• Tidak ada hasil yang ditemukan

MEMPERKASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN T

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MEMPERKASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN T"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Asni Nor Rizwan Abdul Rani, Fariza Khalid (2017). Memperkasa pengajaran dan pembelajaran teknologi kimpalan melalui penggunaan augmented reality. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau ke-VIII (2017),262.

https://seminarserantau2017.wordpress.com/prosiding/

MEMPERKASA PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN TEKNOLOGI KIMPALAN MELALUI

PENGGUNAAN

AUGMENTED REALITY

Asni Nor Rizwan Abdul Rani

1

Fariza Khalid

2

1,2

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

asni7322@gmail.com

,

fariza.khalid@ukm.edu.my

ABSTRAK

Melalui pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 Pendidikan Tinggi, beberapa langkah telah diperkenalkan bagi melonjakkan pencapaian graduan dalam bidang Technical And Vocational Education And Training (TVET) yang antara lainnya termasuklah intervensi khusus dalam pengajaran dan pembelajaran bidang ini. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pendekatan pengajaran para pengajar dalam bidang TVET khususnya bagi subjek FWD 11102 The Fundamental Welding Method Of Oxyacetylene Welding (OAW) And Shielded Metal Arc Welding (SMAW) di Malaysia France Institute. Enam aspek utama berkaitan subjek ini adalah keselamatan , keperluan simulasi sebelum penggunaan mesin sebenar, kebolehan mempraktik dan memahirkan diri, keperluan mengenalpasti kesalahan serta membetulkan teknik kimpalan, membuat penilaian serta kesimpulan pembelajaran pelajar dan penjimatan kos bercirikan teknologi mesra alam. Ciri-ciri AugmentedArc Augmented Reality Welding System dapat mengadakan penambahbaikan tersebut dan disyorkan penggunaanya. Cadangan lain adalah dengan keupayaan AugmentedArc, ianya dapat digunakan dalam subjek kaedah kimpalan jenis lain seperti GMAW, FCAW dan GTAW serta menjadi pencetus idea bagaiamana pembangunan Augmented Reality (AR) seumpama ini boleh membantu dalam Pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan AugmentedArc mencapai objektif sebagai alat penambahbaikan Pengajaran dan pembelajaran Program TVET dan menyumbang kepada pencapaian matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Rancangan Malaysia ke 11.

(2)

THE ENHANCEMENTS OF TEACHING AND

LEARNING OF WELDING TECHNOLOGY BASED ON

AUGMENTED REALITY

Asni Nor Rizwan Abdul Rani

1

Fariza Khalid

2

1,2

Faculty Of Education, Malaysia National University,

43600 Bangi,

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia

asni7322@gmail.com

,

fariza.khalid@ukm.edu.my

ABSTRACT

With the launching of Malaysia Education Development Plan 2015-2025 for higher education (KPM, 2015), steps have been taken to push the Technical And Vocational Education And Training (TVET) which includes special intervention in teaching and learning in this field. The purpose of this research is to identify the current teaching and learning method in the subjects of FWD 11102 The Fundamental Welding Method Of Oxyacetylene Welding (OAW) And Shielded Metal Arc Welding (SMAW) at Malaysia France Institute. Six aspects have been identified that can be enhanced which are safety, welding simulation prior to real machine, the ability of students to practice and enhance their skills , the ability to identify error and do corrective actions in welding, student evaluation and cost saving based on environmental friendliness. The characteristics of AugmentedArc Augmented Reality Welding System (Millerweld, 2016) has been identified which can be used to address the mentioned enhancement aspects. It can also be proposed to other subjects which touch on GMAW, FCAW and GTAW welding method and can also act as a stimulant for Augmented Reality (AR) developer to develop ideas in enhancing the teaching and learning of TVET. As a conclusion, AugmentedArc has the capabilities to meet the objectives of TVET teaching and learning enhancements in line with Malaysia Education Development Plan and the 11th Malaysia Plan.

(3)

PENGENALAN

Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025, terdapat 10 lonjakan yang diperlukan untuk mengubah sistem pendidikan kepada yang lebih berkesan (KPM, 2015). Lonjakan ke 4 adalah Graduan TVET berkualiti. Ia dilakukan dengan mengarusperdanakan TVET dan untuk mencapai hasrat tersebut, inisiatif A2 telah menggariskan supaya kualiti tenaga pelajar haruslah di tingkatkan. Tambahan pula, strategi ke 9 Rancangan Malaysia Ke 11 dari 2016 hingga 2020 (EPU, 2016) juga menekankan peningkatan kualiti dan penyampaian program TVET.

Menurut senario di Malaysia (KPM, 2015) , TVET merujuk kepada pendidikan laluan teknikal dan vokasional yang diberikan kepada pelajar di Malaysia yang bermula dari sekolah menengah lagi, bermula dengan Peperiksaan Asas Vokasional (PAV) pada peringkat menengah rendah (PT3). Pada tahap tingkatan 5 pula, pelajar TVET akan menduduki peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM Tahap 2) atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2). (Rajah. 1)

Rajah 1. Laluan TVET dalam sistem pendidikan di Malaysia (KPM, 2015)

(4)

OBJEKTIF

1. Mengenalpasti kategori pelajar yang paling kurang dikaji tahap penggunaan Augmented Reality sebagai kriteria memilih kursus yang berkaitan

2. Mengenalpasti keperluan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kursus yang di pilih. 3. Mengenalpasti suatu teknologi peralatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat digunakan untuk

melaksanakan penambahbaikan tersebut.

4. Mencadangkan penggunaan peralatan pengajaran dan pembelajaran yang di kenalpasti untuk subjek-subjek lain.

PEMILIHAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY (AR) SEBAGAI ASAS PENYELIDIKAN

Dalam konteks penyelidikan ini , penyelidik memberi fokus terhadap potensi penggunaan teknologi Augmented Reality (AR) dalam meningkatkan mutu pembelajaran pelajar. Teknologi AR dipilih kerana mempunyai ciri-ciri multimedia yang memberi kesan positif kepada perkembangan kognitif dan pengalaman pembelajaran pelajar (Afiqah, 2016). Ianya menyokong dalam merealisikan paradigma pengajaran dan pembelajaran masa kini dari aspek pensyarah, kurikulum dan pelajar. Menurut Hanipal Hussin et al. (2016), menukarkan penekanan dari pengajaran kepada pembelajaran akan membentuk suasana yang interaktif dan menarik ( jadual. 1) . Ia juga perlu melibatkan perubahan peranan pengajar dan pelajar. Peranan pengajar berubah dari pemberi kepada pemudahcara dan pengemudi pengetahuan dan ada masanya sebagai penimba ilmu bersama dengan pelajar juga. Peranan baru pengajar ini memerlukan pemahaman dan pemikiran cara baru yang bertunjangkan pengajar reflektif.

Jadual 1. Pertukaran peranan pensyarah, penyampaian kurikulum dan pelajar. Sumber Hanipal Hussin et al.(2016).

Lecturer Roles Curriculum or Delivery Learners’ Roles

From transmitter of knowledge to guide and facilitator of knowledge

From memorizing facts to inquiry based

From passive to active learner

From controller of learning to creator of learning environment

From rigid delivery to open and flexible design delivery

From dependent learner to autonomous learner From learning to use ICT to using ICT

to enhance learning

From single path progression to mutlipath progressio

From solitory learner to collaborative

From didactive to interactivity From traditional based to compete From impulsive learner to reflective learner

Sifat-sifat AR juga dikenalpasti sebagai teknologi pemboleh (enabler technology) untuk merealisasikan perubahan paradigma pengajaran dan pembelajaran yang telah dibincangkan. Ia adalah berdasarkan kajian yang di jalankan oleh Santos et al.(2016) di mana eksperimen bersama rakan-rakan beliau menunjukkan keputusan yang positif dari pengalaman pembelajaran menggunakan AR. Ianya memberikan peningkatan dalam mengingati pembelajaran, mengurangkan beban minda, peningkatan penumpuan dan kepuasan pelajar.

Takrifan AR

Augmented reality atau ringkasannya AR merujuk kepada teknologi yang membolehkan objek alam maya yang di hasilkan oleh perisian komputer di tindih ke atas objek di alam fizikal. Menurut Azuma et al.(2001), sistem AR membolehkan penyatuan atau menambah kandungan objek maya kepada objek dunia sebenar.

(5)

AR Jenis Pengecaman

Gambar 1. AR Pengecaman( www.digit.in, 2017)

Sistem AR pengecaman akan menambah atau menggantikan sesuatu objek fizikal dengan objek maya. . Salah satunya adalah di mana suatu penanda (marker) berupa simbol atau gambar akan dicam oleh sistem dan ia akan mencetuskan suatu objek 3D maya di atas penanda tersebut. Apabila penanda diputar, objek maya tersebut akan terputar juga untuk melihatnya dari pelbagai sudut. Dalam gambar 1, kad fizikal di atas telapak tangan bertindak sebagai penanda (marker) manakala pemain bola lisut adalah objek maya.

AR Jenis Pertindihan

Gambar 2. AR Pertindihan( www.digit.in, 2017)

(6)

TEORI BERKAITAN KAJIAN : PEMBELAJARAN DARI PENGALAMAN KOLB (KOLB EXPERIENTIAL LEARNING THEORY)

Rajah 2. Kitaran pembelajaran dari pengalaman Kolb, 2011 (www.talentsprint.com, 2017)

Kajian ini adalah berdasarkan teori pembelajaran dari pengalaman Kolb atau experiential learning (Kolb,2011) yang menggariskan empat langkah dalam suatu kitaran pembelajaran secara pengalaman dalam menguasai sesuatu perkara (rajah 2). Empat langkah teori tersebut di kaitkan dengan senario sebenar kursus FWD 11102 berdasarkan temuduga yang dijalankan. Kaitan teori dengan kajian ini adalah

Pengalaman konkrit : pengalaman secara langsung dengan perkara yang dipelajari.

Kaedah AR bukan saja mendekatkan, malah menyatukan teori (manual teknikal) dengan pengalaman memanipulasi peralatan atau mesin sebenar yang memberi pengalaman secara menyeluruh. Sebagai contoh, berdasarkan heat input yang teleh di kira (Mohd Yazmi, 2017), AR boleh menindihkan info mengenai pelarasan arus , voltan dan kelajuan mengimpal berdasarkan sifat bahan kimpalan disertakan animasi bagaimana hendak melaraskan tombol arus (ampere) dan pelajar boleh melaraskan tombol ampere dan voltan ersebut berdasarkan animasi tombol maya tersebut.

Pemerhatian reflektif : belajar dengan melihat orang lain atau belajar dari pemerhatian pengalaman

sendiri. Kaedah AR ini membolehkan ramai pelajar untuk mempelajari suatu peralatan atau mesin yang sama. Apabila ada seorang pelajar yang lebih mahir yang misalnya mempunyai sijil kimpalan sebelum memasuki MFI melakukan pelarasan sesuatu peralatan atau mesin, misalnya mesin kimpalan, pelajar yang lain boleh melihat dulu bagaimana ia di lakukan dan seterusnya melakukannya sendiri (Mohd Yazmi, 2017).

Pemahaman abstrak konsep : memahamkan teori untuk menerangkan pemerhatian

(7)

kimpalan akan berlubang malahan boleh meruap atau rod kimpalan atas cepat habis.(Mohd Yazmi, 2017).

Mengujikaji secara aktif : menggunakan teori dan praktikal yang di fahami untuk menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan dengan cara ujikaji kendiri. Fahaman yang di bawa dari fasa pembetukan konsep iaitu ‘lebih tebal sesuatu besi, lebih tinggi arus (Ampere) diperlukan’ di applikasi dalam fasa ini.Jika arus terlalu rendah, rod kimpalan akan melekat pada bahan kimpalan dan jika ampere terlalu tinggi, bahan kimpalan akan berlubang” akan di cuba atau di uji di fasa ini. Sebagai contoh, seorang pelajar membuat suatu ujikaji di mana dia mengambil 2 besi tebal dan menggunakan pelarasan arus (ampere) untuk besi nipis. Hasilnya rod kimpalan melekat dan kedua-dua besi tebal itu tidak dapat dikimpal. Jika pelajar tersebut mengimpal besi nipis menggunakan pelarasan arus (ampere) yang digunakan untuk besi tebal, besi nipis itu akan berlubang dan rosak. (Mohd Yazmi, 2017).

METODOLOGI KAJIAN

Suatu kajian litreratur telah di jalankan untuk mengenalpasti kategori pelajar untuk menentukan pilihan kursus TVET yang akan dibuat kajian berdasarkan kategori pelajar tersebut. Kemudian ia disusuli dengan mencari institusi yang paling sesuai dijadikan jadikan kajian berdasarkan reputasinya. Apabila institusi dikenalpasti, penelitian dilakukan untuk memilih kursus dan subjek yang paling sesuai untuk dijadikan kajian di mana aspek praktikal di tekankan.

Apabila kursus telah dikenalpasti, pensyarah dipilih berdasarkan penglibatannya secara langsung dengan aspek praktikal kursus tersebut. Kemudian beliau di temubual dan di rakamkan secara audio untuk di analisa demi mendapatkan tema-tema utama, seterusnya mengenalpasti penambahbaikan yang dapat dijalankan.

Bagi menguatkan lagi dapatan, kandungan subjek kursus tersebut juga akan di selidiki untuk di kaitkan dengan temuduga yang telah di jalankan.

Hasil dapatan temuduga dan penelitian kandungan subjek kursus akan digunakan untuk memilah suatu peralatan Pengajaran dan Pembelajaran berasaskan AR yang dapat digunakan untuk penambahbaikan tersebut.

Rajah 3.Metodologi Kajian

AKTIVITI KAJIAN BERDASARKAN METODOLOGI

Langkah 1. Kenalpasti Kategori Pelajar Untuk Kajian

(8)

berada. Justeru itu, penyelidik memberi fokus terhadap mengkaji penambahbaikan yang dapat dilakukan menggunakan teknologi AR dalam kumpulan pelajar kategori tersebut. ....

Jadual 2. Lompang kajian AR kepada ‘Post Secondary non tertiary education’ menurut Jorge Bacca Et Al (2014)

Langkah 2. Kenalpasti Institusi Yang Menerima Pelajar KategoriLepasan Sekolah Menengah Bukan Tertiari

Selepas mengenal pasti pemboleh teknologi yang akan digunakan dan juga kumpulan sasaran kajian, langkah seterusnya adalah memilih suatu institusi TVET yang berwibawa dan menjadi kayu pengukur institusi TVET di Malaysia. Hasil pencarian maklumat telah menemukan penyelidik dengan Malaysia France Institute (MFI), sebuah institusi TVET unggul bidang teknologi kejuruteraan, hasil usaha sama Kerajaan Malaysia dan Perancis pada tahun 1995 (UniKL, 2017). Tambahan pula, ia menerima pelajar lepasan SPM iaitu pelajar kategorilepasan sekolah menengah bukan tertiari, selari dengan kategori pelajar yang dipilih.

Buat masa ini, MFI adalah di bawah pengelolaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).Jesteru itu, penyelidik telah menjalankan misi pencarian maklumat dengan mengadakan lawatan ke Malaysia France Institute yang terletak di Bangi, Selangor.

Langkah 3. Kenalpasti Kursus Yang Diikuti Pelajar dalam Kategori Tersebut

Setelah penyelidik mengenal pasti institusi yang akan dijadikan lokasi kajian, langkah seterusnya adalah memilih pula kursus yang akan dilakukan kajian. Kursus yang dipilih adalah Diploma of Engineering Technology in Welding (MFI, 2017a). Kekuatan memilih kursus ini terletak pada majoriti pelajarnya yang terdiri dari kategori penuntut lepasan sekolah menengah (MFI, 2017a) dan kredibilitinya sebagai kursus kimpalan dan pengawasan kualiti pertama yang di tawarkan di peringkat universiti dan status pelopor ini akan menjadi rujukan atau de facto standard kepada institusi lain yang ingin mejalankan kursus seumpama ini (UniKL, 2017a).

Langkah 4. Kenalpasti Subjek Kursus yang Menekankan Praktikal di Bengkel

Di dalam kursus Diploma of Engineering Technology in Welding terdapat perbagai subjek yang di ambil termasuk teori dan praktikal. Subjek-subjek kursus di teliti dan FWD 11102 The Fundamental Welding Method Of Oxyacetylene Welding (OAW) And Shielded Metal Arc Welding (SMAW) di pilih oleh kerana ia adalah subjek yang lebih menekankan kemahiran praktikal di bengkel (MFI, 2017b) yang selari dengan misi kajian ini.

Langkah 5. Kenalpasti Pengajar Yang Terlibat Langsung dengan Aspek Praktikal Subjek yang Dipilih

Setelah memilih subjek FWD 11102, pensyarah yang berkaitan telah di kenal pasti iatu Mohd Yazmi Md Yasan, seorang pengajar MFI berpengalaman selama 14 tahun yang mengajar aspek praktikal secara langsung di bengkel kimpalan. (Mohd Yazmi, 2017)

Langkah 6. Sessi Temuduga dengan Pengajar

(9)

utamanya adalah untuk menyingkap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di jalankan selama ini dan mengenalpasti penambahbaikan yang dapat dilakukan.

Gambar 3. Sessi Temubual Dengan Tenaga Pengajar FWD 11102,Malaysian France Institute

Langkah 7. (i) Menganalisa Temuduga dan (ii) Kandungan Kursus untuk Mengenalpasti Penambahbaikan

(i) Menganalisa Temuduga

Hasil dari penelitian temubual dengan pengajar MFI telah mengenalpasti tema-tema utama yang dapat dijadikan dapatan. Dari rakaman temubual tersebut, penyelidik telah mencari tema-tema yang berkaitan dengan kaedah pengajaran pembelajaran semasa untuk mengenalpasti aspek-aspek yang dapat di beri cadangan penambahbaikan demi memperkasakan pengajaran dan pembelajaran teknologi kimpalan. Aspek-aspek yang dapat di kenalpasti adalah:

Aspek 1: Keperluan Keselamatan

Ekstrak 1: “pastikan kebersihan,maknanya setiap kali apa pelajar gunakan, bersih,dan menjaga keselamatan, itu yang paling pentinglah” (Mohd Yazmi_24:08)

(Aspek keselamatan paling penting)

(10)

Gambar 4. Alat keselamatan mata dan muka mengimpal

Aspek 2:Keperluan Perantara Simulasi dan Mesin Pengimpal Sebenar

Ekstrak 2: “Maknanya walaupun pelajar tersebut belum lagi berjumpa mesin welding sepenuhnya ia boleh secara virtual, daripada virtual ia boleh tengok, ini adalah keadaan yang sebenar, mungkin secara sebenar

yang saya akan lalui, jadi lebih baik”(Mohd Yazmi_27:15)

(Mengadakan Simulasi Mesin Pengimpal)

Aspek kedua yang dapat di singkap adalah saranan untuk mengadakan suatu teknologi yang membolehkan teknik praktikal kaedah kimpalan dilakukan secara simulasi atau maya dahulu sebelum menggunakan mesin sebenar. Ia sejajar dengan subtopik 2, 3 dan 4 subjek FWD11102 (MFI, 2017) yang menekankan kemahiran praktikal menggunakan mesin kimpalan dan pengalaman memotong dan mengimpal yang mesti dikuasai . Teori yang menyokong kaedah ini adalah teori pembelajaran dari pengalaman Kolb (2011). Buat masa ini prosedur ini masih menggunakan mesin kimpalan sebenar jenama EWM Pico 350 cel puls semasa pelajar pertama kali di dedahkan kepada aspek praktikal sekaligus terdedah kepada risiko keselamatan. (Mohd Yazmi, 2017)

Aspek 3: Kekangan Mempraktik dan Memahirkan Kaedah Pengimpalan di Kampus hanya didalam Bengkel

Ekstrak 3: “Buat waktu sekarang, aspek prakikal kimpalan mesti dilakukan di dalam bengkel kerana

keselamatan dan membendung pencemaran”

(Mohd Yazmi_34:34)

(Kekangan lokasi yang dibenarkan mempraktik kimpalan di kampus)

Aspek tiga adalah kekangan di mana latihan mengimpal semasa di MFI hanya boleh di lakukan di dalam bengkel atas dasar keselamatan dan alam sekitar. Oleh sebab itu, masa untuk mempraktik dan memahirkan aspek pratikal tidak boleh di lakukan di tempat selain dari lokasi yang telah ditetapkan.

Aspek 4: Keperluan Mengenalpasti dan Membetulkan Kesalahan Dengan Segera

Ekstrak 4: “Apabila saya letakkan seorang kawan, yang pernah buat, dia akan lebih pandai. Makna

kawannya akan tegur “salah tu” dia akan tolong betulkan, itu lebih mudah” (Mohd Yazmi_21:41)

“Tapi ada setengah orang ni agak malu, apabila kita cuba pegang tangan dia untuk

welding dia akan malu” (Mohd Yazmi_25:24)

(11)

Aspek ke empat adalah keperluan mengenalpasti dan membetulkan kesalahan secara lebih terperinci kepada pelajar-pelajar yang kurang mahir. Di dalam situasi semasakini latihan praktikal, pelajar yang lebih berpengalaman, misalnya lepasan institusi lain atau pernah berkhidmat akan di pasangkan oleh pensyarah dengan pelajar yang kurang berkemahiran. Sikap ego ada kalanya membuat pelajar merasa malu untuk memberi atau di beri tunjuk ajar.

Gambar 5. Tunjuk ajar dan pemantauan dari tenaga pengajar MFI

Aspek 5: Keperluan Membuat Penilaian dan Kesimpulan Pembelajaran Pelajar

Ekstrak 5: “kita panggil student learning time, kita ada face to face dan non face to face, jadi kita

bagi kepada face to face, dimana kita bagi sedikit err guideline atau pun briefing, kemudian apabila kita dah dapat outcome daripada automatik punyaaa... apa assesment, kita akan buat kesimpulan” (Mohd Yazmi_30:30)

(Penilaian dan kesimpulan pensyarah mengenai tahap kefahaman pelajar)

Buat masa ini, pensyarah akan memberi panduan atau taklimat semasa sessi bersemuka dengan pelajar, kemudian pelajar akan melakukan aktiviti pembelajaran tersebut dan akhirnya hasil pembelajaran tersebut akan dibuat kesimpulan oleh pensyarah.

Aspek 6 : Keperluan Penjimatan Kos Bercirikan Terknologi Mesra Alam

Ekstrak 6: “jimat eletrik, jimat consumable dan sebagainya tidak boleh,tak boleh nak buat, pasal apa kita gunakan certain arrr.... percentage dalam mesin tersebut kita ada ampere dan juga voltage, dan kalau kata kita rendahkan voltage oleh kata kita nak ni, jadi tidak memenuhi apa spesifikasi lah hah itu, kalau ada satu acara yang lain yang boleh di adapt untuk memastikan pelajar kita untuk welding, lebih baik lah” (Mohd Yazmi_33:40)

(Tidak boleh menjimatkan elektrik dan bahan pakai habis - lebih baik jika ada sistem lain yang boleh mengadakannya)

(12)

(ii) Menganalisa Kandungan Subjek FWD11102

Untuk memantapkan lagi dapatan, kandungan subjek juga telah di teliti. Terdapat 4 topik penting yang mesti di lalui oleh pelajar-pelajar di dalam subjek ini (jadual 3).

Jika di lihat tajuk topik 1., ianya adalah selari dengan dapatan dari ekstrak 1 temuduga yakni penekanan dari aspek keselamatan.

Jika di lihat topik 4 pula, ia menekan praktikal pengimpalan itu sendiri menggunakan kaedah Shielded Metal Arc Welding (SMAW). Dapatan ini membolehkan pengkaji menumpukan pencarian suatu alat bantuan pengajaran dan pembelajaran yang berupaya melatih dari segi praktikal menggunakan kaedah SMAW.

Jadual 3. Kandungan Subjek FWD 11102 (MFI, 2017b)

FWD 11102 The Fundamental Welding Method Of Oxyacetylene Welding (OAW) And Shielded

Metal Arc Welding (SMAW), Malaysian France Institute

Topik Kandungan

1. Safety procedure practice in Oxyacetylene and Shielded Metal Arc welding.

2. Oxy-Acetylene cutting practice:

 Assembly and lighting of Oxy-Acetylene cutting equipment  Straight and bevel cutting

3. Oxy-acetylene Welding practice on flame adjustment and perform welding on 1-3mm carbon steel plate in 1G, 1F and 2F welding position

(13)

Gambar 6.Mesin mengimpal sebenar dan penyedut asap kimpalan yang merbahaya

Langkah 8. Kenalpasti Alat Bantuan Pengajaran Dan Pembelajaran Untuk Membantu Penambahbaikan Setelah mengenal pasti aspek-aspek dalam kursus FWD 11102 yang perlu di beri penambahbaikan, kaitan Teori Pembelajaran Melalui Pengalaman Kolb (2011) dengan kandungan dan sifat kursus FWD 11102 , langkah seterusnya adalah memilih dan mengaplikasi suatu alat bantuan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi AR dan teori berkaitan yang dapat membantu menambah baik aspek-aspek tersebut.

(14)

Gambar 7. AugmentedArc AR Welding System keluaran syarikat Miller Electric Mfg. Co. (Millerweld,2016)

Apakah ciri -ciri mesin tersebut ? Ianya terjawab semasa penyelidik menjawab aspek-aspek penambahbaikan yang dapat dilakukannya dalam topik kajian seterusnya. Penelitian bahan literatur AugmentedArc (Millerweld, 2016) juga telah mendapati ianya berkebolehan mengsimulasi kimpalan jenis Shielded Metal Arc Welding (SMAW) posisi 1G (jadual 4). Ianya sejajar dengan topik 4 FWD 11102 (rujuk jadual 3)

Jadual 4. Spesifikasi AugmentedArc menunjukkan kebolehannya mengimpal kaedah SMAW (Millerweld, 2017)

AUGMENTEDARC : JAWAPAN KEPADA PENAMBAHBAIKAN SUBJEK FWD11102 BERDASARKAN KEPERLUAN YANG DIKENALPASTI

(15)

tanpa terdedah kepada risiko arka kimpalan sebenar, gas kimpalan (Millerweld, 2016) asap kimpalan, renjatan elektrik, letupan, cahaya melampau dan percikan api ( Miller,2007)

Gambar 8. Memahirkan diri dalam suasana selamat dan sihat serta mesra alam

Penambahbaikan Aspek 2: Menyediakan Perantara Pengajaran Dan Pembelajaran Antara Simulasi Dan Mesin Kimpalan Sebenar

AugmentedArc menjawab aspek kedua di mana suatu peralatan berasaskan AR disyorkan yang bertindak sebagai perantara yang lebih selamat. Hasil kemajuan teknologi maklumat dalam bidang AR telah mewujudkan sebuah mesin simulasi kimpalan yang boleh mengsimulasi teknik mengimpal seakan-akan peralatan sebenar (Millerweld, 2016).

Gambar 9.AugmentedWeld (kiri) bertindak sebagai perantara kepada mesin mengimpal sebenar (kanan)

Penambahbaikan Aspek 3: Kebolehan Mempraktik dan Memahirkan Kaedah Pengimpalan Tanpa Mengira Tempat dalam Suasana Selamat dan Mesra Alam

(16)

Gambar 10. AugmentedArc boleh di rangkaikan kepada terminal pengajar untuk mengoptimumkan pengajaran(Millerweld, 2016)

Penambahbaikan Aspek 4: Fungsi Mengenalpasti dan Membetulkan Kesalahan Dengan Segera

Ciri AugmantedArc yang seterusnya menjawab penambahbaikan aspek ke empat di mana ianya bergabung dengan kaedah semasa kursus FWD11102 yakni tunjuk ajar rakan sekelas yang lebih mahir untuk memberi sokongan pembelajaran yang mantap. Apabila pelajar melakukan suatu praktikal pengimpalan, AugmentedArc akan memantau dalam masa sebenar dan memberi maklum balas segera dari teknik pengimpalan pelajar dan jika terdapat kesalahan, ianya dapat memberi langkah-langkah pembetulan (Millerweld, 2016). Bagi pelajar yang telah menguasai teknik asas, ianya juga akan menguatkan lagi penguasaan teknik pengimpalan yang lebih mencabar dan mempercepatkan kemajuan kemahiran pelajar sebagai persediaan kepada praktikal pengimpalan yang sebenar. Ia juga pilihan sesuai untuk pelajar yang agak malu untuk di ajar oleh manusia sebagaimana yang di nyatakan dalam ekstrak 5 hasil temuduga.

Gambar 11. Pedoman, maklumbalas dan intervensi segera membetulkan kesalahan mengimpal AugmentedArc (Millerweld, 2016)

Penambahbaikan Aspek 5: Membuat Penilaian dan Kesimpulan Pembelajaran Pelajar

(17)

Gambar 12. Skrin maklumbalas pos-kimpalan dapat menganalisa prestasi pelajar serta diberi markah lalu disimpan rekodnya.(Millerweld, 2016)

Penambahbaikan Aspek 6: Penjimatan Kos Bercirikan Terknologi Mesra Alam

AugmentedArc dapat membantu menjimatkan kos elektrik yang tinggi dan penggunaan berulang kali bahan habis pakai (gambar 13) seperti sampel logam pengimpalan (coupon), rod dan wayar elektrod kerana kesemuanya diganti dengan bahan yang disimulasi, boleh digunakan berulang kali dan di lakukan secara AR (Millerweld, 2016). Kaedah ini juga lebih mesra alam kerana tiada pencemaran asap dan kimia.

Gambar 13. Sampel bahan kimpalan AugmentedArc(kanan) boleh digunakan semula, tidak mengeluarkan asap, tiada percikan api dan tidak panas (Millerweld, 2016)

CADANGAN

Setelah spesifikasi AugmentedArc di teliti (gambarajah ), pengunaannya bukan hanya terhad kepada subjek FWD 11102 The Fundamental Welding Method Of Oxyacetylene Welding (OAW) And Shielded Metal Arc Welding (SMAW)semata-mata ianya dapat digunakan dalam subjek kaedah kimpalan jenis lain seperti gas metal arc welding(GMAW), flux core arc welding (FCAW) dan Gas Tungsten Arc Welding GTAW (jadual 4 & 5) Kebolehan AugmentedArc untuk menganalisa hasil kimpalan juga boleh digunakan di semester 3 dan 4 dalam topik Welding Joint Analysis I dan II. Ini dapat menjimatkan lagi kos kerana AugmentedArc dapat di jadikan peralatan guna sama untuk subjek-subjek berlainan. (jadual 5).

(18)

penyelidik sendiri malahan penyelidik akan datang juga boleh mendalaminya dan seterusnya melakukan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah seharian dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya boleh digunakan dengan sebagai contoh, Google Glass untuk pengalaman AR yang lebih mengujakan.

Jadual 5. Cadangan penggunaan AugmentedArc pada semester 2 3 dan 4 (ditandakan merah) , sebagai mesin guna sama boleh menjimatkan kos (UniKL, 2017)

KESIMPULAN

(19)

Senarai Rujukan

Azuma R. T. (2001).AR : Approach and technical challenge . Fundamental Of Wearable Computer And AR. Mahwah, New Jersey, London :Laurence Erlbaum Associates, 2001.

https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=-1w4367mu3QC&oi=fnd&pg=PA27&dq=Azuma+Augmented+reality+2001&ots=xrRH6I03xi&sig=eP eChbktJEp1PTpJq4NwJXQrhrM&redir_esc=y#v=onepage&q=Azuma%20Augmented%20reality%20 2001&f=true [27 Feb 2017]

Bacca J., Baldiris, S., Fabregat, R., Graf, S., & Kinshuk. (2014). AR Trends in Education: A Systematic Reviewof Research and Applications.Educational Technology & Society,17(4), 133–149

Digit. Different type of AR. http://www.digit.in/technology-guides/fasttrack-to-augmented-reality/different-types-of-augmented-reality.html [25 Feb 2017]

Hanipal Hussin et al.( 2016). Centre Of Language And Human Capital Development.Technical University Of Malaysia.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP 2015) Laporan Tahunan JKKP Malaysia 2015. Putrajaya Kementerian Pendidikan Malaysia. (KPM 2015). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025

(Pendidikan Tinggi).

Kolb A.Y.dan Kolb D.A. (2011).Experiential learning theory: A dynamic, holistic approach to management learning, education and development. Berlin, ResearchGate.

Malaysia France Institute (MFI 2017a). Diploma of Engineering Technology in Welding

http://www.unikl.edu.my/web/unikl-mfi/program-offered-fj [Julai 2017]

Malaysia France Institute (MFI 2017b) .FWD 11102 The Fundamental Welding Method Of Oxyacetylene Welding (OAW) And Shielded Meta l Arc Welding (SMAW). http://www.unikl.edu.my/web/unikl-mfi/fabrication-joining [Julai 2017]

Miller Electric Mfg. Co. (2016). AugmentedArc AR Welding System.

https://drive.google.com/open?id=0B6vzJQYSQqW8WFV2cV9qYTZ5Y3M [ 30 May 2017]

Mohd Yazmi Md Yazan (17 Julai 2017) . Temubual Pencarian Fakta Kursus FWD 11102 The Fundamental Welding Method Of Oxyacetylene Welding (OAW) And Shielded Metal Arc Welding (SMAW). Malaysian France Institute. (Asni Nor Rizwan Abdul Rani, Penemubual)

https://drive.google.com/open?id=0B6vzJQYSQqW8WDN2YWlva0JZMDg

Nur Afiqah Zakaria & Fariza Khalid(2016). Kesan Pembelajaran Multimedia Terhadap Perkembangan Kognitif Mahasiswa. Cross-Cultural Education for Sustainable Regional Development . Bandung: International Conference on Education and Regional Development 2016 (ICERD 2016)

UNESCO (2013). ICT For TVET. International Centre for Technical and Vocational Education and Training (UNESCO-UNEVOC)

UniKL (2017a) Malaysian France Insitute (MFI) http://www.unikl.edu.my/web/unikl-mfi [Julai 2017]

Gambar

Gambar 1. AR Pengecaman( www.digit.in, 2017)
Gambar 4. Alat keselamatan mata dan muka mengimpal
Gambar 5. Tunjuk ajar dan pemantauan dari tenaga pengajar MFI
Gambar 7. AugmentedArc AR Welding System keluaran syarikat Miller Electric Mfg. Co. (Millerweld,2016)
+4

Referensi

Dokumen terkait

Alat uji statistik yang digunakan dalam penelitian ini adalah Structural Equation Model (SEM) dengan penaksiran Partial Least Square (PLS). Penerapan teknologi

Hubungan Durasi Penyakit, Umur, dan Dukungan Keluarga dengan Kejadian Distres pada Diabetes Melitus Tipe 2.. Fakultas Kedokteran, Universitas Sebelas

aspek kepribadian tokoh utama Alif Fikri dalam novel Ranah 3 Warna Karya.. Ahmad Fuadi pernah dianalisis dengan menggunakan teori kepribadian

Faktor pendukung pembentukan karakter Mahasiswa fakultas Ekonomi dan Bisnis diantaranya, (1) pembiasaan dan keteladanan dari pengelola Baitul Arqom dalam membimbing,

Tujuan dari penelitian ini adalah mengetahui aktivitas antibakteri ekstrak etanol daging buah sirsak terhadap bakteri Pseudomonas aeruginosa, Shigella sonnei, Staphylococcus aureus

Tesis yang berjudul "Psikoedukasi Integrative Model untuk Menurunkan Stigma dan Ekspresi Emosi Family Caregiver Pasien Skizofrenia : Sebuah Studi Mixed

Bourcier (2008) menemukan banyak masalah yang dialami oleh kinerja perawat baru diantaranya kurang percaya diri dalam kinerja keterampilan asuhan keperawatan,

Komposisi asam lemak rantai panjang dan sedang yang direkomendasi sebagai kualitas yang baik adalah 4:1 seperti yang terdapat pada sabun Citra. Kata kunci: Asam lemak,