• Tidak ada hasil yang ditemukan

Literasi Bahasa kenyataannya kadang-kadang kita menemukan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Literasi Bahasa kenyataannya kadang-kadang kita menemukan "

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Saya Wyna ak Thomas ingin menyampaikan sepenuh kesyukuran kepada Tuhan dengan limpah dan kurnianya saya berjaya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya.

Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah matapelajaran iaitu Dr Haji Sabri Bin Che Man di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu ini iaitu Y.Bhg. Datin Siti Hanifah binti Madarsa kerana sering memberi nasihat dan dorongan moral kepada semua warga kampus ini. Beliau juga seorang yang pandai mengambil hati para pelajar walaupun dalam ketegasan beliau dalam menjalankan tugasnya.

Selain itu, terima kasih yang tidak terhingga juga kepada ibu bapa saya kerana sedikit sebanyak telah menyediakan atau menyumbangkan wang ringgit lebih untuk kemudahan saya menyiapkan tugasan ini malah untuk matapelajaran-matapelajaran yang lain juga. Di samping itu, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan.

Pelbagai ilmu yang saya rungkai sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru, para mahasiswa haruslah tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

(2)

Pengenalan

Pada bulan Ogos 2009, YAB Menteri pelajaran, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Mohd Yassin telah membentangkan bidang keberhasilan utama (National Key Result Areas/ NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada ketika itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil pengertian yang serius terhadap isu asas literasi dan numerasi yang masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Isu ini telah mendapat perhatian serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia kerana sehingga kini masih ada anak-anak kecil yang belum mengenali asas nombor dan literasi walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan. Oleh itu, program literasi dan numerasi ini merupakan satu program hasil daripada kesinambungan program yang sedia ada dengan rancangan yang lebih teliti dan sistematik.

Menurut takrifan yang dilakukan oleh UNESCO, literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. Manakala, berdasarkan penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada, numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukran panjang.

Bagi mencapai sasaran kerajaan yang menginginkan semua murid tiada masalah pembelajaran untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir sebelum masuk ke persekolahan tahap 1, jadi Program Literasi Dan Numerasi (LINUS) telah dibangunkan. Tumpuan utama program ini adalah usaha utama bagi meningkatkan tahap literasi dan numerasi murid. Lagipun, asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

Definisi LINUS ialah LINUS merupakan akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (Bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)

(3)

untuk membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung ‘dan’.

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah berusaha menghasilkan Modul Guru dan Modul Murid. Dalam modul pengajaran LINUS, terdapat prinsip-prinsip yang telah digariskan untuk panduan guru-guru. Antara prinsip tersebut adalah pengajaran haruslah bersifat ansur maju, didik hibur, pengulangan kosa kata, latihan dari mudah ke susah, latihan interaktif dan belajar sambil bermain.

Terdapat spesifikasi kemahiran asas literasi yang harus dicapai oleh murid pada tahap 1 iaitu pada Tahun 1, murid seharusnya boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. Manakala untuk Tahun 2, murid harus boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah dengan menggunakan kata sendi. Untuk Tahun 3 pula, murid seharusnya boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

(4)

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

TEORI BEHAVIORISME

Teori behaviorisme ini lebih menekankan kepentingan persekitaran bahasa daripada fenomena mental. Ahli-ahli behavioris berpendapat bahawa terdapat perkaitan rapat diantara rangsangan dan juga dengan gerak balas. Sesuatu gerak balas yang betul akan diulang dan diulang sekiranya diberikan ganjaran. Gerak balas yang diikuti dengan peneguhan positif akan diulang dan diulang dan seterusnya membentuk kebiasaan.

Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, Boss & Brook yang merupakan ahli bahasa. Manakala, terdapat juga ahli psikologi yang terlibat dalam kajian behavioris ini dan antaranya ialah Ivan Pavlov, Thorndike dan Skinner. Mereka menganggap bahawa pembelajaran sebagai satu proses mekanis bagi membentuk sesuatu kebiasaan. Mereka juga berpendapat bahawa pembelajaran juga mempunyai perkaitan dengan perubahan tingkah laku iaitu hasil daripada ransangan dan tindak balas. Oleh itu, teori ini juga dikenali sebagai teori Ransangan-Tindak balas.

Skinner dan Braine telah melanjutkan teori behavioris ini untuk menghuraikan pembelajaran bahasa. Mereka menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam pembelajaran bahasa. Sesuatu ujaran yang dilafazkan dan diucapkan terbentuk disebabkan adanya rangsangan. Misalnya, kanak-kanak bertutur atau bercakap kerana adanya orang bercakap dengannya dan berkemungkinan juga kanak-kanak bercakap kerana ingin memenuhi keperluan asasnya seperti hendakkan makanan, minuman, keselesaan ataupun keselamatan dan sebagainya.

Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang itu perlu diteguhkan supaya bentuk-bentuk bahasa tadi akan diulangi. Ibu bapa dan kanak-kanak menggunakan pelbagai cara untuk meneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Misalnya, memberikan senyuman, kata-kata pujian, motivasi, ganjaran dan sebagainya. Teori-teori behavioris ini amat mementingkan latih tubi. Hal ini demikian kerana peneguhan pembelajaran bahasa dapat dilakukan dengan melakukan latih tubi. Faktor persekitaran juga tidak kurang pentingnya dalam pembelajaran bahasa dan yang memainkan peranan dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk murid-murid belajar bahasa ialah guru, murid-murid itu sendiri serta suasana di dalam biliki darjah.

(5)

hal ini, guru-guru mestilah berusaha untuk memastikan murid-murid boleh bertutur dalam bahasa yang dipelajarinya kemudian meneruskannya kepada pengajaran membaca dan menulis. Prinsip ini sekaligus dapat membantu guru dalam mengenal pasti kelemahan anak muridnya dalam pembelajaran sesuatu bahasa serta prinsip ini juga dapat memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajaran bahasa,

Prinsip yang seterusnya ialah pengukuhan. Pengukuhan merupakan prasyarat penting dalam pembelajaran bahasa. Prinsip ini dapat dilihat dalam kebanyakan pembelajaran sosial kanak-kanak. Contoh pembelajaran sosial ialah ucapan bertatasusila serta amalan bersopan santun. Perlaksanaan prinsip peneguhan boleh dilakukan dengan memberikan ganjaran ataupun pujian kepada setiap tingkah laku murid-murid yang berucap secara bertatasusila serta mengamalkan amalan bersopan santun. Selain ganjaran atau pujian, galakan, dorongan, motivasi juga terkandung dalam prinsip peneguhan sewaktu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Latihan pembelajaran yang dikukuhkan juga terkandung dalam prinsip teori behavioris ini. Maksud latihan dalam konteks ini ialah ulangan satu-persatu gerak balas dengan satu-persatu ransangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan dalam keadaan yang bermakna. Jika tidak, murid-murid akan cepat bosan dan tidak berminat untuk belajar. Jadi, guru pula harus memainkan peranannya dalam bersikap bijak dan kreatif dalam mengurus dan melaksanakan latihan dengan sempurna dan sistematik supaya dapat menghasilkan pembelajaran yang berkekalan sepanjang masa.

(6)

TEORI MENTALIS

Teori mentalis dikenali sebagai nama Kata Kognitif atau Innatis. Teori ini telah diperkenalkan oleh Chomsky yang mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan kanak-kanak. Ahli-ahli pemikir yang turut terlibat dalam teori ini ialah Jean Piaget, E.H Lenneberg, Robert Lee, Robin Lakoff, George Miller D. Slobin dan Mangantar Simanjuntak. Teori ini telah melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Chomsky telah menganggap bahasa sebagai satu pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Hal ini boleh berlaku setelah seseorang itu menerima bahan seperti buku dalam bentuk perangsang daripada telinga, mata dan pancaindera lain.

Proses yang terjadi di dalam otak dan saraf membolehkan pembentukan dan penghasilan bahasa. Makna dan proses yang tersembunyi terlibat dalam penghasilan bahasa. Menurut George A. Miller, proses mental dapat dilakukan oleh pendengar apabila menghadapi sesuatu pertuturan. Antara proses yang terlibat ialah mendengar, memadan, menerima, mentafsir, memahami dan mempercayai. Kesemua proses itu melibatkan mental dan sebab itulah teori ini dikenali dengan nama teori mentalis. Kesimpulannya, teori ini merumuskn bahawa penguasaan bahasa adalah bergantung kepada kematangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa, tulisan dan bacan amat dipentingkan. Kemahiran menulis lebih diutamakan daripada kemahiran lisan. Pembelajaran bahasa kanak-kanak pula diukur melalui kecekapan dan pencapaian. Penyampaian makna juga lebih diutamakan daripada struktur bahasa.

Teori mentalis tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun, kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap pemerolehan bahasa. Antara prinsip-prinsip itu adalah seperti pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

(7)

Prinsip yang seterusnya ialah kadar perkembangan bahasa ialah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri pembelajaran bahasa yang sama. Jadi, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan yang hendak disampaikan.

Selain itu, prinsip teori mentalis mengutamakan penyampaian makna daripada struktur bahasa. Hal ini demikian kerana prinsip ini menekankan kebolehan menggunakan struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dakam masyarakar bahasa itu. Jadi, peranan guru adalah menggunakan aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem bahasanya dengan baik.

Seterusnya, tulisan dan bacaan adalah sangat diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Prinsip yang terakhir ialah kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Situasi ini bermaksud penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus atau konsep tatabahasa kemudiannyan barulah diberi contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar biasanya dilakukan secara formal.

(8)

TEORI INTERAKSIONALISME

Teori interaksionalis telah diperkenalkan oleh Halliday. Teori ini menegaskan pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan merupakan satu proses yang melibatkan mental dan juga lingustik. Menurut Halliday, perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Interaksi bahasa penting untuk membantu kanak-kanak menguasai sistem bahasa. Jadi, dalam situasi ini Halliday menegaskan kepentingan peranan situasi sosial dalam pemerolehan.

Prinsip-prinsip kepada teori ini adalah penyampaian makna dalam komunikasi lebih diutamakan. Dalam pengajaran bahasa, tidak kisahlah bahasa pertama ataupun bahasa kedua, penyampaian makna yang paling penting. Harus diingatkan pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur bahasa tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk berinteraksi. Sekali lagi ditegaskan bahawa pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah berhubung rapat. Jadi, teori interaksionalis ini amat mementingkan kedua-dua iaitu makna dan struktur bahasa. Berdasarkan teori ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa amat memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Pernyataan ini bermaksud jika guru dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti yang bermakna, maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa dengan lancar dan fasih.

(9)

TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme boleh dianggap sebagai satu teori yang cuba menerangkan bagaimana manusia belajar. Maksudnya disini, teori ini menjelaskan cara-cara manusia membina kefahaman dan pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dan membuat refleksi berdasarkan pengalaman tersebut serta menyesuaikan pengetahuan baharu tersebut dengan pengetahuan sedia ada untuk membina sebuah bentuk pengetahuan yang baharu. Contoh, apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang baharu, kita akan cuba menyelaraskannya dengan apa yang kita lalui berdasarkan pengalaman lampau atau idea sedia ada kita. Pandangan konstruktivis meletakkan murid sebagai pusat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid yang datang ke bilik darjah dianggap kosong. Pengetahuan murid-murid ini perlu dipenuhi sebagai individu yang membawa pelbagai pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang akan menjadi asas kepada pengetahuan baharu yang bakal dibina

Pembelajaran berdasarkan pendekatan konstruktivisme adalah satu proses yang aktif di mana murid menggunakan input sensorinya dan membina pengetahuan melaluinya. Untuk membolehkan proses ini berlaku, murid-murid memerlukan aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mereka membina pengetahuan. Ini bermaksud murid bukanlah individu yang pasif yang hanya menerima maklumat atau pengetahuan daripada guru sahaja. Prinsip ini boleh diterjemahkan dalam bilik darjah dengan menggalakkan murid-murid bekerja bersama dan menyokong antara satu sama lain serta menggunakan pelbagai alat dan sumber bagi mencapai matlamat pembelajaran dan penyelesaian masalah.

(10)

BAHAGIAN 2

KAEDAH MEMBACA Kaedah pandang sebut

Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan bahasa Inggeris. Namun guru boleh juga mencuba kaedah ini untuk mengajar bacaan dalam Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yan biasa digunakan dalam kehidupan seharian seperti saya, makan, lari, main, ibu, bapa dan sebagainya.

Kaedah pandang sebut ini juga dikenali sebagai kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Aktiviti dalam kaedah ini lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Kaedah pandang sebut ini tidak menggunakan aktiviti mengeja tetapi hanya menyebut perkataan yang dilihat.

Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

Jadi, keadaan ini bermakna langkah pertama yang harus dipatuhi dalam kaedah ini ialah menyebut perkataan dan diikuti mencerakin perkataan supaya menjadi suku kata. Langkah seterusnya ialah latihan membina dan membaca ayat. Maka, penggunaan bahan bantu belajar perlu disediakan oleh guru untuk melaksanakan kaedah ini.

Contoh langkah menyebut perkataan :

1. Murid ditunjukkan gambar ayam. Murid diminta menyebut perkataan “ayam”.

2. Kemudian mereka ditunjukkan kad perkataan ayam dan digandingkan dengan gambar ayam. Mereka diminta menyebut “ayam”.

3. Lepas itu, mereka ditunjukkan kad perkataan ayam sahaja tanpa gambar dan minta mereka menyebut “ayam”

(11)

4. Setelah murid dapat mengenal perkataan ayam, barulah diperkenalkan abjad yang membentuk perkataan ayam

Contoh langkah mencerakinkan perkataan: (a) Memperkenalkan kata

(b) Memperkenalkan suku kata (c) Memperkenalkan huruf

contoh langkah membina dan membaca ayat :

- Dengan menggunakan bahan bantu belajar, bina ayat. - Teruskan aktiviti membaca dengan membaca ayat lengkap

1.

A

dik

go

sok

gi

gi.

2.

Ba

pa

te

bang

po

kok.

3.

Ka

kak

sa

pu

sam

pah.

4.

A

bang

su

sun

bu

ku.

Itik

I + tik

I + t + i + k

Cawan

Ca + wan

(12)

Selain itu, terdapat juga kekuatan dan kelemahan dalam kaedah pandang sebut ini. Antara kekuatan kaedah pandang sebut ini ialah murid tidak perlu menghafal nama huruf yang abstrak, murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna dan murid memahami apa yang dibaca atau dilihat oleh mereka lalu situasi ini sekaligus dapat mengelakkan murid daripada kebosanan

Manakala kekurangan kaedah pandang sebut pula ialah kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak dapat dicapai dengan cepat, murid lambat mengenali huruf-huruf, murid membaca bukan berdasarkan lambang-lambang yang membentuk huruf tetapi membaca dengan mengecam gambar. Murid juga akan mudah keliru pada gambar yang tidak jelas.

(13)

Usaha kerajaan dalam memberi perhatian serius terhadap masalah pembelajaran kanak-kanak amatlah patut dipuji. Segala langkah drastik lagi proaktif yang dilakukan oleh kerajaan itu sudah cukup jelas menggambarkan bahawa kelahiran modal insan yang berproduktif tinggi amat diharapkan pada generasi kanak-kanak yang masih mentah dan yang masih perlukan bimbingan yang sewajarnya.

Program LINUS yang diadakan telah menunjukkan usaha padu dari kerajaan dengan guru-guru di negara kita untuk membantu anak-anak muda mendapat pengetahuan dan kemahiran yang yang sepatutnya menjadi milik mereka. Kolaborasi dan gabungan mantap usaha kerajaan dan guru akan dapat memberikan hasil dan kesepaduan kerja yang mendatangkan pulangan yang berbaloi.

Manusia yang sejak azalinya memiliki alat penguasaan bahasa yang telah tersedia dalam diri mereka. Dengan adanya alat tersebut, penguasaan bahasa akan dapat dikuasai dengan lancar seandainya rangsangan dan gerak balas mengizinkan untuk berbuat sedemikian. Jadi, dalam usaha mempertingkat kemahiran bahasa murid-murid ini, guru mempunyai peranan yang amat besar.

Guru perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran supaya murid-murid mendapat pembelajaran yang bermakna semasa berada dalam bilik darjah. Misalnya dalam pengajaran kemahiran membaca guru boleh menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah fonik, kaedah abjad, kaedah pandang sebut dan sebagainya supaya murid-murid tidak bosan mengikuti proses pembelajaran.

Konklusinya, sebagai guru Literasi Bahasa melayu, tanggungjawab yang diagalas amatlah besar kerana kita harus memastikan murid yang dilahirkan berjaya dan menjadi insane yang berguna kelak. Peranan guru telah dikenalpasti memberi impak yang besar terhadap penguasaan murid dalam kemahiran asas literasi. Jadi, scenario ini telah menggambarkan betapa hebatnya cabaran yang dihadapi oleh guru dalam merealisasikan matlamat dan impian negara.

(14)

2013191340029 930519 13 6168

Pertama kali saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini tepat pada waktunya. Jutaan penghargaan juga diberikan kepada pensyarah kami kerana telah meemberikan bantuan dan bimbingan yang tidak terhingga kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini walalupun saya tahu bahawa beliau juga turut mempunyai komitmen lain dan juga mengalami masalah kekangan masa untuk berinteraksi dengan kami.

Jujur saya katakan bahawa tajuk tugasan kerja kursus ini amat mencabar dan telah memberikan banyak pngalaman dan pengetahuan baharu kepada saya. Pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya katakan sebentar tadi adalah pengalaman dan pergetahuan yang berbentuk ilmiah yang sedikit banyak dapat memberikan motivasi kepada saya untuk menjawat jawatan guru kelak.

Tugasan ini telah menyediakan ruang kepada saya untuk memahami dengan lebih lanjut lagi apa yang dimaksudkan dengan LINUS. Ya, memang saya mengetahui dan juga sering mendengar perkara yang berkaitan dengan LINUS tetapi saya tidak mengetahuinya secara terperinci. Keadaan yang sebaliknya berlaku apabila saya menjalankan tugasan ini kerana saya dengan menjalankan tugasan ini, saya telah dapat memahami maklumat mengenai LINUS dengan lebih lanjut melalui pencarian maklumat di internet dan juga pembacaan daripada buku-buku dan juga kajian penyelidikan tindakan yang telah dilakukan oleh orang lain. Oleh itu, saya berasa sangat gembira sekali kerana saya dapat menimba ilmu yang sepatutnya melalui kerja kursus ini dan saya tidak tercicir maklumat penting yang mungkin menjadi sangat mustahak kepada saya apabila memegang gelaran guru pada masa hadapan.

(15)

kanak-kanak ini amat penting bagi guru untuk memahami anak muridnya secara psikologi supaya penyesuaian strategi dan kaedah pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dalam bilik darjah.

Selain itu, saya juga telah menimba ilmu dalam mengetahui secara terperinci salah satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Kaedah yang saya maksudkan iaitu kaedah pandang dan sebut. Dengan mengetahui secara terperinci kaedah ini, saya seperti membuat persediaan kepada diri saya untuk mengajar membaca kepada anak murid saya. Apabila saya mengetahui kaedah ini secara terperinci, maka adalag senang bagi saya untuk menjalankan pengajaran kemahiran membaca kelak di sekolah.

Tugasan ini juga telah memerlukan kami untuk membina sebuah bahan bantu mengajar bagi pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca dan juga menulis. Saya telah memilih untuk membina sebuah bahan eletronik untuk membantu pemulihan membaca dan menulis dalam kalangan murid-murid. Pembinaan bahan elektronik ini telah meningkat kemahiran saya dalam penggunaan ICT. Kemahiran menggunakan ICT amat penting dalam diri seorang guru kerana kini semua maklumat yang ingin dicari hanyalah di hujung jari sahaja. Lagipun, sebagai seorang guru, kita seharusnya fleksibel dengan peredaran masa yang semakin menekankan kemudahan teknologi dalam menjalani kehidupan seharian. Saya juga berpegang pada prinsip Falsafah Pendidikan Guru yang juga menyelitkan peranan guru sebagai seorang agen perubahan. Guru sebagai agen perubahan dalam kehidupan murid. Guru dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada murid yang tidak tahu apa-apa. Misalnya dalam konteks teknologi ini, guru harus mempersiapkan diri dengan ilmu kemahiran penggunaan teknologi supaya ilmu itu dapat disampaikan kepada murid-murid.

Selain daripada meningkatkan kemahiran dalam ICT, pembinaan bahan bantu mengajar ini juga telah membantu saya untuk membuat keputusan yang bijak dan mengeluarkan idea yang kreatif kerana saya harus menyediakan sebuah bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kumpulan murid yang yang ingin diajar. Begitu juga, binaan bahan bantu mengajar juga haruslah kreatif supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan aktif dan interaktif lalu seterusnya memberikan pembelajaran yang bermakna kepada murid-murid.

(16)

membantu saya untuk menjadi mantap dalam penggunaan bahasa Melayu semasa menjalankan aktiviti harian. Begitu juga, peningkatan perbendaharaan kata ini juga telah membantu profesion saya sebagai seorang guru memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Kesimpulannya, perlaksanaan kerja kursus ini banyak memberikan manfaat kepada guru pelatih seperti saya. Saya berharap agar kerja kursus ini diteruskan untuk generasi yang akan dapat supaya kerajaan dapat melahirkan guru yang berkualiti tinggi dan mampu mengubah anak bangsa menjadi modal insan yang produktif kepada negara. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pihak yang secara langsung mahupun tidak langsing dalam membantu saya menyempurnakan kerja kursus ini.

(17)

Jurnal

Shariffudin, R. S., Omar, A. H., Hamid, A., & Tiawa, D. (2003). Reka bentuk dan keberkesanan perisian multimedia membaca-faham berasaskan gambaran visual bagi kanak-kanak prasekolah.

Subramaniam, V. (2000). Pemerolehan Bahasa di Kalangan Kanak-Kanak Melayu (Doctoral dissertation, Universiti Putra Malaysia).

Williams, J. (2003). The Skills for Life survey: A national needs and impact survey of literacy, numeracy and ICT skills (No. 490). The Stationery Office.

buku

Hasnah Awang & Habibah Mohd Samin (2012). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Tuan Jah Yusof (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Puchong, Selaongor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Yahya Othman (2005). Trend Pengajaran Bahasa Melayu. Bentong, Pahang: PTS Professional Publishing.

internet

(19 Julai, 2013). Retrieved from Apa itu linus: http://portallinus.ppdkualakangsar.edu.my/? p=1

(20 Julai, 2013). Retrieved from DALAM PENGAJARAN membaca permulaan : satu tinjauan : http://pustaka.upsi.edu.my/mom/cm/content

(18)

Referensi

Dokumen terkait

'erakan pusaran !cyclonic" dari aliran udara akan menyebabkan terjadinya gaya sentrifugal pada 'erakan pusaran !cyclonic" dari aliran udara akan menyebabkan terjadinya

Thermal Comfort in The Humid Tropics - Part 1: Climate Chamber Experiments on Temperature Preferences in Singapore,.. ASHRAE

Pembuatan preparat apus darah ini menggunakan suatu metode yang disebut metode oles (metode smear) yang merupakan suatu sediaan dengan jalan mengoles atau membuat selaput

Hasil analisis sidik ragam pada Lampiran 19 menjelaskan bahwa kesukaan kelompok panelis Sumatra Barat, Jawa Barat, Sulawesi Selatan, dan Papua tidak berpengaruh

Lampiran 10 Hasil sidik ragam dan uji lanjut BNT bilangan peroksida sosis sapi selama penyimpanan pada suhu 4 o C.. Lampiran 11 Hasil sidik ragam dan uji lanjut

Nilai ketidakpastian hasil penelitian ini disebabkan karena batuan inti bor yang digunakan dalam penelitian formation evaluation ini mempunyai kualitas yang relatif

Pasal ini menguraikan standar tawaran yang menguraikan fungsi dan batasan teknis tertentu dari masing-masing langganan Edisi ("Standar Tawaran"). Kecuali jika

Hasil dari analisis pada penelitian ini adalah sebaiknya Industri Mebel Jati Jepara “pak Sahid” menerapkan penggunaan sistem informasi akuntansi berbasis teknologi