkinan impak ke atas Orang Asli. (SPS ADB 2009).

Kategori A.

Sebuah projek cadangan diklasifikasikan sebagai kategori A sekiranya ia mempunyai impak yang ketara ke atas Orang Asli. Satu pelan Orang Asli (IPP), termasuk penilaian impak sosial, diperlukan

Kategori B.

Sebuah projek cadangan diklasifikasikan sebagai kategori B sekiranya ia berkemungkinan akan mengalami impak yang terhad ke atas Orang Asli. Sebuah IPP, termasuk penilaian ke atas impak sosial, diperlukan.

Kategori C.

Sebuah projek cadangan diklasifikasikan sebagai kategori C sekiranya ia tidak dijangka akan mengalami impak ke atas Orang Asli. Tiada tindakan selanjutnya diperlukan

Kategori FI.

Sebuah projek cadangan melibatkan pelaburan dana ADB melalui FI. Keperluan digariskan dalam perenggan 49-50.

33. Pada peringkat awal, projek akan disaring berpandukan senarai aktiviti pelaburan ADB yang dilarang (SPS, Lampiran 5). Sekiranya projek tersebut melibatkan aktiviti yang dilarang, ia tidak akan layak untuk biayaan ADB atau di bawah ACGF GRP. Sebaliknya, ADB akan menunjukkan kepada kerajaan peminjam keperluan perlindungan alam sekitar dan sosial yang diguna pakai bagi projek tersebut. ADB akan menyemak dan meluluskan semua tatacara dan laporan seperti yang dinyatakan di sini.

34. Di peringkat awal kitaran projek ini (lazimnya di peringkat pengenalan projek), ADB, yang berunding dengan kerajaan peminjam, akan membuat saringan dan mengkategori projek tersebut berdasarkan kepentingan impak dan risiko yang mungkin wujud. Senarai semak penilaian pantas berasaskan sektor ADB digunakan bagi membantu dalam saringan dan pengkategorian. Terdapat kemungkinan impak dan kesan alam sekitar, penempatan semula luar kawalan ke atas Orang Asli akan dinilai. Senarai semak akan menunjukkan kepentingan impak yang dikaitkan dengan projek tersebut, mengklasifikasikannya sebagai Kategori A, B atau C (Jadual 2 dan 3). Sekiranya projek tersebut melibatkan pelaburan dana melalui perantara kewangan, projek tersebut akan diklasifikasikan sebagai FI.

Saringan dan Pengkategorian Perlindungan Alam Sekitar

35. Keperluan dan proses yang diterangkan di sini memberikan rumusan tatacara yang harus dipatuhi dalam melaksanakan SPS ADB, dan keterangan lengkap disediakan dalam SPS ADB.

36. ADB, setelah berunding dengan kerajaan peminjam, akan membuat saringan dan mengkategorikan projek berdasarkan kepentingan impak dan risiko yang mungkin wujud ke atas alam sekitar. Senarai semak penilaian pantas berasaskan sektor akan digunakan bagi membantu saringan dan pengkategorian (lihat Lampiran 1). Berdasarkan penilaian pantas, ADB menetapkan satu daripada kategori alam sekitar yang disenaraikan dalam Jadual 2.

37. Bagi semua projek, kerajaan peminjam akan memastikan bahawa semua syarat peraturan negara yang terpakai dipatuhi.

38. Sekiranya projek tersebut diklasifikasikan pada kategori A, persediaan dan kerja lapangan EIA akan melibatkan rundingan dengan ADB dan draf EIA dalam Bahasa Inggeris akan disediakan untuk penilaian oleh ADB. ADB memerlukan draf laporan EIA dipaparkan di laman webnya sekurang-kurangnya 120 hari sebelum projek diluluskan.

Sekiranya projek tersebut berada di peringkat pembangunan lanjutan, kerajaan peminjam dikehendaki menyemak EIA dan EMP serta dokumen sokongan lain termasuk laporan perundingan awam. Sekiranya kurang menepati syarat ADB, satu pelan tindakan pembetulan (CAP) akan disediakan dan dipersetujui bersama ADB. Templat laporan EIA disertakan bersama dengan SPS ADB (SPS, Lampiran 1).

39. Bagi projek kategori B, Pemeriksaan Awal Alam Sekitar (IEE) hendaklah dijalankan dengan EMP dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya projek tersebut adalah di peringkat pembangunan lanjutan, kerajaan peminjam dikehendaki menyemak semula laporan sedia ada (penilaian negara) dan dokumen sokongan lain termasuk laporan

(13)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

perundingan awam. Laporan ADB yang diluluskan akan dipaparkan di laman web ADB. Sekiranya kurang menepati syarat ADB, satu pelan tindakan pembetulan (CAP) akan disediakan dan diluluskan oleh ADB, bagi menampung kekurangan dan mengemaskini laporan. Templat untuk laporan IEE disertakan dalam SPS ADB (SPS, Lampiran 1).

Saringan dan Pengkategorian Perlindungan Sosial: Penempatan semula luar kawalan and Orang Asli

40. Syarat dan proses yang dijelaskan di sini merumuskan tatacara yang perlu diikut dalam melaksanakan SPS ADB, dan keterangan yang lengkap diberikan dalam SPS ADB.

41. SPS ADB mengkehendaki kerajaan peminjam menyemak semula laporan projek bagi menganalisis kesan yang mungkin menjejaskan penempatan semula luar kawalan dan lazimnya orang asli. Kerajaan hendaklah menjalankan usaha wajar sosial, termasuk satu atau lebih lawatan tapak, mengesahkan maklumat berkenaan potensi impak . Usaha wajar di peringkat awal ini diikuti oleh penyempurnaan senarai semak perlindungan sosial pantas ADB. ADB hendaklah menjamin bahawa kerajaan peminjam menangani kekurangan sedia ada dan memaklumkan sewajarnya kepada ADB berkenaan perubahannya. Usaha wajar tersebut adalah proses berterusan yang akan dipertingkatkan sekiranya projek kecil kategori A diteruskan.

42. Berdasarkan senarai semak saringan perlindungan sosial pantas, kerajaan peminjam akan menyarankan penarafan pengkategorian berdasarkan takrifan ADB (SPS 2009) dan merekodkannya menggunakan borang pengkategorian.

43. Sekiranya projek diklasifikasikan mengikut kategori A bagi penempatan semula luar kawalan (IR), ADB mensyaratkan bahawa Kerajaan bekerjasama dengan perunding bebas untuk menyediakan Rancangan Penempatan Semula (RP) yang terperinci. Templat bagi RP disertakan dalam SPS ADB (SPS, Lampiran 2). ADB hendaklah terlibat sama dalam rundingan sepanjang tempoh penyediaan dan kerja lapangan RP. Draf RP, dalam Bahasa Inggeris, akan disemak oleh ADB. Draf dan RF muktamad akan dipaparkan di laman web ADB. Sekiranya projek berada di peringkat pembangunan lanjutan, Kerajaan akan menyemak RP dan dokumen sokongan lain termasuk laporan perundingan awam. Sekiranya kurang menepati syarat ADB, satu pelan tindakan pembetulan (CAP) hendaklah disediakan dan dipersetujui bersama ADB. Sekiranya projek tersebut diklasifikasikan sebagai kategori B bagi penempatan semula luar kawalan (Jadual 2 bagi titik potong saringan risiko pengkategorian) RP diperlukan dan mengikut tatacara projek kategori A.

44. Mengikut SPS ADB, kerajaan peminjam, akan menghindari penempatan semula luar kawalan, sebaik mungkin;

mengurangkan penempatan semula luar kawalan dengan mencari projek dan reka bentuk lain; bagi menambah baik, atau sekurang-kurangnya mengembalikan mata pencarian golongan yang terpaksa berpindah mengikut nilai sebenar berdasarkan peringkat praprojek; serta meningkatkan taraf hidup golongan miskin yang terpinggir serta kumpulan lemah yang lain. Perlindungan penempatan semula luar kawalan merangkumi peminggiran secara fizikal (penempatan semula, kehilangan tanah kediaman, atau kehilangan tempat berlindung) serta peminggiran ekonomi (kehilangan tanah, aset, akses kepada aset, sumber pendapatan, mata pencarian) berikutan (i) pengambilan tanah secara paksaan, atau (ii) pembatasan penggunaan atau akses kepada tanah secara paksaan kepada taman tertentu yang sah atau kawasan terlarang. Mereka akan dilindungi, sama ada kerugian dan pembatasan secara terpaksa tersebut adalah sepenuhnya atau sebahagian, kekal atau sementara. Semua syarat SPS ADB (2009) harus dipatuhi.

45. Sekiranya projek tersebut diklasifikasikan sebagai kategori A untuk Orang Asli, kerajaan peminjam akan menyediakan Pelan Orang Asli (IPP) yang terperinci. Templat bagi IPP disertakan dalam SPS ADB (SPS, Lampiran 2).

Penyediaan dan kerja lapangan IPP merangkumi rundingan dengan ADB dan draf IPP dalam Bahasa Inggeris akan diberikan untuk penilaian oleh ADB. Draf dan IPP muktamad akan dipaparkan di laman web ADB. Sekiranya projek tersebut diklasifikasikan sebagai kategori B bagi Orang Asli (Jadual 2 bagi titik potong saringan risiko untuk pengkategorian) IPP diperlukan mengikut tatacara bagi projek kategori A. IPP bagi kategori B yang diluluskan oleh ADB akan dipaparkan.

(14)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

46. Menurut SPS ADB, kerajaan peminjam akan mereka dan melaksanakan projek dengan cara yang amat menghormati identiti, harga diri, hak asasi, sistem hidup, dan keunikan budaya Orang Asli seperti mana yang dinyatakan oleh Orang Asli sendiri agar mereka (i) menerima manfaat sosial dan ekonomi yang bersesuaian, (ii) tidak menanggung impak buruk akibat projek tersebut, dan (iii) boleh mengambil bahagian secara aktif dalam projek yang melibatkan mereka. Kerajaan peminjam hendaklah mematuhi perlindungan IP dalam SPS ADB (2009).

47. Perlindungan Orang Asli akan terjejas sekiranya sesebuah projek secara langsung atau tidak langsung meninggalkan kesan terhadap harga diri, hak asasi, sistem penghidupan, atau budaya Orang Asli atau meninggalkan kesan terhadap wilayah atau sumber asli atau budaya yang dimiliki, digunakan, dihuni, atau dituntut sebagai hak atau asset nenek moyang Orang Asli. Dalam mengambil kira ciri-ciri ini, undang-undang negara, undang-undang biasa, dan apa-apa persidangan antarabangsa yang mana negara tersebut adalah ahli akan diambil kira. Kumpulan yang telah lucut keterikatan kolektif kepada habitat yang asing dari segi lokasi atau wilayah nenek moyang di kawasan projek tersebut disebabkan terputus secara terpaksa layak dilindungi.

48. Bagi semua projek, kerajaan peminjam akan memastikan bahawa syarat negara berkaitan Orang Asli dipatuhi.

Perantara Kewangan

49. Bagi projek yang melibatkan pelaburan dana ADB kepada atau melalui perantara kewangan (FI), ADB melaksanakan usaha wajar perlindungan bagi menilai potensi impak dan risiko alam sekitar dan sosial berkaitan portfolio sedia ada dan mungkin masa depan FI, serta komitmen dan keupayaannya dalam pengurusan sosial dan alam sekitar. Sekiranya pelaburan FI mempunyai risiko alam sekitar dan sosial yang minimum atau tiada langsung, projek FI akan dianggap sebagai projek kategori C dan tidak perlu mengguna pakai mana-mana syarat khusus yang lain. Semua FI lain dikehendaki menetapkan atau mewujudkan sistem pengurusan alam sekitar dan sosial (ESMS) yang sesuai, setimpal dengan sifat dan risiko portfolio masa depan FI yang akan diselenggarakan sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan keseluruhan FI. ESMS akan didokumenkan dan dipersetujui oleh ADB dan FI.

50. Syarat terperinci bagi FI dijelaskan dalam Lampiran 4, SPS. Semua FI akan memastikan bahawa pelaburan mereka mematuhi undang-undang dan peraturan negara yang diguna pakai dan akan merujuk kepada senarai aktiviti pelaburan yang dilarang (Lampiran 5 SPS ADB) bagi projek kecil biayaan ADB. Sekiranya projek kecil berpotensi mempunyai impak alam sekitar dan sosial yang ketara, FI dikehendaki memastikan bahawa projek kecil tersebut memenuhi syarat perlindungan ADB, termasuk berkenaan pendedahan maklumat dan perundingan. Dalam kes seperti ini, FI akan merujuk projek kecil tersebut kepada ADB di peringkat awal proses usaha wajarnya dan ADB akan membantu FI dengan penilaian projek kecil ini. Bagi projek kecil berkenaan, peminjam akan mengemukakan EIA, RP atau IPP kepada ADB untuk diluluskan sebelum kelulusan projek kecil.

Usaha Wajar Perlindungan

51. Bagi projek yang dicadangkan untuk pembiayaan, ADB akan melaksanakan ulasan perlindungan, termasuk semakan semula dokumen perlindungan peminjam, sebagai sebahagian daripada usaha wajar keseluruhan. Usaha wajar dan ulasan perlindungan ADB menekankan penilaian impak alam sekitar dan sosial serta proses perancangan, di samping melindungi pendokumenan. Usaha wajar dan ulasan melibatkan lawatan tapak dan juga semakan di tempat kerja. Melalui usaha wajar dan ulasan sedemikian, ADB akan mengesahkan (i) bahawa semua impak dan risiko utama sosial dan alam sekitar yang berpotensi sesebuah projek dikenal pasti; (ii) bahawa langkah-langkah berkesan bagi menghindari, mengurangkan, meringankan, atau menggantikan impak buruk digabungkan ke dalam pelan perlindungan dan reka bentuk projek; (iii) bahawa peminjam/pelanggan memahami prinsip dan syarat dasar perlindungan ADB seperti yang dinyatakan dalam SPS dan mempunyai komitmen dan keupayaan sewajarnya untuk mengurus impak dan/atau risiko sosial dan alam sekitar; (iv) bahawa peranan pihak ketiga dijelaskan sewajarnya

(15)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

dalam pelan perlindungan tersebut; dan (v) bahawa rundingan dengan golongan terkesan dijalankan selaras dengan syarat-syarat ADB.

52. Sifat usaha wajar tersebut bergantung kepada kerumitan projek dan impak yang mungkin timbul. Projek kategori C boleh dilaksanakan berdasarkan kajian di tempat kerja, projek kategori B lazimnya memerlukan kajian di tempat kerja dan juga lawatan lapangan di kawasan projek sementara bagi projek kategori A, semakan berskala penuh dijalankan termasuk lawatan lapangan di kawasan projek dan penglibatan kakitangan projek dalam rundingan awam.

53. Laporan usaha wajar dan/atau pelan perlindungan dalam Bahasa Inggeris hendaklah disediakan bagi projek- projek kategori A dan B. Templat disediakan dalam SPS ADB, dan pautan diberikan dalam Lampiran 1. Bagi projek kategori A, Kerajaan hendaklah menyediakan Pendokumenan E&S pada peringkat awal proses usaha wajarnya.

Semua pelan perlindungan (EIA, IEE, RP, IPP, ESMS) hendaklah dikemukakan kepada ADB untuk semakan dan kelulusan. Bagi projek kategori A, draf EIA dibentangkan kepada Kumpulan Tematik Alam Sekitar ADB, disemak bersama rakan di Jabatan Perlindungan ADB dan diluluskan oleh Ketua Pegawai Pematuhan ADB.

54. Mengikut SPS ADB, peminjam bertanggungjawab menilai projek serta impak alam sekitar dan sosialnya, menyediakan pelan perlindungan, dan melibatkan diri dengan komuniti yang terjejas melalui pendedahan maklumat, rundingan, serta penyertaan berpengetahuan mengikut semua prinsip dasar dan syarat perlindungan seperti dalam SPS ADB (2009). Peminjam akan mengemukakan segala maklumat yang diperlukan, termasuk laporan penilaian, pelan/rangka kerja perlindungan, dan laporan pemantauan, kepada ADB untuk ulasan. Peminjam harus mematuhi undang-undang, syarat, dan piawaian negara tuan rumah, termasuk kewajipan tuan rumah di bawah undang-undang antarabangsa. Selain itu, peminjam/pelanggan harus melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang dipersetujui bersama ADB bagi menzahirkan prinsip dasar dan memenuhi syarat yang ditetapkan dalam Syarat-Syarat Perlindungan 1–4. Bagi memastikan bahawa kontraktor melaksanakan sewajarnya langkah-langkah yang dipersetujui, peminjam akan menyatakan syarat perlindungan dalam dokumen bida dan kontrak kerja -kerja awam.

Jadual 3. Syarat-Syarat Perlindungan Kategori

(Penarafan Risiko)

Perlindungan Alam Sekitar

Perlindungan Penempatan Semula

Luar Kawalan

Perlindungan Orang Asli

Kategori A (dengan kemungkinan impak yang ketara)

Mematuhi (i) Syarat-Syarat Perlindungan 1 SPS ADB (2009) dan (ii) undang-undang negara.

Menyediakan EIA (bersama EMP). Memaparkan draf EIA 120 hari sebelum kelulusan projek.

Mengekalkan pakar luaran yang berkelayakan dan

berpengalaman bagi mengesahkan pematuhan .

Mematuhi (i) Syarat-Syarat Perlindungan 2 SPS ADB (2009), termasuk penyediaan RP, lengkap dengan penilaian, penyerahan & tindakan sosial (sepertimana yang dianggap relevan oleh ADB)

Mematuhi (i) Syarat-Syarat Perlindungan 3 SPS ADB (2009), dan (ii) undang-undang negara.

Menyediakan dan mematuhi proses seperti mana yang dianggap relevan oleh ADB.

Sokongan komuniti meluas seperti yang digariskan dalam SPS ADB (2009) harus diperolehi.

Rundingan bermakna harus dijalankan dan didokumenkan.

Sediakan Pelan IP (IPP) Kategori B

(dengan impak kurang ketarra)

Mematuhi (i) Syarat-Syarat Perlindungan 1 SPS ADB (2009) dan (ii) undang- undang negara.

Mengeluarkan IEE (bersama EMP). Kemukakan IEE sebelum kelulusan projek.

Mematuhi (i) Syarat-Syarat Perlindungan 2 SPS ADB (2009) dan (ii) undang- undang negara.

Menyediakan RP dengan penilaian sosial.

Mematuhi (i) Syarat-Syarat Pelindungan 3 SPS ADB (2009), dan (ii) undang-undang negara.

Menyediakan dan ikut proses sebagaimana dianggap relevan oleh SPS ADB (2009). Sokongan komuniti meluas harus diperolehi.

(16)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

Rundingan bermakna harus dijalankan dan didokumenkan.

Sediakan Pelan IP (IPP).

Kategori C (dengan impak minimum atau tiada langsung)

Menyemak implikasi alam sekitar. Patuhi undang- undang negara.

Menilai sama ada terdapat sebarang impak IR dan sediakan Laporan Usaha Wajar (DDR).

Mematuhi undang-undang negara

Mematuhi (i) Syarat-Syarat Perlindungan 3 SPS ADB (2009), dan (ii) undang- undang negara. Menilai sama ada terdapat sebarang impak IP dan menyediakan DDR. Mematuhi undang- undang negara

Kategori FI Pelaburan mempunyai potensi risiko alam sekitar dan sosial (Kategori A dan B): wujudkan sistem pengurusan alam sekitar dan sosial (ESMS) sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem pengurusan FI. Bagi mana- mana projek kecil yang mempunyai risiko yang ketara, kelulusan EIA oleh ADB diperlukan sebelum projek kecil diluluskan.

Pelaburan mempunyai potensi risiko penempatan semula luar kawalan (Kategori A dan B):

wujudkan sistem pengurusan alam sekitar dan sosial (ESMS) sebagai sebahagian daripada keseluruhan sistem pengurusan FI. Bagi mana- mana projek kecil yang mempunyai risiko yang ketara, kelulusan RP oleh ADB diperlukan sebelum projek kecil diluluskan.

Pelaburan mempunyai potensi risiko terhadap Orang Asli (IP) (Kategori A dan B):

wujudkan sistem pengurusan alam sekitar dan sosial (ESMS) sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan FI. Bagi mana-mana projek kecil yang berisiko ketara, kelulusan IPP ADB diperlukan sebelum projek kecil

diluluskan.

ADB = Bank Pembangunan Asia; EIA = Penilaian Impak Alam Sekitar, IEE = Pemeriksaan Awal Alam Sekitar, IPP = Pelan Orang Asli; RP = Rancangan Penempatan Semula; EMP = Pelan Pengurusan Alam Sekitar.

Pendedahan Maklumat, Rundingan dan Penglibatan

55. Selaras dengan SPS ADB dan Dasar Akses Kepada Maklumat9, ADB komited untuk bekerjasama dengan kerajaan peminjam bagi memastikan bahawa maklumat berkaitan (sama ada positif ataupun negatif) berkenaan isu perlindungan sosial dan alam sekitar disediakan untuk orang awam tepat pada masanya, di tempat yang mudah diakses, dan dalam bentuk dan bahasa yang mudah difahami oleh golongan yang terkesan dan pihak berkepentingan lain, termasuk orang ramai, agar mereka dapat memberi input yang bermakna bagi reka bentuk dan pelaksanaan projek. ADB akan menyiarkan dokumen perlindungan berikut di laman webnya di halaman yang khusus untuk setiap projek dan juga di bawah laman ACGF-GRP:

• Bagi projek alam sekitar kategori A, drafkan laporan EIA sekurang-kurangnya 120 hari sebelum pertimbangan Lembaga;

• Drafkan penilaian alam sekitar dan semak rangka kerja, drafkan pemeriksaan awal alam sekitar, drafkan rangka kerja dan/atau pelan penempatan semula, dan drafkan rangka kerja dan/atau pelan perancangan Orang Asli sebelum penilaian projek;

• Penilaian impak alam sekitar yang muktamad atau yang dikemas kini dan/atau pemeriksaan alam sekitar peringkat awal, Rancangan Penempatan Semula, dan Pelan Orang Asli setelah diterima;

• Pelan Tindakan Pembetulan disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan projek; dan

• Laporan pemantauan alam sekitar, penempatan semula luar kawalan, dan Orang Asli dikemukakan oleh peminjam/pelanggan sepanjang pelaksanaan projek setelah diterima.

9 ADB. 2018. Akses kepada Dasar Maklumat. Manila. https://www.adb.org/documents/access-information-policy

(17)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

56. Pautan kepada laporan ini juga boleh didapati di laman web GCF, mengikut Dasar Pendedahan Maklumat GCF dan Dasar Alam Sekitar dan Sosial GCF.

57. SPS ADB menggariskan syarat-syarat bagi kerajaan peminjam mengadakan rundingan bermakna bersama pelbagai pihak berkepentingan. Rundingan bermakna adalah proses yang harus (i) bermula di peringkat awal persediaan projek dan dilaksanakan secara berterusan sepanjang kitaran projek; (ii) memberi pendedahan maklumat yang relevan dan mencukupi tepat pada masanya serta mudah difahami dan boleh diakses oleh golongan yang terkesan; (iii) dilaksanakan dalam suasana tanpa ugutan atau paksaan; (iv) merangkumi semua gender dan responsif, dan disesuaikan mengikut keperluan kumpulan yang kurang bernasib baik dan yang lemah; serta (v) membolehkan penggabungan segala pandangan relevan oleh golongan yang terkesan dan pihak berkepentingan lain bagi membuat keputusan, contohnya reka bentuk projek, langkah-langkah pengurangan, perkongsian manfaat dan peluang pembangunan, serta isu pelaksanaan. Kerajaan peminjam akan terlibat bersama komuniti, kumpulan, atau golongan terkesan oleh projek cadangan, dan dengan masyarakan awam melalui pendedahan maklumat, rundingan, dan penglibatan berpengetahuan dengan cara yang bersesuaian dengan risiko serta impak ke atas komuniti yang terkesan.

58. Bagi projek yang mempunyai impak alam sekitar buruk, penempatan semula luar kawalan, atau Orang Asli yang ketara, pasukan projek ADB akan menyertai aktiviti rundingan bagi memahami kebimbangan golongan yang terkesan dan memastikan bahawa kebimbangan sedemikian ditangani dalam reka bentuk projek dan pelan perlindungan.

59. Proses rundingan akan menggunakan pelbagai kaedah rundingan formal dan tidak formal seperti wawancara secara mendalam, mesyuarat awam, perbincangan kumpulan tumpuan dsbnya. Contoh informan utama yang akan dirujuk untuk rundingan, sepanjang tempoh persediaan dan pelaksanaan, termasuk pihak berkepentingan berikut:

(i) Ketua dan ahli isi rumah yang mungkin terkesan

(ii) Isi rumah yang terkesan daripada kumpulan yang lemah (iii) Komuniti tuan rumah

(iv) Kumpulan Orang Asli (lihat juga SPS ADB)

(v) Wanita dalam komuniti yang terkesan dan tuan rumah (vi) CSO dan NGO tempatan, jika hadir

(vii) Agensi dan jabatan kerajaan yang relevan

60. Mengikut SPS ADB, penglibatan wanita akan dipastikan dengan melibatkan mereka dalam rundingan awam di pelbagai peringkat dan tahap persediaan projek dan mengikut aturan, yang akan mempertingkatkan keupayaan mereka untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Peminjam akan memastikan bahawa pandangan golongan terkesan, khususnya mereka yang lemah, diberi perhatian dan ditangani dengan pelan yang berkaitan.

61. Sekiranya sesebuah projek mempunyai impak pengambilan tanah dan penempatan semula luar kawalan, setiap Rancangan Penempatan Semula hendaklah disediakan dan dilaksanakan melalui rundingan bersama golongan yang terkesan, dan melibatkan tinjauan dan mesyuarat komuniti. Tahap pampasan dan bantuan akan ditentukan ketika berunding dengan golongan yang terkesan dan wakil mereka. Jumlah pampasan akan hanya dimuktamadkan setelah mencapai persetujuan dengan golongan yang terkesan. Maklumat penempatan semula termasuk ukuran kerugian, penilaian aset yang terperinci, kelayakan dan syarat khas, tatacara rungutan, ma s a pembayara n dan jadual syif akan didedahkan kepada golongan yang terkesan. Pendedahan ini adalah dengan cara yang mudah diakses oleh golongan terkesan, di mana terdapat tahap pemahaman yang berbeza . Pelan akan tersedia untuk golongan yang terkesan dalam bahasa tempatan untuk tempoh yang wajar iaitu sekurang -kurangnya

(18)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

tiga bulan sebelum pemindahan sebenar. ADB akan menyemak dan meluluskan Rancangan Penempatan Semula sebelum pembayaran untuk semua projek kecil tersebut yang melibatkan impak penempatan semula luar kawalan.

62. Mengikut SPS ADB, kerajaan peminjam akan mengadakan rundingan bermakna dengan orang asli dan minorit i etnik yang terkesan bagi memastikan bahawa mereka akan mengambil bahagian setelah dimaklumkan sepenuhnya.

Kerajaan akan mereka, melaksana, dan memantau aktiviti bagi menghalang projek daripada meninggalkan kesan buruk kepada orang asli dan minoriti etnik. Sekiranya impak sedemikian tidak dapat dielak, Kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan impak negatif, atau memberi pampasan secukupnya. Selain itu, Kerajaan akan membolehkan orang asli dan minoriti etnik untuk berkongsi manfaat projek kecil dengan cara yang bersesuaian dengan tradisi budaya mereka.

Pemantauan dan Pelaporan Pematuhan

63. Tahap aktiviti pemantauan, termasuk skop dan berkala, akan bersesuaian dengan risiko dan impak projek.

Kerajaan peminjam akan melaksanakan langkah-langkah perlindungan dan pelan perlindungan yang berkaitan, seperti yang dipersetujui bersama ADB dan selaras dengan ESMF ini, dan mengemukakan laporan pemantauan berkala berkenaan prestasi pelaksanaan mereka. ADB akan memerlukan kerajaan peminjam untuk:

• mewujudkan dan mengekalkan tatacara bagi memantau kemajuan pelaksanaan pelan perlindungan,

• mengesahkan pematuhan langkah-langkah perlindungan dan kemajuannya ke arah hasil yang dimaksudkan,

• mendokumen dan mendedahkan keputusan pemantauan serta mengenal pasti tindakan pembetulan dan pencegahan yang diperlukan dalam laporan pemantauan berkala,

• membuat susulan ke atas tindakan ini bagi memastikan kemajuan ke arah hasil yang diingini,

• mengekalkan pakar luar bebas yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengesahkan maklumat pemantauan bagi projek yang mempunyai impak dan risiko yang ketara (i.e. projek kategori A),

• menggunakan pakar luaran atau panel penasihat bagi memantau pelaksanaan projek untuk projek yang sangat rumit dan sensitif (melebihi Kategori A), dan

• mengemukakan laporan pemantauan berkala berkenaan langkah-langkah perlindungan seperti yang dipersetujui bersama dengan ADB.

64. Di peringkat projek, ADB menyemak prestasi projek berpandukan komitmen peminjam seperti yang dipersetujui dalam dokumen perundangan. ADB akan melaksanakan tindakan pemantauan berikut bagi menyelia pelaksanaan projek:

• mengadakan lawatan tapak berkala bagi projek yang mempunyai impak alam sekitar dan sosial yang buruk ;

• menjalankan misi penyeliaan dengan ulasan terperinci oleh pakar/pegawai perlindungan ADB atau perunding bagi projek yang mempunyai impak buruk sosial dan alam sekitar yang ketara (i.e. projek kategori A);

• menyemak laporan pemantauan berkala yang dikemukakan oleh peminjam/pelanggan bagi memastikan bahawa impak dan risiko yang buruk dikurangkan seperti yang dirancang dan dipersetujui bersama ADB;

• bekerjasama dengan peminjam/pelanggan bagi memperbaiki kegagalan untuk mematuhi komitmen perlindungan mereka, seperti yang dijanjikan dalam perjanjian undang-undang, dan mengamalkan langkah pemulihan bagi menetapkan semula pematuhan sewajarnya; dan

• menyediakan laporan penyempurnaan projek yang menilai sama ada matlamat dan hasil yang diingini bagi pelan perlindungan tersebut telah tercapai, dengan mengambil kira keadaan syarat-syarat asas dan juga hasil pemantauan.

65. Di peringkat program. ADB akan memantau prestasi perlindungan di seluruh portfolio projek-projek kecil berdasarkan pemantauan peringkat projek yang dijalankan oleh pasukan projek ADB. Rumusan maklumat berkenaan prestasi dan kemajuan perlindungan akan disertakan dalam Laporan Prestasi Tahunan (APR) yang disediakan ADB untuk GCF.

(19)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

Mekanisme Penyelesaian Rungutan

66. Mengikut SPS ADB, ADB mengkehendaki peminjam/pelanggan menetapkan dan mengekalkan satu mekanisme penyelesaian rungutan untuk menerima dan memudahkan penyelesaian kebimbangan dan rungutan golongan yang terkesan berkenaan prestasi sosial dan alam sekitar peminjam/pelanggan di peringkat projek. Mekanisme penyelesaian rungutan tersebut harus disesuaikan dengan risiko dan impak projek. Mekanisme ini harus menangani kebimbangan dan aduan golongan terkesan dengan segera, menggunakan proses yang mudah difahami dan telus yang responsif terhadap gender, sesuai dengan budaya, dan mudah diakses oleh golongan yang terkesan di semua bahagian. Peminjam/pelanggan akan dimaklumkan berkenaan kewujudan Mekanisme Penyelesaian Bebas GCF sebagai ruang untuk penyelesaian rungutan di samping syarat-syarat ADB.

Mekanisme Kebertanggungjawaban

67. Golongan yang terkesan oleh projek juga boleh mengemukakan aduan kepada Mekanisme Kebertanggungjawaban ADB. Mekanisme Kebertanggungjawaban ini menyediakan forum bebas dan proses di mana golongan yang terkesan teruk oleh projek biayaan ADB boleh menyuarakan, dan mendapatkan penyelesaian bagi masalah mereka, serta melaporkan dakwaan pelanggaran dasar dan tatacara operasi ADB. Mekanisme Kebertanggungjawaban ini terdiri daripada dua fasa berasingan, tetapi berkaitan, iaitu: (i) fasa rundingan, yang diketuai oleh fasilitator projek khas yang melaporkan secara langsung kepada Presiden ADB, bagi membantu golongan yang terkesan oleh projek mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka; dan (ii) fasa ulasan pematuhan, diketuai oleh panel tiga orang ahli yang melaporkan kepada Lembaga Pengarah. Panel Ulasan Pematuhan menyiasat pertuduhan pelanggaran dasar dan tatacara operasi ADB, seperti yang dijelaskan oleh Lembaga Pengarah, termasuk dasar perlindungan, yang telah mengakibatkan atau mungkin mengakibatkan kemudaratan teruk dan material secara langsung kepada golongan yang terkesan oleh projek dan menyarankan cara untuk memastikan projek mematuhi dasar dan tatacara tersebut.

Aturan pelaksanaan

68. ACGF GRP ESMF akan dilaksanakan oleh ADB sebagai GCF AE serta Entiti Pelaksana (EE) bagi ACGF GRP.

69. Di peringkat program, ADB akan memantau pelaksanaan dan prestasi perlindungan peringkat portfolio, berdasarkan pemantauan oleh pasukan projek ADB. Peranan ini akan disertakan dalam tanggungjawab fungsian di bawah pasukan yang mengurus ACGF GRP di Jabatan Asia Tenggara ADB. Bagi peranan ini, pekerja ADB yang mengurus ACGF GRP akan bekerjasama secara erat dengan Pakar Perlindungan Alam Sekitar dan Sosial yang memantau portfolio keseluruhan ADB di Asia Tenggara.

70. Di peringkat projek kecil, kerajaan peminjam akan melaksanakan penilaian sosial dan alam sekitar, mengadakan rundingan bermakna bersama golongan dan komuniti terkesan, menyediakan dan melaksanakan pelan perlindungan, memantau pelaksanaan pelan-pelan ini, serta menyediakan dan menyerahkan laporan pemantauan.

71. ADB akan menerangkan syarat-syarat dasar kepada peminjam/pelanggan, membantu peminjam/pelanggan memenuhi syarat-syarat tersebut sepanjang pemprosesan dan pelaksanaan projek melalui program pembinaan keupayaan, memastikan usaha wajar dan semakan dilaksanakan, serta menawarkan pemantauan dan penyeliaan.

ADB akan memantau pematuhan perlindungan sepanjang pelaksanaan projek, dan laporan penyelesaian projek ADB serta laporan penilaian prestasi projek akan disertakan dengan ulasan pelaksanaan perlindungan. Tanggungjawab ADB dilaksanakan oleh Pakar Perlindungan Alam Sekitar dan Sosial berdasarkan misi negara dan juga tertumpu kepada sektor tertentu.

72. Di bawah Komponen 3, pembinaan keupayaan akan menyokong pelaksanaan perlindungan yang efektif bagi projek tertentu melalui latihan tertumpu untuk pekerja tajaan projek bagi membentuk kesedaran tentang syarat-

(20)

Program Pemulihan Hijau ACGF – Rangka Kerja Pengurusan Alam Sekitar dan Sosial

syarat perlindungan (alam sekitar dan sosial) ADB dan GCF, dan bagi mempertingkatkan kemahiran, keupayaan dan pengetahuan tentang pemantauan dan pelaksanaan pelan pengurusan berkairan alam sekitar, penempatan semula dan orang asli.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil menunjukkan bahwa warna tepung suweg yang paling mendekati cerah ialah dari Kabupaten Boyolali, Wonogiri, dan Sragen dengan deskripsi coklat muda hingga

Perihal : Pengumuman Hasil PLPG..

Sistem penyaluran dana zakat tidak hanya secara langsung tetapi juga tidak langsung melalui kegiatan sosial yang dilakukan Bazma seperti khitanan massal,

GITA SETYANDARI PERTIWI SD Kanisius Mangunan Berbah 726 3114 CICILIA SURATIWI MARTININGRUM SD Kanisius Mangunan Berbah 727 3118 YOSEP MULHARSA SD Kanisius Mangunan Berbah 728

Maka pengaruh media massa dalam kebijakan dapat bersifat positif maupun negatif, seperti : Sebagai ruang publik untuk mencari informasi tentang sebuah partai, Sebagai ruang

Penelitian ini menghasilkan buku panduan model masase bayi usia 3 bulan sampai 3 tahun untuk mengurangi kelelahan, yang berisikan tujuh bagian, yaitu (1) Model masase

Sejak 2014 Subbagian Penerimaan dan Pemilahan Pengaduan juga menyusun dan mengeluarkan surat dengan maksud untuk (a) meminta kelengkapan berkas sebagaimana diatur dalam pasal 90 UU